dasar-pertubuhan-dan-undang-undang-pengakap.pptx

19
DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP KUMPULAN SATU MUHAMMAD RAZAIE BIN WAHAD CB140030 MUHAMAD ISMAIL BIN MOHD JAMIL CB140008 IDA ADILA BT AHMAD CB140057 NOOR ASWANI BINTI ZAIN ADHAM CB140064

Upload: fatinhalim

Post on 09-Nov-2015

56 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Slide 1

DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAPKUMPULAN SATUMUHAMMAD RAZAIE BIN WAHADCB140030MUHAMAD ISMAIL BIN MOHD JAMILCB140008IDA ADILA BT AHMADCB140057NOOR ASWANI BINTI ZAIN ADHAMCB140064definisi pengakapPergerakan pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela, bebas daripada politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan tujuan, prinsip dan kaedah yang diasaskan oleh Baden Powell.

Matlamat pengakapMatlamat pergerakan pengakap adalah untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta bertanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya dan seterusnya masyarakat antarabangsa.

DASAR PERTUBUHAN PUPMDasar pertubuhan pengakap adalah merangkumi falsafah pengakap, ikrar pengakap, logo dan cogan kata pengakap, perlembagaan pertubuhan dan pesuruhjaya negeri.Falsafah pengakapPergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepimpinan yang berasaskan Prinsip, Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha dan amalan sedemikian adalah untuk memperkukuhkan disiplin dan akhlak diri, membentuk sifat bersopan santun, berbudi bahasa serta bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat untuk menuju ke matlamat akhir pergerakan supaya menjadi warga yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara.

Ikrar pengakap

Logo dan cogan kata pengakap

Pengakap Kanak-kanak Buat Sehabis BaikPengakap Muda Selalu SediaPengakap Remaja Pandangan LuasPengakap Kelana Selalu Berkhidmat

Cogan Kata Kumpulan Pengakap (Troop Motto) Contoh yang dibuat oleh pasukan pengakap sekolah.

Perlembagaan pertubuhanFasal 1 : Nama dan Alamat.

Contoh :-Persatuan ini adalah dikenali dengan nama PERTUBUHAN PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK) SEKOLAH KEBANGSAN TUN AB RAZAK.-Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah SEKOLAH KEBANGSAAN TUN AB RAZAK

Fasal 2 : Tujuan Persatuan

Contoh :-Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan.-Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan masalah disiplin murid.-Memberi peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti yang disediakan.

Fasal 3 : Keahlian

Contoh :-Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6).-Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun.-Guru penasihat boleh mempengaruhi murid bagi tujuan menambah bilangan ahli persatuan.

Fasal 4 : Tanggungjawab dan Hak Ahli

Contoh :-Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti persatuan.-Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang jawatan dalam persatuan.

Fasal 5 : Mesyuarat.

Contoh :-Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal tahun untuk: memilih ahli Jawatan Kuasa persatuan kewangan ucapan penangguhan cadangan-cadangan

-Ahli Jawatan Kuasa adalah terdiri daripada:a. Pengerusib. Setiausahac. Bendaharid. Enam orang AJK (mewakili murid tahun 4, 5 dan 6)

-Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir tahun berkenaan.-Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan persatuan.-Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah keseluruhan ahli.-Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa.

Fasal 6 : Tugas Pegawai Atau AJK Persatuan.

Contoh :

-Pengerusi-Menjadi pengerusi mesyuaraat, bertanggungjawab untuk memastikan segala mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan.

-Setiausaha-Menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan laporan tahunan persatuan.

-Bendahari-Bertanggungjawab dalam hal kutippan kewangan persatuan, apabila ada kutipan berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru Penasihat.

Fasal 7 : Punca Kewangan / Pendapatan.Contoh :

-Kewangan persatuan ini diperolehi melalui :a. wang SUWA (Kokurikulum).b. sumbangan PIBG.c. derma daripada ahli dan orang ramai.-Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu mendapat kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti disediakan.

Fasal 8 : Pindaan Perlembagaan Persatuan.Contoh :

-Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung.-Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan Guru Besar.

Fasal 9 : Tafsiran.

Contoh :-Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini, perkara itu hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai perkara itu adalah muktamad.

Fasal 10 : Pembubaran.

Contoh :-Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru Besar atau Pentadbir Sekolah.

CONTOH BORANG PENDAFTARAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGAKAP

PENDAFTARANSEKOLAH REN. KEB. ..PENDAFTARAN BADAN BERUNIFORM / KELAB / PERSATUAN / PERMAINAN TAHUN

1. NAMA : KUMPULAN PENGAKAP .2. GURU PENASIHAT :2.12.22.32.4

3. AHLI JAWATAN KUASA :3.1 . S/B (KETUA)3.2 S/B (PEN KETUA)3.3 .3.4 .3.5 .3.6 .

4. BILANGAN AHLI :LELAKI : .. ORANGPEREMPUAN : ORANGJUMLAH KESELURUHAN : .. ORANG

5. KEGIATAN :TARIKH : HARI : . MASA : .

6. TARIKH :

.( GPK. KOKURIKULUM)LULUS / TIDAK DILULUSKAN

.(GURU PENASIHAT 1 )

PESURUHJAYA NEGERINEGERIPESURUHJAYA NEGERI/KETUA PESURUHJAYAJOHORHAJI YAACOB BIN ABDUL KARIMKEDAHHAJI ISMAIL BIN KU ISHAKKELANTANSHAIKH FADILLAH BIN SHAIKH HARUNMELAKAEN. MOHD ZAMIR BIN HJ. MOHD SHARIFNEGERI SEMBILANHAMDAN BIN HJ. MOHD NORPAHANGDATO HAJI LIAS BIN MOHD NORPERAKHAJI AHMAD AZAM BIN ABDUL MAJIDPERLISHAJI RAHIM BIN MOHAMEDPULAU PINANGHAJI ZULKAFLI BIN KAMARUDDINSABAHDATUK HAJI AWANG ZAINIE BIN HJ. SUNTIMSELANGORHAJI ISHAK BIN MOHD JONIDSARAWAKYBHG. ENCIK SUDARYO BIN OSMANTERENGGANUHAJI OTHMAN BIN ISMAILWILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPURYBHG. TUAN HAJI ROFLI BIN MOHAMADWILAYAH PERSEKUTUAN LABUANHONG HENG CHEEKUMPULAN LATIHAN MALAYSIA (KLM)MOHD RADZI BIN JOHARIKUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA (KLKM)PROF. MADYA. DR, ABDUL RASHID BIN MOHAMADUNDANG-UNDANG PENGAKAP

LAGU RASMI PERSEKUTUAN PUPMKami Pengakap MalaysiaHarapan nusa dan bangsaBerikrar setiaPada pertiwi tercinta

Melatih generasi mudaMenjadi insan yang bergunaPersetiaan pengakapTeras dipegang bersama

Menolong orang setia masaMenabur bakti di mana sahajaDemi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudaraTaat, menurut perintahKami bangga junjung cita-citaPengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-citaPengakap, Pengakap Malaysia