dasar pengkatalogan dan pengkelasan …pustaka.upsi.edu.my/document/dasar pengkatalogan.pdf ·...

49
1 DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN BAHAN MONOGRAF, BAHAN BERCETAK LAIN DAN BAHAN BUKAN BERCETAK PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN 1. LATAR BELAKANG Dasar pengkatalogan dan pengkelasan adalah bertujuan untuk menyeragamkan aktiviti proses dan pengkatalogan bahan yang terdapat di Perpustakaan Tuanku Bainun. Aktiviti pengkatalogan dan memproses bahan akan memastikan setiap bahan yang diperolehi di Perpustakaan Tuanku Bainun dikelaskan dan diberi nombor panggilan dan perkara mengikut piawaian kebangsaan dan antarabangsa untuk kemudahan pengguna mengakses secara berkesan bahan-bahan yang ada di Perpustakaan Tuanku Bainun. 2. SKOP Dasar pengkatalogan dan pengkelasan merangkumi semua aktiviti yang berkaitan dengan pengkatalogan bahan monograf dan bahan bercetak lain dan bahan bukan bercetak yang diterima oleh Bahagian Pengkatalogan. Dasar ini diguna pakai oleh kakitangan Bahagian Teknikal dalam pengkatalogan bahan perpustakaan.

Upload: trannhan

Post on 06-Feb-2018

293 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

1

DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN

BAHAN MONOGRAF, BAHAN BERCETAK LAIN

DAN BAHAN BUKAN BERCETAK

PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN

1. LATAR BELAKANG

Dasar pengkatalogan dan pengkelasan adalah bertujuan untuk

menyeragamkan aktiviti proses dan pengkatalogan bahan yang terdapat

di Perpustakaan Tuanku Bainun. Aktiviti pengkatalogan dan memproses

bahan akan memastikan setiap bahan yang diperolehi di Perpustakaan

Tuanku Bainun dikelaskan dan diberi nombor panggilan dan perkara

mengikut piawaian kebangsaan dan antarabangsa untuk kemudahan

pengguna mengakses secara berkesan bahan-bahan yang ada di

Perpustakaan Tuanku Bainun.

2. SKOP

Dasar pengkatalogan dan pengkelasan merangkumi semua aktiviti yang

berkaitan dengan pengkatalogan bahan monograf dan bahan bercetak lain

dan bahan bukan bercetak yang diterima oleh Bahagian Pengkatalogan.

Dasar ini diguna pakai oleh kakitangan Bahagian Teknikal dalam

pengkatalogan bahan perpustakaan.

Page 2: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

2

3. OBJEKTIF

Objektif utama dasar ini ialah memastikan :

3.1 Menetapkan piawaian dan mengawal kualiti pengkatalogan

dan pengkelassan bahan monograf, bahan-bahan bercetak

lain dan bahan bukan bercetak di Perpustakaan Tuanku

Bainun.

3.2 Pengkatalogan bahan monograf, bahan-bahan bercetak lain

dan bahan bukan bercetak mengikut piawaian kebangsaan

dan antarabangsa.

3.3. Memastikan bahawa maklumat pada rekod bahan adalah

lengkap dan tepat.

3.4 Menentukan maklumat yang diproses di dalam pangkalan data

dapat diakses oleh pelanggan.

4. MISI

Untuk memastikan bahan perpustakaan yang diterima di katalog dan

diproses mengikut piawaian kebangsaan dan piawaian antarabangsa yang

telah ditetapkan oleh Perpustakaan Tuanku Bainun.

Page 3: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

3

5. DEFINISI

5.1 BAHAN

5.1.1 MONOGRAF

Monograf adalah terdiri daripada buku atau terbitan yang

khusus tentang sesuatu perkara atau beberapa kelas

perkara, kadangkala dikeluarkan dalam beberapa jilid khas,

terbitan tak berkala termasuk siri monograf.

“A separate treatise on a single subjects or class subjects, or

on one person, usually detailed in treatment but not

extensive in scope and often containing

bibliographies.Frequently published in series. In

cataloguing, any publication which is not serial.”1

5.1.2 BAHAN BERCETAK

Semua bahan bercetak termasuk peta, poster, carta, risalah,

gambar (lukisan, lakaran, foto), kad imbasan dan skor

muzik.

1 Prytherch, Ray. Harrod’s Librarians’ Glossary. 8th ed. England: Gower, 1995

Page 4: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

4

i) Peta

Gambaran berlakar tentang permukaan muka bumi

dan sebahagiannya yang mengambarkan ciri-ciri

tertentu sesuatu kawasan itu seperti sempadan

geografi, sejarah, politik, ekonomi, budaya dan

sebagainya.

ii) Poster

Sekeping kertas yang tertera dengan gambar dan

lain-lain keterangan tentang sesuatu.

iii) Carta

Paparan yang mengandungi atau yang memberikan

keterangan tentang hal atau kedudukan tertentu

(misalnya mengenai iklim, kedudukan dan

perkembangan perniagaan, struktur organisasi, dll)

dalam bentuk gambarajah graf, jadual, dll.

iv) Risalah

Bahan dalam bentuk beberapa lembaran kertas sama

ada diketip, dijahit atau dijilid ringkas yang

mempunyai keterangan tentang sesuatu perkara.

Page 5: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

5

v) Kad imbasan

Sekeping kad bercetak dengan perkataan, angka atau

gambar bertujuan untuk selayang pandang.

vi) Pamplet

‘A non-periodical publication of at least five but not

more than 48 pages exclusive of the cover pages. It

usually has an independent entity, not being a serial,

but it may be one of a series of publications having a

similarily of format or subject matter’2

vii) Gambar (luk isan, lakaran, foto)

Bahan berita bergambar yang memberi pengesahan

sebagai bukti kejadian, kenyataan atau acara yang

telah dikendalikan dalam bentuk gambarfoto atau

lukisan.

viii) Skor muzik

Kertas yang mengandungi nota muzik.

2 Prytherch, Ray. Harrod’s Librarians’ Glossary. 8th ed. Englad: Gower, 1995

Page 6: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

6

5.1.3 BAHAN BUKAN CETAK

Bahan bukan cetak pula terdiri dari semua bahan seperti

transparensi, slaid, filem gulung, filem strip, cakera liut,

cakera padat (CD-ROM), pita video dan pita audio. Kini

bahan ini juga dikenali sebagai bahan multimedia. Semua

bahan-bahan ini memerlukan penggunaan perkakasan lain

seperti projector dan pemain cakera atau pita sebelum boleh

digunakan.

5.2 KOLEKSI

5.2.1 KOLEKSI UMUM

Bahan monograf dari pelbagai subjek yang merupakan

koleksi utama perpustakaan.

5.2.2 KOLEKSI PENDIDIKAN MALAYSIA

Bahan berkaitan dengan pendidikan di Malaysia dan isu-isu

yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia samada

diterbitkan di Malaysia atau di luar Malaysia.

Contoh: Buku teks sekolah.

5.2.3 KOLEKSI RUJUKAN

Bahan rujukan seperti kamus, atlas, bibliografi, buku istilah,

almanak, direktori, ensaiklopedia, gazetier, indeks, abstrak,

manual, thesaurus, biografi dan lain-lain

Bahan yang berharga RM1,000.00 ke atas.

Page 7: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

7

Bahan yang mempunyai set atau volume yang lengkap.

5.2.4 KOLEKSI TERHAD

Bahan yang mengandungi tulisan atau illustrasi yang

kontroversi dan mungkin menyinggung sentimen agama dan

budaya.

Contoh: Bahan yang mengandungi banyak gambar atau

ilustrasi manusia separa/ tidak berpakaian (tidak termasuk

bahan berkaitan bidang perubatan atau bidang seni dan lain-

lain jika difikirkan perlu oleh pustakawan).

5.2.5 KOLEKSI TANDA MERAH

Bahan yang disenaraikan oleh pensyarah di dalam senarai

bacaan bagi sesuatu subjek yang diajar.

5.2.6 KOLEKSI HARAM

Bahan yang diharamkan oleh kerajaan tetapi penting untuk

pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti.

5.2.7 KOLEKSI AKTA

Bahan akta dan undang-undang kanun. Tidak termasuk

bahan ilmiah mengenai isu undang-undang.

5.2.8 KOLEKSI ARKIB UNIVERSITI

Bahan bercetak dan tidak bercetak yang diterbitkan oleh

universiti (termasuk bahagian, kakitangan, pelajar,

persatuan dan kelab dan juga semua bahan luar mengenai

Page 8: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

8

UPSI) termasuk prosiding, bengkel dan kursus yang dihadiri

kakitangan.

Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

dokumen rasmi, jurnal, buletin, prospektus Universiti, hasil

karya/ penyelidikan, keratan akhbar, gambar, lukisan, pelan

arkitek, blueprints, memorabilia (piala, cenderamata) dan

sebagainya.

5.2.9 KOLEKSI ANAK KANDUNG

Bahan bercetak dan tidak bercetak yang mempunyai nilai

sejarah kepada UPSI.

Hasil penulisan sama ada mengenai SITC, IPSI atau perkara-

perkara lain sebelum 1997 yang ditulis oleh bekas pelajar,

pensyarah dan kakitangan SITC dan IPSI.

5.2.10 KOLEKSI NADIR

“Koleksi bahan perpustakaan yang ditakrifkan sebagai

Koleksi nadir adalah bahan terbitan lama yang diterbitkan

sebelum tahun 1900. Takrif ini juga diterima pakai bagi

bahan yang amat sukar diperolehi ataupun sudah habis

cetakan dan tidak lagi didapati dalam pasaran.”3

Buku yang amat bernilai sama ada yang jarang ditemui,

sukar diperolehi di pasaran atau bahan yang tidak

3 http://www.pnm.my./new/melayu/koleksi/nadir.htm 10 Mac 2001.

Page 9: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

9

diterbitkan lagi. Biasanya diperolehi dengan harga yang

amat tinggi.

Bahan yang diterbitkan sebelum tahun 1900 dan atau yang

sukar diperolehi di dalam negara.

5.2.11 KOLEKSI TERBITAN BERSIRI

Bahan yang diterbitkan secara bersiri .

Contoh: Majalah, bulletin, jurnal, perangkaan, prospektus

universiti dan syarikat swasta.

5.2.12 KOLEKSI TESIS

Bahan latihan ilmiah,tesis dan disertasi yang ditulis oleh

semua pelajar, kakitangan UPSI sama ada di UPSI atau di

lain-lain institusi.

5.2.13 KOLEKSI SUMBER MEDIA

Bahan bukan bercetak dan bahan bercetak bukan monograf

yang kebanyakannya memerlukan peralatan khas untuk

menggunakannya.

5.2.14 KOLEKSI FIKSYEN

Bahan bacaan ringan iaitu bahan yang tidak digunakan

untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.

Contoh : Novel, cerpen

Page 10: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

10

5.2.15 KOLEKSI DOKUMEN KERAJAAN

Bahan yang berkaitan dengan penerbitan kerajaan seperti

siri ucapan dan sebagainya.

5.2.16 KOLEKSI WARISAN

Bahan bercetak dan bukan bercetak yang digunakan pada

masa SITC, MPSI dan IPSI yang diterbitkan selain dari

Pejabat Karang Mengarang.

5.2.17 KOLEKSI TOKOH

Meliputi bahan-bahan bercetak dan bukan cetak yang

Dihasilkan oleh tokoh-tokoh yang dilahirkan pada zaman

SITC – UPSI.

Antara tokoh yang terlibat : Tun Ghafar Baba, Tan Sri Dato'

Dr. Awang Had Salleh dan lain-lain

5.2.18 KOLEKSI DIRAJA

Meliputi hasil karya bercetak dan bukan cetak mengenai

Raja-raja di Malaysia.

5.2.19 KOLEKSI PEPERIKSAAN

Soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun yang lepas yang

merangkumi keseluruhan kursus yang ditawarkan di

Universiti Pendidikan Sultan Idris ini.

5.2.20 KOLEKSI PERSIDANGAN

Kertas Seminar atau Prosiding yang dibeli atau diterima dari

institusi luar.

Page 11: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

11

5.2.21KOLEKSI KERATAN AKHBAR

Keratan akhbar yang berkaitan dengan isu-isu semasa

Termasuklah isu pendidikan, politik, ekonomi, sosiologi, dan

sebagainya.

5.2.22KOLEKSI PENDIDIKAN KANAK - KANAK

Bahan-bahan yang berkaitan dengan pembelajaran,

pengajaran bagi kanak-kanak dari pra sekolah hingga

sekolah rendah.

Page 12: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

12

6. AKTIVITI PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN BAHAN

6.1 Bahagian pengkatalogan dibahagi kepada kumpulan berikut;

a) Unit Pengkatalogan Monograf dan Terbitan Bersiri

b) Unit Pengkatalogan Sumber Media

c) Unit Pengkatalogan Koleksi Khas

6.2 Jenis Pengkatalogan

a) Pengkatalogan asal

Meliputi penentuan entri utama, tajuk perkara, pengkelasan

sesuatu bahan dan membuat pengkatalogan deskriptif.

b) Pengkatalogan salinan

Mengambil butir-butir katalog yang sudah sedia ada dalam

format CIP atau dalam mana katalog atas talian.

Page 13: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

13

7. PIAWAIAN PENGKATALOGAN

7.1 PIAWAIAN PENGKATALOGAN ANTARABANGSA

Pengkatalogan bahan dilakukan berdasarkan kepada piawaian

antarabangsa. Piawaian yang digunakan adalah seperti berikut:

1. Anglo- American Cataloguing Rules II (AACR 2)

2. Library of Congress Subject Headings (LCSH)

3. Library of Congress Classification Systems (LCC)

7.2 PIAWAIAN PENGKATALOGAN TEMPATAN

Pengkatalogan bahan juga dilakukan berdasarkan kepada piawaian

tempatan. Piawaian yang digunakan adalah seperti berikut :

1. Tajuk Perkara Perpustakaan Negara Malaysia

2. Dasar Pengkatalogan dan Pengkelasan

Page 14: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

14

8. DOKUMEN RUJUKAN

Di dalam melakukan proses pengkatalogan bahan selian daripada

menggunakan piawaian antarabangsa dan tempatan yang telah

ditetapkan oleh perpustakaan, Bahagian pengkatalogan juga

menggunakan dokumen-dokumen lain sebagai rujukan di dalam

melakukan proses pengkatalogan. Antara dokumen rujukan yang

digunakan adalah seperti berikut:

8.1 Manual Pengkatalogan Bahan.

8.2 SuperClass LCC (Library of Congress Classification)

8.3 ITS Marc Bibliofile Online

8.4 Regions and Countries Cutter Numbers

8.5 MARC 21

8.6 ULRICH on disc

8.7 Bibliographic guide to music

8.8 Internet sources

8.9 Library of Congress Cataloging- In Publication Data (CIP) pada

bahan

8.10 Composer Cutter List

8.11 Free Floating

8.12 Library of Congress Subject Headings (LCSH)

8.13 Library of Congress Classification Systems (LCC)

8.14 LC cutter number

Page 15: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

15

9. NOMBOR PANGGILAN

9.1 Di dalam polisi pengkatalogan perpustakaan UPSI, nombor

panggilan mempunyai beberapa aras. Minimum nombor panggilan

mempunyai 4 aras .

Aras Keterangan

1 Kod koleksi / Kod bahan

2 Nombor Pengkelasan (Alphabet)

3 Nombor Pengkelasan (Numeric)

4 Nombor Cutter Pengkelasan

5 Nombor cutter entri utama

6 Tahun Penerbitan

7 Bahagian (untuk bahan sumber media sahaja)

8 Nombor Perolehan (untuk bahan iringan

sahaja)

Contoh 1:

Koleksi Umum

Aras 1 LB Nombor Pengkelasan (alphabet)

aras 2 5030.5 Nombor Pengkelasan (numeric)

aras 3 .A51 No. cutter entri utama

aras 4 1999 Tahun Penerbitan

Page 16: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

16

Contoh 2:

Koleksi Khas/ rujukan

aras 1 kpm kod bahan

aras 2 LB No. pengkelasan (alphabet)

aras 3 5030.5 No. pengkelasan (numeric)

aras 4 .A51 No. cutter entri utama

aras 5 1999 Tahun Penerbitan

Contoh 3:

Bahan sampingan/iringan

aras 1 cpd kod SMD bahan

aras 2 LB No. pengkelasan (alphabet)

aras 3 5030.5 No. Pengkelasan (numeric)

aras 4 .A3 No. Cutter Pengkelasan

aras 5 A51 No. Cutter entri utama

aras 6 1999 Tahun Penerbitan

aras 7 bhg 1 Bahagian bhn sekiranya ada

aras 8 (1411) No. perolehan bahan utama

9.2 Nombor panggilan untuk sesuatu bahan adalah unik dimana setiap

nombor panggilan bahan tidak boleh sama antara satu bahan

dengan bahan yang lain.

Page 17: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

17

9.3 Library of Congress Classification System akan digunakan untuk

memberikan nombor pengkelasan bahan.

9.4 Library of Congress Cutter Table akan digunakan di dalam

menentukan cutter untuk entri utama sesuatu bahan. Bahan-

bahan terjemahan akan diberikan kod cutter tambahan mengikut

kod bahasa terjemahan.

9.5 Library of Congress Subject Headings akan digunakan untuk

menentukan tajuk perkara.

9.7 Nombor perolehan bahan akan atau bahagian bahan akan

diberikan untuk bahan iringan dan bahan sumber media.

Page 18: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

18

10. PENGKATALOGAN DESKRIPTIF

10.1 DEFINISI

Satu fasa dalam proses mengkatalog yang berkaitan dengan

menentukan bentuk fizikal bahan, penanggungjawab dan titik

akses bahan.

10.2 PIAWAIAN

Pengkatalogan deskriptif untuk semua bahan adalah berdasarkan

kepada Anglo-American Cataloging Rules, 2nd. ed. (AACR 2) 2002

Revision.

10.3 PENGECUALIAN

10.3.1 Tesis

(lihat AACR2 1.7B13)

Masukkan nota disertasi (tag 502) dimulakan dengan

Thesis/tesis diikuti oleh peringkat tesis, program, nama

institusi yang mengeluarkan tesis dan tarikh tesis

dikeluarkan.

Contoh:

Thesis (Bachelor of Education (TESL)) – Universiti

Pendidikan Sultan Idris, 2002

Page 19: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

19

Tesis (Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan)) –

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2000

10.3.2 Pengarang Peseorangan

10.3.2.1 Nama Melayu

(lihat AACR2 22.27B1)

Rekodkan nama pengarang Melayu secara

terus dengan meninggalkan bin, binti, dan haji

serta tahun kelahiran atau penerbitan. Gelaran

yang diberikan diletakkan di belakang nama

pengarang tersebut menggunakan (|c)

Contoh :

x Tan Sri Datuk Hamzah Sendut

-/ Hamzah Sendut|cTan Sri Datuk

-/ A. Samad Said

Gelaran nama keturunan seperti Wan, Che,

Nik, Sheikh, Sharifah, Tengku dan sebagainya

direkodkan secara langsung. Nama keturunan

tidak boleh digunakan sebagai cutter number

Contoh :

Sharifah Haslinda Syed Agil Raja Ali Raja Ahmad

Nik Haliza Nik Kamal Syed Kamal Syed Mirza Che Fatimah Che Din

Page 20: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

20

Rekodkan nama yang bermula dengan

singkatan secara langsung. Singkatan nama

tersebut digunakan sebagai cutter number

Contoh : A. Samad Said

J.M. Aziz Rekodkan nama yang mempunyai @ secara

langsung seperti yang tertera di halaman ‘title

page’

Contoh :

Ani@ Fatimah Karim

Suhana Ali@Osman

Rekodkan nama samaran seperti yang tertera

di halaman ‘title page’. Nama asal pengarang

diletakkan di tag 700.

Contoh :

Tongkat Warrant

Mana Sikana

Rekodkan nama yang ada keturunan (family

name) seperti Merican, Barakbah, al-Hasbi, al-

Attas, Alsagoff dan sebagainya di bawah nama

keturunan. Cutter number. Akan bermula

selepas ‘al’.

Page 21: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

21

Contoh : al-Attas, Naguib

Merican, Hussein

10.3.2.2 Nama Cina

Rekodkan nama Cina di bawah nama keluarga.

Contoh :

Chan, Ai Wah

Fei-Kan, Li

Rekodkan nama Cina Kristian di bawah nama

keluarga diikuti nama Kristian dan nama Cina

Contoh :

Lim, Edward Huck Tee

Yeoh, Patrick K.M.

Rekodkan nama Cina Muslim di bawah nama

keluarga diikuti nama Muslim dan nama Cina

Contoh :

x Ibrahim Ma

-/ Ma, Ibrahim Tien Ying

x Omar Ong Yoke Lin

-/ Ong, Omar Yoke Lin

Page 22: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

22

10.3.2.3 Nama India

Rekodkan nama India (Malaysia) yang

mempunyai ‘a/l, a/p’ di tengah nama

pengarang seperti yang tertera di halaman

‘title page’

Contoh :

Mariappa a/l Ramayah

Rekodkan nama India yang tidak mempunyai

‘a/l, a/p’ di tengah nama pengarang seperti

yang tertera di halaman ‘title page’. Nama

pengarang India perlu diterbalikkan.

Contoh :

x Devi Subramaniam

-/ Subramaniam, Devi

Rekodkan nama yang bermula dengan

singkatan di bawah nama penuh dan diikuti

dengan singkatan

Contoh :

x A. Ganesh

-/ Ganesh, A.

Page 23: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

23

Jika nama India Kristian, letakkan nama

keluarga dihadapan nama pengarang.

Contoh :

x D.E.K. Wijasuriaya

-/ Wijasuriaya, D.E.K. (Donald

Earliam Kingsley)

10.3.2.4 Nama Indonesia

Nama pengarang Indonesia perlu diterbalikkan.

Contoh :

x Soelisto Wasito

-/ Wasito, Soelisto

10.3.2.5 Nama Inggeris

Masukkan nama pengarang Inggeris di bawah nama

keluarga (surname)

Contoh : MacTaggant, Douglas

Watson, W. Conrad

Walle-Lissnijder, van der

de Morgan, Augustus

Page 24: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

24

10.3.2.6 Nama Arab

Rekodkan nama pengarang yang ada nama

keluarga dan didahului dengan ‘al’ di bawah

nama keluarga.

Contoh :

x ‘Abd al-Karim ibn Muhamad al-

Lahim

(Nama pengarang seperti di ‘title page’)

-/ al-Lahim, ‘Abd al-Karim ibn

Muhamad

(Nama keluarga diletakkan dihadapan

nama pengarang)

Rekodkan nama pengarang yang mempunyai

nama keluarga (tanpa ‘al’) di bawah nama

keluarga.

Contoh :

x ‘Ali ibn al-Hasan ibn Asakir

-/ Ibn Asakir, ‘Ali ibn al-Hasan

Jika tiada nama keluarga, nama pengarang

perlu diterbalikkan

Contoh :

x Sa’id Hawwa

-/ Hawwa, Sa’id

Page 25: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

25

10.3.2.7 Contoh kemasukan secara

langsung pelbagai jenis nama

(Name enter direct)

Contoh :

Raymond Azman Ali

Abdul Razak K.V. Koya Kuty

Sharifah Abdul Aziz@Thanthan

Sumit anak Limbong

Ajay Kumar Sharma

Jemima a/k Tuah

10.3.2.8Nama pengarang lain

Sila rujuk AACR2 : Bab 22 : Headings for person

10.3.3 Pengarang Badan Bergabung

10.3.3.1 Badan Berkanun

Rekodkan nama badan bergabung di bawah

‘jurisdiction name’

Contoh :

Malaysia. Kementerian Pendidikan

United Kingdom. Ministry of Defense

Page 26: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

26

10.3.3.2 Badan Bergabung yang boleh ‘stand on its

own’

Rekodkan nama badan bergabung tersebut

secara langsung..

Contoh :

Universiti Kebangsaan Malaysia

Tenaga Nasional Berhad

University of Shefield

10.3.3.3 Badan Bergabung yang ada ‘parent body’

Rekodkan nama badan bergabung di bawah

‘parent body’

Contoh :

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Fakulti Sains Sosial & Kesenian

Perpustakaan Tun Abdul Razak.

Bahagian Perkhidmatan Pelanggan

10.3.3.4 Badan Bergabung yang menggunakan

singkatan

Page 27: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

27

Badan Kerajaan.

Rekodkan nama badan bergabung ini di bawah

‘jurisdiction name’

Contoh :

x JPA

-/ Malaysia. Jabatan Perkhidmatan

Awam.

Badan Berkanun Malaysia

Rekodkan nama badan bergabung ini di bawah

nama penuh dalam bahasa Melayu.

Contoh :

x SIRIM

-/ Institut Piawaian dan

Penyelidikan Perindustrian

Malaysia.

Badan Swasta dan NGO’s Malaysia

Rekodkan nama badan bergabung di bawah

nama penuh dalam bahasa Melayu jika ada.

Sekiranya tiada, rekodkan di bawah nama

penuh dalam bahasa Inggeris.

Page 28: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

28

Contoh :

x MFI

-/ Malaysian France Institute

x BUDI

-/ Badan Usaha Didikan Anak-anak

Yatim Negeri Kedah

Badan luar Negara

Rekodkan nama badan bergabung di bawah

nama penuh dalam bahasa Inggeris.

Contoh :

x UNESCO

-/ United Nation Educational,

Scientific and Cultural

Organization

10.3.3.5 Badan Bergabung yang berubah

Rekodkan nama badan bergabung di bawah

nama baru

Contoh :

x Malaysia. Kementerian Pelajaran

-/ Malaysia. KementerianPendidikan

Page 29: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

29

10.3.4 Pengarang Persidangan

10.3.4.1 Nama Persidangan yang ada perkara atau

topik tertentu

Rekodkan nama persidangan secara langsung

Contoh :

Seminar on Waste Management (3rd :

1996 : Kuala Lumpur)

Konvesyen Ekonomi (Ke 4 : 1995 :

Bangi)

10.3.4.2 Nama korporat menjadi nama persidangan

Rekodkan di bawah nama korporat dan

letakkan jenis persidangan.

Contoh :

Australian Society for Human Biology.

Conference (5th : 1991 : Canberra)

Perpustakaan Tun Sri Lanang. Seminar

(2000 : Bangi)

Page 30: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

30

10.4.4 Deskriptif Fizikal (Physical Description)

10.4.4.1 Kolasi

Jika bahan multivolume mempunyai muka

surat yang berbeza antara satu sama lain iaitu

tidak mempunyai kesinambungan antara satu

sama lain, rekodkan secara anggaran untuk

keseluruhan volume.

Contoh :

3 v. (ca. 800p. each)

(no. muka surat : xxi, 750; ix, 800; xx,

870)

Sekiranya bahan multivolume tetapi

mempunyai nombor muka surat yang

bersambung antara satu volume, rekodkan

nombor muka surat yang pertama untuk

volume yang pertama untuk huruf Arabic dan

muka surat terakhir untuk volume terakhir

untuk huruf roman.

Contoh :

3 v. (xx, 800 p.)

(no. muka surat : xx, 1-201; x 202 –

513; xxi, 514 – 800)

Page 31: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

31

(sila rujuk AACR 2 2.5B20, m.s 76)

10.4.4.2 Imprint

a) Tahun Penerbitan

(sila rujuk AACR2 1.4F1–1.4F10 )

• Rekodkan tahun penerbitan terkini

dan abaikan tahun percetakan

sekiranya ada.

• Rekodkan tahun percetakan atau

tahun edaran yang terawal sekiranya

tidak dinyatakan tahun penerbitan.

(sila rujuk AACR 1.4F6)

• Sekiranya bahan tersebut merupakan

bahan terjemahan berikan tahun

penerbitan bahan tersebut

diterjemahkan.

• Sekiranya tidak terdapat apa-apa

maklumat tahun pada bahan berikan

anggaran tahun bahan tersebut

diterbitkan @ mengikut tahun dibeli

Page 32: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

32

b) Nama/ Tempat Penerbitan

Rekodkan nama penerbit dan tempat

terbitan yang pertama sahaja sekiranya

terdapat lebih dari satu penerbit dan

tempat terbitan. Masukkan maksimum 2

tempat dan nama penerbit.

Page 33: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

33

11. MENENTUKAN TAJUK PERKARA

Penentuan tajuk perkara untuk semua jenis bahan adalah merujuk

kepada

i. Library of Congress Subject Headings (LCSH) edisi ke 25

ii. Tajuk Perkara Perpustakaan Negara Malaysia

11.1 PENGECUALIAN

11.1.1 Koleksi Pendidikan Malaysia

Untuk sekolah rendah tahun 1-6 gunakan tajuk

perkara “primary”

Contoh :

-/ Malay language-Study and teaching

(Primary)

x Malay language-Study and teaching

(Elementry)

Untuk sekolah menengah 1-6 gunakan tajuk perkara

“secondary”

Contoh :

Malay language-Study and teaching

(Secondary)

Page 34: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

34

11.1.2 Sub-division for English Language

Sub-division untuk English language boleh digunakan

untuk lain-lain bahasa.

Contoh :

Malay language – Part of speech

Malay language – Pronunciation

Indonesian language – Rhetoric

Page 35: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

35

12. NOMBOR CUTTER

Penentuan nombor cutter untuk semua jenis bahan adalah merujuk

kepada Library of Congress Cutter Table. Polisi ini hanya diguna pakai

untuk pengkatalogan asal dimana penentuan nombor cutter perlu dibuat.

Nombor cutter mengandungi tiga bahagian iaitu :-

i. Cutter pengarang/judul (bergantung kepada entri utama)

ii. ‘Work mark’

iii. ‘Translation language code’

13.1 Tanda Titik Perpuluhan

Tanda titik perpuluhan hanya pada abjad yang pertama sahaja.

Contoh :

Bahan 1

Introduce to cataloging and classification/ by Lee Robert

Z

693

.R63 Rob

1999

Page 36: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

36

Bahan 2

Cataloging and classification/ Louis Mai Chan

Z

693.5

.U6

C48 Cha

1994

13.2 Nombor Cutter Main Entry

13.2.1 Kebiasaannya nombor cutter untuk main entri untuk

abjad kedua dan ketiga sahaja.

Contoh :

Bahan 1

Sports injury: prevention & rehabilitation/ Eric

Shamus, Jennifer

RD

97

.S52 Sha

2001

Page 37: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

37

Bahan 2

Grammaticalization of the complex sentence :

a case study in Chadic/ edited by Zygmun

Frajzyngier

PL

8026

.C53

G73 Gra

1996

13.3 Bahan Yang Sama

Jika terdapat dua atau lebih bahan yang mempunyai nombor

panggilan, tahun dan nombor cutter main entri yang sama berikan

nombor cutter untuk huruf keempat dan seterusya.

a) Untuk nombor cutter main entri bahan adalah pengarang,

berikan huruf nombor cutter keempat dan seterusnya pada

judul bahan

Contoh :

Bahan 1

Pengurusan perniagaan yang berkesan/ Norsamsuria

Alim

HD

31

.N67 Nor

2001

Page 38: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

38

Bahan 2

Perniagaan dan cara mengurus/ Norsamsuria Alim

HD

31

.N677 NorP

2001

a) Untuk nombor cutter main entri bahan adalah judul, berikan

huruf nombor cutter keempat dan seterusnya pada

penanggungjawab bahan.

Contoh :

Bahan 1

Pengurusan perniagaan yang berkesan/ disunting

Norsamsuria Alim

HD

31

.P46 Pen

2001

Page 39: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

39

Bahan 2

Pengurusan perniagaan/oleh MirzaKamarul…[et.al]

HD

31

.P466 PenM

2001

13.4 Bahan Mempunyai Set

13.4.1 Untuk bahan yang nombor seperti buku muzik, berikan

nombor cutter mengikut entri utama diikuti oleh nombor set

bahan berkenaan sekiranya dikatalog secara berasingan.

Contoh :

Bahan 1

Teaching kids how to sing : book 1/ Kenneth H.

Phillips

MT

935

.P531 Phi1

1992

Page 40: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

40

Bahan 2

Teaching kids how to sing : book 2/ Kenneth H.

Phillips

MT

935

.P532 Phi2

1992

13.4.2 Untuk bahan yang mempunyai set yang lengkap akan

diletakkan di bawah kod koleksi rujukan :

Cth : Encyclopedia Sirah. Vol. 1 – 6.

ruj

BP

44

.P32

2002

Page 41: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

41

13.5 Bahan Terjemahan

Untuk bahan terjemahan berikan tambahan nombor cutter terakhir

mengikut kod bahasa terjemahan.

Contoh :

Bahan 1

Judul asal: Islam and you/ by al-Maududi

LB

163

.M212

1980

Judul terjemahan : Anda dan Islam/ oleh al- Maududi

LB

163

.M2122 nombor 2 merupakan kod

1980 terjemahan untuk bahan bahasa

arab

Page 42: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

42

14. KOD KOLEKSI

Kod koleksi merupakan kod yang diberi untuk sesuatu bahan mengikut

kriteria dan definisi bahan tersebut.

14.1 Fungsi Kod koleksi

14.1.1 Memberikan pengenalan bahan mengikut jenis

koleksi yang ada di perpustakaan.

14.1.2 Memudahkan pengesanan lokasi sesuatu koleksi yang

terdapat di perpustakaan.

Page 43: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

43

14.2 Jenis Kod Koleksi

a) Koleksi Khas

Jenis Koleksi Kod koleksi

Koleksi Akta akt

Koleksi Anak Kandung ank

Koleksi Arkib Universiti ark

Koleksi Bahan Iringan kbi

Koleksi Diraja kdr

Koleksi Haram hrm

Koleksi Jurnal jur

Koleksi Keratan Akhbar

Koleksi Kertas Peperiksaan kpp

Koleksi Kertas Persidangan pro

Koleksi Majalah maj

Koleksi Nadir ndr

Koleksi Pendidikan Kanak-Kanak kpk

Koleksi Pendidikan Malaysia kpm

Koleksi Rujukan ruj

Koleksi Tanda Merah tmr

Koleksi Terhad thd

Koleksi Tesis tes

Koleksi Tokoh ktk

Koleksi Warisan kwr

Page 44: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

44

b) Koleksi Sumber Media

Jenis Bahan Kod koleksi

Cakera laser cla

Cakera liut cli

Cakera padat cpd

Chart crt

Disket dsk

Filem flm

Filmstrip fst

Gambar gmb

Globe glb

Kaset kst

Kaset video kvd

Kit kit

Microfilem mfl

Mikrofis mfs

Model mdl

Peta pta

Peta pta

Piring hitam pht

Plat plt

Poster pst

Slaid sld

Transparensi trp

Page 45: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

45

Catatan

Kod untuk koleksi bahan akan dikemaskinikan dari masa ke

semasa mengikut pertambahan bahan dan koleksi yang

akan ada dan dibangunkan oleh perpustakaan UPSI.

15. BAHAN SAMPINGAN/ IRINGAN

15.1. Bahan sampingan kepada bahan monograf, audio visual

dan sumber media akan dimulai dengan kod SMD bahan

iringan.

15.2 Nombor panggilan bahan sampingan/ iringan hendaklah

diakhiri dengan nombor perolehan bahan.

15.3 Data mengenai bahan sampingan akan dimasukkan di

dalam rekod bibliografi utama dengan penambahan di tag

kolasi (tag 320) dan tag nota umum (tag 500).

Contoh

Bahan utama

TK No. engkelasan bahan (alphabet)

7885 No. pengkelasan bahan (numeric)

.A2 No. cutter pengkelasan

H75 No. cutter entri utama

1999 tahun penerbitan

Page 46: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

46

Bahan iringan/ sampingan

dsk No. kod SMD bahan

TK No.pengkelasan bahan (alphabet)

7885 No. pengkelasan bahan (numeric)

.A2 No. cutter pengkelasan

H75 No. cutter entri utama

1999 tahun penerbitan

bhg 1 bahagian bahan sekiranya ada

(80272) No. perolehan bahan

Page 47: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

47

16. BAHAN TERJEMAHAN

Untuk bahan-bahan terjemahan, berikan nombor cutter untuk bahasa

selepas nombor cutter entri utama. Berikan kod terjemahan bahan baru

bukannya bahan asal.

Kod cutter bahasa terjemahan adalah seperti berikut:-

2 - Arabic

3 - English

4 - Bahasa Indonesia

5 - Bahasa Malaysia

6 - French

7 - Dutch

8 - German

.x - Original work

.x12 - Polygot

.x13 - English translation

.x14 - French translation

.x15 - German translation

.x16 - Italian translation

.x17 - Russian translation

.x18 - Spanish translation

.x19 - Lain-lain

Page 48: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

48

Contoh:

Bahan asal

The internet tool kit/ by Nancy Cedeno

TK

5010

.875

.I57

C43

1995

Bahan terjemahan dalam bahasa Indonesia

Tool kit untuk internet/ oleh Nancy Cedeno; alih bahasa

Sugiharto

TK

5010

.875

.I57

C434 Nombor 4 merupakan kod terjemahan

2006 untuk bahan dalam bahasa Indonesia.

Page 49: DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN …pustaka.upsi.edu.my/Document/DASAR PENGKATALOGAN.pdf · muzik. 1. Prytherch, Ray. ... Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,

49

17. PENGEMASKINIAN POLISI

Dasar pengkatalogan ini perlu dikemaskini dari semasa ke semasa

mengikut perubahan objektif perpustakaan, keperluan maklumat universiti

dan ketersediaaan bahan serta kekukuhan pengkhususan koleksi

Perpustakaan Tuanku Bainun

18. TARIKH KUATKUASA

Dasar pengkatalogan perpustakaan Universiti Pendidikan Sultan Idris akan

berkuatkuasa mulai 1 April 2002 Bahan-bahan yang telah dikatalog

sebelum April tahun 2002 yang perlu dibuat pindaaan mengikut polisi

pengkatalogan terkini akan dilakukan dari semasa ke semasa.

Diluluskan oleh:-

----------------------------------------------------

(ZAHARIAH MOHAMED SHAHAROON) Ketua Pustakawan UPSI