dasar kependudukan malaysia

Upload: sukri10

Post on 20-Jul-2015

345 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Dasar Kependudukan Malaysia Sehingga awal tahun 1960 an, tiada dasar kerajaan yang jelas mengenai kependudukan. Pada waktu itu pandangan umum ahli-ahli ekonomi ialah peningkatan penduduk yang cepat boleh membawa kebaikan bagi pertumbuhan ekonomi. Pada akhir tahun 1962, pertumbuhan penduduk pada waktu itu ialah sebanyak 3.0% setahun dan merupakan satu pertumbuhan yang tinggi. Dalam waktu itu juga terdapat langkah-langkah yang diambil untuk mempertingkatkan status kesihatan rakyat, dengan memberi penekanan terhadap langkah-langkah pencegahan dan pengubatan. Disini dapat dikatakan bahawa langkah-langkah yang telah dibuat merupakan dasar kependudukan yang tidak dinyatakan secara terang-terang. Pada Rancangan Malaysia Pertama dibentuk pada tahun 1965, kerajaan telah memperkenalkan suatu matlamat penting, iaitu untuk mengurangkan kadar kelahiran nasional. Matlamat ini adalah selaras dengan matlamat untuk meningkatkan pendapatan per kapita. Selaras dengan ini, kerajaan telah menjadikan program untuk perancang keluarga sebagai polisi nasional dan seterusnya membentuk Lembaga Perancang Keluarga Nasional melalui akta Parlimen. Tiga objektif lembaga ini ialah: a) mengurangkan kadar pertumbuhan penduduk 3% (1966) kepada 2% (1985) b) membantu meningkatkan pendapatan perkapita dari $950 kepada $1500 dalam masa 20 tahun. c) meningkatkan taraf kesihatan dan kebajikan keluarga melalui perkhidmatan dan aktiviti keibubapaan. Pada tahun 1966, melalui akta Parlimen, lembaga ini telah diberi fungsi yang lebih besar seperti menjalankan kajian, membentuk polisi serta cara untuk mempromosi menyebarkan program dan pengetahuan tentang perancang keluarga. Melalui Rancangan Malaysia setiap 5 tahun itulah, objektif untuk menurunkan kadar pertumbuhan penduduk dicapai : Kadar penurunan pertumbuhan penduduk Rancangan Jangka Masa Penurunan (%)

RMK 1 1966 1970 37.3 35.0 RMK 2 1971 1975 35.0 30.0 RMK 3 1976 1980 31.0 28.2 RMK 4 1981 1985 28.2 26.0

Walau bagaimanapun pada tahun 1984, Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohammad membuat cadangan mengenai Dasar Baru Penduduk Negara iaitu Malaysia harus mencapai bilangan penduduk 70 juta orang pada tahun 2100. Dasar ini bertentangan dengan dasar sebelum ini. Dasar baru ini ialah melambatkan penurunan fertiliti iaitu dengan mengurangkan kadar fertiliti total sebanyak 0.1% setiap 5 tahun. Ini bertujuan untuk mencapai Replacement Level Fertility 2.05 anak menjelang tahun 2070. Dengan ini populasi akan stabil pada 70 juta orang menjelang 2100. Matlamat kependudukan 70 juta telah disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Seri Dr. Mahathir Mohamed ketika beliau berucap di Perhimpunan Agung UMNO dalam bulan September 1982. Beliau berpendapat bahawa Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk sebanyak 70 juta. Saranan ini kemudiannya telah dijelaskan dan dikemukakan sekali lagi oleh beliau dalam ucapannya semasa membentangkan kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat pada 29hb. Mac 1984. Matlamat kependudukan ini diharapkan dicapai dalam tempoh 115 hingga 120 tahun.

Dasar kependudukan 70 juta orang rakyat negara yang telah disarankan oleh Perdana Menteri keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada tahun 1982, mempunyai rasionalnya. Sasaran mencapai matlamat 70 juta orang penduduk adalah untuk menyediakan asas permintaan dan pasaran bagi keluaran industri di Malaysia, di samping mewujudkan keadaan persaingan dalam pasaran yang seterusnya berupaya meningkatkan daya dan mutu produktiviti negara. Selain itu juga, golongan muda perlu sedar bahawa perkahwinan merupakan tuntutan dalam membina masyarakat yang unggul dan penting kepada setiap individu untuk menghasilkan keturunan, agar dunia tidak kepupusan manusia. Sementara itu, kecenderungan lewat berkahwin juga boleh menyebabkan kebanyakan keluarga mengehadkan kelahiran anak kepada dua orang sahaja. Pertumbuhan penduduk dalam jangka masa yang panjang akan memberikan kesan positif terhadap bekalan tenaga kerja, peningkatan produktiviti dan perluasan pasaran. Di samping itu, jumlah penduduk yang besar akan menyumbang ke arah kekuatan dan keselamatan negara. Dasar kependudukan menitikberatkan keselarasan antara kadar pertumbuhan pembangunan sosioekonomi negara khususnya yang berkaitan dengan kemudahan pendidikan, perumahan, kesihatan dan peluang pekerjaan. Oleh sebab itu, segala program pembangunan negara didasarkan pada unjuran jumlah penduduk untuk memastikan pertambahan penduduk tidak mendatangkan masalah kepada negara.