dasar ekonomi baru - wikipedia bahasa melayu, ensiklopedia bebas.pdf

Upload: palwin-kaur

Post on 25-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Dasar Ekonomi Baru - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.pdf

    1/5

    Sejarah Malaysia

    Rencana ini adalah sebahagian dari Sejarah Malaysia

    Prasejarah Malaysia

    Kerajaan awalGangga Negara (Kurun-2 hingga kurun-11)

    Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14)Pan Pan (Kurun-3 hingga kurun-5)

    Srivijaya (Kurun-7 hingga kurun-14)Kedah Tua

    Kemunculan Kesultanan IslamKesultanan Brunei (Kurun-15sekarang)

    Kesultanan Kedah (1136sekarang)Kesultanan Melaka (14021511)

    Kesultanan Sulu (14501899)Kesultanan Johor (1528sekarang)

    Era Penjajahan BaratPerjanjian Inggeris-Belanda 1824

    Perjanjian Burney (1826)Penempatan Selat (1826-1946)

    Perang Kelang (1867-1874)Perjanjian Pangkor 1874

    Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad

    ke-19 -1946)Perjanjian Inggeris-Siam 1909

    Pertempuran Pulau Pinang (1914)

    Perang Dunia KeduaPerang Tanah Melayu (1941-1942)

    Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong(1942)

    Perang Singapura (1942)

    Syburi (1942-1945)Kawat Kematian Sandakan (1945)Penjajahan Jepun di Tanah Melayu

    Peralihan Malaysia

    Dasar Ekonomi BaruDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

    Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program

    sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamattersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara danintegrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategiserampang dua mata untuk:

    mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinandengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpamengira kaum; danmempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat

    Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbanganekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnyamenghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsiekonomi.

    Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional(DPN) pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar inimasih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabilabumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. [1]

    Isi kandungan

    1 Latar belakang2 Dasar Pecah dan Perintah3 Dasar Ekonomi Baru4 Lihat juga5 Nota kaki6 Rujukan7 Pautan luar

    Latar belakang

    Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telahmengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu.Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yangberbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di TanahMelayu yang terdiri daripada 3 rumpun utama iaitu bangsaMelayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu

    kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) danbekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap dikawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerjasebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang

    ar Ekonomi Baru - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas https://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru

    5 9/10/2015 6:08 PM

  • 7/25/2019 Dasar Ekonomi Baru - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.pdf

    2/5

    Malayan Union (1946-1948)Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)

    Darurat Tanah Melayu (1948-1960)Peristiwa Bukit Kepong (1950)

    Rundingan Baling (1955)

    Malaysia selepas MerdekaKonfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)

    Pemberontakan Brunei (1962-1966)Rusuhan Kaum 1964 (1964)Pemisahan Singapura (1965)

    Peristiwa 13 Mei (1969)Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)

    Serangan hendap Lahad Datu 1985 (1985)Peristiwa Memali 1985 (1985)

    Operasi Lalang (1987)Krisis Perlembagaan Malaysia 1988

    (1987-88)Krisis Kewangan Asia (1997-98)

    Al-Ma'unah (2000)Perhimpunan Bersih (2007)Perhimpunan Bersih (2011)Perhimpunan Bersih (2012)

    Pencerobohan Lahad Datu (2013)Perhimpunan Bersih (2015)

    Portal Malaysia

    India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang danbekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkanperasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yangmerupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei1969.

    Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telahmendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yangterbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai kemerdekaanpada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggalauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah

    Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luarbandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan denganmenguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lainmemandangkan mereka tinggal di kawasan bandar danmenguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran dikalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa merekatelah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan.Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentangsyarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripadamereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepadaTanah Melayu.Bagi masyarakat Cina yang terdiri dari golonganyang kaya, bersiap sedia untuk mengambil Tanah Melayu keranaberanggapan bahawa merekalah yang banyak memberikansumbangan terhadap kemajuan Tanah Melayu, bukannya orangMelayu sendiri. Orang India pula tidak terlibat dengan trageditersebut. Hal ini tidak dinafikan kerana pada ketika itu, orangMelayu masih lagi dengan 'kampung dan bercucuk tanam', dan

    dilemahkan dengan dunia hiburan.

    Selain daripada itu, semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasaryang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orangMelayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannyamerupakan anggota Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalasdendam. Turut memburukkan keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti KomunisMalaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada19481960.

    Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk orang Malaysia" yang

    yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikanoleh Lee Kuan Yew menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebutakhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.

    Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atasnasihat Perdana Menteri dengan serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa16 Mei 1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuanPerdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan PerdanaMenteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawabmenjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-PertuanAgong.

    ar Ekonomi Baru - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas https://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru

    5 9/10/2015 6:08 PM

  • 7/25/2019 Dasar Ekonomi Baru - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.pdf

    3/5

    Majlis Perpaduan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN, Majlis PerpaduanNegara yang bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalanmenyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketarayang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati masyarakat Malaysiamasih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahajamelibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan.Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang

    kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip utama iaitu:Kepercayaan kepada TuhanKesetiaan kepada Raja dan NegaraKeluhuran PerlembagaanKedaulatan Undang-UndangKesopanan dan Kesusilaan

    Dasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Majlis Perundingan Negara juga telahmencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara untuk melaksanakan aktiviti

    berbentuk muhibbah Majlis Muhibah dan Pejabat Muhibah di peringkat pusat, negeri, daerah dan kawasantelah ditubuhkan di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Perlu (Majlis-Majlis Muhibah) 1969 yang telahdiwartakan pada 18 Julai 1969.

    Dasar Pecah dan Perintah

    Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan akibat dasar pecah danperintah (divide and rule) oleh penjajah Inggeris. Terdapat dua keadaan yang memungkinkan keadaan ini:

    1. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha penyatuan

    yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan.

    2. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta mengekalkan aktiviti pertanianorang Melayu bagi memastikan bekalan makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas. Tindakanmembawa masuk pekerja asing adalah bagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.

    Peranan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha pihak kerajaan untuk mencapai matlamat integrasinasional

    1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang menganggur.

    2. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan (bandar dan luarbandar).

    3. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastrukturdan lain-lain.

    Kesan Dasar Pecah dan Perintah

    1. Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor pertanian tradisional.

    2. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan.

    3. Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British.

    Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka dalah berbeza, maka tidak wujud interaksi antara tigakaum utama ini. Melalui dasar ini British telah melairkan perasaan prasangka dan memperkukuh

    ar Ekonomi Baru - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas https://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru

    5 9/10/2015 6:08 PM

  • 7/25/2019 Dasar Ekonomi Baru - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.pdf

    4/5

    keperibadian setiap kumpulan etnik yang terus menjarakkan jurang perpaduan antara kaum.

    Dasar Ekonomi Baru

    Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuanuntuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikatbahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu,serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yanglain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.

    Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan.Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain.Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lainwalaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu programangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-

    rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:-

    penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaummengikut fungsi-fungsi ekonomi.pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;

    Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970,didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah gariskemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah ituberada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagaiperkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di

    samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti programbantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak sertaprogram rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinantelah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negarapada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.

    Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaanekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program sepertiperindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagimenjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:

    Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagaikaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaummenjelang tahun 1990;Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orangMelayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatiankhusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengankaum-kaum lain;Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.

    Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yangmerupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

    ar Ekonomi Baru - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas https://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru

    5 9/10/2015 6:08 PM

  • 7/25/2019 Dasar Ekonomi Baru - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.pdf

    5/5

    Lihat juga

    DAP dan Dasar Ekonomi BaruYoutube.com: 101 East - Affirmative action in Malaysia -20 Mar 08 -Part 1 (http://www.youtube.com

    /watch?v=d3GZNuaN_xc&feature=related)Youtube.com: 101 East - Affirmative action in Malaysia -20 Mar 08-Part 2 (http://www.youtube.com

    /watch?v=PiSpkDWaYfI&feature=related)

    Ekonomi Malaysia

    Nota kaki

    Asnarulhadi Abu Samah dan Jayum A. Jaw an 1997. Kenegaraan Malaysia. Universiti Putra Malaysia.DASAR EKONOMI BARU (DEB) (19701990)137

    1.

    Lotfi Ismail 1980. Sejarah Malaysia 14001963. Utusan Publications & Distributors.2.Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-Dasar Pembangunan 1982. INTAN.3.Malaysia Kita: Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan 1991. International Law Book Services.

    4.

    Rujukan

    "Unsur DEB dihapus beransur" (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1025&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm), Utusan Online, 24 Oktober 2008.

    1.

    Pautan luar

    Ensiklopedia Malaysia: Dasar Ekonomi Baru (http://ensiklopedia-malaysia.jbdirectory.com

    /Dasar_Ekonomi_Baru)

    Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Dasar_Ekonomi_Baru&oldid=3673111"

    Kategori: Ekonomi Malaysia

    Laman ini diubah buat kali terakhir pada 10:47, 5 Ogos 2015.Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-termatambahan mungkin digunakan. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.

    (Melayu)

    ar Ekonomi Baru - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas https://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru