dasar awam

Upload: zarit-azlina-muslimin

Post on 09-Mar-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

u

TRANSCRIPT

  • Dasar-dasar Pembangunan NegaraOlehAbd Razak HussinFakulti Sains dan Teknologi

    Kursus PTKUniversiti Kebangsaan Malaysia2007

  • Definisi Dasar AwamApa saja keputusan dan tindakan kerajaan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu yang mempunyai objektif,matlamat dan tujuan tertentu.

    Dijadikan panduan umum dalam mengatasi sesuatu masalah sesebuah negara.

    Suatu tindakan yang mempunyai tujuan tertentu oleh kerajaan untuk kepentingan rakyat,yang akan mempengaruhi masyarakat.

  • Kategori Dasar AwamDesakan Dasar policy demands

    Segala desakan,tuntutan atau paksaan yang dikenakan ke atas kerajaan oleh orang ramai akibat ketidakberkesanan sesuatu dasar.

    Keputusan Dasar policy decision

    Suatu keputusan yang dibuat oleh pegawai kerajaan yang memberi kuasa atau petunjuk dan cara tindakan dasar awam. Termasuk juga tentang segala keputusan untuk mengeluarkan arahan, gubal undang-undang,edar peraturan,pentadbiran atau tafsiran kepada undang-undang.

  • Perkaitan Antara Dasar Awam dan PolitikDasar awam begitu dipengaruhi untuk dibuat berasaskan keputusan melalui sistem politik- tuntutan atau kemahuan rakyat dan sokongan oleh rakyat.

    Rakyat menuntut sesuatu perkara dilaksanakan Kerajaan menggubal dan melaksanakan dasar Rakyat memberi sokongan dan maklumbalas

  • Pihak Terlibat dalam Penggubalan Dasar di MalaysiaDasar terbentuk dengan pembentangan dan diluluskan di Dewn Rakyat

    Dibawa ke Dewan Negara untuk diterima:

    Parlimen badan tertinggi mengkaji kuasa mengawal dan laksanakan dasar strategi kerajaan

    Dasar awam boleh berubah mengikut nilai masyarakat dan kepemimpinan

    Dasar awam digubal untuk penuhi objektif-objektif sosioekonomi seperti pertumbuhan ekonomi, pengagihan,kestabilan dan kebajikan umum

    Kejayaan dan kegagalan bergantung kepada pelaksana dan penerima dasar yang akan menentukan dasar akan datang

  • Kumpulan berkepentingan mampu mempengaruhi sesuatu dasar awam untuk menjaga kepentingan mereka dan orang awam. Walaupun tiada kuasa menggubal dasar tetapi berpengaruhContoh: Persatuan Alam Sekitar Malaysia (PASM) dalam dasar berkaitan alam sekitar

    Kongres Kesatuan Sekerja dan Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dalam dasar berkaitan skim perkhidmatan kakitangan awam

    CAP dalam kepenggunaan- isu eksploitasi peniaga, harga, bahan pengguna

    Pertubuhan-pertubuhan wanita hingga wujud Dasar Wanita Negara

    Pertubuhan Islam dalam dasar Penerapan Nilai Islam

  • Pembahagian Dasar Di MalaysiaDasar berkaitan ekonomi negara- DEB, Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Dasar Penswastaan, Dasar Kependudukan 70 juta

    Dasar sosial dan etika kerja- Dasar Pendidikan Kebangsaan,Dasar Pandang ke Timur,Dasar Bersih,Cekap dan Amanah,Kepimpinan melalui Teladan,Dasar Penerapan Nilai-nilai Murni dalam Pentadbiran, Dasar Sosial Negara

    c.Dasar luar negeri-masalah dan isu yang dihadapi di arena antarabangsa yang punya kesan ke atas pembangunan dan keselamatan ZOPFAN dan Dasar Antartika

  • Proses Pembentukan Dasar AwamKenalpasti masalah-nilai,kehendak dan peluang yang boleh diperolehi melalui tindakan orang awam. Dapatkan sebanyak dan setepat mungkin maklumat berkaitan masalah sebenar

    Kenalpasti objektif - sekiranya dasar diperkenalkan,apa objektif yang dicapai?

    Kenalpasti sumber yang ada - kalau kerajaan laksanakan dasar, apakah kerajaan berkemampuan

    Kemuka alternatif yang sesuai - pelbagai tindakan dan usaha bagi kurangkan masalah - bergantung pada maklumat diperolehi - gunakan kreativiti,intuisi dan pertimbangan

  • Rancangan tindakan dasar yang sesuai- satu siri tindakan yang diambil dalam usaha capai hasil dikehendaki- ambil tahu kesan negatif dan positif - maklumat tindakan dasar diperolehi melalui proses peramalan dan penilaian terhadap hasil yang diharapkan

    Hasil Dasar - kesan tindakan dasar-positif dan negatif

    Nilai dasar - nilaikan hasil dasar sejauh mana capai objektif dasar dan selesaikan masalah? -kaji dan rangka semula altenatif sehingga menghasilkan kepuasan

    ( proses ini adalah berterusan dan berulang supaya sesuatu dasar tidak ketinggalan zaman seiring dengan kehendak masyarakat dan matlamat negara )

  • 3 Perkara diambilkira dalam Pembentukan Dasar Awam :Siapakah yang dapat, bila dan bagaimana mereka perolehinya?

    Apa peranan pelaksana dalam proses buat dasar berbanding pihak eksekutif, perundingan dan perundangan?

    Bagaimana pentadbir beri kesan ke atas gelagat orang awam dengan batasan yang ada dalam agensi kerajaan?

  • Dasar Pendidikan Kebangsaan

    Objektif

    Menyatukan pelajar sekolah daripada pelbagai kaum dan menyediakan tenaga kerja yang pembangunan negaraMenggalakkan perkembangan sosial, ekonomi, politik dan kebudayaanMelahirkan tenaga kerja terlatih untuk jangka pendek dan jangka panjang, bersatu dan berdisiplinMewujudkan sistem pendidikan yang lebih berkualiti dan bertaraf antarabangsaMemastikan sistem pendidikan berupaya menangani perkembangan sains dan teknologi semasa

  • Matlamat

    Membantu Malaysia menjadi sebuah negara maju dengan menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai alat pembangunan ekonomi, menggiatkan pembangunan sektor perindustrian agar lebih canggih, dinamik dan bersaing dengan negara maju .

    Strategi

    Pengkomputeran sektor perindustrian

    Menubuhkan Pusat Kecemerlangan Sains

    Menggalakkan pemindahan teknologi antara sektor

    Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan untuk merintis jalan kepada penemuan dan penyelidikan terkini sains dan teknologi

    Menubuhkan pusat mengumpul dan mengedar maklumat tentang aspek sains dan teknologi

    Dasar Sains dan Teknologi

  • Dasar Pembangunan Nasional(Sambungan DEB)Fokus - Membasmi kemiskinan di kalangan rakyat termiskin - Menyusun semula masyarakat

    ObjektifMemperkukuh kestabilan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik melalui pembangunan bandar dan luar bandarMenjadi negara maju dan mengukuhkan keadilan sosial, nilai etika, moral, kualiti hidup dan mengamalkan prinsip pentadbiran yang adil dan kecemerlangan ekonomiProgramMembasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakatMeamstikan keseimbangan kaum dalam semua aspekMeningkatkan penggunaan sains dan teknologiMenerapkan nilai sosial, kerohanian dan amalan cintakan alam sekitarMeningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan

  • Wawasan 2020(Malaysia Melangkah ke Hadapan, 28 Februari 1991)Dasar yang menjadi rujukan menjadikan Malaysia menjelang 2020 dengan acuan sendiri. Malaysia setanding dengan negara maju lain namun mempertahankan identiti dan nilainya sendiri.

    Cabaran:

    Mewujudkan masyarakat bersatu yang berkongsi matmat bersama

    Melahirkan masyarakat makmur ekonomi, punya daya saing dengan negara maju lain

    Melahirkan masyarakat penyayang/amal budaya penyayang

  • Melahirkan masyarakat progresif, saintifik, maju, berpandangan jauh dan lahirkan tamadun berasaskan sains dan teknologi

    Melahirkan masyarakat bertolak ansur, liberal dan bebas amal agama, adat dan budaya masing-masing

    Melahirkan masyarakat adil dan makmur melalui pengagihann kekayaan negara tanpa mengira kaum

    Melahirkan masyarakat bermoral, beretika, berpegang teguh kepada nilai agama dan kerohanian

    Membangunkan masyarakat demokratik yang matang dan punya persefahaman untuk kemakmuran negara

    Melahirkan masyarakat berjiwa bebas, maju dan tenteram serta punya keyakinan dan keupayaan hadapi cabaran dan bangga dengan kejayaan sendiri

  • Prinsip:

    Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Kerajaan adil dan amanah Rakyat berjiwa merdeka Penguasaan ilmu pengetahuan Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif Kehidupan berkualiti Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita Keutuhan budaya dan moral Pemeliharaan alam sekitar Kekuatan pertahanan negara

    Islam Hadhari(23 September 2004)

  • Pelan Integriti Nasional(23 April 2004) Objektif UtamaMemberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor dalam usaha membina masyarakat bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretikaMeningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usahapeningkatan integriti supaya budaya diamalkan dalam semua bidangMenggalakkan semangat bertanggungjawab dalam perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung dan menegakkan konsep integritiMenyumbang usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara dalam peningkatan kesejahteraan hidupMeningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam menghadapi cabaran global dalam abad ke-21

  • Tekad 2008 (2004-2008)(5 sasaran)Kurangkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasaTingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dan kurangkan birokrasiTingkatkan urus tadbir korporat dan etika perniagaanMantapkan institusi kekeluargaanTingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat

  • RumusanPenjawat awam perlu memahami dasar dasar pembangunan negara dan dasar itu digubal supaya:

    jelas mengapa melaksanakan tugas yang sedang dilakukan; memahami sejarah mengapa sesuatu dasar digubal dan perlu dilaksanakan; menjadi sebahagian penganalisis dasar awam untuk penambahbaikan; dapat menyampaikan mesej kepada penerima daripada pelaksanaan dasar awam

  • SEKIAN,TERIMA KASIH

    &

    Selamat Berjaya Memperoleh Aras IV

    [email protected]