dasar automatif nasional & dasar pertanian ketiga

10
DASAR- DASAR NEGARA (DASAR EKONOMI) OLEH: NUR AIMI ATHIRAH & NURUL NAZIHAH

Upload: malacca-girls-high-school

Post on 14-Jun-2015

192 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

GABUNGAN 2 DASAR -DASAR AUTOMOTIF NASIONAL DAN DASAR PERTANIAN KETIGA MALAYSIA * khas untuk budak stpm penggal 2

TRANSCRIPT

Page 1: Dasar automatif  nasional & dasar pertanian ketiga

DASAR- DASAR NEGARA

(DASAR EKONOMI)

OLEH: NUR AIMI ATHIRAH

&

NURUL NAZIHAH

Page 2: Dasar automatif  nasional & dasar pertanian ketiga

DASAR AUTOMOTIF NASIONAL

(NAP)

Page 3: Dasar automatif  nasional & dasar pertanian ketiga

Sejak penubuhan Proton pada tahun 1985, Malaysia telah berjaya membangunkan keupayaan industri automotif yang bersepadu merangkumi rekaan tempatan dan keupayaan rekabentuk, operasi pengeluaran berskala penuh dan penyertaan tempatan yang meluas dalam pembekalan komponen.

Namun begitu, sebahagian besar daripada kejayaan negara dalam membangunkan industri automotif tempatan telah didorong oleh dasar-dasar yang menyokong pengeluar kenderaan tempatan. Pada masa hadapan, cabaran global dan domestik akan menguji kemapanan industri ini.

Industri global semasa mempamerkan pertumbuhan yang lembap, kemusnahan nilai dan rasionalisasi besar-besaran yang mendesak pengeluar kenderaan tempatan untuk bergabung bagi mencapai tahap skala yang lebih tinggi.

Menyedari persekitaran global ini, Dasar Automotif Nasional dirangka dengan tujuan menangani pelbagai masalah dan cabaran tersebut serta mentransformasikan sektor automotif tempatan supaya lebih berdaya tahan, berdaya saing dan penyumbang besar kepada ekonomi.

Page 4: Dasar automatif  nasional & dasar pertanian ketiga

Tujuan – merangsang perkembangan sektor automotif negara

Objektif Utama :a) Memastikan pembangunan industri automotif

tempatan yang terancang dan tersusun serta meningkatlan keupayaan dan daya saing industri dalam jangka panjang.

b) Mewujudkan persekitaran pelaburan yang kondusif bagi menggalakkan pelaburan tambahan dan baru.

c) Meningkatkan daya saing syarikat pembuat kenderaan berstatus nasional melalui usaha sama strategik.

Page 5: Dasar automatif  nasional & dasar pertanian ketiga

d) Menggalakkan pembangunan teknologi baru dan terkini dalam industri automotif domestik.

e) Menggalakkan pembangunan aktiviti pengeluaran dalam bidang niche yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.

f) Meningkatkan penyertaan Bumiputera yang berterusan dalam industri automotif.

g) Meningkatkan standard keselamatan bagi menjamin keselamatan pengguna di samping menggalakkan aktiviti dalam bidang mesra alam.

h) Menambahbaik instrumen pelaksanaan dasar di bawah NAP sedia ada.

Page 6: Dasar automatif  nasional & dasar pertanian ketiga

DASAR PERTANIAN NEGARA KETIGA (DPN 3)

Page 7: Dasar automatif  nasional & dasar pertanian ketiga

OBJEKTIF DPN3 Memaksimakan pendapatan melalui penggunaan

sumber secara optima dalam sektor ini. Meliputi usaha memaksimakan sumbangan sektor

pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan eksport serta pendapatan petani, penternak dan nelayan.

Page 8: Dasar automatif  nasional & dasar pertanian ketiga

Hal ini dilakukan melalui :i) Peningkatan sekuriti makanan (food security)ii) Peningkatan produktiviti dan daya saing sektor

pertanianiii) Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor

lainiv) Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru

untuk sektor pertanianv) Memulihara dan menggunakan sumber-sumber

asli secara mampanvi) Pengenalan dua pendapatan strategik yang

baru iaitu pendekatan perhutani (agroforesty approach) dan pendekatan berasaskan produk (product-based approach)

Page 9: Dasar automatif  nasional & dasar pertanian ketiga

PENDEKATAN PERHUTANI

Tujuan : memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber-sumber

termasuk tanah, buruh dan bahan mentah

Di bawah pendekatan ini, kegiatan pertanian dan perhutanan dibangunkan bersama-sama kerana dilihat sebagai dua kegiatan yang serasi dan saling melengkapi.

Industri pertanian dan perhutanan juga adalah bertujuan membentuk asas luaran yang lebih luas bagi kedua-dua sektor tersebut.

Page 10: Dasar automatif  nasional & dasar pertanian ketiga

PENDEKATAN BERASASKAN PRODUK

Tujuan : memberi penekanan kepada keperluan dan citarasa pengguna serta

pasaran khusus di seluruh dunia> Permintaan dan keperluan pasaran ini

digunakan untuk menggubal strategik-strategik pengeluaran pertanian huluan.