projek saluran paip dasar laut ketiga … saluran paip dasar laut ketiga pulau pinang, bukan...

5
1.4.2019 KENYATAAN MEDIA oleh DATO’ IR. JASENI MAIDINSA, CEO PBA Holdings Bhd dan PBAPP. PROJEK SALURAN PAIP DASAR LAUT KETIGA PULAU PINANG, BUKAN PERLOMBONGAN PASIR PULAU PINANG, Isnin, 1.4.2019: Penggalian dan kerja-kerja penambakan tanah di kawasan pinggir laut Macallum adalah berkaitan dengan Projek Saluran Paip Dasar Laut ketiga Pulau Pinang, dan bukan perlombongan pasir. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) sedang menjalankan Projek Saluran Paip Dasar Laut ketiga Pulau Pinang untuk kepentingan Pulau Pinang dan rakyatnya, berikutan permintaan air yang semakin meningkat. PBAPP melabur RM125 juta bagi projek ini untuk menyalurkan tambahan 315 juta liter air sehari (MLD) ke pulau itu. Fasa 3 melibatkan pemasangan saluran paip berkembar dasar laut 1,200mm di sepanjang kawasan selat 3.2km di antara Butterworth dan Pulau Pinang. Kerja-kerja penggalian dasar laut diperlukan untuk menggali parit 3.2km di sepanjang selat untuk “meletakkan” saluran paip berkembar di bawah dasar laut. Langkah ini akan melindungi saluran paip dan menghalang saluran paip daripada terapung ke atas. Tanah yang Ditambak akan menjadi Tanah Negeri Sebahagian daripada bahan yang digali akan digunakan untuk menambak semula tanah di pinggir laut Macallum. Tanah yang ditambak akan menempatkan tempat pendaratan saluran paip ke pulau itu, serta pangkalan operasi untuk projek itu selepas ia ditauliahkan. Apabila kerja pemasangan paip selesai, tanah yang ditambak akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dalam erti kata lain, semua tanah yang ditambak untuk projek ini akhirnya akan menjadi tanah milik negeri.

Upload: duongdan

Post on 24-May-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Projek Saluran Paip Dasar Laut Ketiga Pulau Pinang, Bukan Perlombongan Pasir / Page 1 of 3

1.4.2019 KENYATAAN MEDIA oleh DATO’ IR. JASENI MAIDINSA, CEO PBA Holdings Bhd dan PBAPP. PROJEK SALURAN PAIP DASAR LAUT KETIGA PULAU PINANG, BUKAN PERLOMBONGAN PASIR PULAU PINANG, Isnin, 1.4.2019: Penggalian dan kerja-kerja penambakan tanah di kawasan pinggir laut Macallum adalah berkaitan dengan Projek Saluran Paip Dasar Laut ketiga Pulau Pinang, dan bukan perlombongan pasir. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) sedang menjalankan Projek Saluran Paip Dasar Laut ketiga Pulau Pinang untuk kepentingan Pulau Pinang dan rakyatnya, berikutan permintaan air yang semakin meningkat. PBAPP melabur RM125 juta bagi projek ini untuk menyalurkan tambahan 315 juta liter air sehari (MLD) ke pulau itu. Fasa 3 melibatkan pemasangan saluran paip berkembar dasar laut 1,200mm di sepanjang kawasan selat 3.2km di antara Butterworth dan Pulau Pinang. Kerja-kerja penggalian dasar laut diperlukan untuk menggali parit 3.2km di sepanjang selat untuk “meletakkan” saluran paip berkembar di bawah dasar laut. Langkah ini akan melindungi saluran paip dan menghalang saluran paip daripada terapung ke atas. Tanah yang Ditambak akan menjadi Tanah Negeri Sebahagian daripada bahan yang digali akan digunakan untuk menambak semula tanah di pinggir laut Macallum. Tanah yang ditambak akan menempatkan tempat pendaratan saluran paip ke pulau itu, serta pangkalan operasi untuk projek itu selepas ia ditauliahkan. Apabila kerja pemasangan paip selesai, tanah yang ditambak akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dalam erti kata lain, semua tanah yang ditambak untuk projek ini akhirnya akan menjadi tanah milik negeri.

Projek Saluran Paip Dasar Laut Ketiga Pulau Pinang, Bukan Perlombongan Pasir / Page 2 of 3

Baki bahan yang digali akan dilupuskan di tapak yang diluluskan oleh JAS dan Jabatan Laut Wilayah Utara. Oleh itu, sila ambil perhatian bahawa ini bukan projek perlombongan pasir. Ia adalah projek khidmat awam pengurusan bekalan air yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Penggalian dan Kerja-kerja Penambakan Tanah Dihentikan Sementara dan Secara Sukarela Pada 30.3.2019, Utusan Online dan Sinar Online menerbitkan laporan yang menyatakan bahawa Polis Marin telah segera menghentikan kerja-kerja perlombongan pasir di Weld Quay atau Jelutong. Laporan-laporan ini tidak tepat dan mengelirukan. Memang benar bahawa kerja penggalian dan penambakan tanah di tapak kerja pinggir laut Macallum telah dihentikan sejak 30.3.2019. Bagaimanapun, Wira Syukur (M) Sdn Bhd (WSSB), kontraktor projek itu, menghentikan kerja-kerja ini secara “sukarela”. PBAPP dan WSSB tidak menerima sebarang arahan “henti kerja” dari mana-mana pihak berkuasa. Pada 30.3.2019, WSSB memaklumkan kepada PBAPP bahawa ia telah menerima surat dari Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang (PTG) bertarikh 29.3.2019. Dalam surat itu, PTG memberitahu WSSB untuk memohon “Permit 4B untuk Penghapusan Pasir Laut dari Pulau Pinang”. WSSB telah memohon “Permit 4B” melalui Pejabat Tanah dan Daerah Timur Laut tetapi belum menerima sebarang jawapan. Oleh itu, PBAPP mengarahkan WSSB untuk secara sukarela menghentikan semua penggalian dan kerja-kerja penambakan tanah sehingga WSSB mendapat permit dari PTG. Keputusan Ujian JAS dan Kualiti Air laut Pada 18.12.2012, Jabatan Alam Sekitar Negeri (JAS) mengeluarkan kelulusan bersyarat untuk “Reka Bentuk dan Pembinaan Paip Dasar Laut dari Butterworth ke Pulau Pinang”.

Projek Saluran Paip Dasar Laut Ketiga Pulau Pinang, Bukan Perlombongan Pasir / Page 3 of 3

Pada 29.3.2019, berikutan dakwaan bahawa “perlombongan pasir di Weld Quay” telah menjejaskan tangkapan nelayan, kakitangan JAS melawat tapak kerja Macallum. WSSB telah mematuhi syarat-syarat JAS untuk kerja termasuk penyerahan laporan bebas bulanan, “Laporan Pemantauan Alam Sekitar”. Laporan ini mengandungi hasil ujian pada sampel air laut diambil di 3 kedalaman di lokasi 150 meter jauhnya dari tapak kerja. Laporan untuk bulan Mac 2019 menunjukkan variasi yang minima dalam parameter kualiti air laut utama berbanding dengan laporan baseline yang dikemukakan pada bulan November 2018. Oleh itu, tidak mungkin kerja-kerja itu boleh memberi kesan kepada penangkapan ikan di kawasan yang beberapa kilometer jauhnya, seperti Batu Uban, Teluk Bahang dan Balik Pulau. Walau bagaimanapun, biarkan saya jelaskan satu perkara penting: Adalah tidak mungkin untuk memasang saluran paip dasar laut berkembar 3.2km daripada 1,200 mm di laut tanpa menggerakkan pasir atau mengganggu dasar laut. Paling penting adalah untuk menguruskan impak alam sekitar dan meminimumkan kesan buruk. Harap maklum, ini adalah projek saluran paip dasar laut ketiga Pulau Pinang. Dua saluran paip dasar laut lain (yang beroperasi hari ini) telah berjaya dipasang di selat yang sama, menggunakan kaedah yang sama, tanpa menimbulkan kerosakan alam sekitar yang meluas. Terima kasih. _____________________________________________________ Dikeluarkan oleh : Puan Syarifah Nasywa bt Syed Feisal Barakbah

Unit Komunikasi Korporat Tel : 04-200 6607 Email : [email protected]