dasar apartheid

Upload: karime-ezani

Post on 05-Mar-2016

280 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

Ia Mengenai Dasar Apartheid dan Sumbangan Malaysia dalam tidak menyokong dasar tersebut

TRANSCRIPT

Hubungan Etnik Dan Ras

ALEA2307

Dasar Apartheid Di Afrika Selatan, Sumbangan Malaysia Dalam Penentangan Dasar ApartheidNama Pelajar : TG MOHD KARIME EZANI BIN TUAN MOHAMAD ZAKI

No Metrik : AEL 120021

Pensyarah : Dr. Noor Sulastry Yurni Binti Ahmad .

Pengenalan Apartheid berasal dari bahasa Afika ( Apart bermaksud memisahkan) , (heid bermaksud system atau undang undang) . Maka dalam kontets sejarahnya adalah sebagai sistem pemisahan bangsa yang diterapkan oleh kerajaan kulit putih di Afrika Selatan . Dalam konteks ini, undang-undang Apartheid telah dilaksanakan dari tahun 1948-1994. Ia merupakan satu sistem kerajaan yang mendiskriminasikan penduduk kulit hitam di Afrika Seltan. Walaupun ia telah jelas melanggar undang-undang antarabangsa tetapi tetap diamalkan demi kekuasaan dan kekayaan penduduk kulit putih.Dasar Apartheid

Dalam pemisahan ini, rakyat Afrika Selatan dibahagikan kepada empat kategori iaitu orang-orang kulit putih, kulit hitam, kulit berwarna dan orang India (atau orang Asia). Dalam tahun 1958, orang-orang kulit hitam dipisahkan taraf kenegaraan mereka. Mereka juga dipisahkan dalam persekolahan keadaan tempat belajar orang kulit putih lebih baik daripada keadaan tempat oaring kulit hitam belajar, pengangkutan awam orang kulit putih lebih selesa berbanding kenderaan untuk orang kulit hitam, kedai dan hospital tempat merawat pesakit kulit putih lebih baik perkhimatan jika dibandingakan dengan orang-orang kulit hitam dan kulit berwarna. Perkhidmatan yang terbaik hanya diperuntukan kepada minoriti penduduk kulit putih sahaja. Dalam dasar Apartheid, kaum bukan kulit putih (terutamanya kaum kulit hitam) dianggap sebagai lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan. Diskriminasi yang dapat dilihat adalah menerusi keutamaan mendapatkan perumahan, pekerjaan, pendidikan dan akses kuasa politik yang dilebihkan kepada orang kulit putih. Dalam segi tempat tinggal juga berlaku keadaan di mana orang hitam dipaksa keluar dari bandar dan daerah tempat tinggal mereka yang dikenali sebagai Bantustan atau tanah air Afrika berlandaskan penggubalan undang-undang yang menetapkan Dasar Apartheid yang dikemukakan oleh Group Areas Act of 1950. Ia telah membawa kepada pemisahan ruang hidup antara warga dalam negara tersebut iaitu orang kulit putih tinggal di bandar, manakala orang kulit hitam tinggan di luar atau pinggir bandar. Masalah yang berterusan dialami penduduk yang berasal dari kawasan tersebut apabila tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pemerintahan. Bukan itu sahaja, kelompok tersebut juga dipaksa mematuhi jam malam sekiranya ingin membuat perjalanan keluar kampung halaman. Semua bentuk diskriminasi perkauman adalah sah dari segi undang-undang dan undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah kulit putih. Seperti dalam undang-undang terdapat pemisahan yang nyata. Sebagai contoh, jika seorang kulit hitam didapati bersalah merogol wanita kulit putih akan dikenakan penjara. Tetapi jika seorang lelaki kulit putih berbuat kesalahan yang sama terhadap wanita kulit hitam, ia hanya akan dikenakan denda yang kecil sahaja. Ia jelas bertujuan untuk memastikan kekuasaan atau dominasi mereka kaum kulit putih ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam.Orang-orang kulit hitam dan kulit berwarna di Afrika Selatan memprotes terhadap diskriminasi ini dan ianya diketuai oleh Nelson Mandela dan Ahmed Kathrada. Pada peringkat awal gerakan penentangan ini, ia dilakukan dengan penolakan pasif yang membawa kepada kejadian boikot dan tunjuk perasaan. Ketika itu pemerintah kulit putih memerintahkan setiap lelaki kulit hitam membawa pas identiti dan akan diperluaskan kepada wanita kulit hitam. Mereka tidak boleh keluar daripada daerah masing-masing tanpa membawa pas. Dalam satu protes awam menentang Apartheid, Mandela telah membakar pasnya.

Contoh Papan Tanda jelas menunjukan Dasar Apartheid

Konflik ini mendapat tentangan pelbagai pihak sehingga membawa kepada langkah penghapusan dasar berkenaan. Ini merujuk kepada tentangan yang dilakukan oleh tokoh, Nelson Mandela iaitu ahli Kongres Nasional Afrika, ANC (African National Congress). ANC merupakan sebuah kumpulan yang berjuang untuk menghapuskan Dasar Apartheid. Dalam perjuangan yang dilakukan tidak menggunakan kekerasan, mogok mahupun penetangan orang awam besar-besaran. Keadaan ini membawa kepada pengadilan terhadap Nelson Mandela pada tahun 1952. Mandela diadili kerana mengambil bahagian dalam Campaign of Just Defiance dan dijatuhi hukuman percubaan menyebabkan beliau keluar masuk penjara sepanjang tahun tersebut.

Pada tahun 1960, ANC telah dilarang secara rasmi menyebabkan Mandela menjadi salah seorang pengasas kepada Umkhonto We Siswe iaitu organisasi hak-hak sivil kekerasan. Dalam perbicaraan Rivonia yang terkenal itu, Mandela akhirnya didapati bersalah dan dipenjarakan bermula tahun 1963 di Pulau Robben atau Ruben selama 27 tahun. Walaupun Mandela dipenjarakan, tetapi aura dan mesej yang ditiupkan oleh Mandela menjalar ke seluruh dunia.

Tempat dimana pulau Nelson Mandela dipenjarakan

Ia menjadi simbol penentangan terhadap dasar-dasar Apartheid yang perlu dihapuskan. Ini menjadi suara rakyat Afrika Selatan untuk terus menegakkan hak mereka dalam negara mereka sendiri.Seterusnya pada tahun 1963 menyaksikan Nelson Mandela dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan tidak dibebaskan sehingga 1990. Hal ini demikian berlaku selepas beliau bersiar-siar keluar negara untuk bercakap berhubung keadaan di Afrika Selatan dan menerima latihan ketenteraan. Ketika pemerintahan Frederik Willem de Klerk, Mandela telah dibebaskan pada 11 Februari 1990. Mandela dibebaskan dari penjara juga adalah hasil kerja keras isterinya, Winnie Mandela yang merupakan seorang pekerja sosial yang menjadi penyambung lidah bagi Mandela ketika beliau berada di penjara. Pembebasan tersebut seterusnya membawa kesan positif terhadap perjuangan rakyat Afrika Selatan dalam usaha untuk memansuhkan Dasar Apartheid. Hal ini demikian dapat dilihat menerusi rundingan yang dibuat oleh kerajaan Afrika Selatan buat pertama kalinya pada 2 Mei 1990 dengan ANC. Beliau akhirnya telah berkerjasama dengan Presiden Afrika Selatan ketika itu, F.W. de Klerk untuk memansuhkan Apartheid .Seterusnya pada 7 Jun 1990, De Klerk telah menghapuskan Undang-undang Darurat Negara yang telah berjalan hampir di setiap negara Afrika Selatan. Sementara itu, Mandela terus berjuang sehingga ke luar negara bagi mendapatkan pengakuan terhadap perjuangannya dalam menghapuskan dasar tersebut yang memakan masa yang lama.

Walau bagaimanapun, usaha tersebut membuahkan hasil apabila pada 21 Februari 1991, De Klerk mengumumkan penghapusan semua ketentuan dan kewujudan sistem politik Apartheid di hadapan sidang parlimen Afrika Selatan. Penghapusan tersebut sekaligus menghapuskan tiga undang-undang yang mengkuhkan kuasa Apartheid :

Land Act : Undang-undang yang melarang orang kulit hitam mempunyai tanah di luar kawasan tempat tinggal yang telah ditentukan.

Group Areas Act : Undang-undang yang menetapkan pemisahana tempat tinggal orang kulit hitam dan orang kulit putih.

Population Registratioan Act : Undang-undang yang mewajibkan semua orang kulit hitam untuk mendaftarkan diri menurut kumpulan suku masing-masing.

Bukan itu sahaja, dengan penghapusan yang dibuat oleh De Klerk, membawa kepada janji pemerintahan yang menjalankan pilihan raya tanpa sekatan perkauman. Dengan itu, pilihan raya yang telah dijalankan pada tahun 1994 membawa kemenangan keada Nelson Mandela sekaligus menjadikan beliau sebagai Presiden Afrika Selatan pada 9 Mei 1994. Ini menjadikan Mandela sebagai presiden pertama dari kulit hitam. Seterusnya pada 10 Mei 1994, Mandela dilantik sebagai presiden dalam upacara megah di Union Building, Pretoria.Sumbangan Malaysia Dalam Penentangan Dasar ApartheidPERANAN MALAYSIA SEBAGAI AHLI PERTUBUHAN KOMANWEL DALAM PENENTANGAN TERHADAP DASAR APARTHEIDSementara itu melalui penglibatan Malaysia menentang dasar Aparteid melalui pertubuhan Komanwel, dapat dilihat bagaimana berlakunya interaksi yang saling mempengaruhi antara agen (negara Malaysia) dengan struktur (iaitu pertubuhan Komanwel dan konvesyen hak asasi manusia) bagi mempertahankan norma dan ideal sebagai sebuah pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan negara ahli. Malaysia telah menjadi ahli pertubuhan Komanwel semenjak mencapai kemerdekaan pada 1957. Suatu ketika dahulu Komanwel merupakan pertubuhan yang kedua penting dalam dasar luar Malaysia selepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Namun, menjelang tahun-tahun 1980-an, keutamaannya dalam dasar luar Malaysia telah merosot ke tempat keempat. Bagaimanapun hubungan Malaysia dengan Komanwel boleh dianggap unik. Walaupun Malaysia telah beberapa kali mengkritik peranan serta kewibawaan pertubuhan tersebut secara terbuka, namun Malaysia tetap merupakan salah satu negara anggota yang paling aktif dalam persidangan yang dianjurkan oleh pertubuhan tersebut. Malahan, Malaysia pernah menjadi tuan rumah kepada Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel atau Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM) pada tahun 1989 serta Sukan Komanwel pada 1998. Dasar luar Malaysia semenjak kemerdekaan telah banyak juga dipengaruhi oleh keanggotaannya dalam Komanwel (Rogers 2006: 93). Komanwel berfungsi sebagai landasan bagi Malaysia menyuarakan pendapatnya di peringkat antarabangsa. Isu-isu utama yang pernah disuarakan oleh Malaysia melalui Komanwel adalah seperti penentangan terhadap dasar Aparteid, dadah, alam sekitar, hubungan antara negara-negara membangun dengan negara-negara maju. Komanwel telah dijadikan platform bagi menwujudkan suatu imej yang positif serta dilihat sebagai jaguh dalam kalangan negara membangun (Rogers 2006: 93-94). Berasaskan andaian Konstruktivisme yang mengutamakan ideational forces dalam interaksi negara dengan organisasi antarabangsa, maka agak menarik untuk melihat mengapa Malaysia sebagai negara ahli begitu lantang menentang dasar Aparteid yang dianggap bertentangan dengan prinsip Hak Asasi Manusia yang universal. Ketika Persidangan Perdana Menteri Komanwel di London pada Mei 1960, Tunku Abdul Rahman telah menyuarakan penentangan terhadap dasar Apartheid yang diamalkan oleh Afrika Selatan. Peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Sharpesville, Afrika Selatan pada 1960 telah dikutuk hebat oleh Tunku yang menganggap negara itu mengamalkan dasar yang tidak berperikemanusiaan dan kejam. Beliau berpendapat dasar tersebut bertentangan dengan prinsip Komanwel serta hak asasi manusia. Dalam persidangan 1960 ini, Tunku telah mencapai satu kejayaan yang besar, setidak-tidaknya beliau telah berjaya membuka jalan bagi persidangan Perdana Menteri Komanwel pada 1961 untuk membincangkan semula isu itu. Pada 1961 isu Aparteid ini telah dibincangkan dengan lebih hebat lagi. Walau bagaimanapun, di persidangan tersebut peranan yang telah dimainkan oleh Tunku sebelum ini telah diteruskan oleh Mr. Diefenbaker (Perdana Menteri Kanada) dan Dr. Nkrumah (Ghana). Tunku walau bagaimanapun telah menunjukkan minat secara peribadi dalam hal ini dan mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan mengenai isu Aparteid tersebut (Hazra 1965: 115). Dalam persidangan 1961 ini Tunku dilaporkan telah membuat ucapan yang tegas menentang dasar Aparteid kerajaan Afrika Selatan. Beliau dengan jelas menyatakan bahawa Malaya, tidak akan bertolak ansur mengenai persoalan Aparteid dan akan terus berbuat begitu (Government Press Statement , Department of Information 3/61/67, Enternal Affairs, 10 March, 1961, dipetik oleh Hazra 1965). Dalam persidangan 1961 ini juga Afrika Selatan telah membuat permohonan untuk terus menjadi ahli Komanwel selepas 31 Mei, 1961 iaitu apabila ia menjadi sebuah republik. Tetapi persidangan selanjutnya telah menyatakan dengan jelas bahawa Afrika Selatan mestilah merubah dasar Aparteid mereka, jika negara itu berharap mahu terus mengekalkan keahliannya dalam Komanwel. Ghana dan Nigeria, contohnya telah mengambil sikap yang lebih tegas meminta anggota Komanwel memilih mereka atau Afrika Selatan. Walau bagaimanapun, pelbagai usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri British, Mr. MacMillan untuk menghalang penyingkiran Afrika Selatan telah gagal (Miller 1961: 62). Oleh kerana Afrika Selatan telah menjangka bahawa majoriti negara anggota bersetuju untuk menyingkirnya, maka Afrika Selatan telah menarik balik permohonan untuk mengekalkan keanggotaannya dalam Komanwel. Tunku dalam hal ini telah mengulas bahawa tiada siapa yang merasa kesal dengan keputusan Afrika Selatan dan kedudukan Komanwel lebih bermakna sekarang. Negara-negara Komanwel sekarang boleh bersuara dengan berani terhadap semua isu-isu keamanan yang mereka hadapi, termasuk perkara-perkara agama dan sosial. Akibat kritikan-kritikan yang dicetuskan oleh Malaysia, Afrika Selatan telah menarik diri daripada Komanwel. Perjuangan menentang dasar Aparteid merupakan agenda penting dalam dasar luar Malaysia di Afrika dan diteruskan oleh kepimpinan Malaysia selepas Tunku. Dalam tahun-tahun 1970-an, masalah ketidakadilan dan amalan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim kulit putih Afrika Selatan mendapat perhatian utama Malaysia. Malaysia telah membuat usahanya sendiri untuk memberi tekanan kepada dasar kerajaan Afrika Selatan dengan menyuarakan kritikannya dalam pelbagai persidangan antarabangsa dan perjumpaan rasmi ketua-ketua negara seperti Commonwealth Head of Government Meeting (CHOGM). Tun Abdul Razak telah menyatakan rasa tidak puas hati Malaysia terhadap respons Komanwel yang lembap dan tidak efektif terhadap apa yang berlaku di Afrika Selatan dalam CHOGM yang diadakan di Singapura. Malaysia juga menentang penjualan senjata oleh kerajaan Britain kepada Afrika Selatan kerana ini akan menggalakkan penindasan oleh pihak berkuasa Afrika Selatan terhadap perjuangan rakyat kulit hitam Afrika Selatan bagi mendapatkan hak asasi mereka. Tun Razak mengutuk sikap hipokrasi sesetengah negara Barat terutama sekali Britain kerana masih menjual senjata kepada Afrika Selatan yang digunakan bagi mempertahankan kelangsungan politik serta menyeksa dan membunuh penduduk kulit hitam. (Hamidin Abdul Hamid 2007: 173-174; Rogers 2007: 99). Apabila berlaku pembunuhan beramai-ramai di Soweto pada tahun 1976, peristiwa itu mengundang kutukan dari Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Hussein Onn. Pendirian Malaysia terhadap dasar Apartheid di Komanwel menjadi lebih tegas semasa pentadbiran Dr. Mahathir. Beliau pernah mencadangkan agar sekatan ekonomi yang lebih tegas harus dikenakan terhadap Afrika Selatan ketika Persidangan Kemuncak Ketua-ketua Kerajaan Komanwel di Nassau, Bahamas pada 1985. Gesaan beliau mendapat sokongan kerajaan Australia dan Kanada tetapi tidak disenangi oleh Margaret Thatcher, Perdana Menteri Britain ketika itu. Malahan Malaysia enggan menyertai Sukan Komanwel yang telah diadakan di Edinburgh sebagai protes terhadap Britain yang tidak mahu mengenakan sekatan ekonomi yang lebih tegas pada Afrika Selatan (Rogers 2007: 99). Usaha menentang dasar Apartheid ini diteruskan hingga 1989 apabila Malaysia menjadi tuan rumah kepada Persidangan Kemuncak Ketua-ketua Komanwel dengan mencadangkan sekatan ekonomi diperluaskan meliputi aspek kewangan, perdagangan serta pelaburan. Tindakan Malaysia dapat diterangkan bersesuaian dengan andaian pendekatan Konstruktivisme yang mementingkan idea dan amalan konvensyen berkaitan dengan hak asasi manusia yang universal. Malaysia di bawah pentadbiran Dr. Mahathir melihat Dasar Aparteid sebagai satu bentuk kolonialisme kerana dasar itu menafikan hak pemerintahan sendiri kepada penduduk majoriti kulit hitam. Dr. Mahathir melihat penduduk majoriti kulit hitam di Afrika Selatan dinafikan hak mereka seperti penduduk majoriti Melayu dipinggirkan di negara sendiri seperti yang digambarkan dalam buku beliau, Malay Dilemma. Bagi beliau penerusan dasar Apartheid pada zaman moden merupakan contoh double standard Barat yang menekankan kepentingan idea hak asasi manusia dan demokrasi di Dunia Ketiga, tetapi membiarkan diskriminasi ras diinstitusikan di Afrika Selatan. Britain sebagai peneraju kepada pertubuhan Komanwel dikritik sebagai contoh hipokrasi Barat kerana enggan bersama banyak negara yang melaksanakan sekatan perdagangan ke atas Afrika Selatan (Dhillon 2009: 205).Malaysia telah mengadakan hubungan diplomatik secara rasmi dengan Afrika Selatan pada November 1993, tetapi hubungan itu tidak dilakukan dengan tergesa-gesa walaupun mendapat desakan daripada Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa bagi mendapat kelebihan daripada pesaing lain dalam bidang perdagangan dan pelaburan. Wisma Putra telah menasihatkan Perdana Menteri supaya Malaysia tidak sepatutnya mengorbankan prinsip semata-mata untuk faedah material kerana Malaysia telah lama berjuang untuk menghapuskan pemerintahan Apartheid. Tambahan pula Malaysia merupakan salah seorang ahli dalam Commonwealth Group of Eleven yang telah diberi tugas untuk membubarkan Apartheid seperti yang telah dipersetujui dalam CHOGM yang diadakan di Kuala Lumpur pada 1989. Seperti yang pernah dibincangkan oleh Hughes (2000), pendekatan Konstruktivisme melihat idea dan prinsip hak asasi manusia merupakan antara contoh bagaimana konvensyen dalam hubungan antarabangsa boleh mempengaruhi pendirian dan tingkahlaku negara. Prinsip hak asasi manusia didefinisi dan malahan didefinisikan semula melalui konvesyen sosial. Malahan hak asasi manusia itu merupakan satu konstruksi socialSusun Jalur Respon Dunia Terhadap Dasar ApartheidSecara umumnya, Dasar Apartheid yang dilaksanakan secara menyuruh di Afrika Selatan mendapat tentangan dunia. Hal ini dapat dilihat menerusi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mengutuk perbuatan tersebut. Malahan, pelbagai respon yang dapat dilihat terhadap konflik tersebut termasuklah dalam konteks Malaysia sendiri.

Mei 1960, Persidangan Komanwel, Tunku Abdul Rahman dengan lantang menyuarakan penentangan terhadap Dasar Apartheid - Penglibatan Malaysia terhadap penentangan Dasar Apartheid melalui pertubuhan Komanwel dengan interaksi yang saling mempengaruhi antara agen dengan struktur. Dalam hal ini, agen merujuk kepada negara Malaysia, manakala struktur ialah pertubuhan Komanwel dan konvesyen hak asasi manusia.

Tahun 1961, isu berhubung Dasar Apartheid dibincangkan dengan lebih hebat lagi di mana Mr. Diefenbaker (Perdana Menteri Canada) dan Dr. Nkrumah (Ghana) telah menggantikan peranan Tunku Abdul Rahman ketika Persidangan Komanwel.

Walau bagaimanapun, Tunku Abdul Rahman secara peribadi menunjukkan minat terhadap penentangan dasar tersebut apabila beliau membuat ucapan yang tegas menentang dasar Apartheid kerajaan Afrika Selatan.

Tahun 1961, Afrika Selatan memohon untuk menjadi anggota Komanwel apabila ia menjadi sebuah republik. Dengan itu, syarat penerimaan bagi Afrika Selatan untuk menganggotai Komanwel sekiranya Dasar Apartheid diubah.

Tahun 1970-an, masalah penindasan terhadap orang kulit hitam masih belum selesai menyebabkan Malaysia menerusi Tunku Abdul Rahman menyuarakan kritikannya terhadap persidangan antarabangsa dan perjumpaan rasmi ketua-ketua negara. Beliau menyatakan rasa tidak puas hati terhadap respon Komanwel yang dianggap lembap dan tidak efektif.

Malaysia menentang penjualan senjata kepada Afrika Selatan oleh kerajaan Britain yang digunakan bagi mempertahankan kelangsungan politik serta menyeksa dan membunuh penduduk kulit hitam.

Tahun 1985, pendirian Malaysia terhadap Dasar Apartheid semakin tegas ketika era pemerintahan Tun Mahathir yang telah mencadangkan agar sekatan ekonomi dikenakan terhadap Afrika Selatan ketika Persidangan Kemuncak Ketua-ketua Kerajaan Komanwel di Nassau, Bahamas - mendapat sokongan kerajaan Canada dan Australia tetapi tidak disenangi Britain sehingga Malaysia enggan menyertai Sukan Komanwel sebagai protes terhadap Britain yang enggan mengenakan sekatan ekonomi.

Tahun 1989, Malaysia menjadi tuan rumah kepada Persidangan Ketua-ketua Komanwel dengan mencadangkan sekatan ekonomi dari segi kewangan, perdaganag serta pelaburan.

Tahun 2002, Rome Statue of International Criminal Court telah memfailkan perbuatan 'apartheid' sebagai jenayah terhadap kemanusiaan yang berkaitan dengan segregasi atau pemisahan kaum. Malahan, ia juga merupakan suatu perlakuan diskriminasi terhadap sesuatu kaum.KesimpulanPerjalanan ke sebuah negara yang dapat mencapai perpaduaan dan merasai kebebasan dalam erti yang sebenar bukan lah sesuatu yang senang dicapai atau dimiliki dengan mudah ia memerlukan sebuah pegorbanan besar. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku kepada Afrika Selatan kerana berlakunya permasalahan kaum atas warna kulit telah mengakibatkan pelbagai permasalahan yang memberi kesan keatas Negara mereka pada hari ini. Melalui kerjasama dari semua pihak dalam atau luar mampu untuk menjayakan dalam misi menegakkan nilai kemanusiaan sebenar dalam peringakat Global yang turut berlaku pada hari ini.RUJUKAN1) Akademika 81(1) 2011: 39-50 ,Konstruktivisme Sosial dan Hubungan Antarabangsa Malaysia , Nor Azizan Idris , Zarina @ Zarina Othman & Rashila Hj Ramli 46,47,482) http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/12/di-sebalik-nama-nelson-mandela_10.html3) http://globalisasiafrika.blogspot.com/2013/10/isu-global-di-afrika-selatan-dasar.html4) http://globalisasiafrika.blogspot.com/2013/10/isu-global-di-afrika-selatan-dasar_29.html5) http://globalisasiafrika.blogspot.com/2013/11/respon-dunia-terhadap-dasar-apartheid.html