dari meja ketua pengarang isi … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana...

28

Upload: vutruc

Post on 15-May-2019

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut
Page 2: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Salam Negaraku Malaysia

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT,

lantaran izin dan atas kehendak-Nya jua, maka Qalam

INTURA edisi kedua tahun 2017 telah berjaya

diterbitkan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih juga

diucapkan kepada sidang redaksi atas komitmen jitu

yang dicurahkan bagi merealisasikan penerbitan

majalah yang menjadi kebanggaan INTURA.

Qalam INTURA edisi kedua tahun 2017 bertemakan

perekayasaan ilmu ke arah meningkatkan kualiti

penyampaian perkhidmatan sektor awam.

Maka, kandungan majalah ini tidak terbatas kepada

skop dan ruang lingkup pembelajaran tertentu, tetapi

lebih bersifat menyeluruh.

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan agar

kandungan Qalam INTURA edisi kedua tahun 2017

berupaya bertindak sebagai wadah perkongsian

maklumat untuk penjawat awam, khususnya warga

INTURA.

Sekian, selamat membaca.

“Knowledge is Power” (Sir Francis Bacon, 1597)

Penasihat:Pn. Zaharah binti Mohd Abdul Kader

Ketua Pengarang:Dr. Khairusany bin Mohamed Yusof

Sidang Pengarang:Dr. Zaidi bin Fadzil

Nor Sabitah binti Saidin

Mohd. Zhafri bin Dato’ Haji Mohd. Zohdi

Meor Saharizan bin Meor Idris

Mimi Liana binti Yim Yahayak

Muhammad Mahazir bin Ramli

Adilah binti Sahidan

Rekaletak Dan Grafik:Huzairul Hezri bin Saidin

Hafizah binti Ahmad

Sidang PengarangJurugambar:Mohamad Johari bin Din

Edaran: Salma binti Abu Hassan

Zuraida binti Chin

DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI KANDUNGAN

Dari Meja Ketua Pengarang

Perutusan Pengarah Wilayah Utara

Keperluan Kemahiran Kaunseling kepada Penjawat Awam

Oh My English!!

Jenayah Siber

10 Petua Mengurus Konflik

Bagaimana kita menggembirakan pelanggan?

Monday Blues

5 Tiang Negaraku

TN50 : Membina Masa Hadapan Bersama

Tonggak 12

Uji Minda

Uniknya Stok Dalam Pengurusan Aset Kerajaan

Program iLEAD Exploration 2.0 :

Muafakat Kedah Ke Arah Produktiviti Perkhidmatan Awam

“Dekat Di Mata, Jauh Di Kaki”

Sistem Pergerakan Pegawai i-Gerak “No Cost, High Impact”

Jawapan Uji Minda

1

2

3

4

5

7

9

11

12

13

15

16

18

20

21

23

25

11

Page 3: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut

Perutusan Pengarah Wilayah Utara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya

maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut perancangan.

Tanpa kita sedari kita telah melangkau ke suku ketiga 2017. Sukacitanya saya juga mengambil

kesempatan ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga INTURA yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung untuk menghasilkan penerbitan majalah Qalam INTURA edisi

kedua tahun ini. Ini menunjukkan kita berupaya melaksanakan projek penerbitan mengikut

jadual yang ditetapkan.

Sebagai mana kita sedia maklum satu daripada tujuan utama INTURA ialah penerbitan

majalah Qalam INTURA. Majalah ini boleh dianggap sebagai satu infrastruktur untuk pegawai

INTURA menulis artikel yang berkualiti untuk menyebarkan idea-idea berhubung dengan

kepakaran dan pengalaman masing-masing bagi faedah pegawai-pegawai awam. Ini kerana

amalan menulis artikel di kalangan penjawat awam amat penting dan relevan dalam

membudayakan penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti. Ilmu-ilmu yang dipelajari

sama ada melalui pembacaan, pemerhatian atau pengalaman boleh diluahkan secara ilmiah

dalam bentuk penulisan artikel seperti ini. Sehubungan dengan itu, adalah wajar

keberkesanan seseorang pegawai INTURA bukan sahaja berkeupayaan melaksanakan

program-program latihan tetapi juga kebolehan menulis artikel-artikel yang berfaedah.

Seseorang pegawai latihan adalah lebih “complete” dengan mempunyai kebolehan

melaksanakan program latihan tetapi juga berkebolehan menulis artikel-artikel yang berguna

untuk rujukan pegawai-pegawai awam.

Dengan ini saya menyarankan semua pegawai INTURA terus berusaha menerbitkan

artikel-artikel berkualiti untuk faedah umum.

Sekian, salam hormat

ZAHARAH BINTI MOHD ABDUL KADER

Pengarah Wilayah

Institut Tadbiran Awam Negara

Kampus Wilayah Utara

Oktober 2017

g

Kampus Wilayah Utara

Oktober 2017

2 2

Page 4: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut

Dr. Zaidi bin Fadzil

KeperluanKEMAHIRAN KAUNSELING

KEPADA PENJAWAT AWAM

AbstrakKaunseling dan penjawat awam semestinya

memerlukan antara satu sama lain. Kombinasi

antara insan dan kemahiran insaniah ini akan

dapat meningkatkan produktiviti dan hubungan

baik sesama manusia. Sekiranya penjawat awam

dapat membudayakan ilmu kaunseling ini

sepenuhnya maka terjawablah slogan “Merakyatkan

Perkhidmatan” yang disasarkan selama ini.

Dewasa ini keperluan terhadap penguasaan sesuatu

ilmu yang bersifat kemahiran insaniah semakin

meningkat dari semasa ke semasa. Abad 21 yang

menuntut kepada ledakan ilmu pengetahuan (IQ) perlu

dibaluti dengan ilmu-ilmu lain (EQ) yang bersifat

kemahiran untuk memantapkan fungsi insan di dalam

negara ini. Justeru itu peranan kaunseling pada masa ini

amat penting dalam menyemai dan menyuburkan

jiwa-jiwa penjawat awam ini dengan ilmu kaunseling

agar pendekatan yang digunakan akan dapat mengarah

kepada merakyatkan perkhidmatan.

Istilah kaunseling bukanlah perkara baharu tetapi

telah digunakan dengan meluas dalam pelbagai bidang

perkhidmatan kemanusiaan. Kaunseling merangkumi

semua aktiviti dan kaedah menolong dan menasihati

individu yang menghadapi masalah. Sebagai contoh,

pada masa lampau Nabi Muhammad S.A.W. pernah

meminta nasihat daripada seorang guru bernama

Waraqah sejurus berlakunya peristiwa penerimaan

wahyu (mesej) yang pertama, kerana ketika itu baginda

berasa cemas dengan peristiwa itu. Jadi, sebagai seorang

manusia tidak kira siapa memang ada masa dan

ketikanya memerlukan pertolongan, kaunseling,

perbincangan dan bimbingan daripada orang lain yang

berkebolehan bagi memenuhi keperluan dan

kesejahteraan hidupnya.

Dalam konteks kehidupan masa kini, aktiviti dan

penglibatan kaunseling bukan sahaja terdiri daripada

golongan profesional tetapi juga golongan yang bukan

profesional. Penglibatan ini memang penting bagi

membolehkan individu berkomunikasi dengan baik

sesama manusia dan seterusnya dapat hidup dalam

keadaan yang mengembirakan.

Carl Rogers (2007) dalam bukunya Counselling and

Psychotherapy, menyebut kaunseling sebagai suatu

proses pembetulan diri untuk berkembang secara biasa

dengan pertolongan pakar dan dapat pula menerima

pengalaman yang belum pernah dirasai supaya perkara

ini dapat disesuaikan dengan diri seseorang itu. Abdul

Halim Othman (1990) mengatakan kaunseling ialah

sebagai suatu kegiatan bersifat psikologikal untuk

membantu manusia lain membantu dirinya dengan cara

yang sistematik dan bertanggung jawab. Sementera itu

mengikut Nur Aini (1989) konsep kaunseling dalam

Islam membawa maksud petunjuk serta bimbingan dan

menyeru manusia ke jalan Allah atau menyebarkan

dakwah islamiah untuk mendapatkan keredaannya.

Dalam kajian lain, Walter R. Mahler & William F.

Wrightnour (1973) dalam bukunya Executive Continuity:

How to Build and Retain an Effective Management,

melaporkan satu kajian terhadap amalan 210 pengurus

dalam pelbagai organisasi, syarikat pembuatan,

rangkaian supermarket dan perkhidmatan bekalan

awam (public utility). Keputusan kajian menunjukkan

bahawa apabila pihak pengurus dan lain-lain memberi

sedikit masa untuk kaunseling kepada pekerja, samada

secara temuramah sistematik yang formal, atau sesi tak

formal, pekerja-pekerja di dapati :

Melaporkan bahawa mereka suka dengan cara bagaimana

pengurus-pengurus mereka memotivasikan mereka.

Solusinya, kemahiran kaunseling perlu didedahkan

dan dikongsikan dengan semua penjawat awam

sebagai satu keperluan yang mesti dimiliki dan

diaplikasikan semasa menjalankan tanggungjawab

sebagai seorang penjawat awam. Penguasaan dan

pengaplikasian ilmu kaunseling ini bukan hanya dapat

meningkatkan hubungan baik sesama insan malah

dapat meningkatkan produktiviti ke tahap terbaik.

Justeru itu, alangkah baiknya sekiranya budaya

pengamalan ilmu kaunseling ini yang secara tuntasnya

juga kongruen dengan ajaran agama Islam dan lain-lain

agama yang menuntut untuk kita menjalin hubungan baik

sesama insan dan membantu sekiranya seseorang itu

berada dalam keadaan dibelenggu masalah.

RUJUKAN:

Abdul Halim (1990). Pengenalan Bimbingan dan

Carl Rogers (2007). Counselling and Psychotherapy.

Amazon.com. New York.

Nur Aini (1989) Konsep Kaunseling Dalam Islam. Pelangi.

Walter R. Mahler & William F. Wrightnour (1973),

Executive Continuity : Press, New York.

3

g

3

Page 5: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut

oh My English!!By : Dr. Khairusany Mohamed Yusof

Ask this question to a Malaysian. Why are you scared of speaking English? Feeling scared of making

mistakes and being laughed at are common reasons for many Malaysian who refuse to speak English. Little

did they know that by practising and making mistakes may eventually help them to be better speaker.

condemning their primary school teachers for not

teaching them basic English. They did teach English at

school, didn’t they? But many still cannot

communicate effectively. The main difficulty is not

the language, the problem is that people tend to live

in the past and blame their past for what they are now.

Thus, if you just realised (at this very moment) that

your speaking skill is poor, take action. What are you

waiting for?

One of the best ways to improve your speaking skills is

to speak the language. This would mean that you

have to practise speaking with real people in social

events and gatherings. If you are afraid of being

laughed at, don’t worry, people who use English as

their mother tongue or their first language would not

sneer at your incorrect grammar and pronunciation.

They might frown at the use of inaccurate words just

because they are confused and trying to guess what

you meant; not to discourage you from using the

language.

These days, there are many online learning resources,

websites and even English courses that can assist

people to learn the language and polish their

speaking skills. If reading books is a bit daunting, one

can always watch YouTube videos on how to improve

communication skills. The convenience and available

options are countless and it’s all up to you!

Everyone should master the language if we do not

want to be left behind!

Disclaimer:

This article is only the writer’s opinion/ personal belief

and it does not represent INTURA’s official statement.

References:

https://www.oxford-royale.co.uk

https://www.speakalley.com/blog/how-can-i-improve-english-speaking-skills/

People mock those politicians and diplomats who

could not speak fluently so many tend to shy away

from social functions. Many government officers are

still unable to speak flawless English in everyday

conversation despite having spent much time

overseas to pursue their post-graduate studies. Why is

this happening? Lack of confidence? Lack of

opportunity? Others are prone to public shaming? Or

simply because they couldn’t care less…

It is globally acknowledged that English is one of the

most widely spoken languages. It is the language of

diplomacy and the official language of the European

Union, the United Nations, NATO and the European

Free Trade Association, not to mention many

Commonwealth countries. 60 out of 192 countries in

the world use English as their official language. We

know it is important but we do not see it as important.

So open your eyes and see what others are seeing!

In this country, English is introduced to children as

early as 4 or 5 years old at pre-school. They will

continue learning the subject in primary school and

then secondary school. But the level of English

language is not improving. The puzzle is still missing,

as who is there to be blamed for the declining

standard of English among Malaysian (especially the

young ones)? Even the Education Minister is baffled by

poor English proficiency among Malaysians (Malay

Online 6 Dec 2014). Being exposed to the language

early should somehow help Malaysian to be able to

get a good grasp of the language or should we say

that at least they could utter correct sentences for

everyday conversation.

Finger pointing will not change the situation because

one should know what one should do to make sure

that one could speak good language. Simple! Do

something about it. Don’t blame other people for our

own weaknesses. Don’t blame the situation that you

live in for your poor speaking skills. One will not be

able to improve basic communication skills by

4 4

Page 6: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut

JENAYAH SIBEROleh : Muhammad Mahazir Ramli

JENAYAH SIBER merupakan jenayah komputer yang telah melanda

dunia pada masa kini. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan,

kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer,

pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain. Kemunculan internet

bukan sahaja memberi kesan positif kepada kita malah telah membantu

mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara-perkara

negatif dengan menggunakan kecanggihan komputer. Antaranya

penipuan komputer yang dilakukan dengan mengubah rekod-rekod

komputer seperti “spamming” iaitu menghantar iklan yang tidak

dikehendaki secara berlebihan ke dalam akaun e-mel mangsa. Selain itu

penipuan “phishing” bermaksud menyamar sebagai laman web sah dan

seterusnya memujuk mangsa mengklik pautan melalui e-mel yang

membawa bersama maklumat sulit pengguna. Ia dapat melancarkan

perisian pengintip yang memasuki komputer orang lain tanpa disedari

sama ada untuk mencuri maklumat mangsa ataupun untuk

melancarkan tetingkap “pop-up” iklan secara berterusan. Pihak yang

tidak bertanggungjawab ini juga menggunakan perisian komputer

dengan memasuki atau mengubah program atau data tanpa kebenaran

iaitu pencerobohan komputer contohnya dalam perisian perindustrian.

Menghasil dan menyebarkan virus juga antara yang sering dilakukan

oleh pihak tertentu bagi merosakkan program pengguna lain.

Statistik jenayah siber di Malaysia pada tahun 2014

menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kes

melibatkan siber iaitu sebanyak 10,636 kes

berbanding tahun sebelumnya iaitu 9,986 kes.

Statistik Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer

Malaysia (MyCERT) juga menunjukkan bahawa

insiden berhubung kod berniat jahat merekodkan

peningkatan tertinggi tahun lepas dengan 1,106 kes

berbanding 645 kes pada tahun 2012. Rakyat Malaysia

semakin celik teknologi namun masih kurang

pemahaman mereka mengenai bagaimana untuk

melindungi diri secara dalam talian. Justeru itu, kita

sebagai pengguna yang bijak harus mengetahui

bagaimana untuk mengendalikan tetapan di laman

web agar dapat mengurangkan bilangan rakyat

Malaysia yang "mudah tertipu" dan terpedaya dengan

jenayah siber ini. Antara salah satu punca jenayah

siber berlaku ialah sukar untuk dikenalpasti siapakah

penjenayahnya. Golongan penjenayah siber biasanya

adalah golongan berpengetahuan ataupun

professional dan boleh dikategorikan golongan yang

celik Internet. Mereka akan melakukan jenayah siber

terhadap institusi pesaing atau mereka diupah oleh

pihak tertentu, dan biasanya mereka susah untuk

ditangkap.

Antara faktor yang menyumbang kepada jenayah

siber ialah sikap manusia yang sukar dikawal.

Setiap aspek kehidupan manusia adalah berkaitan

dengan sistem nilai. Nilai berkait rapat dengan

pengalaman dan pendirian seorang individu serta

boleh mempengaruhi motif, alasan dan justifikasi

setiap tindakan individu tersebut. Kadang kala, wujud

konflik dalam pemilihan dan penetapan suatu

tingkahlaku. Berdasarkan kajian lepas daripada

Sufean (1995), menyatakan bahawa nilai yang buruk

atau jahat diberikan kepada perkara yang

mendatangkan kemudaratan dan yang menganggu

kesejahteraan hidup. Bagi golongan manusia

sebegini, mereka hanya mementingkan hasilnya dan

tidak ambil peduli akan cara mereka

menggunakannya, walaupun ianya jelas merupakan

perlakuan yang salah. Selain itu, kerana kurangnya

nilai-nilai murni dalam diri menyebabkan sesetengah

orang menyerang sistem siber hanya sekadar

suka-suka ataupun hanya ingin mempraktikkan ilmu

yang baru mereka pelajari. Kebanyakan mereka ini

adalah terdiri daripada golongan generasi muda.

Golongan ini selalunya tidak sedar bahawa apa yang

mereka lakukan itu adalah salah di sisi

undang-undang dan mereka tidak dapat berfikir

secara rasional sebelum berbuat sesuatu.

a

n,

r,

t

u

a

a

an

ari

uk

ng

er

an

n.

an

55

Page 7: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut

Faktor kedua adalah kemunculan Internet sebagai

alat komunikasi terkini. Perubahan sosial

didefinisikan sebagai perubahan yang berlaku

terhadap masyarakat dari satu tingkat kehidupan ke

satu tingkat kehidupan yang lain. Menurut Amir

Hassan (2002), perubahan sosial secara ringkasnya

ialah perbezaan antara sekarang dengan sebelum.

Perubahan sosial merupakan fenomena yang sentiasa

berlaku dalam sesebuah masyarakat. Perkembangan

teknologi maklumat masa kini meletakkan kita dalam

dunia tanpa sempadan. Semua maklumat dapat

diakses dalam sekelip mata. Jika dahulu, pengguna

Internet didedahkan dengan medium komunikasi

e-mel, namun dewasa ini, laman rangkaian sosial

amat mendapat tempat dalam kalangan masyarakat

seantero dunia kerana jaringan sosialnya yang luas

tanpa batasan.

Kemunculan internet misalnya dilihat sebagai satu

perubahan dalam arus permodenan dalam hidup

masyarakat hari ini. Ianya mampu membawa unsur

positif, namun ianya juga berupaya menghasilkan

unsur-unsur negatif yang mana sekiranya tidak

dikawal akan menimbulkan masalah sosial di

kalangan masyarakat. Ini sejajar dengan kajian yang

dijalankan oleh David S. Wall (2005), mendapati

terdapatnya hubungan yang signifikan di antara

penggunaan internet dengan masalah sosial yang

berlaku dewasa ini. Hal ini terjadi disebabkan generasi

muda masa kini yang gemar menghabiskan masa

dalam dunia siber dan natijahnya, tidak mustahil

pelbagai bentuk jenayah siber boleh berlaku. Internet

sememangnya telah mengubah pemikiran setiap

golongan manusia di seluruh dunia. Ini kerana

Internet dilihat begitu berpengaruh berbanding

dengan media yang lain disebabkan sifatnya yang

dapat menembusi sempadan negara. Ia sukar disekat,

ditapis dan dihalang, tidak seperti media massa yang lain.

Keadaan ini perlu diatasi dan terdapat beberapa

langkah dalam mengatasi jenayah siber, antaranya

ialah dengan penguatkuasaan melalui undang-undang

perlu dipertingkatkan dan diperketatkan lagi agar

selari dengan situasi semasa yang lebih mencabar

dengan jenayah siber yang semakin tinggi. Akta-akta

seperti Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Komunikasi

dan Multimedia 1998, dan Peraturan-Peraturan

Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan

Elektronik) 2012 perlu digubal bersesuaian dengan

perubahan masa dan menjadikan kes-kes jenayah

siber yang berlaku sebagai rujukan untuk

memperkemaskan lagi akta sedia ada ini.

Selain itu, penubuhan Cyber Security dibawah

Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

bertujuan bagi mengawasi dan memantau

keselamatan atas talian dan segala aktiviti yang

dikategorikan sebagai jenayah siber. Cyber Security

merupakan sebuah badan koordinasi untuk inisiatif

keselamatan siber kebangsaan dan ianya bukanlah

sebuah agensi pengutkuasaan yang memberi

perkhidmatan dan sokongan kepada pihak-pihak

yang terlibat seperti badan penguatkuasaan dan

mangsa jenayah siber. Kerajaan perlu peka dan

memastikan prasarana teknologi maklumat selamat

digunakan dengan melaksanakan polisi-polisi yang

efektif, terkini dan praktikal.Kerajaan perlu bersedia

dengan pelbagai jenayah siber yang berlaku. Laman

web seperti e-security yang menyediakan

perkhidmatan interaksi berkaitan dengan

keselamatan penggunaan internet perlu bagi

mendedahkan pengguna internet tidak kira samada

kanak-kanak mahupun dewasa dalam mengetahui

dan memperoleh maklumat berkaitan dengan

teknologi maklumat serta tidak menyalahgunakan

teknologi tersebut.

Kerjasama antara negara secara global untuk

meningkatkan keupayaan dalam menghadapi

serangan penjenayah siber merupakan langkah

terbaik dalam mengatasi jenayah siber ini. Hubungan

diplomatik yang baik dengan negara lain di dunia

membolehkan Malaysia bekerjasama dengan

berkongsi maklumat berkaitan dengan keselamatan

komputer dan menbentuk unit pencegahan jenayah

siber. Perkongsian ini perlu diperluaskan lagi dengan

membawa masuk atau meminjam pakar-pakar dari

negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain

dalam memberi tunjuk ajar serta melatih kakitangan

untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang

forensik komputer untuk membanteras jenayah siber.

Kesimpulannya, teknologi pada masa kini semakin

mudah dan semakin canggih. Segala-galanya

dilakukan hanya dihujung jari tetapi pada masa yang

sama terdapat juga kekurangannya iaitu jenayah siber

juga semakin canggih. Kebanyakan penjenayah siber

tidak dapat ditangkap kerana sukar dikesan. Oleh itu,

kita haruslah sentiasa berwaspada pada setiap masa.

Langkah-langkah mengatasi jenayah siber haruslah

diberi penekanan agar masalah ini tidak berlaku lagi

dan setiap individu harus mengambil langkah

berjaga-jaga dan hendaklah berhati-hati semasa

menggunakan rangkaian Internet.

RUJUKANAmir Hasan Dawi (2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan : Edisi Kedua. Tanjung

Malim: Quantum Books.

Sufean Hussin (1995). Pengajaran Nilai Dalam Kurikulum. (Edisi Kedua).

Selangor:Laser Press Sdn. Bhd.

Wall, D. S. (2005). The Internet as a conduit for criminals. In A. Pattavina (Ed.),

Information technology and the criminal justice system (pp. 77–98). Thousand Oaks,

CA: Sage

6 6

Page 8: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut

Oleh : Adilah binti Sahidan

Konflik yang berlaku dalam sesebuah pasukan boleh menjejaskan prestasi dan merosakkan

kelangsungan hidup seseorang. Apabila ia terjadi, banyak implikasi dan kesan negatif yang boleh

dilihat. Bukan sahaja kepada individu yang berkonflik, ia melibatkan juga organisasi secara amnya.

Setiap manusia berbeza. Ada orang yang sering ditimpa konflik, samada di rumah atau di pejabat. Ada

pula orang yang jarang sekali berhadapan dengan konflik. Kehidupan mereka lebih gembira dan

berprestasi berbanding orang yang sering ditimpa konflik.

Oleh yang demikian, kita bersetuju bahawa konflik mendatangkan banyak kesulitan dalam pelbagai

situasi. Jadi apakah yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan atau mengurangkan daripada

berlakunya konflik?

Ada beberapa petua berguna untuk mengatasi konflik yang melanda:

1) Memiliki hati yang suci

dan wangi

Orang yang berhati busuk penuh dengan

sifat-sifat yang membawa kepada konflik. Hasad,

dengki, dendam, marah, takbur, sombong,

menunjuk-nunjuk dan bangga diri adalah antara

sifat orang yang selalu berkonflik. Jauhi diri

daripada mereka dan jagalah hati anda supaya

tidak dijangkiti penyakit-penyakit jiwa tersebut.

2) Berhenti menghukum

orang lain.

Jangan terlalu memandang keburukan dan

kelemahan orang lain sahaja. Mungkin dia

pernah melakukan kesilapan, tetapi ia bukanlah

satu kesilapan. Berikan peluang kepada dia untuk

memperbaiki kelemahan yang ada. Nilai

seseorang dengan prestasi yang ditunjukkan,

bukan semata-mata kerana individu tersebut.

3) Berikan peluang kepadanya

untuk “meletup”

Jika dia marah, berilah peluang kepadanya untuk

meluahkan apa yang terbuku. Diamkan diri dan

dengar dengan penuh perhatian. Tidak salah jika

merendah diri untuk kebaikan bersama. Jika anda

asyik mencelah dan bertekak dengan orang yang

tidak rasional anda juga akan dilihat sebagai

orang yang tidak rasional. Orang yang rasional

tidak “meletup” dan mengamuk.Tiada gunanya

bertengkar atau bertikam lidah. Beri peluang

mereka untuk meluahkan segala “lahar dan

muntahan” kemarahan mereka. Jangan mencelah.

4) Ingat tujuan hidup

Kita diutus sebagai hamba Allah dan khalifah di

muka bumi ini. Maka setiap kali berlaku konflik,

kita tanya pada diri, “Adakah konflik ini

membantu saya melaksanakan tujuan tersebut?

Adakah konflik ini berbaloi untuk diteruskan.

Bukankah kita ada tujuan hidup yang lebih besar

daripada semua ini?”

PETUAMENGURUS KONFLIK10

77

Page 9: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut

5) Pastikan pintu komunikasi

sentiasa terbuka

Tonjolkan imej bahawa anda seorang yang

menerima apa-apa sahaja komen daripada orang

lain. Tanpa komunikasi terbuka, orang lain akan

“makan hati” dan menyimpan perasaan tidak

selesa terhadap anda. Ini hanya menimbulkan

konflik dan krisis yang tidak diperlukan. Jangan

sekali-kali mengherdik orang lain, semata-mata

kerana dia bersuara. Ia hanya akan menutup

pintu komunikasi buat selama-lamanya.

6) Turun padang

Ada kalanya orang bawahan berasa terasing dan

tepinggir untuk berjumpa anda secara langsung.

Mungkin kerana jawatan atau pejabat yang agak

jauh. Oleh itu, apa salahnya anda turun padang

melihat mereka bekerja. Lebih baik, kalau sesekali

anda mengajak mereka makan bersama-sama

dan berbual tentang rutin kerja mereka. Ini

sangat baik untuk membentuk suasana kerja

yang kondusif.

7) Sesukar mana sekalipun, bawa

berbincang

Semakin sulit sesuatu perkara semakin perlu

dibincangkan bersama-sama. Kenal pasti

perkara-perkara yang menjadi “api dalam sekam”

dalam organisasi anda. Jangan tunggu sehingga

berlaku konflik, barulah hendak dibincangkan.

Teliti perkara-perkara sulit dan sukar yang belum

dibincangkan. Atur pertemuan, dan bincangkan

dengan hati yang terbuka

8) Tumpukan kepada maklumat dan

data

Elakkan daripada mempercayai khabar angin dan

gossip. Sebagai seorang yang berpendidikan dan

mempunyai harga diri, anda tidak sepatutnya

dipengaruhi oleh sesuatu yang tidak berasas. Jika

ada khabar angin yang tidak menyenangkan,

lakukanlah penyiasatan sebelum bertindak.

Jangan tergesa-gesa.

9) Biarlah mereka tahu apa-apa yang

berlaku

Melakukan perkara yang baik tidak cukup dalam

organisasi. Apa yang penting, biarlah mereka

tahu bahawa perkara yang baik telah berlaku.

Biarlah orang lain tahu bahawa anda sudah pun

melaksanakan tugasan anda dengan baik. Bukan

untuk menunjuk, tetapi untuk memastikan

bahawa tiada salah faham dan buruk sangka yang

timbul nanti. Anda bertanggungjawab untuk

melaksanakan tugasan anda, dan orang lain pula

berhak untuk mengetahui sejauh mana anda

melaksanakan tugasan anda.

10) Maafkan semua orang

Ini ialah yang ringkas tetapi sukar untuk

dilakukan. Setiap kali sebelum tidur, fikirkan

orang yang telah menyakiti hati anda pada hari

tersebut. Tarik nafas, dan maafkan mereka. Bukan

sahaja ia dapat mengelakkan konflik, bahkan

anda akan bangun dengan lebih segar dan

bersemangat.

Konflik yang berlebihan akan meningkatkan stress serta memerlukan komitmen yang tinggi untuk

menyelesaikannya. Apabila konflik dapat dielakkan anda boleh menumpukan masa dan perhatian

untuk meningkatkan prestasi dan keupayaan diri. Oleh itu, tidak rugi jika anda berusaha untuk

mengelakkan konflik.

8 8

Page 10: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut

Nor Sabitah binti Saidin

BAGAIMANA KITAMENGGEMBIRAKAN PELANGGAN?

Sebagai penjawat awam kita tidak boleh mudah untuk berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan

kepada pelanggan kerana jangkaan pelanggan sentiasa berubah. Jika dulu, pelanggan menganggap untuk

mendapatkan maklumbalas bagi persoalan mereka dalam tempoh 24 jam adalah sesuatu yang mantap dan

mengagumkan. Tetapi sekarang tidak lagi. Mereka bukan sahaja inginkan maklumbalas diberikan on the spot

malah maklumbalas yang diberikan haruslah tepat dan jelas. Jadi untuk kekal di tahap prestasi yang tertinggi

maka kita juga perlu kepada perubahan. Untuk mengubah sesuatu budaya pengurusan khidmat pelanggan

dalam sesebuah organisasi bukanlah mudah. Penglibatan daripada semua pihak sangat diperlukan dalam

menjadikan pengurusan khidmat pelanggan yang cemerlang. Perkhidmatan pelanggan yang responsif serta

mesra pelangggan adalah antara petunjuk utama kepada kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian

perkhidmatan awam.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, Pelanggan bermaksud seseorang atau pihak, yang mendapat khidmat

seseorang atau sesebuah organisasi, syarikat dan sebagainya dengan membayar kepadanya. Jadi seharusnya

kita sebagai agen kerajaan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan sentiasa mengutamakan pelanggan

agar dapat memberikan keseronokan serta kepuasan hati kepada pelanggan apabila berurusan dengan

kerajaan. Terdapat beberapa tips mudah yang boleh dikongsikan bersama bagi menggembirakan pelanggan

iaitu:

#1 Sentiasa Ucapkan Terima Kasih

yang terdalam. Di samping itu, ucapan terima kasih

mampu menjadi pelonjak semangat untuk para

pekerja terus berkhidmat.

#2 Sentiasa Murah Senyuman

tindakan kita akan diperhatikan. Terutamanya

senyuman yang dilemparkan kepada pelanggan. Oleh

sebab itu, adalah penting untuk bersikap murah

dengan senyuman walaupun kita sedang bercakap

dalam telefon.

#3 Sentiasa Memberi Pujian

mengenai kebolehan kita. Pelanggan pasti merasakan

dirinya mendapat penghormatan, dan secara tidak

langsung akan meningkatkan keyakinan diri untuk

terus berurusan dengan pihak kerajaan.

#4 Menjadi Pendengar Yang Baik

pendengar yang baik atau pun tidak kerana

tindakbalas yang diberikan dapat menentukan sikap

kita terhadap pelanggan. Biasanya untuk dihargai, kita

perlu belajar untuk menghargai.

#5 Bertindak Segera Jika Pelanggan

Bertukar Menjadi Tidak Puas Hati

daripada pelanggan yang berpuas hati. Mereka

dengan rasa tidak puas hati yang meluap-luap akan

mencari pelbagai cara dan medium untuk meluahkan

rasa ketidakpuasan hati mereka. Contohnya melalui

media sosial. Biasanya kebanyakan orang di luar sana

akan lebih terarah kepada berita yang negatif

berbanding yang positif.

99

Page 11: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut

PETUA KECEMERLANGAN

KOMUNIKASI PELANGGAN

Bercakap mengikut keselesaan pelanggan;

apabila menghubungi pelanggan pastikan kita

bercakap mengikut keselesaan mereka. Sikap suka

mendesak perlu dielakkan dan pastikan berbual pada

masa yang sesuai.

Jadualkan pertemuan terlebih awal;

pastikan kita telah membuat temu janji terlebih

dahulu untuk mengelakkan pertemuan yang

tergesa-gesa atau bagi mengelakkan masa

menunggu kepada kedua-dua pihak.

Berkomunikasi dengan ringkas;

Apabila berurusan dengan pelanggan, pastikan kita

berkomunikasi dengan ringkas, jelas dan tepat.

Sekiranya pelanggan meminta penjelasan dan

pandangan yang panjang lebar kita seharusnya

bersedia untuk memberikannya.

Jadi pendengar yang baik;

Pelanggan dapat mengetahui sama ada kita adalah

pendengar yang baik atau pun tidak kerana tindak

balas yang diberikan dapat menentukan sikap kita

terhadap pelanggan.

Ingatlah bahawa:

- Kesilapan yang dilakukan dalam khidmat pelanggan

akan menjejaskan kesetiaan pelanggan terhadap

organisasi;

- Kejayaan masa lalu tidak menjamin kejayaan masa

hadapan. Justeru kita perlu berubah;

- Bekerja dalam satu pasukan boleh menceriakan

persekitaran kerja dan layanan kepada pelanggan

yang lebin berhemah; dan

- Pengurusan masa yang cemerlang dapat membantu

kecekapan dalam pengurusan pelanggan

Perlu ditanam dalam minda kita, walaupun kita tidak

ada atau jarang mendapat komplen/aduan daripada

pelanggan, kita tidak seharusnya boleh terus berpuas

hati. Kebanyakan pelanggan memilih untuk mengadu

kepada orang lain atau mengambil aduan mereka ke

media sosial berbanding mengadu terus kepada kita.

Mereka suka jika berita negatif ini menjadi viral dan

akan menjadikan nama organisasi kita menjadi buruk.

Akhir kata, anda bukan sahaja perlu bijak menjaga

hati pelanggan anda yang setia malah perlu pantas

menangani isu-isu pelanggan sedia ada serta

memberikan layanan lebih baik daripada apa yang

diharapkan.

Rujukan:Pengurusan Khidmat Pelanggan - Petua Dan Teknik: Terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd

Pengurusan Perhubungan Pelanggan Sektor Awam: Diterbitkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

(MAMPU),Jabatan Perdana Menteri

Pekeliling Perkhidmatan Bil 5 Tahun 2007

PKPA 1/2008 : Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan

1010

Page 12: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut

Dr. Khairusany bin Mohamed Yusof

Monday Blues

Arghhhhhh!! Is it Monday again??

Why do people hate Mondays? Why does the world give

us the impression that everyone hates Mondays? Does it

try to tell us that people hate going to work?

I ask myself this question after

seeing a few Facebook statuses

on Monday, how people try to

comfort themselves by telling the

world their Monday blues, and

how people have to drag

themselves out of bed to face

their worst day; as if it’s the last

day of their lives.

What is the reason for such

responses to Monday? What if we

rename the day to Wow day?

Would that change people’s

perspectives about that first day

of the week?

It’s the day when people start

working and it’s the day when the

weekend and their off days end.

So, logically it’s not really

Monday’s fault. Clearly it’s the fact

that people ‘have’ to go to work

on Monday (notice that I used

‘have’) because when you have to

do something, you may not really

‘want’ to do it. Because of this

‘have to’ syndrome, people are

dreading their Mondays and their

bosses are their worst enemy.

The inability to love what you do

comes from inside of yourself.

Because surely if you really love

something you would not complain

so much about it. To your

‘dissatisfied self’, complaining seems

to solve your problems (whatever

that you are not happy with). But to

complain would indicate negative

attitude towards things and that is

not good for any organisations.

It’s ironic on how people would

have described all their positive

attitudes when they were first

interviewed for a job, but once they

got the job, all the positive attitudes

seemed to disappear…Swallowed

by stacks of paperwork they

received, tight schedules and

endless due dates. Where is that

dedicated worker who would strive

to make things work? Those lies in

personal profiles and

interviews…we should be ashamed

of ourselves!

People will not have to lie about

their ability to do any jobs if they

really love what they do. When

they have to lie for the sake of

producing great CVs to impress

the employers, they will

eventually find the work tedious.

When it becomes a burden it will

not be enjoyable. There’s no

passion. They will do it because

they have to, to please their

bosses, not because they want to.

This will affect performance

because bored employees would

not gather own efforts and

initiatives to do things better or

create something new.

Obviously no one likes to work. If

we were given a choice, many

would choose to do nothing and

get paid for it. But life is not

always that easy unless you are

born filthy rich. Work because you

love it not because you have to.

1111

Page 13: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut
Page 14: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut
Page 15: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut
Page 16: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut
Page 17: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut

B A J N N I C A B I H K I S K

B I D A A I I J A K U N N E K

P S D E N N N A B A T M L A D

E K D A Y A E Y A S E A I A S

N K K A Y A N P N L A B Y E E

A A K K D U N E Y A A A R Y R

U D I U E A H M O N K A A K A

M A S U K N N A N I N Y E N A

E Z A A Y N Y N Y I N L A S T

T A J R U A M A A A A D B E U

A N B S E O L U H B N K I R R

M U U A Y S S E I Z M A A A U

A D K A J M E T M E A E L N M

B Y N E K A M E L A U N T E U

I N D A N D U A N A L E M E M

B G S A T N O H A C O P O C A

A O T N O P E T E R P A N D O

M O M E N Y L U R C O G N O P

E F A I R B L R E T E P A N M

T Y S O C U I B M A B B V A A

I P T I S K V U L D M I L L L

H O I H I C E A R I U E A D L

W N T C M T D Y S S F C B D E

W G C C B D A B M I U A K U R

O O H O I O L R C O O L B C E

N O I N C C L I Z R U M A K D

S F N I P H E E L A M S E T N

I M D P C N U B A L N O E N I

M E R Z T I R S Y E K C I M C

B A L O O Z C H E R C U L E S

1. 20 KATA BAGI BANGSA/KAUM/ETNIK MALAYSIA :

A. CARI KATA

1. B_ _ _-_ _ _ _ _ _

2. B_ _ _ _

3. B_ _ _ _ _ _

4. C_ _ _

5. D_ _ _ _

6. D_ _ _ _

7. I_ _ _

8. I_ _ _ _

9. J_ _ _ _

10. K_ _ _ _ _ _

11. K_ _ _ _

12. K_ _ _ _ _ _

13. K_ _ _ _ _

14. M _ _ _ _ _ _

15. M _ _ _ _ _

16. M_ _ _ _

17. P_ _ _ _

18. S_ _ _ _ _

19. S_ _ _

20. T_ _ _ _ _

2. 20 KATA BAGI WATAK DISNEY :

1. A_ _ _ _ _ _

2. B_ _ _ _

3. B_ _ _ _

4. C_ _ _ _ _ _ D_ _ _ _ _ _

5. C_ _ _ _ _ _ _ _ _

6. D_ _ _ _ _ D_ _ _

7. G_ _ _ _

8. H_ _ _ _ _ _ _

9. M_ _ _ _ _ _ _ _ _ _

10. M_ _ _ _ _ M_ _ _ _

11. N_ _ _

12. P_ _ _ _ P_ _

13. P_ _ _ _ _ _ _ _

14. P_ _ _ _ _ _ _ _ _

15. P_ _ _ _

16. S_ _ _ _

17. S_ _ _ W_ _ _ _

18. S_ _ _ _ _

19. T_ _ _ _ _

20. U_ _ _ _ _

U

J

I

M

I

N

D

A

1616

Page 18: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut

B. SUDOKU

Isikan grid supaya setiap :

i) Baris (melintang);

ii) Lajur (menegak); dan

iii) Ruangan kotak 3x3

7 5 8 1

9

2 7

8 5 9 6

1 2

3 6 2 4

8 4 7

3 1 6

3 2

Mengandungi nombor unik 1 hingga 9

1717

Page 19: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut

Oleh : Meor Saharizan Meor Idris

UNIKNYA STOKDALAM PENGURUSAN ASET KERAJAAN

Kenali aset yang popular

Di dalam Pengurusan Aset Kerajaan, terdapat 3 item

utama yang sering menjadi fokus jabatan/agensi

Kerajaan. Item yang dimaksudkan ialah Harta Modal

(Aset Alih Dipermodalkan), Aset Alih Bernilai Rendah

(Aset Alih Tidak Dipermodalkan) dan Stok (Inventori).

Ini kerana sifat ketiga-tiga item berkenaan hampir

sama tapi tidak serupa. Ini juga berikutan ianya

kekadang bersifat saling lengkap-melengkapi antara

satu sama lain.

Kefahaman yang jelas bagi menentukan sifat sebenar

dan peranan setiap item aset tersebut amat penting. Ia

akan memudahkan para Penjawat Awam amnya dan

Pegawai Aset / Stor khasnya di dalam menguruskan

aset tersebut secara berkesan, berlandaskan

akauntabiliti dan integriti.

Untuk makluman awal, rujukan utama penulis sudah

pasti pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian

Kewangan Malaysia (Perbendaharaan Malaysia).

Pekeliling yang dimaksudkan ialah 1 Pekeliling

Perbendaharaan: Bidang Pengurusan Aset (AM), Topik

1 & 6.

Sebelum mengorak lebih jauh, mari kita berkenalan

dengan sifat / ciri-ciri yang terdapat pada ketiga-tiga

item berkenaan. Penerangan yang jelas adalah seperti

di Jadual A.

Jadual A: Pengenalan Kategori Aset & Contoh.

Tarikh Kuatkuasa: 1 Januari 2015

Bil. Jenis

Aset

Nilai Penentuan

(RM)

Catatan Contoh

Harta

Modal

1. RM 2,000 dan

keatas (nilai

perolehan

1 unit)

Bergantung kepada

nilai perolehan

setiap unit

Kenderaan,

Komputer &

Penghawa Dingin

Aset Alih

Bernilai

Rendah

2. RM 1,999.99

dan ke bawah

(nilai

perolehan

1 unit)

Bergantung kepada

nilai perolehan

setiap unit

Perabut, Pencetak &

Kipas Siling.

Stok3. Tiada

penentuan

harga spesifik

Bersifat unik.

Tidak bergantung

kepada nilai

perolehan setiap

unit. Penentuan

adalah bebas,

bergantung kepada

sifat tertentu,

contoh: bersifat

melengkapi aset

utama (Harta

Modal & Aset Alih

Bernilai Rendah).

Bateri, alat tulis,

toner, ubat-ubatan,

peralatan klinikal

pakai-buang,

peluru, bom, gari,

peralatan dapur,

bahan mentah

basah/kering

& peralatan sukan.

1818

Page 20: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut

Berdasarkan maklumat di Jadual A, penentuan

kategori aset untuk Harta Modal dan Aset Alih Bernilai

Rendah telah dipermudahkan oleh Perbendaharaan

Malaysia. Penentuan kategori tersebut terletak khas

kepada nilai perolehan untuk setiap unit terlibat.

Stok = Unik!

Nilai perolehan setiap unit terlibat tidak dapat

digunakan bagi menentukan kategori untuk item

yang unik seperti Stok. Stok dikategorikan

berlandaskan sifat asalnya iaitu sentiasa diperlukan

secara berulang / bersifat melengkapi dan membantu

Harta Modal & Aset Alih Bernilai Rendah agar dapat

berfungsi dengan baik.

Uniknya stok, merangkumi sifat lainnya termasuk

sebagai bahan makanan, pakaian, uji-kaji makmal dan

lain-lain.

Dikesempatan ini, penulis ingin berkongsi sumber

rujukan dalam penentuan kategori aset tersebut.

Perbendaharaan Malaysia telah menyediakan satu

portal khas untuk rujukan semua pihak terutamanya

Jabatan/ Agensi Kerajaan yang menggunakan Sistem

Pengurusan Aset (SPA) dan Sistem Pengurusan Stor

(SPS).

Portal yang diberi nama Knowledgebase ini amat

berguna dan sangat membantu para Pegawai Aset /

Stor mengenalpasti dan mengkategorikan aset yang

berkenaan.

Printscreen dari Knowledgebase: Pengurusan Aset

Printscreen dari Knowledgebase: Pengurusan Stor

Portal Knowledgebase tersebut boleh dicapai pada

alamat,

http://knowledgebase.treasury.gov.my

Adalah diharapkan pembaca sedikit sebanyak

mendapat maklumat dan idea berkaitan keunikan aset

terutamanya item yang disebut sebagai stok, ini

kerana bak kata pepatah Melayu; “kecil-kecil cili padi”.

Mungkin sesetengah item stok itu kecil saiznya, tetapi

peranannya cukup besar dalam menyokong operasi

sesebuah Jabatan / Agensi Kerajaan selaras aspirasi

“stakeholders” dan pelanggan.

Rujukani. 1 Pekeliling Perbendaharaan: AM 1, 2 & 6

ii. http://knowledgebase.treasury.gov.my

1919

Page 21: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut

Oleh : Mohd Zhafri bin Dato’ Haji Mohd Zohdi

PROGRAM iLEAD EXPLORATION 2.0: MUAFAKAT KEDAH KE ARAH PRODUKTIVITI PERKHIDMATAN AWAM

Program iLEAD Exploration telah diadakan pada 23

Ogos 2015 di INTAN Kampus Wilayah Utara. Program ini

dianjurkan bertujuan menguji ketahanan mental dan fizikal

peserta; dengan objektif untuk memperkenalkan

iLEAD-PARK di samping memupuk semangat kerja

berpasukan, patriotism dan budaya hidup sihat penjawat

awam. Tema yang dipilih ialah ‘Kenali Kedah’ sejajar dengan

program mempromosi pelancongan negeri Kedah dan

ianya merupakan antara inisiatif awal program Discover

Kedah 2016.

Program iLEAD Exploration pada tahun 2015 telah

menarik minat pegawai dari pelbagai agensi kerajaan

dengan penyertaan seramai 160 orang peserta daripada 25

Jabatan daripada seluruh Malaysia. Majlis Pelancaran telah

disempurnakan oleh YB Dato’ Leong Yong Kong, Exco Alam

Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India dan Siam,

Jawatankuasa Kesihatan dan Jawatankuasa Perpaduan

Negeri Kedah; dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr. Syed

Omar Sharifuddin b. Syed Ikhsan, Timbalan Pengarah Kanan

INTAN.

Program iLEAD Exploration adalah berkonsepkan

experiential learning melalui explorace challenge, melibatkan

kemahiran menggunakan clue dan koordinat untuk

bergerak dari satu check point ke check point yang lain.

Lokasi setiap check point yang ditetapkan adalah

merupakan lokasi destinasi pelancongan yang terdapat di

sekitar daerah Kuala Muda/Yan dan Alor Star seperti

Jambatan Merdeka, Jeti Semeling, Muzium Arkeologi

Lembah Bujang, Tanjung Dawai, Rumah Merdeka, Rumah

Kelahiran Tun Dr Mahathir, Muzium Diraja dan Muzium Padi.

Kejayaan penganjuran program iLEAD Exploration pada

tahun 2015 dan sambutan yang amat menggalakkan

daripada pelbagai pihak telah memberi semangat kepada

INTURA untuk menganjurkan program iLEAD Exploration

2.0 pada tahun 2017 dengan tema dan pengisian aktiviti

yang ditambahbaik. Tema yang dipilih untuk program ini

ialah Muafakat Kedah ke Arah Produktiviti

Perkhidmatan Awam. Penganjuran iLEAD Exploration 2.0

masih mengekalkan konsep experiential learning melalui

explorace challenge, tetapi pengisian aktiviti akan

menekankan kepada semangat pembudayaan kreativiti

dan inovasi untuk menjana produktiviti dalam

perkhidmatan awam dan mengukuhkan semangat

muafakat atau kerja berpasukan dalam kalangan

penjawat awam.

Walaupun Program iLEAD Exploration 2.0 masih

berkonsepkan experiential learning melalui explorace

challenge, lokasi pada cabaran kali ini telah di ubah bagi

memberi lebih cabaran dan pengalaman baru kepada para

peserta. Lokasi setiap check point yang ditetapkan adalah

merupakan lokasi destinasi pelancongan yang terdapat di

sekitar daerah Kuala Muda/Yan dan Alor Star seperti Pantai

Merdeka, Tapak Arkeologi Sungai Batu, Ladang Mangga

Tobiar dan Kolam Air, Majlis Bandaraya Alor Setar.

Objektif pelaksanaan program adalah seperti berikut :

i) Memupuk budaya kerja berpasukan dalam kalangan

penjawat awam melalui semangat konsep ‘Muafakat Kedah’

ii) Memupuk idea kreatif dan inovatif ke arah produktiviti

selaras dengan Bab 9 Rancangan Malaysia Ke Sebelas:

Mentransformasi Perkhidmatan Awam Untuk Produktiviti;

iii) Membudayakan konsep pembelajaran melalui pelancongan

dan kecergasan;

iv) Menyebar luas jaringan kerjasama antara penjawat

awam; dan

v) Mempromosi iLEAD-PARK dan InCube kepada penjawat

awam;

iLEAD Exploration 2.0 dibuka kepada semua Jabatan

dan agensi kerajaan. Tawaran penyertaan akan

dikemukakan melalui surat, laman web INTAN dan facebook

INTAN Kampus Wilayah Utara. Program iLEAD Exploration

pada tahun 2017 telah menarik minat pegawai dari pelbagai

agensi kerajaan dengan penyertaan seramai 144 orang

peserta daripada 36 Jabatan daripada seluruh Malaysia.

Melalui penganjuran program iLEAD Exploration 2.0

ini diharap akan dapat memberikan impak kepada peserta

melalui program pembelajaran yang berasaskan model

experiential learning yang dibangunkan oleh David Kolb.

Selain itu, program ini akan menyemarakkan lagi aspirasi

menjana transformasi perkhidmatan awam melalui

pembelajaran idea kreatif dan inovatif untuk produktiviti,

pengukuhan budaya kerja berpasukan melalui visi

semangat ‘Muafakat Kedah’ di kalangan penjawat awam.

Program ini juga diharapkan dapat menyebar luas informasi

kemudahan iLEAD-PARK dan InCube sebagai salah satu

fasiliti kemudahan untuk program latihan

kepemimpinan dan pengukuhan pasukan. Malah

program ini juga akan menjadi platform kolaborasi

strategik dan jaringan kerjasama antara

Jabatan/Agensi Kerajaan terutamanya di Wilayah

Utara.

O

PM

2022 20

Page 22: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut

Oleh: Mohd Zuki Abdul Rahman

“Dekat di Mata Jauh di Kaki”

Berketinggian 3,726m dari aras

laut, Gunung Rinjani merupakan

salah satu daripada destinasi

pendakian terkenal di Asia

Tenggara. Terletak di Kepulauan

Lombok, Indonesia, Gunung Rinjani

dikategorikan sebagai antara

gunung berapi yang masih aktif.

Secara spesifik, gunung ini berada

di Kawasan Taman Negara Gunung

Rinjani yang merupakan taman

geologi yang pertama di Indonesia.

Di sebalik risiko berlakunya

kebarangkalian letupan gunung

berapi, Gunung Rinjani sentiasa

menjanjikan cabaran dan

keseronokan pendakian yang

tersendiri. Menyedari hakikat ini,

saya dan beberapa rakan sekerja

telah melakukan ekspedisi

pendakian Gunung Rinjani pada

bulan Julai 2017.

1 Julai 2017, kami bertolak dari

KLIA 2 dengan penerbangan

tambang murah ke Lapangan

Terbang Antarabangsa Lombok.

Dari Airport ke Sinar Rinjani

Homestay mengambil masa 3 jam.

Desa yang indah, dikelilingi

perbukitan tinggi menjulang

dengan pemandangan gunung

Rinjani, sawah dan perkebunan.

Setelah selesai makan malam, kami

diberi taklimat oleh Juru pandu

yang akan membawa kami bersama

5 orang porter turut serta dalam

pendakian esok.

2 Julai 2017, 7.30 pagi selesai sarapan bertolak dari homestay ke Senaru

untuk pendaftaran peserta. Kebanyakan pengunjung tiba melalui

kampung Senaru (600 m), di sebelah utara gunung dan dengan itu lebih

dekat dengan kawasan peranginan utama pantai barat termasuk

Senggigi. Jalan masuk yang lain ialah Sembalun Lawang (1,150 m), di

sebelah timur, yang lebih dekat dengan kemuncak itu.

2 Julai 2017 8.30 pagi, Pendakian dimulai dengan doa bersama

semangat, dari taklimat dan kata-kata yang diberikan oleh Jurupandu

bahawa Gunung Rinjani “Dekat di Mata Jauh di Kaki”. Medan pertama

dilalui adalah padang lapang dengan pemandangan Gunung Rinjani

yang tinggi menjulang. Sepanjang perjalanan pos 1 sampai 3 kami

menikmati pemandangan yang menyenangkan.

Cabaran seterusnya menuju ke pos 4 (Plawangan Sembalun) yang

dikenali dengan dengan Bukit Penyesalan yang mana pendaki harus

menempuh dua gunung yang vertical. Kami amat takjub melihat para

porter yang mengiringi kami dengan hanya memakai selipar dan seluar

pendek sangat kuat, mampu membawa barang makanan serta khemah

sehingga 40-50 kilo seorang.

2121

Page 23: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut

Faktor usia bukanlah penghalang untuk terus aktif

dalam aktiviti yang diminati. Jika ada kemahuan dan

keazaman yang tinggi apa sahaja aktiviti lasak masih

mampu dilakukan. Lebih mengujakan apabila saya

mampu berjalan antara 9 hingga 15 jam sehari tanpa

masalah.

Namun realitinya, untuk menamatkan pendakian ke

puncak Rinjani memerlukan kesabaran dan ketahanan

mental serta fizikal yang tinggi.

Sebelum mendaki, kami telah membuat persiapan

mental, fizikal, pakaian yang sesuai dan lain-lain.

Paling penting adalah membawa ubat-ubatan

peribadi.

Persiapan itu penting demi keselamatan. Jika setiap

perkara dipandang remeh, tidak mustahil kejadian

lapan sahabat meninggal dunia di Gunung Rinjani

pada Mac 2007 boleh berulang.

Mendaki gunung mengajari saya tentang erti

kesungguhan hati, kebersamaan dan kerendahan hati

sebagai makhluk Tuhan yang kecil, sangat-sangat kecil

di antara kebesaran-Nya. Terima kasih Allah SWT atas

nikmat sihat yang diberikan sehingga dapat

merasakan pengalaman ini.

Wasssalam.

2222 22

Page 24: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut

Kumpulan Gempaq 2.0 telah ditubuhkan

pada 20 Disember 2015 dengan jumlah ahli

kumpulan seramai 10 orang. Kumpulan telah

berjaya mendapat naib johan dalam Konvensyen

KIK Peringkat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

pada tahun 2016 dan seterusnya akan mewakili JPA

ke peringkat Jabatan Perdana Menteri pada tahun

2017. Projek ini diselaraskan oleh Encik

Norshuhaidy Shabudin dan Encik Abdul Aziz Yusof

merupakan fasilitator untuk kumpulan ini.

Peneraju yang merangkap Ketua Kumpulan bagi

projek ini adalah Puan Nor Sabitah Saidin dan

ahli-ahli kumpulan terdiri daripada Encik Mohd

Sahrul Nizam Jaafar, Encik Meor Saharizan Meor

Idris, Puan Nor Silawati Idris, Puan Khairul Intan

Daud, Puan Hafizah Ahmad, Puan Nazmeen Shaik

Daud, Encik Muhammad Mahazir Ramli, Puan

Rohana Sahuit dan Encik Abdul Halim Majid.

Kumpulan telah meneliti permasalahan dalaman

jabatan yang berpotensi untuk ditambahbaik dan

mendapati amalan sedia ada dengan

menggunakan papan kenyataan tidak lagi releven

pada masa kini untuk memantau pergerakan

pegawai.

Seiring dengan Kerangka Transformasi

Perkhidmatan Awam yang menetapkan

keutamaan kepada penyampaian perkhidmatan

yang cepat, tepat, berkualiti, proaktif dan

responsif maka kumpulan mengambil inisiatif

untuk merubah dan memperkenalkan gerak kerja

baharu yang lebih cekap dan berkesan serta

menghasilkan output dan outcome yang lebih

baik. Hasil kerjasama dan komitmen padu ahli

kumpulan telah berjaya membangunkan satu

sistem yang diberi nama “Sistem Pergerakan

Pegawai” atau lebih dikenali sebagai i-Gerak.

Sistem ini bukan sahaja berkeupayaan untuk

memantau aktiviti dan pergerakan keluar masuk

pegawai malah memberikan beberapa fungsi

tambahan mengikut kategori dan keperluan

pegawai. Sistem i-Gerak merupakan satu sistem

yang mesra pengguna dan dapat diakses dengan

mudah serta cepat bagi memperolehi maklumat di

samping dapat menjana laporan kepada pengguna.

Nor Sabitah binti Saidin

SISTEM PERGERAKAN PEGAWAIi-Gerak “No Cost, High Impact”

2323

Page 25: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut

Berdasarkan Pekeliling Trasformasi

Perkhidmatan Awam Bilangan 1/2016 projek ini

di bawah bidang Penyampaian Perkhidmatan dan

dikategorikan sebagai Projek Penambahbaikan.

Dalam menjayakan projek ini, kumpulan telah

membangunkan sistem secara dalaman tanpa

melibatkan pihak luar dan sekaligus dapat

menjimatkan kos serta memaksimumkan

kepakaran yang ada pada ahli kumpulan.

Kumpulan telah menggunakan kaedah SWOT

untuk meneliti penyelesaian terbaik bagi masalah

yang dihadapi. Tindakan penyeragaman telah

dilakukan melalui tiga (3) fasa iaitu Peringkat

Bahagian, Peringkat Jabatan dan Peluasan

kepada Agensi Luar seperti Kementerian

Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan

Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang, Pejabat

Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah dan

Pejabat Daerah Bandar Baharu, Kedah.

Kumpulan telah mendapat beberapa outcome

projek daripada sesi penyeragaman dan replikasi

sistem tersebut. Melalui penyeragaman ke seluruh

kampus INTAN telah berjaya memupuk budaya

amalan baik dalam kalangan warga selaras dengan

Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam. Sistem

ini juga dapat menghapuskan penggunaan Jadual

Pergerakan di papan kenyataan. Selain itu, penjimatan

masa yang ketara dapat dibuktikan kerana

kebiasaannya untuk mengetahui pergerakan atau

aktiviti pegawai yang tiada di pejabat mengambil

masa 3 ke 6 minit sekiranya pegawai tidak mengisi

papan pergerakan keluar di bahagian masing-masing.

Sistem i-Gerak telah memendekkan masa pencarian

pada purata kurang 30 saat sahaja dan pergerakan

pegawai dapat semak dengan lebih sistematik.

Kesimpulannya, projek ini telah memberikan

impak yang sangat positif kepada imej jabatan

dan amat berpotensi diperluaskan di sektor

kerajaan mahu pun sektor swasta. Usaha ini

adalah menepati aspirasi kehendak pelanggan

dan stakeholder khususnya serta memenuhi

penghayatan Prinsip Pemangkin Kecemerlangan

yang mengutamakan ‘Budaya Amalan Kerja

Terbaik’ dalam mencerminkan kewibawaan

penjawat awam. Strategi Lautan Biru Nasional

(NBOS) yang menjadi asas kepada Strategi

Pembangunan Nasional Malaysia telah

menumpukan kepada pelaksanaan projek

berimpak tinggi iaitu “Low Cost, High Impact.”

Mengambil semangat kepada prinsip tersebut

kumpulan berjaya menghasilkan Sistem i-Gerak

“No Cost, High Impact.” Secara keseluruhannya

projek ini turut mendokong harapan kepimpinan

negara agar sistem penyampaian perkhidmatan

kepada rakyat terus dimantapkan dari segi

kepantasan khidmat, kecekapan dan integriti.

2422 24

Page 26: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut

JAWAPAN UJI MINDA

2. 20 KATA BAGI WATAK DISNEY:

1. 20 KATA BAGI BANGSA/KAUM/ETNIK MALAYSIA:

B. SUDOKU

A. CARI KATA

Isikan grid supaya setiap :

i) Baris (melintang);

ii) Lajur (menegak); dan

iii) Ruangan kotak 3x3

1. BABA-NYONYA

2. BAJAU

3. BIDAYUH

4. CINA

5. DAYAK

6. DUSUN

7. IBAN

8. INDIA

9. JAKUN

10. KADAZAN

11. KAYAN

12. KELABIT

13. KENYAH

14. MELANAU

15. MELAYU

16. MURUT

17. PENAN

18. SERANI

19. SIKH

20. TEMUAN

1. ALADDIN

2. BAMBI

3. BALOO

4. CRUELLA DEVILLE

5. CINDERELLA

6. DONALD DUCK

7. GOOFY

8. HERCULES

9. MALEFICIENT

10. MICKEY MOUSE

11. NEMO

12. PETER PAN

13. PINOCCHIO

14. POCAHONTAS

15. PONGO

16. SIMBA

17. SNOW WHITE

18. STITCH

19. TARZAN

20. URSULA

6 3 4 7 5 8 9 2 1

8 1 9 2 3 6 4 5 7

2 7 5 4 1 9 3 6 8

4 2 8 5 9 3 7 1 6

9 5 7 6 4 1 8 3 2

3 6 1 8 7 2 5 9 4

5 8 2 9 6 4 1 7 3

7 4 3 1 2 5 6 8 9

1 9 6 3 8 7 2 4 5

Mengandungi nombor unik 1 hingga 9

2525

Page 27: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut
Page 28: DARI MEJA KETUA PENGARANG ISI … dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka Qalam INTURA edisi kedua bagi tahun 2017 berjaya diterbitkan mengikut