dari meja editor laman puisi islamhujung minggu pada pertengahan bulan januari lalu, kelas pengajian...

20

Upload: others

Post on 22-Feb-2020

19 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2020.

Hujung minggu pada pertengahan bulan Januari lalu, kelaspengajian pelajar-pelajar mod separuh masa UniversitiUtara Malaysia, yang dibuat di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah telah bermula.Pendaft aran pelajar-pelajar baru di peringakat Ijazah SarjanaMuda dan sarjana juga dibuat. Masing-masing bersemangatuntuk menimba ilmu pengetahuan, sama ada untukmeningkatkan kerjaya melalui sijil yang diperolehi atau bagitujuan menambah ilmu pengetahuan.

Menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan dan tuntutanterhadap seti ap insan. Ini kerana, ilmu merupakan kayu ukur dalam kehidupan kita. Allah SWT juga akan mengangkatorang-orang yang beri lmu dengan beberapa darjatberdasarkan fi rman-Nya yang bermaksud:

“Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat.” (al-Mujadalah: 11).

Al-Qurthubi dalam menafsirkan ayat ini mengatakan bahawaakan wujudnya ganjaran di akhirat dan karamah (kemuliaan)di dunia dengan memiliki ilmu. Maka dengan itu, diangkatorang yang beriman daripada orang yang tidak beriman dan orang yang alim daripada orang yang bukan alim. Telah berkata Ibn Mas’ud RA bahawa Allah SWT telah memuji ulama di dalam ayat ini iaitu Allah SWT mengangkat orang-orang beriman yang diberi ilmu di atas orang-orang beriman yangti dak diberikan ilmu dengan beberapa darjat.

Antara kelebihan yang dijelaskan di dalam hadis Nabi SAWbagi orang-orang yang menuntut ilmu ini ialah; “Barangsiapayang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumahdi antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Quran)dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turunkepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Riwayat Muslim).

Imam Al-Ghazali juga berpandangan bahawa menuntut ilmuadalah sangat penti ng dan suatu perkara yang sangat terpuji. Bagi menerangkan keutamaan belajar tersebut ImamAl-Ghazali menguti p beberapa ayat al-Quran, hadis Nabi sertaatsar, yang di antaranya ialah fi rman Allah SWT dalam surahat-Taubah, ayat 122 yang bermaksud:

“Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya(ke medan perang). mengapa tidak pergi dari tiap-tiapgolongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama danuntuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila merekatelah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.”

Sekian, wasalam

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

PENASIHATYBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul

PengarahJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

KETUA EDITORUstaz Mohamad Sidik Haji Awang Adi

Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])

SIDANG PENGARANGAdi Pitang

([email protected])Ustaz Asmuni Ali

([email protected])Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)

([email protected])Ustaz Abdillah Haji Nanun

([email protected])Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])

Encik Abdu Khalil bin HassanUstaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiEncik Mohd Fauzee bin Harith

Puan Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

RAKSA FATAMORGANA

Aku selak di sebalik tabir

pekikan dan lolongan silih berganti

bagai kaset rosak langsung ti dak berhenti

membuat aku gementar diri

dan ti dak pernah aku rasai

penyesalan dan ketakutan

sedalam ini dalam hati .

Aku berlari-lari

kedengaran seretan besi bersama percikan api

pukulan belati bermagnitud ti nggi

lelah menyelam lautan nan berapi

seolah-olah senario tadi

gambaran kelak insan hina ini.

Tersedar aku dari mimipi ngeri

lantas bersujud pada Ilahi

untuk nikmat yang masih diberi

agar mampu aku perbaiki diri

Ampunkan aku Ya Rabbi.

Hasil nukilan:Hamba yang penuh cacat cela

Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

SHOUTUL ISLAM BIL. 2 - 21 Jamadilawal 1441H/17 Januari 2020M2 SHOUTUL ISLAM BIL. 2 - 21 Jamadilawal 1441H/17 Januari 2020M 19

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Perbandingan antara Ruqyah dan Pengubatan LainJika kedoktoran barat sifatnya materialistik, atau fokus pada penyakit yang nampak pada jasad maka dalam pengubatan ruqyah syariyyah lebih fokus pada penyembuhan rohani sebagai akar dari seluruh masalah. Inilah letak perbezaan mendasar yang menjadikan jarak antara pengubatan medis dan spiritual ini. Sebenarnya ada jambatan di antara keduanya, jika kita memahami secara jujur dan mendalam dari hakikat penyakit.

Sebuah contoh masalah, ketika seseorang mendapati jantungnya sakit maka pertama yang rawan dibenaknya adalah rumah sakit. Selanjutnya ia akan mencari doktor pakar dan mendapatkannya, lalu periksa dan dilakukan tindakan. Saat ia mendapati penyakit itu agak membaik maka ia akan bersandar dan nyaman di sana, namun jika penyakit itu tidak sembuh maka ia akan mencari pengubatan lain (Alternatif).

Dalil Al Quran Dan Sunnah i) Dalil Al-QuranSetidaknya ada 3 ayat dalam al-Quran yang menjadi landasan utama tentang terapi al-Quran, iaitu surah Fushilat 44, Al-Israa 82 dan Yunus 57. ● “Katakanlah,”Bagi segenap orang-orang yang

beriman Al-Quran menjadi petunjuk dan juga penawar.” (Al-Fusilat: 44).

● “Kami turunkan dari Al-Quran ini, yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang mukmin.” (Al-Isra’: 82).

● “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Yunus 57).

ii) Dalil Hadis ● Sunnah Fi’iliyahSunnah fi’iliyyah adalah hal yang Rasulullah SAWkerjakan sendiri. Aisyah RA berkata: “RasulullahSAW,apabilaadaorangsakitdiantarakami,Baginda

AL-RUQYAH AS-SYARIYYAHOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

menyentuhnya dengan tangan kanannya, kemudian Bagindabersabda:

Ertinya: “Ya Allah, hilangkan penyakit ini, wahai penguasa seluruh manusia, sembuhkanlah! Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan darimu, sembuhkanlah dengan kesembuhan sempurna tanpa meninggalkan rasa sakit.”

Dari Aisyah RA dia berkata; "Apabila RasulullahSAW hendak tidur, maka Baginda akan meniupkan ke telapak tangannya sambil membaca QUL HUWALLAHU AHAD (Al-Ikhlas, 1 - 4) dan Mu'awidzatain (An-Nas dan Al-Falaq), kemudian baginda mengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya. Aisyah berkata: Ketika Baginda sakit, Bagindamenyuruhkumelakukanhalitu."

Rasul Meruqyah SahabatDari Abu Hurairah dia berkata, "Nabi SAW datang menjengukku, Baginda lalu bersabda kepadaku: "Apakah kamu mahu aku ruqyah dengan ruqyah yang telah di ajarkan Jibril kepadaku?" lalu aku menjawab, "Demi ayah dan Ibuku, tentu ya Rasulullah." Beliau lantas membaca:

(Dengan nama Allah aku meruqyahmu, dan Allah lah yang menyembuhkanmu dari setiap penyakit yang menimpamu, dari setiap kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, dandarikejahatanpendengkibilaiadengki).'3x"

Rasul Meruqyah AnakJabir bin Abdullah mengisahkan peristiwa pada Perang Dzatur Riqa’ tentang seorang perempuan yang membawa anaknya yang kesurupan ke hadapan RasulullahSAW.DanRasulullahSAWmenyuruhsangibu untuk membuka mulutnya lalu diludahi sambil bersabda:

“Enyahlah engkau wahai musuh Allah! Aku adalah utusan Allah!”. Setelah itu Rasulullah SAW bersabda, “Anakmu sudah baik, tidak ada lagi yang akan mengganggunya”.

KESALAHAN MENGHINA AGAMA ISLAMOleh:

Ustazah Siti Imrah bte Lenas

Menghina adalah suatu perbuatan yang dibuat secara sengaja sama ada melalui kelakuan, lisan atau tulisan dengan niat untuk merendahkan atau menyinggung sensitiviti atau perasaan seseorang. Menghina atau mencela juga dikenali sebagai Istihza’. Istihza’ adalah perkataan Arab dan ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1. Istihza’ Shorih - iaitu celaan/hinaan yang bersifat jelas dan nyata seperti percakapan orang Munafik kepada sahabat-sahabat Nabi. “Tidak pernah akumelihat orang yang lebih buncit perutnya, lebih dusta lisannya dan lebih pengecut ketika bertemu musuh dibanding dengan ahli yang membaca al-Quran.”

2. Istihza’ Gairu Shorih - iaitu celaan/hinaan secara sindiran atau tersirat dalam bentuk isyarat tubuh dengan menjelirkan lidah, mencebikkan bibir, menggerakkan tangan dan yang seumpamanya.

Dalam konteks Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah Tahun 1995, Kesalahan Menghina Agama Islam seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 55 adalah:

(1) Sesiapa dengan cara lisan atau tulisan atau kelakuan yang nyata atau sebarang cara yang membawa kepada mencerca atau disifatkan sebagai menghina atau cuba mencerca atau menghina agama Islam, perjalanan mana-mana mazhab yang muktabar, pegawai agama, guru agama dan Imam yang dilantik dengan sahnya menurut undang-undang, atau mana-mana fatwa yang dikeluarkan dengan sah oleh Majlis atau Mufti di bawah peruntukan Enakmen ini atau undang-undang lain adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Seseorang Islam yang mendakwa dirinya sebagai seorang bukan Islam adalah bersalah atas suatu kesalahan mengikut subseksyen (1) dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman sama seperti hukuman yang dikenakan dalam subseksyen tersebut.

Merujuk kes sivil yang diputuskan di mahkamah Majistret, Tham Yut Mooi seorang suri rumah telah dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan dan denda keseluruhan RM15,000 selepas didapati bersalah kerana menghina Nabi Muhammad SAW yang didengar oleh 3 individu Islam di dalam ruang solatMasjidAbuUbaidahUluKinta,Ipoh.Pesalahdidakwadibawahseksyen298KanunKeseksaan.

Hukummenghinaagama IslammerujukkepadaSheikh IbnuTaimiyahbagipelakuyangberagama Islam adalah wajib dibunuh menurut Ijma’ kerana perbuatannya telah menjadikannya kafir murtad dan kedudukannyalebihburukdarikafirasli.

Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 65 - 66 yang bermaksud: "Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kalian selalu berolok-olok?” Tidak usah kalian meminta maaf, kerana kalian telah kafir sesudah kalian beriman. Jika Kami memaafkan segolongan daripada kalian (kerana mereka bertaubat), nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa.”

Oleh itu, wajiblah kita mempertahankan martabat dan kesucian agama kita daripada diperlekehkan atau diperkotak-katikkan oleh mana-mana individu yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil tindakan undang-undang agar menjadi iktibar dan pengajaran untuk lebih menghormati sensitiviti umat Islam.

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

SHOUTUL ISLAM BIL. 2 - 21 Jamadilawal 1441H/17 Januari 2020M18 SHOUTUL ISLAM BIL. 2 - 21 Jamadilawal 1441H/17 Januari 2020M 3

BACK TO SCHOOL 2Oleh:

Adi Pitang

“Kawan-kawan dah naik bilik taklimat”, Jelas penyelarasprogram Sarjana Pengurusan Awam (MPM), Universiti UtaraMalaysia (UUM), bila ku tanya di mana pendaftaran MPMpagi Jumaat itu. Awalnya pendaftaran dinyatakan di StudentLounge, tapi bila sampai di tempat itu, bilik sudah kosong. Mahu tidak mahu, terpaksa menghubungi penyelarasprogram yang rupanya ketika itu berada di Sintok, Kedah,bukannya di tempat pendaftaran.

Seorang pegawai lain dari program PACE UUM ditugaskan untuk pendaftaran dan taklimat itu. Taklimat MPM sedang berlangsung ketika aku sampai di bilik tutorial Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan,Universiti Malaysia Sabah itu. Hanya 10 orang dari 14 orang yang bersemangat dan mencabar diri(hahaha) menyambung pelajaran MPM hadir pada hari itu. Betulkah aku ingin menyambung pelajaranlagi ini, sempat terdetik dalam hati ketika taklimat sedang dibuat. Hmmm...

Kalau diikutkan, pengajian sarjana mod separuh masa ini tidaklah dibuat setiap hujung minggu. Hanya8 pertemuan pelajar dan pensyarah dibuat untuk 1 semester, yang dibuat pada hari Sabtu dan Ahad.Pengajian yang boleh diselesaikan dalam tempoh 2½ tahun ini, terpaksa mengorbankan cuti hujungminggu. Aku yang merupakan pelajar paling senior dalam program ini, hanya dapat tersenyum kelat bila kehadiran ke kelas seolah-olah perkara wajib bila melibatkan markah kehadiran. Bolehkah ni? Cabaranbila orang tua kembali ke sekolah, hahaha. “Babah pelajar apa lagi?” Tanya anakku Alif Altamis yangberumur 8 tahun bila ku nyatakan tidak dapat membawanya jalan-jalan di pantai pada hujung minggu itu. “Kalau boleh saya tahu, mengapa tuan mahu menyambung pelajaran master ini?”, Tanya pegawaipenyelaras PACE UUM semasa mendaftar diri selepas selesai sesi taklimatnya.“Cari ilmu”, Jawapkumudah. Apatah lagi bila melihat kepada transkrip keputusan peperiksaan Universiti Malayaku yang agakbesar dari saiz A4 dan warna kertas putihnya hampir kekuningan. Maklumlah transkrip 1984 hingga 1989. “Otai punya ni”, Respon spontan pegawai itu sambil tersenyum.

Mutiara kata ahli hikmah yang mengatakan bahawa tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahadsangat sesuai untuk kumpulan program ini. Rata-rata kami telah berkhidmat lebih dari sepuluh tahun. Masih ku ingat kata-kata seorang imam kariah ketika aku mula bertugas di Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) awal tahun 90-an dulu. Ketika aku baru selesai memberi ceramah tentang undang-undang keluarga Islam,beliau menghampiriku dan berkata bahawa walaupun beliau telah berumur 62 tahun tapi beliau masih menimba ilmu dengan orang yang semudaku (hmmm, ketika itu, hahaha). Dan beliau mengatakanbahawa knowledge is power.

Dan semoga rakan-rakan yang masih berjuang menimba ilmu akan tergolong dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumahdi antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Quran) dan mempelajarinya sesama merekamelainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungioleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Riwayat Muslim).

KESIANGANOleh:

Suatu saat, Rasulullah SAW dan sejumlah sahabat melakukan perjalanan jauh. Seperti yang biasa merekalakukan, perjalanan itu mereka lakukan pada malam hari untuk menghindari terik matahari. Malam itu merekaberjalan hingga larut malam. Ketika waktu mendekati sahur, posisi duduk Baginda yang sedang tertidurlelap sangat miring hingga hampir jatuh. Abu Qatadah, seorang sahabat yang mengawal Baginda, segeramendekatinya dan menyangganya. Tiba-tiba Baginda terbangun dan bertanya, “Siapa engkau?”

“Saya Abu Qatadah, wahai Rasul,” jawab Abu Qatadah tersenyum.

“Sejak bila engkau menjagaku seperti ini?”

“Sejak semalam, wahai Rasul.”

“Semoga Allah menjagamu kerana engkau telah menjaga Nabi-Nya,” kata Baginda berterima kasih kepadaAbu Qatadah.

Rasulullah SAW kemudian mencermati orang-orang yang ada di keliling Baginda. Melihat mereka hanyaberjumlah sedikit tidak seperti sebelum terbangun, baginda pun bertanya, “Abu Qatadah, apakah kitaketinggalan rombongan? Berapa orang bersama kita?”

“Benar, Wahai Rasul, kita ketinggalan rombongan. Kini kita hanya tujuh orang.”

Mungkin, kerana sangat mengantuk, Rasulullah SAW kemudian membelok dari jalan, merebahkan diri danberpesan, “Jagalah waktu solat kita! Jangan sampai kita kesiangan!”

“Saya akan membangunkan kalian,” ucap Bilal ibn Rabbah bersemangat.

Mereka pun mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW dan akhirnya tertidur sangat pulas kerana kepenatan.Sementara Bilal menyandarkan punggungnya pada haiwan tunggangannya. Namun, Bilal akhirnya tertidurjuga, sangat pulas.

Rasulullah SAW lah yang pertama bangun. Itu pun ketika cahaya matahari telah melimpa punggung Baginda. Baginda yang membangunkan Bilal dan berkata kepadanya, “Bilal, mana bukti ucapanmu?”

“Maafkan saya, wahai Rasul. Saya tidak pernah tidur sepulas malam ini,” jawab Bilal sambil menundukkan kepala.

“Bilal, sesungguhnya Allah boleh mengambil nyawamu bila-bila saja Dia mahu dan mengembalikannya bila-bila saja. Bangunlah dan kumandangkan azan!” sabda Rasulullah SAW memaafkan Bilal.

Rasulullah SAW pun segera meminta air yang dibawa Abu Qatadah untuk berwuduk. Baginda sangat hematdalam memakai air wuduk. Orang-orang yang bersama baginda pun segera berwuduk dan solat subuhbersama baginda sebagaimana yang baginda lakukan setiap hari. Usai solat subuh, baginda lantas naikkenderaan untuk meneruskan perjalanan. Kejadian kesiangan tersebut ternyata menjadi bahan pembicaraanorang-orang yang ada di situ. Malah, salah seorang di antara mereka berkata, “Apa tebusan yang mesti kitabayar kerana kelalaian kita dalam melaksanakan solat?”

Mendengar Ucapan demikian, Rasulullah SAW bersabda, “Sahabat-sahabatku, tidaklah aku ini menjadi suritauladan bagi kalian? Sesungguhnya, tertidur bukan bererti mensia-siakan solat. Yang mensia-siakan solatadalah orang yang menunda-nunda waktu solat hingga waktu solat yang lain tiba. Kerana itu, seseorang yang bangun kesiangan hendaknya segera melaksanakan solat, lalu pada saat-saat berikutnya hendaknya diamelaksanakan solat tepat pada waktunya.”

Mereka kemudian bergerak hingga akhirnya berhasil menyusul rombongan yang meninggalkan mereka.

Iktibar Kisah Bicara Kita

SHOUTUL ISLAM BIL. 2 - 21 Jamadilawal 1441H/17 Januari 2020M4 SHOUTUL ISLAM BIL. 2 - 21 Jamadilawal 1441H/17 Januari 2020M 17

"Sebuah negara Islam adalah negara Muslim. Tetapi sebuah negara Muslimbukan sebuah negara Islam sampai konstitusi negaranya berdasarkan al-Quran dan Sunnah.’’ – Maulana Abul A’la al-Maududi

Sayyid Abul A’la al-Maududi dilahirkan pada 3 Rejab 1321 (25 September 1903) di Aurangabad (sekarang Andhra Pradesh), Hyderabad, India. Al-Maududi ialahpengasas Jamaat-e-Islami, ahli falsafah, sasterawan dan aktivis yang aktifdalam pergerakan dan perjuangan Islam di seluruh dunia.

Ayah al-Maududi tidak memasukkannya ke sekolah yang didirikan oleh Inggeris. Al-Maududi diajar sendiri oleh ayahnya di rumah. Beliau melanjutkan pengajian di Darul Uloom, Hyderabad. Mahir berbahasa Arab, Parsi, Inggeris,dan bahasa ibundanya Urdu.

Al-Maududi memulai kariernya dalam bidang kawartawanan sejak berusia 15 tahun. Pada tahun 1920, beliau diangkat sebagai editor surat khabar berbahasa Urdu, Taj, yang terbit di Jabalpur. Kerana prestasi yangdimiliki oleh Maududi, setahun berikutnya beliau diangkat sebagai pemimpin editor di dua surat khabar,iaitu surat khabar Muslim dan surat khabar al-Jam’iyat-i Ulum-i-Hind sebagai surat khabar Islam yangcukup terkenal dan berpengaruh di India pada dekad 1920-an.

Pada tahun 1923, al-Maududi memimpin penerbitan majalah bernama Tarjuman al-Quran. Majalah tersebut mempunyai peranan yang besar dalam pergerakan Islam di semenanjung India.

Bersama Muhammad Iqbal, ulama dan filsuf, al-Maududi mengasaskan pusat pendidikan Darul-Islamdi bandar Pathankot di wilayah Punjab. Matlamat pusat pendidikan ini ialah melahirkan pelajar yangmempunyai falsafah politik Islam. Al-Maududi mengkritik konsep Barat seperti nasionalisme, pluralismedan feminisme di mana semua idea ini adalah alat Barat untuk menjajah umat Islam.

Al-Maududi mencadangkan supaya dunia Islam berdikari dan berjihad sehingga berjaya menegakkannegara Islam yang syumul. Beliau telah menterjemah dan mentafsir al-Quran ke dalam bahasa Urdu dan menulis banyak artikel berkenaan udang-undang Islam dan kebudayaan masyarakat Islam.

Tahun 1941, al-Maududi mengasaskan pertubuhan Jamaat-e-Islami untuk memperjuangkan Islam sebagai cara hidup di Asia Selatan. Beliau terpilih sebagai Presiden Jamaat-e-Islami.

Al-Maududi mengembara dengan tujuan untuk mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Ucapan inspirasibeliau tersebar ke seluruh dunia Islam seperti di Kaherah, Damsyik, Amman, Mekah, Madinah, Jeddah,Kuwait, Rabat, Istanbul, London, New York, Toronto dan banyak negara lain.

Pada 22 September 1979, Maulana Abul A’la al-Maududi meninggal dunia pada usia 76 tahun di Buffalo,New York. Jenazahnya dikebumikan di Buffalo, tetapi batu nisan peringatan dibina di Ichhra Lahoreoleh pengikut setianya.

MAULANA ABUL A'LA AL-MAUDUDIOleh:

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiGuru, Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) al-Hafi dz Kota Kinabalu

KHALWAH DAN UZLAH ADALAHTRADISI ANBIYA' DAN AULIYA'(BAHAGIAN 5)Oleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Sesungguhnya khalwah dan uzlah sangat mementingkan inti struktur binaanmanusia itu. Hakikat inti manusia itu adalah rohaninya. Memasuki rohani pulamesti melalui pintunya iaitu hati sanubari. Maka hati sanubari itu perlu difokuskan hanya kepada Khaliq danmenghilangkan lintasan Makhluk.Khalwah bagaikan memasuki sebuah sumur yang dalam sehingga sampai ke hujungnya. Di hujung itulah ia akanbertemu dengan pencipta segala-galanya.Sebuah syair indah gubahan ahli Tasawwuf yang terkenal iaitu Maulana Jalaluddin Rumi ini tampaknya dapatmenjadi cahaya yang menerangi cakrawala pemikiran kita berkenaan khalwah ini:"Setiap orang yang memiliki akal pasti memilih dasar sumur. Sesungguhnya kegelapan sumur yang pekat jauh lebihbaik daripada kegelapan penciptaan. Maka ia memerlukan kejernihan hati yang terkandung di dalam proses khalwahdan suluk. Dengan itu, sangat tidak beruntung bagi orang yang berkhalwah tetapi masih mengikuti jejak makhluk yang fana', atau tidak sampai ke penghujungnya. Ia tidak akan mampu melihat ke dalam hati kecil itu yang sentiasaberbicara mengenai ketuhanan. Khalwah sebenarnya meninggalkan yang lain, hanya terfokus kepada Allah SWTsemata-mata."Khalwah bagaikan penyucian "rumah" hati daripada yang selain Allah SWT. Khalwah bagaikan suatu ijtihad melawanhawa nafsu dan terus berusaha untuk sentiasa bersama dengan Allah SWT.Khalwah akan membiasakan hati sanubari itu untuk sentiasa berhubung sehingga hati sentiasa terpaut dengan AllahSWT walaupun setelah keluar daripada kondisi khalwah.Para "pemilik roh" yang digelar sebagai Salikin tetap juga akan berkhalwah di dalam hatinya walaupun beradadi tengah-tengah lautan manusia. Hatinya akan terus tetap dan mampu berhubungan dengan al-Haqq Allah SWT.Demikian pula halnya dengan para "pemilik hati" yang selalu memberi perhatian terhadap ketunggalan, termasukketika melihat banyak entiti yang pelbagai, mereka semua dapat dianggap sebagai orang-orang yang selalu berkhalwah.Sementara itu, orang-orang yang menghabiskan usia mereka untuk berkhalwah, tetapi tidak mampu menyucikanhatinya daripada yang selain Allah SWT dan melepaskan semua yang selain Dia, maka khalwahnya adalah suatukebohongan dan kesia-siaan.Pada hakikatnya, khalwah metafi zik tidak perlu dilakukan dengan meninggalkan makhluk sekali gus, tetapi secarazahirnya berdialog dengan manusia lain dan dalam masa yang sama bermonolog dengan Ilahi di dalam hati secara berkhalwah mandiri.Sebagaimana yang dinyatakan Maulana Jalaluddin Rumi, sesungguhnya manusia dengan khalwah semacam iniadalah bagaikan orang yang berjalan kaki, di mana satu kakinya berada di dalam cakrawala ketuhanan (al-Lahut),sementara kakinya yang lain berada pada paras kemanusiaan (al-Nasut).Di setiap saat, ia selalu melakukan "naik" dan "turun" secara bersamaan. Inilah khalwah yang dikenal oleh para nabidan orang-orang suci para salikin ila Rabbihim.Allah SWT telah berfi rman kepada Daud AS: "Wahai Daud, kenapa Aku melihatmu menyendiri?" Daud menjawab:"Wahai Tuhanku, aku meninggalkan makhluk demi Engkau." Allah SWT menjawab: "Wahai Daud, jadilah engkauorang yang selalu terjaga, dan pakaikanlah untuk jiwamu beberapa teman. Tapi teman mana pun yang tidak mahumenemanimu untuk berjalan kepada-Ku, janganlah kau temani ia."Maksudnya: "Jika memang tujuanmu adalah Kami dan keinginanmu adalah mencapai tempat Kami, maka jangan kaubuka hatimu untuk yang selain Kami."Wahai Allah, jadikanlah hati kami lebih baik dibandingkan penampilan kami, dan perbaikilah penampilan kami.Limpahkanlah selawat dan salam kepada Sayyidina Muhammad SAW dan kepada segenap keluarga serta sahabat-sahabat baginda SAW yang jujur dan baik yang sentiasa berkhalwah dengan Ilahi secara rohani walaupunberinteraksi dengan manusia lainnya secara fi zikal.

Tasawwur Jejak Ulama

SHOUTUL ISLAM BIL. 2 - 21 Jamadilawal 1441H/17 Januari 2020M16 SHOUTUL ISLAM BIL. 2 - 21 Jamadilawal 1441H/17 Januari 2020M 5

ERTI PERKATAAN INSYA-ALLAHOleh:

Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANOrang sering mengatakan perkataan “Insya-Allah”. Apakah erti sebenar kata tersebut?

JAWAPANSegala sesuatu yang berkaitan dengan 'nanti' dan 'esok' tergolong dalam pengertian 'akan datang'. Selagiia berkaitan dengan 'akan datang', manusia tidak dapat memastikannya kecuali jika diizinkan oleh AllahSWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi ayat 23 dan 24.

Yang bermaksud: "Dan janganlah Engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa Aku akan lakukan Yang demikian itu, kemudian nanti". Melainkan (hendaklah disertakan Dengan berkata):"Insya Allah". dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika Engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini."

Sesuatu yang berkaitan dengan 'kan datang' mengandungi lima unsur:Pertama : pelaku (subjek)Kedua : yang diperlakukan (objek)Ketiga : waktu dan tempat kejadianKeempat : sebab musababKelima : kekuatan dan kemampuan yang diperlukan untuk pelaksanaannya.

Apabila seseorang berkata, "Esok saya akan pergi ke tempat si Fulan untuk membicarakan sesuatumasalah" orang itu tidak mempunyai jaminan kalau dia masih hidup sehingga hari esok. Begitu juga orang yang akan ditemuinya. Jika dia dapat pergi pada keesokannya, mungkin waktunya tidak tepat atautempatnya berubah atau mungkin keesokannya orang itu mempunyai halangan secara fi zikal ataupunmental atau juga berubah niat untuk melaksanakannya. Oleh itu, manusia tidak ada kuasa dalammenentukan kelima-lima unsur itu.

Semuanya kembali kepada pengaturnya iaitu Allah SWT yang maha kuasa. Manusia wajib menurutperintah-Nya dengan mengucapkan kata Insya-Allah (apabila Allah SWT menghendaki). Apabila Diatidak menghendaki, maka rancangan itu gagal.

Wallahu a'lam.

TEPATI JANJIOleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Ada orang sangat mudah berjanji, namun mudah pulamengabaikan janji yang dibuatnya dan tidak pula berusaha menepatinya. Tindakan seperti ini termasuk dosa lisan, dan merupakan salah satu tanda kemunafi kan.

Diriwayatkan dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

“Tanda orang munafi k itu ada tiga, jika berbicara berdusta, jika berjanji maka tidak menepati, dan jikadiberi amanah, dia berkhianat.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Dalam masalah hukum menepati janji atau hukum menyelisihi janji, ada tiga pendapat ulama dalam masalah ini.

Pendapat pertama iaitu pendapat jumhur ulama. Jumhur ulama mengatakan bahawa hukum memenuhijanji yang itu murni berbuat baik kepada orang lain adalah sunnah dan tidak wajib.

Janji yang murni berbuat baik kepada orang lain misalnya seseorang berjanji jika dia mendapatkan bonusgaji, dia akan belanja kawannya makan di Pizza Hut. Maka menurut jumhur ulama, janji seperti inihukumnya sunnah untuk dipenuhi, tidak sampai hukum wajib.

Pendapat kedua adalah pendapat Imam Malik rahimahullah yang mengatakan bahawa hukum memenuhijanji itu wajib jika janji tersebut menyebabkan orang lain sudah melakukan suatu tindakan tertentu, dan jikajanji tersebut tidak dipenuhi, maka orang tersebut akan menderita kerugian atau mengalami kesusahan.

Misalnya, ada seorang pemuda yang ingin menikah namun tidak memiliki dana untuk melangsungkanpernikahan. Lalu seseorang berjanji kepada pemuda tersebut bahawa dialah yang akan menanggungmahar dan biaya pernikahannya. Dengan janji tersebut, sang pemuda melamar wanita yang hendakdinikahinya. Janji seperti inilah yang dalam madzhab Imam Malik rahimahullah wajib untuk ditunaikan dan haram diselisihi kerana akan menimbulkan kesusahan bagi orang lain.

Pendapat ketiga mengatakan bahawa memenuhi janji hukumnya wajib secara mutlak dan menyelisihijanji hukumnya haram. Pendapat ke tiga inilah yang paling kuat kerana menyelisihi janji adalah tandakemunafi kan, sehingga tidak mungkin kita katakan bahawa hukum menyelisihi janji itu tidak sampaihukumnya haram. Dan juga, menyelisihi janji disamakan dengan berkata dusta, sedangkan dusta (bohong)itu haram, sehingga tidak mungkin kalau menyelisihi janji itu tidak haram (sebatas makruh saja, misalnya). Sehingga yang lebih tepat, menyelisihi janji itu hukumnya haram dan sebaliknya, hukum memenuhi janji adalah wajib.

Oleh kerana itu, kerana hukum memenuhi janji adalah wajib, dan menyelisihinya adalah haram, makasudah seharusnya seorang muslim berhati-hati dalam membuat janji. Seorang muslim tidak akanbermudah-mudah berjanji kemudian melupakan dan menyelisihi janjinya sendiri.

Remaja Kemusykilan Agama

SHOUTUL ISLAM BIL. 2 - 21 Jamadilawal 1441H/17 Januari 2020M6 SHOUTUL ISLAM BIL. 2 - 21 Jamadilawal 1441H/17 Januari 2020M 15

Maksudnya: “Dan jika Allah menghendaki, tentulah Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agamaAllah yang satu); akan tetapi Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undangperaturan-Nya) dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undangperaturan-Nya); dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan.”

Menurut Tafsir Jalalain, jikalau Allah SWT menghendaki, maka Dia akan menjadikan seluruh manusia menjadisatu umat, satu jenis, satu warna dan satu kepercayaan yang tidak ada langsung sebarang perbezaan, denganmenciptakan manusia dalam kejadian, seperti malaikat yang tidak memiliki kebebasan untuk memilih melainkanketaatan dan kepatuhan. Akan tetapi Allah SWT berkehendak menjadikan manusia berlainan jenis, suku kaum, bahasa, budaya dan warna kulit agar memberikan manusia kebebasan untuk menentukan dan memilih menerusi akal dan hati.

Barangsiapa memilih dan lebih mengutamakan kesenangan duniawi daripada keredaan Allah SWT, maka Allah SWTakan membiarkannya dengan pilihannya itu. Dan barangsiapa memilih keredaan Allah SWT dan mengerjakankebajikan, maka Allah SWT akan memudahkan jalan bagi keinginan dan maksud baiknya itu. Kemudian yakinlahsesudah itu bahawa kelak di hari kiamat, Allah SWT akan meminta pertanggungjawaban atas apa yang kalian lakukandi dunia dan Allah SWT akan memberikan balasan setimpal dengan perbuatan kalian.

Apa yang pasti ada yang beranggapan mengapa Allah SWT tidak berbuat demikian. Sebaliknya Allah SWT tidakkehendaki manusia beriman dengan cara begitu. Allah SWT beri pilihan kepada manusia sama ada ingin berimanatau tidak. Kemudian Allah SWT uji dengan berbagai ujian untuk lihat siapakah antara manusia itu yang bolehberiman dan melepasi ujian dari Allah SWT itu agar manusia benar-benar mengikhlaskan peribadatan merekaterhadap-Nya. Jikalau berjaya, maka mereka akan dapat balasan yang amat baik di akhirat, tetapi kalau gagal merekaakan mendapat balasan yang amat malang nanti di neraka.

Umat Islam pada hakikatnya telah pun bersatu dalam satu akidah. Mereka percaya dan mengamalkan rukun Islamdan iman. Mereka melafazkan dua kalimah syahadah, melaksanakan ibadah solat, zakat, puasa, haji yang sama.Umat Islam seharusnya menjadikan junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai contoh tauladan yangterbaik. Kejayaan Baginda SAW dalam menyatukan bangsa Arab yang bersifat asabiyah melalui ajaran Islamyang mampan dan relevan telah melahirkan bangsa yang hebat dan kuat dalam sejarah tamadun dunia. Hubunganantara umat Islam yang terjalin di atas nama persaudaraan seharusnya mampu melahirkan umat yang bersatu padudan bukannya umat yang berpecah belah.

Syeikh Muhammad Abduh berpandangan pentingnya kekuatan ruhul jamaeiyah (semangat kemasyarakatan ataupersaudaraan) dalam kehidupan ummah. Beliau berpandangan untuk mencapai ke arah itu adalah dengan caratarbiyatul haqqoh (sebenar benar didikan) atau (pendidikan yang tepat). Tarbiyatul haqqoh adalah terhasil dari proses pendidikan Islam yang sejati.

Sesungguhnya seorang insan itu tidak akan menjadi seorang insan yang sejati jika tidak melalui proses tarbiyahdengan betul. Dalam erti kata lain mengikut apa yang dibawa oleh baginda Nabi SAW dalam segenap aspekkehidupan. Proses pendidikan dalam menyantuni ummah menerusi penerapan nilai-nilai kebenaran ilahi dan kasihbermula daripada diri sendiri, kemudian keluarga dan seterusnya manusia sejagat.

Penyatuan ummah itu ibarat sebatang pokok yang memiliki dahan, daun dan akar yang kukuh dan subur. Akardibayangkan sebagai akhlak yang merupakan kompenan terpenting dalam sebatang pokok. Apabila ia tumbuhmekar dalam masyarakat Islam sudah tentu ia mampu menghasilkan buah yang berkualiti itulah kerukunan dankeharmonian terwujud dalam kehidupan bermula dari masyarakat Islam hingga menyelinap masuk ke seluruh wargadunia.

AYAT AL-QURAN SURAH AN-NAHL : 93"BERPAKSI SEBAGAI UMAT YANG BERSATU HATI”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

Mencari ilmu dengan tujuan mencapai kesempurnaan duniawi dan ukhrawimerupakan kewajiban ‘aini - per individu - setiap muslim. Baginda SAW bersabda dalam hadis yang sahih, “Menuntut ilmu merupakan kewajiban bagi setiap muslim.”Dengan ilmu yang sahih, amal yang sahih akan terbit. Sufyan rahimahullahberkata, “Ilmu itu dituntut untuk takwa. Sekiranya demikian itu tak terlaksana, makaia (ilmu) itu sama saja seperti perkara-perkara lain.”

Adapun untuk memperdalami ilmu, ia merupakan tanggungjawab dan kewajiban yang bersifat kifa’ie. Allah Ta’alayang Maha Baik telah berfirman di dalam al-Quran-Nya yang mulia:

“Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluarsebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secaramendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang)apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).” (at-Taubah, 122).

Beberapa persoalan fiqh menuntut ilmu yang kita boleh bahaskan daripada ayat suci ini. Antaranya ialah:1. Kewajiban memperdalami ilmu itu bersifat kifa’ie, kepada umat secara keseluruhan. Apabila ia tidak dilaksanakanoleh seorangpun dalam sesebuah masyarakat, mereka secara keseluruhan akan menanggung dosa yang sama. Akan tetapi, apabila seorang - meskipun bilangannya satu (kerana perkataan Thoifah digunakan untuk seorang mahupunsekumpulan orang yang minimalnya tiga) melaksanakan tanggungjawab menuntut ilmu ini, tanggungjawab fardu kifayah itu sudah terlaksana.

2. Apabila mana-mana penuntut ilmu sudah mula menggalas tanggungjawab memperdalami ilmu ini, bererti, diawajib memperdalami ilmu secara peribadi - ‘aini. Yakni, selagimana tanggungjawab tersebut tidak selesai, sekiranyatanpa keuzuran syar’ie (kekangan kesihatan, ekonomi dan lain-lain), dia dianggap berdosa sepanjang hidupnya. Diahanya dianggap selesai menuntut ilmu ketikamana dia sudah menjadi ahli ilmu (lihat akhir kitab Adab al-Mu’allimin (Adab Para Guru)-Ibn Sahnun untuk perincian). Perihal yang kurang disedari dan dihayati oleh anak-anak bangsa kita, bilamana dia tidak merasakan tanggungjawab menuntut ilmu itu sudah menjadi fardu ain ke atasnya, dan bukan fardukifayah lagi.

3. Berdasarkan kaedah Ma La Yatimmu al-Wajib illa bihi, maka, menyediakan dan menyiapkan para penuntut ilmubagi setiap masyarakat itu turut menjadi tanggungjawab fardu kifayah. Termasuklah menyediakan prasarana, biasiswa, sekolah, wakaf tanah untuk sekolah, menggajikan guru-guru yang mengajar, kemudahan buku-buku rujukan, polisi-polisi kerajaan yang mesra penuntut ilmu, dan lain-lain lagi. Sekiranya tanggungjawab ini tidak terlaksana tanpasebarang uzur syar’ie, misalnya sekolah tidak disediakan, guru-guru yang mengajar tidak disediakan untuk parapenuntut ilmu ini, polisi-polisi kerajaan tidak mesra pendidikan, maka tanggungjawab tersebut dikira gagal dilaksanakandan kesemuanya menanggung dosa yang sama, dan sekiranya ada wakil khas yang dipilih untuk menguruskan halehwal ini (seperti menteri pendidikan dan pegawai-pegawai yang terbabit), maka kewajipan menyediakan itu menjadifardu ain baginya.

Justeru, kita memerhatikan, terdapat pelbagai fadilat yang diterangkan oleh al-Quran dan Sunnah berkenaan ilmu serta ulama. Kerana ketika menuntut ilmu, seseorang muslim itu sebenarnya sedang melakukan kewajibannya, sebaik-baik amalan yang dicintai Allah SWT dan yang paling mendekatkan kepada-Nya. Allah SWT berfirman dalam hadis qudsi:

“Tak ada perkara yang hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengannya itu, seperti perkara yang telah Kuwajibkan ke atasnya.” (HR al-Bukhari).

PERBAHASAN FIQH MENUNTUT ILMUOleh: Mohammad Syafi q Ismail Exco Dakwah dan Tarbiah ABIM Sabah

Tinta Ilmiah Inti Sari Ayat Al-Quran

SHOUTUL ISLAM BIL. 2 - 21 Jamadilawal 1441H/17 Januari 2020M14 SHOUTUL ISLAM BIL. 2 - 21 Jamadilawal 1441H/17 Januari 2020M 7

SUAMI ISTERI BILA BERSENTUHAN BATAL WUDHU?Oleh:

Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

“Ustaz, bukankah setelah mengahwini seorang wanita itu, maka si suami berhak sepenuhnya ke atassi isteri? Dan bukankah tidak ada aurat antara suami dan juga isteri? Lalu, bagaimana pula ada yangmengatakan bahawasanya jika menyentuh isteri atau sebaliknya, maka terbatallah wudhu keduanya?”

Pertama sekali, tidak dapat disangkal sesungguhnya tidak ada aurat di antara pasangan suami dan isteri. Perlu diketahui bahawa aurat itu merupakan istilah di dalam Islam yang diambil daripada bahasa arab( ) dan melambangkan bahagian anggota badan yang haram dipamerkan pada yang bukan mahram(ajnabi). Namun dalam kes ini, suami telah menjadi halal bagi wanita tersebut, lalu tidaklah ada auratdi antara mereka. Ini sebagaimana fi rman Allah SWT di dalam surah An-Nuur ayat 31 yang bermaksud:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menyekat pandanganmereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka melainkan kepada suami mereka,.........”

Oleh yang demikian, sudah jelas bahawa di antara suami isteri, tidak ada salah satu pun anggota badan yang tidak boleh dipamerkan. Namun lain halnya dengan permasalahan wudhu. Jika dirujuk di dalam kitab Al-Taqrirat Al-Sadidah telah dinyatakan 4 perkara yang membatalkan wudhu dan salah satu daripadanya menyebut mengenai batalnya wudhu sekiranya bersentuhan kulit diantara lelaki dan perempuan ajnabi(boleh berkahwin) dengan syarat:

1. Hendaklah bersentuhan dengan kulit. Sekiranya bersentuhan gigi, kuku atau rambut, maka ia tidakmembatalkan wudhu.

2. Berbeza jantina (lelaki dan perempuan).3. Keduanya sudah besar iaitu mereka boleh menaikkan syahwat jika dilihat oleh mereka yang

mempunyai tabiat syahwat yang masih elok.4. Tidak ada pertalian mahram (ajnabi).5. Bersentuhan tanpa lapik.

Dalam hal ini, disebutkan syarat “Tidak ada pertalian mahram (ajnabi)”. Maka timbullah persoalan samaada suami itu ajnabi atau mahram sebenarnya? Menurut pendapat yang muktamad di dalam mazhabSyafi e mengatakan suami atau isteri itu merupakan ajnabi diantara keduanya. Ini kerana pada asalnyasuami dan isteri itu terbatas dari segi auratnya dan pergaulan mereka sehinggalah si suami melafazkanakad dan menjadikan hubungan mereka halal. Namun begitu, status suami dan isteri itu kekal sebagaiajnabi bila berkaitan dengan permasalahan wudhu.

Secara kesimpulannya yang ringkas, suami atau isteri itu pada asalnya ajnabi (orang asing yang bolehdikahwini) dan hukum mengenai batasan aurat dan pergaulan masih terbatas. Tetapi selepas sah bergelar suami isteri, barulah tidak ada batasan dari segi aurat mahupun pergaulan diantara mereka. Akan tetapi, dalam bab wudhu masih terdapat khilaf di kalangan ulama. Umumnya di Malaysia yang berpegang pada mazhab Syafi e kita mengikuti kata yang mengatakan suami isteri itu ajnabi. Oleh itu, bila bersentuhan kulit, maka terbatallah wudhu keduanya. Tapi sekiranya berlapik atau menyentuh bahagian anggota seperti gigi, kuku atau rambut, maka tidaklah terbatal wudhu mereka.

Wallahu a’lam.

KELUASAN RAHMAT DAN KEAMPUNAN ALLAH SWTOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Anas bin Malik RA beliau telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWTberfi rman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan berharap kepada-Ku, pasti Akuakan mengampuni segala dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anakAdam! Sekiranya dosa-dosamu banyak sampai setinggi langit kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku,nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sekiranya engkau datang kepada-Ku dengandosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menemui-Ku tanpa engkau mensyirikkan Aku dengansesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi."(Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih).

HURAIAN HADISHadis ini ialah salah satu hadis qudsi yang menjelaskan kepada kita betapa besar dan luasnya rahmat dankeampunan Allah SWT. Hadis tersebut juga menerangkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT berjanjiakan mengampunkan segala dosa hamba-hamba-Nya yang berdosa walau berapa banyak pun dosa yang telah dilakukan oleh mereka. Keampunan dan rahmat Allah SWT akan diberikan dengan syarat mereka perluberdoa, memohon keampunan, mengharapkan keampunan-Nya dan dengan syarat dia mati dalam lmanserta tidak mensyirikkan Allah SWT dengan segala sesuatu. Dengan begitu para hamba tidak akan putus asadengan dosa yang telah mereka lakukan. Setiap di kalangan kita pasti ada melakukan kesalahan. Namunyang terbaik dari kalangan yang melakukan kesalahan adalah hamba yang sentiasa bertaubat. Walaupundemikian, kita tidak boleh leka dalam dosa kerana dikhuatiri diri akan terbiasa dalam dosa dan terhalang untuk bertaubat.

Hadis ini mengandungi khabar gembira, belas kasih dan gambaran sifat pemurah Allah SWT yang amat besar.Ini menunjukkan bahawa tidak akan terhitung betapa banyaknya kurniaan, kebaikan, belas kasih dan pemberian Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya.

PENGAJARAN HADIS1. Doa merupakan ibadah, ianya dituntut dan bersamanya juga Allah SWT berjanji akan mengkabulkannya.2. Syirik adalah dosa besar paling dahsyat yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT walaupun semasa

di dunia dia seorang yang baik, beramal soleh dan melakukan banyak kebajikan.3. Istighfar iaitu memohon keampunan dari Allah SWT hendaklah diikuti dengan bertaubat, bermaksud

meninggalkan dosa dan tidak akan mengulanginya lagi.4. Bertauhid kepada Allah SWT adalah kunci untuk mendapat keampunan dari-Nya.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

Fiqh Wanita Sentuhan Hadis

SHOUTUL ISLAM BIL. 2 - 21 Jamadilawal 1441H/17 Januari 2020M8 SHOUTUL ISLAM BIL. 2 - 21 Jamadilawal 1441H/17 Januari 2020M 13

PERBAHASAN DAN HAKIKAT KALAMULLAH (A-QURAN) (BAHAGIAN 2)

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Untuk membuktikan bahawa perintah Allah SWT itu adalah kekal, Imam Abu Hassan al-Ash’ari mengemukakanayat al-Quran dalam Surah Al’-A’raf:

Maksudnya: “Bukankah penciptaan dan perintah itu kepunyaan-Nya.”

Ayat ini menurut penjelasan Imam Abu Hassan Al-Ash’ari dalam Kitab Al-Ibanah, perintah dan ciptaan dipisahkan dan ini membawa erti bahawa perintah bukanlah ciptaan. Dengan kata lain, perintah atau kalam Allah bukanlah dijadikan tetapi bersifat kekal. Beliau turut menyatakan bahawa kalam itu adalah sebagai sifat yang lain daripadazat-Nya kerana jika Allah SWT. tidak mempunyai kalam bererti Ia bisu sedangkan sifat bisu itu menunjukankekurangan dan mustahil Allah SWT memiliki sifat kekurangan.

Manakala kaum Muktazilah pula menyatakan bahawa al-Quran sebagai makhluk dengan alasan bahawa denganbersetuju menyatakan keqadiman al-Quran bererti mengesahkan fahaman triniti Nasrani yang menyatakanbahawa Nabi Isa AS adalah Kalamullah lalu difahami sebagai Allah SWT. Selain itu, mengikut Muktazilah,bahawa aliran al-Hashwiyyah berpendapat bahawa sama ada suara mahupun huruf-huruf yang ditulis dan dibaca pada ayat-ayat al-Quran juga bersifat qadim. Imam Abu Hassan al-Ash’ari dalam kitab Al-Ibanah menolakpandangan Kaum Muktazilah tersebut dengan mengemukakan dua aspek pandangan daripada Kalam Allah iaitu,Pertama; kalam nafsi dan yang Kedua; adalah kalam lafzi. Kalam nafsi dimaksudkan sebagai sesuatu kalamyang berada pada zat Allah SWT, manakala kalam Lafzi dimaksudkan sebagai petunjuk yang menunjukkankepada zat Allah SWT tersebut, termasuk di antaranya lafaz-lafaz dan huruf-huruf serta suara-suara yangditurunkan Allah SWT kepada para Rasul-Nya. Kalam nafsi adalah qadim manakala kalam lafzi adalah baharu.

Pandangan Imam Abu Hassan Al-Ash’ari ini diterima baik oleh para pengikutnya. Imam Al-Baqillani contohnya, dalam memperkuat pendapat tersebut, beliau menyatakan di dalam kitab al-Tamhid bahawa tidak setiap huruf bermakna akibat ( ). Menurutnya, pada lafaz (dalam Surah al-Nahl 16:40) adalahuntuk (memberitakan) bukan sebagaimana Allah SWT berfi rman: yangbererti: “Barangsiapa yang mengulang mengerjakannya nescaya Allah akan menyeksanya.” pada ayattersebut bukan . Begitu pula dengan pada ayat yang berbunyi: “Maka Diamembinasakan kamu dengan seksaan.” yang terdapat pada jawab al-amr atau jawab al-jumlah al-kalamtidak berfungsi sebagai makna akibat ( ).

Selanjutnya al-Baqillani mengemukakan fi rman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlahmukamu dan tanganmu sampai ke siku.”

Ayat tersebut membicarakan tentang perkataan membasuh muka dan tangan sampai siku. Dalam ayat tersebut,mengikut al-Baqillani, bukanlah bermakna akibat daripada mendirikan solat. Juga fi rman Allah SWT: Menurut al-Baqillani, lafaz pada ayat di atas adalah al-amr. Maka pada lafaz itu adalah jawab al-amr, bukan . Kesimpulan kata dalam ayat tersebuttidak menunjukkan kebaharuan al-Quran, sebab lafaz ' ' apabila masuk pada maka berkedudukansebagai masdar untuk masa lalu, dan apabila masuk pada berkedudukan sebagai masdar untukmasa datang. Dengan demikian, ayat tersebut di atas menunjukan pada kejadian masa datang.

INTEGRITI TERHADAP ILMU: NASIHAT EMAS SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI BUAT PENUNTUT ILMU

Oleh:Mohd Fauzee bin Harith

'Unit Integriti Negeri Sabah

Daripada Abu Sa’id al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Amal yang utama di atas bumi ini ada tiga: Penuntut Ilmu, Jihad dan usahapekerjaan, kerana penuntut ilmu itu kekasih Allah, dan pejuang jihad itu waliyullah, dan yang usaha pekerjaan siddiqullah (orang yang bersungguh-sungguh membenarkan kepada Allah.” (Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Laith al-Samarqandi, Bab Kelebihan Menuntut Ilmu, 57, hal. 283 di dalam Tanbih al-Ghafi lin).

Integriti yang tinggi dalam melaksanakan syariat Islam, Keluasan ilmu agama danperhatian yang mendalam terhadap Sunnah Rasulullah SAW, dengan izin Allah SWT, telah membuka rahsia alam Malakut kepada Syeikh Abd Al-Qadir al-Jilani.

Beliau telah sampai ke martabat di mana perbezaan di antara hak dengan batil, ilham Ilahi dengan bisikansyaitan, telah menjadi perkara yang sejati dengan jiwanya. Beliau telah memperolehi ilmu Yaqin bahawa SyariahNabi yang terakhir adalah sempurna dan tidak boleh diubah, dan bahawa apa jua dakwaan yang berlawanandengan hakikat tersebut adalah bisikan syaitan semata-mata. Syeikh Abd al-Qadir sendiri menyebutkan suatuperistiwa yang berlaku pada dirinya.

Beliau berkata: “Pada suatu ketika, saya ternampak suatu cahaya terang benderang yang memenuhi seluruhlangit. Kemudian suatu bentuk manusia kelihatan di dalamnya dan ia berkata: Wahai ‘Abd al-Qadir, akulah Allah,Tuhanmu. Aku telah menghalalkan segala perkara yang haram bagimu. Saya menjawab: Berambuslah wahaisyaitan. Sebaik sahaja saya mengucapkan kata tersebut, cahaya di langit tadi bertukar menjadi gelap danbentuk manusia itu mendesir menjadi asap. Kemudian saya terdengar seorang berkata: Wahai ‘Abd al-Qadir,aku telah menyesatkan tujuh puluh ahli al-Sufi dengan cara ini, tetapi Allah telah menyelamatkan kamudisebabkan ilmu dan takwamu. Mendengar kata itu, saya pun membalas: Tidak. Itu cuma rahmat Allah SWT.”

Sesudah ‘Abd al-Qadir menceritakan peristiwa tersebut, salah seorang pendengar bertanya: Bagaimana kamutahu bahawa itu adalah syaitan?” Lalu Syeikh Abd al-Qadir menjawab: “Ketika dia berkata bahawa dia telah menghalalkan bagi saya perkara yang haram”. Beliau selalu memberitahu muridnya bahawa apa-apa amalanyang bercanggah dengan suruhan Allah, maka sudah tentu itu adalah amalan dari syaitan. Dalam hal demikian,hendaklah seseorang kembali kepada ajaran syariat, mengukuhkan iman dan melawan kecenderungan nafsudengan bersungguh-sungguh. Apa jua yang tidak dibenarkan oleh syariat sudah tentu menyesatkan.

Syaikh Abd al-Qadir al-Jilani merupakan fi gur yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Seorang ‘ulama besar dan mempunyai kedudukan yang agung di mata kita. Maka apabila sekarang ini banyak sekali kaum muslimin yang menyanjung dan mencintainya, maka itu adalah suatu penghormatan yang wajar. Akan tetapi kita juga perluberhati-hati. Dalam keseronokan kita membaca manaqib dan menghafal kisah-kisah karamah beliau, jangansehingga membelakangi Sirah Rasul. Meninggikan darjat beliau melebihi Rasulullah SAW merupakan kekeliruan yang nyata. Apa pun alasannya, jika kita benar menyanjungi sosok bernama Syaikh Abd al-Qadir al-Jilani, maka ikutlah nasihat emas beliau. Pelajari ilmu syariat mengikut aturan al-Quran dan as-Sunnah, Insya-Allah akanmenggapai makrifah yang diinginkan. Wallahua’lam bissowab.

Akidah Artikel Pilihan

SHOUTUL ISLAM BIL. 2 - 21 Jamadilawal 1441H/17 Januari 2020M12 SHOUTUL ISLAM BIL. 2 - 21 Jamadilawal 1441H/17 Januari 2020M 9

Majlis Lambaian Kasih Budi Dikenang Bakti Dijulang sempena meraikan persaraan wajib pegawai-pegawai kanan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

pada 20 Disember 2019 di Kota Kinabalu

Lawatan Kerja Yang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul, Pengarah JHEAINS ke Sekolah Agama Negeri (SAN), masjid serta surau yang memerlukan

untuk dibaikpulih serta pertemuan dan menyampaikan amanat kepada semua staf, imam-imam dan jurunikah di daerah Kudat pada hari Sabtu 30 November 2019

Peristiwa Peristiwa

SHOUTUL ISLAM BIL. 2 - 21 Jamadilawal 1441H/17 Januari 2020M10 SHOUTUL ISLAM BIL. 2 - 21 Jamadilawal 1441H/17 Januari 2020M 11