maklumat penting berkaitan pendaftaran secara …€¦ · ijazah sarjana muda (sepenuh dan separuh...

13
Mukasurat 1 dari 13 MAKLUMAT PENTING BERKAITAN PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) BAGI PELAJAR BAHARU MATRIKULASI/ DIPLOMA/ IJAZAH SARJANA MUDA SESI I 2020/2021 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) Pihak Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mengucapkan tahniah kepada saudara/ saudari kerana telah memilih KUIS sebagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pilihan. Selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi bertarikh 27 Mei 2020 berkaitan Pengendalian Aktiviti Akademik Di Kampus Insititusi Pendidikan Tinggi Semasa dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan, proses permohonan dan pendaftaran Pelajar Baharu KUIS bagi Sesi I 2020/2021 akan dijalankan secara dalam talian (online). A. MAKLUMAT PENTING PENDAFTARAN 1. Tarikh Pendaftaran dan Pengesahan Tawaran BIL PENGAJIAN FAKULTI/ PUSAT TARIKH BAHARU 1 Asasi Matrikulasi 01 Julai 2020 2 Diploma (Sepenuh dan Separuh Masa) Semua Fakulti 02 Julai 2020 3 Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh dan Separuh Masa) Semua Fakulti 03 Julai 2020 (a) Yuran Pendaftaran Pelajar Baharu i) Pelajar Tempatan RM650.00 ii) Alumni KUIS RM500.00 (b) Sila cetak surat tawaran baharu untuk mendapatkan tarikh pendaftaran dan yuran pendaftaran yang telah dikemaskini.

Upload: others

Post on 25-Jun-2020

38 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Mukasurat 1 dari 13

MAKLUMAT PENTING BERKAITAN PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) BAGI PELAJAR BAHARU

MATRIKULASI/ DIPLOMA/ IJAZAH SARJANA MUDA SESI I 2020/2021 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

Pihak Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mengucapkan tahniah kepada saudara/ saudari kerana telah memilih KUIS sebagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pilihan.

Selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi bertarikh 27 Mei 2020 berkaitan Pengendalian Aktiviti Akademik Di Kampus Insititusi Pendidikan Tinggi Semasa dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan, proses permohonan dan pendaftaran Pelajar Baharu KUIS bagi Sesi I 2020/2021 akan dijalankan secara dalam talian (online).

A. MAKLUMAT PENTING PENDAFTARAN

1. Tarikh Pendaftaran dan Pengesahan Tawaran

BIL PENGAJIAN FAKULTI/ PUSAT TARIKH BAHARU

1 Asasi Matrikulasi 01 Julai 2020

2 Diploma

(Sepenuh dan Separuh Masa)

Semua Fakulti 02 Julai 2020

3 Ijazah Sarjana Muda

(Sepenuh dan Separuh Masa)

Semua Fakulti 03 Julai 2020

(a) Yuran Pendaftaran Pelajar Baharu

i) Pelajar Tempatan – RM650.00

ii) Alumni KUIS – RM500.00

(b) Sila cetak surat tawaran baharu untuk mendapatkan tarikh pendaftaran dan yuran pendaftaran yang telah dikemaskini.

Mukasurat 2 dari 13

(c) Surat Tawaran yang dikeluarkan oleh pihak Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor (KUIS) ADALAH TERBATAL sekiranya:

i) Gagal mendaftar pada tempoh pendaftaran yang ditetapkan;

ii) Disahkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar mengalami masalah

psikiatrik dan HIV/ AIDS sebelum atau selepas penerimaan tawaran;

iii) Didapati menipu dalam memberi maklumat palsu semasa mengisi

permohonan kemasukan sama ada secara dalam talian (online) atau

manual;

iv) Dokumen/ Sijil Kelayakan yang dikemukakan adalah tidak menepati syarat - syarat yang telah ditetapkan oleh agensi berkaitan (Contoh: KPT/ MQA).

Maklumat lanjut, sila hubungi:

Seksyen Permohonan & Kemasukan Pelajar (SPKP),

Bahagian Pemasaran dan Komunikasi (BPK)

03 - 8911 7000 samb. 2240/ 1418/ 1205

03 - 8911 7059 (talian terus) || Whatsapp: 019-389 6937 (Cik Noraisah)

E-mel: [email protected]

2. Tarikh Pendaftaran Kolej Kediaman Secara Walk-In

(a) Merujuk kepada kenyataan media oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi

bertarikh 27 Mei 2020, pelajar baharu dibenarkan mendaftar secara

berperingkat ke IPT mulai 01 Julai 2020 tetapi tertakluk kepada tarikh

penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

BIL PENGAJIAN FAKULTI/ PUSAT TARIKH BAHARU

1 Asasi dan Diploma

(Sepenuh Masa Sahaja) Semua Fakulti 04 Julai 2020 (Sabtu)

2 Ijazah Sarjana Muda

(Sepenuh Masa Sahaja) Semua Fakulti 05 Julai 2020 (Ahad)

(b) Pendaftaran akan dilakukan di Dewan Mahasiswa, KUIS bermula pukul 9.00 pagi sehingga jam 4.00 petang.

Maklumat lanjut, sila hubungi:

Puan Raja Nor Ashikin binti Raja Ramli

Pusat Hal Ehwal Mahasiswa (PHEM)

03 - 8911 7000 samb. 6401 || E-mel: [email protected] Whatsapp: 013-678 9550 (Dr. Salman)

Mukasurat 3 dari 13

B. PANDUAN PROSES PENDAFTARAN DALAM TALIAN (ONLINE)

Berikut adalah langkah yang perlu diambil oleh pelajar bagi melengkapkan proses pendaftaran secara dalam talian (online).

LANGKAH 1 - PEMBAYARAN YURAN PENDAFTARAN

1. Empat (4) kaedah pembayaran yuran pendaftaran seperti berikut :

i) Kaunter Cawangan Bank Islam Malaysia Berhad

(No. Akaun Bank Islam KUIS : 12-029-01-005176-4) atau

ii) Bill Presentment (https://www.bankislam.biz/)

(No. Akaun Bank Islam KUIS: 12-029-01-005176-4) atau

*SYARAT: Pembayar perlu mempunyai akaun BIMB untuk melaksanakan

proses pembayaran.

iii) Kaedah IPT Presentment (Melalui Mesin ATM) atau

(No. Akaun Bank Islam KUIS : 12-029-01-005176-4) *SYARAT: Pembayar perlu mempunyai akaun BIMB untuk melaksanakan

proses pembayaran.

iv) Perbankan Atas Talian IBFT (Instant Transfer) [Selain daripada Bank

Islam] (No. Akaun Bank Islam KUIS :12-029-01-003591-4)

Nota: Pelajar digalakkan membuat kaedah pembayaran (i), (ii) & (iii) bagi

memudahkan proses pembayaran & pendaftaran.

2. Hantar maklumat seperti berikut :

i) Nama Penuh

ii) No. Kad Pengenalan

iii) Program/ Sesi

iv) Bukti Pembayaran

v) Tajaan (Sekiranya pelajar mendapat tajaan, mohon lampirkan Surat

Tawaran tajaan di dalam bentuk Pdf)

*Maklumat seperti di atas diemelkan kepada alamat e-mel:

[email protected]. Resit rasmi dan NO. PELAJAR/ NO.

MATRIK akan diemelkan kepada pelajar setelah selesai proses pendaftaran.

Maklumat lanjut, sila hubungi:

Bahagian Pengurusan Hasil Dan Kewangan Pelajar (BPHKP)

03 - 8911 7000 samb. 3344/ 3335/ 3399/ 1214/ 1415

E-mel: [email protected]

Mukasurat 4 dari 13

LANGKAH 2 - PENYERAHAN DOKUMEN PENDAFTARAN

1. Hantar semua dokumen pendaftaran ke alamat e-mel:

[email protected] di dalam bentuk pdf. Sila rujuk dokumen Senarai

Semak ‘A’ dan Senarai Semak ‘B’ (kecuali borang P03 dan borang BPK-02) di

http://www.kuis.edu.my/v4/images/kemasukan/borang-pendaftaran-pelajar-

baharu-kuis-22082017.pdf

(Kaedah pdf boleh juga dilakukan dengan memuat turun Aplikasi Scanner

di telefon pintar masing-masing).

2. Format e-mel:

Tajuk e-mel: Dokumen Pelajar Baharu (Nama dan Nombor Matrik Pelajar)

Lampirkan segala dokumen KUIS yang diperlukan.

(Mohon kerjasama pelajar untuk mengikut format berikut bagi

memudahkan proses carian semula sekiranya diperlukan).

3. Pelajar akan menghantar semula dokumen secara manual dan membuka Fail

Peribadi Pelajar di Pejabat SPPP dan Bilik Rekod, Bahagian Pengurusan

Akademik setelah pelajar dibenarkan hadir ke KUIS.

4. Kegagalan menghantar dokumen sebagai pelajar KUIS akan menyebabkan

pelajar tidak dapat melihat keputusan peperiksaan pada akhir semester,

sehinggalah dokumen yang lengkap dihantar secara manual di Pejabat SPPP atau

Bilik Rekod, Bahagian Pengurusan Akademik, KUIS.

Maklumat lanjut, sila hubungi:

Seksyen Pengurusan Pengajian Pelajar (SPPP)

Bahagian Pengurusan Akademik (BPA)

03 - 8911 7000 samb 1206/ 2360/ 2238/ 3318

Whatsapp: 013-306 7864 (Encik Jamal)

E-mel: [email protected] | [email protected]

Mukasurat 5 dari 13

LANGKAH 3 - PENYERAHAN LAPORAN KESIHATAN

1. Pelajar perlu membuat pemeriksaan kesihatan di klinik/ hospital kerajaan/ swasta.

Laporan kesihatan perlu menggunakan Borang P03 (Borang Laporan Kesihatan

Pelajar) dan ditandatangani oleh Pegawai Perubatan Klinik/ Hospital yang

bertauliah.

2. Borang P03 yang telah lengkap diisi dan ditandatangani perlu dikepilkan bersama

Borang BPK-02 (Pengesahan Status Kesihatan).

3. Hantar Borang P03 dan BPK-02 serta surat doktor (sekiranya ada) ke alamat e-

mel: [email protected] di dalam bentuk pdf.

(Kaedah pdf boleh juga dilakukan dengan memuat turun Aplikasi Scanner

di telefon pintar masing-masing.)

4. Format e-mel:

Tajuk e-mel: Laporan Kesihatan (Nama dan No Pelajar)

Lampirkan segala dokumen KUIS yang diperlukan.

(Mohon kerjasama pelajar untuk mengikut format berikut bagi memudahkan

proses carian semula sekiranya diperlukan)

5. Pelajar akan menghantar semula dokumen secara manual di Seksyen

Permohonan dan Kemasukan Pelajar Baharu, Bahagian Pemasaran dan

Komunikasi untuk semakan dan seterusnya menyerahkan dokumen tersebut ke

Pejabat Seksyen Pengurusan Pengajian Pelajar (SPPP) atau Bilik Rekod,

Bahagian Pengurusan Akademik setelah pelajar dibenarkan hadir ke KUIS.

6. Kegagalan menghantar dokumen sebagai pelajar KUIS akan menyebabkan

pelajar tidak dapat melihat keputusan peperiksaan pada akhir semester,

sehinggalah dokumen yang lengkap dihantar secara manual di Pejabat SPPP atau

Bilik Rekod, Bahagian Pengurusan Akademik, KUIS.

Maklumat lanjut, sila hubungi:

Puan Haslinda binti Mohammad Suffian; atau

Puan Siti Nirwana binti Johar

03 - 8911 7000 samb. 1219/ 1418

Whatsapp: 019-389 6937 (Cik Noraisah)

E-mel: [email protected] / [email protected]

Mukasurat 6 dari 13

LANGKAH 4 - PENDAFTARAN PORTAL PELAJAR (MyLMS)

1. Pelajar diwajibkan mendaftar portal pelajar (MyLMS) bagi tujuan mendapatkan

maklumat semasa berkaitan akademik dan aktiviti di fakulti/ pusat seperti:

(a) pendaftaran kursus; (b) jadual perkuliahan dalam talian (online) dan peperiksaan akhir; (c) membuat semakan keputusan peperiksaan; (d) kemaskini maklumat peribadi; (e) mendapatkan maklumat yuran dan kewangan pelajar; dan (f) lain-lain informasi berkaitan fakulti/ pusat.

2. Pastikan setiap pelajar telah mendapat No. Pelajar/ No. Matrik KUIS yang tertera

pada resit pembayaran.

3. Sila rujuk panduan mendaftar akaun portal pelajar (MyLMS) di

http://lms.kuis.edu.my

Maklumat lanjut, sila hubungi:

Encik Mohd Azrul bin Sulaiman; atau

Encik Shahrul Anuar bin Mohd Razuki

Bahagian Teknologi Maklumat (BTM)

03 - 8911 7000 samb. 3338 / 3371

Whatsapp: 017-275 9005 (Encik Mohd Azrul) || E-mel: [email protected]

LANGKAH 5 - PENDAFTARAN KURSUS/ USRAH/ KOKURIKULUM

1. Setelah log masuk MyLMS pergi ke Bahagian Portal seterusnya Course Register

(log in>Portal>Course Register).

(Makluman: Bagi Pelajar Semester 1, kursus akan diambil telahpun

ditetapkan mengikut struktur program fakulti masing-masing)

2. Setelah berjaya lihat kursus yang dipaparkan, Klik Register (setelah klik

pelajar telah mendaftar kursus sebagai pelajar KUIS)

3. Sila cetak atau simpan Salinan Pendaftaran Kursus yang telah berjaya dibuat

sebagai rujukan di masa hadapan.

4. Diingatkan pelajar adalah diwajibkan mendaftar kursus bagi setiap semester

seperti proses di atas (1-3).

Maklumat lanjut, sila hubungi:

Seksyen Pengurusan Pengajian Pelajar (SPPP)

Bahagian Pengurusan Akademik (BPA)

03 - 8911 7000 samb 1206/ 2360/ 2238/ 3318

Whatsapp: 013-306 7864 (Encik Jamal) || E-mel: [email protected]

Mukasurat 7 dari 13

MAKLUMAT TAMBAHAN

A. TAKLIMAT PELAJAR BAHARU

Taklimat pelajar baharu akan dilaksanakan secara dalam talian (online). Pelajar

diminta untuk merujuk kepada portal pelajar (MyLMS) masing - masing untuk

mendapatkan jadual taklimat yang ditetapkan oleh Fakulti/ Pusat. Taklimat pelajar

baharu adalah berkaitan:

1. Maklumat berkaitan Fakulti/ Pusat

2. Penajaan/ Pinjaman

3. Kolej Kediaman

Maklumat lanjut berkaitan TAKLIMAT, sila hubungi:

Encik Mohamad Helmy Kushairy bin Sabudin

Pusat Hal Ehwal Mahasiswa (PHEM)

03 - 8911 7000 samb. 3545 || E-mel: [email protected]

Maklumat lanjut berkaitan PENAJAAN/ PINJAMAN, sila hubungi:

Puan Faridah binti Sabli

Pusat Hal Ehwal Mahasiswa (PHEM)

03 - 8911 7000 samb. 1433 || E-mel: [email protected]

Maklumat lanjut berkaitan KOLEJ KEDIAMAN, sila hubungi:

Puan Raja Nor Ashikin binti Raja Ramli.

Pusat Hal Ehwal Mahasiswa (PHEM)

03 - 8911 7000 samb. 6401 || E-mel: [email protected]

ATAU Whatsapp: 013-678 9550 (Dr. Salman)

Mukasurat 8 dari 13

B. UJIAN BAHASA

Ujian bahasa dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap penguasaan bahasa pelajar

baharu.

a) Quran Placement Test (QPT)

1. QPT adalah ujian saringan bagi tahap literasi Quran bagi SEMUA PELAJAR

BAHARU yang mendaftar pengajian di KUIS. Keputusan akan diberikan

kepada pelajar sama ada LULUS atau GAGAL. Pelajar yang gagal QPT perlu

mengikuti kelas al-Quran.

2. Kaedah pelaksanaan: Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan

dalam bilangan 20-30 orang pelajar satu kumpulan. Setiap kumpulan akan

mempunyai seorang penilai. Ujian penilaian akan dilakukan secara lisan melalui

whatsapp call.

Maklumat lanjut, sila hubungi:

Ustaz Ahmad Shahir bin Masdan

Penyelaras QPT

Pensyarah Jabatan Tahfiz al-Quran dan Qiraat,

Fakulti Pengajian Peradaban Islam.

017-219 5987 || E-mel: [email protected]

b) Arabic Placement Test (APT) dan English Placement Test (EPT)

1. Arabic Placement Test (APT) dan English Placement Test (EPT) adalah Ujian Penempatan Bahasa bagi SEMUA PELAJAR BAHARU yang mendaftar pengajian di KUIS.

2. Ujian ini dijalankan oleh Jabatan Bahasa dan Pembangunan Insan, Pusat

Pengajian Teras (PPT) bertujuan untuk mengklasifikasikan pelajar dalam

kelas-kelas pengajaran & pembelajaran bahasa Arab dan Inggeris di KUIS.

3. Bayaran RM10.00 dikenakan bagi setiap ujian yang diambil oleh pelajar. Oleh

itu bayaran RM20.00 dikenakan bagi pelajar baharu yang akan menduduki

kedua-dua ujian bahasa tersebut.

4. Bagi proses pendaftaran dan saringan, setiap pelajar baharu

DIKEHENDAKI mengisi maklumat melalui pautan berikut :

https://forms.gle/mpun5h1ou9VXkwQn8

Maklumat lanjut, sila hubungi:

Puan Nur Shafiqah binti Abdullah

Penyelaras English Placement Test (EPT)

0111-502 1201 || E-mel: [email protected]

Encik Muhammad bin Hashimee

Penyelaras Arabic Placement Test (APT)

019-382 8362 || E-mel: [email protected]

Mukasurat 9 dari 13

C. PENGAJIAN DALAM TALIAN (ONLINE)

1. Kuliah akan bermula pada 06 Julai 2020 dan proses pengajaran dan

pembelajaran (PdP) akan berlangsung secara dalam talian (online).

2. Jadual kuliah dan maklumat lanjut pengajian secara dalam talian (online) akan

dimaklumkan melalui portal pelajar (MyLMS).

Maklumat lanjut, sila hubungi:

a) Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI)

03 - 8911 7000 samb 4321/4322/4323 || E-mel: [email protected]

Whatsapp: 019-248 0564 (Dr. Kamal)

b) Fakulti Syariah dan Undang - Undang (FSU)

03 - 8911 7000 samb 6313/6308 || E-mel: [email protected]

Whatsapp: 014-223 7503 (Encik Muhammad Subari)

c) Fakulti Pengurusan dan Muamalah (FPM)

03 - 8911 7000 samb 3214/3321/3349 || E-mel: [email protected]

Whatsapp: 019-991 4440 (Encik Mohammed Rizki)

d) Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (FSTM)

03 - 8911 7000 samb 3303/3321/3349 || E-mel: [email protected]

Whatsapp: 019-214 8490 (Dr. Siti Zaharah)

e) Fakulti Pendidikan (FP)

03 - 8911 7000 samb 2234/ 1310 || E-mel: [email protected]

Whatsapp: 013-310 7390 (Encik Ahmad Shafiq)

f) Pusat Matrikulasi (PM)

03 - 8911 7000 samb 3309/2116 || E-mel: [email protected]

Whatsapp: 012-224 7496 (Encik Nor Effendy)

g) Pusat Pengajian Teras (PPT)

03 - 8911 7000 samb 4121/4118 || E-mel: [email protected]

Whatsapp: 017-392 7991 (Encik Maad)

Mukasurat 10 dari 13

D. PENGAMBILAN PELAJAR ANTARABANGSA

1. Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan melalui Soalan Lazim (FAQ)

berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Kementerian Pengajian

Tinggi bertarikh 7 Mei 2020 berkaitan Pengurusan Pelajar bahawa urusan

pendaftaran pelajar antarabangsa baharu tidak boleh dilaksanakan sehingga

tarikh pendaftaran pelajar antarabangsa baharu dimaklumkan kemudian.

2. Pendaftaran pelajar antarabangsa baharu bagi Kemasukan Sesi I 2020/2021

adalah ditangguhkan tertakluk kepada ketetapan atau pengumuman

Kementerian Pengajian Tinggi selepas ini.

Maklumat lanjut, sila hubungi:

Seksyen Pengantarabangsaan,

Bahagian Pemasaran dan Komunikasi (BPK)

03 - 8911 7000 samb. 6625/ 6626/ 6627

Whatsapp: 019-389 6937 (Cik Noraisah) || E-mel: [email protected]

Mukasurat 11 dari 13

E. PANDUAN SENARAI PROGRAM MENGIKUT FAKULTI/ PUSAT

i. Pusat Matrikulasi (PM)

Bil Nama Program

1 FA01 - Asasi Pengajian Islam

2 FA02 - Asasi Pengurusan

3 FA03 - Pengajian Asas Teknologi Maklumat

4 FA04 - Asasi Bahasa Arab

5 FA05 - Asasi Komunikasi

6 FA06 - Asasi Bahasa Inggeris

ii. Fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI)

Bil Nama Program (Diploma)

1 IS11 - Pengajian Bahasa Arab

2 IS13 - Akidah dan Pemikiran Islam

3 IS14 - Al-Quran dan Al-Sunnah

4 IS15 - Dakwah

5 IS16 - Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat

Bil Nama Program (Ijazah Sarjana Muda)

1 BI02 - Al-Quran dan Al-Sunnah dengan Komunikasi (Kepujian)

2 BI03 - Usuluddin dengan Multimedia (Kepujian)

3 BI04 - Al-Quran dan Al-Qiraat (Kepujian)

4 BI05 - Dakwah Dengan Pengurusan Sumber Insan (Kepujian)

5 BI06 - Bahasa Arab dengan Multimedia (Kepujian)

6 BC01 - Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua (Kepujian)

7 BC03 - Bahasa Arab (Terjemahan) (Kepujian)

Mukasurat 12 dari 13

iii. Fakulti Syariah dan Undang - Undang (FSU)

Bil Nama Program (Diploma)

1 IS12 - Pengajian Syariah

2 IS18 - Syariah dan Perundangan Islam

Bil Nama Program (Ijazah Sarjana Muda)

1 BI01 - Syariah dengan Undang-undang (Kepujian)

2 BS02 - Syariah dengan Muamalat (Kepujian)

iv. Fakulti Pengurusan dan Muamalah (FPM)

Bil Nama Program (Diploma)

1 MS31 - Perakaunan

2 MS32 - Pengurusan Perniagaan

3 MS33 - Perbankan Islam

4 MS34 - Pengurusan Sumber Manusia

5 CS41 - Komunikasi

6 LS43 - Pengajian Bahasa Inggeris

Bil Nama Program (Ijazah Sarjana Muda)

1 BB01 - Pentadbiran Perniagaan dengan E-Dagang (Kepujian)

2 BB02 - Pengurusan Sumber Insan (Kepujian)

3 BB03 - Ekonomi dan Kewangan (Kepujian)

4 BB04 - Perakaunan (Kepujian)

5 BB05 - Kewangan Islam (Perbankan) (Kepujian)

6 BC02 - Komunikasi (Penyiaran) (Kepujian)

7 BB08 - Pengurusan (Industri Halal) (Kepujian)

8 BB09 - Bahasa Inggeris (Kepujian) dengan Komunikasi Korporat

Mukasurat 13 dari 13

v. Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (FSTM)

Bil Nama Program (Diploma)

1 MS36 - Multimedia

2 MS39 - Sains Komputer

Bil Nama Program (Ijazah Sarjana Muda)

1 BT01 - Multimedia Kreatif (Media Interaktif) (Kepujian)

2 BT02 - Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian) (Kepujian)

vi. Fakulti Pendidikan (FP)

Bil Nama Program (Diploma)

1 ES52 - Perguruan (TESL)

2 ES53 - Perguruan (Pendidikan Islam)

Bil Nama Program (Ijazah Sarjana Muda)

1 BE01 - Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dengan Multimedia (Kepujian)

2 BE02 - Pendidikan Islam dengan Multimedia (Kepujian)

NOTA:

1. Panduan Maklumat Penting Berkaitan Pendaftaran Secara Dalam Talian (Online) Bagi Pelajar Baharu Matrikulasi/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda Sesi I 2020/2021 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) bertarikh 22 Mei 2020 adalah TERBATAL.

2. Sebarang perubahan tertakluk kepada tarikh penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan Kementarian Pengajian Tinggi.

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

05 Jun 2020