darah manusia article

13
DARAH MANUSIA Nama : AMIR HATIM BIN MOHD HAZLAN Kelas : 3 ZAABA Nama Guru : Encik Irwan bin Hamzah

Upload: danisharyan

Post on 25-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ARTIKEL

TRANSCRIPT

Page 1: Darah Manusia Article

DARAH MANUSIA

Nama : AMIR HATIM BIN MOHD HAZLAN

Kelas : 3 ZAABA

Nama Guru : Encik Irwan bin Hamzah

Page 2: Darah Manusia Article

Darah Manusia

Darah manusia adalah cecair tisu dan fungsi utamanya adalah mengangkut oksigen diperlukan untuk hidup diseluruh tubuh melalui saluran halus darah yang dipanggil kapillari. Darah juga membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kumuhan, dan mengandungi pelbagai bahan sistem imunisasi bertujuan mempertahankan badan daripada jangkitan kuman. Darah amat penting bagi tubuh badan kita. Tanpa darah kita mungkin tidak dapat akan melakukan aktiviti seharian kita dengan sempurna. Darah mengandungi lebih daripada 4000 komponen yang berbeza tetapi hanya empat komponen yang paling penting yang perlu kita tahu.Mari kita menganalisis dengan lebih lanjut komponen darah tersebut.

4 komponen yang perlu kita tahu adalah sel darah merah, sel darah putih, platlet dan plasma.Setiap komponen tersebut mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri.

Page 3: Darah Manusia Article

Sel Darah Merah

Sel darah merah merupakan sel yang berbentuk cakera dan cembung. Selain itu, sel ini berwarna merah kerana mengandungi

pigmen(pewarna) merah yang juga dikenali sebagai hemoglobin dan sel ini juga tidak mempunyai nukleus. Fungsi sel darah merah ialah

untuk mengangkut oksigen dalam bentuk oksihemoglobin ke seluruh sel-sel badan. Menurut kajian yang telah dikeluarkan, jangka hayat

bagi sel darah merah adalah selama 120 hari. Nama lain bagi sel darah merah ialah eritrosit

Page 4: Darah Manusia Article

Sel Darah Putih

Bagi sel darah putih pula, sel ini tidak mempunyai bentuk yang tetap tetapi mempunyai nukleus. Sel darah putih ini berfungsi

untuk melawan jangkitan penyakit dengan membunuh bacteria dan juga mikroorganisma dalam badan dengan penghasilan

antibodi. Jangka hayat bagi sel darah putih pula adalah selama 2 hari hingga 2 bulan. Nama lain bagi sel darah putih adalah

Leukocytes

Page 5: Darah Manusia Article

Platlet

Platlet juga adalah kepingan sel pecah yang sangat kecil. Platlet juga adalah Serpihan kecil sel yang dibina dalam sumsum tulangPlatlet tidak mempunyai nukleus dan tidak mempunyai bentuk yang tetap. Platlet berfungsi untuk membantu dalam pembekuan darah. Selain itu, platlet juga memulakan proses penyembuhan dan membaiki luka-luka pada sel. Nama lain bagi platlet adalah thrombocytes

Page 6: Darah Manusia Article

Plasma

Akhir sekali, plasma ialah bendalir yang bersama-sama bahan yang lain untuk membentuk darah. Plasma sebenarnya adalah 90% air dan 10% bahan terlarut. Antara bahan terlarut ialah nutrient, garam mineral, bahan kumuh, protein terlarut dan juga hormon. Plasma juga mengangkut bahan yang tidak larut dan haba keluar daripada badan.

Page 7: Darah Manusia Article

KUMPULAN DARAH

Selain itu, sesetengah manusia yang mempunyai kumpulan darah yang sama manakala sesetengah yang lain mempunyai kumpulan darah yang berbeza. Darah boleh dibahagikan kepada empat kumpulan. Keempat-empat kumpulan tersebut ialah darah jenis A, B, AB dan O. Kumpulan darah ini ditentukan menurut protein pada permukaan sel darah merah. Jenis kumpulan darah adalah terwaris dan disumbangkan oleh kedua ibu bapa kita sendiri. Mengikut budaya Jepun, meraka percaya bahawa jenis kumpulan darah ini boleh mempengaruhi personaliti, watak dan perwatakan seseorang individu.

Page 8: Darah Manusia Article

Kumpulan darah penderma kepada penerima.

Di samping itu, setiap manusia akan kehilangan darah dengan jumlah yang banyak ketika kemalangan ataupun ketika pembedahan. Oleh itu, proses menderma darah haruslah dilakukan demi keselamatan pesakit. Apabila ada perkara yang memerlukan pemindahan darah, kita perlu memastikan kumpulan darah penderma dan penerima sama atau serasi. Perkara ini disistemkan dengan lebih jelas melalui Sistem ABO yang dibangunkan oleh Karl Landsteiner pada tahun 1901. Jika penderma adalah berdarah kumpulan A, maka penerima boleh terdiri daripada kumpulan darah A dan juga AB. Jika penderma adalah berdarah kumpulan B, maka penerima boleh terdiri daripada kumpulan B dan juga AB.Jika penderma adalah berdarah kumpulan AB, maka penerima boleh terdiri daripada kumpulan darah AB sahaja.Jika penderma adalah berdarah kumpulan O, maka penerima boleh terdiri daripada kumpulan A, B, AB dan O. Jika kumpulan darah yang didermakan kepada penerima tidak sama atau tidak serasi, darah tersebut akan bergumpal dan tersumbat dalam salur darah yang boleh menyebabkan penerima darah tersebut itu mati. Kumpulan penderma darah jenis O dikenali sebagai penderma universal kerana kumpulan darah O boleh menderma kepada semua kumpulan darah, tetapi hanya boleh menerima daripada kumpulan darah O sahaja manakala kumpulan darah berjenis AB pula dikenalisebagai penerima universal kerana boleh menerima semua jenis darah tetapi hanya boleh menderma kepada kumpulan AB sahaja.

Kepentingan menderma darah

Page 9: Darah Manusia Article

Bagi orang-orang yang berisiko tinggi kehilangan darah seperti akibat kemalangan dan juga ibu yang melahirkan anak, darah yang didermakan adalah sangat

penting. Dalam keadaan kecemasan seperti itu, mereka sangat memerlukan darah yang banyak dalam kadar yang segera. Sudah tentu pada saat kecemasan itu, jika tiada bekalan darah yang didermakan, proses ini akan menyulitkan lagi keadaan pesakit. Derma darah juga penting dalam membantu pesakit yang menghidap penyakit yang berkaitan dengan darah. Antara penyakit yang berkaitan dengan darah adalah hemofilia, anemia dan talasemia yang berkaitan dengn sel darah merah. Manakala penyakit kegagalan sumsum tulang dan leukimia pula adalah

penyakit yang berkaitan dengan platlet.

Mereka ini sangat memerlukan darah bagi menjalani kehidupan biasa seperti kita. Tanpa bekalan darah yang berterusan, maka perkara ini boleh mengundang maut

kepada pesakit. Justeru itu, darah yang diderma adalah sangat penting

CARA-CARA PENYIMPANAN DARAH

Page 10: Darah Manusia Article

Darah mempunyai cara penyimpanan yang khusus.Terdapat enam langkah dalam cara penimpanan darah

1. Penderma diperiksa sama ada layak atau tidak menderma darah2. Penderma akan menderma darah dan disimpan di dalam beg

darah berisi natrium sitrat bagi menghalang pembekuan darah3. Darah tersebut akan diuji bagi menentukan kumpulan darah4. Saringan darah dilakukan bagi tiada sebarang tanda penyakit5. Darah akan disimpan di dalam peti sejuk pada 4 darjah celcius6. Pesakit yang memerlukan akan menerima darah tersebut

KESIMPULAN

Page 11: Darah Manusia Article

Kesimpulannya, darah amat penting bagi kehidupan seharian kita. Tanpa darah kita tidak akan dapat melakukan aktiviti seharian. Oleh itu kita seharusya

bersyukur kerana Allah telah menjadikan kita dengan begitu sempurna. Selain itu, pendermaan darah juga bukanlah perkara yang hanya dipelajari oleh doktor sahaja, malah semua manusia harus tahu dan menitik beratkan perkara ini.

Sebelum mengakhiri coretan ini, saya ingin mengucapkan beribu terima kasih dan sekalung pengharagaan kepada rakan-rakan, guru dan ibu bapa saya yang tanpa

putus-putus memberikan semangat untuk saya berjaya menghasilkan esei ini.

Sumber:1. www.cikguhailmi.com2. anthro.palomar.edu/blood/3. Buku Science Process Skills Tingkatan 3