dapatan kajian i-think

18
4.0 DAPATAN KAJIAN Bab ini membincangkan hasil dan dapatan kajian yang diperoleh daripada responden. Sebanyak 100 set soal selidik yang telah diedarkan kepada guru-guru di sekolah-sekolah di tiga daerah di negeri Perak iaitu daerah Kinta Utara, Kinta Selatan dan Batang Padang. Set soal selidik ini kemudian dikutip semula pada masa yang sama. Analisis data dibuat dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Sosial Science (SPSS) versi 20.0 bagi mendapatkan kekerapan dan peratusan. Proses penganalisan data dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan B. Bahagian A membincangkan latar belakang responden manakala bahagian B membincangkan tentang pengetahuan guru dan persepsi guru terhadap aplikasi peta pemikiran I-Think dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Pengkaji menggunakan analisis data set soal selidik kerana jumlah responden adalah dalam skala yang besar. Responden melibatkan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah rendah, masing-masing tiga buah sekolah di tiga daerah negeri Perak. Sebelum kajian dijalankan, pengkaji terlebih dahulu melakukan perkara berikut : a) Menyediakan borang soal selidik bagi responden yang dipilih. b) Berbincang dengan penyelia untuk mendapatkan kelulusan terhadap set soalan soal selidik dan soalan temu bual yang disediakan.

Upload: tara-riggs

Post on 17-Dec-2015

42 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Berdasarkan kajian di sekolah

TRANSCRIPT

4.0 DAPATAN KAJIANBab ini membincangkan hasil dan dapatan kajian yang diperoleh daripada responden. Sebanyak 100 set soal selidik yang telah diedarkan kepada guru-guru di sekolah-sekolah di tiga daerah di negeri Perak iaitu daerah Kinta Utara, Kinta Selatan dan Batang Padang. Set soal selidik ini kemudian dikutip semula pada masa yang sama. Analisis data dibuat dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Sosial Science (SPSS) versi 20.0 bagi mendapatkan kekerapan dan peratusan.

Proses penganalisan data dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan B. Bahagian A membincangkan latar belakang responden manakala bahagian B membincangkan tentang pengetahuan guru dan persepsi guru terhadap aplikasi peta pemikiran I-Think dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.

Pengkaji menggunakan analisis data set soal selidik kerana jumlah responden adalah dalam skala yang besar. Responden melibatkan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah rendah, masing-masing tiga buah sekolah di tiga daerah negeri Perak. Sebelum kajian dijalankan, pengkaji terlebih dahulu melakukan perkara berikut :

a) Menyediakan borang soal selidik bagi responden yang dipilih.b) Berbincang dengan penyelia untuk mendapatkan kelulusan terhadap set soalan soal selidik dan soalan temu bual yang disediakan.c) Memohon kebenaran guru besar dan guru - guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah yang dikaji.d) Memberi taklimat berkaitan arahan menjawab soal selidik yang hendak dijalankan.e) Mengumpul semula set soal selidik yang telah diedarkan kepada responden.f) Menganalisis data borang soal selidik g) Membuat rumusanh) Menulis laporan akhir.Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden

Dalam set soal selidik bahagian A terdapat 7 item yang menerangkan biodata responden dari jenis sekolah, jantina, umur, bangsa, kelulusan akademik tertinggi, pengalaman sebagai guru terlatih dan pengalaman mengajar bahasa Malaysia. Hasil analisis ditunjukkan dalam jadual kekerapan dan peratusan seperti dalam jadual dibawah.Jenis SekolahJadual 1 Taburan Responden mengikut Jenis SekolahJenis SekolahKekerapanPeratus

SK8080.0

SJKC1515.0

SJKT55.0

Jumlah100100

Jantina

Jadual 2 Taburan Responden mengikut Jantina

JantinaKekerapanPeratus

Lelaki2727.0

Perempuan7373.0

Jumlah100100

UmurJadual 3 Taburan Responden mengikut UmurUmurKekerapanPERATUS

21 30 tahun2929.0

31 - 40 tahun4444.0

41 50 tahun2323.0

> 51 tahun44.0

Jumlah100100

Jadual di atas menunjukkan jumlah responden mengikut umur. Seramai 29 orang daripada 100 responden iaitu 29 peratus berumur kurang daripada 30 tahun. Responden yang berumur dalam lingkungan 31 hingga 40 tahun adalah seramai 44 orang, iaitu 44 peratus dan yang berumur lingkungan 41 hingga 50 tahun adalah seramai 23 orang, iaitu mewakili 23 peratus. Manakala 4 orang mewakili 4 peratus adalah berumur lebih 51 tahun.

BangsaJadual 4 Taburan Responden mengikut BangsaBangsaKekerapanPeratus

Melayu8080.0

Cina1215.0

India85.0

Jumlah100100

Kelulusan AkedemikJadual 5 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan Akademik

Kelulusan AkademikKekerapanPeratus

STPM1111.0

DIP2323.0

ISM6666.0

IS00

Ph.d00

Jumlah100100

Analisis dari segi kelulusan akademik pula menunjukkan guru yang mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda ialah seramai 66 orang mewakili 66 peratus. Walau bagaimana pun, terdapat seramai 23 orang guru Bahasa Melayu yang mempunyai kelulusan akademik pada peringkat diploma mewakili 23 peratus. Dapatan juga menunjukkan terdapat 11 orang yang memiliki kelulusan akademik pada peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) daripada jumlah keseluruhan guru, iaitu 11 orang.

Pengalaman Sebagai Guru TerlatihJadual 6 Pengalaman Sebagai Guru TerlatihPengalamanJumlahPeratus

< 1 tahun99.0

1 5 tahun2828.0

6- 10 tahun3333.0

11 15 tahun1818.0

> 15 tahun1212.0

Jumlah100100

Jadual 5 menunjukkan taburan responden yang mempunyai pengalaman sebagai guru terlatih. Data yang diperoleh mendapati daripada 100 orang sampel yang terlibat dalam kajian ini sebanyak 9% meliputi 9 orang guru Bahasa Melayu mempunyai pengalaman sebagai guru terlatih kurang daripada satu tahun. Walau bagaimanapun masih terdapat sebanyak 12% iaitu 12 orang guru bahasa Melayu yang mempunyai pengalaman sebagai guru terlatih paling lama iaitu lebih daripada 15 tahun sebagai guru terlatih. Ini menunjukkan bahawa hanya sedikit bilangan guru bahasa Melayu yang mempunyai pengalaman sebagai guru terlatih. Berdasarkan dapatan kajian ini, dapat dinyatakan bahawa masih ramai guru yang masih kurang pengalaman sebagai guru Bahasa Melayu yang terlatih.Pengalaman Mengajar BMJadual 7 Taburan Responden mengikut Pengalaman Mengajar BMPengalamanJumlahPeratus

< 1 tahun88.0

1 5 tahun3434.0

6- 10 tahun2626.0

11 15 tahun1919.0

> 15 tahun1313.0

Jumlah100100

Bahagian B: Analisis Pengetahuan Guru Terhadap Peta Pemikiran I-Think

Analisis data bahagian B dilakukan bagi menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu persepsi guru bahasa Malaysia terhadap peta pemikiran i-Think. Penyataan maklumbalasa yang diberikan oleh responden dikategorikan kepada lima pilihan jawapan iaitu sangat setuju, setuju, kurang setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju. Hasil analisis ditunjukkan dalam jadual dibawah dalam bentuk kekerapan dan peratusan mengikut item yang telah dijawab oleh responden di dalam borang soal selidik. Jadual 8 Persepsi Guru Terhadap Peta Pemikiran I-ThinkPenyataanKekerapan (Ya)Peratus (%)Kekerapan (Tidak)Peratus (%)

1. Adakah anda mengetahui tentang program i-Think10010000

2. Adakah anda mengetahui tentang program i-Think di sekolah anda10010000

3. Adakah anda setuju dengan program i-Think10010000

4. Adakah program i-Think membebankan murid dan guru9696.044.0

5. Adakah program i-Think dianggap sebagai satu teknik pengajaran10010000

6. Benarkah program i-Think dapat membantu meningkatkan kemahiran berfikir guru dan murid10010000

7. Bolehkan program i-Think dijadikan alat berfikir aras tinggi10010000

8. Wajarkah program i-Think dijadikan teknik wajib16168484.0

9. Apakah pendapat anda tentang program i-Think sesuai dengan perkembangan minda murid10010000

Analisis Persoalan Kajian 1

Apakah persepsi guru bahasa Melayu terhadap aplikasi peta pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu?

Berdasarkan dapatan daripada soal selidik diatas, dapatan persepsi guru terhadap peta pemikiran i-think menunjukkan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah yang dikaji memberikan persepsi yang positif dan memberansangkan terhadap pelaksanaan peta pemikiran i-think. Hal ini dapat ditunjukkan melalui dapatan terhadap penyataan 1, 2, 3, 5, 6, 7 dan 9 yang mana seramai 100 orang responden memberikan jawapan Ya terhadap penyataan soal selidik tersebut yang masing-masing mewakili peratusan 100%. Penyataan ini menunjukkan secara guru-guru bersetuju dan dapat menerima program i-think yang dijalankan disekolah dan dapat memberikan kebaikan kepada murid dan juga sesi pengajaran dan pembelajaran.

Namun begitu, pada penyataan 4 seramai 96 orang guru iaitu sebanyak 96.0% telah memberikan jawapan Ya manakala seramai 4 orang guru iaitu sebanyak 4.0% memberikan jawapan Tidak. Dapatan ini menunjukkan guru-guru tersebut bersetuju bahawa program i-Think membebankan guru dan murid. Manakala pada penyataan 8 pula, seramai 16 orang guru iaitu sebanyak 16.0% guru telah memberikan jawapan Ya dan seramai 84 orang guru iaitu sebanyak 84.0% guru telah memberikan jawapan Tidak terhadap soal selidik yang diberikan. Dapatan ini menunjukkan guru-guru tidak bersetuju untuk menjadikan program i-Think sebagai teknik wajib dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Kesimpulannya, kesemua guru memberikan jawapan Ya pada penyataan 1, 2, 3, 5, 6, 7 dan 9 yang mana kesemua guru bersetuju dengan penyataan tersebut.dan tiada perbezaan jawapan yang dapat dilihat. Tetapi terdapat perbezaan jawapan pada penyataan 4 dan 8 sebagaimana yang telah ditunjukkan dalam jadual diatas.Jadual 9 Pengetahuan Guru Bahasa Malaysia Terhadap Peta Pemikiran I-ThinkPenyataanSangat Tidak SetujuTidak SetujuKurang SetujuSetujuSangat Setuju

1. Anda mengetahui tentang konsep peta pemikiran i-Think4(4.0%)4(4.0%)0

(0%)60

(60.0%)32(32.0%)

2. Anda telah mengetahui tentang konsep peta pemikiran i-Think4 (4.0%)4 (4.0%)0 (0%)53 53(%)39 (39%)

3. Anda tahu 8 jenis peta pemikiran i-Think4 (4.0%)16 (16%)55 (55%)23 (23%)2 (2%)

4. Anda tahu memilih peta pemikiran i-Think yang sesuai berdasarkan isi kandungan mata pelajaran4 (4.0%)22 (22%)64 (64%)0 (0%)10 (10%)

5. Peta pemikiran i-Think dapat meningkatkan budaya berfikir dalam kalangan murid anda4 (4.0%)2 (2%)0 (0%)64 (64%)22 (22%)

6. Peta pemikiran i-Think dapat memperkembangkan kreativiti murid0 (0%)4 (4.0%)5 (5%)72 (72%)19 (19%)

7. Penggunaan peta pemikiran i-Think membolehkan murid anda berkerja secara berkumpulan4 (4.0%)39 (39%)0 (0%)0 (0%)57 (57%)

8. Penggunaan peta pemikiran i-Think membolehkan murid anda berbincang secara aktif4 (4.0%)45 (45%)0 (0%)0 (0%)51 (51%)

9. Pencapaian murid bertambah baik setelah menggunakan peta pemikiran i-Think0 (0%)4 (4.0%)15 (15%)59 (59%)22 (22%)

10. Penggunaan peta pemikiran i-Think meningkatkan KBAT

4 (4%)0 (0%)17 (17%)53 (53%)26 (26%)

Aalisis Persoalan Kajian 2Sejauh manakah tahap pengetahuan guru bahasa Melayu terhadap aplikasi peta pemikiran i-THINK dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu?

Persoalan kajian yang kedua adalah untuk mengetahui sejauh manakah tahap pengetahuan guru bahasa Melayu terhadap program peta pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Berdasarkan penyataan diatas, seramai 60 orang guru iaitu sebanyak 60% guru memberikan jawapan Setuju terhadap penyataan 1, manakala 32 orang guru pula memberikan jawapan Sangat Setuju yang mewakili 32% guru. Seterusnya masing-masing 4 orang guru yang mewakili 4% guru memberikan jawapan Sangat Tidak Setuju dan Tidak Setuju. Dapatan menunjukkan lebih daripada separuh bilangan guru iaitu seramai 60 orang guru mengetahui tentang konsep peta pemikiran i-Think.

Bagi penyataan 2 pula, seramai 53 orang guru iaitu sebanyak 53% guru memberi respon Setuju manakala 39 orang lagi mewakili 39% guru memberikan jawapan Sangat Setuju bahawa mereka telah mengetahui tentang konsep peta pemikiran i-Think. Manakala masing-masing 4 orang guru mewakili 4% menytakan Sangat Tidak Setuju dan Tidak Setuju tentang penyataan 2.

Seterusnya bagi penyataan 3 pula, seramai 55 orang guru iaitu sebanyak 55% menyatakan Tidak Setuju. Manakala 23 orang guru menyatakan Setuju, 16 orang menyatakan Tidak Setuju, 4 orang menyatakan Sangat Tidak Setuju dan 2 orang menyatakan Sangat Setuju. Kesemua guru tersebut mewakili peratusan 23%, 16%, 4% dan 2%. Hampir separuh daripada guru memberikan respon bahawa mereka tidak mengetahui tentang lapan jenis peta pemikiran i-Think.

Bagi penyataan 4 pula, seramai 64 orang guru iaitu 64% memberikan jawapan Kurang Setuju. Manakala seramai 22, 10, dan 4 orang guru masing-masing memberikan jawapan TIdak Setuju, Sangat Setuju, dan Sangat Tidak Setuju. Masing-masing memberikan peratusan sebanyak 22%, 10% dan 4%. Dapatan ini menunjukkan majority guru bahasa Melayu tidak tahu untuk memilih peta pemikiran i-Think yang sesuai berdasarkan kandungan matapelajaran.

Seramai 64 orang guru iaitu sebanyak 64% menyatakan Setuju bagi penyataan 5. Manakala 22 orang guru pula yang mewakili 22% telah menyatakan Sangat Setuju bagi penyataan tersebut. Selebihnya seramai 4 orang dan 2 orang guru menyatakan Sangat Tidak Setuju dan Tidak Setuju yang mewakili masing-masing 4% dan 2 %.

Bagi penyataan 6 pula, seramai 72 orang guru iaitu sebanyak 72% menyatakan Setuju untuk penyataan ini. Manakala seramai 19, 5 dan 4 orang guru pula menyatakan :Sangat Setuju, Kurang Setuju dan Tidak Setuju untuk penyataan tersebut. Jumlah itu mewakili peratus sebanyak 19%, 5% dan 4% masing-masing. Dapatan ini menunjukkan guru-guru bersetuju bahawa program peta pemikiran i-Think dapat memperkembangkan kreativiti murid-murid.

Seterusnya bagi penyataan 7 pula guru-guru telah memberikan respon Sangat Setuju seramai 57 orang ataupun mewakili peratusan 57%. Manakala seramai 39 orang guru pula menyatakan Tidak Setuju untuk penyataan ini yang mewakili 39%. Selebihnya pula seramai 4 orang guru menyatakan Sangat Tidak Setuju yang mewakili 4% daripada jumlah keseluruhan.Dapatan ini menunjukkan seramai 57 orang guru bersetuju bahawa program peta pemikiran i-Think membolehkan murid bekerja secara berkumpulan.

Seramai 51 orang guru yang mewakili 51% Sangat Setuju bahawa peta pemikiran i-Think membolehkan murid-murid berbincang secara aktif. Manakala 45 orang guru lagi iaitu sebanyak 45% menyatakan Tidak Setuju untuk penyataan ini. Selebihnya adalah seramai 4 orang guru atau sebanyak 4% menyatakan Sangat Tidak Setuju. Dapatan ini menunjukkan hamper separuh daripada jumlah guru dalam kajian ini sangat bersetuju bahawa program peta pemikiran i-Think membolehkan murid-murid berbincang secara aktif.

Dapatan bagi penyataan 9 pula adalah seramai 59 orang guru menyatakan jawapan Setuju bagi penyataan ini iaitu sebanyak 59%. Manakala 22 orang guru iaitu sebanyak 22% menyatakan Sangat Setuju. Seterusnya seramai 15 orang guru iaitu mewakili 15% menyatakan Kurang Setuju terhadap penyataan ini. Dapatan ini juga menunjukkan guru-guru dalam kajian ini bersetuju bahawa pencapaian murid bertambah baik setelah menggunakan peta pemikiran i-Think.

Akhir sekali, seramai 53 orang guru iaitu sebanyak 53% menyatakan Setuju untuk penyataan ini. Manakala 26 orang guru iaitu sebanyak 26% menyatakan Sangat Setuju. Seterusnya seramai 17 dan 4 orang guru menyatakan Kurang Setuju dan Sangat Tidak Setuju untuk penyataan ini iaitu mewakili peratusan sebanyak 17% dan 4%. Dapatan ini menunjukkan bahawa majority guru bersetuju bahawa penggunaan peta pemikiran i-Think dapat meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) murid.5.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Berdasarkan hasil dapatan kajian diatas, dapatlah dilakukan perbincangan terhadap persoalan kajian 1 dan persoalan kajian 2. Persoalan kajian yang pertama ialah Apakah persepsi guru bahasa Melayu terhadap aplikasi peta pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu?. Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Melayu yang mengambil bahagian dalam soalselidik ini memberikan persepsi yang baik terhadap pelaksanaan program pemikiran i-Think dalam pengajaran bahasa Melayu. Seramai 100 orang guru iaitu mewakili peratusan 100% iaitu majoriti memberikan jawapan Ya terhadap majoriti soal selidik yang berkaitan dengan persepsi mereka terhadap peta pemikiran i-Think. Dapatan ini menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai persepsi yang baik terhadap program ini. Namun begitu, walaupun persepsi ini baik dan positif masih terdapat faktor lain yang mempengaruhi guru-guru terhadap program ini. Hal ini dapat dilihat apabila guru-guru memberikan persepsi bahawa program ini memberikan beban kepada guru dan murid. Hal ini bermaksud program ini menjadi satu perkara yang menambahkan kerja kepada guru kerana guru-guru perlu bersedia dari sudut masa untuk melaksanakan program i-Think.

Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa guru-guru sememangnya memberikan persepsi kurang baik terhadap peta pemikiran i-Think jika ia dijadikan teknik wajib pengajaran dan pembelajaran. Hal ini mempunyai faktor-faktor tertentu yang boleh dikaitkan jika ingin mencari punca sebenar mengapar guru-guru memberiakn persepsi yang negative terhadap pelaksanaan program ini sebagai teknk wajib dalam pengajaran. Walaupun majority guru memberikan persepsi yang baik terhadap peta pemikiran i-Think namun beberapa faktor dan perkara perlu dikaji lagi bagi memdapatkan data yang jelas tentang pelaksanaan program ini.

Persoalan kajian yang kedua ialah Sejauh manakah tahap pengetahuan guru bahasa Melayu terhadap aplikasi peta pemikiran i-THINK dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu?. Dapatan menunjukkan guru-guru baahsa Melayu mempunyai pengetahuan tentang peta pemikiran i-Think. Namun dapat disimpulkan bahasa hanya separuh sahaja guru-guru yang mempunyai pengetahuan tentang program ini. Dapatan ini juga menunjukkan masih ramai guru-guru yang kurang tahu tentang program ini. Daripada 100 orang guru yang terlibat dalam soal selidik ini hanya sebahaian atau pun lebih dariapda separuh guru yang memberikan jawapan majority terhadap setiap penyataan dalam soal selidik. Hal ini menunjukkan bahawa bukan semua guru yang terlibat dalam kajian ini mendalmi dan tahu tentang pelaksanaan program ini.

Sebagai kesimpulan, program peta pemikiran i-Think ini boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu tetapi masih perlu beberapa penambahbaikan dari sudut pelaksanaan seperti teknik dan cara pelaksanaan yang lebih berkesan yang lebih mesra guru. Selain itu juga, kursus dan juga taklimat perlu dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan guru-guru betul-betul dapat memahami pelaksanaan program ini di dalam subjek yang diajar oleh mereka. Kursus ini hendaklah dijalankan secara berterusan. Hal ini kerana dapatan kajian juga menunjukkan guru-guru bersetuju dengan pelaksanaan program ini dan juga guru-guru bersetuju bahawa ia memberikan banyak kebaikan dalam pedagogi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini diharap dapat memberi kesedaran kepada guru-guru tentang perlunya pelaksanaan peta pemikiran i-Think dalam diri pelajar bagi memasuki alam pekerjaan dan mengharungi kehidupan seharian. Hasil kajian menunjukkan bahawa peta pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu adalah baik dan memberikan kesan yang positif. Namun begitu tindakan susulan perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi beberapa elemen dalam program ini terutamanya dalam kaedah pelaksanaan yang lebih mesra guru.