dapatan kajian hh

10
6.0 DAPATAN : ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA Bagi memastikan kajian yang telah dijalankan ini menepati objektif dan soalan kajian, pengkaji telah menjalankan dua kaedah pengumpulan data yang sesuai bagi mengumpul data kajian yang diperlukan iaitu ujian pra dan pasca serta soal selidik. 6.1 Ujian Pra 6.1.1 Adakah penggunaan teknik nyanyian “Meloria” dapat meningkatkan daya ingatan murid tahun 5 terhadap perkara- perkara Sunat Ab’adh? 6.1.2 Sejauh manakah tahap keberkesanan teknik nyanyian “Meloria” dalam meningkatkan ingatan murid terhadap perkara- perkara Sunat Ab’ad? Sesi ujian pra ini bertujuan untuk menguji tahap ingatan murid terhadap perkara-perkara sunat Ab’adh sebelum proses intervensi dijalankan ke atas mereka. Murid-murid dikehendaki untuk menulis kesemua lapan perkara sunat Ab’adh yang mereka mampu ingat. Data yang diperoleh daripada ujian pra ini

Upload: azrin-razaly-malikul-afdhal

Post on 26-Dec-2015

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

chgvvjvj

TRANSCRIPT

Page 1: DAPATAN KAJIAN hh

6.0 DAPATAN : ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Bagi memastikan kajian yang telah dijalankan ini menepati objektif dan soalan kajian,

pengkaji telah menjalankan dua kaedah pengumpulan data yang sesuai bagi mengumpul data

kajian yang diperlukan iaitu ujian pra dan pasca serta soal selidik.

6.1 Ujian Pra

6.1.1 Adakah penggunaan teknik nyanyian “Meloria” dapat meningkatkan daya

ingatan murid tahun 5 terhadap perkara-perkara Sunat Ab’adh?

6.1.2 Sejauh manakah tahap keberkesanan teknik nyanyian “Meloria” dalam

meningkatkan ingatan murid terhadap perkara-perkara Sunat Ab’ad?

Sesi ujian pra ini bertujuan untuk menguji tahap ingatan murid terhadap perkara-perkara

sunat Ab’adh sebelum proses intervensi dijalankan ke atas mereka. Murid-murid dikehendaki

untuk menulis kesemua lapan perkara sunat Ab’adh yang mereka mampu ingat. Data yang

diperoleh daripada ujian pra ini dimasukkan ke dalam jadual serta ditukarkan ke dalam bentuk

peratus. Peratus tersebut kemudian dirujuk kepada gred pemarkahan yang telah diubahsuai

daripada Skema Pemarkahan Analitik (Sila rujuk Lampiran , Jadual X : Skor Pemarkahan

Analitik). Menurut Maznah (2006), skema pemarkahan analitik bertujuan untuk menentukan

keberkesanan penggunaan sesatu kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran melalui peratusan

(Lew Moi Mooi (Ed.), 2013). Oleh itu, pengkaji akan menggunakan skema pemarkahan analitik

dalam kajian ini untuk menentukan tahap pencapaian murid sama ada cemerlang, sederhana,

lemah atau sangat lemah.

Page 2: DAPATAN KAJIAN hh

Selepas itu, pengkaji telah memasukkan data daripada ujian pra yang telah ditanda ke

dalam Jadual Y dan ditukarkan ke dalam bentuk peratus. Hasil daripada peratus yang

diperoleh, gred dan pencapaian responden dinyatakan . Berikut adalah analisis data bagi ujian

pra.

RESPONDEN UJIAN PRA (%) GRED PENCAPAIAN

Murid A 40 C Lemah

Murid B 50 C Lemah

Murid C 20 D Sangat Lemah

Murid D 40 C Lemah

Murid E 40 C

Lemah Murid F 60 B

Sederhana Murid G 40 C

Lemah Murid H 30 D

Sangat Lemah Murid I 40

C Lemah

Berdasarkan jadual di atas, murid A, D, E, G, dan I mendapat markah 40% dengan gred

C. Oleh itu, pencapaian mereka dikategorikan sebagai lemah. Murid B juga dikategorikan lemah

kerana hanya mendapat 50% dengan gred C. Manakala murid C dan H pula masing-masing

mendapat 20% dan 30% sahaja dengan gred pencapaian D. Jadi, mereka dikategorikan sebagai

Page 3: DAPATAN KAJIAN hh

sangat lemah. Hanya murid F yang mendapat markah lebih daripada 50% iaitu murid F dengan

markah yang diperolehi sebanyak 60% dengan gred B. Murid F dikategorikan sebagai sederhana.

Keseluruhannya, hanya seorang sahaja responden yang mendapat gred B dalam ujian pra

iaitu markah di antara 60% ke 70%. Pencapaian tersebut dikategorikan sebagai sederhana. Di

samping itu terdapat 6 orang murid yang mendapat gred yang sama iaitu gred C dengan

pencapaian yang lemah. Manakala dua orang murid mendapat gred paling rendah iaitu gred D

dan pencapaiannya dikategorikan sebagai sangat lemah.

6.2 Ujian Pasca

Set ujian pasca diberikan kepada responden-responden setelah intervensi dijalankan ke

atas mereka. Soalan ujian yang diberikan sedikit berbeza dengan ujian pra, tetapi mempunyai isi

kandungan yang sama. Ujian ini dijalankan untuk menguji keberkesanan aktiviti dan penggunaan

intervensi yang dijalankan.

RESPONDEN UJIAN PASCA (%) GRED PENCAPAIAN

Murid A 90 A Cemerlang

Murid B 90 A Cemerlang

Murid C 80 B

Cemerlang Murid D 90 A

Cemerlang Murid E 90 A

Cemerlang Murid F 100

A Cemerlang Murid G 90

A Cemerlang Murid H 70

Page 4: DAPATAN KAJIAN hh

B Sederhana Murid I

100 A Cemerlang

Berdasarkan Jadual, murid A, B, C, D, E, dan G berjaya mendapat pencapaian yang

cemerlang dengan markah 90% iaitu gred A. Terdapat juga murid yang mendapat pencapaian

cemerlang dengan markah 100% iaitu murid F dan murid I. Meskipun begitu, terdapat juga

murid yang mendapat pencapaian sederhana iaitu gred B dengan markah 70% iaitu murid H.

Kesimpulannya, terdapat seramai 8 orang yang mendapat pencapaian yang cemerlang

iaitu gred A dengan markah lingkungan 80% ke 100%. Ia adalah satu pencapaian yang amat

memberangsangkan. Namun begitu, terdapat seorang murid yang masih di tahap pencapaian

sederhana dengan markah 70%. Mungkin kerana faktor masa pelaksanaan yang agak singkat.

Namun begitu, jika murid ini menggunakan aplikasi intervensi dengan lebih kerap mungkin

boleh mencapai ke tahap cemerlang.

6.3 Perbandingan Peratusan Markah Ujian Pra dan Pasca

Bagi melihat dengan lebih teliti lagi mengenai kebolehan responden mengingati perkara

sunat Ab’adh, perbandingan keputusan Ujian Pra dan Pasca dipaparkan dalam Jadual H seperti di

bawah. Untuk memudahkan proses menganalisis data, perbandingan kedua-dua keputusan ujian

juga turut diterjemahkan dalam bentuk graf palang yang berasingan.Pengkaji juga telah membuat

rumusan dan huraian dalam bentuk teks berdasarkan hasil kajian.

Page 5: DAPATAN KAJIAN hh

RESPONDEN UJIAN PRA (%) UJIAN PASCA (%) NILAI PENINGKATAN (%)

Murid A 40 90 50

Murid B 50 90 40

Murid C 20 80 60

Murid D 40 90 50

Murid E 40 90 50

Murid F 60 100 40

Murid G 40 90 50

Murid H 30 70 40

Murid I 40 100 60

Page 6: DAPATAN KAJIAN hh

MURID A

MURID B

MURID C

MURID D

MURID E

MURID F

MURID G

MURID H

MURID I

0

20

40

60

80

100

120

UJIAN PRAUJIAN PASCA

Berdasarkan Jadual , murid A,D,E dan G telah mendapat markah sebanyak 40% dalam

ujian pra manakala dalam ujian pasca mereka telah mendapat markah sebanyak 90%. Ini

bermakna mereka semua telah menunjukkan peningkatan sebanyak 50%. Murid C pula hanya

mendapat markah 20% pada ujian pra dan telah melonjak ke 80% pada ujian pasca. Beliau telah

mencapai peningkatan yang paling tinggi iaitu sebanyak 60%.

Sementara itu, murid B memperoleh markah 50% dalam ujian pra manakala pada ujian

pasca beliau telah mendapat 90% markah. Murid F pula pada ujian pra mendapat 60% dan pada

ujian pasca beliau mendapat 100% markah. Seterusnya ialah murid H,mendapat markah

sebanyak 30% pada ujian pra dan pada ujian pasca beliau mendapat markah sebanyak 70%.

Walaupun markah ketiga-tiga orang murid ini iaitu murid B,F dan H berlainan semasa ujian pra

dan pasca, namun peningkatan peratus markah yang ditunjukkan oleh mereka adalah sama

Page 7: DAPATAN KAJIAN hh

selepas intervensi dijalankan iaitu sebanyak 40% markah. Murid I pula adalah responden yang

mendapat markah peningkatan yang tertinggi, sama dengan murid C iaitu sebanyak 60%. Murid

I pada ujian pra mendapat 40% markah, namun selepas intervensi dan ujian pasca dijalankan

beliau mendapat markah yang mengagumkan iaitu 100% markah.

Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan data yang telah diberi menunjukkan kesemua

responden telah menunjukkan peningkatan dalam ujian pasca dengan peningkatan melebihi 30%

ke atas. Selain itu, tiada murid yang mendapat markah kurang daripada 60% pada ujian pasca.

Daripada data ini jelas membuktikan intervensi naynyian “Meloria” yang dijalankan telah

berjaya membantu murid meningkatkan keupayaan mereka mengingat perkara-perkara sunat

Ab’ad dengan baik. Keputusan ini juga telah berjaya menjawab persoalan kajian yang ketiga,

bahawa intervensi ini merupakan kaedah yang amat berkesan dalam meningkatkan ingatan murid

terhadap perkara-perkara sunat Ab’ad secara keseluruhannya.