dapatan kajian bm

2
DAPATAN KAJIAN Dalam bahagian ini diperlihatkan sebutan suku kata akhir yang menjadi data kajian mengikut sebutan Bahasa Melayu Standard dan sebutan suku kata akhir Bahasa Melayu Kelantan. 7.1 Vokal depan luas [a] Perkataan Suku Kata Akhir Bunyi Dalam Suku Kata Akhir /guna/ /na/ [guno] /apa/ /a/ [gapo] /rasa/ /sa/ [ghaso] /gila/ /la/ [gilo] Jadual 1: Penyebutan suku kata akhir yang mengandungi vokal depan luas. Berdasarkan jadual diatas bahawa wujud perbezaan penyebutan vokal [a] dalam dialek Kelantan berbanding dengan sebutan baku dalam Bahasa Melayu Standard. Vokal [a] dalam suku kata akhir yang tertutup mempunyai kesejajaran dengan vokal [ↄ], dengan syarat konsonan yang mengikutinya itu adalah dalam bahasa standard. 7.2 Konsonan sisian [s] Perkataan Sebutan Suku Kata Akhir Bunyi Dalam Suku Kata Akhir manis /nis/ [ma.nih] kapas /pas/ [ka.pah] Malas /las/ [ma.lah] kipas /pas/ [ki.pah] tandas /das/ [tan.dah] Jadual 2 : Penyebutan suku kata akhir yang mengugurkan konsonan sisian [s] dengan syarat konsonan yang menggantikannya merupakan frikatif glotis [h]. Konsonan h juga terdapat dalam lingkungan awal kata, antara vokal dan akhir kata. Dalam lingkungan akhir kata, h dalam dialek ini mempunyai kesejajaran dengan h dan s dalam bahasa Melayu. Jika kesejajarannya itu h, maka [a] yang mendahuluinya itu mengalami perubahan pada nilai

Upload: syarmimi-yusof

Post on 20-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kerja kursus bm

TRANSCRIPT

Page 1: Dapatan Kajian Bm

DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian ini diperlihatkan sebutan suku kata akhir yang menjadi data kajian mengikut sebutan Bahasa Melayu Standard dan sebutan suku kata akhir Bahasa Melayu Kelantan.

7.1 Vokal depan luas [a]

Perkataan Suku Kata Akhir Bunyi Dalam Suku Kata Akhir

/guna/ /na/ [guno]

/apa/ /a/ [gapo]

/rasa/ /sa/ [ghaso]

/gila/ /la/ [gilo]Jadual 1: Penyebutan suku kata akhir yang mengandungi vokal depan luas.

Berdasarkan jadual diatas bahawa wujud perbezaan penyebutan vokal [a] dalam dialek Kelantan berbanding dengan sebutan baku dalam Bahasa Melayu Standard. Vokal [a] dalam suku kata akhir yang tertutup mempunyai kesejajaran dengan vokal [ↄ], dengan syarat konsonan yang mengikutinya itu adalah dalam bahasa standard.

7.2 Konsonan sisian [s]

Perkataan Sebutan Suku Kata Akhir Bunyi Dalam Suku Kata Akhirmanis /nis/ [ma.nih]kapas /pas/ [ka.pah]Malas /las/ [ma.lah]kipas /pas/ [ki.pah]

tandas /das/ [tan.dah]Jadual 2 : Penyebutan suku kata akhir yang mengugurkan konsonan sisian [s] dengan syarat konsonan

yang menggantikannya merupakan frikatif glotis [h].

Konsonan h juga terdapat dalam lingkungan awal kata, antara vokal dan akhir kata. Dalam lingkungan akhir kata, h dalam dialek ini mempunyai kesejajaran dengan h dan s dalam bahasa Melayu. Jika kesejajarannya itu h, maka [a] yang mendahuluinya itu mengalami perubahan pada nilai bunyinya. Tetapi perubahan tersebut tidak berlaku jika kesejajarannya itu ialah s.

7.3 Konsonan sisian [l]

Perkataan Suku Kata Akhir Bunyi Dalam Suku Kata Akhir/mahal/ /hal/ [ ma. ha ]/kapal/ /pal/ [ka. pa ]/tebal/ /bal/ [ tǝ. ba ]/halal/ /lal/ [ha. la ]/amal/ /mal/ [ a.ma ]/jual/ /al/ [ʤu. wa ]

Page 2: Dapatan Kajian Bm

Jadual 3 :Penyebutan suku kata akhir yang mengugurkan konsonan sisian.

Berdasarkan jadual diatas wujudnya perbezaan yang ketara iaitu berlakunya pengguguran / l / di dalam perkataan dialek Kelantan yang hanya berlaku di akhir suku kata sahaja. Misalnya penutur dialek Kelantan menyebut perkataan / halal / sebagai / hala /. Konsonan / l / di akhir suku kata di dalam perkataan / halal / digugurkan. Bunyi / l / akan kekal apabila berada di awal atau di tengah suku kata.

7.4 Konsonan sengauan [m],[n] dan [ᶇ]

Perkataan Suku Kata Akhir Bunyi Dalam Suku Kata Akhir/malam/ /lam/ [ma.lɛ]/dalam/ /lam/ [da.lɛ]/makan/ /kan/ [ma.kƐ]/tangan/ /ngan/ [ta.ngƐ]

/menang/ /nang/ [me.nƐ]/petang/ /tang/ [pe.tƐ]

Jika perkataan di dalam bahasa Melayu baku mempunyai vokal a sebelum konsonan nasal terakhir iaitu m, n dan n, konsonan nasal tersebut akan mengalami proses pelemahan yang akhirnya menggantikan kesemuanya itu dengan penyengauan yang merupakan artikulasi tambahan pada vokal tersebut dan vokal tersebut mengalami perubahan pada bunyinya menjadi ε.