damai park

5
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PASIR 08400 MERBOK KEDAH DARULAMAN TEL & FAK : 04-4474168/04- 4474169 DAMAI PARK RESORT TARIKH: 8 April 2014 HARI: Selasa MASA: 10:00 Pagi

Upload: siti-intan-farahana

Post on 19-Feb-2016

225 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

gg

TRANSCRIPT

Page 1: Damai Park

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PASIR08400 MERBOK KEDAH

DARULAMANTEL & FAK : 04-4474168/04-

4474169

DAMAI PARK RESORTTARIKH: 8 April 2014

HARI: SelasaMASA: 10:00 Pagi

Page 2: Damai Park

                Renang merupakan salah satu terapi hidro. Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.

Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung guru-guru telah melatih membina keyakinan diri murid-murid "water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka.

Pemilihan program rekreasi renang/hidroterapi bagi murid-murid Program Pendidikan Khas Pembalajaran (PPKP) adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Program yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau permulaan renang.

Page 3: Damai Park

Matlamat program ini dianjurkan ialah untuk meningkatkan perkembangan kemahiran motor kasar dan halus serta perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan apabila mereka berada di dalam air.

Program ini diharapkan agar murid dapat:

1. Membantu menggerakkan pembangungan psikomotor kasar dan halus2. Membantu melatih dan mengawal pernafasan semasa melakukan

aktiviti renang dengan cara yang betul dan selamat.3. Mewujudkan persekitaran interaksi sosial antara murid dengan guru-

guru dan masyarakat4. Meningkatkan keyakinan murid-murid pendidikan khas.5. Memberi kecerdasan fizikal murid-murid pendidikan khas..

SASARAN: Murid-murid pendidikan khas SKKP

TARIKH: 8.04.2014

HARI: Selasa

Page 4: Damai Park

MASA: 9:00 pg hingga 12:30 tgh

TEMPAT: Damai Park Resort

Semoga program terapi air ini akan dapat membantu murid-murid berkeperluan khas dari segi pergerakan psikomotor kasar dan halus, mengawal pernafasan dan mewujudkan interaksi persekitaran sosial antara mereka dengan masyarakat luar serta dapat memberi peluang yang sama rata kepada murid-murid berkeperluan khas untuk mengambil bahagian dan menonjolkan bakat mereka di dalam sukan air. Diharap agar program  ini dapat dilaksanakan mengikut jadual perancangan yang telah ditetapkan dengan jayanya agar lebih ramai lagi murid-murid yang berpotensi mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi di masa akan datang sejajar dengan hasrat dan objektif Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia