dalil wajib beradab kepada ibu bapa

3
DALIL WAJIB BERADAB KEPADA IBU BAPA Ertinya''Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya,ibunya telah megandungkanya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan( dari awal mengandung hingga akhir menyusuinya)dan tempoh menceraikan susunya dalam masa 2 tahun.(Dengan demikian bersyukurlah kepada-Ku dan kedua-dua ibu bapamu dan ingatlah kepada Aku jualah tempat kembali.(untuk menerima balasan)''. (Surah Lukman, ayat 14) MAKSUD ADAB DENGAN IBU BAPA · Bersopan santun kepada ibu bapa dalam pertuturan, perbuatan dan tingkah laku. · Ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap kelahiran anak · Ibu mengandung akan melahirkan anak · Ibu bapa juga bertanggungjawab menyara nafkah anak, memberi kasih sayang, dan pendidikan kepada anak · Oleh itu, setiap anak wajib taat kepada ibu bapanya · Menderhaka kepada ibu bapa hukumnya adalah haram dan berdosa besar · Anak yang derhaka akan dimasukkan ke dalam neraka CARA MENGHORMATI IBU BAPA 1. Dari Segi Percakapan · Bercakap dengan sopan santun · Bercakap dengan penuh hormat · Merendahkan suara · Menggunakan perkataan yang baik · Menunjukkan muka yang manis · Tidak membantah kata-kata mereka. · Tidak menyakiti perasaan mereka. 2. Dari Segi Pergaulan · Mencium tangan mereka ketika hendak keluar · Meminta izin mereka sebelum keluar · Berdiri untuk memberi hormat kepada mereka · Jagan menghulurkan kaki ke arah mereka · Jangan menjamah makanan sebelum mereka makan · Beradab sopan seperti berlemah-lembut, bergaul mesra dan menjaga perasaan mereka. · Mengenang pengorbanan mereka seperti ibu mengandung, melahirkan dan menyusukan. Bapa pula mendidik, mengasuh dan mencari rezeki. · Menziarahi mereka dan selalu bertanya khabar. · Memenuhi permintaan dan patuh dengan suruhan mereka yang tidak bertentangan Islam. SEBAB WAJIB BERBAKTI KEPADA IBUBAPA · Merupakan perintah Allah S.W.T. · Sunnah Rasulullah S.A.W.

Upload: zuhaidi-yunus

Post on 13-Apr-2016

254 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pengetahuan

TRANSCRIPT

Page 1: Dalil Wajib Beradab Kepada Ibu Bapa

DALIL WAJIB BERADAB KEPADA IBU BAPA Ertinya''Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya,ibunya telah megandungkanya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan( dari awal mengandung hingga akhir menyusuinya)dan tempoh menceraikan susunya dalam masa 2 tahun.(Dengan demikian bersyukurlah kepada-Ku dan kedua-dua ibu bapamu dan ingatlah kepada Aku jualah tempat kembali.(untuk menerima balasan)''.                                   (Surah Lukman, ayat 14)

MAKSUD ADAB DENGAN IBU BAPA· Bersopan santun kepada ibu bapa dalam pertuturan, perbuatan dan tingkah laku.· Ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap kelahiran anak· Ibu mengandung akan melahirkan anak· Ibu bapa juga bertanggungjawab menyara nafkah anak, memberi kasih sayang, dan pendidikan kepada anak· Oleh itu, setiap anak wajib taat kepada ibu bapanya· Menderhaka kepada ibu bapa hukumnya adalah haram dan berdosa besar· Anak yang derhaka akan dimasukkan ke dalam neraka

CARA MENGHORMATI IBU BAPA

1. Dari Segi Percakapan· Bercakap dengan sopan santun· Bercakap dengan penuh hormat· Merendahkan suara· Menggunakan perkataan yang baik· Menunjukkan muka yang manis· Tidak membantah kata-kata mereka.· Tidak menyakiti perasaan mereka.2. Dari Segi Pergaulan· Mencium tangan mereka ketika hendak keluar· Meminta izin mereka sebelum keluar· Berdiri untuk memberi hormat kepada mereka· Jagan menghulurkan kaki ke arah mereka· Jangan menjamah makanan sebelum mereka makan· Beradab sopan seperti berlemah-lembut, bergaul mesra dan menjaga perasaan mereka.· Mengenang pengorbanan mereka seperti ibu mengandung, melahirkan dan menyusukan.Bapa pula mendidik, mengasuh dan mencari rezeki.· Menziarahi mereka dan selalu bertanya khabar.· Memenuhi permintaan dan patuh dengan suruhan mereka yang tidak bertentangan Islam.SEBAB WAJIB BERBAKTI KEPADA IBUBAPA· Merupakan perintah Allah S.W.T.· Sunnah Rasulullah S.A.W.

Page 2: Dalil Wajib Beradab Kepada Ibu Bapa

· Sebagai balasan jasa baik mereka· Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan· Mendapat pahala dan ganjaran di akhiratCARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA1. Semasa Mereka Hidup· Membantu ketika diperluakn terutamanya ketika mereka sakit atau tua· Selalu menziarahi mereka· Mendoakan kesejahteraan bagi mereka· Melayani mereka tanpa membiarkan mereka sedih dan kesunyian.· Memberi sumbangan kebendaan, terutama ketika mereka dalam keadaan susah.· Merawati mereka ketika sakit.· Menjaga mereka ketika mereka tidak berdaya.· Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.· Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai KITA!2. Setelah Mereka Meninggal Dunia· Mendoakan agar Allah S.W.T.mengampuni dosa mereka· Membayar hitang mereka sekiranya ada· Melaksanakan wasiat mereka yang tidak bercanggah dengan syarak· Berbuat baik kepada rakan mereka· Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai KITA!AKIBAT DERHAKA KEPADA IBU BAPA· Tidak mendapat keredhaan allah s.w.t· Dibenci oleh allah s.w.t· Tidak selamat hidup di dunia dan di akhirat· Mendapat dosa besar· Institusi keluarga akan hancur· Masyarakat menjadi kucar-kacir· Akan mendapat balasan azab neraka di akhiratHIKMAH MENGHORMATI IBU BAPA· Mendapat keredhaan, rahmat dan keampunan Allah S.W.T· Dihormati dan dikasihi oleh manusia· Memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat· Dikurniakan pahala yang banyak di sisi Allah S.W.T· Jiwa tenang dan tenteram· Ikatan kekeluargaan bertambah erat

Seorang datang menghadap Rasulullah saw dan bertanya:

"Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku perlakukan dengan baik? Rasulullah menjawab yang bermaksud: “Ibumu.” Dia bertanya lagi: Kemudian siapa?” Rasulullah menjawab: “Kemudian Ibumu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Rasulullah menjawab:

Page 3: Dalil Wajib Beradab Kepada Ibu Bapa

“Kemudian Ibumu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Rasulullah menjawab lagi: “Kemudian ayahmu.” (Riwayat Muslim)

Adab terhadap ibu bapaTerdapatnya dasar-dasar yang ditetepkan adab terhadap ibu bapa, antaranya: Taai perintah ibu bapa kita dengan saksama. Segera menjawab panggilan mereka. Tidak bermuka masam dalam apa jua keadaan. Tidak keluar ke rumah tanpa izin mereka. Tidak membat keputusan kecualai setelah mendapat izin daripada mereka. Memberikan hadiah kepada mereka pada waktu-waktu tertentu. Memuliakan sahabat mereka. Sabar ketika menjaga mereka jika mereka telah lanjut usia.

Tidak perlu gundah gulana dan bingung jika kita pernah bersikap buruk terhadap ibu bapa kita. Segera bertaubat dan kembali kepada Allah swt.

Firman Allah, bermaksud: Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri sendiri mereka, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Zumar:53)

Bertaubatlah dan lakukan kebaikan kepada ibu bapa kita. Hendaklah kita menjada silaturrahim antara dengan keluarga terdekat, nescaya keluarganya akan mencintainya, dperluaskan rezekinya, ditambah umurnya, dan Allah memasukkannya ke dalam syurga yang dijanjikanNya.

Ingatlah wahai sahabat, sehebat  manapun kejayaan kita hubungan dengan ibu bapa mesti dijunjung ingatan. Letakkan dikedudukan tertinggi setelah cinta pada Allah dan rasul kerana sehebat manapun kita menongkah dunia, tidak termampu untuk kita membalas jasa dan tiap titis peluh ibu bapa kita ini untuk membesarkan  dan memberi keselesaan kepada kita.

Ikhlaslah sepenuh hati tanpa meminta balasan, kelak berhadapan Allah swt, InsyaAllah kita dimasukkan ke dalam golongan yang memlakukan kebaikan dan kebajikan. Wallahu a’alm.