dalil selawat

9
Penganjuran & penggalakan berselawat serta dalil dalilnya. Oleh: Ibnu Ahmad. Pengertian Selawat: Selawat adalah jamak dari kalimat solat. Selawat menurut bahasa ialah doa, rahmat dari allah , memberi berkah dan ibadat. Perkataan selawat (Arab: وات ل ص لا) diambil dari perkataan solat (Arab: لاة ص لا), doa, pujian. Ibnu Kasir berkata dalam tafsirnya: Telah berkata Al Bukhari: Telah berkata Abu `Aliyah: Salawat Allah s.w.t. ialah pujian Nya keatas Nabi s.a.w. dan salawat para malaikat pula adalah doa keatas Nabi s.a.w. Sementara salawat orang mu'min ialah memohon rahmat daripada Allah s.w.t. keatas Nabi Muhammad s.a.w. Dialam Al Quran Allah s.w.t telah berfirman: اتَ ز حلاٴ اُ ةَ رۡ وُ س اُ هَ تَ ٴ ٮٓ ٰ َ لَ مَ وَ َ % اَ % ( ن( اً م/ ي لۡ سَ تْ واُ م % لَ سَ و هۡ / تَ لَ عْ واُ % لَ صْ واُ نَ م اَ ءَ ( ن/ ي ذَ % ا’ل اَ C ہُ % / يَ G ٓ ٰ َ / ٴ ي% ى بَ % ن ل ى اَ لَ عَ ( ونُ % لَ صُ / ي ٴ٥٦ ) Yang Bermaksud: Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat keatas Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya dan ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah Al Ahzab:ayat 56)

Upload: ibnu-ahmad

Post on 30-Jul-2015

161 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dalil Selawat

Penganjuran & penggalakan berselawat serta dalil dalilnya.

Oleh: Ibnu Ahmad.

Pengertian Selawat: Selawat adalah jamak dari kalimat solat. Selawat menurut bahasa ialah doa, rahmat dari allah , memberi berkah dan ibadat. Perkataan selawat (Arab: diambil dari perkataan solat (الص�لوات (Arab: الص�الة), doa, pujian. Ibnu Kasir berkata dalam tafsirnya: Telah berkata Al Bukhari: Telah berkata Abu `Aliyah: Salawat Allah s.w.t. ialah pujian Nya keatas Nabi s.a.w. dan salawat para malaikat pula adalah doa keatas Nabi s.a.w. Sementara salawat orang mu'min ialah memohon rahmat daripada Allah s.w.t. keatas Nabi Muhammad s.a.w.

Dialam Al Quran Allah s.w.t telah berfirman:

ز�اب الاٴح ة ز� و� ة�

ه� إ ت� ت� ٮ�� ـ ت� ت ت� ت� �� ت ٱل م�ا ) ت�� ٮ�ي س� ت� ا� ه�و ل� �ت ت� ٮ� سي ت� ت� ا� ه��و ت ا� ه!و ت ت"� ت# ٮ%ي �ل ت ٱ ت&ا ه�ي ت'ا ـ تي ل) ى ٮ* !� ت ٱل ت�) ت� ت� ه��و ت+ هي ( ٥٦ۥ

Yang Bermaksud: Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat keatas Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya dan ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah Al Ahzab:ayat 56)

Kesimpulannya: Kalau Allah s.w.t. dan para malaikatnya berselawat keatas Nabi s.a.w. kenapa masih ada diantara kita yang enggan berselawat kepadanya dan kenapa masih ada diantara kita yang masih mempertikaikan kaedah atau cara untuk berselawat.

Selawat kepada nabi terdiri dari tiga macam tingkatan:

Page 2: Dalil Selawat

1. Selawat Allah kepada Nabi dan Rasulnya , istimewa kepada Nabi Muhammad S.A.W. bererti Allah s.w.t. memberi rahmat, memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Nabi Muhammad S.A.W kepadanya.

2. Selawat para Malaikat kepada para Nabi dan Rasul dan Nabi Muhammad S.A.W, bererti malaikat² mendoakan atau memohon rahmat kemuliaan serta keampunan .

3. Selawat manusia kepada Nabi Muhammad S.A.W , bererti mengakui kerasulannya , memohon kepada Allah melahirkan keutamaan, kemuliaan dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran yang dibawanya.

Hukum Membaca Selawat:

Para ulamak telah memberi berbagai pendapat tentang hukum membaca selawat ke atas Nabi S.A.W. diantaranya :

Imam As Syafie mengatakan, selawat itu wajib dibacakan didalam tasyahud akhir, iaitu di antara tasyahud (tahiyyat) dan salam.

Imam Asy Sya’bi berpendapat, selawat wajib dibaca dalam solat dalam kedu-dua tasyhud awal dan akhir.

Abu Jaafar Al Baqir mengatakan , selawat wajib dibaca di dalam solat sama ada dlm tasyahud awal atau akhir.

Abu Bakar ibnu Al Baqir berpendapat , selawat wajib dibaca tanpa mengira bilangannya.

Abu Bakar Ar Razi & Ibnu Hazmin berpendapat , berselawat wajib dalam seumur hidup walaupun hanya sekali.

At Thahawi berpendapat, selawat wajib apabila seseorang mendengar orang menyebut nama Nabi Muhammad S.A.W.

Az Zamakhsyari berpendapat , selawat wajib dibaca pada tiap² sesuatu majlis . Ibnu Jarir At Thabari berpendapat, berselawat kepada Nabi adalah suatu pekerjaan yang disukai sahaja.

Ibnu Qashshar berpendapat, berselawat keatas Nabi adalah suatu ibadah wajib.

Kesimpulannya: membaca selawat keatas Nabi S.A.W. adalah suatu amaliah dan ibadah yang terpuji yang amat disukai Allah dan para malaikat-nya serta sangat dianjurkan sebagai suatu penghormatan dan memohon rahmat kepada Nabi S.A.W.

Dalil-dalil Hadith Tentang Selawat:

1. Sabda Nabi S.A.W “Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” (Riwayat At Trimidzi)

2. Sabda Nabi s.a.w : “ Berselawat atas para Nabi Allah dan utusan-Nya sebagaimana kamu berselawat kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan sebagaimana aku diutus . “ (Riwayat Ahmad & Al Khatib)

3. Sabda Nabi s.a.w : “ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada . “ (Riwayat Abu Daud)

4. Sabda Nabi s.a.w : “ Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah menerima ruhku sehingga aku menjawab salam kepadanya. “ (Riwayat Abu Daud)

Page 3: Dalil Selawat

Berdasarkan dari hadis² , jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan . Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi , Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum Muslimin .

Waktu-Waktu berselawat:

Terdapat banyak hadis yang menerangkan mengenai tempat² dan waktu² yang dituntut supaya kaum Muslimin membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. Diantaranya :

1. Ketika hendak masuk ke dalam masjid dan ketika hendak keluar darinya. Nabi s.aw bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu masuk ke dalam masjid, maka hendaklah ia membaca salam kepadaku (selawat dan salam). Sesudah itu berdoa : Wahai Tuhanku, bukakanlah untukku segala pintu rahmat Mu. Dan apabila ia hendak keluar dari masjid, hendaklah berdoa: Wahai Tuhanku, aku memohon kepadamu limpahan rahmat-Mu .” (Riwayat Abu Daud)

Ibnu Sunni menceritakan bahawa apabila Rasulullah s.a.w masuk dari masjid beliau membaca selawat yang bermaksud “Dengan Nama Allah, selawatlah keatas Muhammad”

2. Sesudah Azan, sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “ Apabila kamu mendengar mu’azzin yang menyerukan azan, maka jawablah dengan bacaan yang sama ia baca. Setelah selesai maka berselawatlah kamu kepadaku”. (Riwayat Ahmad dan Muslim)

3. Sesudah membaca tasyahud akhir didalam sholat.

4. Di dalam sembahyang jenazah . Menurut Imam Syafi’e dalam Al Musnad: “Sunnah Rasulullah s.a.w dalam melaksanakan sholat jenazah adalah bertakbir pada permulaannya, setelah itu ia membaca fatihah lalu takbir kedua dan sesudahnya membaca selawat dan kemudian bertakbir lagi kali ketiga”.

5. Diantara takbir takbir sholat sunat dua hari raya. Berkata sebahagian ulamak adalah lebih baik jika membaca selawat mengiringi takbir hari raya seperti yang bermaksud “Maha suci Allah segala puji dan sanjungan bagi Allah jua. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar. Ya Allah, muliakan olehmu Nabi Muhammad dan keluarganya. Ya Allah ampuni aku dan berilah rahmat kepadaku”.

6. Di permulaan dan akhir doa. Nabi bersabda: “ Sesungguhnya doa itu berhenti antara langit dan bumi . tiada naik, barang sedikit jua daripadanya sehingga kamu berselawat kepada Nabimu”. (Riwayat At Tirmidzi)

7. Diakhir qunut dalam sholat. Diriwayatkan oleh An Nasai bahawa disukai seseorang mengakhiri qunut dengan membaca selawat yg bermaksud “Dan mudah mudahan Allah melimpahkan selawat (rahmat) atas Muhammad”.

8. Dimalam dan dihari Jumaat. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud “Banyakkanlah olehmu membaca selawat di malam hari Jumaat dan siangnya kerana selawat itu dikemukakan kepadaku”. (Riwayat At Thabarani)

9. Khutbah Jumaat, didalam mazhab imam As Syafi’e para khatib wajib membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w pada permulaan kutbah, sesudah membaca thamid dan juga sebelum akhir khutbah.

10. Ketika berziarah di makam atau kubur Nabi Muhammad s.a.w . Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Tidak seorang pun di antara kamu yang memberi salamnya iaitu di sisi kuburku, melainkan Allah mengembalikan kepadaku ruhku untuk menjawab salamnya”. (Riwayat Abu Daud)

11. Sesudah bertalbiah. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Memang disuruh seseorang membaca selawat untuk Nabi ketika ia telah selesai talbiahnya dalam segala keadaan”. (Riwayat As Syafi’i & Daraquthni)

Page 4: Dalil Selawat

12. Ketika setiap mengadakan majlis atau keramaian . Sabda Nabi s.a.w: “Tiadalah duduk suatu kaum di dalam sesuatu majlis sedang mereka telah menyebut (mengingati) Allah Taala dan tiada berselawat ke atas Nabinya, melainkan menderita nescaya Allah akan menyiksa mereka dan jika Allah menghendaki nescaya akan mengampuni mereka”. (Riwayat At Tirmidzi & Abu Daud)

13. Ketika berjumpa sahabat handai atau saudara mara sesama Islam. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Tiadalah dua hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat tangan (bersalam) dan berselawat kepada Nabi s.a.w. melainkan Allah mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah, baik yang telah lalu ataupun yang akan dating”. (Riwayat Ibnu Sunni)

14. Ketika akan memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting . Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah) dan selawat, maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang barkahnya”. (Riwayat Ar Rahawi)

15. Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya”. (Riwayat At Tirmidzi)

16. Ketika telinga berdengung . Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung , maka hendaklah ia mengingati dan berselawat kepadaku”. (Riwayat Ibnu Sunni)

17. Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan . Diberitakan oleh Ubay bin Kaab bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah , ujurnya : “ Ya Rasulullah bagaimana pendapat engkau sekiranya aku jadikan selawat untuk engkau semua? Jawap Rasulullah s.a.w. “ Kalau demikian Allah akan memelihara engkau baik mengenai dunia mahu pun mengenai akhiratmu”. (Riwayat Ahmad)

18. Setiap waktu pagi dan petang . Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat”. (Riwayat Thabarani)

Kepentingan Selawat:

Kita sangat digalakkan berselawat kepada Nabi kita s.a.w. Malah ia begitu penting sehingga doa kita tidak diterima oleh Allah jika kita tidak berselawat. Perkara ini merupakan satu hakikat kerana ia disampaikan sendiri oleh Nabi Muhammad s.a.w:

Hadith Riwayat Ad Dailami, sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi s.a.w. "

Begitu sekali Allah melihat kepentingan selawat. Ini ialah kerana kebanyakan kita melakukan banyak dosa dan kemungkaran setiap hari. Lebih-lebih lagi kita yang hidup jauh daripada zaman Nabi s.a.w. Begitu lemahnya iman dan amalan Islam kita sehingga iman kita diibaratkan senipis kulit bawang dan iman kita pula diibaratkan seperti iman orang yang munafik. Memang sepatutnya sekiranya Allah tidak terima permintaan daripada orang-orang yang banyak melakukan dosa seperti kita. Tetapi, Allah itu bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia kasihankan kita, maka Dia bagi jalan keluar.

Dia suruh kita berselawat kepada Nabi s.a.w. dahulu. Apabila kita berselawat, barulah doa kita akan didengar Nya. Barulah ada peluang untuk ia dikabulkan pula. Kalau awal awal lagi sudah ditolak, sudah tentu tidak ada peluang untuk diterima sama sekali. Berselawat kepada Nabi ibarat kita dapat "recommendation" daripada baginda Rasul s.a.w.

Tamsilannya begini: Katakanlah kita hendak memohon sesuatu pekerjaan di sebuah syarikat. Kita tahu ramai orang lain yang bersaing dengan kita untuk mendapatkan kerja tersebut. Tetapi apabila kita jumpa pengurus dan cakap pada dia, "Saya kenal baik Encik Rustam, pembantu kanan tuan." Pada masa yang sama pula,

Page 5: Dalil Selawat

Encik Rustam tu "recommend" kita untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Maka, menjadi mudahlah untuk kita diterima untuk menjawat jawatan tersebut.

Begitu jugalah tamsilan kita berselawat kepada Nabi s.a.w. Bila kita berselawat, nabi pun akan menjawab selawat kita. Selawat baginda kepada kita itulah doa untuk kita. Dan doa para nabi itu sangatlah makbul, lebih-lebih lagi Nabi Muhammad s.a.w. yang mendapat gelaran kekasih Allah. Ini yang dikatakan "recommendation" tadi.

Selain selawat ini penting untuk menyampaikan doa kita kepada Allah s.w.t, ia juga penting untuk pelbagai hal yang lain.

Kelebihan berselawat:

Mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w.Hadith riwayat Ad Dailami, sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "

Nasib kita di akhirat memang tidak pasti. Kalau dilihat pada diri kita umat akhir zaman yang banyak cacat cela dan kekurangan ini, rasa rasanya kita adalah lebih layak untuk masuk neraka daripada masuk ke syurga. Oleh itu kita sangat memerlukan syafaat Nabi Muhammad s.a.w. untuk menolong kita di akhirat nanti.

Syafaat Nabi s.a.w. diakhirat nanti ada 5 jenis:

1. Syafaat Nabi untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.2. Syafaat Nabi untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.3. Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar

dicabut hukuman itu.4. Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.5. Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.

Mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi s.a.w. (dengan izin Allah s.w.t. jua).

Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh

seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya".

Mendapat keampunan dosa dari Allah s.w.t:

Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :

"Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan

mengangkat sepuluh darjat kepadanya".

Riwayat Ad Dailami: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun. "

Diberi pahala dari Allah s.w.t:

Page 6: Dalil Selawat

Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku 'Azzawajalla maka dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku dari ummatmu, Allah s.w.t. mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa

serta mengangkat Allah baginya sepuluh darjat."

Mendapat ketenangan jiwa:

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat(penghening jiwa dan penghapus dosa) bagimu."

Mendapat rahmat dari Allah:

Riwayat Muslim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali. "

Mendapat hajat dunia dan akhirat:

Riwayat Ibnu Majar dari Jarir r.a. ; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk dunia. "

Digembirakan dengan syurga:

Riwayat Abus Syaikh dari Anas r.a: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka dia tidak akan mati sehingga dia digembirakan dengan syurga. "

Menjadi orang yang terdekat kepada Nabi s.a.w. di akhirat nanti:

Riwayat An-Nasai dan Ibnu Hibban; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :

"Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan akupada hari kiamat adalah merekayang lebih banyak berselawat kepadaku"

Kelebihan berselawat mengikut para ulama:

1) Memperolehi limpah rahmat dari Allah.2) Ditulis sepuluh kebajikan.3) Dihapuskan sepuluh kesalahan.4) Diangkat sepuluh darjat.5) Memperolehi kesempurnaan iman.6) Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.7) Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.8) Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.9) Memperoleh syafaat Nabi s.a.w.10) Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w.11) Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.12) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.13) Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.14) Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.15) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah).16) Terhindar dari kefakiran.

Page 7: Dalil Selawat

17) Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w.18) Memperolehi keberkatan dalam hidup.19) Terhindar dari orang-orang bakhil.20) Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.21) Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.22) Menjadi zakat dan pembersih diri.23) Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.24) Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.25) Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.26) Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.27) Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Muhammad s.a.w.28) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.29) Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat.30) Terkabul segala hajat dan cita-cita.

Gelaran orang yang tidak berselawat:

Gelaran penghinaan:Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud,"Hinalah hidung orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku. "

Gelaran bakhil (kedekut):Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud,"Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. "

Begitulah sedikit sebanyak yang dapat dikongsi bersama dari saya yang dhaif ini, semoga ia dapat

memberikan kita manfaatnya: أعلم . والله

Page 8: Dalil Selawat