dakwah multi culturalpengalaman malaysia dalam membentuk toleransi agama

10
1 DAKWAH MULTI CULTURAL: PENGALAMAN MALAYSIA DALAM MEMBENTUK TOLERANSI AGAMA Prof. Madya Dr. Razaleigh Muhamat @ Kawangit Ketua Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Email: [email protected] Abstrak Dakwah multi cultural adalah satu aspek pengembangan ilmu dakwah yang sangat luas bermula dari konsep, peranan dan impak kepada masyarakat khasnya. Bidang ini perlu lebih terfokus kepada sesuatu yang lebih bercorak mikro seperti perbincangan berkaitan toleransi agama yang akhirnya akan membawa kepada penngurusan dakwah multi cultural yang lebih mudah, atau dengan erti kata lain toleransi boleh dijadikan satu nilai kepada pengembangan dakwah dalam kalangan kepelbagaian budaya sesebuah negara. Artikel ini menumpukan kepada bentuk pengalaman Malaysia membentuk toleransi agama yang menjadi asas kepada dakwah multi cultural 1. PENGENALAN Malaysia merupakan salah satu daripada kebanyakan negara di Asia Tenggara yang mempunyai masyarakat yang majmuk. Perjalanan sejarah telah membentuk masyarakat Malaysia yang unik dengan kepelbagaian sosio-budaya dan agama. Menurut Means (1978), sejak abad ke-15 Islam adalah agama yang dominan di dunia Melayu dan menjadi simbol perpaduan dan identiti agama serta budaya kepada orang Melayu. Ketika kemerdekaan Malaysia, agama Islam telah menjadi antara faktor utama di dalam pembentukan Perlembagaan. Seterusnya, semasa kemerdekaan pada tahun 1957 Islam dan 2 orang Melayu telah diberi status yang istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan (Mastor, Jin, & Cooper, 2000). Dalam melindungi amalan beragama, Perlembagaan Persekutuan (Artikel 3), memperuntukkan agama Islam sebagai agama persekutuan, manakala agama-agama lain bebas diamalkan oleh para penganutnya. Justeru itu, agama-agama lain selain agama Islam diamalkan tanpa sebarang sekatan. Ia dapat dilihat dengan jelas terutamanya di kawasan bandar kerana masyarakat selain Islam majoritinya berada di sana berbanding di kawasan luar

Upload: razaleigh-muhamat

Post on 09-Apr-2016

15 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

artikel

TRANSCRIPT

Page 1: Dakwah Multi Culturalpengalaman Malaysia Dalam Membentuk Toleransi Agama

1

DAKWAH MULTI CULTURAL: PENGALAMAN MALAYSIA DALAM MEMBENTUK TOLERANSI AGAMA

Prof. Madya Dr. Razaleigh Muhamat @ KawangitKetua

Jabatan Pengajian Dakwah dan KepimpinanFakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan MalaysiaEmail: [email protected]

AbstrakDakwah multi cultural adalah satu aspek pengembangan ilmu dakwah yang sangat luas bermula dari konsep, peranan dan impak kepada masyarakat khasnya. Bidang ini perlu lebih terfokus kepada sesuatu yang lebih bercorak mikro seperti perbincangan berkaitan toleransi agama yang akhirnya akan membawa kepada penngurusan dakwah multi cultural yang lebih mudah, atau dengan erti kata lain toleransi boleh dijadikan satu nilai kepada pengembangan dakwah dalam kalangan kepelbagaian budaya sesebuah negara. Artikel ini menumpukan kepada bentuk pengalaman Malaysia membentuk toleransi agama yang menjadi asas kepada dakwah multi cultural

1. PENGENALAN

Malaysia merupakan salah satu daripada kebanyakan negara di Asia Tenggara yang mempunyai masyarakat yang majmuk. Perjalanan sejarah telah membentuk masyarakat Malaysia yang unik dengan kepelbagaian sosio-budaya dan agama. Menurut Means (1978), sejak abad ke-15 Islam adalah agama yang dominan di dunia Melayu dan menjadi simbol perpaduan dan identiti agama serta budaya kepada orang Melayu. Ketika kemerdekaan Malaysia, agama Islam telah menjadi antara faktor utama di dalam pembentukan Perlembagaan.

Seterusnya, semasa kemerdekaan pada tahun 1957 Islam dan 2 orang Melayu telah diberi status yang istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan (Mastor, Jin, & Cooper, 2000). Dalam melindungi amalan beragama, Perlembagaan Persekutuan (Artikel 3), memperuntukkan agama Islam sebagai agama persekutuan, manakala agama-agama lain bebas diamalkan oleh para penganutnya. Justeru itu, agama-agama lain selain agama Islam diamalkan tanpa sebarang sekatan. Ia dapat dilihat dengan jelas terutamanya di kawasan bandar kerana masyarakat selain Islam majoritinya berada di sana berbanding di kawasan luar bandar. Kawasan luar bandar majoritinya didiami oleh masyarakat Melayu Islam. Dengan meletusnya beberapa isu dalam konteks hubungan antara penganut agama akhir-akhir ini, perbincangan mengenai toleransi antara penganut agama menjadi semakin penting. Kepentingan isu ini bukan sahaja kepada Malaysia malah juga seluruh dunia memandangkan hampir tidak ada negara dunia yang penduduknya hanya mengamalkan satu agama (Talib & Gill, 2012).

2. TINJAUAN LITERATUR

Beberapa orang sarjana telah memberikan definisi toleransi. Antaranya, toleransi dapat dijelaskan sebagai suatu tindakan secara sukarela iaitu tidak mengambil tindakan terhadap sesuatu yang tidak dibenarkan, di mana ia membawa maksud kebebasan terhad dan kebebasan bersyarat (Adeney, 1926). Toleransi ditunjukkan dengan melibatkan sikap, pandangan, tingkah laku dan kepercayaan (Ferrar, 1976). Selain itu, sebagai satu polisi atau

Page 2: Dakwah Multi Culturalpengalaman Malaysia Dalam Membentuk Toleransi Agama

2

sikap terhadap sesuatu yang tidak di terima, tetapi tidak pula ditolak secara aktif (Laursen, 2005). Kepelbagaian definisi toleransi sering mengakibatkan kecelaruan dalam perbincangan dan tindakan. Bagi tujuan perbahasan dalam bab ini saya mencadangkan definisi toleransi agama sebagai satu kesediaan sikap atau tingkahlaku yang membenarkan dan menerima perbezaan agama untuk diamalkan dalam sebuah masyarakat majmuk tanpa prejudis dan diskriminasi. Memberi kebenaran dan penerimaan kepelbagaian agama tersebut tidak menjadikan seseorang itu mempercayai atau menjadi penganut sesuatu agama. Ia juga tidak membawa kepada seseorang itu mengiktiraf semua agama adalah pada kedudukan yang sama dari segi kebenarannya (Talib, 2010). Memandangkan bahawa aspek toleransi melibatkan aktiviti harian, perbincangan ini akan memfokuskan kepada sudut sosial, yang merupakan salah satu 3 dari dimensi agama seperti yang dicadangkan oleh Smart, (1991). Perbincangan seterusnya akan berkisar daripada aspek toleransi sosio-agama.

Toleransi boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara, seperti menghargai dan meraikan perbezaan, tiada prejudis dan meletakkan dengan sesuatu bahawa seseorang tidak bersetuju atau prejudis terhadap sesuatu perkara (Robinson et al., 2001). Sejarah, konsep toleransi mulai berkembang dengan adanya usaha untuk menangani kesan yang merbahaya apabila berlakunya konflik agama (Sullivan & Transue, 1999). Kehadiran sejumlah besar umat Islam di negara-negara Eropah barat telah membawa idea toleransi sebagai satu mekanisme untuk berurusan dengan kepelbagaian agama. Toleransi antara agama adalah merupakan salah satu asas kepada keharmonian negara. Keperluan mempraktikkan toleransi tidak hanya penting di negara seperti Malaysia sahaja, malah ia adalah amat penting di mana-mana sahaja di dunia hari ini. Di banyak negara, hubungan antara penganut agama yang tidak sihat boleh mencetuskan konflik malah sehingga ke peringkat pertumpahan darah. Krisis hubungan antara agama yang terbaru berlaku pada tahun 2012 ialah di Myanmar antara penganut Buddha dan Islam Rohinya. Maka dengan itu, sebolehnya kita perlulah mengelak dari perkara sebegini berlaku di Malaysia dan di mana jua.

3. TOLERANSI AGAMA ADALAH DAKWAH MULTI CULTURAL

Dalam Surah al-Anbiya’ 21:107 memberikan gambaran yang jelas bahawa Islam membawa suatu ajaran yang bersifat universal (Rahmatan lil ‘Alamin). Namun demikian, sifat universal yang dimaksudkan tertakluk pada kesesuaian dan kewajarannya yang boleh diterima dan dipraktikkan oleh seluruh manusia. Dengan kata lain, tidak kesemua inti pati ajaran Islamtu adalah bersifat universal kerana ibadah khasnya, ia melambangkan nilai-nilai “absolute” yang terkandung di dalam agama Islam itu sendiri. Justeru itu, universal dalam Islam boleh dibahagikan kepada dua kerangka utama. Pertama; kesatuan mutlak terhadap Tuhan Yang Maha Esa (tawhid) yang dilandasi dengan satu keyakinan yang utuh tanpa batasan ras, bangsa dan sempadan geografi. Kedua; penegasan prinsip-prinsip moral seperti keadilan, mushawarah, tolong-menolong, melakukan perkara-perkara yang membawa kepada kesejahteraan dan juga larangan daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kepada bencana atau kemusnahan.

Sementara itu, Islam juga sangat menjunjung tinggi sifat toleransi (tasamuh) sebagai sebahagian daripada kekuatan Islam. Islam bukan agama yang berorientasikan paksaan mahupun penindasan. Perkara ini telah dijelaskan dengan tegas di dalam al-Qur’an sebagaimana antara firmanNya yang bermaksud: “Allah S.W.T. tidak melarang kamu untuk berlaku adil serta berbuat baik terhadap mereka yang tidak memerangi kamu kerana agama dan (terhadap mereka yang) tidak mengusir kamu dari rumahmu. Sesungguhnya Allah S.W.T. mencintai orang yang adil” (Surah al-Mumtahanah:8)

Page 3: Dakwah Multi Culturalpengalaman Malaysia Dalam Membentuk Toleransi Agama

3

Berasaskan ayat tersebut, jelas bahawa perbezaan agama bukanlah alasan untuk tidak berlaku adil. Justeru, berlaku adil dan berkelakuan baik terhadap orang lain yang berbeza keyakinan merupakan sebahagian daripada syarat terpenting yang membawa kepada sifat toleransi. Selain daripada itu, sifat yang utama dalam Islam adalah mahabbah yang juga merupakan intipati terpenting kepada konsep rahmah yang bermaksud kasih sayang. Prinsip ini menekankan penonjolan sikap berkasih sayang sesama insan terutamanya terhadap umat Islam dan sewajarnya juga kepada non-Muslim yang tidak memperlihatkan permusuhan mahupun penentangan terhadap Islam dan umatnya. Pendekatan ini selaras dengan keteladanan yang diperlihatkan oleh Rasulullah s.a.w.. Justeru, mahabbah dilihat mempunyai perkaitan yang begitu rapat dengan toleransi (tasamuh) yang memerlukan setiap individu untuk bersikap berlapang dada, rasional dan profesional dalam sesuatu perkara. Namun begitu, mahabbah dilihat mengandungi maksud dan pendekatan yang lebih ideal berbanding toleransi. Ini kerana toleransi sering sahaja boleh menimbulkan kekeliruandi kalangan masyarakat hingga menimbulkan persoalan siapa yang perlu “bertolak” dan siapa pula yang perlu "beransur". Lantaran itu jugalah terdapat pihak-pihak tertentu yang mula berani mencabar kredibiliti dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan sejak akhir-akhir ini.Bertitiktolak daripada itu, artikel ini diharapkan dapat memperkemaskan kefahaman dan tanggapan masyarakat terhadap pengertian toleransi atau mahabbah dalam kehidupan beragama sebagaimana yang telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para Sahabat yang berasaskan prinsip universal dan kasih sayang.

3. MALAYSIA DAN TOLERANSI BERAGAMA: RUJUKAN SEJARAH DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Selepas kejayaan mencapai kemerdekaan, masyarakat Malaysia telah melalui beberapa fasa perubahan kesan daripada pertembungan ketamadunan dan keagamaan suatu ketika dahulu. Hal ini memungkinkan masyarakat MelayuMuslim khususnya telah kehilangan hak “kebebasan mutlak” terutamanya dalam melakukan sebarang bentuk aktiviti keagamaan. Sebaliknya mereka perlu berkongsi hak kebebasan bersama kaum-kaum dan penganut-penganut agama lain yang wujud di negara ini. Pelbagai pendekatan telah dibuat oleh kerajaan dalam mengawal situasi tersebut termasuklah melalui penggubalan undang-undang. Bahkan kerajaan sentiasa memandang serius perkara ini memandangkan berlakunya peningkatan sensitiviti keagamaan daripada penganut-penganut agama lain yang dilihat semakin ketara. Realiti ini lebih jelas lagi apabila sejak akhir-akhir ini sudah ada pihak-pihak tertentu yang berani menyentuh kredebiliti Perlembagaan Persekutuan khususnya membabitkan isu hak asasi dan kebebasan beragama.

Toleransi beragama yang diamalkan di Malaysia selama ini adalah dengan bersandarkan kepada Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mana “tiap-tiap orang adalah berhak untuk menganuti dan mengamalkan agamanya tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya”. Daripada peruntukan ini, sudah jelas bahawa umat Islam dan penganut-penganut agama lain bebas untuk mengikut dan mengamalkan ajaran agamanya masing-masing dengan tertakluk kepada syarat bahawa tidak boleh melakukan sebarang bentuk tindakan penyebaran mana-mana ajaran agama terhadap umat Islam. Namun begitu, hak keistimewaan yang telah dikecapi sekian lama ini sudah mula dicemari dengan campur tangan beberapa pihak yang berniat jahat untuk menggugat kedudukan agama Islam dan toleransi beragama di negara ini. Walaupun masalah sebegini pernah berlaku beberapa kali sehingga melibatkan institusi kehakiman sebelum ini, namun kes Lina Joy adalah masalah

Page 4: Dakwah Multi Culturalpengalaman Malaysia Dalam Membentuk Toleransi Agama

4

yang paling besar untuk ditangani hingga setakat ini. Ini kerana ia merupakan kes pertama membabitkan Artikel 11 yang dibawa ke peringkat Mahkamah Persekutuan untuk ditafsirkan.

Perlu disedari bahawa sekiranya kes ini gagal untuk ditangani dengan cermat dan teliti maka ia akan memberi implikasi yang cukup besar terhadap status agama Islam khasnya serta keluhuran Perlembagaan amnya, iaitu antaranya:

i. Keistimewaan Islam sebagai Agama Persekutuan [Artikel 3(1)] tidak akan bermakna lagi kerana Islam akan dianut dan diamalkan seperti agama-agama lain.

ii. Kedaulatan dan kuasa Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam bagi setiap Negeri [Artikel 3(2)] dan yang diPertuan Agong bagi Negeri-Negeri tidak beraja dan Wilayah-Wilayah Persekutuan [Artikel 3 (3) dan (5)] akan terhapus.

iii. Artikel 11(4) tidak akan bermakna lagi kerana orang bukan Islam boleh memurtadkan orang Islam.

iv. Pengurusan institusi-institusi Islam yang diletakkan di bawah kerajaan Persekutuan dan Negeri [Artikel 12(2)] akan turut terhapus.

Perkembangan yang berlaku di negara kita sejak akhir-akhir ini menyedarkan kita tentang peri pentingnya soal menjaga kerukunan hidup bermasyarakat pelbagai agama dan kaum di negara ini. Dasar-dasar kerajaan yang sedia ada seperti Rukun Negara, Dasar Pendidikan Negara dan DEB tidak cukup untuk memastikan kekukuhan dan kestabilan sosial masyarakat majmuk di negara ini tanpa ditunjangi dengan kesedaran yang tinggi serta kefahaman dan penghayatan yang telus dan jelas oleh setiap lapisan masyarakat terhadap dasar-dasar tersebut. Apatah lagi isu HINDRAF turut memarakkan lagi persoalan toleransi beragama di Malaysia ditelusuri lebih mapan. Kekacauan yang cuba dilakukan oleh pihak-pihak tertentu terhadap keluhuran Perlembagaan menggambarkan terdapatnya segelintir masyarakat yang tidak jujur dan berniat jahat terhadap negara. Soal kebebasan beragama tidak seharusnya diperbalahkan kerana masyarakat majmuk di Malaysia tidak pernah mengalami sebarang bentuk penindasan sama ada dari sudut perkauman mahupun keagamaan. Kedudukan agama Islam dan agama-agama lain telah diperjelaskan melalui Perlembagaan Persekutuan pada Artikel 3(1) yang memperuntukkan bahawa “Islam sebagai agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di manamana bahagian persekutuan.” Sementara sultan-sultan atau raja-raja adalah ketua bagi agama Islam di setiap negeri yang beraja [Artikel 3(2)] dan Yang diPertuan Agong bertanggungjawab sebagai ketua agama Islam bagi NegeriNegeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak [Artikel 3(3)] serta bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan [Artikel 3(5)].

Manakala di dalam Artikel 12(2) pula menyebut, tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak menubuhkan serta menyenggara institusi-institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlukan bagi maksud tersebut. Namun ianya diberi penegasan sebagaimana yang terkandung di dalam artikel 12(3) yang menyatakan bahawa sesiapa sahaja tidak dibenarkan sama sekali untuk menuntut atau memaksa mana-mana individu mengikuti ajaran agama tertentu atau mengikuti mana-mana perayaan atau aktiviti yang dianjurkan oleh agama tertentu selain daripada agama anutannya.20 Hak kebebasan beragama seperti mana yang diperuntukkan di dalam Artikel 11 Perlembagaan telah sekian lama menjadi nadi perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia. Malah pengekalan dan pembinaan rumahrumah ibadat merupakan bukti bahawa hubungan antara masyarakat majmuk di

Page 5: Dakwah Multi Culturalpengalaman Malaysia Dalam Membentuk Toleransi Agama

5

Malaysia tetap terpelihara.21 Kondisi ini seharusnya perlu dihargai, dipelihara dan dipertahankan bagi memastikan kelangsungan budaya toleransi dapat dihayati oleh generasi baru. Namun, semua ini bukanlah suatu usaha yang mudah.

4. DAPATAN KAJIAN

Imej 1: Indek Ketegangan Masyarakat di Malaysia 2011-2013

Imej 2: Peristiwa 13 Mei 1969-Toleransi Rendah

Page 6: Dakwah Multi Culturalpengalaman Malaysia Dalam Membentuk Toleransi Agama

6

Imej 3: Cabutan Perlembagaan Malaysia menentu Dakwah Multi Cultural

Page 7: Dakwah Multi Culturalpengalaman Malaysia Dalam Membentuk Toleransi Agama

7

RUJUKAN

Ahmad, Z. (2003). Euphoria of Diversity: Islam and Religious Coexistence in PostIndependence Malaysia. In Y. Harun (Ed.), Malaysia Papers onDevelopment, Religion and Politics. Wellington: Victoria University of Wellington.

Ahmad, Z. (2007). Multiculturalism and Religio-Ethnic Plurality; The Malaysian experience(multiculturism). Culture and Religion, 8(2), 139 - 153.

Furnival, J. S. (1948). Colonoal Policy and Practice: A Comparative Study of Burma andNetherland India. Cambridge University Press.

Ismail, W. A. W. (2001). Building Effective Ethical-moral Co-operation in a PluralistUniverse. In J. A. Camilleri (Ed.), Religion and Culture in Asia Pacific: Voilence orHealing? (7-16). Melbourne: Vista Publications.

Mohamed, S. K. B. S. (1971, 12th - 14th August). Religious Toleration in Sabah. Paperpresented at the Seminar on Malaysia in Perspective, Victoria, Australia.

Mohd Noor M., Abdullah M. A. I. L & Omar R. (2005), Malaysia Isu-Isu Sosial Semasa.Unit Penerbitan ISM, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Rabushka, A. (1973). Race and Politics in Urban Malaya. California: Stanford University,Hoover Institution Press.

Robinson, J., Witenberg, R., & Sanson, A. (2001). The Socialization of Tolerance. In M.Augoustinos & K.J. Reynolds (Eds.), Understanding prejudice, racism and socialconflict (73–88). London: Sage.

Sullivan, J.L., & Transue, J.E. (1999). The Psychological Underpinnings of Democracy: ASelective Review of Research on Political Tolerance, Interpersonal Trust and SocialCapital. Annual Review of Psychology, 50, 625-650.

Talib, A. T., & Gill, S. S. (2012). Socio-Religious Tolerance: Exploring the MalaysianExperience. Global Journal of Human Social Science, 12(8), 49-54.

Tan C. B. (1982). Ethnic Relations in Malaysia dalam David Y.H Yu (ed.), Ethnicity andInterpersonal Interaction – A Cross Cultural Study. Singapore: Maruzen Asia.

Page 8: Dakwah Multi Culturalpengalaman Malaysia Dalam Membentuk Toleransi Agama

8

Vogt, W.P. (1997). Tolerance and Education: Learning to Live With Diversity andDifference. London: Sage.

Wainryb, C., Shaw, L.A., & Maianu, C. (1998). Tolerance and Intolerance: Children’s andAdolescents’ Judgments of Dissenting Beliefs, Speech, Persons and Conduct. ChildDevelopment, 69, 1541–1555.

Wainryb, C., Shaw, L.A., Laupa, M., & Smith, K.R. (2001). Children’s, Adolescents’ andYoung adults’ Thinking About Different Types of Disagreements. DevelopmentalPsychology, 37, 373–386.