dadah musuh negara

2
Dadah Musuh Negara Dadah, Kau datang mengaku kawan Konon membantu meringan beban Tetapi, wahai teman Kau sebenarnya musuh Musuh nombor 1 negara kau buat mereka alpa kau buat anak bangsa rebah kau musuh negara ! Tatkala negara membangun kau meratah belia negara punah, musnah, lemah kerana kau... dadah durjana Ectacy, Heroin , Ganja Pelbagai nama dan rupa namun aku bersumpah kau akan musnah Sajak Anti Dadah Indahnya Malaysia, Negaraku yang merdeka Negaraku yang aman, Negaraku yang makmur, Negaraku yang maju. Tapi, Negara ini akan lebih merdeka Jika tiada penagih dadah, Musuh yang lesu, Menyerang dalam senyap, Yang bisa memusnahkan pengisian wawasan, Kemerdekaan yang telah lama dirasakan. Negara ini akan lebih aman Jika lenyap dadah dari pengedaran, Ketua perancang segala kemusnahan, Kepala bala kehancuran, Yang meruyupkan keamanan, Negara akan lebih makmur, Jika hilang penyeludupan, Punca keretakkan perpaduan, Ibu yang meruntuhkan akal dan pertimbangan, Punca berkuburnya kemakmuran, Negara ini akan lebih maju, Jika tiada estacy, kokain, shabu,

Upload: rozaini-mohamad

Post on 23-Oct-2015

34 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

sajak

TRANSCRIPT

Page 1: Dadah Musuh Negara

Dadah Musuh Negara

Dadah,

Kau datang mengaku kawan

Konon membantu meringan beban

Tetapi, wahai teman

Kau sebenarnya musuh

Musuh nombor 1 negara

 kau buat mereka alpa

kau buat anak bangsa rebah

kau musuh negara !

 Tatkala negara membangun

kau meratah belia negara

punah, musnah, lemah

kerana kau... dadah durjana

 Ectacy, Heroin , Ganja

Pelbagai nama dan rupa

namun aku bersumpah

kau akan musnah

 Teman,

Marilah kita bangkit bersama

Perangi Dadah Musuh Negara

Sajak Anti Dadah

Indahnya

Malaysia,Negaraku yang merdekaNegaraku yang aman,Negaraku yang makmur,Negaraku yang maju.

Tapi,

Negara ini akan lebih merdekaJika tiada penagih dadah,Musuh yang lesu,Menyerang dalam senyap,Yang bisa memusnahkan pengisian wawasan,Kemerdekaan yang telah lama dirasakan.

Negara ini akan lebih amanJika lenyap dadah dari pengedaran,Ketua perancang segala kemusnahan,Kepala bala kehancuran,Yang meruyupkan keamanan,

Negara akan lebih makmur,Jika hilang penyeludupan,Punca keretakkan perpaduan,Ibu yang meruntuhkan akal dan pertimbangan,Punca berkuburnya kemakmuran,

Negara ini akan lebih maju,Jika tiada estacy, kokain, shabu,Morfin, heroin,Lenyapnya penagih,Hilangnya pengedaran,Hapusnya penyeludupan,

Oleh itu,

Bangkitlah semua warga,Indahkan lagi kemerdekaan ini,Penuhkan erti keamanan ini,Cukupkan kemanisan kemakmuran ini,Sempurnakan isi kemajuan ini,Demi negara yang bernama Malaysia.

Page 2: Dadah Musuh Negara