cuti sempena

12

Click here to load reader

Upload: david-landry

Post on 10-Jul-2016

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CUTI SEMPENA

CUTI SEMPENA

TAHUN BARU CINA

31 JANUARI 2014 ( JUMAAT )

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KEDUASEKOLAH KEBANGSAAN LAVENDER HEIGHTS

Page 2: CUTI SEMPENA

TAMAN BANDAR SENAWANGSEREMBAN

Tarikh : 16 Mac 2013Hari : SabtuMasa : 8.30 pagiTempat : Dewan Terbuka SK Lavender Heights

1. Ucapan Yang Di-Pertua PIBG - Tn Syed Muhammad bin Syed Nadzir )

1.1 Yang Di-Pertua telah mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa untuk menjalankan Mesyuarat Agung PIBG kali kedua.

1.2 YDP memaklumkan bahawa tujuan PIBG ditubuhkan adalah untuk mengeratkan permuafakatan ibu bapa dan guru-guru.

1.3 Tujuan mesyuarat juga diadakan adalah untuk membuat pemilihan AJK baru bagi sesi 2012 / 2013.

1.4 YDP telah membubarkan AJK PIBG bagi sesi 2012 / 2013 dan dipersetujui dengan sebulat suara.

2. Pemilihan Pengerusi Sementara

2.1 En Mohd Haris bin Mokhtar telah mencadangkan agar Tuan Syed Muhammad bin Syed Nadzir dikekalkan bagi menjadi pengerusi sementara bagi menjalankan mesyuarat agung.

2.2 Pn Nasuha mencadangkan Puan Shamshiah bt Ibrahim iaitu Guru Penolong Kanan 1 untuk menjadi pengerusi sementara dan telah disokong oleh Pn Hasneza bt Hasan , telah diterima dengan sebulat suara.

2.3 Mesyuarat telah bersetuju untuk melantik Pn Shamshiah bt Ibrahim sebagai pengerusi sementara bagi menjalankan mesyuarat agung.

3. Membentang dan Mengesahkan Minit Minit Mesyuarat Agung Kali Pertama

3.1 Cik Khairizah bt Ab. Rashid selaku Setiausaha PIBG telah membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali Pertama dari muka surat 14 sehingga 18 dan minta untuk disahkan.

Dicadangkan : Pn Norhaizan bt RumiaDisokong : Mohd Ismadi bin ZahariDiterima : Sebulat suara

4. Membentang dan mengesahkan Laporan Tahunan Aktiviti PIBG

Page 3: CUTI SEMPENA

4.1 Cik Khairizah bt Ab. Rashid selaku Setiausaha PIBG telah membentangkan Laporan Tahunan Aktiviti PIBG bagi sesi 2012 / 2013 dari muka surat 19 sehingga 20 dan minta untuk disahkan.

Dicadangkan : En Abdul Mutalib bin Abdul GhaniDisokong : Pn Hasnida bt HusinDiterima : Sebulat suara

5. Membentang dan mengesahkan Laporan Penyata Kewangan PIBG

5.1 Cik Erda Asnida bt Anua selaku Bendahari PIBG telah membentangkan Laporan Kewangan PIBG bagi sesi 2012 / 2013 dari muka surat 21 sehingga 22 dan minta untuk disahkan.

Dicadangkan : En Mohd Danial RashDisokong : Pn Faridah bt AliDiterima : Sebulat suara

6. Pelantikan AJK PIBG bagi Sesi 2013 / 2014

Yang Di-Pertua : En. Ir Mohamad Salzeli bin Moktar

Naib Yang Di-Pertua : En. Anuar bin Ibrahim

Setiausaha : Pn Mazlina bt Ibrahim

Bendahari : Pn Idza Dzuriaty bt Abd Latif

AJK Ibu Bapa : En Norafizal bin Abd AzizEn Mohd Sahari bin Abd AzizPn Faridah bt AniEn Moh Danial Raj bin AbdullahEn Nazri bin Rahim

AJK Guru : En Shahrom bin SukeroEn Nor Azman bin UsmanPn Mariam binti IbrahimPn Vasanthi a/p SubramaniamPn. Mazura bt Masri

Juruaudit Ibu Bapa : Pn Puvaneswary Lenggappan MudaliarJuruaudit Guru : Pn Norhaslinda bt Hamzah

7. Cadangan dan Usul PIBG

Page 4: CUTI SEMPENA

7.1 En Shahrom bin Sukero memaklumkan ibu bapa yang menghantar usul kepada pihak sekolah perlu hadir untuk dibincangkan usul yang dikemukakan dari muka surat 25 – 27. Perbincangan usul di dalam buku program akan dibincangkan ketika mesyuarat AJK kali pertama. Perbincangan secara terus dibuat bagi usul yang dikemukakan di dalam mesyuarat.

7.2 En Sahari bin Moktar mencadangkan agar murid-murid tahun 5 dan 6 yang berpotensi mendapat 5A diadakan perjumpaan antara guru dengan ibu bapa untuk mengetahui kelemahan jika berlaku penurunan prestasi mata pelajaran.

7.3 Pn Khamsiah bt Ujang menyokong usul yang ke-3. Pihak kantin menjual makanan ringan tetapi sepatutnya murid-murid mesti mengamalkan pemakanan yang sihat.

7.4 AJK PIBG meminta kelulusan bayaran persekolahan bagi sesi 2014 dan meminta untuk diluluskan dalam mesyuarat.

Sumbangan PIBG : RM 50 . 00Program Transisi : RM 10 . 00Hari Kanak-Kana : RM 03 . 00Bahan Cetak : RM 10 .00Perpustakaan : RM 10 . 00Program UPSR : RM 150 . 00

Dicadangkan : Pn VasugiDisokong : En Mohd Azrul ZakariDiterima : Sebulat suara

8. Hal – Hal Lain

8.1 En Mohd Azmi bin Abdul Aziz menyatakan bahawa kehadiran ibu bapa ke mesyuarat PIBG tidak mencapai 2/3. Pihak sekolah perlu memasukkan peraturan-peraturan untuk menjalankan mesyuarat. Pihak sekolah harus mencari cara untuk menarik minat ibu bapa untuk datang ke mesyuarat Agung PIBG seperti mengadakan cabutan bertuah.

8.2 En Mohd Azmi bin Abdul Aziz juga menyatakan bagi murid-murid yang cedera seperti yang telah dimaklumkan oleh Guru Besar dalam ucapannya, guru-guru perlulah lebih mengambil berat tentang keselamatan murid.

8.3 En Mohd Azmi bin Abdul Aziz mencadangkan guru bertugas perlu pulang lewat untuk memastikan keselamatan murid. Pembinaan susur gajah hendaklah disegerakan.

Page 5: CUTI SEMPENA

8.4 Pn Zahida bt Ghazali mencadangkan agar pihak sekolah mengadakan bengkel menjawab soalan Bahasa Inggeris. Adakan juga sistem mentor lima hingga enam murid untuk seorang guru.

Pn Shamshiah bt Ibrahim, Guru Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan bahawa pihak sekolah telah merancang pelbagai aktiviti untuk murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR dan Bengkel Menjwab soalan UPSR akan diadakan pada cuti persekolah bulan Mac dari 25 Mac – 28 Mac 2013. Pihak sekolah juga akan mengadakan motivasi yang akan dikendalikan oleh pihak luar.

8.5 Pn Faridah bt Ani memohon kebenaran daripada pihak sekolah, sekira nya hujan pada waktu petang iaitu ketika kelas KAFA, ibu bapa diberi kebenaran untuk menghantar dan mengambil anak di dalam kawasan sekolah. Beliau juga memaklumkan pihak kantin perlu menyediakan makanan yang secukupnya untuk murid-murid tahap 2 pada waktu rehat.

9. Ucapan penangguhan

9.1 En Ir Salzeli bin Moktar mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir sokongan yang diberikan dengan melantik beliau sebagai Yang Di-Pertua PIBG bagi sesi 2013 / 2014.

9.2 Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat pertama akan diadakan dua minggu selepas mesyuarat agung dijalankan.

9.3 Beliau berharap para ibu bapa akan memberi ssokongan yang padu kepada PIBG bagi kecemerlangan sekolah ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi.

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KEDUASEKOLAH KEBANGSAAN LAVENDER HEIGHTS

TAMAN BANDAR SENAWANG

Page 6: CUTI SEMPENA

SEREMBAN

Tarikh : 16 Mac 2013Hari : SabtuMasa : 8.30 pagiTempat : Dewan Terbuka SK Lavender Heights

1. Ucapan Pengerusi Majlis ~ En Dollah bin Dollah

1.1 Pengerusi mengucapkan salam kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir.

1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran wakil rasmi Pengarah Pelajaran yang hadir En Azmi bin Basir bagi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali kedua.

1.3 Pengerusi mempersilakan Ustaz Nor Azman bin Usman untuk membacakan doa untuk memulakan majlis.

2. Ucapan Yang Di-Pertua PIBG ~ Tn Syed Muhammad bin Syed Nadzir )

2.1 Yang Di-Pertua telah mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa untuk menjalankan Mesyuarat Agung PIBG kali kedua.

2.2 YDP mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Majlis serta mengalu-alukan kehadiran Tuan Azmi bin Basir wakil rasmi Pengarah Pelajaran, AJK PIBG serta ibu bapa dan penjaga.

2.3 YDP mengucapkan tahniah atas kehadiran ibu bpa dan penjaga kerana keperihatinan menghadiri mesyuarat PIBG.

2.4 YDP mengharapkan bantuan ibu bapa berganding bahu bersama sekolah dalam hal kebajikan dan pelajaran anak-anak.

2.5 YDP juga berharap bantuan ibu bapa dalam menceriakan sekolah yang baru beroperasi seperti bantuan kewangan dan meningkatkan prasarana sekolah.

2.6 YDP mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang turut serta dalam program gotong-royong perdana, Program Sinar Ranadhan, keceriaan kelas dan Hari Anugerah Cemerlang.

2.7 YDP menyeru kepada semua ibu bapa supaya memantau prestasi anak-anak dan disiplin anak-anak bukan terletak pada pihak guru sahaja. Ibu bapa diharap dapat memberi sumbangan untuk menjayakan aktiviti sekolah.

Page 7: CUTI SEMPENA

2.8 YDP mengucapakan tahniah kepada bakal barisan AJK PIBG yang akan dilantik sebentar lagi.

3. Ucapan Guru Besar ~ Pn Faridah bt Hashim

3.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran Tn Azmi bin Basir, wakil rasmi Pengarah Pelajaran, Tn Syed Muhammad bin Syed Nadzir, Yang Di-Pertua PIBG serta ibu bapa, penjaga serta guru-guru.

3.2 Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan AJK PIBG sese 2012 / 2013 kerana telah berganding bahu untuk meningkatkan prestasi sekolah.

3.3 Guru Besar memaklumkan bahawa SK Lavender Heights mempunyai 49 orang guru, 5 staf sokongan dan 792 orang murid. Beliau juga memaklumkan bahawa En Abdul razak bin Haron iaitu Guru Penolong Kanan Kokurikulum tidak dapat hadir bersama kerana masalah kesihatan.

3.4 Guru Besar juga memaklumkan bahawa pada tahun ini merupakan tahun pertama peperiksaan UPSR dan sekolah mempunyai seramai 104 calon peperiksaan.

3.5 Pihak sekolah telah merangka beberapa program dan aktiviti dalam bidang kokurikulum, antaranya bola jaring, bola sepak dan olahraga. Latihan olahraga telah dibuat di Kompleks Sukan Paroi kerana sekolah kekurangan tempat latihan.

3.6 3 orang murid telah terpilih untuk mewakili Neger Sembilan dalam perlawanan ragbi. Seorang pelajar iaitu Mohammad Danial Fadzil telah mewakili Negeri Sembilan dalam acara renang.

3.7 Sekolah telah merancang program Imam Muda yang akan dijalankan pada 22 Mac 2013. Seramai 8 orang murid telah terpilih selepas saringan. Imam Muda ini akan memimpin bacaan doabacaan doa di sekolah dan melaungkan azan.

3.8 Perlaksanaan pelbagai program memerlukan kewangan dan pihak sekolah mengharapkan sokongan PIBG.

3.9 Pihak sekolah mengharapkan ibu bapa dapat menghantar anak-anak ke sekolah sebelum pukul 7.30 pagi untuk menjalankan Program Bacaan Pagi.

3.10 Dari segi keselamatan, ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah kecuali 4 orang murid yang mempunyai masalah kesihatan. Kenderaan ibu bapa hanya boleh masuk ke dalam kawasan sekolah ketika hari hujan.

Page 8: CUTI SEMPENA

3.11 Mohon kerjasama ibu bapa ketika menghantar anak ketika hujan supaya berhati-hati agar tidak berlaku kemalangan kerana sebelum ini terdapat 2 kemalangan melibatkan kenderaan penjaga melanggar pembahagi jalan .

3.12 Mohon ibu bapa memastikan anak-anak diambil oleh pengusaha van sekolah agar selamat pulang ke rumah kerana terdapat dua peristiwa murid tertinggal van dan dihantar oleh orang awam dengan menaiki motor. Ibu bapa harus prihatin dan menyimpan nombor telefon pengusaha van.

3.13 Guru Besar memaklumkan bahawa terdapat seorang murid yang menghidap buah pinggang dan sekarang berada di wad kanak-kanak. Seorang lagi murid telah tercedera di mata akibat terkena gunting di dalam kelas. Mohon ibu bapa memberi sumbangan kepada kedua-dua murid tersebut.

3.14 Akhir kata ucapan terima kasih buat semua yang telah memberi kerjasama.

4. Ucapan Perasmian ~ Tuan Azmi bin Basir – Wakil Rasmi Pengarah Pelajaran

4.1 Tuan Azmi mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah hadir untuk Mesyuarat Agong PIBG kali kedua. Beliau juga menyampaikan salam takzim daripada Pengarah Pelajaran yang tidak dapat hadir kerana terdapat program lain.

4.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah yang merancang Mesyuarat Agong PIBG kali ini. Beliau menyatakan bahawa Mesyuarat PIBG perlu diadakan setiap tahun sebelum 31 Mac .

4.3 Beliau mengharapkan PIBG saling melengkapi bersama pihak sekolah seperti yang diharapkan oleh KPM.

4.4 Dalam sub peraturan 5, iaitu peraturan 6, PIBG tidak boleh dijadikan platform politik supaya tidak menyeleweng dari matlamat penubuhan PIBG. Guru Besar perlu memaklumkan peraturan-peraturan penubuhan PIBG kepada AJK yang akan dilantik.

4.5 Permuafakatan antara ibu bapa perlu diambil kira dalam peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

4.6 Peranan PIBG dapat meningkatkan pembelajaran anak-anak. Kajian menunjukkan sokongan ibu bapa dapat mengurangkan masalah disiplin.

Page 9: CUTI SEMPENA

4.7 Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. 5 aspirasi pendidikan yang perlu dicapai.

4.7.1 Akses kepada pendidikan ( bermula dari umur 6 tahun )4.7.2 Kualiti Pendidikan. Melepasi 1/3 kelompok atas Negara membangun.4.7.3 Aspirasi Ekuiti. Merapatkan jurang pendidikan antara kaum.4.7.4 Perpaduan. Tekankan program aspek perpaduan kaum di sekolah.4.7.5 Kecekapan. Setiap program perlu ada impak kepada anak-anak.

4.8 Enam aspirasi pendidikan

4.8.1 Pengetahuan. Murid diberi pengetahuan secukupnya. Guru menggunakan ICT dalam P&P untuk menarik minat murid. Pengajaran cara lama perlu diubah.

4.8.2 Lahirkan murid yang mampu berfikir. Guru menggalakkan murid berfikiran kritis dan kreatif.

4.8.3 Kemahiran kepimpinan. Penerapan nilai kepimpinan dalam aktiviti kokurikulm.

4.8.4 Etika dan Kerohanian. Murid perlu mempunyai pengetahuan dan nilai kerohanian.

4.8.5 Kemahiran Dwi-bahasa. ( Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris )4.8.6 Generasi beridentiti nasional.

4.9 Ibu bapa perlu mengetahui ( 1M1S, KSSR, MBMMBI, LINUS ) Di bawah NKRA terdapat 4 perkara iaitu :

- Prasekolah- LINUS- Sekolah Berprestasi Tinggi- New Deal – Guru besar mendapat inisiatif jika dapat menjadi sekolah berkualiti.

4.10 Kecemerlangan anak-anak bermula dari sekolah. SKLH akan mendudui peperiksaan UPSR buat kali pertama. Prestasi sekolah akan dinilai dari pencapaian UPSR.

4.11 Beliau mengucapkan terima kasih atas jemputan dans semoga AJK PIBG dapat memberi komitmen yang tinggi untuk kecemerlangan sekolah.