cuti 20114

13
1. KidZania KL KidZania KL merupakan satu tempat perlancongan baru di Kuala Lumpur. Andai anda inginkan anak-anak anda merasa pengalaman menjadi seorang dewasa seperti pemandu kapal terbang, pelayan restoran, jururawat, pembaca berita, pekerja bank dan banyak lagi... ini adalah tempat yang paling sesuai sekali. Bayaran masuk Ages: 0 – 1 Baby Free Ages: 2 – 3 Toddler RM 35 Ages: 4 – 17 Kid (Malaysian) RM 60 Ages: 4 – 17 Kid (International) RM 75 Ages: 18 – 59 Adult (Malaysian) RM 35 Ages: 18 – 59 Adult (International) RM 50 Ages: 60+ Senior RM 30 Lokasi Curve NX, No. 18, Jalan PJU7/5 Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia +60 1-300-88-5439 - See more at: http://kezoom.blogspot.com/2013/05/tempat- menarik-dan-percutian-di-selangor.html#.VGsiqvmUeao

Upload: rahimsalim

Post on 11-Sep-2015

245 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

saa

TRANSCRIPT

1. KidZania KL

KidZania KL merupakan satu tempat perlancongan baru di Kuala Lumpur. Andai anda inginkan anak-anak anda merasa pengalaman menjadi seorang dewasa seperti pemandu kapal terbang, pelayan restoran, jururawat, pembaca berita, pekerja bank dan banyak lagi... ini adalah tempat yang paling sesuai sekali.

Bayaran masukAges: 0 1 Baby FreeAges: 2 3 Toddler RM 35Ages: 4 17 Kid (Malaysian) RM 60Ages: 4 17 Kid (International) RM 75Ages: 18 59 Adult (Malaysian) RM 35Ages: 18 59 Adult (International) RM 50Ages: 60+ Senior RM 30

LokasiCurve NX, No. 18, Jalan PJU7/5 Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia+60 1-300-88-5439- See more at: http://kezoom.blogspot.com/2013/05/tempat-menarik-dan-percutian-di-selangor.html#.VGsiqvmUeao

2. Pantai Morib, Banting Selangor

Pantai Morib menjadi tumpuan kerana anda berpeluang melihat pemandangan matahari terbenam di sini. Sebab itulah Goldcoast Sepang dibangunkan di Sepang, semata-mata untuk menikmati keindahan dan suasana matahari terbenam! Sejak tahun 2010, Pantai Morib telah berubah menjadi lebih baik, dengan idea lanskap yang menarik untuk riadah sekeluarga. Datanglah ke Morib!

- See more at: http://kezoom.blogspot.com/2013/05/tempat-menarik-dan-percutian-di-selangor.html#.VGsiqvmUeao

3. Mines Wonderland

Sebuah taman yang menarik dengan tema Musical Fountain, Rumah Salju, trem, dan pelbagai jenis permainan . Pada malam hari gemerlapan anda boleh merasai susasa yang menakjubkan dengan persembahan multimedia dan cahaya laser.

4. Taman Burung

Haaa, ini dia Taman Burung Kuala Lumpur, satu lagi tarikan dekat KL. Ia terletak di Taman Botani Kuala Lumpur. Kat taman burung ni, ada lebih daripada 3 ribu burung dan 200 daripadanya adalah burung tempatan. Punyalah besar taman burung ni dengan keluasan kira-kira 8.5 hektar, sekaligus menjadikannya taman burung tertutup terbesar di dunia sejak dibuka pada tahun 1991. Sebahagian dari kawasan ni ditutupi jaring bagi menjamin keselamatan 200 spesis burung yang menghuninya. Ya lah, karang terbang tak balik ke sangkar pulak burung ni ha. Taman burung ni terbahagi kepada empat zon. Zon satu dan dua adalah bahagian bebas terbang, di mana kita boleh tengok secara real lah burung2 ni terbang. Zon tiga pulak adalah Taman Enggang dan zon empat pula ada sangkar yang menempatkan spesis berkenaan. Kat Taman Burung ni, ada la aktiviti pertunjukan burung, bagi burung makan dan banyak lagi mengikut jadual. So, sapa-sapa yang teringin nak pergi tu, apa lagi start la enjin kereta sebab Taman Burung ni bukak setiap hari dari pukul 9 pagi sampai lah 6 petang. Bayaran masuk bagi dewasa RM25, kanak-kanak RM12.

5. Aquaria KLCC

Kalau tadi kita dah tengok burung beterbangan di awan biru, sekarang ni kita nak masuk ke alam lautan biru pulak. Tempat tinggal ikan-ikan. Kalau korang pergi Aquaria KLCC ni, umpanya macam kita berada di dalam lautan di tengah Bandar yang pesat membangun. Dengan kedalaman 90 meter, pusat akuarium canggih ini memaparkan pelbagai spesis hidupan di dasar lautan di seluruh dunia. Dah boleh jadi galeri rujukan spesis ikan dah ni ha. Kat sini, kita boleh tengok hidupan laut secara real, boleh menghayati dan mengenali spesis ikan dengan lebih dekat. Selain tu, kita juga berpeluang untuk melihat aksi ikan jerung dari benua Afrika Selatan time kita lalu dekat terowong akuarium gergasi di laluan bergerak dan spesis hidupan lautan lain termasuk pari. Selain terowong akuarium gergasi tu, ada banyak lagi la akuarium pelbagai saiz yang ,menempatkan lebih 3 ribu ikan. Sudut gedung ilmu berteknologi elektronik pula merangkan maklumat setiap spesis hidupan. Ruang pameran ni tambah menyerlah dengan teknik pencahayaan dan dekorasi yang awesome. Rugi sapa tak pergi ni. Aquaria KLCC dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 11 pagi hingga 10 malam. Hari Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti sekolah pula, aquaria KLCC beroperasi dari jam 10.30 pagi hingga 8 malam dan kemasukan terakhir untuk Akuaria ditutup pada 7 malam. Bayaran untuk dewasa RM35 (mykad)/ RM45 (pelancong asing), kanak-kanak RM25/ RM35 dan warga emas RM25.

6.Muzium Kesenian Islam

Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur (IAMM) adalah muzium seni Islam yang terbesar di Asia Tenggara. Terletak di Taman Tasik Perdana dan bersebelahan dengan Masjid Negara, muzium yang terserlah keindahannya ini mempunyai lebih daripada 7 ribu artifak. Ia juga mempunyai sebuah perpustakaan yang memuatkan buku berkenaan kesenian Islam dari seluruh dunia. Yang menariknya dekat sini, kita berpeluang melihat sendiri hasil seni orang Islam dari sebelah Timur seperti India, China, dan Negara Asia Tenggara, berbanding muzium Islam luar Negara yang banyak menumpukan seni Islam dari Parsi atau Timur Tengah. Antara artifak yang dipamerkan termasuklah model masjid di seluruh dunia seperti Masjidil Haram di Makkah dan kitab suci al-quran sebesar saiz ibu jari. IAMM dibuka pada Selasa hingga Ahad termasuk cuti umum, bermula jam 10 pagi hingga 6 petang, manakala pada hari Isnin ditutup. Bayaran masuk ke IAMM ialah RM12 untuk dewasa, pelajar dan warga emas 55 tahun ke atas RM6, manakala kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah adalah percuma.

7.Taman Rama-rama

Taman Rama-Rama Kuala Lumpur ni boleh dikira syurga yang dipenuhi dengan rahsia rama-rama yang cukup unik, awesome dan mengujakan. Taman rama-rama ni adalah yang terbesar di dunia dengan keluasan lebih 80,000 kaki persegi. Landskapnya yang memang awesome dihuni lebih 5000 rama-rama, tumbuhan eksotik, paku-pakis dan tumbuhan yang menjadi rumah kepada sepsis serangga yang cantik ini. Yang paling menariknya dan mengujakan dekat sini, kita boleh tengok beluncas pelbagai bentuk dan saiz dan warna and kita jugak berpeluang melihat bagaimana rama-rama melakukan proses pembiakan dan rama-rama betina bertelur adalah merupakan pembelajaran yang cukup bermakna and memorable lah. Tarikan lain di sini termasuklah kolam ikan koi jepun, penyu air tawar, serangga hidup dan muzium yang menempatkan pelbagai koleksi rama-rama dan serangga seluruh dunia. Sangat-sangat menarik kan.

8.Menara Berkembar Petronas

Tadaaaaa, Menara Berkembar Petronas ni memanglah teramat awesome. Sapa tak kenal kan, bangunan berkembar tertinggi di dunia kot. Saya bangga menjadi anak Malaysia. Tiba-tiba. Abaikan. Menara Berkembar Petronas ini adalah pusat tumpuan sehenti penduduk kota dan juga pelancong dengan adanya pelbagai tarikan dengan ketinggian 88 tingkat. Apa yang menariknya dekat situ termasuklah Suria KLCC iaitu pusat membeli-belah yang mempunyai lebih kurang 270 buah kedai. Taman KLCC adalah taman yang dilengkapi kawasan pemainan kanak-kanak, air pancut, kolam randuk dan trek yang pastinya membuatkan anak-anak / adik-adik anda seronok main kat situ. Terdapat juga pusat pameran dan pembelajaran iaitu Petrosains dan Dewan Filharmonik Petronas dengan pelbagai persembahan klasik dan jazz bertaraf dunia. Kalau readers semua nak kan kelainan sikit,boleh melawat Jambatan SkyBridge yang memberikan anda peluang melihat pemandangan Kuala Lumpur di jambatan yang menghubungkan bangunan berkembar tertinggi di dunia itu. Tapi itu lah, tiket yang dikelurkan setiap hari adalah terhad dan perlu berbaris nak dapatkannya. Berbaris lama pun tak apa kan, janji dapat merasai kenikmatan berada di atas awan sambil tengok pemandangan KL. Sekali-tak-sekala, apa salahnya. Hehe

9.Planetarium Negara

Penerokaan di dasar lautan dah sudah, berada di awan biru pun sudah,sekarang ni kita nak meneroka Universe pulak. Here we go, Planetarium Negara. Planetarium dibuka secara rasmi pada 7 Februari 1994 dengan matlamat penubuhannya adalah untuk mendidik masyarakat mengenai angkasa dan system solar kita, selain mempamerkan kelengkapan serta peralatan kaji bintang(astronomi). Reka bentuk bangunan Planetarium dengan seni bina Islam dan astronomi membuatkan ia menyerupai masjid tetapi digabungkan dengan wajah futuristik. Selain meneroka angkasa lepas di Galeri Pameran Penerokaan Angkasa, pengunjung boleh melihat teleskop di Balai Cerap Planetarium Negara, beriadah di kawasan rekriasi bertemakan angkasa dan taman replika Balai Cerap Purba. Di sini anda dapat melihat sendiri pelbagai pertunjukan dan tayangan antaranya Fly to the Moon, Solar Storm, Dawn of the Space Age dan Passport to the Universe. Planetarium Negara juga merupakan lokasi yang terkenal untuk melihat kejadian gerhana matahari atau bulan, melihat bujur bintang dan banyak lagi yang pastinya sangat mengujakan.(baku kan ayat ni, sebab copy paste dari Pak Cik Metro).Haha. Jom jalan-jalan ke Planetarium Negara yang beroperasi pada setiap hari dari Selasa hingga Ahad termasuk pada cuti umum dari jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang. Jangan pergi hari Isnin pulak, sebab Planetarium tutup. Hehe.

10.PETROSAINSVisiting Hours & Tickets

Petrosains, The Discovery CentreMonday:CLOSED (Open during school holidays)

Tuesday - Friday:9:30 am - 5:30 pm (Last Admission: 4:00 pm)

Saturday, Sunday & Public Holiday:9:30 am - 6:30 pm (Last Admission: 5:00 pm)

We are open on all public holidays with the exception of Eid al Fitr and Eid al Adha.

Petrosains, The Discovery Centre (KLCC)

Admission RatesMalaysia Identification Card Holder(MyKad)Non-Mykad

Senior Citizen (56 years & above)RM 8.00RM 18.00

Adult (18 - 55 years)RM 15.00RM 25.00

Youth (13 - 17 years)RM 10.00RM 20.00

Child (3 - 12 years)RM 5.00RM 15.00

Child (2 years & below)Free Admission

Petrosains Family Packages (2 Adults & 2 Children)RM 30.00RM 50.00

Petrosains, DinoTrek 2Monday - Friday:8:30 am - 6:30 pm (Last Admission: 4:30 pm)

Saturday - Sunday:8:30 am - 6:30 pm (Last Admission: 5:30 pm)

Break:12:30 pm - 2:30 pm (Friday Prayer)

We are open on all public holidays with the exception of Eid al Fitr and Eid al Adha.

For info/booking, please call +603 2331 8181 or email us [email protected]

KARNIVAL UPIN IPIN 2014

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.Karnival yang dinanti-nantikan bakal kembali lagi pada tahun ini. Bagi peminat setia Upin & Ipin pasti sudah mengetahui mengenai Karnival Upin & Ipin yang setiap tahun dianjurkan olehLes Copaque Productionbersama anak syarikat LC Merchandising disamping rakan-rakan niaga yang lain.Pada tahun ini, Karnival Upin & Ipin akan dianjurkan secara besar-besaran diPutrajaya Interational Convention Centre (PICC), Putrajayapada21hingga23 November 2014. Keunikan karnival kali ini adalah dari segi pengisian dan persembahan yang telah diaturkan. Tambah istimewa lagi, buat pertama kalinyaLes Copaque Productionbekerjasama dengan syarikat gergasi Jepun iaitu Tsuburayadengan menampilkan watak terbaru Ultraman di Karnival Upin & Ipin.Selain itu juga, pelbagai aktiviti menarik dari 9 pagi hingga 10 malam yang telah diatur oleh semua pengunjung seperti penampilan 13 maskot dari siri animasi Upin, Ipin danPada Zaman Dahulu. Terdapat juga penampilan istimewa pertama kali watak-watak dari animasiPuteridan banyak lagi.

Penampilan khas Encik Ultraman..tu dia..Jepun vs Malaysia.Habisla, jangan kena fire dek ultraman udah.Moh beramai-ramai ke PICC kita join karnival ni,kebetulan time tu pun dah masuk cuti sekolah.Boleh masuk dalam plan anak-anak sempena cuti nanti.