curriculum management

17
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEM 1303 PENGURUSAN KURIKULUM NAMA : LEDIAH BINTI TAWAKAL NOMBOR MATRIK : 820709125892003 NO KAD PENGENALAN : 820709125892 NOMBOR TELEFON : 014-8531454 PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU SEPTEMBER 2014 1

Upload: milly-hafizah-mohd-kanafia

Post on 03-Oct-2015

24 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

curriculum management

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEM 1303PENGURUSAN KURIKULUM

NAMA : LEDIAH BINTI TAWAKALNOMBOR MATRIK : 820709125892003NO KAD PENGENALAN: 820709125892NOMBOR TELEFON: 014-8531454

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU SEPTEMBER 2014

ISI KANDUNGANNOKANDUNGANMUKA SURAT

01PENGENALAN3

02PKG TAWAU4

03KAEDAH PENGUMPULAN DATA5

04HASIL DAPATAN6

05KESIMPULAN10

06RUJUKAN11

1.0PENGENALANPenubuhan PKG bermula secara beransur-ansur. Di peringkat awal, bermula dengan penubuhan Pusat Sumber Tempatan pada tahun 1978. Pada tahun 1981 nama tersebut ditukar dengan Pusat Media Daerah. Menjelang tahun 1986 Pusat Media Daerah diubah nama kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) yang member khidmat kepada seluruh sekolah di kawasan sekitarnya.Objektif mewujudkan PSPD adalah bagi mengatasi serta memperbaiki ketidakseimbangan pencapaian pendidikan antara bandar dan luar Bandar serta bermatlamat asal untuk memberi perkhidmatan pinjaman alatan dan penyediaan kemudahan pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran berkos rendah. Justeru penggunaan tekonogi telah diperluas dalam rangka kegiatan PSPD.Inya telah dianggap sebagai agen untuk membiasakan guru-guru terutamanya warga guru luar bandar dengan teknologi pendidikan.Perubahan telah berlaku di tahun-tahun berikutnya di mana PSPD telah ditukar nama kepada PKG (Pusat Kegiatan Guru) serta pemberian peranannya yang lebih luas bersesuaian dengan fungsi PKG itu sendiri sebagai satu pusat perbincangan di kalangan warga guru setempat di atas isu-isu dan masalah professional. Ianya terkandung dalam surat Ketua Pengarah Pendidikan Negeri pada 14 Ogos 1990.Terdapat 3 konsep PKG. Yang pertama ialah Konsep Institusi Pendidikan. PKG bertujuan menggalakkan para warga guru setempat berinteraksi memenuhi keperluan professional keguruan denga pengadaan pelbagai aktiviti pendidikan yang bertujuan meningkatkan kualiti P&P berdasarkan kehendak dan keperluan semasa.Konsep kedua ialah Budaya Perkongsian. Ianya memfokus keutamaan kepada pengajaran pemuafakataan pendidikan, perkongsian yang merujuk milik berssma berasaskan cirri-ciri kesetiakawan, sedia member bantuan sama ada berbetuk pengetahuan, idea, kemahiran, kepakaran alatan sekolah.Pemupukan budaya pemuafakataan di kalangan wrga pendidik setempat terus dipupuk melalui semangat kekitaan yang berteraskan asas kerja berpasukan.Konsep ketiga pula ialahPendemokrasian. Peluang pendidikan yang bermutu boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat terutamanya untuk meningkatkan mutu pengajajaran dan pembelajaran di kawasan luar Bandar, melalui PKG. Peluang pendidikan yang sama rata boleh dinikmati sama rata oleh semua pihak. Guru-guru dapat berinteraksi, berbengkel, berkursus dan seumpamanya untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan dan mengatasinya.Dalam tugasan ini, satu kajian akan di jalankan ke atas sebuah PKG yang berhampiran iaitu PKG Tawau. Antara perkara yang perlu diberi fokus ialah organisasi pentadbiran PKG, aktiviti-aktiviti utama PKG dalam tahun 2013 dan 2014, satu aktiviti latihan guru yang di laksanakan dalam tempoh yang sama serta penilaian terhadap sumbangan PKG kepada kompetensi guru. 2.0PKG TAWAUPKG Tawau telah ditubuhkan pada tahun 1998. Pada ketika itu, fungsi PKG Tawau masih samar. Namun, terdapat beberapa fungsi PKG Tawau. Antaranya ialah memantau dan menilai keperluan dasar teknologi pendidikan semua sekolah dalam daerah. PKG Tawau bertanggungjawab dalam mengumpul data dan maklumat terperinci berkaitan dengan keperluan teknologi pendidikan seperti SSQS(1x), SPPICTS (2x), STS (Sepanjang tahun), IQ-pss (1x), pengredan PSS (1x), dan data nilam/i-Nilam (2x) secara online, email, telefon, fax, datang ke sekolah, atau GPM/GPB/JTK di arahkan ke PKG Tawau.Selain itu, PKG Tawau juga bertanggungjawab dalam memberikan khidmat sokongan ICT untuk pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, perkhidmatan sokongan inisiatif ICT sekolah (Meja Bantuan Aras 1) untuk 1BestariNet, Perkakasan, Perisian, Apliksai, Penyelenggaraan ICT, Makmal Komputer, Konfigurasi rangkaian, Makmal Bahasa (MBMMBI), Pelupusan dan Penggantian. Sebagai tambahan, PKG juga menyediakan mesyuarat dan bengkel atau kursus berkaitan dengan GBP dan JTK berdasarkan keperluan dari semasa ke semasa. Fungsi PKG Tawau yang ketiga pula ialah memeri khidmat sokongan pelaksanaan pembestarian sekolah mengikut kelompok. Ini dilaksanakan dengan memantau aktiviti dan khidmat nasihat, tindakan susulan, pembestarian sekolah dalam bidang dan domain infrastruktur ICT, penggunaan aplikasi, pembangunan sumber manusia dan penggunaan ICT. Tambahan lagi, PKG Tawau juga harus melaksanakan pemantauan MS-ISO yang standard).Seterusnya, membantu dan menyediakan RESOS pengajaran dan pembelajaran juga adalah salah satu fungsi penubuhan PKG Tawau. Ini termasuklah menghasilkan BBM berasaskan ICT untuk tujuan P&P berdasarkan kajian tindakan, Projek Based-Learning (PBL), inovasi kajian tindakan berasaskan video, audio dan slide show dan student broadcasting.Terdapat banyak lagi fungsi PKG Tawau yang dapat membantu para guru dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Walaupun PKG Tawau terdiri daripada satu organisasi yang kecil, namun kepentingan dan fungsinya amat besar kepada guru-guru.3.0KAEDAH PENGUMPULAN DATAUntuk tugasan ini, kaedah pengumpulan data yang dijalankan ialah dengan kaedah temuramah dan juga kajian berdasarkan rekod dan dokumen sedia ada. Keempat-empat staf PKG tawau telah ditemuramah bagi mendapatkan informasi tentang bagaimana PKG Tawau berfungsi dalam memenuhi keperluan guru-guru terutamanya dalam bidang ICT.Dalam sesi temuduga, beberapa soalan berkaitan organisasi pentadbiran PKG, aktiviti-aktiviti utama dalam tahun 2013 dan 2014, aktiviti latihan guru yang dilaksanakan dalam tempoh yang sama, dan penilaian terhadap sumbangan PKG kepada kompetensi guru. Berikut merupakan contoh soalan yang di utarakan kepada keempat-empat peneraju utama PKG Tawau ini. 1. Apakah jawatan puan/tuan dalam PKG Tawau ini?2. Berapa lamakah perkhidmatan tuan/puan di PKG Tawau?3. Dimanakah tuan/puan mendapatkan pendidikan tertinggi dan dalam bahagian apa?4. Apakah tugas dan tanggungjawab tuan/puan dalan PKG Tawau?5. Sepanjang tahun 2013 dan 2014 ini, apakah aktiviti yang telah dan akan di anjurkan oleh PKG Tawau?6. Bagi aktiviti 2013, apakah maklumbalas yang diterima?7. Adakah dan apakah aktiviti latihan guru yang telah dan akan di laksanakan dalam tempoh 2013 dan 2014?8. Pada pendapat anda, apakah sumbangan PKG Tawau kepada tahap kompetensi guru?Selain daripada temuduga, kajian berdasarkan dokumen dan rekod juga di jalankan. Buku rekod aktiviti, borang maklumbalas, laporan dan lain-lain dokumen dan rekod berkaitan di analisis bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan di atas.

4.0HASIL DAPATANHasil temubual dan kajian ke atas rekod dan dokumen di perolehi dan di analisis. Berikut merupakan maklumat-maklumat yang dikumpulkan.Organisasi Pentadbiran Pkg TawauPKG Tawau diterajui oleh seorang Pegawai Teknologi Pendidikan Gred F32 iaitu Puan Jumiati Suparno. Puan Jumiati telah berkhidmat di PKG Tawau sejak ianya pertama kali di tubuhkan di Tawau. Mendapat pendidikan di peringkat tinggi di Universiti Malaysia dalam bidang Diploma Teknologi Maklumat. Antara tanggungjawab beliau ialah memastikan setiap tanggungjawab yang di galas di PKG Tawau di laksanakan dengan baik dan cemerlang. Seterusnya, Puan Hasriza Kure pula ialah Pegawai Teknologi Pendidikan II Gred F32. Berkhidmat bersama Puan Jumiati sejak awal penubuhan PKG Tawau. Pendidikan tertingginya di perolehi di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Diploma Kejuruteraan Komputer. Tugas beliau pula ialah membantu Puan Jumiati dalam tugasan beliau serta memastikan PKG Tawau mencapai sasaran kerja yang sepatutnya. Peneraju ketiga ialah Puan Idah Abd Sani seorang Pegawai Tadbir N17. Beliau berkhidmat selama 3 tahun di PKG Tawau. Mendapat pendidikan di peringkat menengah di SMK Teknik, Tawau. Beliau ditugaskan dalam bahagian dokumentasi, fail, dan hal-hal pengkeranian. Akhir sekali ialah Juruteknik F17, Encik Taufiq Haji Abdul Latif. Beliau telah berkhidmat selama hamper 7 tahun. Memiliki sijil dalam bidang Teknologi Maklumat dari Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Beliau ditugaskan dalam bahagian teknikal dan juga membantu guru-guru yang memerlukan alat bantu mengajar berdasarkan komputer.

Aktiviti-aktiviti Utama PKG Tawau Sepanjang Tahun 2013 dan 2014Menurut Puan Jumiati, sepanjang tahun 2013, hampir 25 aktiviti telah dijalankan dengan jayanya. Untuk tugasan ini, 3 aktiviti utama akan di bincangkan. Antaranya ialah Bengkel Pengisian Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Bengkel Sistem Pengurusan Aset Tak Alih (MySPATA) dan Pengurusan Aset Alih (SPA) dan Wordpress Tutorial.Bengkel Pengisian Sistem Pengurusan (SPS) 2013Kursus ini telah di adakan pada 25 Januari 2013 di SMK Abaka Tawau. Kursus ini dijalankan selama sehari. Antara peserta yang di jemput hadir ialah Setiausaha SPS dan AJK terlibat. Bengkel ini penting kerana untuk modul seterusnya SPS perlu dilengkapkan dengan sempurna kerana pada penghujung April SPS akan bergerak ke modul seterusnya yang mana memerlukan maklumat murid, staff serta kemudahan berkaitan dengan komponen lain dilengkapkan dengan sempurna.SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif penubuhannya adalah untuk mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS).Penyeragaman sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA). SPS mengandungi 22 modul pengurusan. Antara objektif SPS ialah untuk mewujudkan satu pangkalan data tunggal yang akan menjadi primary data source di sekolah. Ini adalah bertujuan memastikan supaya semua inisiatif pembangunan aplikasi yang akan datang oleh mana-mana pihak KPM hanya perlu berintegrasi dengan pangkalan data ini. Bengkel ini di anjurkan adalah untuk memberi lebih pemahaman kepada para guru tentang penggunaan SPS. Selain itu, guru-guru juga diberi tunjuk ajar tentang penggunaan sistem ini. Kebanyakkan guru masih menghadapi masalah dalam mengisi data murid ke dalam SPS namun pada akhir bengkel, mereka menunjukkan perubahan yang positif.

Bengkel Sistem Pengurusan Aset Tak Alih (MySPATA) dan Pengurusan Aset Alih (SPA)Pada 24 Oktober 2013, satu bengkel Sistem Pengurusan Aset Tak Alih (MySPATA) telah dijalankan. Kursus ini di adakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Pendidikan Daerah Tawau selama sehari. Setiap pegawai asset daripada seluruh sekolah daerah Tawau telah dijemput hadir. Sistem mySPATA dan SPA merupakan satu sistem pengurusan aset kerajaan secara talian yang baru diwujudkan bagi memantapkan pengurusan aset kerajaan. Perkataan mySPATA wujud dari perkataan SPATA iaitu Sistem Pengurusan Aset Tak Alih. Manakala perkataan SPA merupakan singkatan daripada Sistem Pengurusan Aset Alih. Apa yang membezakan antara kedua-dua sistem ini ialah Sistem mySPATA digunakan untuk mengawal selia Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan iaitu tanah, bangunan dan infrastruktur. Manakala SPA menguruskan hal ehwal aset alih contohnya komputer, kereta, perabot dan sebagainya. Prosedur pengurusan aset alih adalah mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan bilangan 5 tahun 2007. Kedua-dua sistem ini dibangunkan oleh kementerian yang berlainan iaitu SPA oleh Kementerian Kewangan manakala Sistem mySPATA dibangunkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai subject matter expertdan juga pemilik sistem. Kewujudan Sistem Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (MySPATA) dan Sistem Pengurusan Aset Alih Kerajaan (SPA) sangatlah dialu-alukan kerana bilangan aset alih yang banyak kawalan dan nilaianseunit asetyang tinggi bukanlah sesuatu yang mudah.Tetapi untuk memulakan langkah yang pertama memerlukankerjasama semua pihak. Semua aset-asetperlu didaftarkan semula agar semua data aset alih dapat disimpan secara talian. Pendaftaran aset sangat mudah kerana koding aset akan terjana secara automatik dan segala borang-borang aset yang diperlukan dari KEW.PA 1 hingga KEW.PA 32 boleh diakses dari sistem. Segala maklumat berkenaan aset dapat diakses lebihmudah dan pinjaman aset lebih teratur dan berkesan.Bengkel ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para Pegawai Aset tentang penggunaan kedua-dua sistem ini. Ini kerana sistem ini amat memerlukan penerangan daripada pakar. Sekiranya Pegawai Aset tidak mahir menggunakan sistem ini, sekolah-sekolah tidak akan mendapat manfaat daripada penggunaannya. Wordpress TutorialWordPress Tutorial di adakan pada 3 Februari 2014 di SK Bahagia, Tawau. Tutorial di sampaikan oleh Encik Taufiq bin Haji Abdul Latif selama sehari. Bagi tutorial ini, jemputan adalah dari kalangan guru-guru multimedia dan juga terbuka kepada mana-mana guru yang berminat.Wordpress adalah sebuah aplikasi Open source yang sering digunakan sebagai mesin blog (Blog Engine). WordPress di bangunkan dengan bahasa pengaturacaraan PHP dan database MySQL. Ia berfungsi sama seperti blog yang mempunyai fungsi seperti memasukkan entri dan sebagainya.Kepentingan Wordpress kepada guru-guru ialah apabila mereka bercadang untuk mengemaskini ataupun mencipta laman sesawang sekolah dan sebagainya. Dalam tutorial ini, guru-guru diberikan tutorial tentang cara mendaftar kali pertama dalam WordPress serta bagaimana menggunakannya. Menurut Encik Taufiq, semua guru menunjukkan minat yang memberangsangkan. Pada akhir kelas tutorial, beliau mengedarkan soalan berkaitan aplikasi ini dan hampir semua guru dapat menjawab dengan baik. Aktiviti Latihan Guru 2014PerkembanganTeknologi Maklumat dan Komunikasi memberi satu impak yang mendalam terhadap amalan guru terutamanya penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tradisi pengajaran dan pembelajaran yang selama ini hanya menggunakan buku, kapur dan papan hitam kurang berkesan berbanding pengajaran dan pembelajaran menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).Baru-baru ini, pada 23 Jun 2014, PKG telah menganjurkan satu aktiviti berbentuk latihan kepada guru-guru. Latihan ini berkaitan tentang bagaimana mencipta satu alat bantu mengajar menggunakan ICT. Puan Hasriza berkata, latihan ini di adakan bagi menyahut seruan Kementerian Pendidikan tentang penggunaan ICT dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Aktiviti ini di jalankan selama sehari di dewan sekolah SK Sungai Imam. Antara aktiviti yang di jalankan ialah pengenalan kepada perisian, elemen-elemen alat bantu mengajar ICT, bagaimanakah menjadikan alat bantu mengajar ini mampu menarik minat para pelajar dan sebagainya. Guru-guru diberikan peluang untuk memilih sendiri tema ciptaan mereka.Seterusnya, guru-guru diberi pendedahan tentang perisian yang boleh digunakan dalam mencipta alat bantu mengajar ICT mereka. Antaranya ialah Adobe Photoshop, Adobe Flash, Microsoft Power Point dan banyak lagi. Guru-guru diberikan tunjuk ajar bagaimana menghasilkan satu alat bantu mengajar dengan menggunakan perisian-perisian ini.Sepanjang aktiviti ini, guru-guru menunjukkan respons dan maklum balas yang positif. Mereka juga menunjukkan komitmen dan minat yang tinggi terhadap topik yang dibentangkan. Aktiviti seperti ini seharusnya di anjurkan dengan lebih kerap lagi agar selepas ini, para guru boleh mencipta sendiri alat bantu mengajar berasaskan ICT. Sumbangan PKG kepada Kompetensi GuruPKG merupakan enjin kepada pergerakkan guru-guru di sekolah. Jika dilihat daripada objektif penubuhannya, PKG bertanggungjawab dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru. PKG adalah pemangkin untuk merangsang pembangunan professional guru-guru khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan teknopen dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan Pusat Sumber Sekolah selaras dengan matlamat Pendidikan Bestaridan Falsafah Pendidikan Negara. Oleh yang demikian, sumbangan PKG juga mempengaruhi tahap kompetensi guru. PKG banyak membantu guru-guru dari segi penggunaan sistem dan alatan teknologi maklumat. Seperti yang kita sedia maklum, pada masa kini, lebih 70% pentadbiran di sekolah adalah berdasarkan penggunaan Teknologi Maklumat. Jika dahulu, guru-guru mengisi pencapaian pelajar pada setiap semester dalam buku rekod peribadi pelajar. Namun kini, mereka hanya perlu memasukkan setiap markah yang diperolehi ke dalam sistem yang dipanggil SPS. Dalam usaha memahami dan menguasai penggunaan sistem ini, PKG telah menganjurkan pelbagai bengkel dan kursus yang memberikan tunjuk ajar kepada guru-guru.Oleh yang demikian, dapatlah kita simpulkan bahawa PKG banyak menyumbang kepada tahap kompetensi guru. Tanpa PKG, berkemungkinan untuk guru terkontang-kanting dalam arus deras perubahan teknologi maklumat pada masa kini adalah amat tinggi. Ini sekaligus akan menggangu pencapaian mereka.5.0KESIMPULANKualiti guru adalah asas kecemerlangan pelajar dan sekolah. Kewibawaan guru merupakan tunggak kepada profesionalisme guru. Guru sentiasa perlu membuat refleksi mendalam tentang diri sendiri dan amalan pengajaran pembelajaran. Usaha guru untuk meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan, ketrampilan dan kemahiran serta pembentukan sahsiah yang berakhlak mulia. Dengan ini, guru dapat bergerak seiring dengan arus perubahan dalam era teknologi dan globalisasi.Peranan yang dimainkan oleh PKG sebagai agen penyelesaian masalah adalah penting bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru khususnya proses pengajaran. Peranan ini juga dipandang serius oleh Noraini (2002) di mana dia menyatakan PKG yang cemerlang melalui pengurusan yang baik juga akan membuka ruang kepada mendorong ke arah usaha bersama bagi guru-guru menyelesaikan masalah dan seterusnya meningkatkan lagi kualiti pengajaran di sekolah.(2510 patah perkataan)6.0RUJUKANAnuar Zainuddin (1999). Peranan dan Penggunaan PKG kepada Guru-Guru Pendidikan Islam di Sekolah-Sekolah dalam Zon PKG J13, Bandar Baru Uda, Johor Baru. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Azizi Yahya (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Profesional. Becker, W.E & Watts, M. (1996). Chalk and Talk: A National Survey on Teaching Undergraduate Economics.American Economic Review, 86(2) 448-453. Esah Sulaiman (2003). Modul Pengajaran Asas Pedagogi. Fakulti Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia. Faridah T. Subahan (1993). Strategi Pusat Sumber dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Jensen , A (1971). Individual Difference Visual and Auditory Memory. Educational Journal Research, 62 (2) : 36-41. Kementerian Pendidikan Malaysia (1982). A Report Tour To Netherlands, Great Britain, India and Sri Lanka. Kuala Lumpur : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia (1992). Pusat Kegiatan Guru. Konsep dan Pengoperasian. Kuala Lumpur : Bahagian Teknologi Pendidikan. Mat Jizat Abdol (2005). Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran. Fakulti Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia. Nelson, E (1987). The Decline of Traditional Media and Materials In The Classroom. Journal of Educational Technology 18(1)89-94. Omar Zakaria (1995). Persepsi Guru tentang Kewujudan Pusat Kegiatan Guru. UKM. Tesis Sarjana. Tidak diterbitkan. Stuck, D.L and Manatt R.P (1970). A Comparison of Audio-Tutorial and Lecture Method of Teaching. Journal of Educational Research, 63 (9) : 414-418. Yusup (2004). Kajian Terhadap PKG dalam Meningkatkan Profesionalisme Guru. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana. Tidak diterbitkan.7