cuepacs

Upload: albert-philip

Post on 07-Jul-2015

892 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

PENGENALAN

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merupakan satu badan yang bertindak untuk memperjuangkan kepentingan anggota sektor awam dengan berkesan secara berterusan dan menjadikan CUEPACS sebagai sumber rujukan utama berkaitan hal ehwal pekerja serta pemimpin mengikut dasar kepimpinan berpengalaman (kleadership). Kewujudan CUEPACS ini bertepatan dengan definisi yang telah diberikan oleh Dimock et. Al. (1983:5) yang menyatakan pentadbiran awam sebagai satu operasi pengeluaran barangan atau perkhidmatan untuk memenuhi kehendak rakyat. Di sini, kita dapat lihat bahawa CUEPACS memainkan peranan penting dalam memperjuangkan kepentingan penjawat awam. CUEPACS juga merupakan kumpulan berkepentingan yang mampu mempengaruhi sesuatu dasar awam untuk menjaga kepentingan mereka dan orang awam. Walaupun tiada kuasa menggubal dasar tetapi berpengaruh.

SEJARAH PENUBUHAN CUEPACSEnakmen Kesatuan Sekerja mula diperkenalkan pada tahun 1940 tetapi tiada kesatuan sekerja ditubuhkan sehingga dan selepas perang di mana para pekerja disusun di bawah kesatuan sekerja. Mereka disusun mengikut status jabatan atau ketukangan. Tidak lama selepas mereka menyedari bahawa ada banyak kesatuan sekerja yang berganda/bertindih dan mempunyai bidang dan fungsi yang sama yang tidak memudahkan untuk perjuangan bersama. Pada tahun 1948 beberapa orang pemimpin kesatuan-kesatuan sekerja sector awam telah mengambil langkah yang pertama bagi menubuhkan suatu badan kebangsaan iaitu Majlis Kakitangan Perkhidmatan Kerajaan (Government Services Staff Council) yang mewakili 40 badan Kesatuan Sekerja Sektor Awam. Matlamat utama Majlis tersebut ditubuhkan ialah untuk menggalakkan kerjasama antara kesatuan, tanpa melibatkan diri dalam autonomi individu hal ehwal pentadbiran kesatuan-kesatuan berkenaan, dan demi memperjuangkan kepentingan dan

210954

GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

kebajikan bersamaanggota--anggota yang bergaji bulan daripada kesatuan-kesatuan yang menyertainya. Peraturan-peraturan Majlis Kakitangan Perkhidmatan Kerajaan telah diluluskan di persidangan penaja pada 3 April 1949 dan berpejabat di No. 1362, Jalan Kandang Kerbau (sekarang Jalan Padang Belia), Brickfields, Kuala Lumpur. Majlis ini dianggotai oleh sebanyak 8 buah kesatuan dan apabila dibubarkan untuk memberi laluan kepada penubuhan CUEPACS sebanyak 48 kesatuan bergabung dengannya. Majlis ini telah memainkan peranan yang penting dalam hal ehwal kebajikan anggota sector awam dan juga telah menyumbang kepada kejayaan Majlis Kebangsaan Whitley (National Whitley Council). Pada mulanya, Majlis ini telah menghadapi berbagai kesulitan khususnya semasa hendak memperjuangkan ke atas sesuatu isu bersama. Demi kebaikan dan kebajikan pekerja sector awam pada masa itu dan terkemudiannya, maka usaha -usaha patut diambil untuk menggalakkan semua kesatuan sector awam disusun di bawah satu badan persekutuan. Inilah yang telah menyebabkan kelulusan resolusi oleh Persidangan Perwakilan Ke Lima pada 24 April 1955 untuk menubuhkan suatu badan yang lebih berkesan iaitu CUEPACS. Di antara tujuannya ialah untuk menggalakkan semua kesatuan sekerja sector awam menyertai badan baru ini tanpa mengira jawatan atau gred perkhidmatan mereka. Selepas melalui banyak masalah dalam penyusunan dan menyatupadukan kesatuan -kesatuan sekerja sektor awam serta memperjuangkan idea betapa pentingnya satu badan unggul maka, Kerajaan pada zaman kemerdekaan telah memberi restu. Akhirn CUEPACS telah ya didaftarkan dibawah Enakmen Kesatuan Sekerja pada 23 Oktober 1957 iaitu beberapa bulan sahaja selepas Negara mencapai kemerdekaan. Konvensyen Pertama CUEPACS telah diadakan pada 6 September 1959. Ekoran penyusunan Pejabat Pendaftar Kesatuan Sekerja maka, CUEPACS telah didaftarkan semula pada 12 November 1960 di bawah Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 (No. Daftar : 195).

210954

GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

STRATEGI

Mengamalkan prinsip kepimpinan yang berkaliber, beretika

dan berpengetahuan;

menyelesaikan masalah pekerja melalui perundingan dan mengekalkan 'smart partnership'; mempertingkatkan sistem pentadbiran, pengurusan, kewangan dan perjuangan yang berintegriti; berusaha ke arah mempertingkatkan Program Pembangunan Dan Penyelidikan dan latihan yang terancang secara berterusan; menggalakkan penggunaan 'electronic-info' yang efektif dalam mempertingkatkan hubungan dengan kesatuan gabungan / Kerajaan / Organisasi dalam dan luar Negara.

KEANGGOTAANKeanggotaan CUEPACS terbuka kepada semua kesatuan sekerja dalam perkidmatan awam yang berdaftar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Setiap kesatuan sekerja yang berdaftar yang ingin menjadi anggota CUEPACS hendaklah memberi notis kepada ahli-ahli 14 hari sebelum Mesyuarat Agung dan meluluskan satu ketetapan dalam persidangan perwakilan atau mesyuarat agung iaitu bersetuju menganggotai CUEPACS. Selepas itu kesatuan sekerja berkenaan hendaklah menghantar permohonan kepada Setiausaha Agung CUEPACS untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Kongres. Majlis Kongres atau badan yang diberi kuasa akan bebas menerima atau menolak untuk bergabung tanpa memberi apa-apa sebab. Permohonan yang dipersetujui oleh Majlis Kongres atau badan yang di beri kuasa akan mengemukakan kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja untuk didaftarkan. Bagi kesatuan sekerja Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) memerlukan kelulusan Y. B. Menteri Sumber Manusia terlebih dahulu. Jumlah keanggotaan CUEPACS semenjak beberapa tahun yang lalu telah berkurangan disebabkan banyak Jabatan / Agensi Kerajaan telah diswastakan dan mereka tidak lagi layak untuk terus berada dalam CUEPACS sebalik menyertai MTUC. Namun demikian, semenjak tahun Sembilan puluhan banyak juga kesatuan-kesatuan sekerja sektor awam yang baru daripada Badan-Badan Berkanun termasuk daripada Universiti-Universiti telah dan sedang hendak bergabung dengan CUEPACS. Keanggotaan gabungan CUEPACS terkini adalah terdiri daripada 100 kesatuan sekerja sektor awam 210954

GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

TUJUAN / OBJEKTIF CUEPACSi. Membuat apa-apa yang perlu untuk menggalakkan kepentingan atau untuk kesempurnaan kerja-kerja semua atau mana-mana kesatuan sekerja gabungannya. ii. Melindungi anggotanya. iii. Berusaha memperbaiki keadaan-keadaan kerja misalnya pengambilan, masa kerja, kenaikan pangkat, tatatertib, keselamatan jawatan, gaji dan faedah-faedah persaraan anggota-anggota kesatuan sekerja gabungan. iv. Mengatur perhubungan pekerja/majikan sepanjang yang mengenai perhubungan di antara Kerajaan dengan mana-mana anggota Kesatuan Anggota. v. Berusaha menubuhkan jentera yang dipersetujui di antara majikan dengan CUEPACS bagi maksud merunding dan membincangkan segala perkara mengenai kesatuankesatuan sekerja anggota dan anggota-anggotanya. vi. Mengadakan faedah-faedah bagi anggota-anggota kesatuan sekerja anggota kepentingan kesatuan-kesatuan sekerja gabungan dan anggota-

sebagaimana yang akan diputuskan oleh Konvensyen Kongres. vii. Berusaha membantu (secara kewangan atau lain-lain) semua atau mana-mana kesatuan sekerja anggota dan anggota-anggotanya. viii. Membantu mana-mana kesatuan sekerja anggota atau mana-mana anggotanya samada secara kewangan atau lain-lain untuk memperolehi apa-apa nasihat undang-undang tertakluk kepada perbekalan-perbekalan dalam Undang-undang Kesatuaan Sekerja yang berkuatkuasa. ix. Menggalakkan undang-undang mengenai kepentingan kesatuan-kesatuan anggota khasnya atau kesatuan-kesatuan sekerja amnya. x. Menjalankan, jika diputuskan oleh Konvensyen Kongres, kerja-kerja mengarang, mencetak, menerbit dan mengedarkan apa-apa akhbar, majalah, sari berita atau lainlain persuratan bercetak untuk memajukan tujuan-tujuan CUEPACS atau

menggalakkan kepentingan kesatuan-kesatuan anggotanya. xi. Menggalakkan kebajikan material, sosial dan pelajaran kesatuan-kesatuan anggota dengan apa-apa cara yang sah yang dianggap patut oleh Konvensyen Kongres atau Majlis Kongres. xii. Amnya menjalankan segala tindakan dan usaha yang perlu untuk memajukan tujuan tujuan tersebut diatas mengikut keputusan-keputusan yang dibuat oleh Kongres dalam Konvensyen Tiga Tahun Sekali atau Konvensyen Khas. 210954

GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

MODEL PEMBENTUKAN DASAR AWAM

Proses pembentukan dasar awam dapat diterangkan secara teori dengan menggunakan beberapa model yang telah dikembangkan dan dikaji oleh para sarjana sains politik. Seperti yang kita tahu, Model merupakan pandangan secara teori mengenai proses pembentukan sesuatu dasar. Model yang sesuai untuk menerangkan hubungkait CUEPACS dalam pembentukan dasar adalah Model Kumpulan atau Teori Kelompok.

Pengaruh yang bertambah Pengaruh Kumpulan B Dasar Awam

Kedudukan Dasar Alternatif

Pengaruh Kumpulan A

Penimbang (equilibrium)

Gambar rajah diatas menunjukkan model kumpulan di mana golongan yang berkepentingan mempengaruhi pembentukkan dasar atau perubahan dasar awam ke dasar alternatif. Kumpulan B diatas boleh dirujuk sebagai CUEPACS di mana CUEPACS sentiasa memperjuangkan kepentingan penjawat-penjawat awam. Peranan CUEPACS dapat diterangkan dengan pandangan dari David Truman. Menurut David Truman satu kelompok yang mempunyai kepentingan merupakan satu kelompok yang mempunyai sikap bersama yang membuat sesetengah tuntutan tertentu ke atas kelompok yang lain dalam masyarakat. Kelompok-kelompok akan bersifat politik apabila ia membuat tuntutan melalui atau ke atas institusi kerajaan. Individu dianggap penting dalam politik hanya apabila mereka bertindak

210954

GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

sebagai sebahagian atau bagi pihak kelompok berkepentingan. Kelompok tersebut berfungsi sebagai jambatan diantara individu dan kerajaan. Politik menjadi landasan bagi perjuangan kelompok untuk menpengaruhi dasar. Dalam konteks CUEPACS, CUEPACS merupakan jambatan diantara penjawat awam dan kerajaan dimana CUEPACS menyuarakan keinginan penjawat awam. Contohnya, CUEPACS mencadangkan pemberian bonus kepada kakitangan awam dan cuti bersalin selama 90 hari kepada kakitangan awam.

210954

GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

210954

GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

ISU-ISU BERKAITAN CUEPACS

Cuti Bersalin selama 90 hari bagi kakitangan kerajaan Masih terdapat segelintir majikan yang masih tidak meluluskan cuti bersalin 90 hari oleh kakitangannya seperti jururawat dan guru-guru.

Dasar Gaji Minimum

Isu JKR

210954