cpd frog

6
SMK (P) ST GEORGE, JALAN MACALISTER, 10 450 GEORGETOWN, PULAU PINANG TEL : 04- 2295855, FAX : 04- 229 5886 KERTAS KERJA PROGRAM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) KURSUS VLE-FROG TARIKH PERLAKSANAAN : 8 OKTOBER 2014. MASA : 2.00 – 3.30 PETANG. TEMPAT : DEWAN BESTARI PENCERAMAH : (1) CIK WONG YEN PING (2) PN KHAIRUNNIZA BINTI ABDUL HAMID 1.0 Tajuk Program 1.1 Kursus VLE-FROG 2.0 Penceramah 2.1 Cik Wong Yen Ping 2.2 Pn Khairunniza Binti Abdul Hamid 3.0 Latar belakang

Upload: tang-lih-fang

Post on 11-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Example

TRANSCRIPT

SMK (P) ST GEORGE,JALAN MACALISTER,10 450 GEORGETOWN, PULAU PINANGTEL : 04- 2295855, FAX : 04- 229 5886

KERTAS KERJA PROGRAMLATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)

KURSUS VLE-FROG

TARIKH PERLAKSANAAN:8 OKTOBER 2014.MASA:2.00 3.30 PETANG.TEMPAT:DEWAN BESTARIPENCERAMAH: (1) CIK WONG YEN PING(2) PN KHAIRUNNIZA BINTI ABDUL HAMID

1.0 Tajuk Program1.1 Kursus VLE-FROG

2.0 Penceramah2.1 Cik Wong Yen Ping2.2 Pn Khairunniza Binti Abdul Hamid

3.0 Latar belakang3.1 Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun dengan Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sIstem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas; dan Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem; dan Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel. Oleh itu projek 1BestariNet telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 2011. Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di internet melalui Virtual Learning Environment (VLE FROG) yang boleh diakses di sekolah atau dimana-mana sahaja yang mempunyai capaian internet.

3.2 Penggunaan platform VLE Frog sebagai wadah penyampaian pengajaran dan pembelajaran adalah sejajar dengan aspirasi KPM yang disampaikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Sistem pembelajaran yang berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Penggunaan VLE diharapkan dapat menupaya sistem pendidikan ke arah hala tuju yang lebih menyeluruh kerana bahan pembelajaran dapat digunakan dimana jua dan pada bila-bila masa di kawasan yang mempunyai kemudahan capaian internet. Penggunaan teknologi diharapkan dapat menarik minat lebih ramai pelajar sekaligus mampu melonjakkan prestasi yang lebih baik sama ada bidang sahsiah, akademik dan kokurikulum. Hasrat KPM juga adalah untuk meringankan beban tugas guru di mana bahan pembelajaran maksima boleh dikongsi melalui penggunaan video youtube, nota dari blog dan web. Dengan itu guru dapat memainkan peranan sebenar sebagai pendidik iaitu membimbing pelajar mencari ilmu dan bukannya sebagai penyampai ilmu. Fenomena ini diharapkan pelajar dapat akses bahan pembelajaran bermutu bertaraf dunia yang dikongsikan oleh guru-guru cemerlang dan berinovasi dari seluruh ceruk dunia.

4.0 OBJEKTIF4.1 Membentuk sejumlah guru yang mahir penggunaan teknologi ICT untuk aplikasi VLE Frog4.2 Menyediakan jurulatih berkonsepkan mentor kepada sebilangan kecil guru kurang mahir VLE agar pembudayaan VLE Frog semakin meluas dan mantap.4.3 Memberi bimbingan secara intensif dan holistik agar dapat menggunakan VLE Frog dengan yakin dan berterusan4.4 Memberi tauliah kepada guru yang mahir VLE Frog bagi membimbing guru-guru di bawah seliaannya.4.5 Memotivasikan dan memberi inspirasi kepada para peserta tentang perlunya kaedah pengajaran baharu.

5.0 Rasional5.1 Terdapat segelintir pelajar yang kurang fokus untuk belajar kerana pengajaran secara sehala iaitu guru bercakap dan murid mendengar. Pembelajaran dapat dirangsang jika melibatkan penggunaan banyak panca indera iaitu melihat, mendengar, membuat, menaip, meneroka dan lain-lain yang melibatkan pergerakan aktif.5.2 Kalangan murid merupakan generasi Y dan Z yang unik dan multi tasking. Mereka sukar duduk diam dengan hanya mendengar dan menulis. Mereka mahir menggunakan teknologi untuk akses bahan pembelajaran secara bimbingan minima.5.3 Mengurangkan jurang beza guru kurang mahir dan mahir dalam pengggunaan teknologi ICT5.4 Meningkatkan kemahiran penggunaan VLE Frog di kalangan guru dari segenap aspek aplikasi

6.0 Tarikh dan hari perlaksanaan

6.1Tarikh:8 Oktober 20146.2Hari:Rabu6.3Masa:2.00 Hingga 3.30 petang.

7.0 Tempat perlaksanaan7.1 Dewan Bestari, SMK (P) St George

8.0 Kumpulan sasaran8.1 Pentadbir8.2 Guru-guru

9.0 Tentatif program2.00 petang-Pendaftaran peserta2.15 petang - Slot 1 - Pengenalan Kepada 1BestariNet2.30 petang-Slot 2 - Pembentukan Pasukan FROG2.45 petang-Slot 3 VLE-FROG3.30 petang-Bersurai

10.0Penutup10.1Program ini memerlukan kerjasama dan kolaborasi dari semua pihak. Ini adalah penting bagi memastikan kejayaan dan perlaksanaannya. Rangka kerja ini akan memudahkan tugas untuk memantau dan mengurus sebuah pasukan yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh,

_____________________(PN KHAIRUNNIZA BINTI ABDUL HAMID)