course outline mikroekonomi_stpm

15
KANDUNGAN DALAM BAB 3 (MIKROEKONOMI) BAB 3 - KEANJALAN PERMINTAAN DAN KEANJALAN PENAWARAN A) Keanjalan permintaan * Definisi keanjalan permintaan * Faktor-faktor keanjalan permintaan * Jenis-jenis keanjalan permintaan I) Keanjalan permintaan harga * Definisi keanjalan permintaan harga * Formula keanjalan permintaan harga * Darjah-darjah keanjalan permintaan harga * Keanjalan titik dan keanjalan lengkuk. *Hubungan antara darjah-darjah keanjalan permintaan harga dan jumlah hasil II) Keanjalan permintaan silang * Definisi *Formula *Hubungan keanjalan permintaan silang mengikut jenis barang *Contoh- pengiraan III) Keanjalan permintaan pendapatan *definisi *formula *Nilai-nilai dan perkaitan keanjalan permintaan pendapatan dengan jenis barang

Upload: vignes-gopal

Post on 19-Jun-2015

192 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

Course outline mikroekonomi_STPM

TRANSCRIPT

  • 1. KANDUNGAN DALAM BAB 3 (MIKROEKONOMI) BAB 3 - KEANJALAN PERMINTAAN DAN KEANJALAN PENAWARAN A) Keanjalan permintaan * Definisi keanjalan permintaan * Faktor-faktor keanjalan permintaan * Jenis-jenis keanjalan permintaan I) Keanjalan permintaan harga * Definisi keanjalan permintaan harga * Formula keanjalan permintaan harga * Darjah-darjah keanjalan permintaan harga * Keanjalan titik dan keanjalan lengkuk. *Hubungan antara darjah-darjah keanjalan permintaan harga dan jumlah hasil II) Keanjalan permintaan silang * Definisi *Formula *Hubungan keanjalan permintaan silang mengikut jenis barang *Contoh- pengiraan III) Keanjalan permintaan pendapatan *definisi *formula *Nilai-nilai dan perkaitan keanjalan permintaan pendapatan dengan jenis barang *contoh-contoh pengiraan B) keanjalan penawaran harga/keanjalan penawaran *definisi

2. * formula * Darjah-darjah keanjalan penawaran harga * Faktor-faktor yang mempengaruhi keanjalan penawaran C) Hubungan antara keanjalan permintaan dan keanjalan penawaran dengan cukai dan subsidi. RUMUS-RUMUS PENTING DALAM BAB 3(MIKROEKONOMI) BAB 3 : KEANJALAN PERMINTAAN (ED) DAN KEANJALAN PENAWARAN (ES) 1) Keanjalan permintaan harga (PED) A) secara peratus ( % ) = %Qd/%P B) secara perubahan ( ) = Qd/P X P0/Qd0 = -b X P0/Qd0 2) Keanjalan permintaan silang ( CED ) A) secara peratus ( % ) = %Qdx/ %PY0 B) secara perubahan ( ) = Qdx/Py x PY0/Qdx0 Nota: X dan Y merujuk kepada barang X dan Y. Formula di atas boleh berubah mengikut kesesuaian soalan. Nilai-nilai keanjalan permintaan silang boleh menjadi positif, negatif, dan sifar. 3. 3) Keanjalan permintaan pendapatan ( YED) A) secara peratus ( % ) = %Qd/%Y B) secara perubahan ( ) = Qd/Y X Y0/Qd0 4) Keanjalan lengkuk permintaan (i) secara purata / formula titik tengah = Qd / ( Qd1 + Qd0) x ( P1+ P0) / P = Qd / (Qd1 + Qd0) x (P1 + P0)/ P = Qd / P X (P1+ P0) / (Qd1 + Qd0) Penawaran i) secara purata / formula titik tengah = Q5 / ( Qs1 + Qs0) x ( P1+ P0) / P = Qs / (Qs1 + Qs0) x (P1 + P0)/ P = Qs / P X (P1+ P0) / (Qs1 + Qs0) *keanjalan lengkuk untuk permintaan dan penawaran adalah sama. Simbolnya yang berbeza. 5) Keanjalan titik (permintaan) = Qd/ P X P0/Qd0 6) Keanjalan penawaran harga ( PES ) a) Secara peratus(%) =%Qs/%P b) Secara perubahan () 4. = Qs/PX P0/Q0 7) Jumlah hasil (TR) TR = P X Q Nota Bab 3 (Keanjalan permintaan dan keanjalan penawaran) Keanjalan permintaan(ED) * definisi mengukur perubahan dalam kuantiti diminta sesuatu barang akibat perubahan dalam harga barang itu sendiri, harga barang lain atau tingkat pendapatan pengguna tertentu. * Faktor-faktor keanjalan permintaan a) Bilangan barang pengganti - Permintaan terhadap barang adalah lebih anjal sekiranya bilangan barang pengganti adalah banyak dan sebaliknya. b) Bilangan kegunaan - Permintaan terhadap barang adalah lebih anjal sekiranya bilangan kegunaan adalah banyak dan sebaliknya. c) Kepentingan barang - Permintaan terhadap barang adalah lebih anjal sekiranya barang tersebut kurang penting dan sebaliknya. d) Bahagian pendapatan yang dibelanjakan / Peratus pendapatan yang dibelanjakan. - Permintaan terhadap barang adalah lebih anjal sekiranya bahagian pendapatan yang dibelanjakan adalah besar dan sebagainya. e) Bilangan pengguna * - Permintaan terhadap barang adalah lebih anjal sekiranya bilangan pengguna adalah banyak. f) Definisi pasaran * - Permintaan terhadap barang adalah lebih anjal dengan kewujudan definisi pasaran yang luas dan sebagainya. 5. * Jenis-jenis keanjalan permintaan a) Keanjalan permintaan harga(PED) *definisi mengukur perubahan dalam kuantiti diminta sesuatu barang akibat perubahan dalam harga barang itu sendiri. *formula - dapat dilihat dalam 2 aspek, iaitu:- (a) Secara peratus (%) PED = %Qd/%P (b) Secara perubahan () PED = Q/P X P0/Q0 * Darjah-darjah keanjalan permintaan harga (i) Anjal (PED > -1) / -1< PED < *Peratus perubahan dalam kuantiti diminta barang(%Qd) > Peratus perubahan dalam harga barang tersebut(%P) * Keluk permintaan yang mempunyai keanjalan melebihi satu (dalam aspek mutlak), akan berbentuk landai. * Keluk permintaan (PED >-1) * Perubahan harga yang sedikit/kecil akan membawa kepada perubahan dalam kuantiti diminta yang besar. (sebagai contohnya: Penurunan harga yang kecil/sedikit akan membawa kepada peningkatan kuantiti diminta yang besar. (ii) Tidak anjal/kurang anjal (PED PED > 0 *Peratus perubahan dalam kuantiti diminta barang(%Qd) < Peratus perubahan dalam harga barang tersebut(%P) Harga(RM) Kuantiti diminta(unit) D D %Qd % P P0 P1 Q0Q1 6. * Keluk permintaan yang mempunyai keanjalan yang kurang dari satu (dalam aspek mutlak), akan berbentuk curam * Perubahan harga barang yang besar akan menyebabkan perubahan yang kecil/sedikit dalam kuantiti diminta bagi barang tersebut. (iii) Anjal uniti/Anjal satu (PED = -1) *Peratus perubahan dalam kuantiti diminta barang(%Qd) = Peratus perubahan dalam harga barang tersebut(%P) * Keluk permintaan yang mempunyai keanjalan bersamaan dengan satu (dalam aspek mutlak), akan berbentuk hiperbola segiempat tepat. * Perubahan harga yang kecil akan membawa kepada perubahan dalam kuantiti diminta yang kecil dan sebaliknya. (iv) anjal sempurna / anjal infiniti (PED = - ) Harga(RM) Kuantiti diminta (unit) D D %P %Qd Harga (RM) Kuantiti diminta (unit) %P P0 P1 Q1Q0 %Qd P0 P1 Q0Q1 D D 7. * Penurunan harga barang akan menyebabkan perubahan kuantiti diminta yang tidak terhingga dan kenaikan harga barang akan menyebabkan perubahan kuantiti diminta sehingga sifar. * perubahan dalam kuantiti diminta tidak akan dipengaruhi oleh harga barang. *Keluk permintaan berbentuk garis lurus mendatar( bermula dari mana-mana tingkat harga dalam paksi harga) yang selari dengan paksi kuantiti diminta. (v) Tidak anjal sempurna/anjal sifar (PED = 0) * Perubahan harga dalam barang tidak akan mempengaruhi kuantiti diminta barang. * Keluk permintaan berbentuk garis lurus menegak yang selari dengan harga barang tersebut. Harga(RM) Kuantiti diminta(unit) DP0 D Harga(RM) Kuantiti diminta(unit) D D Q0 8. Keanjalan titik (keterangan lanjut mengenai keanjalan titik akan diberikan dalam kelas tutorial) Definisi - keanjalan titik mengukur keanjalan permintaan harga pada suatu titik yang tertentu. Formula - Qd/P X P0/Qd0 Keanjalan lengkuk (dalam konteks permintaan) Definisi - keanjalan lengkuk mengukur titik tengah di antara dua titik yang berbeza. Formula - kaedah titik tengah Qd/ Qd1 + Qd0 x P1 + P0/P Kaedah graf Harga(RM) Kuantiti diminta (unit) P0 P5 Q5Q0 PED= - PED >-1 PED = -1 PED < -1 PED = 1 Harga(RM) Kuantiti diminta (unit) P0 Q0 P1 Q1 P1 + P0 Q1 + Q0 9. Hubungan antara keanjalan permintaan harga dan jumlah hasil i) Hubungan antara keanjalan titik dan jumlah hasil * Nota : Penerangan bagi keanjalan permintaan harga dan jumlah hasil adalah berbeza sedikit. Nota mengenai bahagian keanjalan permintaan harga dan jumlah hasil yang lain akan diberikan pada minggu hadapan Q0 Melalui keluk di atas, 1) Apabila PED > -1, maka, hubungan antara harga dan jumlah hasil adalah negatif. (MR>0) 2) Apabila PED < -1, maka, hubungan antara harga dan jumlah hasil adalah positif (MR -1 PED< -1 PED=0 10. Definisi - keanjalan permintaan silang mengukur perubahan dalam permintaan atau kuantiti diminta bagi sesuatu barang akibat perubahan dalam harga barang yang lain. Formula (a) secara peratus CED = %Qdx/%PY (b) Secara biasa () = Qdx/PY X PY0/ Qdx0 Hubungan antara nilai keanjalan permintaan silang dan jenis barang a) Sekiranya nilai CED = - bagi barang x, maka, barang x dan y adalah barang penggenap b) Sekiranya nilai CED = + bagi barang x, maka, barang x dan y adalah barang pengganti c) Sekiranya nilai CED = 0 bagi barang x, maka, barang x dan y adalah barang tidak berkaitan atau neutral Contoh pengiraan CTH 1 Harga barang y (RM) Kuantiti diminta barang x (unit) 1 6 2 8 keanjalan permintaan silang bagi barang x apabila harga barang y meningkat dari RM 1 kepada RM2. CED = Qdx/Py x PY0/Qdx0 = 2/1 X 1/6 = 2/6 = + 0.33 NIlai keanjalan permintaan silang bagi barang x adalah positif. Maka, barang x dan barang y adalah barang pengganti. CTH 2 Harga barang y (RM) Kuantiti diminta barang x (unit) 1 6 2 4 11. Keanjalan permintaan silang bagi barang x apabila harga barang y meningkat dari RM 1 kepada RM 2. CED = Qdx/Py x PY0/Qdx0 = -2/1 X 1/6 = -2/6 = -0.33 Nilai keanjalan permintaan silang bagi barang x adalah negatif. Maka, barang x dan barang y adalah barang penggenap. CTH 3 Harga barang y (RM) Kuantiti diminta barang x (unit) 1 6 2 6 Keanjalan permintaan silang bagi barang x adalah harga barang Y meningkat dari RM 1 kepada RM 2. CED = Qdx/Py x PY0/Qdx0 = 0/1 X 1/6 = 0/6 = 0 Nilai keanjalan permintaan silang bagi barang x adalah sifar. Maka, barang x dan barang y adalah barang neutral/ barang yang tidak berkaitan. Keanjalan permintaan pendapatan Definisi - keanjalan permintaan pendapatan mengukur perubahan dalam kuantiti diminta atau permintaan sesuatu barang akibat perubahan dalam tingkat pendapatan seseorang pengguna. Formula a) Secara peratus YED = %Qd/%Y b) Secara perubahan YED = Qd/Y X Y0/Qd0 Nilai-nilai keanjalan permintaan pendapatan dan perkaitannya dengan jenis barang i) YED = 0, barang mesti ii) 1 >YED > 0, barang keperluan spt makanan iii) YED = 1, barang biasa spt pakaian iv) YED > 1, barang mewah 12. v) YED < 0, barang bawahan Contoh pengiraan CTH 1 Pendapatan pengguna (RM) Kuantiti diminta barang x(unit) 80 5 100 6.25 Keanjalan permintaan pendapatan bagi barang x apabila pendapatan meningkat dari RM 80 kepada RM 100 adalah :- YED = Qdx/Y X Y0/Qdx0 = 1.25/20 x 80/5 = 1 Nilai keanjalan permintaan pendapatan bagi barang x adalah + 1. Maka, barang x adalah barang biasa, (pakaian) CTH 2 Pendapatan pengguna (RM) Kuantiti diminta barang x(unit) 80 5 100 7 Keanjalan permintaan pendapatan bagi barang x apabila pendapatan meningkat dari RM 80 kepada RM 100 adalah:- YED = Qdx/Y X Y0/Qdx0 = 2/20 X 80/5 = 1.6 Nilai keanjalan permintaan pendapatan bagi barang x adalah + 1.6. Maka, barang x adalah barang mewah. CTH 3 Pendapatan pengguna (RM) Kuantiti diminta barang x(unit) 80 5 100 4 Keanjalan permintaan pendapatan bagi barang x apabila pendapatan meningkat dari RM 80 kepada RM 100 adalah:- YED = Qdx/Y X Y0/Qdx0 = -1/20 x 80/5 = -0.8 13. Nilai keanjalan permintaan pendapatan bagi barang x adalah -0.8. Maka, barang tersebut adalah barang bawahan. Keanjalan penawaran harga Definisi - keanjalan penawaran harga mengukur perubahan dalam kuantiti ditawar akibat perubahan dalam harga barang itu sendiri. Formula a) Secara peratus PES = %Qs/%P b) Secara biasa () PES = Qs/P X P0/Qs0 * Pengumuman : Nota untuk bahagian darjah-darjah keanjalan penawaran harga, faktor-faktor keanjalan penawaran harga dan hubungan antara cukai dan subsidi dengan keanjalan permintaan dan keanjalan penawaran akan diberikan pada kelas tutorial pada minggu hadapan.