corak dalam susunan motif rekaan corak

Upload: huichin-hong

Post on 14-Oct-2015

193 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

no caption

TRANSCRIPT

1) Corak dalam susunan motif rekaan corak: Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Corak terdiri daripada corak terancang dan corak tidak terancang Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebasMana-mana jawapan yang sesuai: Persepsi dalam membuat corak dan rekaan(i) Memahami dan menyedari corak di alam sekitar (ii) Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian(iii) Menyedari adanya perkaitan antara corak dan warna(iv) Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan (v) Memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik(vi) Menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan kaitannya dengan kehidupan mereka.(vii) Menyedari pertalian ciri-ciri seni yang trdapat dalam alam sekitar dan menghasilkan karya yang berharmoni dan bermakna(viii) Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan, kepelbagaian, kesatuan, kontras dalam penghasilan corak.

2) Jenis motif dalam hasil corak rekaan, dua teknik Membuat Corak Dan Rekaan dalam penghsilan corak tersebut serta bahan dan alat yang digunakan dalam hasil rekaan ini.Jenis MotifJenis TeknikBahan dan Alat

iOrganikKolajKertas, bahan kitar semula, kadbod, gum, gunting, pisau

iiFlora GeometriLipatan dan guntinganKertas, gunting

3) Kaedah Kreativiti membantu menjana motif dalam aktiviti mencorak. Ini adalah selaras dengan teori Alexander Osborne.

Melalui cetakan kolograf, terangkan proses penghasilan corak terancang yang bermotifkan flora dan fauna. Senaraikan alatan dan bahan yang berkaitan dengan proses cetakan tersebut. Definisi cetakan: teknik cetakan ialah cara menghasikan karya dengan mencetak. Pada asasnya cetakan menggunakan sifat timbul, tenggelam pada sesuatu blok atau skrin. Terdapat berbagai-bagai jenis cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan.

4) Proses penghasilan: cetakan kolograf (samada Mono atau Berwarna)a. Langkah 1: Kajian teori dan lakaran kasar olahan ideab. Langkah 2: Lakaran sebenar olahan idea : Media/ Alat-aplikasi variasi media dan alat : Koleksi gambar rujukan, gum/ pelekat, alat dan media campuran, cat cetak.

c. Langkah 3: Proses penyediaan Blok Cetakan melekatkan objek alam yang mempunyai variasi tekstura dan jalinan di atas blok cetakan yang boleh dibuat dengan menggunakan kadbod/ Strawboard/ Plywood atau bahan lain yang sesuai untuk dijadikan blok seperti bahan kitaran semula: kulit keras majalah atau kotak.

d. Langkah 4: Proses mencetak Test Print (untuk tujuan kajian tentang variasi jenis kertas yang sesuai untuk cetakan serta untuk mengkaji keberkesanan teknik mencetak melalui penekanan hari atau objek alam ke atas blok cetakan) Hasil cetakan sebenar

e. Langkah 5: Keringkan di pemidang Labelkan setiap helai hasilan cetakan Bingkaikan hasil cetakan sebenar Pamerkan hasil cetakan untuk tujuan sesi Apresiasi Seni dan Refleksi

5) Media dan Alatan(i) Kadbod, strawboard, plywood, bahan kitaran semula: kulit keras majalah(ii) Objek alam untuk dilekat di atas blok cetakan : variasi jenis paku/ pin/penyepit baju/ butang/ kulit kerang/ penutup botol/ tali guni yang kasar/batu kecil/ klip kertas/ ranting kecil/ tooth-pick/ getah gelung/ dan media lain yang sesuai dan mempunyai jalinan. (iii) Alat untuk menekan: sudu, penggolek, sponge, penukul(iv) Alat untuk membingkai prosuk akhir: mounting board/ kertas lukisan yang tebal, binding tape, cow gum, gum grafik

6) Aplikasi variasi teknik merupakan aspek penting dalam aktiviti membuat corak tidak terancang.Jenis teknik penghasilan corak tidak terancang: Merenjis: Bancuhkan beberapa warna cat air pilihan anda dalam lubang palet yang berasingan. Gunakan berus gigi, renjis dan percikkan warna-warna itu ke atas kertas katrij sehingga terdapat satu corak berbintik-intik yang cantik hasil gabungan dan tindihan warna.

Meniup: Bancuhkan beberapa warna cat air pada bahagian tengah kertas katrij. Gunakan berus untuk menyapu warna tadi supaya ia menyentuh antara satu sama lain. Lipatkan kertas katrij itu supaya bahagian yang berwarna berada di dalam. Tekan bahagian yang berwarna itu supaya rata. Buka balik lipatan itu. Satu corak lipatan pun terjadi. Corak ini dengan sendirinya menjadi simetri.

Stensilan: rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas stensil apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diresap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

Menguris: sesuatu alat yang tajam boleh digunakan untuk menguris keluar sesuatu bahan yang lembut di sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal terlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar.

Mencetak: teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnya cetakan menggunakan sifat timbul, tenggelam pada sesuatu blok atau skrin. Terdapat berbagai-bagai jenis cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan

Mana-mana jawapan yang sesuai:Contohnya:- Mengayak Mengolek Melipat dan menggunting

7) Teknik penghasilan Corak Tidak Terancang dalam bidang Membuat Corak dan Rekaan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah Tahap 1. Corak Tidak Terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya. Contohnya: Teknik mengumpul variasi garisan dan Teknik Menguris Menggunakan pelbagai jenis garisan untuk menghasilkan corak secara tidak terancang Mengenali dan melukis corak secara bebas Mencorak dengan menggunakan pelbagai alat dan media yang sesuai Mengolah bahan alam dan kutipan yang boleh dijadikan motif dalam penghasilan corak secara kreatif Menyata dan mempamerkan hasil kerja sendiri Mengumpul hasil kerja Mengendalikan sesi refleksi untuk tujuan mengenalpasti kelemahan dan masalah yan dihadapi oleh para murid semasa proses perkembangan aktiviti membuat corak dan rekaan ini. (untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahap 1)Contoh: Aktiviti Membuat Corak Tidak Terancang KBSR Tahap 1:Ikat dan celup Ikatkan beberapa bahagian kain putih dengan menggunakan getah gelang. Celupkan kain itu ke dalam dye yang berwarna cerah. Tambahkan ikatan dengan getah pada bahagian lain pula dan celup ke dalam dye yang berwarna lebih gelap. Ulang langkah ini sehingga beberapa warna telah dicelup. Akhir sekali celup kain itu ke dalam pemati warna. 8) Aktiviti membuat imitasi pengulangan motif alam Tahun 5 boleh dimudahkan melalui penggunaan Tool dalam perisian komputer Corel DRAW.Nama Tool yang terkandung di dalam Transformations seperti jadual di bawah.(i) Position(ii) Rotation(iii) Scale(iv) Size(v) Skew

9) Ikon shaping tool dalam perisian computer CorelDRAW memainkan peranan penting dalam aktiviti menghasilkan motif corak yang berkualiti.

Fungsi yang terdapat dalam shaping tool.

Nama tool shapingFungsi

1WeldGabung 2 atau lebih ruoa menjadi rupa baru/ rupa terbaru

2TrimPengurangan rupa asal selepas rupa baru yang bertindih ditrim/ dibuang

3IntersectWujud dalam 2 rupa yang bertindih. Rupa tindihan tersebut akan wujud.