contractor melayu mendapat 100% project

5
8/8/2019 Contractor Melayu mendapat 100% Project http://slidepdf.com/reader/full/contractor-melayu-mendapat-100-project 1/5 Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town Pada 15.12.2010 Kontraktor Melayu Dapat 100% Daripada Projek Jabatan Pengairan & Saliran(JPS) Dan 98% Nilai Projek Jabatan Kerja Negeri(JKR) Yang Di  bawah Peruntukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Kontraktor Melayu dapat 100% daripada nilai projek JPS dan 98% daripada nilai projek JKR yang di bawah peruntukan kerajaan negeri. Projek JPS dan JKR di bawah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri. TENDER YANG TELAH DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA TENDER JPS BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2010  Kontraktor Bumiputera Kontraktor Bukan Bumiputera  Jumlah  Jumlah (RM) 40,944,933.80  0  40,944,933. 80 % Dari Segi Nilai 100%  0 100%  Jumlah Bilangan 18  0 18  Jumlah Bilangan (%) 100% 0% 100% TENDER YANG TELAH DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA TENDER JKR DARI 1 JANUARI 2008 HINGGA 30 NOVEMBER 2010 (KERAJAAN NEGERI) Kontraktor Melayu Kontraktor Bukan Melayu Jumlah Jumlah (RM) 20,407,640.94 407,000.00 20,814,640.94 % Dari Segi Nilai 98% 2% 100% 1

Upload: anaksungai-derhaka

Post on 09-Apr-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contractor Melayu mendapat 100% Project

8/8/2019 Contractor Melayu mendapat 100% Project

http://slidepdf.com/reader/full/contractor-melayu-mendapat-100-project 1/5

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar,

George Town Pada 15.12.2010

Kontraktor Melayu Dapat 100% Daripada Projek Jabatan Pengairan &

Saliran(JPS) Dan 98% Nilai Projek Jabatan Kerja Negeri(JKR) Yang Di bawah Peruntukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Kontraktor Melayu dapat 100% daripada nilai projek JPS dan 98% daripada

nilai projek JKR yang di bawah peruntukan kerajaan negeri. Projek JPS dan

JKR di bawah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

TENDER YANG TELAH DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASATENDER JPS

BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2010

 Kontraktor

BumiputeraKontraktor

BukanBumiputera

 Jumlah

 Jumlah (RM) 40,944,933.80 0

 40,944,933.

80% Dari SegiNilai

100% 

0100%

 Jumlah Bilangan 18 0

18

 Jumlah Bilangan

(%) 100% 0% 100%

TENDER YANG TELAH DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA TENDERJKR DARI 1 JANUARI 2008 HINGGA 30 NOVEMBER 2010 (KERAJAANNEGERI)

Kontraktor 

Melayu

Kontraktor 

Bukan Melayu

Jumlah

Jumlah (RM) 20,407,640.94 407,000.00 20,814,640.94

% Dari Segi Nilai 98% 2% 100%

1

Page 2: Contractor Melayu mendapat 100% Project

8/8/2019 Contractor Melayu mendapat 100% Project

http://slidepdf.com/reader/full/contractor-melayu-mendapat-100-project 2/5

Jumlah Bilangan 16 1 17

% Bilangan 94% 6% 100%

Ini dengan sekaligus mematahkan fitnah jahat pemimpin UMNO dan juga

sekutu UMNO seperti Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang

(PKMM), Datuk Mohamed Fadzill Hassan. Datuk Mohamad telah

mendakwa kenyataan saya bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan

negeri dimenangi kontraktor bumiputera tidak benar dan tidak 

mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil..Datuk 

Mohamad Fadzill telah mencabar saya mendedahkan secara nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera kerana nilainya mungkin

 jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan habuan kontrak yang diterima

kontraktor bukan bumiputera.

Angka sedemikian dengan sendirinya membuktikan bahawa kontraktor 

UMNO seperti Datuk Mohamad Fadzil hasad dengki dan marah terhadap

kerajaan negeri PR semata-mata kerana mereka tidak memenangi kontrak 

seperti yang dulu. Atas kepentingan politik sempit UMNO dan BN, mereka

sedia menabur fitnah kerana tidak dapat kontrak dulu sebagai kroni UMNO.Kalau Datuk Mohamad seorang beriman, maka lebih baik beliau meminta

maaf dan menarik balik fitnah kepada kerajaan negeri PR Pulau Pinang.

Urustadbir CAT yang cekap akauntable dan telus telah berjaya

memartabatkan kontraktor Melayu dengan sistem tender terbuka. Urustadbir 

CAT dan sistem tender terbuka telah membuktikan bahawa kontraktor 

Melayu memang berdaya saing secara terbuka. Yang tak mampu saing

hanya kontraktor UMNO yang lembik, dayus dan bodoh sehingga terpaksa

 bergantung kepada kabel politik UMNO dan hidup sebagai kontraktor kroni.

Ini telah menyebabkan banyak projek kerajaan bermasalah sebelum ini.

Demi mengelakkan projek kerajaan negeri bermasalah kerana terbabit

dengan kontraktor kroni UMNO, maka arahan telah dikeluarkan kepada

semua jabatan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memantau dengan teliti

dan rapi sekiranya kontraktor UMNO ini membida projek.

2

Page 3: Contractor Melayu mendapat 100% Project

8/8/2019 Contractor Melayu mendapat 100% Project

http://slidepdf.com/reader/full/contractor-melayu-mendapat-100-project 3/5

Saya ingin menasihatkan Datuk Mohamad Fadzil supaya janganlah berpura-

 pura sebagai kontraktor kalau lebih berminat jadi orang politik yang sentiasa

serang kerajaan negeri Pulau Pinang. Adalah lebih baik beliau letak jawatan

sebagai YDP Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang dan bertanding

dalam pilihanraya besar kalau nak jadi orang politik.

Sekiranya Datuk Mohamad tidak mahu letak jawatan, beliau harus mengakui

salah dan meminta maaf kepada kerajaan negeri PR Pulau Pinang kerana

menabur fitnah yang tidak berasas. Macam mana kerajaan negeri boleh

 bekerjasama dengan persatuan sedemikian yang dipimpin oleh seorang kroni

UMNO yang begitu tebal sekali yang menabur fitnah melulu?

Sebelum ini saya telah menyatakan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus

(CAT) yang menjadi amalan kerajaan negeri terbukti apabila kira 70 peratus bidaan kontrak di Pulau Pinang berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.

Utusan Malaysia dan pemimpin rasis BN sering menggambarkan beliau

sebagai anti-Melayu sedangkan kerajaan negeri pimpinannya

memartabatkan usahawan bumiputera yang berkebolehan dengan tawaran

tender secara terbuka menerusi e-Perolehan.

Sudah sampai masanya kita jangan lihat daripada sudut perkauman tetapi

 professionalism dan kemampuan yang boleh martabatkan kita semua.

LIM GUAN ENG

BUKIT MERTAJAM 29 Nov. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng dicabar 

mendedahkan secara terperinci nilai tender yang dianugerahkan kepada

kontraktor bumiputera dan bukan bumiputera bagi membuktikan

kepimpinannya benar-benar telus dalam mengagihkan projek kerajaan

negeri.

Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk 

Mohamed Fadzill Hassan menegaskan, kenyataan Guan Eng bahawa 70

  peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor bumiputera

tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil.

3

Page 4: Contractor Melayu mendapat 100% Project

8/8/2019 Contractor Melayu mendapat 100% Project

http://slidepdf.com/reader/full/contractor-melayu-mendapat-100-project 4/5

Ini kerana, kata beliau, sebanyak mana pun kontrak yang diterima kontraktor 

 bumiputera, nilainya mungkin jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan

habuan kontrak yang diterima kontraktor bukan bumiputera.

''Kalau Guan Eng mahu membuktikan sesuatu dengan menyatakan peratusan

 besar projek yang diterima kontraktor bumiputera, sila nyatakan sekali nilai

 projek yang diperolehi supaya orang ramai mendapat gambaran sebenar 

 pengagihan projek yang dibuat.

''Tiada guna mengutarakan peratusan kononnya orang Melayu dapat banyak 

  projek sedangkan nilainya mungkin tidak sebesar mana, perlu juga

didedahkan siapa kontraktor bumiputera yang mendapat projek-projek 

kerajaan negeri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng dalam kenyataannya kepada portal berita propembangkangMalaysiakini hari ini menyatakan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus

(CAT) yang menjadi amalan kerajaan negeri terbukti apabila lebih 70

 peratus bidaan kontrak di Pulau Pinang berjaya dimenangi oleh kontraktor 

Melayu.

Guan Eng dipetik sebagai berkata, UMNO melalui lidahnya, Utusan

Malaysia sering menggambarkan beliau sebagai anti-Melayu sedangkan

kerajaan negeri pimpinannya memartabatkan usahawan bumiputera dengan

tawaran tender secara terbuka menerusi e-Perolehan.

Mohamed Fadzill yang juga Yang Dipertua PKMM Pulau Pinang berkata,

tiada gunanya Guan Eng memberikan statistik dalam bentuk peratus jika ia

hanya projek-projek mini kepada kontraktor kelas F yang hampir 100

 peratus dimiliki bumiputera.

''Kita sudah nyatakan sebelum ini, kalau Guan Eng ikhlas, kita minta beliau

dedahkan nilai serta siapa kontraktor bumiputera yang mendapat projek 

 berkenaan tetapi sehingga hari ini kerajaan negeri tidak dedahkan.

''Kerajaan negeri menggambarkan kontraktor bukan bumiputera memperoleh

tender yang sedikit tetapi ia benar dari segi peratusan tapi kita juga mahu

tahu nilai projek yang mereka perolehi, barulah kita dapat gambaran

sebenar," katanya.

4

Page 5: Contractor Melayu mendapat 100% Project

8/8/2019 Contractor Melayu mendapat 100% Project

http://slidepdf.com/reader/full/contractor-melayu-mendapat-100-project 5/5

Malah katanya, kontraktor bukan bumiputera juga mendapat faedah daripada

 projek yang ditawarkan kepada kontraktor Melayu memandangkan pasaran

 bahan-bahan binaan seperti simen, pasir dan besi didominasi oleh mereka.

Utusan Malaysia

5