termination of contractor - sr. amran bin mohd majid
Post on 08-Mar-2016
316 views
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Termination of contractor - Sr. AmranTRANSCRIPT
GARIS PANDUAN UNTUK URUSAN PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA
KONTRAKTOR
OLEH
Sr AMRAN BIN MOHD MAJID, B. Sc. (Hons) Quantity Surveying,
B. Jurisprudence (External) [External Law Degree],
Certificate in Legal Practice (CLP),
M. Sc. Project Management,
Reg. Q.S., FRISM.
OLEH
Sr AMRAN BIN MOHD MAJID, B. Sc. (Hons) Quantity Surveying,
B. Jurisprudence (External) [External Law Degree],
Certificate in Legal Practice (CLP),
M. Sc. Project Management,
Reg. Q.S., FRISM.
SURAT ARAHAN KPKR BIL. 8/2013
AMRAN MOHD MAJID 2
Mengambilkira perkembangan semasa
Mengambilkira peruntukan syarat-syarat kontrak PWD 2010 203/203A (Rev.1/2010) dan PWD DB (Rev. 1/2010)
Sebab-sebab pindaan
Panduan penyediaan draf-draf notis
Kaedah pengiraan baru kepada Perakuan Kos Penamatan
Pindaan ini turut mengambilkira pandangan daripada Penasihat Undang-undang KKR
Pindaan yang terlibat
Peruntukan syarat-syarat kontrak
AMRAN MOHD MAJID 3
Merujuk kepada klausa 51.1(a) syarat-syarat kontrak PWD 203/203A (Rev. 1/2010) ia menyatakan:
51.1 Default of Obligations
(a) Events of Default
In the event the Contractor -
(i) fails to commence works at the Site within two (2) weeks after the Date for Possession;
(ii) suspends or abandons the carrying out of the Works or any part thereof for a continuous period of .. (.) days;
(iii) fails to proceed regularly and diligently with the performance of his obligations under the Contract;
(iv) fails to execute the Works in accordance with the Contract;
(v) persistently neglects to carry out his obligations under the Contract;
(vi) refuses or persistently neglects to comply with a written notice from the S.O. in relation to any defective work or equipment, materials or goods which are defective or do not meet the requirements of the Contract;
(vii) fails to comply with the provisions of clause 47; or
(viii) fails to comply with any terms and conditions of this Contract,
Peruntukan syarat-syarat kontrak
AMRAN MOHD MAJID 4
then the Government shall give written notice to the Contractor specifying the
default, and requiring the Contractor to remedy such default within fourteen (14)
days of the receipt of the default notice or any period determined by the
Government.
Klausa 51.1(a) syarat-syarat kontrak PWD 203/203A (Rev.1/2010)
menyenaraikan sebab-sebab kemungkiran yang membolehkan pihak Kerajaan
menamatkan pengambilan kerja kontraktor.
(b) Termination
If the Contractor fails to remedy the breach within such period, the Government shall have
the right to forthwith terminate this Contract by giving a written notice to that effect
Peruntukan syarat-syarat kontrak
AMRAN MOHD MAJID 5
Seterusnya klausa 51.1(a) dan (b) syarat-syarat kontrak PWD 203/203A (Rev.1/2010) menyatakan keperluan pihak Kerajaan mengeluarkan notis tujuan penamatan apabila kontraktor telah melakukan tindakan kemungkiran dan sekiranya pihak kontraktor tidak membaiki kemungkirannya, maka pihak Kerajaan bolehlah menamatkan pengambilan kerja kontraktor dalam tempoh 14 hari dalam tempoh yang munasabah.
Klausa 51.1(c) syarat-syarat kontrak PWD 203/203A (Rev.1/2010) pula menyatakan akibat penamatan pengambilan kontraktor terhadap kontraktor:
(c) Consequences of Termination
If this Agreement is terminated under clause 51.1(b) -
(i) the Contractor shall
(G) pay to the Government for any losses and damages as a result of termination of this Contract in the manner provided under clause 56; and
Peruntukan yang sama bagi kontrak PWD DB (Rev.1/2010) boleh didapati di klausa-klausa 60.1(a),(b) dan (c)(G)
Peruntukan undang-undang
AMRAN MOHD MAJID 6
Merujuk kepada seksyen 40 Akta Kontrak 1950 ia memperuntukan:
Apabila suatu pihak bagi suatu kontrak telah enggan melaksanakan atau telah tak membolehkan dirinya dari melaksanakan janjinya pada keseluruhannya, maka penerima-janji, bolehlah menamatkan kontrak itu, melainkan jika ia telah menunjukkan dengan kata-kata atau kelakuan, persetujuannya untuk meneruskan kontrak itu.
Berdasarkan kepada seksyen 40 Akta Kontrak 1950, ia jelas menyatakan dalam keadaan di mana kontraktor gagal atau enggan menyiapkan kerja, maka pihak Kerajaan bolehlah menamatkan pengambilan kerjanya.
Perlulah diingatkan sekiranya kontraktor telah berjaya menyiapkan kerja sebahagian besar, maka menurut seksyen 40 Akta Kontrak 1950, adalah agak sukar bagi pihak Kerajaan menamatkan kontrak.
Peruntukan undang-undang
AMRAN MOHD MAJID 7
Berhubung dengan tuntutan perbezaan harga oleh Kerajaan terhadap kontraktor disebabkan pengamatan rujukan boleh dibuat kepada seksyen 76 Akta Kontrak 1950,yang menyatakan:
Seseorang yang membatalkan suatu kontrak secara sah adalah berhak untuk mendapat pampasan bagi sebarang kerugian yang dialaminya, kerana ketiadaan pemenuhan kontrak itu
Seksyen 76 Akta Kontrak 1950 tersebut dengan jelas menyatakan bahawa apabila pihak Kerajaan secara sah menamatkan pengambilan kerja kontraktor, maka pihak Kerajaan berhak menuntut pampasan gantirugi daripada kontraktor.
Sehubungan dengan itu klausa 51.1(c) syarat-syarat kontrak PWD 203/203A (Rev.1/2010) hendaklah juga ditadbirkan menurut seksyen 76 Akta Kontrak.
Prinsip perundangan berdasarkan
Common Law
AMRAN MOHD MAJID 8
Merujuk kepada kes Tan Sri Khoo Teck Puat dan Seorang Lagi lwn. Plenitude Holdings Sdn. Bhd. (1994) 3 MLJ 777, Edgar Jospeh Jr., HMP, dalam penghakimannya berkaitan dengan tuntutan pampasan gantirugi telah merujuk kepada penghakiman kes Bonham-Carter lwn. Hyde Park Hotel Ltd. 64 TLR 177 dan meluluskan prinsip perundangan berkaitan dengan tuntutan pampasan gantirugi, di mana Hakim tersebut menyatakan:
.plaintiffs must understand that if they bring an action for damages it is for them to prove their damage; it is not enough to write down the particulars, so to speak, throw them at the head of the court, saying: this is what I have lost, I ask you to give me these damages. They have to prove it.
Peruntukan undang-undang
AMRAN MOHD MAJID 9
Sehubungan dengan itu adalah jelas berdasarkan kepada prinsip
perundangan yang mantap tujuan, sekiranya pihak Kerajaan menuntut
pampasan gantirugi disebabkan penamatan pengambilan kerja
kontraktor, ia perlulah membuktikan kerugian yang dialaminya.
Tambah lagi prinsip perundangan berkaitan dengan tuntutan pampasan
kerugian adalah hanya bertujuan untuk meletakkan pihak yang terkilan
(Kerajaan) kepada kedudukan asalnya sekiranya tindakan kemungkiran
kontrak oleh kontraktor tidak berlaku.
Berlandaskan kepada syarat-syarat kontrak dan peruntukkan undang-
undang bertulis berserta dengan prinsip perundangan yang mantap
Garis Panduan Penamatan ini disediakan dan diluluskan.
Kandungan Garis Panduan Bertarikh 4.10.2006 dan Garis Panduan Baru
AMRAN MOHD MAJID 10
A. Tindakan apabila kontraktor mungkir
Penyediaan Notis untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor
Penyediaan Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor
B. Tindakan yang perlu diambil selepas kontrak dimansuhkan
C. Penyediaan Perakuan Kos Penamatan berikutan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor
Perbandingan Garis Panduan Bertarikh 4.10.2006
dan Garis Panduan Baru
AMRAN MOHD MAJID 11
GARIS PANDUAN LAMA GARIS PANDUAN BARU
A. TINDAKAN APABILA KONTRAKTOR MUNGKIR
Umum
Rujukan dibuat secara am kepada kemungkiran
di bawah Fasal 51 Syarat-syarat Kontrak
Rujukan dibuat secara khusus kepada asas-asas
kemungkiran dan juga di bawah Fasal 51.1(a)
syarat-syarat Kontrak yang berkaitan
Tiada Perenggan baru - Notis yang dikeluarkan
hendaklah dihantar kepada Kontraktor secara
berdaftar ke alamat terkini Kontraktor.
Pastikan resit penghantaran melalui pos
disimpan di dalam fail.
Surat Amaran Bagi Kemungkiran Kontraktor
Tiada perubahan Tiada perubahan
Perbandingan Garis Panduan Bertarikh
4.10.2006 dan Garis Panduan Baru
AMRAN MOHD MAJID 12
GARIS PANDUAN LAMA GARIS PANDUAN BARU
A. TINDAKAN APABILA KONTRAKTOR MUNGKIR (samb)
Panduan Menyediakan Draf Notis
untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor
Rujukan kepada fasal yang sebabkan
olehnya, pengambilan kerja kontraktor
boleh ditamatkan, dinyatakan sebagai fasal
51 Syarat-syarat Kontrak
Rujukan fasal dinyatakan secara khusus sebagai
Fasal 51.1(a) ____ dan Fasal 51.1(b) Syarat-syarat
Kontrak
Tiada Perenggan baru- Kontraktor dimaklumkan bahawa
sekiranya pengambilan kerja mereka ditamatkan,
rampasan terhadap Bon Pelaksanaan/baki Wang
Jaminan Pelaksanaan dan Jaminan Wang
Pendahuluan akan dibuat sejajar dengan Fasal 13.6
dan 69.3 Syarat-syarat Kontrak
Perbandingan Garis Panduan Bertarikh
4.10.2006 dan Garis Panduan Baru
AMRAN MOHD MAJID 13
GARIS PANDUAN LAMA GARIS PANDUAN BARU
A. TINDAKAN APABILA KONTRAKTOR MUNGKIR (samb)
Contoh Notis untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor
Notis ditandatangani oleh Pegawai Yang
Dinamakan Dalam Kontrak
Notis di ditandatangani oleh Pegawai Yang
Diberi Kuasa, b.p Kerajaan Malaysia
Perbandingan Garis Panduan Bertarikh
4.10.2006 dan