contohtekspengacaraperhimpunanpagi-130130074444-phpapp01

2
Contoh Teks Pengacara Perhimpunan Pagi 1. Pengacara mengambil tempat pengacara majlis. 2. Pengacara memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan. 2.1 Yang berusaha Tuan Guru Besar Tuan/Puan/Marsilah Binti Ibram Yang dihormati Guru Penolong Kanan Satu Tuan/Puan.... Goh Hon Lee Guru Penolong Kanan HEM Tuan/Puan Thamaianthee a/p ghanasundaram Guru Penolong Kanan Kokurikulum Tuan/Puan Nizam bin Mat Isa Guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Selayang Baru 2 yang dikasihi dan dirahmati Allah swt. sekalian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.... 2.2 Bagi meneruskan majlis perhimpunan pagi ini, dengan segala hormatnya dipersilakan guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Selayang Baru 2 berdiri untuk sama-sama kita nyanyikan 4 buah lagu: a) Negaraku b) Selangor c) Dan Lagu Sekolah Dengan segala hormatnya, hadirin diminta berdiri. 2.3 Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dengan segala hormatnya dipersilakan pengawas bertugas saudara ................................................... untuk merafakkan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan. 2.4 Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara ....................................... atas bacaan doa itu tadi. Kita teruskan majlis dengan mempersilakan pengawas bertugas saudara................................................... untuk mengetuai pembacaan ikrar rukun negara dan ikrar sekolah. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. 2.5 Majlis mengucapkan terima kasih kepada pengawas bertugas atas bacaan ikrar sebentar tadi. Ucapan pembukaan.. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah swt yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa kerana telah mengizinkan kita untuk

Upload: abdullah-fadhil

Post on 16-Nov-2015

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hh

TRANSCRIPT

Contoh Teks Pengacara Perhimpunan Pagi

1. Pengacara mengambil tempat pengacara majlis.

2. Pengacara memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan.

2.1Yang berusaha Tuan Guru Besar Tuan/Puan/Marsilah Binti Ibram

Yang dihormati Guru Penolong Kanan Satu Tuan/Puan....Goh Hon LeeGuru Penolong Kanan HEM Tuan/Puan Thamaianthee a/p ghanasundaramGuru Penolong Kanan Kokurikulum Tuan/Puan Nizam bin Mat Isa

Guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Selayang Baru 2 yang dikasihi dan dirahmati Allah swt. sekalian,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

2.2Bagi meneruskan majlis perhimpunan pagi ini, dengan segala hormatnya dipersilakan guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Selayang Baru 2 berdiri untuk sama-sama kita nyanyikan 4 buah lagu:

a) Negaraku

b) Selangorc) Dan Lagu Sekolah

Dengan segala hormatnya, hadirin diminta berdiri.

2.3 Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dengan segala hormatnya dipersilakan pengawas bertugas saudara ................................................... untuk merafakkan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

2.4 Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara ....................................... atas bacaan doa itu tadi. Kita teruskan majlis dengan mempersilakan pengawas bertugas saudara................................................... untuk mengetuai pembacaan ikrar rukun negara dan ikrar sekolah. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

2.5 Majlis mengucapkan terima kasih kepada pengawas bertugas atas bacaan ikrar sebentar tadi.

Ucapan pembukaan..

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah swt yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa kerana telah mengizinkan kita untuk berhimpun sekali lagi pada pagi ini. Malahan, kita juga mengucapkan syukur kerana sentiasa dilimpahkan kasih sayang Allah yang tidak berbelah bagi. Kerana kasih sayangNyalah maka kita berada di sini bagi meneruskan agenda hidup kita sebagai hamba yang bersyukur.

Guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian,

Kita teruskan majlis pada pagi ini dengan mempersilakan En./ Puan ................................................................. untuk menyampaikan ucapan mingguan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

#(Hadirin mendengar ucapan guru bertugas minggu lepas)

2.6 Kita mengucapkan terima kasih kepada En/Puan............................................ atas ucapan beliau yang mengandungi nasihat dan teguran berguna buat kita semua. Apa yang disampaikan sebentar tadi diharap dapat dipatuhi, dituruti dan dijadikan iktibar buat kita. Antara perkara penting yang harus kita ingat ialah:

2.7 Ucapan pentadbir......Bagi meneruskan acara, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia....................................

2.8 Guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian.

Untuk makluman semua, guru yang bertugas pada minggu ini ialah:

a) Cikgu Syazwani,Cikgu Aini, Cikgu Alexson,Cikgu Badrul,Jika terdapat sebarang masalah atau memerlukan sebarang bantuan, silalah berjumpa dengan guru-guru bertugas pada minggu ini.

Perhimpunan rasmi mingguan berakhir di sini. Para guru boleh bersurai dan para pelajar boleh bersurai mengikut barisan kelas masing-masing dalam keadaan tertib.