contoh_penulisan_rph_sejarah_terkini.pdf

5

Click here to load reader

Upload: uma-mageswari

Post on 22-Dec-2015

12 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: contoh_penulisan_rph_sejarah_terkini.pdf

CONTOH PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN SEJARAH

Mata Pelajaran dan Kelas

Sejarah Tahun 4 Maju

Jumlah Bilangan Murid

36 orang (L : 16 P : 20)

Tema / Tajuk Zaman Air Batu

Tarikh / Masa 16 Februari 2015 / 8.40 pagi – 9.40 pagi

Fokus

Standard Kandungan: 2.1 Mengetahui dan memahami Zaman Air Batu

Standard Pembelajaran: 2.1.1 Menyatakan maksud Zaman Air Batu 2.1.2 Menyatakan perubahan yang berlaku pada Zaman Air Batu K2.1.4 Menyatakan keperluan menghargai alam sekitar

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat;

i. Menyatakan maksud zaman air batu dengan jelas dan tepat.

ii. Menjelaskan tiga perubahan yang berlaku pada zaman air batu

iii. Menyenaraikan tiga keperluan menghargai alam sekitar.

Aktiviti 1. Menonton tayangan video pada musim sejuk (TMK)

2. Bercerita tentang keadaan semasa cuaca sejuk dan cuaca panas berdasarkan video yang ditonton.

3. Melihat gambar keadaan bentuk muka bumi di kawasan yang mengalami musim sejuk melalui slaid powerpoint (KPS)

4. Membentangkan jawapan berdasarkan kad arahan yang diberikan.

Elemen Merentasi Kurikulum (EMK)

Nilai Murni – bersyukur, kasih sayang

KPS - elemen asas sejarah

Dimensi Kewarganegaraan – berbangga dengan sejarah asal-

usul negara.

TMK – belajar melalui TMK

Kemahiran Berfikir - menghubung kait, menjana idea, memberi sebab

Standard Prestasi 1. Murid mengetahui tentang Zaman Air Batu. 2. Murid memahami tentang Zaman Air Batu. 3. Murid boleh menerangkan tentang Zaman Air Batu dengan memberikan contoh.

4. Murid boleh menguasai pengetahuan tentang Zaman Air

Batu dalam menghargai kehidupan masa kini.

Bahan Bantu Belajar Komputer, LCD,DVD, slaid powerpoint, buku latihan, alat tulis, kad arahan

Page 2: contoh_penulisan_rph_sejarah_terkini.pdf

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI EMK CATATAN

Permulaan (5 minit)

Menonton tayangan video klip

1. Murid menonton tayangan video klip ’Ice Age’ 2. Guru bertanyakan soalan kepada murid berkaitan klip video yang ditayangkan:

a) Siapa tahu tajuk cerita ini? Murid menjawab soalan guru secara lisan

b) Apa maksud tajuk itu dalam bahasa Melayu? Murid menjawab secara lisan

c) Masa itu semua kawasan dilitupi/ dipenuhi apa?

Murid menjawab soalan guru 3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.

Nilai Murni

-bersyukur - kasih sayang

EMK

-TKP

-TMK

KB

-Menjana Idea -menghubung kait

BBM

-Komputer riba,

LCD, DVD

Aktiviti 1 (15 minit)

1. Guru membahagikan murid kepada dua

kumpulan. Kumpulan 1 diminta

menyenaraikan keadaan semasa cuaca

sejuk / terlalu sejuk. Kumpulan 2

menyenaraikan sebab-sebab cuaca menjadi

sejuk / terlalu sejuk.

2. Murid-murid berbincang dalam kumpulan

masing-masing menyenaraikan hasil

dapatan mereka dalam kertas sebak.

3. Guru meminta setiap ketua kumpulan untuk

membentangkan hasil perbincangan di

hadapan kelas.

4. Murid membentangkan hasil dapatan masing-

masing.

5. Guru merumuskan pembentangan murid dan

mengaitkannya dengan proses membuat air

batu di rumah masing-masing.

EMK

- Keusahawanan

Nilai Murni

- Bersyukur

KB

- Menjana idea

Ciri cuaca sejuk menggigil salji baju tebal

Ciri cuaca panas berpeluh matahari terik haus/ dahaga

Zaman air batu adalah dunia diliputi salji/ air batu dan berkeadaan sejuk SP : 1 dan 2

Page 3: contoh_penulisan_rph_sejarah_terkini.pdf

6. Guru cuba mengaitkan isi pelajaran dengan

meminta murid menjelaskan maksud zaman air

batu.

7. Murid memberikan pelbagai jawapan.

8. Guru memberikan pengukuhan dan

memberikan jawapan yang paling tepat tentang

maksud zaman air batu.

Aktiviti 2 (20 minit)

1. Guru menunjukkan gambar slaid/ klip video kawasan-kawasan yang dilitupi air batu yang sedang mencair. 2. Murid diminta menjelaskan peristiwa/ kandungan klip video 3. Guru juga merumuskan jawapan murid dengan satu eksperimen ringkas iaitu kiub air batu yang terdedah. 4. Guru meminta murid menyenaraikan sebab-sebab air batu mencair. 5.Murid meneyenaraikan sebab-sebab air batu mencair. 6. Guru menyoal murid kenapa cuaca menjadi panas. Murid-murid memberi beberapa jawapan . 7. Guru mengaitkan jawapan murid dengan menerangkan tentang keadaan dan pencairan zaman air batu dengan bantuan gambar-gambar berkaitan dan mengaitkan dengan perubahan zaman air batu.

Nilai

- bersyukur

EMK

- ICT

KB

- memberi sebab

suhu dibawah takat beku manusia bergerak bebas dunia seolah-olah satu daratan sahaja litupan air batu yang jelas SP : 3

Aktiviti 3 (15 minit)

1. Guru menyediakan tiga stesen. Setiap stesen disediakan gambar-gambar dan kad arahan Murid dibahagikan kepada 3 stesen berikut: Stesen 1 (zaman Air batu) - Stesen 2 (perubahan-perubahan zaman air batu) Stesen 3 (alam sekitar) 2. Murid akan bergerak kesetiap stesen yang ditetapkan. Murid akan menjawab soalan berdasarkan arahan yang terdapat dalam kad arahan dalam kertas sebak yang disediakan.

EMK

- ICT

KB

- Menjana idea

BBM

- gambar

SP : 4

Page 4: contoh_penulisan_rph_sejarah_terkini.pdf

3. Murid akan membentangkan jawapan mereka dan guru akan memberi maklumbalas.

Penutup (5 minit)

1. Guru menunjukkan semula gambar-gambar berkaitan zaman air batu. 2. Murid diminta menyatakan kepentingan menjaga alam sekitar. 3. Guru merumuskan isi-isi penting dalam pelajaran hari ini.

Nilai

- Bersyukur

REFLEKSI : Seramai 30 orang daripada 36 orang murid telah berjaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Murid yang belum menguasai akan diberikan bimbingan. Murid yang telah menguasai akan diberikan latihan pengayaan.

Page 5: contoh_penulisan_rph_sejarah_terkini.pdf

Contoh : Kad/ gambar untuk stesen

Kad Arahan

Stesen 1

Berdasarkan gambar-gambar dibawah, kumpulan anda diminta menjawab soalan-

soalan berikut:

(contoh gambar)

1. Apa yang anda dapat perhatikan dari gambar di atas?

2. Bagaimana keadaan waktu ini?

3. Bolehkah air batu dalam gambar di atas cair?

4. Mengapakah air batu boleh cair?