contoh_jurnal

6
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH JURNAL PRAKTIKUM Nama Pelajar : NUR ATIRAH BINTI MAT ARIFFIN Kursus & Ambilan : PK – MP PR – 1 ( JANUARI 2011) Tempoh Praktikum : 8 MINGGU Pengkhususan : PENDIDIKAN KHAS Nama Guru Pembimbing : SITI ZAKIAH BINTI MOHAMAD NOR Nama Pensyarah Pembimbing : CIK ZUBAIDAH BINTI MAT NOT Catatan Minggu ke: (1).Tarikh : 15 JULAI hingga 19 JULAI 2013 Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan Untuk minggu pertama ini saya telah mengenali serba sedikit tentang sekolah, guru serta murid pendidikan khas yang ada di sekolah ini. Namun demikian apa yang hendak saya fokuskan untuk minggu ini ialah berkenaan dengan pengurusan masa. Berbeza dengan apa yang telah saya alami semasa praktikum fasa 1 saya telah diberikan masa sebanyak sepuluh jam yang mana setiap pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan adalah selama satu jam setiap hari. Namun demikian, untuk praktikum fasa dua ini saya telah diberikan tempoh pengajaran untuk setengah jam atau tiga puluh minit untuk setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.

Upload: shaliny-linnie

Post on 11-Feb-2016

27 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

Page 1: contoh_jurnal

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

06000 JITRA KEDAH

JURNAL PRAKTIKUM

Nama Pelajar : NUR ATIRAH BINTI MAT ARIFFINKursus & Ambilan : PK – MP PR – 1 ( JANUARI 2011)Tempoh Praktikum : 8 MINGGUPengkhususan : PENDIDIKAN KHASNama Guru Pembimbing : SITI ZAKIAH BINTI MOHAMAD NORNama Pensyarah Pembimbing : CIK ZUBAIDAH BINTI MAT NOT

Catatan Minggu ke: (1).Tarikh : 15 JULAI hingga 19 JULAI 2013

Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan

Untuk minggu pertama ini saya telah mengenali serba sedikit tentang sekolah,

guru serta murid pendidikan khas yang ada di sekolah ini. Namun demikian apa

yang hendak saya fokuskan untuk minggu ini ialah berkenaan dengan

pengurusan masa. Berbeza dengan apa yang telah saya alami semasa

praktikum fasa 1 saya telah diberikan masa sebanyak sepuluh jam yang mana

setiap pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan adalah selama

satu jam setiap hari. Namun demikian, untuk praktikum fasa dua ini saya telah

diberikan tempoh pengajaran untuk setengah jam atau tiga puluh minit untuk

setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.

Masa setengah jam yang diberikan untuk setiap sesi pengajaran dan

pembelajaran ini menyebabkan masa untuk murid melaksanakan aktiviti adalah

terhad. Jika dalam masa satu jam murid akan mempunyai masa yang banyak

untuk belajar serta menjalankan aktiviti yang telah disediakan oleh guru malahan

guru juga tidak perlu tergesa-gesa untuk mengajar semata-mata kerana mahu

mengejar masa yang 30 minit itu. Selain itu, sebagai guru praktikum saya perlu

Page 2: contoh_jurnal

menjalankan setiap langkah yang telah saya rancang dalam rancangan

pengajaran harian yang terdiri daripada set induksi, langkah pengajaran iaitu

interaksi pengajaran, latihan bertulis dan juga aktiviti pengukuhan serta yang

terakhir penutup. Jika saya ingin melakukan semua yang telah dirancangan

dalam masa 30 minit, murid bukan sahaja tudak dapat untuk belajar dengan

selesa malahan saya sebagai guru juga akan menghadapi masalah jika

sekiranya objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari itu tidak tercapai.

Sebagai seorang guru baru, saya tidak boleh hanya masuk dan memberi latihan

seperti guru-guru lain lakukan, maka pengurusan masa menjadi masalah yang

agak serius jika saya tidak atasinya dengan baik. Sebagai guru, saya

mengharapkan agar murid merasa seronok apabila menjalani sesi pengajaran

dan pembelajaran serta murid akan dapat menguasai pembelajaran yang telah

diajar pada hari tersebut.

Analisis masalah/Isu/peristiwa

Kebersihan diri adalah antara elemen terpenting yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu khususnya murid-murid sekolah. Lagipun, di sinilah mereka sepatutnya menjadikan ia suatu tabiat untuk berpakaian bersih dan kemas. Sekiranya murid-murid bersikap tidak endah dengan hal ini, mereka sememangnya boleh dianggap melanggar peraturan sekolah kerana setiap sekolah meletakkan syarat agar murid berpakaian kemas ketika ke sekolah. Ini membuktikan bahawa kebersihan sangat penting bagi murid-murid. Ahmad Sulaiman (2008) menyatakan:

”Kebersihan adalah salah satu tanda dari keadaan higiene yang baik. Manusia perlu menjaga kebersihan lingkungan dan kebersihan diri agar sihat, tidak bau, tidak menyebarkan kotoran, atau menularkan kuman penyakit terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Kebersihan badan meliputi kebersihan diri sendiri, seperti mandi, menggosok gigi, mencuci tangan, dan memakai pakaian yang bersih”.

Page 3: contoh_jurnal

Sementara itu, seperti yang kita semua sedia maklum, agama Islam juga menitikberatkan soal kebersihan. Justeru, Islam meletakkan kebersihan sebagai sebahagian daripada Iman. Sahari Akim (2008) menyatakan dalam penulisannya bahawa:

”Dalam isu menjaga kebersihan ini, setiap masyarakat perlu mempunyai kesedaran dan sikap bertanggungjawab. Masyarakat perlu mematuhi amalan menjaga kebersihan dari lunas-lunas agama, mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dan mematuhi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan. Isu kebersihan sememangnya dititikberatkan dalam ajaran agama Islam sendiri. Islam memandang kebersihan itu sebagai sebahagian daripada iman. Kita yakin agama-agama lain juga memberi penekanan terhadap penjagaan kebersihan”.

Kita juga sedar bahawa kebersihan dapat menghindarkan diri dari terkena jangkitan penyakit. Maka, berdasarkan analisa dan pendapat ini, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk terus menjaga kebersihan terutamanya kebersihan diri sendiri. Setelah itu, barulah kita dapat menjaga kebersihan persekitaran.

Cadangan Penyelesaian

Usaha membendung masalah ini (tidak menjaga kebersihan diri) patut dipertanggungjawabkan kepada semua individu. Guru-guru perlu memberi nasihat dan bimbingan kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan diri. Guru-guru boleh menganjurkan kempen-kempen seperti ”Personaliti Indah”, Diri Bersih dan Sihat” dan lain-lain. Melalui kempen seperti ini, murid-murid secara tidak langsung akan menyedari kesilapan mereka dan akan mula berfikir untuk melakukan perubahan demi menjaga kesihatan mereka.

Untuk menyuntik kesedaran murid-murid tentang peri pentingnya kebersihan, guru bimbingan boleh mengadakan bimbingan kelas terutamanya yang dikenalpasti mempunyai masalah kebersihan yang serius. Melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bermodulkan aspek/ tajuk kebersihan, murid-murid akan memahami kepentingan menjaga kebersihan diri dan pengaruh kebersihan tersebut kepada diri sendiri , juga persepsi masyarakat terhadap mereka.

Walaubagaimanapun, ibubapa di rumah adalah antara individu yang paling bertanggungjawab untuk menyedarkan anak-anak tentang hal ini kerana mereka individu pertama yang berinteraksi secara terus dengan anak-anak. Kesedaran ini sepatutnya bermula dari rumah. Ibubapa perlu memantau dan memberi perhatian kepada anak-anak mereka dari segi amalan kebersihan. Walau bagaimanapun, murid-murid yang dewasa juga sewajarnya boleh berfikir secara rasional dan bertindak untuk kebaikan mereka.

Tempoh penyelesaian

Page 4: contoh_jurnal

16/08/2009 hingga 03/08/2009 iaitu selama 12 hari.

Tindakan susulan

Murid-murid harus diberi nasihat yang berterusan. Guru-guru bertanggungjawab untuk memastikan masalah ini tidak berterusan. Kempen-kempen mesti dilakukan secara berterusan (seminggu sekali-diselitkan ketika perhimpunan pagi sekolah). Guru disiplin harus memantau keadaan ini dari semasa ke semasa.

Kesimpulan

Kebersihan diri adalah elemen penting yang perlu diterapkan dalam diri setiap murid. Keadaan bersih akan membantu mereka meningkatkan potensi diri dan sememangnya mempengaruhi keselesaan mereka ketika belajar. Selain itu, kebersihan diri juga mempamerkan personaliti murid-murid, juga mencerminkan keperibadian guru-guru dan sekolah. Semuanya akan saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Pandangan / komen guru pembimbing .................................................................................................................................................. ......................................................................................................................................... ..........................................................................................................................................................Tarikh : ............................................. Tandatangan : ............................................. Nama : .........................................................

Pandangan / komen pensyarah pembimbing .................................................................................................................................................. .................................................................................................................................................. ................................................................................................................................................... Tarikh : .............................................. Tandatangan : .............................................. Nama : ........................................................