contoh yang berkaitan dengan kehidupan seharian yang boleh dikaitkan dengan

1
Contoh yang berkaitan dengan kehidupan seharian yang boleh dikaitkan dengan categorical imperative atau perintah mutlak ialah situasi semasa peperiksaan. Ramai yang mengetahui meniru atau menipu di dalam peperiksaan merupakan satu tindakan yang salah, namun atas sifat mementingkan diri dan ingin mencapai kejayaan dengan mudah masih ramai yang berani meniru atau menipu di dalam peperiksaan. Perlakuan ini akan sentiasa dihina kerana ia merupakan satu perbuatan yang tidak adil bagi individu yang jujur dan berusaha untuk mencapai kejayaan. Hasil daripada pembacaan dan pemahaman saya berkaitan Teori Deontologikal ini, dapat saya ulaskan bahawa setiap tindakan yang dilakukan diletakkan atas niat, tujuan dan motif, bukan pada apa yang dilakukannya atau kesan dan akibat hasil daripada tindakannya. Setiap tindakan yang diambil akan mempunyai nilai moral yang baik jika dilakukan atas kerelaan hati dan motif tindakannya ialah satu tanggungjawab kepada masyarakat bukan kerana paksaan atau desakan. Sekiranya disebabkan desakan atau paksaan, tindakan tersebut mempunyai nilai moral yang buruk. Selain itu, setiap tindakan yang dianggap betul dari segi moral tidak dianggap memadai jika dilakukan semata-mata untuk kepentingan diri. Contohnya seperti menderma, menderma merupakan satu tindakan yang baik dan setiap individu digalakkan untuk menderma. Menderma juga dikatakan salah satu tindakan yang bermoral dan mempunyai nilai yang baik jika dilakukan dengan penuh keikhlasan serta kerelaan hati penderma. Namun, menderma masih menjadi tindakan bermoral tetapi mempunyai nilai yang buruk jika berlaku desakan yang memaksa penderma untuk menderma.

Upload: yingying1102

Post on 23-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

mm

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Yang Berkaitan Dengan Kehidupan Seharian Yang Boleh Dikaitkan Dengan

Contoh yang berkaitan dengan kehidupan seharian yang boleh dikaitkan

dengan categorical imperative atau perintah mutlak ialah situasi semasa peperiksaan. Ramai

yang mengetahui meniru atau menipu di dalam peperiksaan merupakan satu tindakan yang

salah, namun atas sifat mementingkan diri dan ingin mencapai kejayaan dengan mudah masih

ramai yang berani meniru atau menipu di dalam peperiksaan. Perlakuan ini akan sentiasa dihina

kerana ia merupakan satu perbuatan yang tidak adil bagi individu yang jujur dan berusaha untuk

mencapai kejayaan.

Hasil daripada pembacaan dan pemahaman saya berkaitan Teori Deontologikal ini,

dapat saya ulaskan bahawa setiap tindakan yang dilakukan diletakkan atas niat, tujuan dan

motif, bukan pada apa yang dilakukannya atau kesan dan akibat hasil daripada tindakannya.

Setiap tindakan yang diambil akan mempunyai nilai moral yang baik jika dilakukan atas kerelaan

hati dan motif tindakannya ialah satu tanggungjawab kepada masyarakat bukan kerana paksaan

atau desakan. Sekiranya disebabkan desakan atau paksaan, tindakan tersebut mempunyai nilai

moral yang buruk. Selain itu, setiap tindakan yang dianggap betul dari segi moral tidak dianggap

memadai jika dilakukan semata-mata untuk kepentingan diri. Contohnya seperti menderma,

menderma merupakan satu tindakan yang baik dan setiap individu digalakkan untuk menderma.

Menderma juga dikatakan salah satu tindakan yang bermoral dan mempunyai nilai yang baik jika

dilakukan dengan penuh keikhlasan serta kerelaan hati penderma. Namun, menderma masih

menjadi tindakan bermoral tetapi mempunyai nilai yang buruk jika berlaku desakan yang

memaksa penderma untuk menderma.