contoh tindakan pembetulan (corrective) dan … pembetulan dan pencegahan/kementerian... · 2 bil....

12
1 Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan Pencegahan (Preventive) Kementerian Bagi Tahun 2010 Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan 1. Kementerian Kesihatan (Hospital Serdang) Tandas di Hospital Serdang amat kotor serta kualiti udara yang tidak memuaskan (i) Mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat pembersihan; (ii) Menempatkan seorang pencuci sepenuh masa, termasuk pada hujung minggu dan juga cuti umum. Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang melakukan satu kajian mengenai kualiti udara di Hospital Serdang.

Upload: dotuong

Post on 06-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan … Pembetulan dan Pencegahan/Kementerian... · 2 Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan 2. Klinik Kesihatan

1

Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan Pencegahan (Preventive) Kementerian Bagi Tahun 2010

Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan

1. Kementerian Kesihatan (Hospital Serdang)

Tandas di Hospital Serdang amat kotor serta kualiti udara yang tidak memuaskan

(i) Mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat pembersihan;

(ii) Menempatkan seorang

pencuci sepenuh masa, termasuk pada hujung minggu dan juga cuti umum.

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang melakukan satu kajian mengenai kualiti udara di Hospital Serdang.

Page 2: Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan … Pembetulan dan Pencegahan/Kementerian... · 2 Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan 2. Klinik Kesihatan

2

Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan

2. Klinik Kesihatan Masai

Pengadu tidak berpuashati ke atas layanan yang diterima semasa di Klinik Kesihatan Masai.

(i) Anggota yang bertugas diberi nasihat supaya lebih berhati-hati dalam melayan karenah pelanggan

(ii) Pegawai kanan perlu

sentiasa ada dari masa ke semasa sebagai pakar rujuk sekiranya berlaku masalah di bahagian kaunter pendaftaran

Mewujudkan satu sistem yang lebih sistematik berfokuskan kepada kehendak pelanggan dengan memberi layanan yang mesra iaitu: (i) menyediakan kemudahan alat

pembesar suara bagi memudahkan sistem panggilan kepada pelanggan

(ii) melayan pesakit dengan sebaik

mungkin iaitu memberi penerangan yang tepat dan jelas mengikut konsep 10S.

Page 3: Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan … Pembetulan dan Pencegahan/Kementerian... · 2 Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan 2. Klinik Kesihatan

3

Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan

3. Kementerian Kesihatan Malaysia (Hospital Kuala Lumpur)

Pengadu membuat aduan bahawa kecuaian doktor dan jururawat menyebabkan anak beliau mengalami komplikasi dan ditahan lebih lama di hospital.

(i) Jururawat yang terlibat telah diarahkan untuk memberikan surat penjelasan.

(ii) Teguran diberikan kepada jururawat tersebut.

Jururawat berkenaan diletakkan di bawah pemerhatian Ketua Jururawat.

4. Kementerian Kesihatan Malaysia (Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang)

Pengadu membuat aduan petugas di unit x-ray hospital berkenaan tidak sopan sedangkan kesalahan bukanlah di pihak pengadu.

Permohonan maaf telah diberikan oleh pihak jabatan pengimejan Diagnostik, Hospital berkenaan.

Anggota yang terlibat diberi teguran agar kejadian tidak berulang.

Page 4: Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan … Pembetulan dan Pencegahan/Kementerian... · 2 Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan 2. Klinik Kesihatan

4

Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan

5. Kementerian Kesihatan Malaysia (Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak)

Gaji pengadu tidak diselaraskan dan tunggakan tidak dibayar sejak bulan Mac 2009 walaupun telah berkali-kali membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Pejabat Kesihatan Kapit telah membuat pelarasan gaji dan bayaran yang tertunggak dan pengadu mengesahkan bahawa beliau telah menerima bayaran pada hari gaji bulan Mac 2010.

Pejabat tersebut diingatkan supaya lebih bertanggungjawab dan membayar segala pelarasan dan tunggakan dengan cepat mengikut tarikh yang ditetapkan.

6. Kementerian Kesihatan (Klinik Kesihatan Merlimau, Jasin, Melaka).

Layanan kurang mesra dan tidak memuaskan oleh kakitangan kaunter farmasi Klinik Kesihatan Merlimau, Jasin, Melaka.

(i) Pegawai telah diberi nasihat dan teguran mengenai layanan kepada pelanggan;

(ii) Semua pesakit dibekalkan beg plastik bagi membungkus ubat-ubat; dan

(iii) Memastikan semua pegawai yang bertugas di kaunter farmasi mematuhi Prosedur Preskripsi Ubat kepada pesakit.

(i) Surat peringatan dikeluarkan kepada semua kakitangan farmasi supaya berhemah dan sentiasa mengamalkan sikap "Kami Sedia Membantu."

(ii) Pegawai Penyelia memantau kakitangan yang bertugas di kaunter bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan memberi kepuasan kepada pelanggan.

Page 5: Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan … Pembetulan dan Pencegahan/Kementerian... · 2 Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan 2. Klinik Kesihatan

5

Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan

7. Kementerian Kesihatan (Hospital Raja Perempuan Zainab II)

Tidak puas hati dengan laporan bedah siasat yang lewat ke atas si mati bernama Mamauod Bin Talib.

Pengurusan Hospital memohon maaf di atas kelewatan dan kesulitan seterusnya menerangkan prosedur yang perlu diikuti dengan pihak polis serta HUSM.

(i) Pengurusan hospital menempatkan pegawai perubatan secara tetap di Unit Forensik bagi mengelakkan kes kelewatan atau conflict of interest di masa hadapan; dan

(ii) Memaklumkan kepada pihak Polis

lebih awal bagi menyediakan dokumen pemeriksaan kes dan perpindahan lokasi bedah siasat.

8. Kementerian Kesihatan (Jabatan Kesihatan Negeri)

Orang ramai yang tidak tahu membaca seringkali terlepas pandang sistem bernombor yang ada di Poliklinik Bintulu menyebabkan mereka dimarahi oleh jururawat yang bertugas dan layanan di poliklinik tersebut juga kurang mesra.

Menyediakan kaunter pendaftaran/ laluan khas untuk kumpulan khas.

(i) Melantik seorang anggota kesihatan untuk mengatur dan melayan kemusykilan pelanggan.

(ii) Petugas kaunter dihantar menghadiri kursus Komunikasi Berkesan.

Page 6: Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan … Pembetulan dan Pencegahan/Kementerian... · 2 Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan 2. Klinik Kesihatan

6

Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan

9. Kementerian Kesihatan (Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi)

Layanan petugas di Klinik Kesihatan Bandar Tenggara kurang memuaskan.

Jabatan Kesihatan telah menulis surat permohonan maaf kepada pengadu di atas kesulitan yang dialami dan berjanji akan melakukan penambahbaikan.

Jabatan Kesihatan akan mengadakan pemantauan secara berterusan ke atas semua kakitangannya dalam memastikan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti. Di samping itu, penerapan budaya kerja cemerlang juga bakal dilakukan melalui latihan yang sewajarnya.

10. Kementerian Kesihatan Malaysia (Klinik Kesihatan Ampang)

Pengadu menyatakan bahawa pencuci tangan tidak disediakan di Klinik Kesihatan Ampang terutamanya di tandas.

Mengarahkan dan memastikan nota maklumat penggunaan ditampal di tempat botol pencuci tangan anti-septik disediakan.

Membuat penambahan semasa mengeluarkan tender kebersihan di spesifikasi perkhidmatan pembersihan dengan menyertakan keperluan menyediakan sabun pencuci di semua tandas.

Page 7: Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan … Pembetulan dan Pencegahan/Kementerian... · 2 Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan 2. Klinik Kesihatan

7

Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan

11. Kementerian Kesihatan (Pejabat Kesihatan Daerah Marang)

Kedai makan Unit Ammar di Marang, Terengganu menjalankan perniagaan tanpa mementingkan kebersihan. Tangki najis dan air mandi yang terletak di belakang kedai tidak ditutup sejak dua tahun lalu.

Tindakan diambil dengan penutupan premis serta-merta di bawah Akta Makanan 1983 di mana markah penilaian kurang daripada 60 peratus (56.8%), Gred C. Di samping itu, satu arahan menjalankan kerja-kerja pembersihan dan keselamatan makanan serta satu kompaun telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Daerah Marang kepada penyewa premis berkenaan.

Pemantauan berkala akan dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Marang bagi premis kurang dari 70%.

12. Kementerian Kesihatan

(Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah)

Kereta-kereta rosak yang terlibat dalam kemalangan diletakkan di tempat terbuka di Taman Malim Jaya, Melaka. Perkara ini telah menyebabkan air bertakung dan menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah (PKDMT) telah menemui pengurus bengkel yang bertanggungjawab dan dimaklumkan bahawa kereta-kereta tersebut adalah untuk dilupuskan sebagai besi buruk setelah mendapat surat arahan dari syarikat insurans. Notis pembersihan 7 hari telah dikeluarkan kepada

Pemantauan dijalankan secara berterusan.

Page 8: Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan … Pembetulan dan Pencegahan/Kementerian... · 2 Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan 2. Klinik Kesihatan

8

Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan

pemilik bengkel syarikat berkenaan untuk mengambil tindakan segera. Selain itu, pihak PKDMT telah mencadangkan supaya pemilik bengkel meletakan minyak diesel di tempat air bertakung untuk mengelakkan nyamuk membiak di kawasan tersebut dan mempercepatkan prosedur pelupusan besi buruk.

13. Kementerian Kesihatan

(Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak)

Layanan petugas kaunter di Klinik Kesihatan Kota Sentosa kurang memuaskan.

Petugas kaunter tersebut diberi teguran tegas dan nasihat agar sentiasa bersabar dengan kerenah pesakit serta memberi layanan yang baik dalam apa jua keadaan.

Petugas kaunter berkenaan akan dipantau dari semasa ke semasa dan beliau akan digantikan oleh pegawai lain sekiranya didapati tidak sesuai bertugas sebagai ‘frontliner’.

Page 9: Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan … Pembetulan dan Pencegahan/Kementerian... · 2 Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan 2. Klinik Kesihatan

9

Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan

14. Kementerian

Kesihatan

Malaysia

(Pejabat

Kesihatan

Bahagian

Mukah)

Pengusaha kedai makan

di daerah Mukah

menggunakan pinggan

yang retak.

Pemilik kedai tersebut telah

diarahkan untuk tidak

menggunakan pinggan

mangkuk yang retak serta

telah diberi amaran supaya

mematuhi peraturan

kebersihan premis makanan.

Sebagai langkah pencegahan, lawatan

dan pemeriksaan susulan akan

dijalankan oleh pihak Pejabat Kesihatan

pada bila-bila masa. Selain itu, pihak

Pejabat Kesihatan juga mengadakan

perbincangan dengan Majlis Daerah

Dalat dan Mukah untuk mengendalikan

sesi penerangan tentang standard

kebersihan premis kepada semua

pengendali makanan di daerah

berkenaan.

Page 10: Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan … Pembetulan dan Pencegahan/Kementerian... · 2 Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan 2. Klinik Kesihatan

10

Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan

15. Kementerian

Kesihatan

(Pejabat

Kesihatan

Daerah Kuala

Terengganu)

Masalah nyamuk yang

terlalu banyak di kawasan

Flat Awam Hiliran, Kuala

Terengganu.

Pejabat Kesihatan Daerah

Kuala Terengganu telah

membuat pemeriksaan

nyamuk aedes di premis-

premis, menjalankan

semburan kabus (11 kali),

menjalankan gotong-royong

(8 kali), mengadakan

ceramah kesihatan (3 kali),

mengadakan perbincangan

dengan penduduk,

mengedarkan risalah dan

poster serta pemasangan

banner/bunting kesedaran

terhadap bahaya nyamuk.

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

telah membuat semburan racun Abate

500E di longkang-longkang awam

sekitar flat kediaman dan 400 meter

radius di kawasan tersebut.

Page 11: Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan … Pembetulan dan Pencegahan/Kementerian... · 2 Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan 2. Klinik Kesihatan

11

Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan

16 Kementerian Kesihatan Malaysia (Hospital Serdang)

Isteri pengadu yang telah keguguran tidak diberi sebarang maklumat berkenaan keadaan kesihatannya dan tiada rawatan susulan diberikan.

Pihak Hospital memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi pengadu. Pihak Hospital juga sentiasa mengambil langkah meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam selaras dengan prosedur dan polisi yang telah ditetapkan.

Pihak hospital telah mengenalpasti beberapa langkah penambahbaikan seperti berikut: (i) Kes-kes keguguran berdarah perlu

dirujuk kepada Jabatan Obstetrik & Ginekologi;

(ii) Temujanji diberikan bagi pesakit mendapatkan rawatan susulan; dan

(iii) Kemahiran komunikasi

dipertingkatkan agar penerangan yang lebih jelas dan efektif diberikan kepada pesakit dan waris bagi mengelakkan kekeliruan.

Page 12: Contoh Tindakan Pembetulan (Corrective) Dan … Pembetulan dan Pencegahan/Kementerian... · 2 Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan 2. Klinik Kesihatan

12

Bil. Kementerian Ringkasan Isu Tindakan Pembetulan Tindakan Pencegahan

17 Kementerian Kesihatan (Hospital Bentong)

Kelewatan pembayaran gaji pengadu yang baru bertukar ke Hospital Bentong akibat kegagalan Pembantu Tadbir Bahagian Sumber menyediakan penyata perubahan Kewangan 8 untuk tujuan pembayaran gaji pengadu.

Pihak Hospital Bentong memaklumkan bahawa baucer bayaran gaji pengadu telah disediakan dan dihantar ke Akauntan Negara Malaysia pada 20 Disember 2010 untuk tindakan pembayaran kepada dan pengadu.

Pihak Hospital Bentong telah menukarkan Pembantu Tadbir Bahagian Sumber berkenaan ke Unit Rekod Perubatan bagi memastikan masalah ini tidak berulang.

Sumber: Unit Aduan BPA & maklumbalas dari Agensi/Kementerian Tarikh Kemaskini: 3 Januari 2011