contoh teks pengacara majlis sambutan maulidur dan majlis perpisahan.docx

12
Contoh Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Dan Majlis Perpisahan Minta perhatian: bagi memastikan kelancaran majlis kita pada hari ini,saya memohon agar para pelajar memberikan tumpuan pada majlis yang akan dijalankan sebentar lagi. Terima kasih. DIUMUMKAN KETIBAAN YANG BERUSAHA , GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN ………………………………. KE DEWAN. MURID-MURID DAN GURU DI MINTA BERDIRI. ALU-ALUAN Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum...WBT. Yang Berusaha Encik …………………………………… Guru Besar, SK ……………………………. Yang Berusaha , En…………………………….. Penceramah jemputan dari…………………………………. Yang Diraikan.. En/Pn…………………………….. Yang Dihormati, Barisan Penolong Penolong Kanan Wakil PIBG Ketua-ketua bidang,guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah ,bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W bertemakanWASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH.

Upload: ana

Post on 20-Nov-2015

396 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Contoh Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Dan Majlis Perpisahan

Minta perhatian: bagi memastikan kelancaran majlis kita pada hari ini,saya memohon agar para pelajar memberikan tumpuan pada majlis yang akan dijalankan sebentar lagi. Terima kasih.

DIUMUMKAN KETIBAAN YANG BERUSAHA , GURU BESARSEKOLAH KEBANGSAAN . KE DEWAN.

MURID-MURID DAN GURU DI MINTA BERDIRI.

ALU-ALUAN

Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum...WBT.

Yang BerusahaEncik Guru Besar,SK .

Yang Berusaha ,En..Penceramah jemputan dari.

Yang Diraikan..En/Pn..

Yang Dihormati,Barisan Penolong Penolong KananWakil PIBGKetua-ketua bidang,guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.Alhamdulillah ,bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W bertemakanWASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH.

Majlis sambutan Maulidur Rasul kali ini pastinya juga amat berbeza, kerana pada hari ini kita juga mengadakan Majlis Perpisahan untukPastinyawarga sekolah.akan kehilangan salah seorang tenaga kerja yang banyakmenabur keringatdan baktikhususnya dalam pembangunan sekolah selama beliau berkhidmat di sekolah ini.Segala jasa dan pengorbanan hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya.

BACAAN DOA

Hadirin dan hadirat sekalian,

MENANDAH TANGAN POHON PERKENANAGAR MAJLIS BERJALAN LANCARAL-FATIHAH KITA LAFAZKAN,APA DIHAJAT MOGA TERPANCAR.

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini,majlis dengan segala hormatnya ,mempersilakan al-Fadhil Ustaz . untuk menyampaikan bacaan doa.

Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.

Amin ,Ya Rabb al-Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Al fadhil Ustaz..Semoga majlis mendapat keberkatan dari NYA Yang Maha Mendengar lagi Maha Pengasih..

BACAAN AI -QURAN

Hadirin sekalianMajlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan bacaan ayat suci al-quran yang akan disampaikan oleh adik.. dan ditafsirkan oleh adik. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Qari dan penterjemah atas bacaan ayat suci al-quran itu tadi.

BACAAN BERZANJI/MARHABAN

Bagi meneruskan majlis ,dengan ini dipersilakan.. untuk menyampaikan bacaan berzanji,diikuti marhaban dan selawat. Untuk itu ,di minta para hadirin agar dapat berselawat bersama-sama.Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada atas alunan marhaban dan berzanji itu tadi.

PERSEMBAHAN NASYID

Awan bersua citra berkisahUkiran sukma kilauan kelisaBacaan Al-Quran dan berzanji selesai sudahPersembahan nasyid menyusul pula

Persembahan pada pagi ini diteruskan lagi dengan menjemput kumpulan nasyid daripada pelajar .. dengan lagunya yang bertajuk ..

Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan pelajar ..atas persembahan itu tadi.

Para guru dan pelajar sekalian.

UCAPAN ALU-ALUAN

Hadirin sekalian,majlis menjemput, guru besar SK.. untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

BUNGA SELASIH DI DALAM PUAN,

HARUM MELATI PENYERI INTANTERIMA KASIH UCAPAN TUANKEKAL BERSEMI DALAM INGATAN

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada EN di atas ucapan yang telah disampaikan.

UCAPAN PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada En.selaku pengerusi Badan Kebajikan Sekolah..Dengan segala hormatnya dipersilakan.Terima kasih diucapkan kepada En. atas ucapan itu tadi.

UCAPAN GURU YANG DIRAIKANSeterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En/Pn. Majlis dengan segala hormatnyamenjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En/Pn atas ucapan itu tadi.

Sememangnya kita selalu mendengar tiap yang patah pasti akan tumbuh,tiap yang pergi pasti berganti..hakikatnya yang tumbuh dan berganti itu tidak akan sama lagi.Doa kami semoga perjalanan hidup En/Pn..sentiasa diberkati.

Intailah kami jika rindu menyapaSapalah kami ketika bersuaKerana suatu masa dulu kita pernah bersamaMenyulam memori pahit manis bersamaDemi agama dananak bangsa tercinta..Walau dihati berat terasaMelepaskan insan yang berjasaNamun ,Itulah takdirNya.

CERAMAH MAULIDUR RASUL

Jauh Perjalanan Luas pemandangan,Mencari Ilmu Merungkai Rahsia,Muhammad Rasul Nabi Junjungan,Menjadi Teladan Umat Manusia.

Hadirin dan hadirat sekalian..Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam( )adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.Membesarkan MaulidurRasul samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah (s.a.w) umpama simbol bagi agama Islam.Hadirin dan hadirat sekalian,marilah sama-sama kita menghayati dan membuka hati dan minda kita untuk bersama sama mendengar satu ceramah bertajuk.yang akan disampaikan oleh Ustaz

Sebelum itu,saya akan membacakan sedikit biodata penceramah kita pada hari ini.(BACA BIODATA)

Demikianlah tadi satu ceramah yang amat berimformasi dan bermakna buat kita .Terima kasih diucapkan kepada Ustaz.atas kesudian memberikan ceramah kepada warga SK...

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Hadirin dan hadirat sekalian,Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Diraikan EnSebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada En., Guru Penolong Kanan 1, SK . untuk mengiringi Yang Diraikan En. untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis juga menjemput Ustazuntuk menerima sedikit cenderamata .Dipersilakan.Hadirin dan hadirat sekalian..

Akhir sudah majlis sambutan Maulidur Rasul dan Majlis Perpisahan pada hari ini. Mohon ampun dan maaf andai tersalah bicara dan kekurangan sepanjang berlangsungnya majlis sebentar tadi.semoga majlis yang berlangsung pada hari ini akan mengetuk rasa sedar kita agar kita sentiasa berusaha memperbaiki akhlak dan meneguhkan jatidiri sebagai seorang muslim, bagi menempuh arus kehidupan di dunia yang sementara ini.

JAMUAN

Batu feringgi pantainya indahRamai pelancong ke Bukit BenderaMajlis kita selesai sudahKita ke acara menjamu selera

Anak gadis berwajah ceriaMembawa dulang beralas suteraHidangan di meja sudah tersediaDijemput tuan menjamu selera

Hadirin dan hadirat sekalian, majlis menjemput semua guru dan staf untuk ke bilik mesyuarat bagi menikmati sedikit jamuan.

Sekian ,Terima kasih daun keladi tahun hadapan kita sambut lagi..

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT.

TEKS LENGKAP PENGACARA MAJLIS: SAMBUTAN MAULIDURRASULBerikut adalah teks pengacara majlis, mc untuk majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah menengah dan rendah. Contoh teks terbaik dan lengkap dari mula program sehingga akhir penutup. Juga sesuai diubahsuai untuk program sambutan lain dan juga peringkat daerah serta kebangsaan.

Bismillah Hirrahmanirrahim....Alhamdulillahhirabbilalamin...RabbissrahliSADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULI...

***

Sayang selasih berisi minyak,Bunga cengkih di atas jerami;Terima kasih banyak-banyak,Sudi datang ke majlis kami.

Melati kuntum tumbuh melata,Sayang merbah di pohon cemara;Assalammualaikum mulanya kata,Saya sembah pembuka bicara.

Mengumumkan, ketibaan Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Labis, Yang berbahagia Penceramah Kita Pada Kali ini. Juga Yang dihormati YDP PIBG SMK Labis.

***

Melayang serindit di atas permatang,Merbah berkicau di hujung muara,Pemanis kata selamat datang,Awal BismilLah pembuka bicara.

Dari Raub pergi ke Pontian,Terus pula ke Kuala Perlis,Harap semua berikan perhatian,Mohon saya mulakan Majlis.

Yang Berusaha Tuan Haji Amat Paijan Bin Saruwal, Pengetua SMK Labis. Yang berbahagia, Al-Fadhil Ustaz Tuan Haji Muhaizan Bin Hj Hussinselaku tuan penceramah kita pada hari ini, Yang dihormati, Tuan Haji Anuar Bin Embong, Penolong Kanan SMK Labis, Yang dihormati Encik Aspar Bin Ahmad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Yang dihormati, Encik Rosman Bin Ishak, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Labis, Yang dihormati, Encik Isa Bin Mohd Salleh, Pemangku Penolong Kanan Pra-Universiti, Barisan Guru Kanan Bidang Matapelajaran, Puan Hajjah Zaidah Bin Ajis, Penyelaras Program, Rakan-rakan Guru, Staf-staf sokongan, Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Serta semua pelajar SMK Labis Yang dirahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum w.b.t.

***

Sarung ketupat berisi inti,Dibawa budak sambil berlari,Kehadiran semua sangat dihargai,Moga Majlis bertambah seri.

Bunga mawar cantik tersemat,Dipetik gadis di tepi titi,Doa dibaca memohon Rahmat,Moga Majlis sentiasa diberkati.

Zikir Munajat Pembersih jiwa... Doa dipohon menjana taqwa...

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, majlis menjemput al-Fadhil USTAZ ABD. LATIF BIN AMINON / En. SYAHRUL BIN MOHAMED untuk memimpin bacaan asmaul husna, zikir munajat dan seterusnya membacakan doa. Dipersilakan.

Aamiin, ya robbal aalamin...Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada ................ atas pimpinanbacaan asmaul husna, zikir munajat dan bacaan doa itu tadi.

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Nyatakan tujuan dan matlamat majlis hari ini.Hari ini bertarikh ................. kita berhimpun bagi tujuan sambutan Maulidurrasul peringkat SMK Labis bagi tahun 2013M bersamaan 1434H. Majlis untuk mengenang jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad s.a.w. Tema pada tahun ini adalah ................................Boleh juga diselitkan beberapa info berkenaan maulidurrasul dan sebagainya.Semoga usaha kita ini mendapat kebaikan dan keberkatan daripada Allah s.w.t. InsyaAllah.

***

Hadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah sekalian,

Marilah kita bersama-sama untuk menghayati BACAAN AYAT SUCI ALQURAN yang akan disampaikan oleh Saudara Suhaimi Bin................. Ayat suci al-Quran yang akan diperdengarkan daripada surah ...................... bermula ayat ................. hingga ayat ................. atau surah apa?

Shodakollahul azim...

Indahnya ayat al-Quran yang telah diperdengarkan tadi. Setinggi penghargaan kepada saudara Suhaimi atas komitmen bacaan al-Quran itu tadi.

***

UCAPAN PENGETUA

Majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat daripada Tuan Haji Amat Paijan Bin Saruwal, Pengetua SMK Labis. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Ucapan Pengetua

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada tuan pengetua atas ucapan dan amanat. Di harapkan segala yang disampaikan dapat kita ambil pengajarannya.

***

BERZANJI, MARHABAN SERTA SELAWAT

***

PERSEMBAHAN PELAJAR

***

CERAMAH

Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak berkat ilmu tanpa amalnyaTak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Berkat rimbunnya si pokok jati,Tempat burung selalu bertemu,Sekali hidup biarlah bererti,Isikan akal dengan ilmu

Masa yang ditunggu sudah tiba. Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, pagi ini akan diteruskan dengan ceramah maulidur rasul yang bertemakanWasatiyyah tonggak kesatuan ummahyang akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Tuan Haji Muhaizan Bin Hj Hussin.

Majlis dengan tazimnya mempersilakan.

Ceramah.

Terima kasih diucapkan kepada TUAN HAJI MUHAIZAN BIN HJ HUSSIN atas ceramah yang telah disampaikan sebentar tadi. InsyaAllah segala ilmu yang telah disampaikan dapat sama-sama kita amal dan sampaikan kepada orang lain.

Bintang-bintang terbit pagi,Di selaput oleh awan putih,Tuan sudi datang kemari,Salam dihulur penuh kasih.PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Hadirin dan hadirat sekalian,Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahatiUntuk menyempurnakan upacara tersebut, Majlis dengan ini ingin menjemput danmempersilakan kepada ..............................., untuk mengiringi................................ DipersilakanTerima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha...............................di atas kesudianmenyampaikan cenderahati sebentar tadi.

PENUTUP

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,Tuan puteri tersenyum-senyum,Melihat mempelai direnjis dipilis,Senyum-senyum jangan tak senyum,Sudah kita di penghujung Majlis.

Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepadasemua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak.

Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya. Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur danucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir memeriahkanseminar patriotic dan kenegaraan kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa,Kelapa muda si kelapa barli,Jari disusun maaf dipinta,Panjang usia bersua kembali.

Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarahdan surah al Asr.MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W

Pembuka Bicara . .Assalamualaikum...WBT

Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis sambutan maulidur rasul peringkat kolej tahun 1434 H, 2013 masihi.

Pergi ke pasar membeli ikan,Ikan dimasak diatas bara,Selamat datang kami ucapkan,Ucapan bismillah pembuka acara

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahidimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATIDiiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..

Protokol

1. Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli,2. Yang dimuliakan penceramah jemputan kita ..............3. Yang di hormati En Roslan Bin Abd Rashid Yang dipertua PIBG Sekolah4. Yang berusaha Timbalan Pengarah sokongan akademik Pn Zaidah Binti Danial5. Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapiei6. Pn Hjh Rusnawati Binti Juda, Ketua Unit Jaminan Kualiti7. Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan8. Para pelajar yang di rahmati sekelian

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk kita sama-sama berkumpul di dewan nan permai ini, Dewan Gemilang SMV Juasseh bagi satu lagi majlis ilmu, meraikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah tahun 2013 bersamaan dengan 1434 hijrah.

Buat pengetahuan hadirin-hadirat sekelian, Sambutan Maulidur Rasul ini bertujuan menyuburkan rasa cinta dan kasih kita kepada Junjungan Rasulullah S.a.w dan menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga sekolah, selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun 1434 Hijrah; WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

Bacaan doaHadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah kita bersama-sama menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Jesteru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

*****************************************Bacaan Doa************************************************

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustz Hasbullah Bin Ali di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Kata alu-aluanHadirin warga dewan yang di rahmati Allah sekelian,

Sambutan maulidur rasul saban tahun diadakan bagi memperingati tarikh kelahiran junjungan kita junjungan besar rasullullah s.a.w. Seperti yang kita sedia maklum bahawa rasullullah s.a.w merupakan pemimpin yang agung yang menjadi contoh umat baginda sehingga akhir zaman. Di samping itu juga, majlis seumpama ini dapat menzahirkan rasa cinta dan kasih kita yang mendalam terhadap junjungan besar rasulullah s.a.w

Dari Anas r.a katanya Nabi s.a.w pernah bersabda.. Tidak (sempurna) iman seseorang kamu, sebelum ia lebih mencintai aku daripada mencintai ibubapanya, anaknya dan manusia umumnya.

Ya Allah, restui dan berkatilah junjungan kami nabi Muhammad s.a.w sebagai hamba, Nabi dan Rasul mu yang ummi. Berkatilah keluarga dan sahabat baginda. Sejahterakanlah baginda selama-lamanya. Kami pohonkan sebanyak bilangan apa sahaja yang diketahui oleh Mu atau sebanyak perkara yang ditulis oleh kalam mu dan sebanyak yang dirangkum oleh kitab suci mu..Amin Ya Rabbal alamin

Ceramah maulidur rasul

Siddiq, amanah ,tabliq, fatonah,Sifat terpuji junjungan rasulullah,Menjaga pekerti mengamalkan sunnah,wassatiah tonggak kesatuan ummah

Warga dewan yang dirahmati sekelian,

Majlis maulidur rasul 1433 H di bawah tema wassatiah tonggak kesatuan ummah diteruskan lagi dengan mendengan ceramah daripada penceramah jemputan kita. Oleh itu, marilah kita sama-sama meminjamkan sebentar mata, telinga dan hati kita agar ilmu yang bakal di sampaikan dapat kita hayati dan manfaat bersama. Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Ustaz ...............untuk menyampaikan ceramahnya ...dipersilakan..................................................................ceramah...........................................................................

NUN DI SANA INDAHNYA KOTAKOTA BERSIH DIJAGA SENTIASAINDAH SUNGGUH BICARA KATAJADI IKTIBAR PADA SEMUA

Demikian tadi pengucapan yang telus lagi kudus, penuh dengan pengajaran jua teladan. Semoga apa yang telah di sampaikan sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Al-fadzil Ustaz .

Pemberian cenderamata

Hadirin hadirat yang dikasihi sekelian,

Di kesempatan ini, Pihak majlis berbesar hati untuk memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Penceramah yang telah sudi menjayakan majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah tahun 1432 H ini.

Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Yang berusaha Timbalan pengarah sokongan akademik Pn Zaidah Binti Danial, untuk menjemput dan mengiringi yang berbahagia Tuan Pengarah Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli untuk menyempunakan penyampaian cenderamata.Majlis mempersilakan,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput al fadhil ustaz ...................... untuk menerima cenderamata penghargaan dipersilakan

Dewa sakti melayang ke DaikHendak mencari Dewa JarugaKalau ada budi yang baikSampai ke mati orang tak lupa

Tinggi bukit gilang-gemilang,Air di laut tenang-tenangan;Budi sedikit tak akan hilang,Tetap menjadi kenang-kenangan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang berusaha Tuan pengarah yang telah sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.

PENUTUP

Limau purut berbuah saratDipetik datuk di simpan di paraMakanan terhidang tanda isyaratIsyarat untuk menjamu selera

Hadirin warga dewan yang dirahmati sekelian

Acara majlis sambutan maulidur rasul berhenti seketika. Majlis akan diteruskan lagi jam daripada sekarang. Untuk itu majlis dengan penuh takzim mempersilakan yang berbahagia pengetua cemerlang puan norasikin binti md shazilli dan seterusnya menjemput dan mengiringi Yang dimuliakan tuan penceramah kita dan semua para tetamu untuk meninggalkan majlis. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.Posted byNizamat9:14 AM