contoh _teks bahas

Upload: muhamadkamil385

Post on 04-Apr-2018

398 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Contoh _Teks bahas

    1/5

    CONTOH TEKS DEBAT ALA PARLIMEN: usul: Peperiksaan Awam ( UPSR dan PMR )

    wajar dimansuhkan.

    TEKS DEBAT ALA PARLIMEN

    USUL: PEPERIKSAAN AWAM ,UPSR DAN PMR WAJAR DIMANSUHKAN.

    Hujah daripada Pencadang ( Ketua Menteri)

    Selamat pagi dan salam sejahtera, saya akan membuka arena perdebatan pada hari ini. Sekalung

    ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua , barisan kerajaan yang disegani,perwakilan pembangkang, Ahli-ahli berhormat dan siding parlimen yang saya muliakan sekalian.

    Selamat bersua dan selamat bersidang di arena perdebatan pada pagi ini.

    Tuan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

    Saya amat bersyukur kerana dengan berkat keamanan dan keharmonian di bawah pimpinan

    kerajaan negara kita dari dahulu sehingga kini. Oleh itu, pada hari ini, dewan kembali bersidanguntuk membahaskan satu usul penting yang pastinya akan mencuri perhatian sidang dewan

    sekalian.

    Ahli-Ahli Dewan yang saya muliakan,Sebagai Perdana Menteri saya akan menyatakan hujah-hujah yang menyokong usul ini.

    Seterusnya hujah saya akan disambung oleh menteri pertama, menteri ketiga pula membidas

    hujah-hujah songsang daripada pihak pembangkang. Jadi, dapatlah dirumuskan di sini,pemansuhan peperiksaan awam ini akan dapat membawa kepada kecemerlangan pendidikan di

    negara kita.

    Tuan Yang Dipertua,Usul pada hari ini berbunyi, Peperiksaan Awam UPSR dan PMR wajar dimansuhkan.

    Oleh itu, sebelum saya pergi lebih jauh lagi, izinkan saya terlebih dahulu Tuan Yang Dipertua

    untuk memberikan definisi usul ini secara literal agar pihak pembangkang khususnya tidakterkial-kial untuk mencari asas perjuangan kami. Menurut kamus Dewan Peperiksaan awam

    bermaksud, peperiksaan yang wajib diduduki oleh setiap sekolah kerajaan di Malaysia. UPSR

    pula ialah Ujian Penilaian Menengah Rendah yang wajib diduduki oleh semua pelajar DarjahEnam di Malaysia. PMR pula bermaksud Penilaian Menengah Rendah yang wajib diduduki

    oleh semua pelajar Tingkatan Tiga di Malaysia. Wajar Dimansuhkan pula bermaksud, wajar

    dihapuskan atau dilenyapkan. Begitulah definisi usul yang saya berikan secara literal sebentartadi. Saya juga ingin menyatakan bahawa pihak kerajaan yakin dengan hujah-hujah yang

    bentangkan sebentar sahaja lagi dan seterusnya usul kami akan diterima dengan konsensus tanpa

    sebarang pertikaian.

    Tuan Yang Dipertua,

    Kami meletakkan dua indikator bagi memantapkan usul kami. Yang pertama, saya katakanaialah kecemerlangan seseorang pelajar bukan hanya terletak pada kecemerlangan akademik

    semata-mata. Yang kedua indikator kami ialah tugas dan tanggungjawab seseorang guru dinilai

    http://kumangkenyalang88.blogspot.com/2010/10/contoh-teks-debat-ala-parlimen-usul.htmlhttp://kumangkenyalang88.blogspot.com/2010/10/contoh-teks-debat-ala-parlimen-usul.htmlhttp://kumangkenyalang88.blogspot.com/2010/10/contoh-teks-debat-ala-parlimen-usul.htmlhttp://kumangkenyalang88.blogspot.com/2010/10/contoh-teks-debat-ala-parlimen-usul.html
  • 7/29/2019 Contoh _Teks bahas

    2/5

    daripada kecemerlangan pelajar yang diajar olehnya. Oleh itu, berdasarkan indikator-indikator

    ini secara justifikasi, saya sepenuhnya yakin bahawa hujah yang akan kami kemukakan sebentar

    sahaja lagi akan diterima tanpa perlu diperdebatkan dengan hujah-hujah palsu daripada pihakpembangkang.

    Tuan Yang Dipertua,

    Sejak zaman berzaman kita menyaksikan sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia ini

    masih berada di takuk yang lama kerana sepenuhnya berorientasikan peperiksaan. Oleh itu,objektif untuk menimba pengetahuan secara menyeluruh dalam pelbagai bidang, tidak dapat kita

    penuhi kerana sentiasa fokus kepada peperiksaan semata-mata. Lihat sahaja, peristiwa yang

    baru-baru ini di mana salah sebuah Maktab Rendah Sains Mara di negara kita ini yang menolak

    puluhan pelajar yang mendaftar di sekolah itu melalui sistem ambilan melalui borang. Parapelajar yang mendaftar itu semuanya mendapat 5A, dan ke atas, tetapi apabila diadakan ujian

    susulan melibatkan keseluruhan aspek sama ada kelancaran membaca, mengira dan sebagainya,

    ramai yang masih tidak lancar lagi membaca. Mengapa perkara ini berlaku? Kerana disebabkan

    oleh penekanan terhadap peperiksaan semata-mata. Adakah kita masih ingin melihat perkara iniberlaku lagi pada masa akan datang?Sidang Dewan pastinya sudah mempunyai jawapan yang

    tersendiri bukan?

    Di samping itu Yang Dipertua dan Sidang Dewan Sekalian,

    pemansuhan peperiksaan awam ini juga membolehkan pelajar belajar tanpa sebarang tekanan.

    Hal ini demikian, kerana pelajar tidak lagi perlu untuk menghabiskan sukatan pembelajaran

    dalam tempoh enam tahun dan tiga tahun untuk peperiksaan UPSR dan PMR. Pelajar hanya

    mengambil satu peperiksaan awam sahaja iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tempohmasa belajarnya mencecah sebelas tahun sejak dari darjah satu hinggalah tingkatan lima. Dengan

    ini, beban pelajar untuk menghabiskan sukatan dalam tempoh masa yang singkat dapat

    dihapuskan. Sehubungan dengan itu, beban para guru di sekolah juga dapatdikurangkan.Pemansuhan UPSR dan PMR meringankan beban guru apabila para guru tidak

    diwajibkan untuk mengadakan kelas tambahan sebaik sahaja tamat sesi persekolahan pada setiap

    hari. Jelasnya, pemansuhan UPSR dan PMR mampu mengurangkan beban pelajar dan guru.

    Tuan Yang Dipertua dan Ahli- Ahli Dewan sekalian,

    Tambahan lagi, pemansuhan UPSR dan PMR dapat menggalakkan penyertaan pelajardalamkegiatan kokurikulum. Pemansuhan kedua -dua peperiksaan ini menyebabkan kelas tambahan

    untuk pelajar tidak diwajibkan dan sekaligus memberi masa lapang yang lebih banyak kepada

    pelajar. Dengan ini, pelajar boleh menggunakan masa yang terluang untuk menyertai kegiatankokurikulum. Mereka boleh menyertai kegiatan persatuan, kelabmahupun permainan.

    Pertandingan lari berganti -ganti, petanqe, bola sepak dan sebagainyaturut menjadi pilihan utama

    aktiviti sukan yang juga merupakan pilihan kegemaran parapelajar. Kesannya, pelajar dapatmenggerakkan sukan di sekolah sehingga ke peringkat daerah, negeri mahupun antarabangsa.

    Hal ini jauh berbeza dengan dahulu apabila pelajar harus menghadiri kelas tambahan yang

    diwajibkan di kebanyakan sekolah supaya dapat melulus peperiksaan UPSR dan PMR yang

    meliputi subjek -subjek penting. Oleh itu, jelasnyabahawa pemansuhan UPSR dan PMR dapat

  • 7/29/2019 Contoh _Teks bahas

    3/5

    memberi peluang tanpa batasan kepada pelajar untuk menceburi diri mereka dalam kegiatan

    kokurikulum.

    Tuan Yang Dipertua,

    Pemansuhan UPSR dan PMR ini juga akan memberi kebaikan kepada negara dengan

    menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan. Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan SriMuhyiddin Yassin, pemansuhan UPSR dan PMR bertujuan untuk menjimatkan perbelanjaan

    kerajaan. Pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini menyebabkan pembayaran gaji untuk

    penggubalan pemeriksa soalan peperiksaan tidak diperlukan. Hal ini membantu kerajaanmenjimatkan pembayaran emolumen yang mencecah jutaan ringgit dalam perbelanjaan

    mengurus setiap tahun. Kita sedar bahawa belanjawan negara yang mengalami defisit akan

    menyebabkan kerajaan terpaksa meminjam wang dari bank-bank tempatan mahupun luar negara.

    Malahan, peminjaman wang dari bank-bank yang melibatkan kadar faedah atau kadar pertukaranasing yang tinggi mampu menggugat dan memburukkan keadaan lagi. Hal ini akan meringankan

    beban negara untuk menampung semua kos perbelanjaan ini.

    Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang saya muliakan sekalian,Dengan menyedari hakikat ini, marilah kita sama-sama membuka hati dan minda kita supaya

    menerima pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan ini untuk kepentingan anak bangsa kitasendiri. Oleh yang demikian langkah Kementerian Pelajaran di negara kita untuk memansuhkan

    peperiksaan awam ini adalah wajar dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Oleh itu sekali lagi saya

    katakan bahawa peperiksaan awam, UPSR dan PMR wajar dimansuhkan. Sekian mohon untukterus mencadang.

    Hujah Daripada Pihak Pembangkang( Ketua Pembangkang).

    Salam aspresiasi dan salam satu Malaysia buat Tuan Yang Dipertua, rakan-rakan di deligasikerajaan, rakan-rakan pembangkang dan Ahli-Ahli dewan yang dimuliakan sekalian. Tuan Yang

    Dipertua Dewan, setelah dibentangkan definisi usul secara literal oleh pihak kerajaan yang saya

    kira begitu menarik sekali, maklumlah diambil bulat-bulat daripada Kamus Dewan, kami darilegasi pembangkang faham tentang usul yang dikemukakan. Namun , memang sudah menjadi

    adat di dalam arena perdebatan di mana sudah menjadi tanggungjawab kami dalam meneliti

    beberapa kesilapan dan kekurangan. Oleh itu kami akan mengutarakan hujah-hujah logik danbenar untuk menangkis hujah-hujah kurang jelas daripada pihak kerajaan sebentar tadi.

    Sebagai ketua pembangkang, saya akan menyatakan hujah-hujah yang membantah sekeras-

    kerasnya usul ini. Seterusnya hujah saya akan disambung oleh rakan pembangkang kedua yang

    ternyata tidak kurang mantap hujahnya , pembangkang ketiga pula membidas hujah-hujahsongsang daripada pihak kerajaan. Jadi, kami yakin sepenuhnya dengan hujah yang kami

    lontarkan nanti, pihak kerajaan terpaksa menerima hakikat bahawa peperiksaan awam ini tidak

    wajar dimansuhkan.Pertama pada hari ini Yang Dipertua, kami masih kurang jelas tentang perlaksanaan pemansuhan

    peperiksaan awam ini. Hal ini kerana , pihak kerajaan sebentar tadi telah mengatakan

    peperiksaan awam ini dimansuhkan kerana pelajar hanya belajar berorientasikan peperiksaansemata-mata. Sekiranya tanpa peperiksaan, bagaimana hendak menilai usaha pelajar dan guru

    dalam sesi pengajaran dan pembelajaran? Dan yang keduanya Yang Dipertua, mereka

    menyatakan bahawa pemansuhan peperiksaan awam ini adalah untuk mengurangkan kos

    perbelanjaan kerajaan. Kalau benar pemansuhan peperiksaan awam ini dapat menjimatkan kos

  • 7/29/2019 Contoh _Teks bahas

    4/5

    perbelanjaan kerajaan mengapa peperiksaan awam ini tidak dimansuhkan pada tahun 1997 dulu,

    ketika negara kita mengalami kemelesetan ekonomi yang sangat teruk? Di mana kerelevenan

    hujah yang disampaikan oleh deligasi kerajaan? Kami harap dapat dijawab pertanyaan ini olehpihak kerajaan sebentar lagi.

    Tuan Yang Dipertua,Adalah tidak benar bahawa pemansuhan peperiksaan awam ini dapat meningkatkan prestasi

    pelajar seperti yang diperkatakan oleh pihak kerajaan , bahkan bagi pihak kami, kami telah

    melihat bahawa pemansuhan UPSR dan PMR akan menjejaskan penilaian terhadap tahap pretasipelajar yang berasaskan peperiksaan standart. Hal ini demikian, kerana guru disekolah kurang

    berupaya untuk menyediakan soalan yang standart dan setaraf dengan UPSR mahupun PMR.

    Mereka hanya mampu menyediakan ujian bulanan mengikut sekolah masing-masing sahaja

    untuk menilai perkembangan pelajar. Penilaian perkembangan pretasi pelajar sebegini seolah-olah tiada hala tuju yang tertentu di samping tidak dapat menilai perkembangan pretasi pelajar

    dengan tepat. Hal ini jauh berbeza apabila UPSRdapat menilai keupayaan pelajar dalam

    menguasai perkara asas 3M iaitu membaca, menulisdan mengiri. Tambahan lagi, UPSR juga

    penting untuk menentukan tahap pencapaian pelajar dengan tepat sebelum mereka melangkah kealam sekolah menengah lagi. PMR pulajuga penting kerana ia dapat menentukan arah aliran

    yang bakal diambil oleh pelajarsebelum mereka memasuki tingkatan empat dan lima di sampingmenilai keupayaan pelajardalam bidang-bidang tertentu. Jelasnya, peperiksaan awam UPSR dan

    PMR perlu dikekalkan untuk penilaian perkembangan pretasi pelajar yang standart.

    Di samping itu Yang Dipertua, pemansuhan UPSR dan PMR akan mengurangkan bilangan

    pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalampeperiksaan SPM. Hal ini demikian,

    kerana pelajar hanya menduduki peperiksaan SPM buat sekali sahaja selepas belajar selama

    sebelas tahun. Oleh itu, pelajar tidak mempunyai pengalaman yang secukupnya sebelummenduduki peperiksaan SPM. Maka, data yang menunjukkan bilangan pelajar yang cemerlang

    dalam peperiksaan SPM akanmemperlihatkan pola yang merosot.

    Hal ini jauh berbeza apabila dengan kewujudan UPSR dan PMR, pelajar akan mendapat

    pengalaman peperiksaan sebenar yang pertama dalamUPSR di peringkat sekolah rendah sebelum

    mengambil peperiksaan PMR dan SPM di sekolahmenengah. Dengan ini, kesilapan yangpertama boleh dibaik pulihkan pada peperiksaan kali kedua iaitu PMR. Hal ini membolehkan

    pelajar lebih berpengalaman dan berkeyakinan tinggiuntuk menduduki peperiksaan SPM selepas

    melalui dua peperiksaan awam yang dianggap peringkat percubaan untuk kecemerlangan dalam

    SPM. Tegasnya, pengalaman pelajar menduduki peperiksaan itu sangat penting Yang Dipertuamemandangkan mereka tidak lepas daripada perasaan kurang yakin apabila berdepan dengan

    peperiksaan.

    Tuan Yang Dipertua dan Ahli Dewan Yang Dimuliakan sekalian,

    Pemansuhan UPSR dan PMR juga menghilangkan budaya saling bersaing di sekolah rendah dan

    sekolah menengah rendah. Budaya saling bersaing penting dalam kalanganpelajar sejak dahululagi. Hal ini demikian, kerana budaya saling bersaing bukan sahaja mampu melahirkan pelajar

    yang mempunyai keazaman yang tinggi untuk memperoleh keputusan peperiksaan yang

    cemerlang, malahan hal ini turut menjadi alternatif lain untukmemberi dorongan kepada pelajar

    lain supaya mempertingkatkan pretasi mereka.Ekorannya, data yang menunjukkan bilangan

  • 7/29/2019 Contoh _Teks bahas

    5/5

    pelajar yang cemerlang dalam SPM akan meningkat. Kita sedar bahawa peperiksaan awam akan

    diutamakan berbanding dengan ujian bulanan yang diadakan di sekolah masing-masing. Oleh itu,

    pemansuhan UPSR danPMR akan meninggalkan ujian bulanan sahaja untuk menilai pretasipelajar. Sebagaikesannya, para pelajar hilang semangat mahupun inisiatif untuk saling bersaing

    antara satusama lain. Apakah pihak kerajaan sama sekali tidak pernah terfikir bahawa persaingan

    itulah yang membantu kita berusaha dengan lebih gigih? Saya kira pihak kerajaan sudahmelupakan hal ini, maklumlah sibuk mencari sebab supaya peperiksaan awam ini dapat

    dimansuhkan dengan segera.

    Oleh itu Yang Dipertua dan Sidang dewan yang saya muliakan sekalian,berdasarkan hujah yang telah saya kemukakan ini, sekali lagi saya katakan bahawa peperiksaan

    awam UPSR dan PMR amatlah tidak wajar dimansuhkan memandangkan ia lebih banyak

    memberikan implikasi negatif kepada sistem pendidikan di negara kita pada masa kini. Hujah

    saya akan diteruskan oleh rakan pembangkang yang seterusnya, dan dengan ini saya mengundurdiri. Mohon untuk terus membangkang.* Ulasan Pengarang: Kalau ada kekurangan pada teks ini, jangan dicaci ye...Teks ini

    mungkin boleh dijadikan rujukan, dan kupasan isu di dalam ini juga mungkin boleh dibaca

    untuk menambahkan pengetahuan semua.....Anda mungkin juga meminati: