contoh surat kiriman tidak rasmi

3
Kampung Padang Lalang, 24000 Kemaman, Terengganu Darul Iman. 9 Mac2015 Ke hadapan Azmin yang dikasihi dan dirindui selalu. Saudara, Apa khabar saudara di Brunei . Saya sentiasa berdoa agar saudara sihat sentiasa. Bagi diri saya di sini, usahlah saudara bimbangkan. Saya sihat di samping keluarga tersayang. Ahli keluarga saya juga sihat. Mereka sampaikan salam buat saudara. Sebenarnya, tujuan saya mengutus surat ini adalah untuk menjawab soalan saudara tentang kepentingan permainan tradisional yang saudara tanyakan dalam surat yang lepas. Saya berasa gembira apabila saudara ingin mengetahui tentang budaya di Malaysia. Memang tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional merupakan warisan budaya Malaysia yang tidak ternilai harganya. Hal ini adalah kerana permainan tradisional merupakan warisan nenek moyang yang melambangkan adat, budaya dan identiti sesuatu bangsa. Sekiranya permainan tradisional ini tidak dipertahankan sudah tentu generasi muda tidak mengenali budaya warisan mereka.Impaknya, generasi muda sudah tentu tidak akan mengenali permainan congkak, sepak raga, wau malah mereka begitu berbangga dengan permainan moden yang begitu pesat membanjiri pasaran kini.Jelaslah, permainan tradisional ini sangat penting kerana permainan ini merupakan warisan turun-temurun yang perlu dilestarikan untuk tatapan generasi akan datang. Saudara, Sudah Terang Lagi Bersuluh, permainan tradisional dapat dijadikan sebagai alat hiburan untuk mengisi masa lapang. Permainan tradisional dapat menghiburkan seseorang kerana permainan ini menyeronokkan dan dimainkan secara berkumpulan. Sebagai contoh, permainan congkak yang memerlukan dua orang untuk memainkannya dan begitu juga permainan sepak raga yang perlu dimainkan secara berkumpulan. Secara tidak langsung, permainan tradisional ini dapat mengurangkan stress seseorang malahan dapat menyihatkan tubuh badan seseorang. Tegasnya, permainan tradisional bukan sahaja dapat menghiburkan seseorang malah mengisi masa lapang dan menyihatkan tubuh badan. Selain itu, k epentingan seterusnya ialah permainan tradisional dapat dijadikan suatu produk pelancongan yang menguntungkan negara. Pada kebiasaannya, pelancong luar yang datang ke negara kita ingin melihat

Upload: domingo-brooks

Post on 02-Oct-2015

339 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

surat

TRANSCRIPT

Kampung Padang Lalang,24000 Kemaman,Terengganu Darul Iman. 9 Mac2015

Ke hadapan Azmin yang dikasihi dan dirindui selalu.

Saudara,Apa khabar saudara di Brunei . Saya sentiasa berdoa agar saudara sihat sentiasa. Bagi diri saya di sini, usahlah saudara bimbangkan. Saya sihat di samping keluarga tersayang. Ahli keluarga saya juga sihat. Mereka sampaikan salam buat saudara.

Sebenarnya, tujuan saya mengutussuratini adalah untuk menjawab soalan saudara tentang kepentingan permainan tradisional yang saudara tanyakan dalam surat yang lepas. Saya berasa gembira apabila saudara ingin mengetahui tentang budaya di Malaysia.Memang tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional merupakan warisan budaya Malaysia yang tidak ternilai harganya. Hal ini adalah kerana permainan tradisional merupakan warisan nenek moyang yang melambangkan adat, budaya dan identiti sesuatu bangsa. Sekiranya permainan tradisional ini tidak dipertahankan sudah tentu generasi muda tidak mengenali budaya warisan mereka.Impaknya, generasi muda sudah tentu tidak akan mengenali permainan congkak, sepak raga, wau malah mereka begitu berbangga dengan permainan moden yang begitu pesat membanjiri pasaran kini.Jelaslah, permainan tradisional ini sangat penting kerana permainan ini merupakan warisan turun-temurun yang perlu dilestarikan untuk tatapan generasi akan datang.

Saudara, Sudah Terang Lagi Bersuluh, permainan tradisional dapat dijadikan sebagai alat hiburan untuk mengisi masa lapang. Permainan tradisional dapat menghiburkan seseorang kerana permainan ini menyeronokkan dan dimainkan secara berkumpulan. Sebagai contoh, permainan congkak yang memerlukan dua orang untuk memainkannya dan begitu juga permainan sepak raga yang perlu dimainkan secara berkumpulan. Secara tidak langsung, permainan tradisional ini dapat mengurangkan stress seseorang malahan dapat menyihatkan tubuh badan seseorang. Tegasnya, permainan tradisional bukan sahaja dapat menghiburkan seseorang malah mengisi masa lapang dan menyihatkan tubuh badan.

Selain itu, kepentingan seterusnya ialah permainan tradisional dapat dijadikan suatu produk pelancongan yang menguntungkan negara. Pada kebiasaannya, pelancong luar yang datang ke negara kita ingin melihat keunikan budaya warisan yang terdapat di Malaysia. Sebagai contoh, permainan wau ataupun layang-layang yang kini telah mendapat tempat di persada antarabangsa. Oleh demikian, permainan tradisional ini dapat menarik pelancong asing dan berlakunya aliran masuk mata wang asing ke dalam negara.maka, jelaslah bahawa permainan tradisional penting dalam sektor pelancongan di Malaysia. Walaupun kini permainan moden bagaiCendawan Tumbuh Selepas Hujantelah menguasai jiwa golongan muda namun, permainan tradisional perlulah dikekalkan dlam jiwa anak-anak mudah agar ia kekal diwarisi oleh generasi akan datang. Baiklah saudara, saya harap saudara dapat memahami kepentingan permainan tradisional ini. Setakat ini sahaja coretan saya pada kali ini. Jemputlah datang ke sini. Saya akan membawa saudara melawat beberapa kawasan yang masih menjalankan aktiviti permainan tradisional di Malaysia.Semoga kita akan bertemu nanti. Salam sayang dan rindu daripada saya buat saudara disana.Sahabatmu yang merindui,Razin (Mohd Razin Umar)

CONTOH KARANGAN: PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN ANAK-ANAK.Amalan membaca merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat penting dalam membentuk masyarakat berilmu. Setiap anggota masyarakat harus menjadikanmembaca sebagai satu amalan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu berusaha untuk mewujudkan keluarga berilmu dengan menyemai minat membaca dalam kalangan anak-anak.Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam diri anak-anak adalah dengan membawa anak-anak ke perpustakaan.Amalan ke perpustakaan akan menanam perasaan cinta dan sayang akan buku.Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu atau semasa cuti sekolah. Di sini, anak-anak boleh memilih pelbagai buku yang digemari. Lantas, anak-anak akan gemar membaca buku seumur hidup. Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan mini di rumah.Perpustakaan ini dapat dijadikan tempat menyimpan buku dan majalah. Malahan, boleh menjadi tempat anak-anak membaca dan belajar. Perpustakaan mini di rumah mestilahdilengkapi dengan buku-buku yang bersesuaian dapat menarik minat anak-anak untukmembaca. Sebagai contoh, majalah, buku cerita dan surat khabar. Ruang perpustakaan ini juga mestilah dalam keadaan selesa. Lantaran itu, ibu bapalah memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak mereka agargemar membaca buku ketika berada di rumah.Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan yang baik untukdicontohi oleh anak-anak mereka.Tidak dapat dinafikan, contoh teladan yang baik dariibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak. Sebagai contoh, sikap gemar membaca surat khabar, majalah, buku dan sebagainya patutlah diamalkan oleh ibubapa dalam mengisi masa lapang. Lama-kelamaan, tabiat ini akan menjadi ikutan anak-anak. Bak kata peribahasa Melayu bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Oleh itu, jelaslahbahawaibubapaperlumenunjukkancontohterbaikuntukdicontohianak-anakSebagai intihanya, kita hendaklah menyedari bahawa ilmu itu merupakan pelita hati. Jelaslah ibu bapa sewajarnya memupuk amalan dalam diri anak-anak agar sebati dengan jiwa mereka.