contoh soalan temuduga spa

Upload: eshalini-deewi

Post on 03-Jun-2018

356 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Contoh Soalan Temuduga SPA

    1/3

    Contoh Soalan Temuduga SPA

    Soalan Temuduga SPA

    Ingin tahu contohsoalan temuduga SPAyang sering ditanya oleh panel penemuduga? Baiklah

    untuk entri kali iniakan berkisar kepada contoh soalan temuduga SPA. Jika anda dipanggil menjalani

    seisi temuduga jawatan kerajaan, anda disyorkan bertanyakan rakan atau kenalan anda yang pernah

    menghadiri seisi temuduga tersebut. Tanyakan apakah soalan yang ditanya oleh panel dan minta

    rakan anda berkongsi pengalaman menghadiri seisi temuduga sektor awam. Dengan cara ini anda

    akan mendapat gambaran ringkas situasi dan soalan yang bakal anda hadapi nanti semasa seisi

    temuduga sektor awam / SPA.

    Soalan temuduga SPA yang sering ditanya oleh panel penemuduga kepada calon berkisar kepada

    beberapa aspek seperti :

    =>Latar belakang & kelayakan calon

    =>Jawatan yang dipohon & berkaitan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

    =>Dasar kerajaan

    =>Isu semasa dalam & luarnegara.

    Contohsoalan temuduga SPAberkaitan latar belakang & kelayakan calon

    =>Sila perkenalkan diri anda secara ringkas.

    =>Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda??

    =>Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan kerajaan? Mengapakah kami

    patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?

    =>Semasa projek akhir disemester anda, apa yang anda lakukan? Minta ceritakan

    http://www.kerja-kerajaan.com/blog/http://www.kerja-kerajaan.com/blog/http://www.kerja-kerajaan.com/blog/http://www.kerja-kerajaan.com/blog/?p=744http://www.kerja-kerajaan.com/blog/?p=744http://www.kerja-kerajaan.com/blog/?p=744http://www.kerja-kerajaan.com/blog/wp-content/uploads/2013/06/cthsoalantemuduga.jpghttp://www.kerja-kerajaan.com/blog/?p=744http://www.kerja-kerajaan.com/blog/
  • 8/12/2019 Contoh Soalan Temuduga SPA

    2/3

    =>Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara

    yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?

    Contohsoalan temuduga SPAberkaitan jawatan yang anda pohon.

    =>Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh anda jika nanti?

    Peranan Jabatan & Kementerian ini? (bergantung kepada jawatan yang anda pohon ketika itu)

    =>Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu

    ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi

    seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?

    =>Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu

    ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi

    seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?

    =>Sumbangan yang boleh anda berikan jika menjawat jawatan yang dipohon.

    Contohsoalan temuduga SPAyang berkaitan dengan dasar kerajaan.

    =>Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key PerformanceIndicator) untuk mengukur kecekapan

    dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?

    =>Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah

    majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?

    =>Apakah yang anda faham dengan konsep 1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa

    Perdana Menteri Malaysia?

    =>Apa yang anda faham dengan intipati belanjawan negara2013 yang telah dibentangkan

    olehPerdanaMenteri Malaysia?

    =>Senarai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?

    =>Apakah tema bajet 2013?

    http://www.kerja-kerajaan.com/bloghttp://www.kerja-kerajaan.com/bloghttp://www.kerja-kerajaan.com/bloghttp://www.kerja-kerajaan.com/blog/motivasi/contoh-soalan-temuduga-spa/http://www.kerja-kerajaan.com/blog/motivasi/contoh-soalan-temuduga-spa/http://www.kerja-kerajaan.com/blog/motivasi/contoh-soalan-temuduga-spa/http://www.kerja-kerajaan.com/blog/motivasi/contoh-soalan-temuduga-spa/http://www.kerja-kerajaan.com/blog
  • 8/12/2019 Contoh Soalan Temuduga SPA

    3/3

    Contoh soalan temuduga SPA berkaitan isu semasa dalam & luar negara

    Isu Semasa Dalam Negara

    =>Boleh nyatakan tentang keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.

    =>Jelaskan tentang konflik yang tercetus di Lahat Datu?

    =>Isu perkauman yang hangat dibangkitkan ketika ini?

    =>Diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN.

    Isu Semasa Luar Negara

    =>Krisis Palestin yang mengorbankan ribuan nyawa akibat kerakusan regim Israel.

    =>Krisis yang berlaku di Syria.

    =>Aung SanSuu Kyiadalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya

    Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan

    oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan

    hubungan diplomatik kedua dua hala?

    =>Campur tangan asing dalam kedaulatan sesebuah negara.

    =>Kegawatan ekonomi yang melanda negara Eropah seperti Greece