contoh soalan dan jawapan kertas 3 sejarah spm 2014

Click here to load reader

Upload: tuisyen-geliga

Post on 23-Jun-2015

2.701 views

Category:

Education


15 download

DESCRIPTION

Contoh Soalan & Jawapan Kertas 3 SPM 2014 yang disediakan oleh Guru-Guru Sejarah Daerah Sabak Bernam

TRANSCRIPT

  • 1. Kertas 3 Sejarah SPM 2014Page1TEMA UMUM : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara MalaysiaBerdaulat.Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan Malaysiatelah diperkemas berasaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.Aspek Perincian MarkahPengenalan 1. Demokrasi berparlimen di Malaysia 5 markahIsi danhuraian2. Ciri-ciri demokrasi berparlimen. 25 markah3. (soalan menganalisis salah satu dari ciri-ciri demokrasiberparlimen)(i). Perlembagaan melindungi kepentingan rakyat.a. Keluhuran perlembagaanb. Kepentingan perlembagaanc. Pindaan Perlembagaan(ii) Bidang kuasa Yang Dipertuan Agung (YDPA) mengikutPerlembagaan Malaysia.(iii) Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan dengankonsep pengasingan kuasa.a. Badan Perundanganb. Badan Pelaksanac. Badan Kehakiman(iv) Sistem pilihan raya merupakan proses memilih wakil rakyatuntuk memerintah sama ada pada peringkat negeri ataupersekutuan.a. Fungsi SPR, Pilihan Raya Umum / Pilihan Raya Kecilb. Proses Pilihan Rayac. Syarat calon dan pengundi30 markah4. Peranan rakyat Malaysia dalam sebuah negara yangmengamalkan demokrasi berparlimen.10 markah5. Kejayaan negara melalui amalan sistem demokrasiberparlimen.10 markah6. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistempemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkahuntuk mengatasi cabaran tersebut.10 markah7. Nilai-nilai murni. 5 markahKesimpulan8. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.a) Pengetahuan yang diperolehb) Iktibar kepada diri, bangsa dan negarac) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yanglebih harmoni dan stabil.5 markah

2. Kertas 3 Sejarah SPM 2014Page2SKEMA JAWAPAN KERTAS 3 SEJARAH SPM 20141. Demokrasi berparlimen di Malaysia ( 5 markah )Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimendan Raja Berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahannegara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Dalam sistempemerintahan demokrasi berparlimen rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyatbebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Mereka berhak menyokong,mengekalkan, atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Sistem iniberjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil.2. Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen ( 25 markah )1. PERLEMBAGAANMaksud perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asaskepada pembentukan sesebuah negara. Tujuan perlembagaan menjadi dokumen rasminegara. Terdiri daripada segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaanuntuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik yang memerintah akanmengetahui hala tuju pentadbiran negara. Menjamin kerajaan menunaikantanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16 September 1963 yang mempunyai 183perkara. Perlembagaan ini terdiri daripada peruntukan seperti Senarai KerajaanPersekutuan, Kerajaan Negeri dan Senarai Bersama.Mempunyai institusi Yang di PertuanAgung, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman. Perlembagaan Malaysia telahmembuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.2. RAJA BERPERLEMBAGAANMaksud Raja Berperlembagaan ialah sistem pemerintahan beraja mengikutperuntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Jawatan Yang di Pertuan Agong diwujudkansejak tahun 1957. Yang diPertuan Agong merupakan tonggak negara dan ketua utamanegara. Simbol keutuhan dan perpaduan rakyat. Yang di Pertuan Agong bertindakberdasarkan perlembagaan dan atas nasihat Pedana Menteri. Yang diPertuan Agongtidak boleh bertindak sendiri kecuali perkara tertentu yang memerlukan budi bicarabaginda dalam membuat keputusan. Yang di Pertuan Agong dipilih daripada kalangansembilan orang raja Melayu daripada sembilan buah negeri secara bergilir -gilir. PemilihanYang di Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.3. KUASA PEMERINTAHANMalaysia merupakan negara Demokrasi Berparlimen yang mengamalkan konseppengasingan kuasa. Kuasa pemerintahan dibahagi kepada tiga iaitu BadanPerundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegangoleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.4. PILIHAN RAYAPilihan raya adalah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada padaperingkat negeri atau persekutuan. Pemilihan dilakukan secara sulit denganmenggunakan prosedur yang telus dan teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka 3. Kertas 3 Sejarah SPM 2014Page3dan keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang.Pilihan raya merupakan ciri penting sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Pilihan rayadi Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).5. PARTI-PARTI POLITIKParti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik,untuk mencapai matlamat bersama. Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkankuasa. Ahli-ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya memberi kesetiaan dankomitmen terhadap perjuangan parti. Sikap perkauman juga menjadi asas pembentukandan penyatuan ahli-ahli parti. Parti-parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatudan memelihara kepentingan kaum masing-masing. Contoh parti UMNO untuk mewakiliorang Melayu, parti MCA mewakili kaum Cina dan pati MIC mewakili orang India.3. (i) Perlembagaan melindungi kepentingan rakyat.a ) Keluhuran perlembagaanb ) Kepentingan perlembagaanc ) Pindaan Perlembagaan ( 30 markah )a) Keluhuran PerlembagaanKeluhuran Perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga. KeluhuranPerlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atauperlembagaan itu sendiri. Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi yangdipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Dengan itu, semuajenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalahtidak sah.Selain itu, undang-undang negeri mestilah selaras dengan PerlembagaanPersekutuan. Perkara 75 menyatakan, undang-undang negeri yang bertentangandengan Perlembagaan Perekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untukmembatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa parlimen atau bercanggahdengan perlembagaan Malaysia. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihansetiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian PerlembagaanMalaysia.b) Kepentingan perlembagaanPerlembagaan berperanan untuk menjamin kestabilan politik sesebuah negaradengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaanmembantu dalam menjamin kecekapan, pentadbiran dan pemerintahan sesebuahkerajaan. Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supayapemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagikepada sebuah negara. Rakyatnya yang memegang matlamat yang sama supayasemangat patriotisme dapat dibentuk. Perkara 24 Perlembagaan Malaysiamenyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkankewarganegaraannya. Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorangwarganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepadanegara ini. Tujuaannya supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanahair untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia. 4. Kertas 3 Sejarah SPM 2014Page4Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini.Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan,beragama dan memiliki harta. Dengan ini, rakyat mengetahui had kebebasanmereka disisi undang-undang.Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukanorang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Hak istimewa tersebut ialahpemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikanserta pemberian lessen perniagaan dan perdagangan. Walaubagaimanapun,perlembagaan juga memastikan Pekara 153 tersebut dilaksanakan dengan berhati -hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum lain.Perlembagaan Malaysia juga menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dankepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri.Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undangpersekutuan dan negeri. Dengan cara ini sistem pentadbiran negara dapatdiselaraskan tanpa sebarang perbalahan.Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu danbumiputera di Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan. Ini adalah jaminan yangditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertaiPersekutuan Malaysia pada tahun 1963. Kerajaan Persekutuan menggunakansenarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membantumemesatkan pembangunan di negeri Sarawak dan Sabah.c) Pindaan PerlembagaanSejak tahun 1957 Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Pindaan inibertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara danmelicinkan urusan pentadbiran Negara. Perlembagaan perlu dipinda supayasentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa. Pindaan ini jugamenjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dankandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.Perlembagaan juga telah dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalkansecara terbuka. Antara perkara sensiti f dalam perlembagaan yang tidak bolehdipersoalkan termasuklah pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan bahasaMelayu dan hak istimewa orang Melayu.Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang menghadkanseseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehinggamenyentuh perkara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antarakaum di negara ini. Tujuannya untuk memelihara keselamatan, ketenteraman dankeharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita. Antara pindaan terbesaryang telah dibuat termasuklah pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi Yang diPertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah.Pindaan Perlembagaan terbahagi kepada 4 kaedah pindaan. Kaedah pertamadengan persetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen danPersetujuan Majlis Raja-Raja. Antara perkara pindaan ialah tugas dan kuasa MajlisRaja-Raja Melayu, kewarganegaraan, keutamaan Yang Di Pertuan Agong danRaja Pemaisuri Agong, Raja-raja dan Yang di Pertua Negeri, Kedudukan istimewaorang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah dan perubahan sempadannegeri. 5. Kertas 3 Sejarah SPM 2014Page5Kaedah kedua dengan persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga DewanParlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah. Antara perkarapindaan ialah keanggotaan dan bidang kuasa mahkamah Tinggi di Sarawak danSabah. Seterusnya hak dan kuasa kepada kerajaan negeri tentang kuasamenahan kemasukan orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah.Kaedah ketiga dengan persetujuan lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen.Antara perkara pindaan yang tidak di sebut dalam mana-mana tiga kaedahpindaanKaedah keempat ialah persetujuan lebih suara dewan parlimen. Antara pindaanyang boleh dibuat ialah pindaan perkara 74 dan 76 dalam perlembagaan. Dalamperkara 74, parlimen boleh membuat atau meminda undang-undang mengenaiperkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Dalamperkara 76, parlimen boleh membuat undang-undang dalam senarai Negeri yangmelibatkan pelaksanaan, perjanjian atau konvensyen antara persekutuan denganmana-mana negara lain.3. (ii) Bidang kuasa Yang Dipertuan Agung (YDPA) mengikut Perlembagaan Malaysia.( 30 markah )Mengikut Perlembagaan Malaysia, Yang Di -Pertuan Agung (YDPA) merupakanketua negara dan mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan,Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman. YDPA merupakan satu daripada tigaunsur parlimen. Baginda mempunyai kuasa memanggil dan membubarkanparlimen. Selain itu, baginda merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. YDPAberkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadapkesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.Di samping itu, baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukandan hak istimewa orang Melayu. Baginda boleh menitahkan majlis raja-raja Melayumengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan,kehormatan dan kemuliaan raja-raja Melayu.Dalam pada itu, YDPA merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri baginda sendiri,Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Selain itu, YDPAmempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda juga,mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan TimbalanMenteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.Selain itu, YDPA boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah Undang-undangX jika mendapati keselamatan negara terancam. Baginda juga melantikpengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan raya, ahli PerkhidmatanKehakiman, serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya PerkhidmatanAwam. Baginda juga bertanggungjawab melantik peguam negara dan seorangKetua Audit Negara bagi Persekutuan. YDPA mempunyai kuasa tertinggi untukmentauliahkan duta-duta negara kita.3. (iii) Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan dengan konsep pengasingankuasa.a. Badan Perundanganb. Badan Pelaksanac. Badan Kehakiman ( 30 markah ) 6. Kertas 3 Sejarah SPM 2014Page6a. Badan PerundanganPerundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badanperundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsinyaialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraanrakyat. Parlimen merupakan badan perundangan yang bertanggungjawabmenggubal undang-undang. Terdiri daripada Yang di Pertuan Agong, DewanNegara dan Dewan Rakyat.Dewan NegaraMerupakan dewan tertinggi dalam system pemerintahan negara. Mempunyai 69orang ahli, 26 dipilih dari 13 buah negeri. Yang lain dilantik oleh Yang diPertuanAgong terdiri daripada individu yang member sumbangan cemerlang dalamperkhidmatan awam, bidang professional atau bidang tertentu. 2 orang puladilantik mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah PersekutuanLabuan. Ahli Dewan Negara digelar Senator dilantik tanpa bertanding dalampilihanraya. Senator memegang jawatan bagi tempuh 3 tahun dan berumursekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan ahli Parlimen danboleh dilantik menjadi Jemaah Menteri.Dewan RakyatAhlinya dipilih melalui pilihanraya umum. Mempunyai 219 ahli yang mewakilisemua kawasan pilihan diseluruh negara. Tempuh jawatan adalah 5 tahun.Tugasnya menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat DewanRakyat. Undang-undang yang digubal oleh Parlimen dikenali sebagaiAkta,manakala yang digubal Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen. Yangdigubal di Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak dinamakan Ordinan.b. Badan PelaksanaKabinet (Jemaah Menteri)Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar -dasarkerajaan. Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas JemaahMenteri atau Kabinet ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semuaperkara. Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.KementerianPerdana Menteriatau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah ataubeberapa kementerian. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubaldasar-dasar kerajaan, merancang dan menyelaraskan program pembangunanekonomi dan sosial negara kita. Pada masa ini terdapat dua puluh enam buahkementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara. Setiap kementeriandiketuai oleh seorang menteri dan dibantu oleh timbalan menteri, setiausahaparlimen dan setia usaha politik. Seseorang menteri yang tidak diberikan tugasdalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berport folio dandiberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri. 7. Kertas 3 Sejarah SPM 2014Page7Perkhidmatan AwamPerkhidmatan Awam di Malaysia di ketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yangbertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaaan.Pada peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua SetiausahaKementerian dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulanpegawai perkhidmatan awam. Kakitangan awam bertanggungjawabmelaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.Jabatan KerajaanJabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Pengarah. Sesebuah kementerian padakebiasaannya mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah.Badan BerkanunMerupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu.Iamempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuahlembaga pengarah yang bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan.Mereka mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab untukmempercepatkan pentadbiran dan program pembangunan di bawahrancangan lima tahun kerajaan. Contoh nya Lembaga Kemajuan PerindustrianMalaysia (MIDA), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).SuruhanjayaDitubuhkan untuk mengendalikan urusan perlantikan, kenaikan pangkat danmemantau disiplin kakitangan awam. Contohnya Suruhanjaya PerkhidmatanAwam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.c. Badan KehakimanMempunyai kuasa mendengar dan menetukan perkara sivil dan jenayah. Perkarasivil berkaitan dengan saman, manakala jenayah pula melibatkan kanunkeseksaan. Menetukankesahihanundang-undang yang dibuat oleh badanperundangan dan badan pelaksana. Mentafsir Per lembagaan Persekutuan danPerlembagaan Negeri.Sistem mahkamah diwujudkan untuk melaksanakan tugas kehakiman. Tugasmahkamah pula mentafsir perlembagaan negara, mentafsir undang-undang,mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau KerajaanNegeri dan mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana pindaantertakluk pada badan perundangan atau parlimen. Sistem mahkamah diMalaysia disusun mengikut hieraki pi ramid. Melalui sistem ini, individu ataukumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah bolehmembuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Semua hakim dilantik olehYang di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Seorang hakim tidak bolehdipecat tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hakim tidak boleh mengambilbahagian dalam politik. Peguam Negara merupakan penasihat undang-undangkerajaan dibantu oleh pegawai perkhidmatan undang-undang dan kehakiman. 8. Kertas 3 Sejarah SPM 2014Page83. (iv) Sistem pilihan raya merupakan proses memilih wakil rakyat untuk memerintahsama ada pada peringkat negeri atau persekutuan.a. Fungsi SPR, Pilihan Raya Umum / Pilihan Raya Kecilb. Proses Pilihan Rayac. Syarat calon dan pengundi ( 30 markah )a. Fungsi SPR, Pilihan Raya Umum / Pilihan Raya KecilFungsi SPR ialah menentukan semapadan-sempadan pilihanraya, menjalankanpendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihanrayaumum atau pilihan raya kecil. SPR juga menubuhkan urus setia yang di ketuai olehseorang setiausaha yang berperanan sebagai ketua eksekutif dan ketuapentadbir urus setia. Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam. UrusSetia SPR diwajibkan mengikuti panduan dan dasar SPR. Tujuaannya untukmemastikan pilihan raya di jalankan dengan efektif dan adil.Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli dewan rakyat dan ahli dewanundangan negeri secara serentak di seluruh semenanjung Malaysia manakala diSarawak dan Sabah pula di adadakan secara berasingan.Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-manakawasan parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan itu berlakumungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan danperlucutan jawatan. Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagisemenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosonganitu.b. Proses Pilihan RayaProses pilihan raya Malaysia bermula dengan penetapan tarikh penamaan calondan pengundian oleh SPR. Hari penamaan calon dijalankan. Parti yangbertanding menyediakan manifesto dan pelancaran kempen pilihan raya di buat.Tempoh berkempen adalah 7 hingga 15 hari sahaja. SPR mengumumkan tempatpengundian dan tempat pengiraan undi. Pada hari mengundi, pengundidiberikan kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipil ihditempat pengundian. Pembuang undi dibuat oleh pengundi denganmemangkah calon pihannya pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebutke dalam peti undi. Selepas tamat tempoh pengundian, pengiraan undidijalankan. Pegawai pilihan raya akan membuat pengumuman keputusan pilihanraya pada hari tersebut.c. Syarat calon dan pengundiSyarat menjadi calon pilihan raya ialah mestilah warganegara Malaysia, berumur21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidakmemegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengansesuatu kesalahan oleh mahkamah.Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen atauahli dewan undangan negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulanatau didenda tidak kurang RM2000 dan belum mendapat pengampunan. Calonboleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas.Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaancalon. 9. Kertas 3 Sejarah SPM 2014Page9Seseorang yang layak mengundi namanya mesti didaftarkan dalam SenaraiDaftar Pemilih. Menurut Perkara 119 Perlembagaan Malaysia seseorangwarganegara yang berumur 21 tahun bermastautin atau tidak bermastautin,tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya, dewan rakyat atau dewanundangan negeri boleh mengundi. Seorang pengundi hanya boleh mengundidalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja. Perlembagaan membenarkananggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaanyang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama merekaterdaftar sebagai pengundi.4. Peranan rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasiberparlimen. ( 10 markah )Sebagai rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasiberparlimen kita seharusnya mendaftarkan diri sebagai pengundi atau pemilih danmenjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Selain itu, kita haruslah mematuhiundang-undang negara dan menghormati prinsip-prinsip Rukun Negara.Kita juga tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mengganggu keharmoniannegara. Ibu bapa haruslah menerapkan nilai -nilai murni dalam diri anak-anak sejak kecillagi. Semua rakyat haruslah setia kepada raja dan negara.Sebagai warganegara Malaysia, kita juga harus mengamalkan amalan agama masing-masingdan menghormati amalan agama kaum-kaum lain. Di samping itu, kita haruslahmembina hubungan mesra antara kaum di negara kita. Sebagai warganegara kita jugaharuslah bersedia menerima dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan.5. Kejayaan negara melalui amalan sistem demokrasi berparlimen. @Bukti keberkesanan kejayaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita. @Mengapakah Malaysia memilih sistem demokrasi berparlimen.( 10 markah )Antara kejayaan negara melalui pengamalan sistem demokrasi berparlimen adalahdapat memilih pemimpin yang berwibawa. Selain itu, rakyat hidup dalam keadaanaman. Dalam masa yang sama, pembangunan ekonomi dapat berkembang denganpesat. Selain itu, perpaduan antara kaum dapat dikekalkan. Dasar -dasar negara jugadapat diteruskan.Di samping itu, imej negara dapat ditingkatkan. Rakyat juga boleh mengemukakanpandangan masing-masing. Demokrasi berparlimen memastikan pemimpin tidakberkuasa mutlak. Rakyat juga akan menjadikan perlembagaan sebagai panduan. Disamping itu, hak asasi rakyat terjamin. Selain itu, taraf hidup rakyat yang berpendapatanrendah dapat ditingkatkan dan prasarana luar bandar serta pedalaman dapat diperkasa. Akhir sekali, sistem demokrasi berparlimen juga dapat melahirkan modal insanyang mempunyai jati diri. 10. Kertas 3 Sejarah SPM 2014Page106. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasiberparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.( 10 markah )Contoh Jawapan 1Antara cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahandemokrasi berparlimen ialah penyebaran isu-isu sensitif yang boleh menggangguperpaduan kaum. Selain itu, gejala rasuah yang berleluasa dalam negara turut berlaku.Kalangan generasi muda juga, t iada kesedaran untuk menunaikan tanggungjawabsebagai pengundi. Kebebasan media massa turut memberi kesan negatif terhadapkeharmonian negara di samping campur tangan pihak luar. Akhir sekali, semangat cintaakan negara semakin luntur dalam diri generasi kini.Langkah-langkah untuk mengatasinya ialah melalui didikan ibu bapa tentang nilai-nilaimurni dan pengukuhan pengetahuan agama sejak kecil. Selain itu, penguatkuasaanterhadap penyalahgunaan media massa kepada pengguna yang tidakbertanggungjawab oleh pihak berwajib. Di samping itu, kempen kesedaran tentangtanggungjawab warganegara sebagai pengundi perlu diadakan. Masalah sosial yangmelanda anak muda seperti penagihan dadah, merempit, pengangguran dansebagainya perlulah ditangani segera. Akhir sekali, kerajaan perlu memperbanyakkanprogram kemasyarakatan dengan penglibatan pelbagai kaum.Contoh Jawapan 2Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen ialahpengaruh media massa yang menyampaikan maklumat palsu/tidaktepat.Perkembangan dunia tanpa sempadan telah menggalakkan penyebaran maklumatpalsu melalui ICT. Rakyat telah menyalahgunakan kebebasan yang diberi denganmengadakan demontrasi jalanan apabila tidak berpuas hati terhadap dasar -dasarkerajaan. Pihak tertentu pula mula mempersoalkan isu-isu sensitif seperti hak Raja-RajaMelayu, agama Islam dan Bahasa Melayu. Pencapaian taraf sosio ekonomi yang berbezadi antara kaum turut menyumbang kepada isu-isu perkauman dan peningkatan kadarjenayah serta masalah sosial. Wujudnya perjuangan/tuntutan pihak tertentu yanglebihbersifat perkauman daripada kepentingan rasional.Langkah-langkah untuk mengatasinya pula ialah dengan penguatkuasaan undang-undangyang lebih ketat. Mengambil tindakan mahkamah terhadap penyebaranmaklumat palsu. Mengambi ltindakan tegas terhadap individu ataupertubuhan/persatuan yang mempersoalkan isu-isu sensitif. Kawalan terhadappenyalahgunaan ICT. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan rakyat Malaysiamelalui pelbagai program anjuran kerajaan atau pihak tertentu. Pengagihan sumberekonomi yang adil dan saksama antara kaum.Contoh Jawapan 3Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahandemokrasi berparlimen ialah perbezaan fahaman politik dan mengamalkan politikperkauman. Selain itu, berlaku demonstrasi jalanan dan pelanggaran hak asasimanusia.Cabaran lain yang dihadapi adalah sikap rakyat Malaysia yang memburuk-burukkannama Malaysia di luar negara dan pengaruh media cetak/elektronik. Kegiatanjenayah seperti jenayah siber berleluasa di samping berlakunya pengaruh anasir luar.Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran adalah dengan menyekat pengaruh negatifdaripada media cetak dan elektronik. Selain itu,mengamalkan prinsip Rukun Negara danmengamalkan sikap bertolak ansur selain menyelesaikan masalah melalui perundingan 11. Kertas 3 Sejarah SPM 2014Page11dan musyawarah.Rakyat juga digalakkan untuk mengamalkan konsep 1 Malaysia danmenanamkan semangat mementingkan kepentingan negara daripada kepentinganindividu. Mengamalkan semangat patriotisme dan perpaduan juga merupakan langkahmengatasi cabaran tersebut.7. Nilai-nilai murni. ( 5 markah )Nilai murni dan iktibar yang di peroleh dari pengamalan system demokrasi berparlimenadalah semangat cinta dan setia kepada raja dan negara serta patuh kepadapelembagaan/undang-undang. Seterusnya kita harus menghormati pemimpin negara.Setiap rakyat Malaysia harus menyokong dasar-dasar yang telah dirancang olehkerajaan. Mewujudkan perpaduan antara kaum serta saling hormat menghormati danbertolakansur demi memantapkan system demokrasi berparlimen. Kesepakatan dandiplomasi antara pemimpin dan rakyat amat perlu untuk memelihara kepentinganbersama.8. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.a) Pengetahuan yang diperolehb) Iktibar kepada diri, bangsa dan negarac) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang lebih harmoni dan stabil.( 5 markah )Pengetahuan yang diperoleh ialah sistem pemerintahan demokrasi berparliman merupakansistem yang terbaik kerana memberikan ruang kepada rakyat untuk membuat keputusanmemilih pemimpin melalui sistem pilihan raya yang telus dan adil agar dapat membentukkerajaan yang mantap.Iktibar kepada diri, bangsa dan negara adalah kerjasama antara pemimpin dan rakyatmenjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.Harapan saya, saya mengharapkan Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat dandisegani di persada dunia.Disediakan oleh :Guru-Guru Sejarah Daerah Sabak Bernam, Selangor10 Oktober 2014