contoh soalan 2

16
BAHAGIAN A 1. Kenyataan di bawah yang manakah adalah menjelaskan dengan tepat maksud Kesihatan Reproduktif ” A. Kesihatan dalam melakukan hubungan kelamin dan pencegahan penyakit kelamin B. Keupayaan untuk menjalankan kehidupan seksual yang memuaskan dan selamat C. Memahami dan menjelaskan fungsi sistem reproduktif lelaki dan wanita D. Menjelaskan aspek-aspek yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan 2. Secara umumnya sperma hanya mempunyai masa tertentu untuk bersenyawa dengan ovum dalam tiub falopio. Menurut kajian berapa lamakah tempoh masa yang dianggarkan A. 12 jam hingga 24 jam B. 24 jam hingga 36 jam C. 36 jam hingga 48 jam D. 48 jam hingga 72 jam 3. Aminah mendapati kehadiran haidnya berlaku pada 7 haribulan Okctober. Ia tidak menghadapi masalah dalam kitaran hid bulanannya. Bilakah jangkaan kehadiran haidnya pada bulan berikutnya A. 5 November B. 6 November C. 7 November D. 8 November 4. Remaja akan menunjukkan tanda-tanda berikut dalam perubahan fizikal dan emosinya :

Upload: nursyazwani-abdullah

Post on 01-Jul-2015

198 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: CONTOH SOALAN 2

BAHAGIAN A

1. Kenyataan di bawah yang manakah adalah menjelaskan dengan tepat maksud “ Kesihatan Reproduktif ”

A. Kesihatan dalam melakukan hubungan kelamin dan pencegahan penyakit kelamin

B. Keupayaan untuk menjalankan kehidupan seksual yang memuaskan dan selamat

C. Memahami dan menjelaskan fungsi sistem reproduktif lelaki dan wanitaD. Menjelaskan aspek-aspek yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan

2. Secara umumnya sperma hanya mempunyai masa tertentu untuk bersenyawa dengan ovum dalam tiub falopio. Menurut kajian berapa lamakah tempoh masa yang dianggarkan

A. 12 jam hingga 24 jamB. 24 jam hingga 36 jamC. 36 jam hingga 48 jamD. 48 jam hingga 72 jam

3. Aminah mendapati kehadiran haidnya berlaku pada 7 haribulan Okctober. Ia tidak menghadapi masalah dalam kitaran hid bulanannya. Bilakah jangkaan kehadiran haidnya pada bulan berikutnya

A. 5 NovemberB. 6 NovemberC. 7 NovemberD. 8 November

4. Remaja akan menunjukkan tanda-tanda berikut dalam perubahan fizikal dan emosinya :

1. Menegaskan kebebasan diri 2. Dapat berfikir secara abstrak 3. Berupaya mentakrif matlamat hidup.

4. Menentukan imej tubuh badan yang tertentu

Pada peringkat manakah golongan remaja akan menunjukkan reaksi seperti yang dinyatakan di atas

A. Keremajaan peingkat awalB. Keramajaan peringkat pra-matangC. Keremajaan peringkat pertengahanD. Keremajaan pringkat akhir

Page 2: CONTOH SOALAN 2

5. Ibu mengandung perlu mendapat rawatan dan khidmat nasihat di klinik secara berkala bagi penjagaan diri dan kandungannya. Organ yang membekalkan oksigen dan nutrien kepada fetus ialah

A. tali pusatB. plasentaC. pundi amnionD. salur fellopia

6. Namakan hormon lelaki dan perempuan yang menyebabkan perubahan dalam tubuh badan semasa akil baligh; pertumbuhan fizikal, perkembangan ovari, penghasilan sperma, pertumbuhan payu dara, bulu tubuh badan dan perubahan bentuk fizikal tubuh badan.

A. Klitoris dan SkrotumB. Testron dan EstrogenC. Testostron dan AndrogenD. Androgen dan Estrogen

7 .Berdasarkan kenyataan di bawah, kumpulan ini digelar sebagai

Perempuan atau lelaki yang merasai diri mereka sepatutnya tergolong pada sex yang berlainan. Ini mendorong mereka untuk melakukan pembedahan menukar jentina.

A LesbianB BiseksualC. HeteroseksualD.Transeksual

8. Akil baligh adalah tempoh perkembangan yang kritis dan ibu bapa sepatutnya lebih memahami anak mereka.. Semasa akil baligh, banyak perubahan fisiologi berlaku kepada remaja lelaki dan perempuan. Kenyataan di bawah yang manakan membawa maksud akil baligh

A. IhtilamB. IkhtiarC. IkhtihanD Ikhtihad

Page 3: CONTOH SOALAN 2

9. “Apabila bermulanya akil baligh, naluri seksual bayi bertukar kepada normal. Perubahan kedua yang berlaku semasa tempoh remaja adalah perubahan daripada naluri seksual dalaman kepada naluri seksual yang ditujukan kepada sasaran luaran. (Freud 1905;1962)”.Pada peringkat bayi sehingga berumur setahun organ seksual yang diminatinya ialah

A. jariB. mulutC. duburD. oedipus

10 Apabila ovum dibebaskan daripada ovari, ia bergerak ke uterus melalui salah satu tiub falopio. Berapa lamakah tempoh perjalanan tersebut

A. 1 hingga 2 hariB. 3 hingga 5 hariC. 5 hingga 7 hariD. 8 hingga 10 hari

11. Salah satu akibat serius jangkitan penyakit melalui hubungan seks ialahketidakupayaan kekal untuk melahirkan anak, jika gonorea menjangkitike salur Fallopio wanita atau vas deferens lelaki. Apakah kesan lain yang mungkin dihadapi oleh remaja yang melakukan persetubuhan dan kehamilan di peringkat yang terlalu muda.

A. Barah hatiB. Barah servikC. Barah perutD. Barah payu dara

12. Dorongan seks diperlihatkan dengan situasi tarikan terhadap gender yang berlainan pemujaan individu sebagai ‘hero’ mempunyai teman tetap dan pergaulan dengan gender yang berlainan.Antara kenyataan yang berikut yang manakah merupakan masalah emosi yang berkaitan dengan dorongan seks kecuali

A. berkhayalB. ejek-mengejekC. rasa bersalah kerana merancapD. budak lelaki lebih analitis daripada budak perempuan

Page 4: CONTOH SOALAN 2

13. Dalam aspek gender, golongan ” Transventisme ” adalah golongan yang berkaitan

A. kaum wanita yang mempunyai minat atau tarikan pada rakan sejenisB. kaum wanita yang mempunyai minat atau tarikan pada rakan yang

berlainan jenisC. lelaki yang suka memakai pakaian wanita yang digelar sebagai ”

Mak Nyah atau Pondan ”.D. Lelaki yang lebih tertarik kepada rakan sejenisnya sebagai pasangan

hidupnya

14. . Mengikut Akta Kanak-kanak 2001, “kanak-kanak” merupakan seseorang yang berusia di bawah

A. 14 tahunB. 16 tahunC. 17 tahunD. 18 tahun

Page 5: CONTOH SOALAN 2

BAHAGIAN B

Soalan 1. (a)

Budak lelaki dan perempuan yang mengalami pertumbuhan fizikal dan emosi mungkin mengalami keseronokan seksual dengan hanya melihat atau berada berhampiran dengan seseorang yang mereka minati. Berdasarkan pertumbuhan fiziakalnya, senaraikan lima (5) perubahan fizikal yang sama dialami oleh remaja perempuan dan lelaki

Soalan 1. (b)

Berdasarkan aspek gender, senaraikan lima (5) peranan gender lelaki atau perempuan

Soalan 2. (a)

Tempoh purata kehamilan manusia ialah 280 hari atau 40 minggu. Penjagaan adalah penting bagi ibu mengandung. Suami perlu bertanggungjawab dalam memberikan sokongan moral kepada ibu. Senaraikan empat (4) langkah penjagaan semasa kandungan pranatal

Soalan 2. (b)

Aspek gender mengariskan peranan lelaki adalah berbeza dengan peranan perempuan.Jelaskan tiga (3) peranan anak lelaki dan anak perempuan dalam kehidupan seharianSebuah keluarga.

Soalan 3. (a)

Istilah kesalahan juvana digunakan untuk remaja sahaja. Tingkah laku juvana merangkumi kesalahan terlindung, selain kes kesalahan biasa juvana. Tingkah laku salah merujuk kepada sebarang tindakan juvana yang merupakan kesalahan yang boleh didakwa mengikut undang-undang juvana.Senaraikan empat (4) bentuk kesalahan yang dikatkan dengan remaja atau kes juvana.

Soalan 3. (b)

Jelaskan 3 faktor yang membawa berlakuya masalah kes-kes jawana di kalangan remaja.

Page 6: CONTOH SOALAN 2

BAHAGIAN C

Soalan Esei

Soalan 1. (a)

Keluarga yang mengamalkan cara hidup sihat akan menghasilkan anak-anak yang mempunyai status kesihatan reproduktif yang lebih baik. Ibubapa perlu mendidik anak mereka dan generasi muda tentang amalan cara hidup sihat .Jelaskan secara ringkas tiga perkara yang perlu ditekankan oleh ibu bapa berkaitan dengan pendidikan seksualiti Soalan 1.(b)

Senaraikan empat (4) perubahan perasaan yang berlaku kepada kanak-kanak semasa mencapai akil baligh

Soalan 2. (a)

Penghargaan kendiri berkait rapat dengan penghormatan diri. Ibu bapa dan guru mempunyai pengaruh yang besar ke atas penghargaan kendiri kanak-kanak. Pengalaman kanak-kanak disayangi dan menyayangi dapat membentuk konsep kendiri. HarrisClemes & Reynold Bean telah menentukan empat syarat yang mesti dipenuhi bagi perkembangan dan pemeliharaan tahap penghargaan kendiri yang tinggi.Jelaskan empat (4) syarat yang dinyatakan oleh beliau.

Soalan 2. (b)

Walaupun lelaki dengan kelelakiannya, terdapat juga sifat kewanitaan padanya. Begitu juga wanita dengan sifat kewanitaannya turut mempunyai sifat kelelakian padanya. Berdasarkan kenyataan tersebut, sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran seksualiti bagaimanakah anda menjelaskan kepada pelajar dalam aspek gender.

Page 7: CONTOH SOALAN 2

PANDUAN PENENTUAN MARKAH (PMM)

BAHAGIAN A

NoSaoalan

NoSaoalan

NoSaoalan

NoSaoalan

1 B 6 C 11 B 162 D 7 D 12 D 173 A 8 A 13 C 184 D 9 B 14 195 B 10 B 15 20

BAHAGIAN B

Soalan Struktur 1. (a)

1. Berat badan bertambah2. Ketinggian meningkat3. Tumbuh bulu pubis4. Tumbuh bulu ketiak5. Kadar berpeluh meningkat6. Tumbuh Jerawat

Soalan Struktur 1.(b)

Bil Sifat-sifat Lelaki perempuan1 Kebolehan pemimpin/ menghasilkan sprema melahirkan anak/

mengeluarkan ovam

2 Pakaian memakai songkok/ memakai kain plekat /. seluar slck

memakai tudung/ memakai kain batik/ memakai skirt

3 Kerjaya Imam/bilal/pamugara Jururawat/pamugari4 Tingkahlaku Kasar/maskulin/kuat/agresif Sopan santun/lemah

lembut/feminin5 Penampilan Berambut pendik/kasut kulit Berambut panjang/kasut

tumit6 Fizikal Dada

bidang/zakar/testis/janggut/misai/suara garau

Buah dada besar/suara lembut/vagina/ovam

7 Sikap Logik/ego/bedikari/aktif Penyeyang/sensitif/emosional

Page 8: CONTOH SOALAN 2

Soalan struktur 2. (a).

Penjagaan semasa pranatal adalah seperti berikut :

i. Kehadiran berkala di klinik pranatal

Ibu mengandung perlu mendapat rawatan dan khidmat nasihat di klinik secara berkala bagi penjagaan diri dan kandungannya. Biasanya ibu mengandung perlu ke klinik pranatal sekurang-kurangnya lapan kali semasa tempoh kehamilannya.

ii. Makanan seimbang

Makanan seimbang amat penting ketika mengandung bagi ibu dan kandungannya.

iii. Senaman

Senaman semasa kehamilan membantu meningkatkan serta merangsang peredaran darah, memelihara postur yang baik, memperkuat otot dan menambah keupayaan berehat. Terdapat banyak senaman yang sesuai dilakukan oleh ibu mengandung.

iv. Rehat, istirahat dan tidur

Ibu mengandung memerlukan rehat tambahan. Salah satu cara istirahat adalah dengan melakukan senaman, meregangkan otot bagi menghilangkan ketegangan. Ibu mengandung perlu tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari dan berehat secukupnya.

Soalan Struktur 2. (b)

Anak Lelaki Anak PerempuanMembawa Kereta Membasuh pingganMemotong rumput Mengemas rumahPulang lewat ke rumah Menyapu sampah di halamanBerkebun Menyidai bajuMembuat keputusan Mengikut arahan

Page 9: CONTOH SOALAN 2

Soalan Struktur 3. (a)

1. Sentiasa ponteng sekolah2. Berkawan dengan orang yang dikenali sebagai pencuri, ganas3 atau tidak bermoral4. Tidak dapat dikawal oleh ibu bapa atau penjaga5. Tidak mahu kerja atau terlibat dengan jenayah6. Mencederakan orang lain7. Menunjukkan tingkahlaku yang tidak bermoral atau lucah8. Lari dari rumah9. Sentiasa menggunakan bahasa kotor, lucah atau kesat10. Mengunjungi kawasan pelacuran11. Sentiasa merayau12. Menaiki kenderaan awam atau kereta orang tanpa kebenaran13. Minum minuman keras14. Merokok15. Tingkah laku tidak senonoh16. Mengemis17. Perlakuan seksual yang tidak betul

Soalan 3. (b)

a. Rumah

Terdapat perkaitan langsung keadaan di rumah dengan kesalahanjuvana. Remaja daripada keluarga bermasalah mempunyai sikapnegatif terhadap ibu bapa mereka. Apabila perhubungan antara ibubapa dengan remaja menjadi tegang, remaja yang terlibat dalamkesalahan juvana mungkin menyebabkan keruntuhan dalamhubungan kekeluargaan.

b. Taraf sosial

Ramai yang menganggap remaja daripada taraf sosial rendah lebihberkemungkinan terlibat dalam salah laku daripada rakan sebayamereka dari taraf sosial pertengahan dan atasan. Kajian W.B. Miller(1958) mendapati tiada perbezaan signifikan antara kumpulan tarafrendah dengan budak lelaki tanpa kumpulan dan antara budak lelakitaraf rendah dengan budak lelaki taraf pertengahan.

Walaubagaimanapun kajian Empey dan Erickson (1965) menunjukkankecenderungan budak lelaki taraf atasan untuk melakukan perbuatansalah jika dibandingkan dengan budak lelaki taraf rendah dan tarafpertengahan.

Sebaliknya, kadar penahanan kesalahan juvana memang lebih tinggibagi remaja taraf rendah. Perkara ini mungkin berpunca keranaketidakadilan dalam kadar penahanan sebagai fungsi taraf dan keturunan.

Page 10: CONTOH SOALAN 2

c. Kecerdasan

Kecerdasan juga mempengaruhi tingkah laku delinkuen. Remajayang IQ rendah lebih berisiko untuk melakukan tingkah laku berikut.Pencapaian pendidikan juga dikaitkan dengan delinkuen juvana.Remaja yang tercicir dari sekolah menengah didapati terlibat dalamtingkah laku delinkuen yang serius.

Page 11: CONTOH SOALAN 2

Soalan Esei

Soalan1. (a)

Ciri-ciri Keluarga Sihat

1. berkomunikasi dan berinteraksi secara positi2. menunaikan peranan dan tanggungjawab masing-masing3. mengamalkan nilai-nilai agama dan moral4. beriadah bersama5. mempunyai pendapatan yang mencukupi6. memupuk sokongan sosial7. berkomunikasi dan berinteraksi secara positi8. menunaikan peranan dan tanggungjawab masing-masing9. mengamalkan nilai-nilai agama dan moral10. beriadah bersama11. mempunyai pendapatan yang mencukupi12. memupuk sokongan sosial

Soalan 1. (b)

1.Kebebasan

Remaja ingin kurang bergantung kepada ibu bapa mereka. Mereka mula mengalihkan tumpuan dari ibu bapa kepada rakan sebaya atau mempercayai kepada sesuatu sistem kepercayaan supaya mendapat kebebasan. Penganjakan ini amat kuat dan mungkin melibatkan penentangan

2. Identiti

Remaja ingin mengenal diri sendiri dan hasrat yang ingin dicapai. Mereka sentiasa menjawab soalan seperti “Siapa saya?” dan “Apakah yang boleh saya jadi?” Proses ini melibatkan remaja ingin mencuba sesuatu tingkah laku. Remaja akan membentuk identiti peranan jantina, imej kendiri yang positif dan dihargai.

3. Keakraban

Remaja mula meluahkan dan mengurus perasaan mereka. Mereka membentuk keupayaan menyayangi dan disayangi serta keakraban hubungan dengan rakan sebaya.

4. Integriti

Remaja perlu membentuk dasar menjelaskan nilai. Ibu bapa memberi dasar tetapi terdapat banyak input daripada rakan sebaya, media, sekolah dan sebagainya. Pada masa yang sama remaja perlu membuat keputusan tentang apa yang perlu dipercayai dan bagaimana ia harus bertindak.

Page 12: CONTOH SOALAN 2

Soalan 2. (a)

a. Hubungan (connectiveness)

Terjadi apabila kanak-kanak memperoleh kepuasan daripadahubungan yang signifikan dan pentingnya hubungan ini diakuioleh orang lain.

b. Keunikan (uniqueness)

Berlaku apabila kanak-kanak dapat mengakui dan menghargaikeistimewaan diri sendiri, dan menerima penghormatan danpengiktirafan daripada orang lain kerana sifat itu.

c. Kuasa (power)

Muncul apabila adanya sumber pekerjaan.

d. Model (models)

Menggambarkan kebolehan kanak-kanak untuk merujuk kepadateladan manusia, falsafah dan amalan yang mencukupi bagimembantunya membina nilai, matlamat, keunggulan dan piawaiperibadi yang bermakna.

Soalan 2. (b)

Bil Peranan Keterangan1 Tanggungjawab Ibu / Bapa Tunggal

Ketua Jabatan2 Kebolehan Kerjaya berdasarkan pilihan sendiri -

jururawat/pamugari/doktor3 Sikap Berubah mengikut peranan dan tanggungjawab

yang ada pada diri4 Penampilan Berkaitan dengan persekitaan keluarga seperti ahli

keluarga semua perempuan / lelaki5 Keinginan Mengikut teroi Maslow tentang keperluan asas

yang perlu dipenuhi