contoh soalan 1

9
-Guru meminta murid tahun 5 menyediakan kertas A4 dan cat semburan untuk pengajaran dan pembelajaran bidang membuat corak dan rekaan. Apakah teknik yang hendak diajar oleh guru berdasarkan persiapan alat dan bahan tersebut? -Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menarik sekiranya guru mampu untuk merangsang minda dan deria kanak-kanak. Bagaimanakah cara deria belajar kanak-kanak itu dinilai? I. Belajar secara visual II. Belajar secara auditori III. Belajar secara kinestetik IV. Belajar melalui pengalaman V. Belajar melalui persekitaran -Konsep penggabungjalinan dalam Perkembangan Kurikulum KBSR sering digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Pilih konsep yang tepat mengenai kepentingan penggabungjalinan? I. Dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada. II. Memperolehi kemahiran dalam pelbagai mata pelajaran.

Upload: azhari-ahmad

Post on 21-Nov-2015

26 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

contoh soalan 1 star

TRANSCRIPT

-Guru meminta murid tahun 5 menyediakan kertas A4 dan cat semburan untuk pengajaran dan pembelajaran bidang membuat corak dan rekaan.

Apakah teknik yang hendak diajar oleh guru berdasarkan persiapan alat dan bahan tersebut?

-Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menarik sekiranya guru mampu untuk merangsang minda dan deria kanak-kanak.

Bagaimanakah cara deria belajar kanak-kanak itu dinilai?

I. Belajar secara visualII. Belajar secara auditoriIII. Belajar secara kinestetikIV. Belajar melalui pengalamanV. Belajar melalui persekitaran

-Konsep penggabungjalinan dalam Perkembangan Kurikulum KBSR sering digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Pilih konsep yang tepat mengenai kepentingan penggabungjalinan? I. Dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada.II. Memperolehi kemahiran dalam pelbagai mata pelajaran.III. Memberi hasil pembelajaran secara eksplisit dan implicitIV. Dapat menghubungkait pengetahuan dalam pelbagai mata pelajaran.V. Dapat menghubungkaitkan pendidikan seni visual dengan mata pelajaran khusus.

-Nyatakan lima teknik melukis menggunakan garisan-Bincangkan lima pengertian di sebalik penghasilan karya sesebuah lukisan.

-Nyatakan empat kriteria yang perlu diberi pertimbangan semasa guru memilih bahan bantu mengajar. -Jelaskan tiga kepentingan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran.

-Berikan lima langkah pengajaran mengikut urutan bagi menghasilkan corak pualamanSenaraikan lima corak terancang dan tidak terancang yang sesuai digunakan untuk bidang kegiatan membuat corak dan rekaan.

-Silat dan motif alam semula jadi adalah gaya ukiran kayu tradisional yang berfungsi untuk menampakkan kehalusan sesuatu ukiran. Senaraikan empat jenis silat dalam ukiran kayu tradisional.

-Jelaskan tiga cara yang digunakan untuk mencari asal-usul motif yang terdapat pada ukiran kayu tradisional.

-Manusia akan mengungkap perasaan terhadap alam dan persekitaran dalam berkarya. Dalam hal ini, pengkarya perlu mengetahui beberapa teknik supaya karya yang dihasilkan itu mempunyai nilai estetikanya.

Berdasarkan ungkapan di atas, anda dikehendaki mengenal pasti perbezaan teknik penghasilan catan cat minyak dengan catan cat air.

-Berdasarkan arca di atas bincangkan dan perincikan nilai-nilai yang dapat disemai dikalangan pelajar melalui kegiatan membentuk dan membuat binaan arca.

Teknik-teknik menghasilkan Lukisan.(i) Selari(ii) Kontur(iii) Titikan(iv) Lorekan(v) Gosokan(vi) Berombak(vii) Menyilang(viii) Campuran (ix) Silang pangkah

Lima pengertian di sebalik penghasilan karya sesebuah lukisan

1. Aktiviti melukis menggunakan bahan kering bagi mendapatkan kesan rupa dan bentuk pada sesuatu permukaan2. Paparan atau gambaran rupa dan bentuk atas sesuatu permukaanterutamanya yang dihasilkan oleh garisan serta lakaran.3. Cara mengungkap pengalaman, memori, perasaan dan kenangan dengan persembahan berbagai-bagai.4. Untuk menyatakan pemikiran dan pandangan seseorang @ menyatakanpersepsi terhadap sesuatu perkara/fenomena/pengalaman/pemerhatianmereka secara visual.5. Sebagai disiplin seni yang memerlukan nilai yang melibatkan dayamenterjemah secara visual, daya emosi dan daya estetik.6. Sebagai penyelidik, pengkaji dan perakam peristiwa.7. Sebagai alat komunikasi idea serta data menyimpan memori pelukis.8. Sebagai rakaman peristiwa.

Empat kriteria memilih bahan Bantu mengajar

(i) faktor isi kandungan(ii) dapat menarik perhatian(iii) kuantiti mengikut jumlah pelajar(iv) cara persembahan Bahan Bantu Mengajar yang menarik perhatian murid(v) mudah tapi berkualiti )(b) Tiga sebab kenapa penting bahan Bantu mengajar

(i) Memudahkan guru menerangkan konsep pelajaran dengan tepat. (ii) Guru dapat mempelbagaikan cara penyampaian maklumat dan mengelakkan kebosanan.(iii) Guru dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan bahan bantu mengajar yang pelbagai. (iv) Guru dapat membentuk sahsiah murid ke arah yang lebih positif melalui sikap murid yang suka membantu dan menolong guru mengendalikan bahan bantu mengajar(v) menggalakkan penglibatan/interaksi murid(vi) BBM digunakan bagi mencapai kesan yang diharapkan(vii) Penggunaan BBM dapat dilihat, didengari dan disentuh oleh murid

Lima langkah pengajaran mengikut urutan bagi menghasilkan corak pualamanI. Bancuh cat gloss atau warna cat minyak dengan sedikit thinnerII. Gunakan berus atau pisau palet bagi menceduk sedikit cat berwarna ke dalam airIII. Gunakan sebatang kayu untuk mengacau (mengawal) warna yang terapung di permukaan airIV. Letakkan kertas di permukaan air sehingga semua bahagian kertas diresapi cat minyakV. Kertas diangkat dan dikeringkan

(b) Corak Terancang Corak Tidak Terancang-Lukisan - Pualaman-Catan - Tiupan-Resis - Titisan-Cetakan - Tarikan-Kolaj - Koyakan-Capan - Ikatan dan celupan-Kaligrafi - Renjisan dan percikan-Lipatan dan guntingan - Semburan- Renyukan- Bakar

Empat jenis silat dalam ukiran kayu

(i) Silat belah rotan

(ii) Silat serong

(iii) Silat dada tuma

(iv) Silat leper

(b) Tiga cara mencari asal-usul olahan motif. (i) Menggayakan alam-mengambil gambar flora dan fauna dari alam semujadi untuk dijadikan ilham bagi membuat motif.

(ii) Melalui peniruan alam-melukis semula gambar alam semulajadi untuk dipilih sama ada flora dan fauna untuk dijadikan motif.

(iii) Meniru alam-mengolah lukisan. Olahan rekaan yang dibuat daripada kudup, bunga, batang dan daun akan dipelbagaikan untuk dijadikan motif pilihan.

(iv) Memujaradkan alam-motif yang dipilih daripada olahan akan dijadikan pola lengkap, variasi dan seterusnya induk kepada motif ukiran tradisional.

Mengenalpasti perbezaan teknik penghasilan catan cat minyak dengan catan cat air.

1.Teknik catan cat aira. Basah atas basah-permukaan kertas dibasahkan dahulu kemudian dicatkan dengan cat air yang telah dibancuh dengan air.

b. Basah atas kering-cat air yang telah dibancuhkan dengan air disapukan di atas permukaan kertas yang kering.

c. Kering atas basah-cat air dari tiub cat terus disapukan pada permukaan kertas yang telah dibasahkan.

2.Teknik catan cat minyaka) Teknik titik-teknik ini menggunakan berus untuk membentuk titik-titik berwarna.

b) Teknik Hard Edges-teknik ini seolah-olah seperti catan yang dipotong-potong. Teknik menggunakan masking tape untuk memisahkan warna.

c) Teknik Impasto-teknik menggunakan warna tiub yang banyak tetapi tidak banyak menggunakan minyak linsid. Biasanya teknik ini menggunakan pisau palit.

d) Teknik glazing-teknik ini seolah-olah menampakkan kilauan berkaca. Teknik ini dibentuk dengan sapuan berus yang bersahaja.

e) Teknik lembut (scrambling)-teknik menggunakan berus yang terkawal, membubuh lapisan warna legap atau separuh legap pada permukaan catan untuk mendapatkan kesan kusam dan bertekstur.

f) Teknik Alla Prima-teknik menyapu warna cat minyak hanya sekali iaitu terus dari tiup dan melukis.

)

Bincangkan dan perincikan nilai-nilai yang dapat disemai dikalangan pelajar melalui kegiatan membentuk dan membuat binaan arca.

1.Pemerhatian

2.penerokaan

3.penghasilan

4.apresiasi dan perlanjutan

5.menghargai keindahan alam ciptaan tuhan

6.menghargai sumbangan tokoh- tokoh dan karya seni.

7.meningkatkan pengetahuan, daya kreatif, inovasi, disiplin serta kemahiran