perjanjian bersama - rahsiahrd.com executive employee handbook.pdf · mana-mana rujukan di dalam...

29
ABC Company Sdn. Bhd. KESATUAN PEKERJA-PEKERJA ABC COMPANY SDN.BHD. PERJANJIAN BERSAMA di antara ABC COMPANY SDN. BHD. Dengan KESATUAN PEKERJA-PEKERJA ABC COMPANY SDN. BHD. (1/1/2016 – 31/12/2016)

Upload: doandang

Post on 16-Feb-2018

259 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

ABC Company Sdn. Bhd.

KESATUAN PEKERJA-PEKERJA ABC COMPANY SDN.BHD.

PERJANJIAN BERSAMA

di antara

ABC COMPANY SDN. BHD.

Dengan

KESATUAN PEKERJA-PEKERJAABC COMPANY SDN. BHD.

(1/1/2016 – 31/12/2016)

Page 2: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

KANDUNGAN

TAJUK Mukasurat

TUJUAN 1

PART 1STATUTORY

ARTIKEL TAJUK Mukasurat

1 Pihak-pihak dalam perjanjian 2

2 Undang-undang 3

3 Tempoh kuatkuasa dan tamatnya perjanjian ¾

4 Timbangtara 4

5 Pengamalan 4

6 Pengakuan syarikat 4

7 Tatacara menyelesaikan rungutan 4/5(Rasa tidak puashati)

BAHAGIAN IIPERHUBUNGAN MAJIKAN – KESATUAN

ARTIKEL TAJUK Mukasurat

8 Pengiktirafan Kesatuan 6/7

9 Pengiktirafan Syarikat 7

10(A) Soal siasat 7/8

10(B) Tatacara 8

11 Majlis Kesatuan – Pengurusan 8/9

ARTIKEL TAJUK Mukasurat

Page 3: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

12 Papan Kenyataan 9

13 Yuran Kesatuan 9

14 Keselamatan dan Kesihatan 10

15 Aktiviti Kesatuan 11/12

BAHAGIAN IIIPERJANJIAN DAN SYARAT-SYARAT PERJANJIAN

ARTIKEL TAJUK Mukasurat

16(A) Tempoh Percubaan 13

16(B) Pekerja Sementara 13

17 Kenaikan Pangkat 13/14

18 Kenaikan Gred (Teknikal sahaja) 14/15

19 Kenaikan Gred (Pentadbiran sahaja) 15

20 Pertukaran 15

21 Notis Pemberhentian 16

22 Elaun Dobi 16

23 Waktu Kerja 16/17

24 Kerja Lebih Masa 17/18

25 Panggil Semula Bekerja (Call back) 18

26 Bayaran Bagi Bekerja Pada Hari Sabtu Dan Ahad 18

27 Bayaran Kerja Bagi Cuti Am 18/19

28 Bayaran Kerja Bagi Cuti Penutupan Kilang 19

29 Elaun Kerja Luar 19/20

Page 4: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

ARTIKEL TAJUK Mukasurat

30 Elaun syif 20

31 Tuntutan Perjalanan 20

32 Subsidi Pengangkutan 20

33 Elan Koordinator Syif Malam 20

34 Elaun Memangku 20/21

35 Elaun Kedatangan 21

36 Cuti Tahunan 21/22

37 Cuti Ehsan 22/23

38 Cuti Bersalin 23

39 Cuti Sakit 24

40 Penyakit Berlanjutan 24/25

41 Cuti Am Yang Diwartakan 25

42 Cuti Belajar Atau Peperiksaan Atau Latihan 26

43 Cuti Menuaikan Fardhu Haji Dan Yang Sumpama 26Dengannya

44 Faedah Perubatan 26/27/28

45 Insuran Kemalangan / Nyawa 28

46 Perbelanjaan Pengkebumian 28

47 Bantuan Bencana Alam 28/29

48 Subsidi Kantin 29

49 Bayaran Lesen Memandu dan P.S.V 29

50 Pinjaman Perayaan 29/30

51(A) Kenaikan Gaji Tahunan 30

Page 5: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

ARTIKEL TAJUK Mukasurat

51(B) Kenaikan Gaji Kepujian 30

52 Subsidi Faedah Pinjaman Kereta 30/31

53 Persaraan 31

54 Faedah Persaraan 31

55 Pengurangan Pekerja 31/32

56 Bayaran Insentif 32/33

57 Gred-Ged Dan Tanggagaji 33

58 Syarat-Syarat Umum 33

Page 6: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

BAHAGIAN I

STATUTORY

Page 7: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

ARTIKEL 1: PIHAK-PIHAK DALAM PERJANJIAN

1. Perjanjian ini dibuat pada 1hb. Januari, 2009 di antara Kesatuan Pekerja-Pekerja ABC Company Sdn. Bhd. sebagai sebuah kesatuan sekerja bagipekerja-pekerja yang didaftarkan menurut Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 dankemudiannya disebut “KESATUAN” di satu pihak dan ABC Company Snd.Bhd. yang kemudiannya disebutkan sebagai “SYARIKAT” di pihak yang lainDALAM MANA DIPERSETUJUI bhawa syarat-syarat pekerjaan hendaklahdipatuhi oleh Kesatuan dan pekerja-pekerja dalam syarikat di atas secaraindividu dan secara beramai-ramai dalam satu pihak dan di pihak syarikat disatu pihak yang lain sebagaimana yang ditentukan dalam perjanjian ini.

2. DIPERSYARATKAN bahawa sebarang syarat perkhidmatan dalam manaperuntukan tertentu tidak dibuat dalam perjanjian ini, maka perkara-perkarayang bersangkut hendaklah dirujuk kepada undang-undang berkaitan yangberkuatkuasa pada masa ini atau di dalam ketiadaan undang-undang berkaitanhendaklah dipersetujui bersama.

3. Jika Syarikat atau Kesatuan mengubah namanya atau bercantum dengansyarikat-syarikat atau pertubuhan-pertubuhan tersebut, maka fasal perjanjianini akan digunakan melindungi pekerja-pekerja yang perjanjian inidimaksudkan sebelum pertukaran nama atau percantuman perusahaandikuatkuasakan sehinggalah tamatnya perjanjian ini.

4. Semua faedah-faedah perjanjian adalah untuk semua kakitangan yangtertakluk di bawah perjanjian ini.

5. Untuk menghindar apa-apa salah tafsir, perkataan “Pekerja-Pekerja” yangterdapat dalam mana-mana Artikel dalam perjanjian ini bermakna pekerja-pekerja syarikat kecuali mereka di dalam Artikel 8 (1).

6. Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait denganpekerja lelaki adalah terpakai bagi pekerja-pekerja perempuan kecuali disebutsebaliknya.

Page 8: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

ARTIKEL 2: UNDANG-UNDANG

1. Jika selepas ini ada undang-undang dikuatkuasakan dan melibatkan sepenuhnyaatau sebahagian dari Perjanjian ini, maka jika kepentingan di dalam Perjanjianini lebih menafaatkan ianya terus digunakan sekiranya undang-undang baruitu membenarkan.

2. Jika undang-undang baru itu memperuntukkan kadar lebih baik lagi dari yangdiperuntukkan di dalam Perjanjian ini, peraturan undang-undang baru ituberkuatkuasa dengan sendirinya.

3. Pekerja tidak boleh menerima ganjaran yang sama dari dua pihak yakni Syarikatdan Kerajaan sekaligus berikutan dengan perubahan mana-mana undang-undang atau rancangan sosial dan kebajikan.

4. “Code of Conduct For Industrial Harmony” yang bertarikh 9hb. Februari, 1975yang dipersetujui oleh pertubuhan majikan-majikan, kesatuan-kesatuanpekerja dan Kementerian Buruh Dan Tenaga Manusia pada masa itu akandigunakan dan dipatuhi oleh Syarikat dan Kesatuan untuk mencapai lebihkeharmonian perusahaan.

ARTIKEL 3: TEMPOH KUATKUASA DAN TAMATNYA PERJANJIAN

1. Perjanjian ini berkuatkuasa mulai dari 1hb. Januari, 2009 dan akan terusberkuatkuasa melainkan digantikan oleh perjanjian yang baru atau keputusanMahkamah Perusahaan.

2. Sepanjang tempoh perjanjian ini berkuatkuasa, pihak Syarikat atau Kesatuan tidakboleh mengubah mana-mana syarat, menurut atau menuntut atau memohonsyarat-syarat dan kadar baru perkhidmatan kecuali atas persetujuan bersama,mengikut kehendak undang-undang atau diperuntukkan di dalam perjanjianini dan ianya boleh dikuatkuasa setelah mendapat pengiktirafan dariMahkamah Perusahaan.

3. Perubahan kepada syarat-syarat perjanjian ini akan disimpan oleh kedua pihak diMahkamah Perusahaan untuk pengiktirafan dalam masa satu bulan dari tarikhpersetujuan perubahan yang dimaksudkan.

4. Mana-mana pihak boleh memberi tiga (3) bulan notis untuk perundingan di atassyarat-syarat dan kadar baru perkhidmatan dan lain-lain perkara yangbersangkutan dan notis serupa ini tidak boleh diberi sebelum 1hb. Oktober,

Page 9: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

2009. Pihak yang memberi notis akan juga mengemukakan cadangan-cadangan di atas kadar syarat-syarat perkhidmatan dan lain-lain perkaraberkait yang akan dirundingkan.

Jika terdapat kebuntuan di atas perundingan, peruntukan yang ada di atas kadarsyarat-syarat semasa akan terus digunakan sehingga digantikan dengan perjanjianyang baru atau diputuskan oleh Mahkamah Perusahaan.

ARTIKEL 4: TIMBANGTARA

Sebarang pertikaian yang berhubung dengan tafsiran atau perlaksanaan perjanjian ini,melainkan jika diselesaikan secara perundingan antara Syarikat dengan Kesatuan ataudiselesaikan oleh Penimbangtara yang dipersetujui oleh kedua-kedua pihak bolehdirujukkan kepada mahkamah Perusahaan menurut peruntukkan-peruntukkan AktaPerhubungan Perusahaan 1967.

ARTIKEL 5: PENGAMALAN

Perjanjian ini hanya terpakai bagi pekerja-pekerja yang ada dalam perkhidmatan syarikatpada 1hb. Januari, 2009 dan seterusnya.

ARTIKEL 6: PENGAKUAN SYARIKAT

Syarikat akan mencetak perjanjian ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dansatu salinan perjanjian ini akan diberikan kepada semua pekerja yang terlibat dalambidang perjanjian ini. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, maka versi BahasaInggeris akan dijadikan sebagai rujukan perundangan yang sah.

ARTIKEL 7: TATACARA MENYELESAIKAN RUNGUTAN (RASA TIDAK PUAS HATI)

1. Tujuan

Adalah menjadi hasrat kedua-dua pihak dalam perjanjian ini bahawa rungutan(rasa tidak puas hati) yang timbul di antara seorang pekerja dan syarikat atau diantara Kesatuan dan Syarikat diselesaikan secara saksama dan dengan secepatmungkin dan untuk mencapai tujuan ini, adalah dipersetujui bahawa kemusykilanhendaklah diproseskan mengikut peraturan berikut dengan tujuan mencapaipersetujuan di peringkat bawah sekali dan memelihara harmoni yang berlanjutandi antara kedua-dua pihak.

2. Definasi

Rungutan (rasa tidak puas hati) adalah didefinasikan sebagai sesuatu punca aduanoleh pekerja yang berkenaan, dikemukakan kepada pegawai atasannya atau KetuaJabatan di mana tidak dapat diselesaikan dengan sepuas hati pekerja itu.

Page 10: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

3. Tatacara

(a) Rungutan mestilah dibuat secara bertulis melaui Borang Aduan TidakPuas Hati seperti di Lampiran II.

(b) Jika pekerja gagal mendapatkan penyelesaian yang memuaskandaripada pegawai atasannya dalam tempoh tiga (3) hari bekerja, diaboleh merujuk kepada Pengurus Jabatan. Di peringkat ini pekerjaboleh, atas kemahuannya diwakili oleh Ahli Jawatankuasa KerjaKesatuan.

(c) Jika perkara ini tidak dapat diselesaikan di (b) dalam tempoh 3 haribekerja, ia hendaklah dirujuk kepada Ketua Jabatan Sumber Manusia.

(d) Jika sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan oleh (c) dalamtempoh 3 hari bekerja ia hendaklah diselesaikan sebagaimanaperuntukan Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Page 11: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

BAHAGIAN II

PERHUBUNGAN MAJIKAN - KESATUAN

Page 12: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

ARTIKEL 8: PENGIKTIRAFAN KESATUAN

1. Pihak Syarikat mengiktirafkan Kesatuan sebagai perundingan mutlak di dalam halkadar gaji, upah, masa bekerja dan syarat-syarat perkhidmatan bagi semua pekerjayang layak kecuali seperti di bawah.

a. Pengurusan dan Eksekutif

b. Pekerja-pekerja termasuk Setiausaha, Jurutrengkas, Kerani Perjawatan dan Kerani Penggajian yang menjalankan tugas sulit.

c. Kakitangan Keselamatan

d. Pekerja-pekerja sementara yang diambil secara sementara bagi tujuan-tujuan berikut:-

(i) Mengganti pekerja-pekerja yang sakit, cuti bersalin atau lain-lain cuti panjang yang diluluskan; dan

(ii) Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang tidak dibuat oleh pekerja biasa) selama tidak melebihi tiga (3) bulan.

2. Pihak syarikat akan mengiktiraf hak-hak kesatuan untuk menghantar perwakilanberhubung dengan tindakan-tindakan Syarikat yang bercanggah kepada ataumengecilkan nilai syarat-syarat perjanjian dan mewakili pekerja-pekerja dalamperundingan am dalam segala segi yang sah mengikut syarat-syarat perjanjian dansyarat-syarat perkhidmatan.

3. Pihak Syarikat tidak akan melakukan sesuatu untuk mencegah seseorang pekerjayang dirangkumi dalam bidang perjanjian ini daripada menjadi seorang ahliKesatuan dan Syarikat tidak akan memberi kepada pekerja-pekerja yang bukanahli Keatuan syarat-syarat perkhidmatan yang lebih baik daripada yang dinikmatioleh ahli-ahli Kesatuan.

Page 13: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

4. Walaupun telah ditetapkan peraturan-peraturan seperti di atas, ianya tidakmenghalang Kesatuan daripada meneliti lain-lain perkara am bersama PengurusJabatan Sumber Manusia atau mana-mana pegawai yang dilantik oleh Syarikat.

5. Lanjutan tempoh – di setiap tatacara di atas di mana had tempoh dikenakan ianyaboleh dilanjutkan dengan persetujuan kedua-dua pihak.

ARTIKEL 9: PENGIKTIRAFAN SYARIKAT

1. Kesatuan mengiktiraf hak-hak syarikat menjalankan dan menguruskan perniagaandalam apa bentuk memahami bahawa fungsi-fungsi ini akan dilakasanakan seadil-adilnya, khasnya tanpa mengabaikan hak-hak umum seperti pengambilankakitangan, kenaikan pangkat, pembuangan kerja, pertukaran, pemberhentian,penggantungan atau lain-lain tatatertib mana-mana pekerja tertakluk kepadaperuntukan perjanjian ini atau peruntukan mana-mana undang-undang yangberkuatkuasa pada masa ini.

2. Pihak Kesatuan dan ahli-ahlinya akan memberi kerjasama dan berusaha untukkemajuan Syarikat bagi kepentingan semua pihak.

3. Kesatuan dan ahli-ahlinya bertanggungjawab secara bersama dan secara beramai-ramai atau kesetiaan sepakat terhadap syarikat dengan sepenuh daya upaya dantekun dalam menjalankan segala pekerjaan bagi kemajuan perniagaan syarikat.

4. Syarikat di dalam menjalankan haknya menguruskan perniagaan tidak akanmelanggar mana-mana peruntukan di dalam perjanjian ini.

ARTIKEL 10 (A): SOAL SIASAT

1. Apabila syarikat menjalankan soal siasat, syarikat akan memberitahu pekerjaberkenaan secara bertulis dengan menyatakan tuduhan ke atasnya, masa, tarikhdan tempat soal siasat. Satu salinan akan diserahkan kepada Kesatuan danmembenarkan pekerja berkenaan diwakili oleh seorang wakil kesatuan danbergantung kepada perihal buruk laku, syarikat boleh mengenakan salah satutindakan tersebut.

i) Memberi amaran bertulis atau,

Page 14: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

ii) Menggantung perkhidmatan pekerja tanpa gaji bagi tempoh tidakmelebihi satu minggu atau,

iii) Menurun pangkat, atau

iv) Memberhentikan perkhidmatan pekerja tanpa notis jika buruk lakutersebut amat ketara,

v) Mengambil lain-lain tindakan ringan yang difikir wajar.

Dalam semua keadaan di atas, syarikat hendaklah memberitahu pekerja secara bertulisdengan satu salinan dihantar kepada Kesatuan.

2. Bagi tujuan soal siasat, syarikat boleh menggantung perkhidmatan pekerja bagitempoh tidak melebihi dua minggu dalam mana beliau akan diberi separuh gaji.Jika soal siasat mendapati pekerja itu tidak menunjukkan buruk laku, syarikatakan mengembalikan semua baki gaji penuh yang ditahan, tetapi jika sabitkesalahannya pekerja berkenaan tidak akan menerima kembali baki gaji yangditahan semasa tempoh penggantungan perkhidmatan tersebut.

3. Dalam masa mana-mana tempoh penggantungan bagi tujuan soal siasat pekerjaboleh diberitahu secara bertulis untuk melaporkan diri di tempat kerja beliau padahari-hari dan masa-masa bekerja bagi membolehkan syarikat menjalankansiasatan.

4. Mana-mana pekerja yang telah digantung daripada menjalankan tugas dan yangtelah diberi barang-barang dan peralatan syarikat hendaklah mengembalikanapabila diminta dalam masa penggantungan sebagaimana dalam para (2) di atas.

ARTIKEL 10 (B): TATACARA DISIPLIN

Di dalam keadaan di mana prestasi kerja/perilaku seseorang kakitangan didapati tidakmemuaskan atau di mana kakitangan melakukan sebarang buruk laku, yang padapendapat syarikat, tidak begitu berat untuk dikenakan soal siasat, syarikat akanmengenakan tatacara pembaikan disiplin selaras dengan syarat-syarat dan peraturansyarikat yang dipersetujui oleh pihak Kesatuan.

ARTIKEL 11: MAJLIS KESATUAN – PENGURUSAN

Adalah menjadi tujuan syarikat untuk menentukan iklim hubungan pengurusan-pekerjayang baik melalui kerjasama dengan pihak Kesatuan untuk meningkatkan status sosialahli Kesatuan dan kemajuan syarikat dan dengan tujuan ini ia akan menubuhkan “MajlisKesatuan-Pengurusan”.

Page 15: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

Bidang rujukan majlis ini dan keahliannya akan dipersetujui bersama di antaraPengurusan dan Majlis Kerja Kesatuan.

Tujuannya ialah untuk menjadikan majlis ini satu badan hubungan Pengurusan-Kesatuanyang berkesan. Majlis ini akan diadakan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.

ARTIKEL 12 : PAPAN KENYATAAN

Syarikat akan membekalkan papan kenyataan bagi kegunaan Kesatuan. Selain dari notisam berhubung dengan urusan Kesatuan, Kesatuan bersama-sama Ketua Jabatan SumberManusia atau mana-mana pegawai dilantik oleh Syarikat akan meneliti lain-lain notissebelum ditampalkan ke papan kenyataan.

ARTIKEL 13: YURAN KESATUAN

Syarikat akan menyerahkan kepada Kesatuan yuran bulanan yang dipotong dari ahliKesatuan yang telah mengizinkan syarikat membuat potongan mengikut “Seksyen 24Akta Pekerjaan 1955”, dengan syarat-syarat berikut:-

a. Ahli Kesatuan boleh memberi kuasa kepada syarikat secara bertulisuntuk memotong gaji untuk membaya yuran bulanan kesatuan denganmenggunakan borang yang telah ditetapkan mengikut Seksyen 24 AktaPekerjaan 1955.

b. Surat kebenaran hendaklah menentukan kadar yuran bulanan dan jikakadar itu ditambah atau dikurangkan, surat kebenaran yang baruhendaklah dibuat untuk potongan selanjutnya.

c. Syarikat hanya akan diberhentikan membuat potongan daripada yuranahli Kesatuan apabila:-

i) Diberitahu oleh pihak Kesatuan untuk berbuat demikian.

ii) Ahli Kesatuan menamatkan perkhidmatan dalamsyarikat.

ARTIKEL 14: KESELAMATAN DAN KESIHATAN

1. Syarikat akan mengambil tindakan yang berkesan untuk menentukankeselamatan dan kesihatan pekerja mengikut undang-undang dan peraturankesihatan dan keselamatan yang telah ada dan berkuatkuasa.

Page 16: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

i) Adalah dipersetujui bahawa pihak Kesatuan akan memberi sokonganpenuh dan kerjasama kepada syarikat di dalam mematuhi perundangankeselamatan dan tatacara keselamatan syarikat.

2. Syarikat akan mengadakan satu Jawatankuasa Keselamatan yang mana tugasnyamenasihati dan mencadangkan kepada syarikat perkara-perkara yang melibatkankesihatan dan keselamatan. Ahli Jawatankuasa mestilah terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang wakil dari Majlis Kesatuan Sekerja.

3. Syarikat akan dengan sepenuhnya menggalakkan dan memberi segala bantuanyang perlu kepada jawatankuasa untuk bergerak dengan berkesan demikeselamatan dan kebaikan semua pekerja yang terlibat.

4. Jika perlu dan boleh dilaksanakan, syarikat akan menghantar wakil JawatankuasaKeselamatan menghadiri kursus-kursus yang berkenaan dengan tugas mereka diatas perbelanjaan syarikat.

5. Semua kemalangan, termasuk kecederaan kepada pekerja di dalam kilanghendaklah dilaporkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan pihak berkuasayang berkenaan dengan segera.

6. Pekerja akan dihantar untuk mendapatkan pemeriksaan doktor di atas nasihatdoktor syarikat dan belanjanya dibayar oleh syarikat.

7. Syarikat akan membekalkan satu kotak bantuan kecemasan kepada setiapkumpulan atau seksyen dan memastikan segala kelengkapan ubatan sentiasamencukupi.

ARTIKEL 15: AKTIVITI KESATUAN

1. Seorang pekerja yang ingin menjalankan tugasnya atau mempergunakan kuasanyasebagai seorang Pegawai Kesatuan perlu memohon cuti secara bertulis kepadaPengurus Jabatan Sumber Manusia atau mana-mana pegawai yang dilantik olehsyarikat dengan menyatakan tempoh dan tujuan cuti yang dipohon dan cutitersebut tidak akan ditolak tanpa sebab yang munasabah oleh syarikat dan tempohcuti yang dipohon itu akan ditentukan berdasarkan kepada kes-kes tertentu.

2. Masyuarat Exco Syarikat/Kesatuan

a. Ia meliputi mesyuarat-mesyuarat atas permintaan Syarikat atau Kesatuandan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

b. Ahli-ahli Exco Kesatuan yang menghadiri mesyuarat-mesyuarat tersebutpada waktu kerja biasa akan terus dibayar gaji/upah biasanya.

Page 17: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

c. Kerja lebih masa akan dibayar jika mesyuarat tersebut diadakan diluarwaktu kerja biasa Exco tersebut dan ahli-ahlinya.

3. Aktiviti-aktiviti Jawatankuasa Kesatuan

Secara amnya mensyuarat-mesyuarat atau aktiviti-aktiviti Kesatuan akandiadakan di luar waktu kerja. Jika mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kesatuanperlu diadakan pada waktu biasa, amalan-amalan berikut perlu diperhatikan.

a. Jawatankuasa Kesatuan perlu memberitahu kepada Pengurus JabatanSumber Manusia dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga (3) hari bekerjaterlebih dahulu jika mesyuarat atau aktiviti itu perlu diadakan pada waktubekerja dengan menyebut tujuan, tempoh serta tarikh mesyuarat atauaktiviti tersebut.

b. Bayaran untuk kerja lebih masa akan dibuat atas budibicara pihakPengurusan kepada wakil-wakil yang menghadiri mesyuarat jawatankuasaatau aktiviti kesatuan sekiranya mesyuarat atau aktiviti itu diadakan di luarwaktu bekerja biasa wakil-wakil tersebut.

c. Syarikat akan membenarkan mesyuarat-mesyuarat atau aktiviti-aktivititersebut diadakan di dalam kawasan syarikat.

4. Mesyuarat Agong Kesatuan/Mesyuarat Luar Biasa

Kesatuan perlu memberitahu Ketua Jabatan Sumber Manusia dalam tepohsekurang-kurangnya 7 hari sebelum Mesyuarat Agong/Mesyuarat Luar Biasa akandiadakan jika ianya perlu diadakan pada waktu kerja dan syarikat akan memberi“Time Off” yang dibayar kepada semua Pegawai Kesatuan dan ahli-ahlinya yangmenghadiri mesyuarat ini.

5. Tertakluk kepada Fasal 6 di bawah, ahli-ahli jawatankuasa Kesatuan akan dibericuti bergaji untuk menghadiri perselisihan sekerja (trade dispute) dan lain-lainkegiatan Kesatuan berkaitan dengan hal-hal Kesatuan.

6. Permohonan cuti tersebut dalam borang tertentu perlu dibuat sekurang-kurangnya3 hari terlebih dahulu kepada Pengurus Jabatan Sumber Manusia atau mana-manapegawai yang dilantik oleh syarikat menyatakan sebab-sebab, tempoh dan tarikhkejadian itu. Dalam hal-hal kecemasan, notis tersebut boleh diketepikan, jikaPengurusan berpuas hati dengan sebab-sebab yang diberi.

7. Syarikat akan memberi “Time Off” yang dibayar kepada ahli-ahli Exco Kesatuanuntuk membolehkannya melayani rungutan-rungutan ahli-ahlinya.

Page 18: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

8. Bagi tujuan fasal ini, “Pegawai Keasatuan” bermakna “Pegawai” yangdidefinasikan dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.

BAHAGIAN III

PERJANJIAN DAN SYARAT-SYARATPEKERJAAN

Page 19: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

ARTIKEL 16 (A): TEMPOH PERCUBAAN

1. Pekerja-pekerja baru yang diambil bekerja dengan tujuan mendapat pekerjaantetap hendaklah menjalani tempoh percubaan selama tiga (3) bulan yang manaboleh dilanjutkan, mengikut budi bicara pengurusan selama 3 bulan, berikutnya.

2. Setelah tamat tempoh percubaan dengan jayanya, pekerja itu akan diberi suratpengesahan jawatan, jika tidak ada sebarang surat yang memberitahu sebaliknyapekerja itu setelah tamat tempoh percubaannya akan dianggap sebagai telahdisahkan dalam jawatan.

3. Pekerja-pekerja baru (Gred T1) setelah disahkan dalam jawatannya akan diberisatu (1) kenaikan dalam tangga gaji yang berkenaan.

ARTIKEL 16 (B): PEKERJA SEMENTARA

Syarikat boleh mengambil pekerja sementara berdasarkan kepada tujuan-tujuan berikut:-

i. Mengganti pekerja-pekerja yang sakit, cuti bersalin atau lain-lain cuti panjangyang diluluskan, dan

ii. Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang tidak dibuat oleh pekerja biasa) bagi satutempoh yang berpanjangan akan ditetapkan oleh Pihak Pengurusan dandirundingkan bersama pihak Kesatuan.

Page 20: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

ARTIKEL 17 : KENAIKAN PANGKAT

1. Syarikat akan menaikkan jawatan pekerja dari peringkat bawahan ke peringkatyang lebih tinggi termasuk jawatan Eksekutif apabila terdapat pekerja yang layakberdasarkan seperti berikut:-

a. Kelayakan, danb. Kebolehan dan pengalaman, danc. Kecekapan, dand. Kesesuaian

2. Syarikat akan mengeluarkan notis kepada pekerja berhubung dengan kekosonganjawatan seperti Artikel 17 (1) melalui papan kenyataan syarikat sebulan sebelumkekosongan tersebut dipenuhi.

3. Apabila seseorang pekerja dinaikkan pangkat, ia diperlukan berkhidmat dalamtempoh percubaan selama 3 bulan dan tempoh ini boleh dilanjutkan 3 bulan lagimengikut budi bicara syarikat.

4. Semasa dalam tempoh percubaan, pekerja tersebut akan terus menerima gaji yangsama dengan yang diterimanya sebelum kenaikan pangkat ditambah dengan elaunsebanyak 10% (peratus) berasaskan kepada gaji asas semasa sebelum kenaikanpangkat atau gaji minima dalam skil gaji jawatan yang disandang atau mana yanglebih tinggi.

5. Peruntukan (4) adalah tertakluk kepada gaji pekerja berkenaan tidak melebihi darigaji maksima di dalam skil gaji gred yang baru.

6. Setelah disahkan dalam jawatan baru, elaun yang termaktub dalam peruntukan (4)akan diserapkan kepada gaji sebenar penyandang.

7. Jika pekerja itu tidak disahkan dalam jawatannya yang baru, dia akandikembalikan kepada taraf dan gajinya yang asal, dan diberi tugas lain yangsetaraf dengan kebolehannya, mengikut pandangan Syarikat tanpa merosakkanpeluang-peluang di masa hadapan. Elaun beliau sebagaimana termaktub dalamAritkel Kecil (4) akan diberhentikan.

ARTIKEL 18 : KENAIKAN GRED (TEKNIKAL SAHAJA)

1. Pekerja yang mempunyai prestasi tahunan (annual performance) yang baik danmemenuhi criteria kenaikan gred akan dinaikkan ke gred yang lebih tinggi didalam ketegori berikut:-

Page 21: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

Syarat-Syarat

a. Dari Gred T1 ke Gred T2 Perkhidmatan tidak kurang dari 2 tahundan penilaian prestasi tahunan tidakkurang 1.4 selama 2 tahun.

b. Dari Gred T2 ke Gred T3 Perkhidmatan tidak kurang dari 3 tahundanpenilaian prestasi tahunan tidakkurang 1.4 selama 2 tahun

2. Pekerja yang menerima gaji di bawah gaji minima bagi gred kenaikkannya akandiberi gaji minima dalam skil gaji yang baru. Jika gaji beliau telah melebihi gajiminima dalam gred yang baru, ia akan diberi satu kenaikan gaji dalam skil gajiberkenaan.

3. Bagi kenaikan ke gred T4 dan T5 akan dipilih mengikut tatacara kenaikanpangkat sebagaimana diperuntukkan di dalam Artikel 17 di atas.

ARTIKEL 19 : KENAIKAN GRED (PENTADBIRAN SAHAJA)

1. Pekerja yang mempunyai prestasi tahunan (annual performance) kriteriakenaikan gred akan dinaikkan ke gred yang lebih tinggi di dalam kategoriberikut:-

Syarat-Syarat

a. Dari Pemandu 1 /Penyambut Tetamu /Penghantar 1(A1) ke (A2)

Perkhidmatan tidak kurang dari dua (2)tahun dan penilaian prestasi tahunan tidakkurang 1.4 selama dua (2) tahun berturut-turut.

b. Dari Kerani 1 (A2) keKerani 2 (A4)

Perkhidmatan tidak kurang dari dua (2)tahun dan penilaian prestasi tahunan tidakkurang 1.4 selama dua (2) tahun berturut-turut.

Page 22: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

2. Pekerja yang menerima gaji di bawah gaji minima bagi gred kenaikkannya akandiberi gaji minima dalam skil gaji yang baru. Jika gaji beliau telah melebihi gajiminima dalam gred yang baru, ia akan diberi satu kenaikan gaji dalam skil gajiberkenaan.

ARTIKEL 20 : PERTUKARAN

Semua pekerja boleh ditukarkan dari satu tempat kerja atau lokasi yang lain selarasdengan keperluan syarikat berdasarkan kepada kemampuan atau kemahiran pekerjatersebut.

ARTIKEL 34 : ELAUN MEMANGKU

1. Jika pekerja dikehendaki memangku jawatan yang lebih tinggi tidak kurang darilima (5) hari berturut-turut akan dibayar elaun memangku sebanyak RM50.00 danRM100.00 sebulan mengikut kategori jawatan seperti berikut:-

Jawatan Elaun / SebulanEksekutif RM 100.00Panyelia / Ketua Syif RM 50.00

ARTIKEL 35 : ELAUN KEDATANGAN

1. Semua pekerja berhak dibayar elaun kedatangan sebanyak RM30.00 sebulan bagikehadiran penuh hari-hari bekerja biasa.

2. Elaun kedatangan akan dipotong dalam situasi seperti berikut:-

a. Datang lewat bekerja pada hari - RM5.00 seharibiasa melebihi 15 minit

b. Pekerja tersebut mengambil cuti - RM30.00 sebulankecemasan

c. Pekerja tersebut tidak hadir - RM30.00 sebulan

Page 23: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

d. Cuti sakit di luar waktu bekerja - RM30.00 sebulan

ARTIKEL 36 : CUTI TAHUNAN

1. Setiap pekerja adalah layak mendapat cuti tahunan bergaji seperti berikut:-

a. Kurang dari dua (2) tahun - 15 hari setahun perkhidmatan.

b. Dua (2) hingga lima (5) tahun - 17 hari setahun perkhidmatan.

c. Lebih dari lima (5) tahun - 20 hari setahun perkhidmatan.

2. Kecuali dalam keadaan kecemasan, seseorang pekerja dikehendaki memohon cutitahunan secara bertulis sekurang-kurangnya lima (5) hari bekerja.

3. Baki cuti tahunan boleh dibawa ke tahun seterusnya tetapi hendaklah tidakmelebihi dari kelayakan cuti yang diterimanya pada tahun tersebut. Jika baki cutitersebut melebihi dari kelayakan cuti yang diterimanya pada tahun tersebut, cutiyang selebihnya akan dibayar dan dikira mengikut dasar perseimbangan gajipokok semasa.

4. Jika berlaku kes pemberhentian, persaraan atau kematian, cuti tahunan akandibayar secara pro-rata mengikut kadar gaji pekerja.

5. Sekiranya seseorang pekerja jatuh sakit dalam masa cuti tahunannya danmendapat surat akuan sakit dari doctor, cuti tahunannya semasa dia sakit tidakakan dikira.

ARTIKEL 40 : PENYAKIT BERLANJUTAN

1. Di atas sokongan doktor syarikat, seseorang pekerja yang mengidap batuk kering,leukemia, lumpuh atau barah atau lain-lain penyakit berlanjutan yang padapendapat syarikat boleh menyebabkan pekerja tidak boleh berutgas, akan diberiselain daripada cuti sakit seperti dalam Artikel 39, kemudahan-kemudahanpenyakit berlanjutan seperti berikut:-

a. Gaji penuh sebulan - enam (6) bulan pertama berturut-turut.

b. Separuh gaji sebulan - enam (6) bulan berturut-turut selepas sepertiArtikel 1(a) di atas.

Page 24: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

c. Cuti tanpa gaji - dua belas (12) bulan berturut-turut selepasseperti Artikel 1 (b) di atas.

2. Dalam hal-hal dimana ramalan penyakit disahkan oleh doktor syarikat,menunjukkan berlanjutan dan berpanjangan selama enam (6) bulan atau lebih,pekerja itu boleh di atas pilihannya sendiri memilih untuk berhenti kerja dengansyarikat. Dalam hal-hal sedemikian, syarikat akan membayar sekaligus, selaindaripada pembayaran, jika ada mana pekerja itu berhak mendapatnya, baki jikaada, pembayaran penyakit berlanjutan seperti tersebut di Artikel Kecil (1) di atasyang mana pekerja itu berhak mendapatnya.

3. Jika diakhir dua belas (12) bulan tanpa gaji sebagaimana Artikel Kecil (1) di atas,pekerja masih lagi tidak dapat menjalankan kerjanya maka ia akan diberhentikanoleh Lembaga Panel Doktor atas sebab-sebab kesihatan, dengan dibayarpampasan mengikut kadar seperti peruntukan artikel 54:-

ARTIKEL 41 : CUTI AM DIWARTAKAN

1. Pekerja-pekerja akan diberi cuti-cuti pada semua cuti-cuti am yang diwartakanoleh Kerajaan Persekutuan atau Negeri di mana pekerja itu berkhidmat.

2. Jika Kerajaan Persekutuan atau Negeri mewartakan hari kerja biasa sebagai haricuti bagi menggantikan hari kelepasan am tersebut yang jatuh pada hari Ahad,syarikat akan menganggap hari gantian tersebut sebagai hari kelepasan am.Syarat-syarat untuk hari kelepasan am bergaji akan dipatuhi.

3. Jika hari kelepasan am jatuh pada hari Sabtu, maka cuti am tersebut akan digantipada hari-hari bekerja berikutnya.

4. Jika sebarang hari kelepasan am jatuh pada hari di mana pekerja berada dalamcuti sakit, cuti tahunan atau cuti ehsan kerana kematian, kahwin atau kelahirananak atau jatuh semasa kegiatan sementara di bawah Akta “WorkmenCompensation 1952” atau di bawah Akta Perhubungan Keselamatan Sosial 1969(SOCSO), syarikat akan menggantikan satu hari yang lain bagi menggantikan haricuti berkenaan.

5. Jika seseorang pekerja tidak menghadirkan diri bekerja pada hari sebelum danatau selepas satu-satu hari cuti am, tanpa kebenaran atau sebab-sebab yangmunasabah, ia tidak akan dibayar gaji pada hari-hari cuti am tersebut.

ARTIKEL 42 : CUTI BELAJAR ATAU PEPERIKSAAN ATAU LATIHAN

1. Cuti untuk belajar, peperiksaan atau latihan akan dibenarkan oleh syarikat denganbergaji atas pertimbangan budi bicara syarikat.

Page 25: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

2. Syarikat boleh mempertimbangkan secara saksama pemberian cuti bergaji atasbudi bicaranya kepada pekerja-pekerja mewakili pasukan sukarelawan, sukan dankebudayaan untuk negeri atau Negara.

ARIKEL 43 : CUTI MENUNAIKAN FARDHU HAJI DAN YANG SEUMPAMADENGANNYA

1. Pihak syarikat akan memberi sekali dalam perkhidmatannya di syarikat, dalamtempoh masa tidak melebihi 15 hari cuti bergaji setelah pekerja tersebutberkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun.

2. Pekerja yang bercadang untuk menunaikan fardhu haji dan seumpama dengannyahendaklah memohon secara bertulis untuk mendapat cuti tersebut sekurang-kurangnya tiga (3) bulan terlebih dahulu serta mengemukakan dokumen sabagaibukti.

3. Kebenaran mengambil cuti tersebut adalah tertakluk kepada kepentinganperkhidmatan pekerja yang akan ditentukan oleh syarikat.

ARTIKEL 44 : FAEDAH PERUBATAN

1. Pekerja akan diberi rawatan percuma di atas kos rawatan dan ubat-ubatansebagaimana yang disyorkan oleh doktor yang dilantik oleh syarikat, termasukbayaran doktor pakar sekiranya pekerja itu dirujuk oleh doktor syarikat. Sekiranyarawatan tradisional diperlukan maka pengesahan daripada doktor syarikathendaklah diperolehi bagi mendapatkan cuti sakit untuk tujuan rawatantradisional tersebut.

2. Tertakluk kepada pengesahan dan/atau rujukan oleh doktor syarikat bahawapekerja tersebut memerlukan rawatan hospital, syarikat akan membayarperbelanjaan sebenar penginapan bilik kelas (dua), bayaran wad di hospitalkerajaan, perubatan dan pembedahan sehingga maksima RM3,000.00 ( Tiga Ribu)sahaja jumlahnya dalam setahun.

3. Syarikat tidak akan membayar perbelanjaan rawatan seperti berikut:-

a. Alat-alat perubatan/pembedahan atau lain-lain alat seperti cermin mataatau lensa.

b. Gigi palsu.

Page 26: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

c. Sebarang bayaran berhubung dengan pembedahan kosmetik/plastik untuktujuan kecantikan.

d. Sebarang perbelanjaan yang timbul daripada kecederaan buatan sendiri,kemalangan, penyakit yang disebabkan dari perilaku yang salah.

e. Sebarang perbelanjaan rawatan berkenaan dengan penyalahgunaan dadahatau narkotik.

f. Sebarang perbelanjaan untuk rawatan penyakit otak.

g. Sebarang perbelanjaan yang berhubung dengan penyakit kecederaan ataukecacatan yang disebabkan oleh sebarang kesalahan yang dapatdibuktikan, penyertaan dalam sebarang sukan yang merbahayakan,kegemaran, minat atau hiburan yang merbahaya, cubaan membunuh diri,perbuatan yang melanggar undang-undang, merbahayakan diri kecualiuntuk menyelamatkan nyawa manusia, menyebabkan terjadi pergaduhan,sifat ganjil semula jadi, tindakan pengguguran haram, minum minumankeras yang berlebihan dan apa-apa gangguan keamanan atau kelakuanyang tidak tertib.

h. Sebarang perbelanjaan rawatan untuk penyakit yang disebabkanperbubungan seks seperti Aids atau lain-lain penyakit yang seumpamadengannya.

4. Sekiranya berlaku kemalangan di industri, pekerja tersebut akan dibayar gajipenuh semasa cuti kemalangan itu. Walau bagaimanapun, dalam hal hilang upayasementara, syarikat berhak memperolehi semula apa-apa faedah hilang upayasementara yang dibayar oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial.

5. Tanggungan terdekat pekerja (suami/isteri dan anak-anak sahaja) adalah layakuntuk mendapat rawatan hospital (termasuk rawatan bersalin) pada had maksimaRM1,000.00 (Ringgit: Seribu sahaja) dalam satu tahun kalendar.

Tanggungan terdekat juga layak mendapat kos sebenar bayaran perubatan,rawatan serta ubatan yang diberikan oleh doktor yang dilantik oleh syarikat.Jumlah tuntutan bayaran perubatan hendaklah tidak melebihi RM300.00 (Ringgit:Tiga Ratus sahaja) bagi tiap-tiap satu (1) tahun calendar bagi kesemua tanggunganterdekat pekerja tersebut.

6. Semua pekerja wanita layak menerima bayaran bersalin (termasuk bayaransebelum dan selepas bersalin) sebanyak RM2,000.00 (Ringgit: Dua Ribu sahaja)tiap-tiap kali ia bersalin seramai lima (5) orang anak yang masih hidup.

Page 27: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

7. Syarikat akan menanggung kos rawatan pergigian (tampal, cabut dan cuci)sehingga RM100.00 (Ringgit: Seratus sahaja) setahun bagi setiap pekerja.

ARTIKEL 45 : INSURAN KEMALANGAN/NYAWA

Semua pekerja dilindungi secara berkumpulan dari segala kecacatan, keilatan diri dankematian selama 24 jam. Perlindungan insuran ini diberi sebanyak 48 kali ganda gajipokok semasa. Lindungan ini tidak termasuk ganti rugi di bawah Akta PertubuhanKeselamatan Sosial 1969.

LAMPIRAN I

SKIL GAJI GRED TEKNIKAL

Gred Jawatan GajiPermulaan

KenaikanMinima

GajiMaksima

T1 Operator 900 35 1650T2 Operator 1250 40 1950T3 Operator/Pelukis Pelan 1500 80 2500T4 Ketua Syif/Pelukis Pelan 1900 100 2500T5 Penyelia 2200 120 2900

Page 28: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

SKIL GAJI GRED PENTADBIRAN

Gred Jawatan GajiPermulaan

KenaikanMinima

GajiMaksima

A1 Penghantar, Pemandu,Penyambut Tetamu

900 35 1650

A2 Kerani 1 1250 40 1950A3 Kerani Akaun 1 1500 80 2500A4 Kerani 2 1900 100 2500A5 Stenographer 2200 120 2900A6 Kerani Kanan, Kerani Akaun 2,

Junior Secretary2500 150 3200

LAMPIRAN II

KESATUAN PEKERJA-PEKERJA SYARIKAT ABC SDN. BHD.BORANG ADUAN TIDAK PUAS HATI

Nama Pekerja Seksyen/KumpulanNo. Staf JabatanTempat KerjaLangkah di dalam Tatacara Menyelesaikan Masalah Tidak Puas Hati

1. ……………………………………………………2. ……………………………………………………3. ……………………………………………………4. ……………………………………………………5. ……………………………………………………

HURAIAN TENTANG MASALAH TIDAK PUAS HATI

Page 29: PERJANJIAN BERSAMA - rahsiahrd.com Executive employee handbook.pdf · Mana-mana rujukan di dalam Perjanjian Bersama ini yang berkait dengan ... Tugas-tugas khas (kerja-kerja yang

Tandatangan PekerjaTandatangan Wakil NamaKesatuan No. StaffRasa Tidak Puas Hati TandatanganDiterima Oleh Nama

No. StafTarikh

s.k Pengurus Jabatan Sumber Manusia