contoh pentaksiran 2

Upload: ayang-ina

Post on 08-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pentaksiran

TRANSCRIPT

Band 6

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI

BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

KEMAHIRAN

Membaca

BAND

6

PERNYATAAN STANDARD

Memahami, menilai dan menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan tepat.

DESKRIPTOR

B6 DB1

Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan sastera dan bukan sastera

EVIDENS

B6 DB1 E1

Bercerita atau menyampaikan maklumat yang dibaca secara bertatasusila menggunakan kosa kata yang luas dan tepat

AKTIVITI PENTAKSIRANBahan :

Petikan ceritaLangkah Pentaksiran:

1. Minta murid membaca petikan cerita.2. Murid menceritakan semula isi cerita yang dibaca dengan menggunakan ayat sendiri secara berurutan,menggunakan susunan ayat yang betul dan bertatasusila.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI

BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

NAMA: ................................................................ TARIKH: ............................

KELAS: .............................................

RUJUKAN: B6 DB1 E1ARAHAN: Baca petikan cerita di bawah dan ceritakan semula isi cerita

dengan menggunakan ayat sendiri secara berurutan dan betul.

Jambo seekor anak gajah. Jambo tinggal bersama dengan ibunya di dalam hutan. Jambo nakal. Dia suka bermain jauh ke dalam hutan. Pada suatu hari, Jambo tersesat. Jambo berasa amat takut. Dia menangis sambil memanggil ibunya.

Ibu Jambo terdengar sayup-sayup suara anaknya. Ibunya segera mencari Jambo. Akhirnya, ibu Jambo berjaya menemuinya. Sejak hari itu, Jambo tidak nakal lagi. Dia berjanji tidak akan bermain di tempat yang jauh-jauh lagi.