contoh nilai-nilai murni

8
Bahasa Melayu Penulisan UPSR / 012/1 Bahagian C. BM 012 UPSR : SENARAI NILAI MURNI (BAHAGIAN C) NILAI PERBUATAN / AKTIVITI / TINDAKAN / FRASA RAJIN Mengulang kaji pelajaran/mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan TOLONG-MENOLONG MEMBANTU ibu pergI ke kedai/membasuh pinggan/mengajar rakan/memberi derma/ tolong guru di sekolah/ BEKERJASAMA bergotong-royong / bermain dgn. bersungguh-sungguh/ bermuafakat/berbincang/berganding bahu bahu/berpadu tenaga/bersama-sama/bergilir-gilir/bersepakat BAIK HATI Memaafkan kesalahan/menolong orang/menghulurkan derma/belanja kawan makan/tidak berdendam PEMURAH/ MURAH HATI Memberi hadiah/menghulurkan derma/belanja kawan makan/menolong/membantu/berkongsi JUJUR bercakap benar/mengakui kesalahan/tidak mengambil harta benda orang/memulangkan/menyerahkan/mengembalikan AMANAH melakukan tugas yang diberi oleh guru/ ibu bapa/menyimpan rahsia/wang yang diamanahkan. RELA/SANGGUP BERKORBAN Menawarkan diri untuk melakukan sesuatu perkara/ secara sukarela MENGHARGAI MASA Bangun awal/ membaca buku/mengulang kaji pelajaran /mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan MENGHARGAI / MEMBALAS JASA Mengucapkan terima kasih/memuji kebaikan/ memberikan hadiah/memberikan ganjaran/duit PRIHATIN Menolong orang/menghulurkan bantuan/menderma /menyumbang/mengutip sampah di atas lantai/menegur BERDISIPLIN Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang. MENJAGA KEBERSIHAN Menjaga kebersihan diri/rumah/sekolah/alam sekitar/menebas rumput/membakar sampah MENJAGA KESIHATAN Makan makanan berkhasiat/ makanan seimbang/bersukan/berjoging/ bermain badminton

Upload: scythevs

Post on 14-Dec-2015

66 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Nilai-Nilai Murni, Bahasa Malaysia, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6,

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh nilai-nilai murni

Bahasa Melayu Penulisan UPSR / 012/1 Bahagian C. BM 012 UPSR : SENARAI NILAI MURNI (BAHAGIAN C) NILAI PERBUATAN / AKTIVITI / TINDAKAN / FRASA

RAJIN Mengulang kaji pelajaran/mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan

TOLONG-MENOLONG MEMBANTU ibu pergI ke kedai/membasuh pinggan/mengajar rakan/memberi derma/ tolong guru di sekolah/

BEKERJASAMA bergotong-royong / bermain dgn. bersungguh-sungguh/ bermuafakat/berbincang/berganding  bahu bahu/berpadu tenaga/bersama-sama/bergilir-gilir/bersepakat

BAIK HATI Memaafkan kesalahan/menolong orang/menghulurkan derma/belanja kawan makan/tidak berdendam

PEMURAH/ MURAH HATI Memberi hadiah/menghulurkan derma/belanja kawan makan/menolong/membantu/berkongsi

JUJUR bercakap benar/mengakui kesalahan/tidak mengambil harta benda orang/memulangkan/menyerahkan/mengembalikan

AMANAH melakukan  tugas yang diberi oleh guru/ ibu bapa/menyimpan rahsia/wang yang diamanahkan.

RELA/SANGGUP BERKORBAN Menawarkan diri untuk melakukan sesuatu perkara/ secara sukarela

MENGHARGAI MASA Bangun awal/ membaca buku/mengulang kaji pelajaran /mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan

MENGHARGAI / MEMBALAS JASA Mengucapkan terima kasih/memuji kebaikan/ memberikan hadiah/memberikan ganjaran/duit

PRIHATIN Menolong orang/menghulurkan bantuan/menderma /menyumbang/mengutip sampah di atas lantai/menegur BERDISIPLIN Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi  peraturan dan undang-undang.

MENJAGA KEBERSIHAN Menjaga kebersihan diri/rumah/sekolah/alam sekitar/menebas rumput/membakar sampah

MENJAGA KESIHATAN Makan makanan berkhasiat/ makanan seimbang/bersukan/berjoging/ bermain badminton

MENJAGA KESELAMATAN Berhati-hati/memeriksa kenderaan/memandang ke kiri dan kanan/memakai topi keledar

SEMANGAT PATRIOTIK Berdiri apabila mendengar lagu Negaraku/ melawat Tugu Negara/tempat bersejarah

TABAH/SABAR/ CEKAL Tidak kecewa dengan kematian/kesusahan/ dugaan/diejek/dihina/dibuli

PERAMAH/MUDAH MESRA Bertanya khabar/menyapa kawan IKHLAS Menolak ganjaran/pemberian/melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan

Page 2: Contoh nilai-nilai murni

KASIH SAYANG/ SIMPATI Memeluk anak/cucu kerana lama tak jumpa/ menghulurkan derma kepada orang miskin

RASIONAL Melakukan sesuatu setelah memikirkan kebaikannya

TAAT / PATUH Mengikut arahan/nasihat ibu bapa/guru Mengikut peraturan

SEMANGAT BERMASYARAKAT / KEJIRANAN Gotong-royong kenduri / ziarah jiran sakit Ziarah kematian – ucap takziah Beri makanan kepada jiran / tolong jiran

BERTANGGUNGJAWAB Memulangkan harta benda orang / melaksanakan tugas / menegur perbuatan  negatif

BERDIKARI Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut

KEBEBASAN Mengeluarkan pendapat dalam perbincangan, mencadangkan sesuatu

BERSIKAP SEDERHANA Merendah diri/tidak sombong/tidak bermegah-megah/berkongsi kejayaan dengan ibu bapa/guru

BIJAKSANA / BIJAK BERFIKIR / BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN Bertindak dengan bijak / melakukan sesuatu setelah berfikir.

BERWAWASAN / BERCITA-CITA TINGGI / BERJIWA BESAR Ingin berjaya dalam hidup / ingin mengubah nasib keluarga / melanjutkan pelajaran ke menara gading/ ingin menjadi doctor

DEDIKASI Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu yang berfaedah / bekerja dengan bersunggguh-sungguh

BERDIKARI Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut

BERTOLERANSI / BERTOLAK ANSUR Memaafkan kesalahan orang / bagi pinjam pensel kepada kawan/ tidak berasa marah atas tindakan rakan / tidak mengambil hati

MEMPUNYAI JATI DIRI Tahan lasak / cekal hati / tabah menghadapi cubaan/rintangan/kesusahan

BERANI Menyatakan kebenaran / tolong orang lemas / berlawan dengan penjahat / penjenayah / mempertahankan diri

HORMAT / MENGHORMATI Memberi salam / ucapan selamat/ menyapa seseorang dengan baik / bangun apabila guru masuk ke dalam kelas. P

erbuatan/frasa/tindakan/aktiviti : Nilai Murni 1. BANGUN AWAL: BERDISIPLIN 2. MENGEMAS KATIL: BERDIKARI 3. MANDI: MENJAGA KEBERSIHAN 4. MEMBACA DOA MEMAKAI BAJU: BERTAWAKAL 5. SOLAT SUBUH BERJEMAAH BERSAMA KELUARGA: TAAT 6. MENYALAM IBU BAPA: HORMAT-MENGHORMATI 7. MENCIUM IBU ATAU AYAH: KASIH SAYANG 9. BERJALAN KAKI KE SEKOLAH: BERDIKARI 10: BERJALAN DI LALUAN PEJALAN KAKI: MENJAGA KESELAMATAN 11. MENGGUNAKAN JEJANTAS UNTUK MELINTAS JALAN RAYA: BERWASPADA 12. MEMBERI SALAM APABILA TERSEREMPAK DENGAN GURU: HORMAT-MENGHORMATI 13. MENGEMAS KELAS SEBELUM KE SURAU UNTUK MENUNAIKAN SOLAT HAJAT: MENGHARGAI MASA 14. SEGERA MENGAMBIL WUDHU’ DAN

Page 3: Contoh nilai-nilai murni

MEMAKAI TELEKUNG: MENGHARGAI MASA 15. MENUNAIKAN SOLAT HAJAT: TAAT 16. MENDOAKAN AKAN KESEJAHTERAAN DIRI DAN ORANG LAIN: BAIK HATI 17. SEGERA PERGI KE KELAS MASING-MASING: MENGHARGAI MASA 18. BERDIRI APABILA GURU MASUK KE DALAM KELAS: HORMAT-MENGHORMATI 19. MEMBERI SALAM: HORMAT-MENGHORMATI 20. MEMBACA DOA: BERTAWAKAL 21. MENDENGAR PENERANGAN YANG DIBERIKAN DENGAN TELITI: TEKUN 22. MEMBUAT KERJA YANG DIARAHKAN: PATUH 23. MENOLONG GURU MEMADAM PAPAN PUTIH: RAJIN 24. BERDIRI APABILA GURU HENDAK KELUAR DARI KELAS: HORMAT-MENGHORMATI 25. MEMBERI SALAM: HORMAT-MENGHORMATI 26. BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH: TEKUN 27. GURU MEMBENARKAN MURID-MURID BEREHAT: BERTANGGUNGJAWAB 28. BERATUR SEBELUM KE KANTIN: BERDISIPLIN 29. PENGAWAS MENJALANKAN TUGAS MENJAGA KAWASAN YANG TELAH DIARAHKAN: BERTANGGUNGJAWAB 30. PENGAWAS MENEGUR MURID YANG MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA: BERTANGGUNGJAWAB  31. MEMBUNYIKAN LOCENG APABILA WAKTU REHAT  TAMAT: MENEPATI MASA 32.  BERASA KASIHAN APABILA TERLIHAT SEORANG GURU MEMBAWA BUKU-BUKU YANG BANYAK: SIMPATI 33. MENOLONG GURU TERSEBUT MEMBAWA BUKU-BUKU ITU: BAIK HATI 34. MENGUTIP SAMPAH YANG BERTERABURAN: MENJAGA KEBERSIHAN 35. PERGI KE KELAS DENGAN SEGERA: MENGHARGAI MASA 36. MENGETUK PINTU DAN MEMBERI SALAM: HORMAT-MENGHORMATI 37. MEMINTA MAAF KERANA TERLAMBAT: INSAF 38. BERTANYA TENTANG KERJA YANG DIBERIKAN TANPA MEMBUANG MASA: MENGHARGAI MASA 39. MEMBUAT KERJA DENGAN TELITI DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH: TEKUN 40. MENGHANTAR BUKU APABILA SIAP SEPERTI YANG DIARAHKAN: PATUH 41. MEMBERI SALAM APABILA GURU MASUK: HORMAT-MENGHORMATI 42. MEMINTA IZIN UNTUK KE TANDAS: HORMAT-MENGHORMATI 43. MEMBACA DOA SEBELUM MASUK KE TANDAS: BERTAWAKAL 44. MEMBACA DOA KELUAR DARI TANDAS: BERTAWAKAL 45. MENGETUK PINTU DAN MEMBERI SALAM: HORMAT-MENGHORMATI 46. SEGERA BERTANYA TENTANG KERJA YANMG DIBERIKAN TANPA MEMBUANG MASA: MENGHARGAI MASA 47.  MEMBUAT   KERJA   SEWAKTU LAPANG: MENGHARGAI MASA 48. GURU MENGARAHKAN MURID-MURID BERATUR DI LUAR KELAS MASING-MASING: BERTANGGUNGJAWAB 49. MURID-MURID   BERATUR DI LUAR KELAS DENGAN SENYAP: BERDISIPLIN 50. PENGAWAS MENJAGA BARISAN DAN MEMASTIKAN MURID-MURID SENYAP AGAR TIDAK MENGANGGU MURID LAIN: BERTANGGUNGJAWAB 51. MURID-MURID DIARAHKAN UNTUK MELETAKKAN BEG DI DALAM DEWAN DAN DIBENARKAN BEREHAT DIKANTIN OLEH GURU BERTUGAS: BERTANGGUNGJAWAB 52. MURID-MURID MELETAKKAN BEG DENGAN SENYAP DAN TERATUR DI DEWAN SEBELUM REHAT: PATUH 53. PENGAWAS MENJAGA BARISAN PELAJAR YANG INGIN MEMBELI MAKANAN: BERTANGGUNGJAWAB 54. MURID-MURID MENDENGAR SEDIKIT TAKLIMAT TENTANG CARA-CARA MENGAMBIL WUDHU’ MENGGUNAKAN AIR YANG SEDIKIT DEMGAN TELITI: TEKUN 55.  MURID-MURID PEREMPUAN MEMAKAI TELEKUNG DENGAN SEGERA: MENGHARGAI MASA 56. MURID-MURID MELAKUKAN SOLAT ZUHUR BERJEMAAH BERAMAI-RAMAI DI DEWAN: TAAT 57. SEMUA MURID MENGAMINKAN DOA YANG DIBACA OLEH IMAM: BERTAWAKAL 58. PELAJAR PEREMPUAN SEGERA MELIPAT TELEKUNG MANAKALA PELAJAR LELAKI MEMAKAI KASUT: MENGHARGAI MASA 59. MURID-MURID DIARAHKAN GURU UNTUK BERATUR DI DEWAN SEGERA:  MENGHARGAI MASA 60.  MURID- MURID SEGERA BERATUR DIDEWAN UNTUK PEMBAHAGIAN UNIT BERUNIFORM: MENGHARGAI MASA 61. GURU BERTUGAS MEMBERIKAN SEDIKIT TAKLIMAT TENTANG KETUA

Page 4: Contoh nilai-nilai murni

GURU UNIT BERUNIFORM MASING-MASING: BERTANGGUNGJAWAB 62. MURI-MURID BERGERAK KE TEMPAT YANG DIARAHKAN: PATUH 63. GURU-GURU TUNAS PUTERI MEMBUAT PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA MENGIKUT UNDIAN TERHADAP CALON: ADIL 64. AHLI-AHLI BERGANDING BAHU BERSEPAKAT APABILA MELAKUKAN SESUATU: BEKERJASAMA 65. MENGADAKAN LATIHAN HOKI TAMBAHAN UNTUK PERSEDIAAN MENJELANG PERLAWANAN DISAMPING MENGISI MASA LAPANG: MENGHARGAI MASA 66. MENOLONG GURU MENGANGKAT KAYU HOKI YANG BERAT: RINGAN TULANG 67. MENGETUAI SENAMAN: BERANI 68. MENDENGAR ARAHAN GURU DENGAN TELITI: TEKUN 69. TIDAK MARAH APABILA RAKAN TERPUKUL KAKI: SABAR 70. MEMBELIKAN AIR UNTUK CIKGU MENGGUNAKAN DUIT YANG DIBERI: AMANAH 71. MEMULANGKAN BAKI DUIT KEPADA CIKGU: JUJUR 72. MEMBERIKAN UPAH KEPADA KAMI: PEMURAH 73. BEREHAT: MENJAGA KESIHATAN 74. TIDAK MARAH APABIL DILANGGAR SALAH SEORANG PEMAIN PIHAK LAWAN DI DALAM PERLAWANAN KECIL ANTARA KAWAN: SABAR 75. BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DI DALAM PERLAWANAN: TEKUN 76. MENYATAKAN KEKURANGAN PASUKAN DI DALAM BENTUK PERBINCANGAN: JUJUR 77. MELAKUKAN SENAMAN PENYEJUKAN BADAN: MENJAGA KESIHATAN 78. MURID-MURID SEGERA MEMBUAT BAYARAN UNTUK JERSI HOKI WAKIL SEKOLAH TANPA BERTANGGUH UNTUK MEMASTIKAN MEREKA TIDAK TERLEWAT DAN PERLU MEMBAYAR BANYAK BENDA : MENGHARGAI MASA 79. MURID-MURID MENYALAM GURU PEREMPUAN SEBELUM PULANG: HORMAT-MENGHORMATI 80. BERJALAN KAKI PULANG KE RUMAH: BERDIKARI 81. MELINTAS JALAN MENGGUNAKAN JEJANTAS: MENJAGA KESELAMATAN 82. BERJALAN DI LALUAN PEJALAN KAKI: BERHATI-HATI 83. TERDENGAR BUNYI KUCING MENGIAU: PRIHATIN 84. BERASA SIMPATI APABILA TERLIHAT SEEKOR ANAK KUCING BASAH KUYUP DI DALAM LONGKANG: BELAS KASIHAN 85. TURUN KE DALAM LONGKANG UNTUK MENGAMBIL ANAK KUCING TERSEBUT: BERANI 86. MEMBAWA ANAK KUCING TERSEBUT PULANG KE RUMAH: KASIH SAYANG 87. MEMANDIKAN ANAK KUCING TERSEBUT: MENJAGA KEBERSIHAN 88. MEMBERIKAN LEBIHAN MAKANAN KUCING YANG TELAH MATI DAHULU: BERJIMAT CERMAT 89. MELETAKKAN ANAK KUCING TERSEBUT DI DALAM RUMAH SEBELUM MELETAKKANNYA DI DALAM SANGKAR: KEBEBASAN 91. MENOLONG IBU MENCEDOK NASI DAN LAUK KE DALAM PINGGAN: RAJIN/ BERTANGGUNGJAWAB 92. MEMBACA DOA MAKAN: BERTAWAKAL 93. MAKAN BERSAMA-SAMA KELUARGA DI RUANG MAKAN: MENJAGA KESIHATAN 94. MEMBACA DOA SELEPAS MAKAN: BERTAWAKAL 95. MENOLONG IBU MEMBASUH PINGGAN: BERTANGGUNGJAWAB 96. MENGELAP MEJA MAKAN: MENJAGA KEBERSIHAN 97. MEMBUAT KERJA SEKOLAH: MENGHARGAI MASA 98. MEMBACA SOALAN DENGAN TELITI: TEKUN 99. MENGEMAS BEG SEKOLAH: BERDIKARI 100. BERSALAM DENGAN AYAH DAN MENCIUM IBU SEBELUM TIDUR: KASIH SAYANG 101. MEMBACA DOA SEBELUM TIDUR: BERTAWAKAL BAIK HATI - Belas kasihan (Bersimpati terhadap kesesusahan orang lain) - Bertimbang rasa (Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat sesuatu tindakan) - Murah hati (Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya) - Saling memahami (Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan    dan keperluan masing-masing) - Saling bermaafan (Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan) BERDIKARI - Berupaya bertindak sendiri (Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain) - Yakin pada diri sendiri (Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba) HEMAH TINGGI - Kesopanan (Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan) - Mengakui kesalahan sendiri (Sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat) - Ramah mesra (Sedia bergaul

Page 5: Contoh nilai-nilai murni

mesra dengan semua orang) HORMAT-MENGHORMATI - Ibu bapa (Memuliakan dan mentaati ibu bapa) - Ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin (menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi layanan yang baik) - Institusi kerajaan dan Negara (Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran   negeri) - Kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan (Menghormati kepercayaan dan adat resam semua  keturunan di Malaysia) - Patuh kepada undang-undang negara (Mematuhi undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada) - Patuh kepada ketepatan masa (Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah) KASIH SAYANG - Sayang diri sendiri dan orang lain (Menyayangi diri sendiri dan orang lain) - Sayang akan alam sekitar (Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup) KEADILAN - Adil (Membuat pertimbangan secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian) - Saksama (Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberikan ganjaran atau hukuman) KEBEBASAN - Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara dan agama KEBERANIAN - Berani mencuba (Berani melakukan sesuartu perkara yang baru dan mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil risiko yang akan dihadapi) - Berani kerana benar (Berani mempertahankan sesuatu yang diakui sebenarannya dengan menunjukkan  bukti yang nyata) KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL - Kebersihan diri (Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk hidup sihat) - Kebersihan persekitaran (Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran) - Kebersihan mental (Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain) KEJUJURAN - Amanah (Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain) - Bercakap benar (Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung) - Ikhlas (Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan) KERAJINAN - Daya usaha (Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.) - Dedikasi (Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah) KERJASAMA - Gotong-royong (Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela) - Toleransi (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkan berlakunya perselisihan) - Perpaduan (Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa) KESEDERHANAAN - Pertuturan dan perlakuan yang sederhana (Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain) - Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain (Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya Memuaskan diri sendiri dan orang lain) KESYUKURAN - Berterima kasih (Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan dan pemberian) PATRIOTISME - Semangat cintakan negara (Mempunyai semangat yang tinggi untuk menjaga keselamatan, nama baik negara) RASIONAL - Membuat pertimbangan (Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat  keputusan) SEMANGAT BERMASYARAKAT - Bermuafakat (Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama) - Kejiranan (Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga) - Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat (Menyedari masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya) CONTOH PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN Lihat nilai murni yang terdapat dalam ayat di bawah. Kemudian lihat ayat yang dibina daripada nilai murni tersebut . 1. Pada waktu rehat, kami beratur untuk membeli makanan di kantin. Nilai Murni: mematuhi peraturan. Ayat: Kita

Page 6: Contoh nilai-nilai murni

mestilah mematuhi peraturan walaupun di mana-mana. 2. Pengawas sibuk menjalankan tugas masing masing. Nilai Murni: bertanggungjawab Ayat: Kita sepatutnya melaksanakan tugas yang diberikan dengan rasa tanggungjawab. 3. Seorang pengawas lelaki yang kebetulan berada di situ mendekati budak itu.“Mengapakah adik menangis? “ tanya pengawas itu. Nilai Murni: perihatin Ayat: Kita seharusnya perihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku di sekeliling kita. 4. “ Makanan saya terjatuh ke lantai. Seorang murid telah terlanggar saya. Saya sangat lapardan saya tidak ada duit lagi untuk membeli untuk membeli makanan,“ jawab budak itu sambil menangis. Nilai Murni: berterus-terang. Ayat: Kita dikehendaki berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar pihak-pihak berwajib dapat menghulurkan bantuan. 5. “Abang ada duit. Abang akan membelikan makanan dan minuman untuk kamu. Mari ikut abang. “ kata pengawas itu. Nilai Murni: memberi pertolongan. Ayat: Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan. TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN C: 1. Baca sekali untuk memahami petikan secara umum. 2. Baca sekali lagi dan gariskan perkataan atau ayat yang mempunyai nilai murni atau pengajaran. 3. Senarai semua nilai murni atau pengajaran untuk dibuat ulasan. 4. Gunakan penanda wacana bagi setiap nilai murni atau pengajaran yang diulas. 5. Pastikan tiada nilai murni atau pengajaran yang diulas berulang-ulang. 6. Setiap nilai murni atau pengajaran perlu disertai dengan huraian yang baik. 7. Pastikan tiada kesilapan tatabahasa apabila membina ayat. 8. Elakkan menggunakan ayat yang terlalu panjang. 9. Jawapan yang bersifat positif.Mulakan ayat seperti berikut: i. Kita mestilah…......................................... ii. Kita sepatutnya….................................... iii. Kita seharusnya..................................…. iv. Kita dikehendaki…................................. v. Kita sewajarnya ..................................... CONTOH PENULISAN: 1.     Nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas, antaranya kita mestilah............ 2.     Selain itu, kita sepatutnya................................................................................. 3.     Seterusnya, kita seharusnya............................................................................. 4.     Kita juga dikehendaki..................................................................................... 5.     Akhir sekali kita sewajarnya...........................................................................