contoh laporan (semua unit)

Upload: siti-najibah-mohd-nor

Post on 30-Oct-2015

1.667 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

________________________________________________________________

LAPORAN

PROGRAM KOKURIKULUM DAN REKREASI

PLAY MORE, LEARN MORE

________________________________________________________________

TARIKH :

28-30 OKTOBER 2011

TEMPAT :

TAPAK PERKHEMAHAN KAKI BUKIT LARUT,

LARUT MATANG,PERAK

UNTUK:

MEMENUHI KEPERLUAN KURSUS KBK3053

KO-KURIKULUM DAN REKREASI

ANJURAN :

KUMPULAN B

MAHASISWA/MAHASISWI PENDIDIKAN KHAS (SEMESTER 5)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

DENGAN KERJASAMA :

PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS

SMK BUKIT JANA,KAMUNTING

FAKULTI PENDIDIKAN & PEM. MANUSIA

PUSAT HUTAN LIPUR BUKIT LARUT,

LARUT MATANG,PERAK

NAMA PROGRAM: PROGRAM KOKURIKULUM DAN REKREASI

PLAY MORE, LEARN MORE

TARIKH PROGRAM

: 28 30 OKTOBER 2011 (JUMAAT AHAD)

TEMPAT

: TAPAK PERKHEMAHAN KAKI BUKIT LARUT,

LARUT MATANG,PERAK

ANJURAN : KUMPULAN B

MAHASISWA/MAHASISWI PENDIDIKAN KHAS (SEMESTER 5)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PENASIHAT PROGRAM: PUAN MARZAIDA BINTI BADARUDDIN

PENGARAH PROGRAM: ABDUL HALEEM BIN SUNYOB

1.0 JUSTIFIKASI

Program ini dijalankan bagi memenuhi keperluan kursus Program Pendidikan Khas KBK 3053 (Kokurikulum dan Rekreasi) agar memberi peluang kepada mahasiswa untuk mendekati dan membantu murid-murid istimewa menjalani aktiviti kokurikulum dan rekreasi. Program ini diharapkan dapat memberikan impak yang positif dalam mewujudkan kesedaran serta dapat memupuk nilai-nilai murni di dalam diri mahasiswa dan mahasiswa/wi Pendidikan Khas Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk melahirkan guru-guru yang penyayang, bersahsiah unggul serta berkredibiliti khususnya kepada murid pendidikan khas. Program Kokurikulum dan Rekreasi merupakan satu program yang dirancang oleh Mahasiswa/wi Pendidikan Khas semester 5. Aktiviti ini dilaksanakan pelajar Pendidikan Khas semester 5 yang melibatkan murid-murid pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana, Kamunting. Program ini akan dilaksanakan selama 3 hari 2 malam di Hutan Lipur Bukit Larut, Larut Matang, Perak. Melalui program ini, dapat memberi pendedahan awal tentang aktiviti kokurikulum dan menambahkan pengetahuan dalam bidang ini. Selain itu juga, program ini dapat mengajar mahasiswa/wi erti akitviti kokurikulum yang sebenar apabila menjalinkan kerjasama dengan pihak sekolah melaksanakan program ini serta para mahasiswa/wi juga dapat menyelami hati murid-murid istimewa ini dalam melakukan semua aktiviti semasa perkhemahan itu. Dengan adanya program seumpama ini dan terjalinnya kerjasama antara pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana, Kamunting , turut akan menjulang nama Universiti Pendidikan Sultan Idris agar dikenali ramai dan membawa impak positif kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk jangka masa yang panjang. Justeru itu, program ini dirangka untuk melahirkan mahasiswa/wi Pendidikan Khas Universiti Pendidikan Sultan Idris yang berintegriti dan berketerampilan dalam penganjuran program kerjasama seumpama ini.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

Antara objektif program adalah seperti berikut:

i. memberi pendedahan awal kepada mahasiswa cara melaksanakan aktiviti kokurikulum dan rekreasi bagi murid-murid Pendidikan Khas.

ii. memahami dan mengetahui aktiviti kokurikulum dan rekreasi yang sesuai untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

iii. mengetahui pelbagai kemudahan aktiviti kokurikulum dan rekreasi yang disediakan oleh pelbagai agensi.

3.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT

Tarikh

: 28 hingga 30 Oktober 2011

Hari

: Jumaat hingga Ahad

Tempat Program: Hutan Lipur Bukit Larut, Larut Matang, Perak

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran dalam program ini terdiri daripada :

i. Mahasiswa/wi Pendidikan Khas Semester 5 ambilan 2009/2010 kumpulan B seramai 51 orang dan murid-murid pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana, Kamunting seramai 30 orang serta 5 orang guru pengiring.

ii.Senarai Nama Kumpulan B Kokurikulum dan Rekreasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

BILNAMANO MATRIK

1Abdul Haleem Bin SunyobD20091034730

2Abdul Razak Khairi Bin Abu LijatD20091034732

3Afida Binti Ahmad PahminD20091034795

4Ahmad Fakrie Bin IbrahimD20091034781

5Auni Binti AminD20091034745

6Azmalina Binti BahariD20091034776

7Farah Adila Binti FaisalD20091034733

8Mahfuzah Binti MohamadD20091034738

9Masaziatie Binti AzizD20091034757

10Mohd Hasrul Bin Mat HusinD20091036617

11Mohd Muhaimim Bin MohamedD20091034770

12Mohd Norhisam Bin MuhamadD20091036616

13Mohd Roazhar Bin Ab RahimD20091034754

14Mohd Taufiq Bin Ahmad SobriD20091034752

15Muhamad Adib Bin Abd RahimD20091034775

16Muhamad Norisham Bin HamidD20091034767

17Muhammad Nur Shahrin Bin MansorD20091034766

18Nabilah Binti SahimiD20091034744

19Nawwar Binti Abdul MumenD20091034737

20Nik Hazirah Binti Nik Mat DinD20091034780

21Noor Aziela Binti EliasD20091034777

22Noorain Binti SaidanD20091034731

23Noorhasna Binti HussainD20091034739

24Noorsyazwan Bin NoorhishamD20091036618

25Norhazwani Bt YazidD20091034779

26Norizwani Binti Abdul RahimD20091034808

27Norshazwani Binti SaburruddinD20091034751

28Norzaliza Binti IderisD20091034755

29Nur Amirah Binti ZulkifliD20091034801

30Nur Hanifa Binti Mohd HattaD20091034725

31Nur Hayati Binti Mohd RazaliD20091034724

32Nur Izzati Binti RamliD20091034802

33Nur Izzaty Aqma Binti Md Amin HamzasD20091034772

34Nur Najihah Binti JaprilD20091034804

35Nur Shafikah Binti NordinD20091034764

36Nur Syamim Binti Abd RahimD20091034806

37Nurain Binti Abd.RahmanD20091034722

38Nuraisyah Binti RaniD20091034735

39Nurazimah Binti AnuarD20091034792

40Nurul Asiah Binti Mohd AdnanD20091034758

41Nurul Asyikin Binti Abu BakarD20091034743

42Nurul Hazwani Binti Nik CikD20091034765

43Nurul Huda Binti ArifD20091034785

44Nurul Shafinie Binti Mohd DinD20091034768

45Nurul Syazren Natilya Binti MansorD20091034749

46Shahfinas Binti ShahmuriD20091034736

47Sharifah Sajarul Adawiyah Binti S IbrahimD20091034797

48Siti Murni Binti SallehD20091034746

49Siti Shaharah Binti IbrahimD20091034753

50Siti Syatini Binti SyarbainiD20091034787

51Zaida Wiyani Binti ZakariaD20091034784

5.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh: 28 Oktober 2011

Hari: Jumaat

MASA

AKTIVITITINDAKAN

8.00 pagiBerkumpul dan bertolak dari perhentian bas KUOAJK Pengangkutan

11.00 pagiTiba di destinasi kawasan Taiping dan melawat Zoo TaipingSemua urusetia

1.00 petangSolat jumaat/ persiapan diri Semua urusetia

3.00 petangKetibaan peserta daripada SMK Bukit Jana

-Pendaftaran muridAJK Protokol dan Jemputan serta AJK Pengangkutan

4.30 petangTiba di Hutan Lipur Bukit LarutSemua

5.00 petangAktiviti 1

Taklimat ringkas mengenai program perkhemahan.

Pemasangan khemah

Persiapan diriSemua

7.00 malam-Makan Malam

-Rehat

AJK Makanan/semua

7.30 malamSolat dan tazkirah

Maghrib dan IsyakSemua

9.00 malamLDK 1

Ice breaking 1

Nyanyian lagu tema

Taklimat bagi aktiviti sepanjang hari Sabtu

Pesanan Pengarah ProgramAJK Aktiviti

10.30 malamMinum malam

AJK Makanan

11.00 malam-Bersurai dan tidur

- Kawalan malam Semua

AJK Keselamatan

Tarikh: 29 Oktober 2011

Hari: Sabtu

Masa

AktivitiTindakan

5.45 pagiPersiapan Diri

Bersihkan diri/solatSemua

6.45 pagiSenamrobik

AJK Aktiviti

7.30 pagiSarapan Pagi

AJK Makanan

9.00 pagiLDK 2

- Kotak Beracun

- Nyanyian Kumpulan/ Energizer

- Cheers/ Maskot

AJK Aktiviti

11.00 pagiMinum pagi

AJK Makanan

11.30 pagiLDK 3

Kolaj Alam

High Tower/ Strong Brigde

AJK Aktiviti

1.00 petangRehat

Makan Tengahari

Solat

Semua

2.00 petangLearning Is Fun Through Experiment

Belon & Lidi

Straw & Tin

Arkitek Bata

Burst and Explode

Puzzle And NumbersAJK Aktiviti

4.30 petangPersiapan diri

Bersihkan diri/solat

Semua

5.15 petangTaklimat Ringkas Aktiviti Malam / latihan persembahan bersama fasilitator

Semua

7.00 malamPersiapan Diri

Makan Malam

Bersihkan DiriSemua

7.30 malamSolat dan Persiapan Aktiviti Malam

Semua

9.00 malam

Malam Pesta MentariSemua

11.00 malamMinum MalamAjk Makanan

11.30 malam-Bersurai dan Tidur

-Kawalan MalamSemua

Ajk Keselamatan

Tarikh: 30 Oktober 2011

Hari: Ahad

Masa

AktivitiTindakan

5.45 pagiPersiapan diri

Bersihkan diri/ Solat

Semua

6.45 pagiSenamrobik

AJK Aktiviti

7.30 pagiSarapan Pagi

AJK Makanan

8.00 pagiSukaneka

AJK Aktiviti

10.00 pagiKhidmat Masyarakat

Gotong-Royong

Semua

11.00 pagiPerasmian/ PenutupAJK Protokol dan Jemputan

12.00 tengahariMakan Tengahari

AJK Makanan

12.30 tengahari Sesi BergambarAJK Media dan Publisiti

1.00 petangRehat / Solat

Semua

2.00 petangPulang ke destinasi Semua

LAPORAN RINGKAS DAN PADAT DARI SETIAP AHLI JAWATANKUASA YANG TERLIBAT DALAM PROGRAM KOKURIKULUM DAN REKREAKSI PLAY MORE, LEARN MORE

AJK PROTOKOL DAN JEMPUTAN

AJK :Nabilah Binti Sahimi (K)

Siti Murni Binti Salleh

Noorain Binti Saidan

Nurul Shafinie Binti Mohd Din

Nur Izzaty Aqma Binti Md Amin Hamzas

GERAK KERJA

Sebelum MajlisSemasa MajlisSelepas Majlis

Menyenaraikan senarai jemputan tetamu VIP

Menyediakan surat jemputan tetamu VIP

Membuat pamplet

Menyediakan teks ucapan bagi :

a) Pengerusi atau pengacara majlis

b) Pengarah program

c) Perasmi majlis perasmian dan penutupan

d) Bacaan doa

Membuat follow up atau kesahan mengenai kehadiran para VIP Pendaftaran peserta

Memastikan kedudukan dewan majlis berada dalam keadaan yang baik

Menyambut ketibaan VIP ke dalam dewan majlis

Memastikan protokol majlis berjalan dengan lancar Sebahagian AJK Cenderahati mengambil bahagian menjadi usher kepada VIP untuk sambutan cenderahati

Mengiringi VIP untuk upacara keluar dewan Memastikan peralatan yang digunakan semasa majlis rasmi diselenggara dengan sempurna dan berada dalam keadaan yang baik Post-mortem ringkas sesama AJK Pelaksana Menyediakan laporan selepas program untuk dimajukan kepada Setiausaha Program.

Masalah yang Dihadapi :

Berlakunya salah faham dalam menyenaraikan senarai jemputan VIP

Kekangan masa ketika menyerahkan surat atau kad jemputan kepada para VIP

Lambat atau tidak membuat follow up kehadiran VIP

Majlis sambutan pelajar SMK Bukit Jana dan guru

Pendaftaran peserta

Majlis perasmian penutup bermula agak lambat

VIP terpaksa menunggu lama

Cadangan Mengatasi :

Memastikan senarai jemputan VIP yang ingin dijemput terlebih dahulu

Memastikan surat jemputan disediakan dengan lebih awal bagi memudahkan proses penyerahan dan penghantaran surat jemputan

Menyediakan satu salinan penukaran tarikh surat jemputan dengan lebih awal bagi mengelakkan berlakunya sebarang perubahan

Membuat follow up atau kesahan mengenai kehadiran VIP dua hari sehingga program akan dilangsungkan

Sepatutnya AJK Protokol perlu memberi tumpuan terhadap sambutan guru SMK Bukit Jana bukan hanya pelajarnya sahaja.

Perlu tanya pelajar sama ada bawa ubat atau tidak

Sepatutnya majlis perlu diteruskan sebaik sahaja VIP tiba tanpa menunggu terlalu lama atau perlu ada perancangan lain sementara majlis bermula

Refleksi :

Ini merupakan pengalaman pertama menjadi AJK Protokol. Banyak perkara baru yang kami perolehi sepanjang melaksanakan tugas sebagai AJK Protokol. Walaupun banyak masalah yang timbul sebelum dan semasa program, kami berusaha menjalankan tugas sebaik mungkin. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang memberi tunjuk ajar kepada kami, AJK Protokol dalam melaksanakan amanah yang diberikan sepanjang program perkhemahan ini. Semoga perkhemahan kali ini memberi manfaat kepada kita semua dalam melaksanakan program-program yang lebih baik pada masa akan datang.

Disediakan oleh,

.........

(SITI MURNI BINTI SALLEH)

AJK Protokol,

Program Perkhemahan Play More Learn More,

Subjek Kokurikulum dan Rekreasi 2011.

AJK SIJIL DAN CENDERAHATI

AJK : Nurain Binti Abd. Rahman (K)

Azmalina Binti Bahari

Norhazwani Binti Yazid

GERAK KERJA

Sebelum MajlisSemasa MajlisSelepas Majlis

Perlantikan AJK Cenderahati oleh barisan AJK Tertinggi Program

Mesyuarat pertama dikalangan AJK Cenderahati

Proses penghantaran surat permohonan kertas sijil kepada pihak Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Mesyuarat kedua membincangkan tentang draf sijil penghargaan dan penyertaan sebelum di hantar ke pihak fakulti.

Permohonan kertas sijil serta draf sijil penghargaan dan penyertaan diluluskan oleh pihak Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia.

Proses pencetakan sijil dan kemudian dihantar ke fakulti untuk dapatkan tandatangan Dekan FPPM.

Mesyuarat ketiga dijalankan untuk membeli barangan hamper untuk peserta serta plag untuk tetamu VIP.

Proses pembelian barangan hamper serta tempahan plag tersebut.

Mesyuarat keempat dijalankan untuk menyelesaikan tugasan membalut hamper tersebut.

Proses pemindahan barangan AJK Cenderahati ke Bilik Diskusi KHAR sebelum bertolak ke Tapak Perkhemahan Hutan Lipur Bukit Larut. AJK cenderahati mendapat dua buah hamper daripada pihak catering untuk diberi kepada tetamu jemputan.

Penyampaian hadiah serta sijil

kepada peserta perkhemahan daripada SMK Bukit Jana.

Peserta mendapat sijil penyertaan beserta dua buah buku cerita setiap seorang dan juga satu hamper bagi setiap kumpulan.

Penyampaian cenderahati berupa satu plag dan juga kepada tetamu VIP, daripada PPD bahagian Taiping iaitu Encik Rustam.

Penyampaian cenderahati kepada pihak sekolah SMK Bukit Jana berupa satu plag, sebuah hamper dan 18 buah buku cerita.

Sebuah hamper diberikan kepada Encik Nordin yang merupakan pemandu bas UPSI sebagai tanda penghargaan jasa baik beliau atas kerjasama beliau meminjamkan pekakas dapur untuk perkhemahan.

Satu plag diposkan kepada pihak UMNO bahagian Taiping sebagai tanda penghargaan atas sumbangan kewangan untuk perkhemahan. Post-mortem ringkas sesama AJK Pelaksana Menyediakan laporan selepas program untuk dimajukan kepada Setiausaha Program.

Masalah yang Dihadapi :

Masalah pengangkutan untuk membawa barangan hamper ke tempat kediaman.

Masalah dalam proses untuk mendapatkan sijil daripada fakulti pendidikan dan pembangunan manusia.

Cadangan Mengatasi :

Sebelum membeli barangan untuk cenderahati buat tinjauan harga barang di kedai-kedai yang menjual makanan ringan secara borong yang menjual dengan harga yang murah.

Barangan hamper tidak seharusnya makanan ringan semata-mata, letakkan juga barangan makanan yang berkhasiat seperti kismis, madu dan sebagainya

Refleksi :

Kami selaku AJK Cenderahati amat berbesar hati kerana telah diberi kepercayaan oleh Pengarah Program bagi menjalankan tugas bahagian cenderahati dalam program Play More Learn More ini. Ikhlas kami katakan, bahawa kami telah menimba pengalaman yang baru yang belum pernah kami dapat sebelum ini. Kami seramai tiga orang telah memberikan sumbangan sedaya upaya kami dalam menjalankan tugas yang telah diberikan. sebelum program berjalan kami telah mengadakan beberapa kali perjumpaan untuk menetapkan masa dan tarikh yang bersesuaian untuk menguruskan pembelian barang-barang hamper bagi murid-murid dan juga cenderahati bagi jemputan VIP. Bagi urusan mendapatkan permohonan sumbangan sijil pula, kami telah berurusan dengan pihak fakulti pendidikan dan pembangunan manusia (FPPM). Walaupun letih berulang alik semasa proses mendapatkan kelulusan permohonan sijil tersebut, tetapi semua itu berbaloi setelah permohonan kami itu akhirnya diluluskan. kami juga turut menyediakan hamper buat encik nordin sebagai tanda penghargaan atas sumbangan beliau meminjamkan pekakas dapur untuk program ini. Manakala, turut disediakan juga satu plag yang diposkan kepada pihak UMNO bahagian Taiping sebagai tanda penghargaan atas sumbangan kewangan mereka untuk program Play More Learn More ini. Di samping itu, program Play More Learn More ini telah memberi banyak pengalaman yang tidak ternilai kepada kami semua. Program ini juga memberi peluang kepada kami untuk berinteraksi serta mendekati pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan lebih baik lagi. jadi program ini secara tidak lansung meningkatkan lagi kemahiran interpersonal dan intrapersonal kami semua sebagai persediaan bakal guru nanti . Hal ini demikian, sepanjang aktiviti berjalan sebagai fasilitator kepada murid-murid tersebut kami perlu membimbing murid-murid dengan memberikan idea serta cadangan bagi sesuatu aktiviti. Secara keseluruhannya kami amat berpuas hati, gembira dan menghayati setiap aktiviti dalam program ini. Segala pengorbanan masa, tenaga telah membuahkan hasil yang sepatutnya.

Disediakan Oleh:

..

(NORHAZWANI BINTI YAZID)

AJK Cenderahati,

Program Perkhemahan Play More Learn More,

Subjek Kokurikulum dan Rekreasi 2011.

AJK PERHUBUNGAN AWAM

AJK : Syamim Binti Anuar (K)

Nur Hanifa Binti Mohd Hatta

Norshazwani Binti Saburruddin

GERAK KERJA

Sebelum MajlisSemasa MajlisSelepas Majlis

Pelantikan bagi setiap MT dan AJK

Menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan persetujuan bagi mengadakan program perkhemahan bersama pelajar pendidikan khas sekolah tersebut.

AJK Perhubungan telah pergi melawat ke tapak perkhemahan terlebih dahulu untuk membuat tinjauan samada sesuai atau tidak untuk menjalankan program ini.

Setelah berpuas hati, AJK Perhubungan telah menempah tapak perkhemahan tersebut untuk program ini.

AJK Perhubungan membuat follow up untuk mengetahui bilangan pelajar dan guru yang akan mengikuti program ini.

AJK Perhubungan juga telah menghubungi pihak Zoo Taiping untuk mendapatkan tiket percuma yang akan diberikan kepada pelajar pendidikan khas itu nanti tetapi tidak usaha itu tidak berjaya kerana pihak Zoo tidak mahu memberikan tiket percuma kepada pelajar.

AJK Perhubungan juga telah menghubungi pihak tapak perkhemahan untuk mendapatkan healer, kanopi dan juga jenerator sekiranya bekalan elektrik terputus.

AJK Perhubungan telah menerima sedikit taklimat daripada pihak tapak perkhemahan.

Pihak tapak perkhemhan juga telah memasang kanopi dan menyediakan jenerator. Bagaimanapun healer tidak dapat di sediakan oleh pihak tersebut.

Penggunaan jenerator akan di cas sekiranya kita menggunakannya. AJK perhubungan telah menghubungi pihak tapak perkhemahan untuk memaklumkan waktu untuk peserta pulang supaya mereka boleh memantau semula tapak perkhemahan tersebut.

Post-mortem ringkas sesama AJK Pelaksana Menyediakan laporan selepas program untuk dimajukan kepada Setiausaha Program.

Masalah yang Dihadapi :

Keputusan untuk memilih sekolah yang mana untuk program ini pada mulanya menghadapi sedikit masalah dari segi bilangan pelajar dan juga masalah lain.

Permintaan dua buah kanopi di saat-saat akhir menyebabkan pihak tapak perkhemahan terpaksa menyediakan sebuah kanopi sahaja.

.

Cadangan Mengatasi :

Komunikasi antara AJK-AJK perlu lebih licin dan lancar supaya segala arahan jelas dan dapat dituruti dan tidak ada yang berlaku ketinggalan maklumat juga setiap AJK mempunyai kaitan antara satu sama lain

Permintaan untuk menyediakan kanopi dan sebagainya perlulah di maklumkan dengan lebih awal supaya pihak yang berkenaan dapat menyediakannya seperti yang dirancang.

Refleksi :

Berdasarkan pemerhatian kami sebagai AJK Perhubungan Awam, komunikasi antara sesama pihak perlulah bejalan dengan baik agar segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Selain itu juga segala perancangan perlulah dilakukan dengan lebih awal untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti terpaksa menukar beberapa buah sekolah untuk menjalankan program ini. Komunikasi antara AJK juga perlulah berjalan dengan lancar agar tiada pertindihan arahan. Namun begitu sepanjang program dijalankan segalanya berjalan dengan lancar. Sepanjang program ini jenarotor tidak digunakan dan ia menjimatkan kos perkhemahan ini. Pengurusan di tapak perkhemahan juga berjalan dengan lancar dan program ini dapat berjalan dengan baik

Disediakan oleh,

...................................

(SYAMIM BINTI ANUAR)

Ketua Ajk Perhubungan Awam,

Program Perkhemahan Play More Learn More,

Subjek Kokurikulum dan Rekreasi 2011.

AJK TAJAAN

AJK : Nur Najihah Japril (K)

Farah Adila Binti Faisal

Nur Hayati Bt Mohd Razali

Siti Shaharah Bt Ibrahim

GERAK KERJA

Sebelum MajlisSemasa MajlisSelepas Majlis

Pelantikan bagi setiap MT dan AJK

Unit tajaan telah menghantar surat memohon sumbangan dan tajaan daripada beberapa agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta orang perseorangan. Antaranya ialah:

KPWKM

TNB Perak

TM Point

JKM Perak

UMNO Taiping

BILLION

Fajar Bakti

Tabung Haji

Bank Islam

Mybank

BSN

Pasaraya Grand Union

Pasaraya TF ( Hamper)

Kedai Makan Abuya (Beras)

Hub Halal (Ayam Segar)

Gardenia ( Roti)

Persatuan Pendidikan Khas

Fakulti (FPPM)

Pusat Islam UPSI

JHEPA UPSI

MPP UPSI

Kebanyakkan agensi yang dipohon tidak memberikan maklum balas. Antara maklum balas dan tajaan yang diterima:

1) UMNO Taiping (RM1000)

2) Orang perseorangan

Muallaf (RM 300)

Keluarga pelajar (RM 200)

Pn Zaharah (RM 110)

3) Fajar Bakti

Buku Akademik. Tetapi setelah berbincang dengan pengarah program, AJK tajaan telah menolak sumbangan tersebut kerana buku tersebut tidak bersesuaian dengan murid-murid Pendidikan Khas.

4) Sumbangan lain berbentuk barangan:

Minyak masak (5 kg)

Beras (5 kg)

Telur (1 papan)

Air mineral (2 kotak)

Buku cerita (72 buah)

Tali tag nama (80 lembar)

Bihun (3 kg)

Cili kering (1 kg)

Bawang putih (1 bundel)

Biskut (1 tin)

Ubat nyamuk (1 kotak)

Kopi ( 1 bungkus)

Plastik sampah ( 2 bungkus)

Span & berus periuk Masih lagi berhubung dengan pihak-pihak tertentu yang ingin memberikan sumbangan. Pada 2 November 2011, unit tajaan telah mendapat maklum balas dan telah menerima cek sumbangan sebanyak RM 200 daripada pihak Bank Rakyat. Post-mortem ringkas sesama AJK Pelaksana dijalankan. Menyediakan laporan untuk diberikan kepada setiausaha program.

Masalah yang Dihadapi :

Mengalami masalah untuk mencari tajaan kerana kebanyakkan agensi tidak mahu menyumbang dengan alasan sudah akhir tahun.

Mengalami masalah untuk menghubungi pihak-pihak yang dicadangkan kerana talian tidak aktif, tidak diangkat dan sebagainya.

Pengurus pasaraya TF menyatakan bahawa beliau tidak mendapat sebarang surat dari unit tajaan berkenaan permohonan enam buah hamper.

Pengurus pasaraya Billion tidak mahu berjumpa dengan wakil unit tajaan. Kami terpaksa meninggalkan surat permohonan kepada wakil pekerjanya.

Pengurus pasaraya Grand Union menyatakan bahawa mereka tiada lagi peruntukan untuk tajaan mana-mana program bagi tahun 2011. Beliau menyuruh kami datang memohon pada tahun hadapan.

Tidak dapat maklum balas yang pasti daripada pihak-pihak yang dipohon.

Cadangan Mengatasi :

Menyenaraikan sebanyak mungkin agensi yang sesuai untuk dimohon sumbangan dan tajaan.

Unit-unit lain harus membantu unit tajaan supaya masa dapat dijimatkan bagi mendapatkan maklum balas daripada pihak yang dipohon.

Sentiasa menghubungi pihak-pihak yang dipohon.

Refleksi :

Apa yang kami perolehi di unit tajaan ini adalah dapat pengalaman baru iaitu berurusan dengan pelbagai karenah dan ragam manusia. Hal ini dapat mengajar kami sabar dan belajar bahawa inilah realiti apabila kami bergelar seorang guru nanti. Selain itu, kami dapat meningkatkan keyakinan diri apabila berkomunikasi dengan pihak-pihak tertentu. Hubungan unit tajaan dengan unit-unit lain juga semakin erat kerana setiap unit amat memerlukan antara satu sama lain. Secara keseluruhannya, unti tajaan gembira dan bangga kerana program perkhemahan ini dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Disediakan oleh:

..........................

(NUR NAJIHAH BT JAPRIL),

Ketua Ajk Tajaan,

Program Perkhemahan Play More Learn More,

Subjek Kokurikulum dan Rekreasi 2011.

AJK PENGANGKUTAN

AJK : Mohd Roazhar Bin Ab Rahim (K)

Auni Bt Amin

Nurul Syazren Natilya Bt Mansor

GERAK KERJA

Sebelum MajlisSemasa MajlisSelepas Majlis

Pelantikan bagi setiap MT dan AJK

Menentukan beberapa buah bas dan coaster yang ingin digunakan bagi menjayakan program perkhemahan ini

Setelah meneliti jumlah pelajar, tindakan AJK Pengangkutan adalah menempah sebuah bas dan sebuah coaster bagi menampung 51 orang pelajar yang terdiri daripada 39 orang barisan fasilitator perempuan dan selebihnya adalah fasilitator lelaki

AJK Pengangkutan berurusan dengan Jabatan Pengangkutan UPSI dan kami mendapat sebuah bas dan sebuah coaster

Bagi pengangkutan pelajar, setelah kami berbincang dengan pegawai pelajaran daerah (PPD), beliau mencadangkan kami menggunakan bas persendirian milik penduduk berdekatan tapak perkhemahan tersebut

Kami bersepakat untuk menggunakan bas persendirian iaitu Pak Cik Mat Desa dengan bayaran sebanyak RM300 untuk perjalanan pergi dan balik pelajar-pelajar tersebut

Bas tiba di stesen bas KUO pada kira-kira pukul 7.45 pagi

Fasilitator memindahkan barang-barang dapur dan barang persendirian pelajar ke dalam bas. Manakala barang-barang lain seperti hamper dan barangan mudah pecah dimasukkan ke dalam coaster.

Fasilitator perempuan seramai 39 orang menaiki bas manakala yang selebihnya adalah fasilitator lelaki menaiki coaster

Pemandu bagi bas adalah Pak Cik Razi dan pemandu bagi coaster Pak Cik Kamal

Kami bertolak lebih kurang pada pukul 8.30 pagi dari perhentian bas KUO dan berhenti di perhentian Tapah untuk menikmati sarapan pagi pada kira-kira pukul 10 pagi. Setelah hampir 45 minit kami meneruskan lagi perjalanan ke destinasi

Hampir pukul 12 tengah hari kami tiba di tapak perkhemahan Hutan Lipur Kaki Bukit Larut, Larut Matang, Taiping

Bas terus bertolak pulang selepas kami memindahkan kesemua barang-barang yang ada, manakala coaster masih menunggu di tapak perkhemahan untuk menghantar pelajar-pelajar lelaki menunaikan solat jumaat

Selepas menghantar pelajar-pelajar lelaki ke tapak perkhemahan coaster kembali ke UPSI

Kami menunggu ketibaan bas pelajar yang akhirnya sampai pada pukul 3.30 petang di tapak perkhemahan

Aktiviti dijalankan seperti biasa tanpa menggunakan bas kerana kami tidak mempunyai sebarang aktiviti luar yang melibatkan bas Pada hari terakhir perkhemahan, kami AJK Pengangkutan telah menelefon pak cik drebar bas dan coaster. Mengikut tentatif program, kami dijangka akan menamatkan perkhemahan pada pukul 3 petang dan melepaskan pelajar keluar dari tapak perkhemahan pada pukul 1 petang

Bas untuk pelajar UPSI tiba awal iaitu sebelum pukul 2 petang dan kami memindahkan barang-barang ke dalam bas dan coaster sebelum pukul 2.30 petang

Manakala bas untuk pelajar SMK Bukit Jana telah sampai awal sebelum pukul 1 petang dan pada 1.30 petang bas pelajar SMK Bukit Jana meninggalkan tapak perkhemahan

Setelah selamat menghantar pelajar SMK Bukit Jana ke sekolah dan mengemaskan serta membersihkan tapak perkhemahan, kami bersiap sedia untuk bertolak pulang dengan bas yang telah siap tersedia menunggu

Pembayaran untuk pemandu bas persendirian untuk pelajar SMK Bukit Jana iaitu Pak Cik Mat Desa diselesaikan oleh guru penyelaras SMK Bukit Jana

Kami bertolak pulang dari tapak perkhemahan pada kira-kira pukul 2.30 petang dan selamat sampai ke perhentian bas KUO pada pukul 6.30 petang Post-mortem ringkas sesama AJK Pelaksana Menyediakan laporan selepas program untuk dimajukan kepada Setiausaha Program.

Masalah yang Dihadapi :

Keputusan untuk menempah bas UPSI bagi pelajar SMK Bukit Jana berlaku di saat akhir menyebabkan kita tidak dapat menempahnya kerana prosedur yang diperlukan paling cepat adalah 2 minggu termasuk dengan urusan insurans pelajar

Masalah komunikasi yang tidak lancar menyebabkan kita tidak dapat menempah van @ pajero yang dikhaskan untuk menyimpan barang-barang perkhemahan kerana bas dan coaster sudah ditempah terlebih awal

Bas dan coaster diminta untuk berada di tapak perkhemahan sepanjang program tetapi tidak dapat dilakukan kerana arahan yang diterima adalah pada saat-saat akhir.

Cadangan Mengatasi :

Komunikasi antara AJK-AJK perlu lebih licin dan lancar supaya segala arahan jelas dan dapat dituruti dan tidak ada yang berlaku ketinggalan maklumat juga setiap AJK mempunyai kaitan antara satu sama lain

Elakkan memberi arahan yang berbeza pada saat-saat akhir kerana kita tidak dapat mengubah sebarang tempahan yang telah dibuat sesuka hati

Refleksi :

Berdasarkan pemerhatian kami sebagai AJK Pengangkutan dalam bidang tugas kami, kami mendapati kebanyakannya adalah berjalan lancar terutamanya waktu bas tiba di perhentian bas KUO iaitu bas tiba awal sekitar pukul 7.45 pagi. Kemudian, waktu perjalanan bas untuk menjemput kami di tapak perkhemahan juga tiba awal dan tidak membuatkan kami tertunggu-tunggu terlalu lama kerana masing-masing sudah tidak sabar untuk pulang ke UPSI. Selain itu, adalah dinasihatkan supaya sesiapa yang akan memegang tanggungjawab sebagai AJK Pengangkutan bagi sesuatu program yang lain haruslah mendapat kepastian daripada Majlis Tertinggi mengenai keperluan bas supaya tidak terjadi arahan yang mengkehendaki bas pada saat-saat akhir. Hal ini akan membuatkan kami tidak dapat memenuhi arahan tersebut di samping pengurusan di pihak bas UPSI juga mengalami kesukaran apabila di saat akhir terdapat perubahan.

Disediakan oleh,

......................................................

(MOHD ROAZHAR B AB RAHIM)

Ketua Ajk Pengangkutan,

Program Perkhemahan Play More Learn More,

Subjek Kokurikulum dan Rekreasi 2011.

AJK LOGISTIK DAN PERSIAPAN TEMPAT

AJK : Mohd Hasrul bin Mat Husin (K)

Mohd Norhisam bin Muhamad

Ahmad Fakrie bin Ibrahim

Norzaliza binti Ideris

Siti Syatini binti Syarbaini

GERAK KERJA

Sebelum MajlisSemasa MajlisSelepas Majlis

Menghantar kertas kerja dan membuat peminjaman barang dari beberapa pihak:

a) Pejabat Belia dan Sukan Slim River

b) Pusat Teknologi Pendidikan dan Multimedia (PTPM)

c) Pejabat Suksis

d) Orang Perseorangan (Encik Nordin)

e) Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK)

f) Pusat Kesihatan UPSI

Pihak tersebut menerima dan memberi borang peminjaman barang.

Borang disahkan dan mengambil barang dari Pejabat Belia dan Sukan Slim River pada 23 Oktober 2011, Pusat Kesihatan pada 25 Oktober 2011dan dari PTPM, Pejabat Suksis, Orang Perseorangan dan UKLK pada 27 Oktober 2011.

Barangan yang dipinjam dikumpulkan dan diletakkan di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR).

Kuantiti barang yang dipinjam:

a) Pejabat Belia dan Sukan Slim River

19 khemah

3 dapur gas kecil

4 sudip

1 senduk

10 kon

4 pisau

b) PTPM

1 projektor

1 skrin layar

c) Pejabat Suksis

1 pinggan set VIP

1 kuali

1 periuk

d) Orang Perseorangan (Encik Nordin)

1 kuali

2 periuk

2 dapur gas

e) UKLK

5 khemah

1 extension wire(dikenakan cagaran sebanyak RM 250)

f) Pusat Kesihatan

1 peti kecemasan

Semua peserta mengangkat barang-barang ke dalam bas.

Setengah barang diletakkan di dalam bas dan setengah lagi diletakkan di dalam coaster.

Semua barang dibawa keluar ketika menjalankan program.

Sesetengah khemah yang dipinjam berada dalam keadaan yang tidak sempurna seperti bocor dan tidak mempunyai pancang yang mencukupi dan 2 senduk mengalami kerosakan semasa perkhemahan dijalankan.

Barang-barang seperti khemah dan peralatan memasak dicuci selepas digunakan.

Semua barang dibawa balik dengan selamat dan diletakkan di rumah sewa salah seorang peserta sebelum memulangkannya pada pihak yang berkenaan. Semua barang di hantar sehari selepas program dijalankan iaitu pada 31 Oktober 2011 kecuali barang yang dipinjam dari Pejabat Belia dan Sukan Slim River dan Pejabat Suksis iaitu pada 1 November 2011.

Semua barang dipulangkan dengan baik dan tiada kerosakan yang berlaku kecuali 2 senduk terpaksa diganti kepada Pejabat Belia dan Sukan Slim River kerana mengalami kerosakan.

Pihak UKLK telah memulangkan semula duit cagaran sebanyak RM 250 bagi barangan yang telah dipinjam.

Post-mortem ringkas sesama AJK Pelaksana Menyediakan laporan selepas program untuk dimajukan kepada Setiausaha Program.

Masalah yang Dihadapi :

Lambat menghantar surat peminjaman barang kepada pihak yang berkenaan.

Sesetengah barang yang dipinjam berada dalam keadaan tidak sempurna (contoh: khemah).

Tidak dapat meminjam barangan seperti pembesar suara (healer) kerana lewat membuat peminjaman.

Cadangan Mengatasi :

Menghantar kertas kerja dan surat peminjaman barang dengan segera pada masa hadapan.

Sentiasa membuat follow up kepada pihak yang berkenaan sebelum program dilaksanakan supaya dapat meminjam barangan yang diperlukan.

Harus memastikan dengan lebih awal tentang barang-barang yang ingin dipinjam (sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum perkhemahan akan dilaksanakan)

Memastikan barangan yang ingin dipinjam berada dalam keadaan baik sebelum membuat pinjaman dan memeriksanya semula sebelum membawa ke perkhemahan.

Refleksi :

Secara keseluruhannya, kesemua AJK dapat melaksanakan tugasan yang diberikan dengan lancar. Walaupun terdapat beberapa masalah yang dihadapi sebelum perkhemahan diadakan, namun begitu setiap AJK dapat mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang timbul. Oleh itu, segala masalah yang kami hadapi semasa program tersebut dijalankan akan kami jadikannya sebagai satu pengalaman dan iktibar yang dapat membantukan kami bagi melaksanakan sesuatu program pada masa akan datang supaya lebih baik dan lancar daripada program sebelumnya.

Disediakan oleh:

(MOHD HASRUL BIN MAT HUSIN)

Ketua AJK Logistik dan Persiapan Tempat,

Program Perkhemahan Play More Learn More,

Subjek Kokurikulum dan Rekreasi 2011.

AJK 3K (KESELAMATAN,KESIHATAN DAN KEBERSIHAN)

AJK : Mohd Muhaimim Bin Mohamed (K)

Nawwar Binti Abdul Mumen

Nuraisyah Binti Rani Norizwani Binti Abdul Rahim

GERAK KERJA

Sebelum MajlisSemasa MajlisSelepas Majlis

AJK 3K meminta semua ajk-ajk lain menyenaraikan barang keperluan yang berkaitan dengan kebersihan, dan keselamatan semasa perkhemahan berlangsung AJK 3K memaklumkan kepada ajk logistik sebahagian senarai barang-barang yang diperlukan oleh ajk-ajk lain yang mana ianya boleh diperolehi daripada ajk logistik. AJK 3K menyediakan jadual waktu solat dan tazkirah semasa perkhemahan berlangsung. AJK 3K bersama ajk perhubungan, ajk perhubungan dan ajk logistik pergi melawat tapak perkhemahan di taiping. AJK 3K menyediakan surat makluman untuk mengadakan perkhemahan kepada polis, bomba dan hospital taiping jika berlaku sesuatu kejidian untuk tujuan keselamatan. AJK 3K menyediakan peralatan yang diperlukan semasa perkhemahan seperti mancis, lampu suluh, belerang dan pita amaran. AJK 3K memeriksa dan memastikan bilangan setiap peserta yang terlibat telah cukup dan selamat menaiki bus untuk ke kawasan perkhemahan.

Memeriksa tapak perkhemahan ketika mula sampai.

Memasang pita amaran di sepanjang kawasan berisiko dan belerang di sekeliling kawasan tapak perkhemahan.

Memastikan kebersihan tapak perkhemahan dengan menyediakan plastik sampah.

Menyimpan telefon bimbit peserta sepanjang perkhemahan.

Memastikan semua fasilitator mengikut jadual mengawal tapak perkhemahan pada waktu malam.

Menampal lubang yang ada pada pagar yang rosak kerana menjadi laluan anjing.

Sepanjang perkhemahan, terdapat kawalan daripada pihak polis, pihak bomba dan pihak pejabat hutan.

Murid lelaki telah dilarang sama sekali untuk masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan begitu juga kepada murid perempuan, dilarang untuk ke kawasan khemah lelaki.

Menyediakan buku kawalan tapak perkhemahan bagi diisi oleh orang luar yang memasuki tapak perkhemahan.

Plastik sampah diletakkan di kawasan dapur dan tandas ketika kejadian.

Seorang murid telah dihantar balik ke rumah ketika hari kejadian kerana kurang sihat.

Seorang murid yang mengalami masalah spastik telah dikenalpasti dan keperluannya ketika bersenam ataupun melakukan sebarang aktiviti telah disediakan.

Pada hari terakhir, memastikan tapak perkhemahan bersih kembali dengan mengadakan aktiviti gotong royong. Dari segi kebersihan, tahap kebersihan kawasan perkhemahan adalah bersih kerana aktiviti gotong royong antara fasilatator dengan peserta telah diadakan.

Segala sampah atau sisa makanan telah dibuang di tong sampah utama untuk mengelakkan diganggu anjing yang berkeliaran.

Sebelum murid bertolak pulang, memastikan bilangan mereka mencukupi sebagaimana bilangan mereka datang.

Memastikan bilangan fasilitator mencukupi sebelum bertolak pulang.

Peti pertolongan cemas yang dipinjam daripada Pusat Kesihatan UPSI dikembalikan kepada Pusat Kesihatan.

Melaporkan apa yang dilakukan oleh ahli jawatakuasa 3K ketika post mortem dijalankan.

Menyediakan laporan selepas program untuk dimajukan kepada Setiausaha Program.

Masalah yang Dihadapi :

Haiwan liar memasuki kawasan perkhemahan dan menggangu barang di kawasan perkhemahan seperti kera.

Terdapat murid yang sakit semasa aktiviti dijalankan kerana tidak diketahui tahap kesihatan para pelajar.

Payung tidak mencukupi ketika hujan untuk digunakan oleh murid.

Imam solat tidak mengikut jadual yang telah disediakan.

Cadangan Mengatasi :

Sediakan lampu pada waktu malam terutama di bahagian-bahagian khemah.

Kenal pasti setiap murid yang tidak mampu melakukan sebarang aktiviti yang dijalankan.

Kenal pasti setiap penyakit yang dihidapi oleh setiap murid.

Menyediakan payung yang secukupnya mengikut bilangan murid untuk digunakan ketika hari hujan.

Memastikan jadual imam yang disediakan diikuti oleh semua fasilitator lelaki.

Refleksi :

Perjalanan keseluruhan perkhemahan berjalan dengan lancer walaupun terdapat sedikit masalah lampu dan kesihatan. Semua fasilitator yang terlibat dengan perkhemahan ini memberikan komitmen dan kerjasama yang sungguh baik kepada semua AJK 3K dalam menjaga kebersihan dan keselamatan tapak perkhemahan. Semua masalah yang dihadapi dapat diatasi tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Tugas mengawal malam bagi menjaga keselamatan murid-murid dan kawasan perkhemahan dilakukan mengikut jadual tugas mengawal tapak perkhemahan yang disediakan. Plastik sampah yang disediakan digunakan dengan sebaik mungkin oleh semua murid dan fasilitator untuk mengisi sampah bagi memastikan tapak perkhemahan bersih daripada sebarang sampah.

Disediakan oleh,

.

(NAWWAR BINTI ABDUL MUMEN)

Ajk 3K,

Program Perkhemahan Play More Learn More,

Subjek Kokurikulum dan Rekreasi 2011.

AJK PUBLISITI DAN TEKNIKAL

AJK : Nurazimah Binti Anuar

Muhamad Adib Bin Abd Rahim Afida Binti Ahmad Pahmin

GERAK KERJA

Sebelum MajlisSemasa MajlisSelepas Majlis

Perlantikan AJK pelaksana untuk urusan publisiti dan teknikal.

Bermesyuarat bersama semua ahli jawatankuasa program

Mereka dan menempah kain rentang (banner) untuk kegunaan semasa program.

Membuat tanda nama untuk murid sekolah dan semua AJK.

Memilih lagu tema program.

Menyediakan lirik lagu tema untuk ajk dan murid.

Pembentangan tugasan AJK Pendaftaran untuk laporan akhir sebelum program bermula

Mengambil gambar sepanjang program berlangsung.

Mengawal PA System sepanjang progam berlangsung.

Menyediakan projektor dan skrin sepanjang progam.

Menyediakan montaj untuk majlis perasmian dan penutupan.

Membantu AJK 3K berkawal pada waktu malam. Menghantar montaj ke sekolah.

Mengagihkan gambar kepada semua pelajar UPSI

Post-mortem ringkas sesama AJK Pelaksana.

Menyediakan laporan selepas program untuk dimajukan kepada Setiausaha Program.

Masalah yang Dihadapi :

Kelewatan AJK Aktiviti menghantar senarai lagu yang diperlukan oleh AJK sepanjang program.

Cadangan Mengatasi :

Perlu ada kerjasama yang kuat (strong bone) dari semua ahli untuk membantu perjalanan gerak kerja AJK ini.

AJK yang berkenaan perlu menghantar senarai lagu atau keperluan sepanjang program lebih awal.

Refleksi :

Bidang tugas AJK Publisiti dan Teknikal dapat melatih seseorang individu mengawal dan mengendali peralatan media seperti kamera, projektor, layar putih dan juga komputer. Selain itu, AJK juga dapat memahirkan diri dalam membuat pemilihan bahan media yang sesuai digunakan sepanjang program. Walau bagaimanapun, AJK Publisiti dan Teknikal seharusnya dibahagikan kepada dua AJK yang berlainan kerana bidang tugas publisiti dan bidang tugas teknikal adalah dua bidang tugas yang berbeza dan memerlukan AJK menumpukan bidang tugas masing-masing terutama semasa program berlangsung.

Disediakan oleh

..

(NURAZIMAH BINTI ANUAR)

Ketua AJK Publisiti dan Teknikal,

Program Perkhemahan Play More Learn More,

Subjek Kokurikulum dan Rekreasi 2011.

AJK AKTIVITI

AJK : Nur Amirah Binti Zulkifli (K)

Abdul Razak Khairi Bin Abu Lijat

Noor Aziela Binti Elias

Nurul Huda Binti Arif

Nur Shafikah Binti Nordin

Nik Hazirah Binti Nik Mat Din

GERAK KERJA

Sebelum MajlisSemasa MajlisSelepas Majlis

27 November 2011

AJK Aktiviti telah berkumpul yang melibatkan penglibatan kesemua AJK Aktiviti bagi merancang tentative program dan slot-slot yang perlu diambil-alih sepanjang program dijalankan. Kesemua aktiviti yang perlu dilaksanakan dirancang secara rawak dan persetujuan antara ahli-ahli untuk menjalankan aktiviti tersebut diperoleh semasa perjumpaan yang pertama ini.

30 November 2011

AJK Aktiviti telah membantangkan acara yang dicadangkan dalam mesyuarat perkhemahan kali pertama. Aktiviti yang telah dirancang diubahsuai mengikut persetujuan bersama.

07 Oktober 2011

AJK Aktiviti menyiapkan rancangan aktiviti dan segala aktiviti yang telah dirancang diserahkan kepada setiausaha.

11 Oktober 2011

AJK Aktiviti mendapat maklum balas daripada Unit Perhubungan mengenai kawasan perkhemahan dan aktiviti diubah sekali lagi disebabkan keadaan kawasan yang terhad. Pemurnian aktiviti dilakukan sekali lagi setelah berbincang dengan Setiausaha Program dan aktiviti terakhir yang telah dirancang, dinilai dan dipilih diserahkan kepada Setiausaha Program. Terdapat juga Plan A dan Plan B yang dirancang sekiranya berlaku segala kemungkinan yang tidak dijangka. Pemilihan lagu senamrobik dibuat. Semua AJK Aktiviti dan pelajar yang terlibat mengambil bahagian dalam koreografi. Latihan intensif dilakukan dalam kalangan fasilitator sahaja. Latihan ini dilakukan beberapa kali pada setiap perjumpaan bagi memantapkan persembahan dan sebagai persediaan untuk semu fasilitator.

AJK Aktiviti membeli barang bagi aktiviti yang dirancang bagi tujuan demonstrasi eksperimen Learning is Fun dan barang-barang untuk aktiviti lain sepanjang perkhemahan juga dibeli. Barang yang telah dibeli dikumpul dan penerangan terperinci mengenai aktiviti yang akan dijalankan diberikan kepada semua peserta yang terlibat dalam perkhemahan. Latihan senaman mengikut lagu juga dilakukan dan aktiviti energizer juga dilakukan.

AJK melaksanakan aktiviti yang dirancang tetapi terdapat perubahan jadual yang drastik berlaku semasa hari pertama perkhemahan kerana pelajar tiba awal di kawasan perkhemahan. Semasa sesi suai kenal, murid menyanyi dan selepas itu, murid memperkenalkan diri seorang demi seorang. Selesai makan malam dan urus diri, pelajar berkumpul dan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dijalankan dan diketuai oleh AJK Aktiviti sepenuhnya.

Pada hari kedua perkhemahan, aktiviti berlansung seperti yang dijadualkan. Kesemua pelajar mengambil bahagian kecuali dua orang pelajar yang mengalami masalah kesihatan. Selesai aktiviti tersebut, pelajar bersarapan pagi dan berehat sebelum aktiviti eksperimen dijalankan. Penambahbaikan penglibatan pelajar secara lebih aktif dan bersemangat dilakukan seperti sorakan dan kerjasama antara kumpulan. Latihan untuk persembahan malam dilakukan pada petang hari kedua perkhemahan.

Pada waktu malam, pelajar membuat persembahan. Terdapat dua kumpulan pelajar dan enam persembahan daripada pelajar manakala fasilitator pula dua persembahan iaitu pentomen dan dikir barat.

Hari ketiga perkhemahan iaitu hari Ahad, senam robik dijalankan pada waktu pagi dan 1 eksperimen Learning is Fun daripada petang semalam dijalankan selepas itu. Aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan dijalankan selepas aktiviti tersebut. Semua fasilitator dan pelajar terlibat sama dalam gotong-royong ini. Majlis penutupan berlansung sekitar jam 11.00 pagi.

Kawasan dipastikan bersih selepas aktiviti berlansung. Fasilitator dipastikan berada di dalam kumpulan masing-masing untuk persediaan aktiviti seterusnya.

Penglibatan semua peserta secara aktif diterima. Pembahagian lebihan barangan dilakukan.

Post-mortem dijalankan. Perbincangan aktiviti yang kurang bersesuaian dilakukan untuk penambahbaikan pada program yang akan datang. Aktiviti yang bersesuaian dan menarik minat pelajar pendidikan khas dicadangkan untuk pengelolaan yang lebih teratur dan tersusun. Menyediakan laporan selepas program untuk dimajukan kepada Setiausaha Program.

Masalah yang Dihadapi :

Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh AJK Aktiviti sepanjang perkhemahan ini iaitu keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Hujan yang turun semasa program dijalankan telah membantutkan AJK untuk melakukan aktiviti-aktivi luar dan aktiviti tersebut diganti dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK). aktiviti yang dijalankan seperti senamrobik terlalu banyak pergerakan dan laju menjadikan pelajar sukar untuk mengikuti setiap pergerakan senamrobik. pelajar yang tidak dapat melakukan beberapa aktiviti akibat masalah kesihatan. Semasa aktiviti LDK iaitu meniup belon dilakukan, terdapat beberapa orang pelajar tidak dapat melakukannya kerana berasa takut.

Cadangan Mengatasi :

membuat Plan B untuk setiap aktiviti sekiranya aktiviti tersebut tidak dapat dijalankan akibat cuaca yang tidak menentu. masalah yang dihadapi oleh pelajar seperti masalah kesihatan juga perlu diamblik tahu bagi merancang aktiviti yang bersesuaian dengan mereka. Pergerakan bagi setiap aktiviti seperti senamrobik perlu ringkas dan bersesuaian dengan mereka supaya mereka tidak berasa sukar untuk mengikuti setiap pergerakan tersebut. Bagi aktiviti meniup belon, AJK Aktiviti seharusnya bertanya kepada pelajar-pelajar yang takutkan belon. Pelajar tersebut hanya perlu melihat sahaja rakan-rakan mereka melakukannya dan melihat demonstrasi daripada fasilitator.

Refleksi :

Penglibatan murid amat memberansangkan dan murid amat menyukai aktiviti nyanyian dan pergerakan yang mudah. Murid dapat mengikut dengan cepat kesemua aktiviti dan senaman yang dilakukan. Guru pembimbing bersemangat dan murid juga bersemangat sepanjang aktiviti berlansung. Murid juga gemarkan pujian dan aktiviti yang mencabar. Kerjasama dan penglibatan kesemua fasilitator program sangat memberansangkan. Tiada masalah untuk AJK Aktiviti menjemput fasilotator ke hadapan untuk melakukan persembahan atau demonstrasi. Keseluruhan aktiviti dan program yang dirancang tidak mengalami sebarang masalah dan aktiviti yang dirancang dapat dilakukan dengan berjaya.

Disediakan oleh:

(ABDUL RAZAK KHAIRI BIN ABU LIJAT)

AJK Aktiviti,

Program Perkhemahan Play More Learn More,

Subjek Kokurikulum dan Rekreasi 2011.

AJK TUGAS-TUGAS KHAS

AJK : Mohd Taufik B. Ahmad Sobri (K)

Muhammad Nur Shahrin B. Mansor

Muhamad Norisham B. Hamid

Noorhasna Bt Hussain

GERAK KERJA

Sebelum MajlisSemasa MajlisSelepas Majlis

Wakil AJK bersama wakil AJK-AJK lain melawat tapak perkhemahan

Membantu AJK Logistik dan persiapan tempat untuk mendapatkan barang-barang perkhemahan yang dipinjam dan membawa barang pinjaman ke tempat simpanan barang (KHAR)

AJK membantu AJK jamuan dan masakan untuk menyediakan makanan sepanjang program berlangsung.

AJK membantu AJK 3K dalam memastikan keselamatan tapak perkhemahan sepanjang program berlangsung.

Bekerjasama dengan AJK-AJK lain bagi melancarkan program tersebut

Bekerjasama dengan AJK-AJK lain mengemas barang-barang perkhemahan serta membersihkan kawasan tapak perkhemahan sebelum pulang.

Post-mortem ringkas sesama AJK Pelaksana.

Menyediakan laporan selepas program untuk dimajukan kepada Setiausaha Program

Masalah yang Dihadapi :

Berlaku kekeliruan dan pertindanan antara tugas-tugas yang dilaksanakan

Cadangan Mengatasi :

Membuat jadual tugasan yang lebih berkesan dan efektif untuk masa akan datang

Refleksi :

Secara keseluruhan, segala tugasan yang diberikan kepada AJK Tugas-Tugas Khas dapat dilaksanakan dengan baik. Walaupun terdapat beberapa kekurangan dan masalah yang timbul, akan tetapi hal itu dapat diatasi dengan sempurna. Adalah menjadi suatu perkara yang biasa sekiranya timbul masalah-masalah yang tidak diduga dalam sesuatu program yang ingin dijalankan. Oleh yang demikian, AJK Tugas-tugas Khas berharap dapat menjalankan tugas dengan lebih baik pada masa hadapan dan segala permasalahan yang timbul dapat dijadikan iktibar dan pengajaran untuk program yang bakal dilaksanakan pada masa hadapan.

Disediakan oleh:

..

(MOHD TAUFIK B AHMAD SOBRI)

Ketua Ajk Tugas-Tugas Khas,

Program Perkhemahan Play More Learn More,

Subjek Kokurikulum dan Rekreasi 2011.

LAPORAN KEWANGAN PENUH

i) Jumlah Pendapatan dan Penajaan

BILPERKARAJUMLAH (RM)

1.

2.

3.

4. 5.Yuran Peserta ( 51 x RM 15.00 )

Sumbangan dari UMNO Cawangan Taiping

Sumbangan dari Persendirian

Sumbangan dari Bank Rakyat

Sumbangan dari Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia765.00

1,000.00

610.00

200.00

200.00

JUMLAH PENDAPATAN 2,520.00

ii) Jumlah Perbelanjaan

BILPERBELANJAANJUMLAH PERBELANJAAN (RM)

1AJK Perhubungan

277.00

2AJK Aktiviti

91.30

3AJK Publisiti

80.00

4AJK 3K

22.00

5AJK Protokol

61.20

6

AJK Cenderahati250.00

7

8AJK Makanan

AJK Tugas-Tugas Khas1174.70300.00

9AJK Penajaan120.30

10Sewa Tapak100.00

JUMLAH PERBELANJAAN :2,457.60

BAKI DUIT :

= JUMLAH PENDAPATAN JUMLAH PERBELANJAAN

= RM 2,520.00 RM 2,457.60= RM 62.40LAPORAN KEWANGAN :

Pada awal Oktober 2011, Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program Integrasi Pendidikan Khas SMK Bukit Jana, Taiping bersama Mahasiswa dan Mahasiswi Pendidikan Khas Semester 5 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Pusat Hutan Lipur, Bukit Larut, Larut Matang, Perak yang dianggotai seramai 51 orang mahasiswa dan mahasiswi UPSI telah bersetuju untuk mengutip yuran sebanyak RM 10.00 setiap orang. Jumlah yuran yang dikutip adalah sebanyak RM 510.00.

Ahli Jawatankuasa Pelaksana telah berhubung dengan pelbagai pihak seperti Pusat Hutan Lipur, Bukit Larut, Larut Matang, Perak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Taiping, Hospital Taiping, dan Polis Daerah Taiping, UMNO Cawangan Taiping, Bank Rakyat, perseorangan, Jabatan Hal Ehwal pelajar dan Alumni, UPSI dan juga Majlis Perwakilan Pelajar, UPSI. Hasil daripada pertemuan dengan pihak yang berkaitan, kami telah berjaya mendapatkan sumbangan dan penajaan daripada UMNO Cawangan Taiping, Bank Rakyat, Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia dan perseorangan. Jumlah penajaan yang mampu pihak kami perolehi adalah sebanyak RM 2520.00 termasuk yuran yang dikutip.

Bagi merealisasikan dan menguruskan segala perkara berkaitan dengan program ini, pihak kami telah membelanjakan sebanyak RM 2,457.60 untuk pengurusan dan pentadbiran program ini.

Selepas program berjaya dilaksanakan, jumlah perbelanjaan yang telah pihak kami gunakan untuk melaksanakan dan merealisasikan program ini dengan penuh berjaya dan lancar, pihak kami telah membelanjakan sebanyak RM 2,457.60 daripada RM 2,520.00 pendapatan dan tajaan serta sumbangan yang diberikan. Baki duit terkini adalah sebanyak RM 62.40.LAPORAN PENGARAH PROGRAM

Assalamualaikum, bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan izinNya program Kokurikulum & Rekreasi bertemakan Play More, Learn More telah berlangsung dengan jayanya. Walaupun sebelum perkhemahan terdapat pelbagai rintangan yang dihadapi, para pelajar dapat mengatasi masalah tersebut secara bersama dan banyak dibantu oleh pensyarah. Sebelum melaksanakan perkhemahan, seperti biasa akan diadakan mesyuarat untuk memilih AJK Pelaksana untuk merancang segala keperluan untuk menjayakan perkhemahan tersebut.

Setelah bermesyuarat melantik AJK Pelaksana, kami telah menyuarakan pandangan masing-masing dan bersetuju untuk mengadakan perkhemahan pada 28/10/2011 sehingga 30/10/2011 bertempat di Tapak Perkhemahan Kaki Bukit Larut, Larut Matang, Perak. Pada peringkat awal, kami bersetuju untuk memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Doktor Burhanuddin dan setelah berjumpa dengan penyelaras sekolah tersebut iaitu Cikgu Alex, kami terpaksa menukar sekolah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana. Kami terpaksa menukar sekolah kerana hanya 15 orang murid SMK Doktor Burhanuddin yang aktif dalam perkhemahan dan Cikgu Alex mencadangkan untuk mengambil murid sekolah lain dalam 10 hingga 15 orang untuk mengikuti perkhemahan tersebut. Memandangkan kami kesuntukan masa untuk mengikut semua prosedur yang telah ditetapkan bagi membawa murid daripada sekolah yang berbeza, kami memutuskan untuk memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana kerana mampu menyediakan murid seramai 24 orang seperti mana yang kami harapkan.

AJK Pelaksana telah berjumpa dengan pihak sekolah dan pegawai PPD untuk menguruskan semua urusan surat menyurat. Banyak perkara yang kami belajar semasa menguruskan perkhemahan ini dan semua pengalaman ini sangat berguna kepada kami sebelum memasuki alam pekerjaan. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah dan PPD kerana banyak membantu dalam menguruskan perkhemahan tersebut. Semasa perkhemahan berlangsung, hampir semua aktiviti dapat dilaksanakan walaupun hujan pada hari pertama perkhemahan. Alhamdulillah kerana tidak ada kemalangan yang berlaku semasa perkhemahan berlangsung.

Akhir kata, saya berharap agar perkhemahan seperti ini dapat diteruskan dan diisi dengan aktiviti yang lebih menarik supaya murid berkeperluan khas ini tidak berasa jemu untuk mengikuti perkhemahan yang akan datang. Malah,dengan adanya kerjasama dengan pihak sekolah,kami pelajar pendidikan khas Universiti Pendidikan Khas dapat menyelami hati mereka dengan lebih dekat apabila kami semua dapat bersama sepenuhnya sepanjang perkhemahan dalam melakukan aktiviti bersama-sama. Diharapkan ikatan ukhwah ini dapat dipanjangkan lagi.

LAPORAN TIMBALAN PENGARAH PROGRAM

Alhamdulillah bersyukur kerana program Play More,Learn More dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program dirancang sejurus perlantikan AJK telah ditetapkan walaupun pada awal perbincangan terdapat pelbagai masalah yang menghambat keputusan dan kesepakatan bersama. Antara permasalahan yang timbul sebelum program dijalankan adalah antaranya, pemilihan sekolah yang mana sekolah pendidikan khas di Taiping adalah terhad iaitu hanya sebanyak empat buah sekolah sahaja. Pemilihan sekolah ini juga berkait rapat dengan kelulusan dari pihak Pejabat Pelajaran Daerah Taiping yang mana perbincangan secara telus dan terperinci perlu dibuat dalam beberapa kali perjumpaan. Selain itu, kos kewangan meningkat apabila bas Universiti Pendidikan Sultan Idris tidak dapat digunakan untuk mengambil murid-murid Sekolah Menengah Bukit Jana seramai 27 orang hal ini kerana masa sudah sangat suntuk sehinggakan kelulusan bas mengambil masa sehingga lima minggu dari tarikh program sebenar, dari itu pihak urusetia mengambil keputusan untuk menyewa bas sekolah yang telah disepakati dengan sekolah untuk membantu masalah ini tambahan pula, pihak Pejabat Pelajaran Daerah Bahagian Pendidikan Khas menetapkan prosedur bahawa makanan pelajar perlu ditempah bagi mnegelakkan masalah-masalah yang mungkin timbul, demi langkah berjaga-jaga ini pihak urusetia program juga terpakasa memisahkan peruntukkan kewangan makanan murid dan juga urusetia. Berkenaan bidang tugas ahli jawatan kuasa bawahan dapat disimpulkan segala permasalahan dapat di atasi dengan baik sehingga tiada masalah besar terjadi. Semasa program dijalankan,tidak terdapat apa-apa masalah yang serius berlaku cuma perjalanan program yang tidak begitu sistematik dari segi pengurusan masa dan aktiviti terlihat tidak begitu terancang yang mana terdapat beberapa program tambahan yang perlu disediakan bagi menutup kelopongan masa yang terjadi. Selain daripada itu, perancangan program dari segi motif dan tujuan tidak begitu bermakna sehingga mendapat teguran dari pihak guru sekolah kerana pihak urusetia menyediakan program yang tidak mengikut paras kebolehan IQ murid yang mana kebanyakkan program tidak memberi input masuk kepada murid tersebut. Walaubagaimanapun, perjalanan program dapat diselesaikan dengan lancar dan jayanya, pembaikian sudah dibincangkan bersama urusetia program semasa post-motem terakhir bagi membaikpulih cara pelaksaaan program akan datang dan bagi mengurangkan maslaah-masalah yang mungkin terjadi

LAPORAN KESELURUHAN PERJALANAN

PROGRAM KOKURIKULUM DAN REKREASI

PLAY MORE, LEARN MORE

Program Kokurikulum dan Rekreasi Play More, Learn More ini telah mula dirancang pada awal semester setelah sebaik sahaja pensyarah kami iaitu Puan Marzaida Binti Badaruddin memberi taklimat mengenai kerja kursus kami. Kerja kursus kami telah dibahagikan kepada beberapa bahagian termasuklah program perkhemahan yang perlu berkerja dalam satu kumpulan yang besar bagi memenuhi keperluan kursus Program Pendidikan Khas KBK 3053 (Kokurikulum dan Rekreasi) agar memberi peluang kepada mahasiswa untuk mendekati dan membantu murid-murid istimewa menjalani aktiviti kokurikulum dan rekreasi. Kertas kerja mula dihantar pada bulan September tahun 2011 iaitu pada minggu ke-3 semester 5 bermula dan telah diluluskan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Khas dan Timbalan Dekan Falkuti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM) Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan bajet RM 3996.00 sahaja walaupun kerja kertas kami pada mulanya telah ditolak tapi dengan usaha kami akhirnya kertas kertas kerja diluluskan juga dan mendapat kelulusan daripada pensyarah kami Puan Marzaida Binti Badaruddin. Tarikh awal Program Program Kokurikulum dan Rekreasi Play More, Learn More ini adalah pada 21-23 Oktober 2011, tetapi terdapat beberapa kekangan iaitu terdapat seorang fasilitator kami mempunyai program pada hari berkenaan. Selain itu juga, bas pihak sekolah yang kami pilih tidak ada pada hari tersebut dan ia menjadi masalah besar sekiranya pengakutan murid-murid tersebut tidak ada dan menyulitkan perjalanan program.

Jadi, kami telah mengubah fikiran untuk mengadakan program tersebut pada 28-30 Oktober 2011. Malangnya, pada hari tersebut juga mempunyai masalah iaitu beberapa fasilitator minor Kemahiran Hidup telah mengadakan lawatan pada minggu itu. Kami semua menjadi buntu untuk mencari tarikh supaya program ini tidak dijalankan pada saat-saat akhir semester yang menghampiri minggu peperiksaan dan sebelum cuti sekolah. Setelah bermesyuarat dengan Ahli Jawatankuasa Tertinggi, kami telah bersepakat dengan sebulat suara, program akan diadakan pada 21-23 Oktober 2011 juga walaupun hanya seorang sahaja xboleh mengikuti dan kami bercadang akan berbincang dengan fasilitator itu agar dapat juga hadir masa program perkhemahan itu dijalankan dengan budi bicara pensyarah kami juga. Setelah itu kami telah membuat tempahan tempat perkhemahan agar perjalanan program kami dapat berjalan dengan lancar apabila kami membuat tempahan awal tetapi salah satu lagi masalah yang kami terpaksa tempuhi dan jalani iaitu pada tarikh tersebut tempat tapak perkhemahan kami pilihkan iaitu di Tapak Perkhemahan Kaki Bukit Larut, Larut Matang, Perak telah ditempah oleh pihak lain. Oleh itu, pada tarikh tersebut kami tidak boleh membuat program perkhemahan kami dan kami terpaksa mencari alternatif lain bagi menyelesaikan masalah ini. Kami tidak boleh menukar tempat kerana kami telah banyak berurusan dengan Pegawai PPD daerah tersebut dan kami perlu menyelesainya dengan cara lain. Jesteru itu, dengan sebulat suara semua fasilitator, kami telah bersepakat memilih tarikh perkhemahan kami pada 28-30 Oktober 2011 juga walaupun ade sedikit kekangan. Pada akhirnya, kekangan dengan beberapa fasilitator tersebut dapat diselesaikan juga.

Seperti yang kita sedia maklum, objektif program tersebut adalah untuk memberi pendedahan awal kepada mahasiswa/wi cara melaksanakan aktiviti kokurikulum dan rekreasi bagi murid-murid pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana, Kamunting. Setelah program ini dilaksanakan para mahasiswa/wi dapat mengetahui bagaimana caranya bagi melaksanakan sesuatu program bagi murid-murid istimewa ini tambahan pula dalam aktiviti kokurikulum dan rekreaksi pendidikan khas ini. Malah apabila para mahasiswa/wi ini menjadi seorang pendidik, jadi mereka dapat mengetahui prosedur untuk melaksanakan seseuatu program berkonsepkan kokurikulum dan rekreasi ini. Di samping memahami dan mengetahui aktiviti kokurikulum dan rekreasi yang sesuai untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Kita perlu ingat sebagai bakal para pendidik murid pendidikan khas, sebarang aktiviti yang ingin dilaksanakan perlulah sesuai dengan keupayaan dengan mereka agar mereka boleh menyertai dengan rasa seronok dan semua murid dapat menyertai semuanya bukab hanya sesetengah murid sahaja. Apabila kami melaksanakan program perkhemahan ini, kami telah meneliti dengan baik agar aktiviti kami laksanakan ini tidak terlalu lasak dan sesuai dengan keupayaan murid-murid tersebut berlandaskan kelulusan daripada Pegawai Pelajaran Daerah kami. Pegawai Pelajaran Daerah kami telah beberapa kali menyemak aktiviti yang kami jalankan agar seseuai dengan murid-murid istimewa ini dan beberapa kali Pegawai Pelajaran Daerah menyuruh kami mengubahnya dan pada akhirnya semua aktiviti yang kami ingin jalankan telah mendapat kebenaran pihak atasan. Keadaan ini bukanlah penghalang kepada peserta-peserta program untuk menjayakan program tersebut dengan adanya kerjasama penuh yang diberikan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana dengan bantuan khas Pegawai Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama, Encik Rustam B. Siis dalam melaksanakan program perkhemahan kami.

Program Kokurikulum dan Rekreasi Play More, Learn More ini telah disertai oleh 51 orang fasilitator semester 5 program Pendidikan Khas dan seramai 24 orang peserta daripada 27 orang disenaraikan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana, Kamunting dalam melaksanakan program sebegini. Pada awalnya, kami telah memohon jasa baik guru sekolah tersebut untuk menghantar para pelajar seramai 35 orang yang termaktub dalam kertas kerja yang kami utarakan tetapi mungkin terdapat beberapa kekangan dalam memilih para pelajar untuk menyertai perkhemahan ini dan hanya 24 peserta sahaja yang dapat sertai. Dalam masa yang sama juga, kami telah menghantar beberapa surat ke beberapa tempat bagi mendapatkan kelulusan daripada pihak atasan seperti Jabatan Pendidikan Negeri, pihak sekolah yang kami berkerjasama serta Pejabat Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama. Akhirnya kami telah mendapat kebenaran untuk melaksanakan program perkhemahan ini dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana dan persiapan lain kami teruskan bagi menjayakan program perkhemahan kami ini. Dengan bantuan dan kerjasama penuh daripada agensi luar yang turut memberikan sumbangan secara peribadi untuk melaksanakan program ini merupakan salah satu daripada tunjang utama kepada pihak penganjur untuk menjalankan program ini dengan jayanya dan dapat mengukur sejauh mana komitmen dan tanggungjawab AJK Pelaksana dalam memastikan objektif program yang digariskan dapat tercapai.

Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam yang bertempat di Tapak Perkhemahan Kaki Bukit Larut, Larut Matang telah disertai oleh 51 orang AJK dan peserta program yang terdiri 24 orang pada akhirnya telah berjaya dijalankan dengan jayanya dengan adanya kerjasama dan komitmen yang padu antara semua pihak yang terlibat. Pada hari pertama program, kami telah selamat ke destinasi hampir pukul 12 tengahari. Sebaik sahaja kami tiba, sedikit taklimat oleh kem komander kami iaitu Mohd Taufik dan beberapa pesanan telah disampaikan kepada para fasilitator serta beberapa peraturan dan amaran daripada kem komander bagi langkah keselamatan di kawasan tapak perkhemahan itu. Selepas taklimat dijalankan, fasilitatoe lelaki bergerak ke masjid untuk solat jumaat pada hari tersebut dan fasilitator perempuan telah dibahagikan tugas untuk memasang khemah dan mengemas barang-barang di dapur serta kawasan sekeliling. Kemudian para peserta telah tiba pada pukul 3.30 petang dan kami telah menyambutnya dengan mesra dan mereka sangat berdisiplin apabila dilihat pertam kalinya. Seterusnya setelah selesai sesi mendaftar dan mendapat tag nama masing-masing, para peserta berkumpul di dewan untuk sesi Ice-Breaking. Peserta-peserta sangat terhibur dan dapat mengenali dengan para fasilitator dengan lebih dekat lagi. Setiap peserta memperkenalkan diri dan para fasilitator dapat mengenali semua peserta. Selain itu juga, ucapan daripada cikgu pengiring sekolah tersebut iaitu Cikgu Shahrin memberi ucapan ringkas kepada semua. Setelah itu, AJK Aktiviti mengambilalih aktiviti dengan memulakan aktiviti dengan bacaan doa dan selepas itu menyanyikan lagu tema program ini iaitu Lagu Gemuruh dengan gayanya sekali. Paling seronok sesetengah pelajar mampu mengikuti gaya lagu dengan masa yang singkat dan mereka begitu bersemangat menyanyikan lagu tersebut.

Hari kedua program pula bermula pada awal pagi dengan para peserta dan fasilitator membuat persiapan diri serta solat subuh berjemaah. Program pada hari tersebut adalah melibatkan aktiviti senamrobik pada pukul 6.45 pagi yang telah dikendalikan oleh AJK Aktiviti sepenuhnya dan fasilitator dan para guru pengiring juga menyertai sama aktiviti ini. Para peserta kelihatan amat bersemangat pada hari kedua ini kemungkinan mereka tidak sabar untuk melakukan aktiviti seterusnya semasa program perkhemahan ini dijalankan. Tetapi sayangnya, salah seorang peserta kami iaitu Mohamad Ridzuan b Abd Rahim terpaksa pulang pada hari ke-2 kerana masalah kesihatan. Sekarang, hanya tinggal 23 orang peserta sahaja. Setelah itu, para peserta diberi masa untuk bersarapan pagi dan diteruskan dengan aktiviti sukaneka. Segala aktiviti yang dijalankan di sana telah berubah mengikut keadaan semasa dan pihak PPD juga mengharapkan aktiviti yang lebih mencabar. Oleh itu, AJK Aktiviti telah mengubah perancangan aktiviti mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Kemudian, para peserta diberikan rehat dengan menyanyi lagu bersama-sama dengan fasilitator dan bermain permainan yang memerlukan keamatan yang tinggi oleh peserta iaitu permainan Saya Kata Betul. Para peserta berasa sangat seronok bermain dengan fasilitator. Kemudian LDK 4 ( Latihan Dalam Kumpulan) telah diteruskan pada sebelah pagi yang bertemakan Mari Belajar. Aktiviti ini memerlukan para peserta berfikir dengan pantas bagi menyelesaikan teka-teki yang diberikan oleh fasilitator dan permainan menyambung abjab. Setiap fasilitator dalam kumpulan masing-masing akan membantu serba sedikit para peserta agar mereka dapat melakukan dengan sendiri dan berdikari. Kami berasa sangat teruja apabila membuat aktiviti kepada mereka dan kami juga turut serta dalam aktiviti tersebut. Keakraban antara fasilitator dan para peserta jelas kelihatan. Manakala sebelah petang LDK 5 telah dijalankan dengan lancar iaitu Higher/Strong Tower dan Learning Is Fun Through Experiment seperti belon dan lidi, arkitek bata dan sebagainya lagi. Kemudian aktiviti kolaj haiwan dijalankan selepas aktiviti Learning Is Fun Through Experiment. Setiap kumpulan diberikan masa untuk berlatih malam kebudayaan pada malam harinya selepas minum petang. Sebelah malam, kami telah menjalankan aktiviti kebudayaan dan semua orang mengambil bahagian dengan baik sekali dan mereka sangat sporting membuat persembahan. Semasa perkhemahan dijalankan pihak PPD kerap membuat pemantauan agar perjalanan program dapat berjalan dengan lancar. Kerjasama yang padu dan komitmen penuh yang diberikan oleh setiap AJK Pelaksana sama ada dari AJK Aktiviti dan AJK yang lain telah menampakkan semangat berpasukan dalam kalangan sesame mereka untuk menjayakan program tersebut dan keadaan sebegini telah menampakkan wujudnya jalinan integrasi dan semangat bekerjasama dalam satu pasukan dalam kalangan diri mereka. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh murid-murid sekolah tersebut dalam melaksanakan aktiviti yang diberikan oleh fasilitator mengikut kepada kumpulan yang telah dipecahkan juga telah menampakkan semangat perpaduan dalam kalangan mereka walaupun terdiri daripada pelbagai umur.

Program pada hari ketiga berjalan seperti hari kedua pada awal pagi dan bersenamrobik. Sebaik sahaja mereka bersarapan pagi, AJK tertentu membuat persiapan tempat bagi majlis penutup agar majlis dapat berjalan dengan lancar. Di samping itu, peserta mengikut kumpulan yang telah ditetapkan itu akan membuat gotong royong bersama-sama fasilitator bagi membersihkan kawasan perkhemahan dan membuang sampah agar kebersihan terjamin. Kemudian selepas kami semua bergotong-royong, aktivit membersihkan khemah dijalankan mengikut khemah masing-masing. Manakala khemah peserta dibantu oleh faslitator bersama-sama membersihkan khemah dan menyimpan khemah dengan baik. Dari aktiviti tersebut, kita boelh lihat kerjasama dapat terjalin sesama kami dalam melakukan apa jua aktiviti dan kami berasa sangat teruja membuat aktiviti bersama peserta. Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama, Encik Rustam B. Siis bagi program ini di dewan terbuka tapak perkhemahan kami dengan turut dihadiri oleh Guru Penyeleras Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana iaitu Cik Norasiah sebagai wakil pengetua sekolah tersebut dan Pensyarah Subjek Kokurikulum dan Rekreasi kami iaitu Pn Marzaida bt Badaruddin turut hadir serta para guru-guru pengiring Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana turut memeriahkan lagi majlis perasmian walaupun tidak semeriah yang dijangka, namun turut memberikan erti kepada pihak UPSI dan pihak penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen dan layanan yang diberikan kepada pihak kami sepanjang program perkhemahan dijalankan disana.

Secara kesimpulannya, Program Kokurikulum dan Rekreasi Play More, Learn More yang diadakan di Tapak Perkhemahan Kaki Bukit Larut, Larut Matang telah dapat dijayakan dengan penuh jayanya dengan komitmen dan kerjasama penuh yang disumbangkan oleh AJK Pelaksana terutamanya dalam menjalankan tanggungjawab mereka, ketegasan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Pengarah Program dalam mengarahkan anak-anak buah mereka sebelum, semasa dan selepas program ini telahpun menampakkan satu hasil yang cukup bermakna kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Program ini yang julung-julung kali diadakan ini diharap dapat diteruskan lagi oleh pelapis-pelapis pelajar Pendidikan Khas UPSI yang akan datang untuk memastikan hubungan jalinan integrasi di antara pihak universiti dan sekolah ini tidak akan terputus begitu sahaja dan pastinya ada program kesinambungan selepas itu. Pihak penganjur ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana dan Pejabat Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama bahagian Pendidikan Khas dan Pusat Hutan Lipur Bukit Larut serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di atas kerjasama penuh yang telah diberikan dalam memastikan objektif program ini dapat dicapai sepenuhnya. Semoga apa yang ditempuhi sepanjang mengendalikan program ini akan dijadikan sebagai pengalaman kepada pihak penganjur dan anggaplah semua bahawa kita semua belajar dari kesilapan dan jadikan itu sebagai panduan kita untuk melaksanakan program yang lebih baik lagi pada masa-masa yang akan datang.

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM PERKHEMAHAN DIJALANKAN