contoh laporan kerja amal

Upload: mazliana-mahadzir

Post on 03-Apr-2018

344 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Contoh Laporan Kerja Amal

    1/1

    Contoh Laporan Kerja Amal (Kekeluargaan)KERJA AMAL 2 (Contoh Laporan kerja Amal)Bidang 2: KekeluargaanTajuk: Membantu ibu bapa menjaga adikMATLAMAT

    1. Membantu meringankan beban tugas keluarga.2. Menjaga adik dengan penuh tanggungjawab.3. Memberi adik makanan atau minuman yang berkualiti.OBJEKTIF1. Mengamalkan nilai kasih sayang dalam pembentukan sahsiah anak yang baik.2. Menjelaskan perasaan seseorang anak berdasarkan pengalaman yang nyata.3. Menyatakan peranan seorang anak yang bertanggungjawab.4. Meningkatkan komunikasi dalam keluarga dengan amalan nilai Pendidikan Moral .Tarikh / Masa dilaksanakan: Aktiviti ini dijalankan setiap jam 2.00 pm hingga 5.30 pm.Mulai Januari hingga Mei 2011.Orang yang terlibat: Anak baru berumur 4 Tahun (nyatakan nama orang yang terlibat),

    saya, kakak, ibu .Peranan saya:1. Menyediakan susu, makanan dan membimbing adik dalam pelajaran.2. Mengajar adik permainan yang boleh meningkatkan minda tentang kemahiran 3M.3.Membantu menyediakan air untuk mandi.4. Membantu memasak untuk keluarga.KESAN1. Meningkatkan hubungan keluarga, interaksi lebih baik dan mesra semasa dalampergaulan seharian.2. Perasaan kasih sayang kita kepada keluarga meningkat .3. Membantu adik menguasai kemahiran asas dalam pelajaran, misalnya mengenalhuruf, asas nombor dan mengenal gambar binatang, lagu-lagu kanak-kanak.4. Adik membesar dengan emosi yang normal dan sentiasa bersemangat tinggi bilabersama saya.5. Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluargamulai berkembang dalam diri saya.6. Sikap amanah dan bertanggungjawab dapat diamalkan dalam kehidupan kamiseharian.CADANGANSaya berpendapat bahawa aktiviti seperti ini harus diamalkan kepada semua keluarga,dalam masyarakat kita, kerana terbukti dapat memupuk perasaan kasih sayangterhadap keluarga. Kita mahu negara kita Malaysia mempunyai rakyat yang terdiridaripada keluarga yang berkualiti tinggi.