contoh laporan aktiviti

13
LAPORAN MAJLIS PERASMIAN PROGRAM JALINAN MOBILITI SERANTAU BANDUNG MAHASISWA UPM TEMPAT : Dewan Kuliah Sains, Fakulti Sains UPM TARIKH : 2 November 2012 (Jumaat) MASA : 3.00 Petang hingga 4.00 Petang Tepat 3.15 petang, acara majlis dimulakan dengan ketibaan masuk Dr. Nor Azowa Ibrahim, Timbalan Dekan Akademik Fakulti Sains, Prof. Dr. Fudziah Ismail sebagai Ketua Jabatan Matematik dan seorang pegawai pengiring iaitu En. Nazrul Azlan Abd Samad yang diiringi masuk oleh pengarah program, saudari Nurul Ezzah Abdul Aziz. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Putra Gemilang. Para hadirin menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh bersemangat. Bagi memberkati majlis ini, saudara Mohd Fahmi Mohd Shukor dipersilakan untuk memimpin bacaan doa dan diteruskan dengan kata-kata aluan pengerusi majlis mengenai program ini. Ucapan daripada pengarah program, saudari Nurul Ezzah Abdul Aziz telah menceritakan sedikit sebanyak

Upload: nornaziha-najwa

Post on 25-Jan-2016

74 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Contoh laporan Aktiviti

TRANSCRIPT

Page 1: CONTOH LAPORAN AKTIVITI

LAPORAN MAJLIS PERASMIAN PROGRAM

JALINAN MOBILITI SERANTAU BANDUNG MAHASISWA UPM

TEMPAT : Dewan Kuliah Sains, Fakulti Sains UPM

TARIKH : 2 November 2012 (Jumaat)

MASA : 3.00 Petang hingga 4.00 Petang

Tepat 3.15 petang, acara majlis dimulakan dengan ketibaan masuk Dr. Nor

Azowa Ibrahim, Timbalan Dekan Akademik Fakulti Sains, Prof. Dr. Fudziah Ismail

sebagai Ketua Jabatan Matematik dan seorang pegawai pengiring iaitu En. Nazrul

Azlan Abd Samad yang diiringi masuk oleh pengarah program, saudari Nurul Ezzah

Abdul Aziz.

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Putra Gemilang. Para

hadirin menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh bersemangat. Bagi memberkati

majlis ini, saudara Mohd Fahmi Mohd Shukor dipersilakan untuk memimpin bacaan

doa dan diteruskan dengan kata-kata aluan pengerusi majlis mengenai program ini.

Ucapan daripada pengarah program, saudari Nurul Ezzah Abdul Aziz telah

menceritakan sedikit sebanyak pengalaman dan suka duka dalam menjayakan

program ini. Manakala ucapan Timbalan Dekan Akademik Fakulti Sains, Dr. Nor

Azowa Ibrahim sedikit sebanyak telah membangkitkan semangat kami untuk

menjayakan program ini. Kami telah diberikan amanah untuk menjaga nama UPM

dan menaikkan nama UPM dan negara Malaysia di Bandung nanti. Kami juga telah

dilantik sebagai ikon UPM.

Di akhir ucapan daripada timbalan dekan akademik, beliau telah merasmikan

Program Jalinan Mobiliti Serantau Bandung Mahasiswa UPM disusuli dengan

Page 2: CONTOH LAPORAN AKTIVITI

tayangan multimedia yang telah disediakan oleh pihak ahli jawatankuasa.

Penyampaian cenderahati kepada Dr. Nor Azowa Ibrahim Timbalan Dekan

Akademik, daripada pengarah program, saudari Nurul Ezzah Abdul Aziz mengakhiri

majlis perasmian.

Sebelum tetamu dan hadirin menjamu jamuan ringan, sesi bergambar diadakan

sebagai tanda kenang-kenangan. Selepas itu, para hadirin dihidangkan dengan sedikit

jamuan ringan yang telah disediakan dan majlis bersurai.

Disediakan Oleh,

_____________________

(NUR AUNI BINTI BAHARUM)

Setiausaha

Disemak Oleh,

_________________

(NURUL EZZAH ABDUL AZIZ)

Pengarah

Program Jalinan Mobiliti Serantau

Bandung Mahasiswa UPM

Page 3: CONTOH LAPORAN AKTIVITI

LAWATAN KE RUMAH PANTI ASUHAN RIYADHLUL JANNAH

JALINAN MOBILITI SERANTAU BANDUNG MAHASISWA UPM

TEMPAT : Panti Asuhan Riyadhlul Jannah

TARIKH : 11 November 2012

HARI : Ahad

MASA : 7.30 Pagi Hingga 12.00 Tengahari

PENGLIBATAN : 25 Pelajar UPM

BILANGAN KESELURUHAN : 25 Orang

Kami bertolak dari UnPad pada pukul 7.30 pagi dan tiba di rumah panti asuhan jam

8.30 pagi. Perjalanan selama 1 jam menaiki 2 buah angkutan merupakan pengalaman yang

baru bagi kami. Sepanjang perjalanan, kami dapat melihat suasana hari minggu yang agak

sibuk di pekan dengan kenderaan yang banyak di jalanraya. Rumah panti asuhan terletak

pedalaman dari kawasan pekan. Setibanya kami di sana, kami di jemput mesra oleh penjaga

anak-anak yatim dan dibawa ke dewan untuk berkumpul. Sementara menunggu ketibaan

anak-anak kecil itu, kami sempat membuat persiapan untuk acara permainan yang akan

diadakan.

Page 4: CONTOH LAPORAN AKTIVITI

Aktiviti di rumah panti asuhan di jalankan oleh tiga orang ahli jawatan kuasa iaitu Nur

Umairah Rahmat, Nor Farahanim Ariffin dan Nur Hidayah Hamka. Sebelum memulakan

permainan bersama mereka, kami adakan sesi memperkenalkan diri terlebih dahulu.

Umairah, Farahanim dan Hidayah

Page 5: CONTOH LAPORAN AKTIVITI

Sesi memperkenalkan diri

Kemudian, anak-anak kecil ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan

setiap kumpulan dibantu oleh tiga orang fasilitator. Dalam kumpulan kecil itu, mereka perlu

mencipta nama kumpulan serta ‘cheers’ bagi setiap kumpulan. Tujuannya adalah untuk

membina semangat berkumpulan dan saling bekerjasama antara satu sama lain.

Sesi berkumpulan

Permainan 1 : ‘Sweet Candy’

Cara permainan : Ambil gula-gula menggunakan mulut tanpa bantuan tangan dan merangkak

ke pinggan kosong yang disediakan sehingga gula-gula dalam pinggan penuh.

Objektif :

1. Mengukur tahap seseorang itu mengikut arahan yang telah diberikan serta kejujurannya.

Page 6: CONTOH LAPORAN AKTIVITI

2. Mengajar erti kesyukuran mempunyai anggota badan yang lengkap dan sempurna.

Permainan 2 :

‘Draw the message’

Cara permainan : Seorang ahli kumpulan akan diberikan satu gambar dan perlu meniru

gambar tersebut. Kemudian, gambar tersebut diberi kepada ahli seterusnya tetapi dalam masa

5 saat sahaja.Ahli seterusnya perlu meniru gambar itu semula sehingga ke ahli yang terakhir.

Objektif :

1. Memberi tumpuan sepenuhnya terhadap sesuatu tugasan atau kerja yang diberikan

Page 7: CONTOH LAPORAN AKTIVITI

2. Bekerjasama antara satu sama lain dan saling membantu.

Permainan 3 : Tiru Gaya

Cara permainan : Seorang ahli kumpulan akan membuat cabutan kertas yang tertulis gaya

haiwan yang perlu ditiru. Gaya tersebut ditunjukkan kepada ahli yang lain dan ahli perlu

meneka gaya yang dilakonkan.

Objektif :

1. Berfikir secara kreatif dan bijak untuk melakonkan gaya tersebut

2. Kerjasama antara ahli untuk meneka gaya yang dilakonkan

Page 8: CONTOH LAPORAN AKTIVITI

Tepat pada pukul 12.00 tengahari kami bersurai bagi memberi ruang kepada waktu

rehat mereka. Sebelum bersurai, kami sempat memberi sedikit sumbangan kepada pengetua

rumah panti asuhan.

Page 9: CONTOH LAPORAN AKTIVITI

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………… ...................................

(Nurul Hidayah Hamka) (Nurul Ezzah Abdul Aziz)

Eksekutif Aktiviti dan Rekreasi Pengarah

Program Jalinan Mobiliti Serantau Bandung

Mahasiswa UPM

Page 10: CONTOH LAPORAN AKTIVITI