contoh kertas kerja

17
KERTAS KERJA KEJOHANAN OLAHRAGA TREK DAN PADANG, SEKOLAH KEBANGSAAN PETRI JAYA, TAHUN 2012. 1.0 PENDAHULUAN Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang ini, malah juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat mendisiplinkan diri. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial . Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Kebangsaan Petri Jaya akan mengadakan satu Kejohanan Olahraga Trek dan Padang menjurus kepada pembentukan insan yang seimbang. Melalui kejohanan ini diharapkan dapat menggalakkan pembangunan diri murid-murid Sekolah Kebangsaan Petri Jaya sekali gus mencapai ke arah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 2.0 RASIONAL

Upload: nor-hayati

Post on 13-Jan-2016

24 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

CONTOH KERTAS KERJA

TRANSCRIPT

Page 1: contoh KERTAS KERJA

KERTAS KERJA

KEJOHANAN OLAHRAGA TREK DAN PADANG,

SEKOLAH KEBANGSAAN PETRI JAYA,

TAHUN 2012.

 

1.0  PENDAHULUAN

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui

kegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam

bidang ini, malah juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat

mendisiplinkan diri. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat

dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang dari aspek intelek,

jasmani, rohani, emosi dan sosial . Atas kesedaran inilah, maka Sekolah

Kebangsaan Petri Jaya akan mengadakan satu Kejohanan Olahraga Trek dan

Padang menjurus kepada pembentukan insan yang seimbang. Melalui kejohanan ini

diharapkan dapat menggalakkan pembangunan diri murid-murid Sekolah

Kebangsaan Petri Jaya sekali gus mencapai ke arah matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

2.0 RASIONAL

Rasional Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini diadakan adalah seperti berikut :

i)             Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada murid Sekolah Kebangsaan Petri

Jaya dalam meyertai acara-acara yang dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan

olahraga

ii)            Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam acara-acara olahraga.

iii)           Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

Page 2: contoh KERTAS KERJA

3.0 MATLAMAT

Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini berfokus untuk mendedahkan murid-murid

Sekolah Kebangsaan Petri Jaya dengan acara-acara sukan olahraga serta

memberikan pengalaman kepada mereka menyertainya sendiri. Selain itu,

kejohanan ini juga untuk mencungkil bakat murid-murid dalam acara sukan olahraga

bagi mengetengahkan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

4.0 OBJEKTIF

Melalui Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini, diharapkan guru pelatih

dapat:

i)             Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.

ii)            Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba.

iii)           Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan.

iv)           Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan guru.

v)            Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan kepada

peringkat yang lebih tinggi.

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 2 MEI 2012

Masa : 7 PAGI – 2 PETANG

Tempat : SEKOLAH KEBANGSAAN PETRI JAYA, 81900 KOTA TINGGI,

JOHOR.

6.0 SASARAN

Semua murid Sekolah Kebangsaan Petri Jaya, Kota Tinggi.

Page 3: contoh KERTAS KERJA

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH1 Pingat

1.    Pingat acara olahraga individu.   Emas  Perak   Gangsa

2.    Pingat acara olahraga pasukan.   Emas  Perak   Gangsa

26 x RM526 x RM526 x RM5

4 x4 x RM54 x4 x RM54 x4 x RM5

2. Piala Kejohanan1.    Juara2.    Naib Juara3.    Tempat Ketiga4.    Olahragawan dan olahragawati

1x RM251 X RM201x RM152 X RM10

3. Hamper1.    Juara2.    Naib Juara3.    Ketiga4.    Keempat

1 X RM301 x RM301 x RM201x RM20

4. Makanan /MinumanPegawai /guru/ staf 100 x RM5

5. Bayaran Pelepas 1 x RM120 RM 120

JUMLAH RM2210

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat Kejohanan : Tuan Haji Said Bin Hasran

Pengurus Kejohanan : Encik Zali Bin A.Rahman

Penolong Pengurus Kejohanan : Encik Tormadi Bin Jono

Page 4: contoh KERTAS KERJA

Setiausaha

: Pn Norhayati Binti Ibrahim :

Cik Nurulain Hasan

Bendahari

AHLI JAWATANKUASA

Publisiti dan Buku Program : Mohd Nazirul Bin Ahmad

Perasmian dan Penutupan : Norghahira Binti Ahmad Shukri

Kepegawaian : Mohd Haniff Bin Miohd Suhaimi

Teknikal : Mohd Azizi Zamri Bin Ilias

Hadiah dan Cenderamata : Nor Aien Binti Abu Hasan

Juruacara : Norainzatun Binti Md.Kasim

Jurugambar : Nur Syaima Binti Salleh

Dokumentasi : Nur Zufika Binti Che Rosdi

Rekod dan Statistik : Mohamad Faris Bin Mokhtar

: Nurulain Binti Hasan

Penjaga Masa : Rafeah Binti Badaruddin

: Mohamad Riezman Bin Ramli

: Nur Farhana Binti Abd Majid

Penyelia Peserta : Chia Lee Shan

: Hamizan Bin Mohd Noor

Pengadil Lorong : Chia Ee Chiam

: Ang Angeline

: Nadia bt Mustafa

Pelepas : Muhammad Hamiduddin Bin Shuhaimi

Penolong pelepas : Muhammad Hafiz Azree Bin Badrul Hisham

Pelepas panggil balik : Mohd Izuddin b Mohd Zain

Hakim Penamat : Muhammad Faris Bin Hashim

: Muhamad Asyraf Bin Yunus

Pencatat : Ruslina bt Hassan

Page 5: contoh KERTAS KERJA

: Foo Kwee Yee

: Stefaenus Olver Sabin

Referi Balapan : Muhammad Zulhilmi Bin Rahazat

(Rujuk Lampiran 2, Bidang Tugas)

   9.0 TENTATIF PROGRAM

7.00 - 7.30 am

         Semua murid dan kakitangan SKPJ berkumpul di dalam khemah rumah sukan

masing-masing.

         Semua ibu bapa/ penjaga berada di dalam khemah khas untuk mereka.

7.30 - 7.50 am

         Taklimat dan persiapan perbarisan untuk setiap kontigen SKPJ.

8.10 am

         Ketibaan VIP

8.10 - 9.30 am

         Kata alu-aluan juruacara

         Lintas hormat setiap kontijen

         Ikrar Temasya Sukan

         Doa

Page 6: contoh KERTAS KERJA

         Perarakan masuk bendera Temasya Sukan Tahunan

         Ucapan Guru Besar

         Ucapan perasmian Kejohanan Olahraga Kali Ke-12

         Perarakan keluar semua kontigen

         Persembahan padang (senam earobik)

9.40 - 1.00 pm

         Pegawai bertugas mengambil tempat

         Pertandingan akhir berlangsung

         Penyampaian pingat-pingat

         Sambungan acara akhir

         Penyampaian pingat

1.00- 2.00 pm

         Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan 2012 Kali Ke-12 SKPJ

         Penyampaian Hadiah

         Khemah rumah sukan dan kontinjen terbaik

         Olahragawan 2012

         Olahragawati 2012

         Hadiah keseluruhan

(Rujuk lampiran – Jadual Pertandingan)

10.0 PENUTUP

Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada

semua murid Sekolah Kebangsaan Petri Jaya merasai sendiri pengalaman menyertai sukan

olahraga. Selain itu, kejohanan ini juga diharapkan dapat meningkatkan semangat persaingan

yang sihat dalam kalangan murid serta menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam

acara-acara olahraga.

Page 7: contoh KERTAS KERJA

Lampiran5 ( Surat Jemputan)  

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-12

SEKOLAH KEBANGSAAN PETRI JAYA,

KOTA TINGGI JOHOR

Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga Kali Ke-12,

Tahun 2012,

Sekolah Kebangsaan Bandar Petri Jaya,

Kota Tinggi Johor,

Dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan:

Tuan/Puan:

_____________________________________________________________

Hadir ke Kejohanan Olahraga kami pada:

Hari Khamis ( 26 April 2012)

Jam: 8.00 pagi

Tempat: Padang Sekolah Kebangsaan Bandar Petri Jaya, Kota Tinggi Johor.

Semoga kehadiran Tuan/Puan menambah serikan lagi temasya kami.

Terima kasih

Lampiran 2

 

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

JAWATANKUASA BIDANG TUGAS

Pengurus Kejohanan ● Bertangungjawab dalam pengendalian dan

menentukan kejohanan berjalan dengan lancar

● Memastikan semua pegawai telah melapor untuk bertugas

Penolong Pengurus ● Bertanggungjawab membantu Pengurus Kejohanan

Page 8: contoh KERTAS KERJA

Kejohanan

● Bertanggungjawab menguruskan mesyuarat

jawatankuasa kerja atau induk dan penyediaan laporan

kejohanan

Setiausaha ● Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang

pengurusan dan pentadbiran

● Mengumpul semua maklumat dan merekodkan semua

fail-fail sebagai rujukan

● Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap mesyuarat

dalam perlaksanaan program

● Memanggil ahli jawatankuasa untuk mesyuarat

● Menguruskan urusan surat-menyurat kepada pihak

yang berkenaan

● Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat

dan surat pekeliling kepada yang berkenaan

● Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan

agenda mesyuarat

● Menyediakan kertas kerja yang diperlukan program

● Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan

mesyuarat

Publisiti dan Buku Program ● Menyediakan buku program/cenderamata

● Mengedarkan buku program kepada setiap guru

dan tetamu.

● Menyediakan kain rentang kejohanan

● Menyediakan senarai nama peserta

● Menyediakan senarai nama peserta

Perasmian dan Penutupan ● Mengatur aturcara perasmian penutupan kejohanan.

● Menguruskan latihan/raptai perasmian penutupan

(termasuk bacaan ikrar)

● Menguruskan pertandingan perbarisan.

● Menyediakan bendera, papan tanda untuk pasukan

yang mengambil bahagian.

● Membuat surat jemputan dif kehormat

Page 9: contoh KERTAS KERJA

Kepegawaian ● Mengatur dan melatih pembantu padang.

● Memastikan persediaan petugas-petugas berjalan

dengan lancar

Teknikal ● Menguruskan dan menyediakan semua alatan

pertandingan untuk acara padang dan balapan.

● Memastikan persediaan balapan dan padang berjalan

dengan lancar

● Memastikan alatan untuk pertandingan mengikut

spesifikasi rasmi

● Menyediakan dan mengedarkan borang yang diperlukan

dalam pertandingan.

● Menyusun aturcara bagi saringan pertandingan dan akhir

kejohanan.

Hadiah dan Cenderamata ● Menyediakan senarai hadiah dan cenderamata

● Menyusun hadiah, piala pusingan dan cenderamata.

● Menghias meja hadiah

● Melatih pembantu untuk upacara penyampaian hadiah.

● Menyediakan senarai pemenang hadiah.

Juruacara ● Menyediakan skrip mengikut susunan aturcara dan program

● Memaklumkan kepada hadirin bagi setiap acara

● Keputusan bagi setiap acara perlu diumumkan dengan segera

● Mengumumkan pemenang bagi upacara penyampaian

hadiah

Jurugambar dan

Dokumentasi ● Bertanggungjawab merakam dan merekod segala aktiviti

yang berlangsung sepanjang program

● Membuat laporan atau dokumentasi setelah program

berakhir

Rekod dan Statistik ● Menyelia papan markah (Score board)

● Mengira jumlah markah yang diperolehi daripada

pengacara atau pencatat

● Menyelia markah dari sukantara

Penjaga Masa ● Memastikan bilangan penjaga masa yang mencukupi bagi semua

Page 10: contoh KERTAS KERJA

peserta yang bertanding

● Mengagihkan tugas-tugas kepada setiap penjaga masa

Penyelia Peserta ● Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang

bertanding.

● Mengumpul pemenang untuk upacara penyampaian

hadiah

Pengadil Lorong ● Memerhati dan memastikan peserta yang bertanding tidak

melanggar peraturan.

● Memutuskan sebarang bantahan peserta

● Memastikan peserta berlari mengikut lorong

● Menunjukkan bendera merah jika berlaku pelanggaran

peraturan

● Menunjukkan bendera putih jika semua peserta sudah bersedia

Pelepas ● Mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap peserta-peserta yang

sedang dalam keadaan sedia

● Sebelum memulakan pelepasan pastikan Penjaga masa dan

Pengadil lorong sudah bersedia

● Pastikan berdiri di tempat yang boleh dilihat sepenuhnya oleh

peserta sebelum memulakan pelepasan

Pelepas panggil balik ● Bertanggungjawab dalam membantu tugas-tugas Pelepas

● Pastikan berada dalam kedudukan yang sepatutnya supaya

dapat memerhati setiap peserta dengan jelas

Penolong pelepas ● Memastikan semua peserta dalam saringan atau larian yang

betul dan memakai nombor

● Menempatkan semua peserta di lorong atau di tempat permulaan

masing-masing

● Mengumpul semua peserta lebih kurang 3m di belakang garisan

permulaan

● Memberikan syarat kepada Pelepas sekiranya semua peserta

sudah bersedia

Hakim Penamat ● Memastikan dan mencatat pemenang bagi setiap acara

yang dipertandingkan

Page 11: contoh KERTAS KERJA

● Menghantar keputusan kepada Pencatat untuk direkod

Pencatat ● Menerima dan mencatat keputusan setiap acara ke dalam

borang keputusan rasmi

● Memaklumkan kepada juruacara untuk tindakan selanjutnya

Refri ● Refri yang berasingan dilantik bagi setiap acara

● Menentukan segala Peraturan dan membuat keputusan terhadap

sebarang perkara ketika kejohanan

● Setelah selesai sesuatu acara, kad keputusan hendaklah dilengkapkan

segera, ditandatangani oleh Refri yang berkaitan dan diserahkan

kepada Setiausaha Pertandingan

Lampiran 3 Aturcara Pertandingan Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Petri Jaya

No Acara Acara Kategori

01 50m Lelaki

02 50m Perempuan

03 100m Lelaki

04 100m Perempuan

05 200m Lelaki

06 200m Perempuan

07 400m Lelaki

08 400m Perempuan

09 800m Lelaki

10 800m Perempuan

11 1500m Lelaki

12 1500m Perempuan

13 4x50m Lelaki

14 4x50m Perempuan

15 4x100m Lelaki

16 4x100m Perempuan

17 4x400m Lelaki

18 4x400m Perempuan

19 Lompat jauh Lelaki

20 Lompat jauh Perempuan

Page 12: contoh KERTAS KERJA

21 Lompat tinggi Lelaki

22 Lompat tinggi Perempuan

23 Lontar peluru Lelaki

24 Lontar peluru Perempuan

25 Lempar cakera Lelaki

26 Lempar cakera Perempuan

27 Merejam lembing Lelaki

28 Merejam lembing Perempuan

Lampiran 4 Jadual Pertandingan Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Petri Jaya. Khamis, 26 April 2012 (Berkumpul pada 7:30 pg)

No No Acara Acara Kategori Peringkat Masa

1 06 200m Perempuan AKHIR 0930

2 07 400m Lelaki AKHIR 1000

3 08 400m Perempuan AKHIR 1015

4 09 800m Lelaki AKHIR 1030

5 10 800m Perempuan AKHIR 1045

6 13 4x50m Lelaki AKHIR 1100

7 14 4x50m Perempuan AKHIR 1115

8 15 4x100m Lelaki AKHIR 1130

9 16 4x100m Perempuan AKHIR 1145

10 17 4x400m Lelaki AKHIR 1200

11 18 4x400m Perempuan AKHIR 1230

12 19 Lompat jauh Lelaki AKHIR 0900

13 20 Lompat jauh Perempuan AKHIR 0930

14 21 Lompat tinggi Lelaki AKHIR 0900

15 22 Lompat tinggi Perempuan AKHIR 0930

16 23 Lontar peluru Lelaki AKHIR 0800

17 24 Lontar peluru Perempuan AKHIR 0830

18 25 Lempar cakera Lelaki AKHIR 1400

19 26 Lempar cakera Perempuan AKHIR 1400

Page 13: contoh KERTAS KERJA

20 27 Merejam lembing Lelaki AKHIR 1000

21 28 Merejam lembing Perempuan AKHIR 1030

 

             Lampiran 1 KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-12,

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PETRI JAYA, KOTA TINGG JOHOR.

Semua Jawatankuasa KerjaKejohanan Olahraga 2012Sekolah Kebangsaan Bandar Petri Jaya,81900 Kota Tinggi Johor.

Tuan/puan,

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kejohanan Olahraga Kali Ke-12

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kejohanan Olahraga Tahunan 2012 kali ke-12 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 13 April 2012 (Khamis)Masa : 9:00 pagiTempat : Dewan Seri SKPJ

2.0 Agenda-agenda adalah seperti berikut: 2.1 Ucapan Pengerusi2.2 Ucapan PK HEM2.3 Membentang jenis sukan yang akan dipertandingkan pada karnival sukan2.4 Pembahagian senarai jawatankuasa dan fungsi-fungsi2.5 Hal-hal lain

Diharap tuan/puan dapat melapangkan masa untuk hadir. Kerjasama dari pihak tuan/puan amat dihargai.

Sekian

Yang menjalankan tugas........................................( Cik Nurulain Binti Hasan)

Page 14: contoh KERTAS KERJA

Setiausaha Kejohanan Olahraga 2012

s.k.Tuan guru besarTuan PK. HEM

p/s: sekadar perkongsian ilmiah.semoga membantu..=)