contoh kertas cadangan perkhemahan unit beruniform ting 3 smkst 2010

Upload: mohdameri57

Post on 08-Oct-2015

41 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

KERTAS CADANGAN

1. PENGENALAN

Kegiatan perkhemahan dan pengembaraan adalah sebahagian daripada bidang pendidikan kokurikulum di sekolah. Kegiatan ini antaranya memberikan manfaat dari segi mendidik kepimpinan dalam keadaan pengalaman sebenar. Keadaan ini tercapai sekiranya pelajar tingkatan 3 diberikan peluang menguruskan sendiri aktiviti luar persatuan mereka lebih awal. Peluang untuk mempraktikkan latihan pelajaran tersebut akan didapati dalam aktiviti perkhemahan sebenar . Oleh yang demikian Unit Kokurikulum SMKST dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah merancang untuk melaksanakan program yang dinamakan Perkhemahan Unit Beruniform Tingkatan 3 tahun 2010 .2.OBJEKTIF

i.Melatih peserta agar mahir mengendalikan aktiviti ekspedisi dan perkhemahan.

ii.Menguji dan mengukuhkan kekuatan fizikal dan motivasi para peserta.iii. Mewujudkan kemahiran kepimpinan di kalangan peserta .

iv.

Memenuhi perancangan aktiviti tahunan sekolah selepas PMR .3.BUTIR-BUTIR PELAKSANAAN PROGRAMi.TARIKH

29 Oktober hingga 30 Oktober 2010 ( Jumaat - Sabtu )ii. PENDAFTARAN

8.00 pagi ( Jumaat ) di hadapan Surau SMK Sungai Tiangiii.TEMPAT

Tapak Perkhemahan SMK Sungai Tiang.4.PENYERTAAN

Seramai 85 orang pelajar.

Peserta mestilah sihat tubuh badan dan mampu melakukan aktiviti lasak dan mendapat kebenaran waris .

Jurulatih luar daripada Pusat Kegiatan Kokurikulum Daerah akan turut terbabit .

5.MAKAN/MINUM

Dimasak oleh urusetia dengan bantuan peserta.

6.PERALATAN PESERTA

Rujuk Lampiran 1 Peralatan Peserta

7.Penginapan

Semua peserta dan guru akan bermalam di khemah . Sebanyak 25 khemah akan disediakan.8. AKTIVITI

Mendaki bukit, menunggang basikal , memasak , paintball , , sukan dan rekreasi , khidmat masyarakat , kraf perkhemahan , pengurusan perkhemahan, dan kepimpinan.Rujuk Lampiran 2 Jadual Program9.JAWATANKUASA KERJA:

Pengerusi

:

Tuan Haji Khirrudin bin IderisPengetua SMKST

Timbalan Pengerusi:

En. Jafri bin DinPK Kokurikulum dan Sukan SMKST

Naib Pengerusi :

Tn. Hj Hasshim bin Sahan

PK HEM

Setiausaha

:

En. Amir bin Mat Rejab

Bendahari

:

Pn. Nurul Fatihah binti Zabidi

Kem Komandan:

En. Zabidi bin Abu Bakar

Timbalan Kem Komandan:

En. Noorzaman bin Tompang JK Pendaftaran/ Dokumentasi :Pn. Alawiyah bt MokhtarJK Peralatan / Khemah:

En. Lau Pee Chong

JK Makanan / Kebajikan:En. Azman bin Jaafar

JK Pengangkutan / Kerohanian:En. Ahmad bin Man

JK Aktiviti :

En. Fauzi bin Desa 10.JAWATANKUASA AKTIVITI :

Penyelaras Aktiviti:En. Fauzi b. DesaPendakian

: Timb. Kem Komandan

Kraf Perkhemahan: En. Lau Pee Chong

Sukan /Rekreasi: En. Jafri bin DinKepimpinan /Pengurusan:En. Amir bin Mat RejabPerkhemahan

Memasak

:En. Azman binti JaafarCik Siti Zawiyah binti Saidin11.LANGKAH - LANGKAH KESELAMATAN

Tindakan berikut hendaklah dilaksanakan tanpa gagal :

i.Surat kebenaran waris , surat makluman polis dan Jabatan Kesihatanii.Peti ubat

iii.Taklimat Kem Komandan

iv.Guru pengiring pendakian , kereta marshall

v.Kawalan malam , cuaca buruk

12.SUMBER PENDAPATAN DAN ANGGARAN PERBELANJAANPendapatan

Peruntukan sekolah

RM 2277.80Yuran peserta ( Sewa Basikal ) 85 peserta X RM 5.00

RM 425.00

-----------------

Jumlah

RM 2702.80

-----------------

Perbelanjaan

Makanan

85 orang x RM 10.00 x 2 hari

RM 1800.00

Sewa Basikal

85 orang x RM 5.00

RM 425.00

Bayaran Paintball

RM 250.00

Sewa khemah

25 buah x RM 4.00

RM 100.00Runcit (Belerang/ Alatan Mencuci / Bulp lampu/Hand out /Hamper)RM 127.80

-----------------

Jumlah RM 2702.80

13. PENUTUP

Program ini adalah bermotifkan latihan pembentukan keyakinan dan pengalaman pengurusan aktiviti di kalangan pelajar . Semoga semua pihak terbabit dapat menyumbang ke arah objektif ini. Semoga akan lahir minat menyertai kegiatan luar bilik darjah di sekolah ini yang seterusnya bakal menghasilkan kumpulan pelajar yang berdaya maju.14.ULASAN / semakan pk kOKURIKULUM DAN SUKAN

15.Kelulusan Pengetua

Seteleh diteliti kertas cadangan ini , saya meluluskan / tidak meluluskan program ini dengan anggaran perbelanjaan RM.

Cadangan / Catatan

....Tandatangan dan Cop Pengetua ,

LAMPIRAN 1

KEMBARA INTERAKSI ALAM 2010A. Keperluan Peralatan Peserta:

1.Pakaian latihan ( baju T ) pasukan

2.Kasut spike ( jika ada )

3. Pakaian sukan dan kasut sukan

4.Pakaian sembahyang

5. Pakaian untuk aktiviti lasak

6.Peralatan mandi / tidur / selimut7. Lampu suluh

8.Ubat peribadi ( jika diperlukan )

9. Buku nota / alat tulis

10.Pinggan , sudu , dan gelas plastik

11. Baju hujan

12.Surat Kebenaran Waris.

B.Keperluan Peralatan Tambahan ( diagih kepada setiap kumpulan ):

1. 2 pisau sayur

2.1 senduk/ sodep nasi

3. 1 pembuka tin

4.1 periuk kecil

5.3 tin ikan sardin

6.Plastik/ tikar alas

C.Perkara Larangan :1.Bahan tembakau / memabukkan

2.Barangan kemas

15.SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA

1.Kem Komandan / Penyelaras Aktiviti

i.Menyediakan peraturan- peraturan perkhemahan.

ii.Memastikan segala aspek tugasan, aktiviti dan, latihan berjalan lanca r serta mendapatkan maklum balas daripada jurulatih dan AJK.

iii.Membuat keputusan sebarang masalah yang berbangkit .

iv.Memberi taklimat awal , taklimat jurulatih .

v.Mempengerusikan mesyuarat harian atau O Group .

vi. Menentukan dan memastikan objektif aktiviti tercapai

ix.Menyediakan jurulatih gantian , rancangan alternatif dan rancangan latihan tambahan jika perlu.

Menentukan kawasan perkhemahan tidak dimasuki orang luar.

iii.Menyediakan giliran bertugas pengawal malam .

2. Timbalan Kem Komandan

i.Membantu tugas-tugas kem komandan.

ii. Mengambil alih tugas kem komandan semasa ketiadaan kem komandan.

iii. Mengumpulkan barang-barang berharga dan benda-benda larangan daripada para peserta dan menyerahkan kembali pada hari akhir perkhemahan .

iv. Membantu menyusun dan melaksanakan acara taklimat awal dan upacara penutup .

vi. Memantau keselamatan , kebajikan dan tingkah laku semua peringkat anggota

vi.Menguruskan pengambilan gambar sepanjang kursus

vii.Menentukan segala keperluan dan peralatan disediakan dan mencukupi .

viii.Menentukan tempat dan ketepatan masa bagi setiap aktiviti latihan .

3. Setiausaha

i.Mencatat minit mesyuarat JK Kerja Perkhemahan dan mesyuarat harian.

ii.Menguruskan surat menyurat dan sebarang memo/ notis perhubungan.

iii.Berurusan dengan mana-mana JK yang ingin menguruskan surat peminjaman.

i.Menguruskan pendaftaran peserta

ii.Menyimpan rekod pendaftaran , pembayaran dan surat kebenaran waris semua peserta

ii. Menyerahkan kutipan pembayaran yuran kepada bendahari.

iii. Menyediakan sijil peserta dan menyerahkan kepada unit-unit terbabit.

5. Bendahari

i.Menyimpan , merekod dan menguruskan pendapatan dan perbelanjaan

ii. Mendapatkan peruntukan daripada sekolah.

iii.Mendapatkan kutipan yuran dan senarai pembayar daripada JK Pendaftaran.

7.JK Peralatan / Khemah

i.Meminjam dan memulangkan khemah dalam keadaan bersih dan kering .

ii.Menyediakan sebuah tempat menyimpan segala keperluan peralatan .

iii.Mengawal keluar masuk peralatan dan bahan keperluan yang dipinjam.

iv.Menyediakan peralatan lampu di kawasan perkhemahan .

v. Menyediakan peralatan-peralatan lain yang diperlukan.

vi. Memastikan kawasan perkhemahan ditabur belerang.

8. JK Makanan/ Kebajikan

i. Menguruskan tempahan makanan serta pembayarannya .

ii. Memastikan makanan diedar dengan sempurna dan tepat masa .

iii. Menguruskan hidangan untuk guru dan tetamu

iv. Memastikan air minum disediakan sepanjang masa.

v. Memastikan kebersihan kawasan perkhemahan , tempat aktiviti ,

peralatan pinggan mangkuk dan tandas

10.JK Pengangkutan/Kerohaniani.Menyediakan mikrofon , hailer dan bateri.

ii.Memasang pembesar suara jika diperlukan

iii.Menyediakan pengangkutan untuk peminjaman , pemulangan , dan pembelian

peralatan dan keperluan sepanjang perkhemahan.

iv.Membantu menghantar perserta untuk rawatan dan kebajikan.

i.Memastikan imam dan muazain pada setiap kali waktu sembahyang .

ii. Memastikan pelajar berada di surau tepat pada masanya dan berdisiplin.

iii. Mengatur kuliah maghrib dan subuh ringkas .

iv.Memantau dan menerima laporan masalah peserta sepanjang masa .

v.Bagi Pegawai Hal Ehwal Wanita , menguruskan hal-hal wanita.

viMenyediakan peti rawatan Bantu Mula

16.SENARAI TUGAS JAWATANKUASA / JURULATIH AKTIVITI

1.Memaklumkan perkara-perkara perlu kepada setiap jurulatih dan peserta berkaitan dengan aktiviti yang dirancang untuk persediaan mereka .2.Memantau dan membantu peserta melaksanakan aktiviti3.Menyediakan peralatan yang akan digunakan dan memastikan kehadiran jurulatih.

5.Memberi pertimbangan kepada disiplin dan tatasusila peserta .

6.Menyediakan pelan tindakan keselamatan sebelum dan semasa aktiviti .

Keperluan Peralatan Perkhemahan :

1.Khemah Dome 26 buah .

2.Tikar alas 4 helai

3.Tali rafia gulung

4.2 parang

5.2 gergaji

6.8 Campbed Officer7.2 generator

8.1 Hailer , bateri , 2 wisel 9.Lampu kalimantang / starter / mentol / wayar hitam/ ekstension wire10.2 bekas air minuman

11.4 Cerek air

12.2 kilo belerang

13.1 peti ubat berisi.14.Set alatan periuk belanga , 1 dapur , 2 tong gas , 1 kepala gas pressure15.Buku nota , marker pen , kertas , pita pelekat, fail poket16.Mob , penolak air

17.Senduk kuah , Sodep nasi / mee18.1 Penapis kopi/Teh

19.2 Pembuka tin

20.4 Cutting board

21.2 timba , 2 gayung22.10 periuk kecil

23.4 besen , 2 penapis

24.1 tong air polistirin

25.1 raga plastik

26.Minyak petrol 12 literB.Keperluan Peralatan Tambahan ( diagih kepada setiap kumpulan ):

2. 2 pisau sayur

2.1 senduk / sodep

3. 1 pembuka tin

4.1 periuk kecil

5.3 tin ikan sardin

6.Plastik/ tikar alas

LAMPIRAN 3

PERKHEMAHAN KEMBARA INTERAKSI ALAM SMKST 2010Arahan Tetap KemDemi menjaga keselamatan semasaa menjayakan perkhemahan ini , semua peserta dan pegawai dengan tiada pengecualian adalah diwajibkan mengikuti segala Arahan Tetap Kem ini sebagai mana tersebut di bawah :

1KAWASAN PERKHEMAHAN

i.Hanya meliputi kawasan antara kawasan dewan terbuka, rumah masak dan surau sahaja.

ii. Peserta hanya dibenarkan berada dikawasan lain dengan kebenaran Kem Komandan dan Timbalan Kem Komandan sahaja

iii.Kawasan peserta dan pegawai lelaki di sekitar bahagian atas tapak khemah, kawasan peserta dan pegawai perempuan di sekitar tapak bawah .

2.KAWASAN MANDI

i.Peserta dibenar mandi di sungai dan kolam di secara giliran mengikut jantina.ii.Peserta wanita digalakkan mandi di bilik air .

iii.Pakaian mandi jangan keterlaluan.

3.KAWASAN LARANGAN

i. Tempat mandi jantina lain .ii. Rumah masak ( kecuali untuk petugas dan semasa mengambil makanan).

iii.Tapak khemah jantina lain.

iv.Kawasan luar kawasan perkhemahan terutama pada waktu malam .

v.Kawasan sungai dan kolam di luar masa mandi dan pada waktu malam.

4MASA

i.Semua peserta dikehendaki berada di tempat aktiviti yang diprogramkan lima minit lebih awal dari waktu yang dijadualkan . ii.Ketepatan masa dan kepantasan adalah diutamakan. Peserta hendaklah segera berkumpul jika dipanggil. Jangan berlari jika tidak mustahak.iii.Masa untuk melakukan apa-apa aktiviti adalah mengikut jadual sahaja.

5.SOLAT

i.Secara berjemaah di surau pada setiap waktu . Sila hadir tepat pada masanya .6.ARAHAN KEM / ISYARAT KEM

i.Wisel panjang bertalu-talu : Semua peserta berkumpul di tempat wisel dibunyikan

ii.Bunyi siren Hailer:Semua peserta berkumpul di tempat siren dibunyikan .

ii.Wisel panjang sekali dan pendek bertalu-talu : Semua ketua kumpulan berkumpul di tempat wisel dibunyikan.

iv.Arahan lain yang mustahak akan dikeluarkan oleh Kem Komandan dari semasa ke semasa.

7.PAKAIAN

i.Pakai pakaian yang bersesuaian bagi setiap aktiviti .

ii.Dilarang memakai selipar semasa aktiviti kecuali pada masa mandi , sembahyang , atau selepas aktiviti malam tamat .

iii.Tidak mendedahkan aurat atau memakai pakaian yang mendedahkan aurat.

iv.Pastikan pakaian dan peralatan tidur anda sentiasa kering.

8.BARANGAN LARANGAN

i.Tiada rokok.

ii.Tiada telefon bimbit . Penggunaan sebarang jenis telefon adalah dengan kebenaran Timbalan Kem Komandan . iii.Keselamatan barangan berharga adalah tanggungjawab sendiri . Sekiranya was-was, sila serahkan kepada Timbalan Kem Komandan untuk disimpan.

9.KESELAMATAN

i.Tidak dibenarkan bergerak keluar dari kawasan perkhemahan pada sebarang masa tanpa kebenaran Kem Komandan atau Timbalan Kem Komandan.

ii.Tidak dibenarkan membawa masuk orang luar ke dalam kawasan perkhemahan tanpa kebenaran Kem Komandan atau Timbalan Kem Komandan .

iii.Sebarang pergerakan malam hendaklah berteman daripada jantina sejenis , bawa lampu suluh . Maklumkan kepada jurulatih atau pengawal malam terlebih dahulu.

iv.Sentiasa tutup khemah dan beg persendirian sebelum meninggalkan khemah.

v.Jangan terus menyarung kasut. Awas binatang berbisa.

vi.Jangan nyalakan api , ubat nyamuk atau menyimpan benda tajam dalam khemah.

vii.Sebarang masalah kesihatan , kecederaan ,dan keselamatan hendaklah dirujuk terus kepada jurulatih .

vii. Awasi tutur kata anda. Jangan bercakap besar. Lapor kepada pegawai jika andamendapati ada peserta tidak berdisiplin, merayau-rayau atau berkelakuan aneh lagi mencurigakan.

viii.Buang air besar atau kecil di tandas sahaja.

ix.Jauhi sungai jika hujan lebat. Jauhi pokok berdahan mati jika angin kencang.

x.Sila berada dalam kawasan berbumbung jika hujan lebat dan cuaca buruk , atau jika diarahkan oleh pegawai. Pada masa luar aktiviti pula , sila berada dalam khemah masing-masing.

xi.Bertenang sepanjang masa . Jangan terlalu gembira dan jangan terlalu takut.

10.KEBERSIHAN

i.Kebersihan keseluruhan kawasan kem , khemah , bilik air dan tempat masak hendaklah dalam keadaan bersih . Dilarang meninggalkan sabun , bekas sabun , ubat gigi , kotak ubat gigi dan berus gigi di dalam bilik air .

ii.Semua sampah sarap dan sisa makanan( walaupun sebiji nasi ) hendaklah dibuang ke dalam tong sampah atau plastik sampah. Jangan dibuang di sekitar khemah. iii.Pinggan dan bekas minuman hendak dibersihkan sendiri di tempat yang disediakan .Jangan basuh di sungai.iv.Semua kain , pakaian basahan , dan tuala hendaklah disidai di kawasan yang disediakan dan tidak boleh di sangkut di dalam khemah atau di merata-rata tempat .

v.Pastikan khemah sentiasa di lap agar bersih dan kering.

11.MAKAN / MINUM

i.Makan di kawasan perkhemahan masing-masing. Jangan makan dalam khemah.

ii.Berbaris sewaktu mengambil makanan. Jangan berebut-rebut.

iii.Makanan hendaklah diawasi daripada gangguan beruk dan babi hutan.12.Tindakan dan Langkah Kecemasan:i.Peserta sakit - Beritahu rakan dan seterusnya maklumkan kepada pegawai

segera.ii.Histeria - Bawa mangsa kepada pegawai. Peserta lain terus berkumpul di

tempat diarahkan.

iii.Peserta hilang Beritahu rakan-rakan untuk mencari dan pada masa yang sama

juga maklumkan pada pegawai. Sila ingati tempat dan masa terakhir melihatnya.iv.Sesat - Sila berpatah balik ke tempat terakhir anda tidak sesat. Sebaik-baik

nya tunggu sahaja di tempat anda sesat ,di tempat yang mudah dilihat orang

dan selamat.dari sebarang bahaya. Jangan cuba untuk terus berjalan.iv.Cuaca buruk/Hujan Lebat/ Petir- Sila berada di kawasan berbumbung, atau di

dalam khemah. Jauhi sungai , pokok besar, atau dahan mati.

v.Binatang liar/ haiwan berbisa Jauhi daripadanya dan jangan diganggu. Beri

amaran kepada rakan-rakan dan seterusnya kepada pegawai. Jika digigit

serangga berbisa , sila kenal pasti jenisnya dan lapor kepada pegawai.

vi.Kehilangan barang-barang berharga - Jangan terus mengamuk . Cuba

bertanya terlebih dahulu dan seterusnya maklumkan kepada pegawai

vii.Arahan Berkumpul Kecemasan - Ketua kumpulan dan penolong ketua mesti

memastikan semua ahli ada ( tidak kurang dan tidak terlebih ) manakala pintu

khemah hendaklah ditutup rapat. Lapor kepada pegawai.

viii.Tindakan Kem Komandan - Pastikan surat kebenaran waris , dan nombor

telepon pentadbir sekolah, waris , agensi kerajaan berkenaan dalam simpanan

anda. Sebarang kes hendaklah disiasat maklumat , dimaklumkan kepada

pentadbir , dibuat rawatan/tindakan susulan , dan dimaklumkan kepada waris.

ix.Kenderaan dan pegawai pengiring kecemasan - seorang guru wanita diperlu-

kan bagi kes peserta wanita. Jika bergerak pada waktu malam , dua buah kenderaan perlu digerakkan.

x.Penurunan Tanggungjawab - Jika Kem komandan tidak ada atau tidak dapat

menjalankan tugas , Timbalan kem komandan adalah pemegang tanggungjawab

tersebut dengan serta merta.Disediakan oleh,

Saksi ,

Senarai Nama Peserta KRS

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

38

39

40

41

42

43

44

45

Lampiran 4 Senarai Peserta PBSM

465D

476A2

486A1

496A1

504D

515A

521D

532C

544A

553C

566A1

576A2

584E

594C

601D

611C

621D

632D

642D

652D

665D

675D

686A1

695D

705D

714D

723B

733C

743E

752B

LAMPIRAN 2

PERKHEMAHAN KEMBARA INTERAKSI ALAM

SEK. MEN. KEB. SUNGAI TIANG

30 JULAI HINGGA 1 OGOS. 2010

Tentatif Jadual

Tarikh 0530-0715 -0830 -0930 -1100 -1230 -1430 -1630 -1730 -1900 -2130 -2300

O715O830O93010301230143016301730190021302300

30 Julai Pendaftaran/SolatMendakiMendakiMendakiMakan /TaklimatTidur

2010BasMaghrib

MandiRekreasiKrafMakan /KepimpinanSukanMakan /Night

31 JulaiSolat/ SarapanCeramahCeramahKemSolatAsarMaghribTrackingTidur

2010Subuh

1 Ogos Mandi

SolatRekreasiPertandinganPertandinganPertandinganMakan /TurunBertolakPulang / Bas

2010Subuh/ SarapanSolat /

Berkemas

Cadangan Menu Makan 30 Julai 201031 Julai 20101 Ogos 2010

SarapanRoti BunAir Kopi

Mee Hoon Goreng Air Nescafe O

Makan Tengah HariNasi Putih

Gulai Ikan Kering Nenas

Kacang Buncis Telor

Pisang Emas

Air Teh ONasi PutihIkan bakar

Bilis Goreng KentangBuah Tembikai

Air Nescafe O

Makan MalamNasi Putih

Telur DadarSayur Kobis Ikan bilis

Air Nescafe SusuNasi PutihSambal Telur Kentang

Ikan Kering Goreng

Sayur Kobis Telur

Air Teh Susu

Minum MalamKek ApolloAir Nescafe SusuBiskutAir Teh Susu

JADUAL BERTUGAS GURU

30 Julai 2010

* 2.00 ptg 30 Julai hingga

10.00 pg 31 Julai31 Julai 2010

8.30 pg 31 Julai hingga

10.00 pg 1 Ogos1 Ogos 2010

8.30 pg 1 Ogos hingga

5 ptg 1 Ogos

PentadbirJafri

Amir

JamilAmirAmir

Kem KomandanZabidiZabidiZabidi

Guru Noorzaman

Ridzwan

Azman

Fauzi Desa

Siti Zawiyah

Ahmad Man

AlawiyahNoorzaman

Lau Pee Chong

Fauzi Desa

Alawiyah

Nurul Suhaila

Siti Zawiyah

AdnanNoorzaman

Fauzi Desa

AlawiyahSiti Zawiyah

Nurul Suhaila

Idris

Staf/ PIBGEn. Mat

JamalHalim

Wan AmranJamal

Wan Amran

HalimJamal

Wan Amran

Halim Halim

*Untuk guru bergilir sahaja.

KERTAS CADANGAN

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TINGKATAN 3 2010

ANJURAN

SEK. MEN. KEB. SUNGAI TIANG

PAGE 1