contoh kajian tindakan yang dijalankan di sekolah rendah

16
CONTOH KAJIAN TINDAKAN YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH RENDAH Meningkatkan kefahaman murid tentang konsep fotosintesis. Mastura bt Ismail SK. Laneh,Lubok Merbau,K.Kangsar. 1. OBJEKTIF a)Umum Menimbulkan minat serta pandangan positif terhadap mata pelajaran Sains. Mengenalkan pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan kepada pelajar. b)Khusus i . membantu 14 pelajar Tahun 4 (gred B dan C) menguasai konsep fotosintesis . ii. membantu pelajar menguasai kemahiran tafsir carta dengan bantuan gambarajah,carta dan peta konsep. 2. METADOLOGI Metadologi yang digunakan : i . Pemerhatian ii. Ujian Diagnostik iii. Ujian Post iv. Soal Selidik untuk murid,guru dan ibu bapa. 3. PERLAKSANAAN KAJIAN a) Tinjauan Masalah i . Prestasi pencapaian subjek Sains dalam peperiksaan dalaman masih belum mencapai target dari segi kualiti gred. ii . Pelajar masih lemah dalam penguasaan kemahiran asas dalam konsep bagi topic Sains. iii. Pelajar kurang mahir dalam mengembangkan idea dengan menggunakan perkataan sendiri terutama dalam soalan Bahagian B. iv. Kecenderungan pelajar dalam subjek Sains bergantung kepada topic yang tertentu sahaja. v. Pelajar kurang mendapat motivasi dari ibu bapa dalam mempelajari Sains. b) Perlaksanaan program

Upload: mazlan-samat

Post on 01-Dec-2015

119 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Kajian Tindakan Yang Dijalankan Di Sekolah Rendah

CONTOH KAJIAN TINDAKAN YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH RENDAH

Meningkatkan kefahaman murid tentang konsep fotosintesis.Mastura bt IsmailSK. Laneh,Lubok Merbau,K.Kangsar.1. OBJEKTIFa)UmumMenimbulkan minat serta pandangan positif terhadap mata pelajaran Sains.Mengenalkan pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan kepada pelajar.b)Khususi . membantu 14 pelajar Tahun 4 (gred B dan C) menguasai konsep fotosintesis .ii. membantu pelajar menguasai kemahiran tafsir carta dengan bantuangambarajah,carta dan peta konsep.2. METADOLOGIMetadologi yang digunakan :i . Pemerhatianii. Ujian Diagnostikiii. Ujian Postiv. Soal Selidik untuk murid,guru dan ibu bapa.3. PERLAKSANAAN KAJIANa) Tinjauan Masalahi . Prestasi pencapaian subjek Sains dalam peperiksaan dalaman masih belummencapai target dari segi kualiti gred.ii . Pelajar masih lemah dalam penguasaan kemahiran asas dalam konsep bagi topicSains.iii. Pelajar kurang mahir dalam mengembangkan idea dengan menggunakanperkataan sendiri terutama dalam soalan Bahagian B.iv. Kecenderungan pelajar dalam subjek Sains bergantung kepada topic yang tertentu sahaja.v. Pelajar kurang mendapat motivasi dari ibu bapa dalam mempelajari Sains.b) Perlaksanaan programi .Membuat ujikaji berbentuk inkuiri- penemuanii Membina kefahaman terhadap konsepiii Pembimbing rakan sebayaiv Membina carta,peta minda dan gambarajahv Ujian Postvi Kajian soal selidikc) Tindakan yang dijalankani Menjalankan Ujian Praii Membuat ujikaji berbentuk inkuiri – penemuaniii Murid membina kefahaman melalui ujikajiiv Bimbingan rakan sebaya dari gred A semasa aktiviti berkumpulanv Membina carta proses fotosintesis dengan bimbingan rakan dan maklumat darirujukan .vi Mempamerkan carta fotosintesis untuk penilaian.vii Ujian Post

Page 2: Contoh Kajian Tindakan Yang Dijalankan Di Sekolah Rendah

4. DAPATAN KAJIANa) Analisis Datai Analisis Ujian Praii. Analisis Pemerhatianiii Analisis soal selidikiv. Analisis perlakuan muridv. Analisis Ujian Postb) Rumusani Pemahaman murid tentang konsep fotosintesis lebih kukuhii Kaedah inkuiri –penemuan secara berperingkat dan dapatan yang diulang-ulangdapat membantu murid membina konsep dengan kukuh.iii.Aktiviti berkumpulan dengan bimbingan rakan sebaya membantu pelajar terlibatsecara aktif dan bahan rujukan diguna dengan sepenuhnya apabila hasildipertandingkan.5. REFLEKSI KAJIANa.) Pencapaian muridMurid dapat mengatasi masalah kekeliruan konsep pertukaran gas semasa fotosintesis.b) Rumusan PemerhatianPertandingan antara kumpulan dalam menghasilkan carta memberi galakkan yang baikpada setiap pelajar.c) Proses Pengajaran dan pembelajaranKefahaman murid terhadap Konsep Fotosintesis dapat diperkukuhkan dengan teknikpengajaran yang pelbagai.6. CADANGANSaya bercadang untuk meneruskan teknik pengajaran berkumpulan dan inkuiri penemuandalam membina konsep fotosintesis.

Page 3: Contoh Kajian Tindakan Yang Dijalankan Di Sekolah Rendah

STRATEGI MENGELASKAN 3 PEMBOLEH UBAH DALAM SOALAN SAINS BAHAGIAN B

1.    TAJUK                 :           Kaedah Get Closer ScRooTem dapat meningkatkan

pengguasaan murid dalam mencari dan membina ayat pemboleh ubah dan

merealisasikan murid celik KPS di kalangan murid tahun 4 sekali gus dapat

mewujudkan Rakan Sains di kalangan mereka.

2.    PENGKAJI                      :           Pn. Nuresmalia Binti                                                       Ismail

3.    NAMA SEKOLAH          :           SK Ngah Ibrahim

4.    REFLEKSI KAJIAN      Pada hujung bulan 11, 2008, permohonan saya bertukar ke negeri Perak telah

diluluskan. Saya seperti tidak percaya apa yang saya lihat pada ruangan keputusan

pertukaran secara online. Bukan apa, selama ini apa yang saya perolehi sering

mengecewakan saya. Ayatnya berbunyi “Permohonan pertukaran anda ke negeri Perak

tidak diluluskan kerana kepentingan perkhidmatan”.Tetapi sekarang tidak lagi. Hati saya

berbunga riang. Tanggal 5 Januari 2009, hari pertama saya menjejakan kaki ke SK

Ngah Ibrahim. Hatiku berdebar-debar seolah-olah baru pertama kali menjadi seorang

guru dan bagaimanakah reaksi pihak sekolah terutamanya murid-murid di situ.

Sepanjang awal sesi pengajaran dan pembelajaran saya, saya tidak mengalami banyak

masalah.Tetapi apabila masuk minggu ke-dua, saya mula merasa tekanannya di mana

kebanyakkan muridnya tidak mahir berbahasa inggeris. Betulah kata orang, Pengajaran

dan pembelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris memberi kesan negatif yang agak

mendalam bagi murid di luar Bandar. Untuk menyelesaikan masalah tersebut kaedah

penyampaian dwi bahasa dan ciptaan kamus sendiri diguna pakai. Selang beberapa

minggu penggunaannya, murid-murid sudah mula mahir dan berminat untuk

mempelajari ilmu sains. Dalam proses tersebut,wujud pula masalah baru. Murid-murid

tidak tahu bagaimana mencari dan membina ayat pemboleh ubah sedangkan mereka

sudahpun mempelajari kemahiran tersebut semasa di tahun 3.Banyak sesi

perbincangan bersama murid telah saya jalankan. Tetapi keputusannya amat

Page 4: Contoh Kajian Tindakan Yang Dijalankan Di Sekolah Rendah

mengecewakan saya. Oleh itu, adalah wajar saya mencari satu pendekatan untuk

mengatasi masalah ini.

5.    PENYATAAN MASALAH        Situasi ini menyebabkan saya tidak berpuas hati dan rasa terpanggil untuk

mengatasi masalah tersebut. Pada pandangan saya keadaan tertekan yang tidak

terkawal ini boleh mengakibatkan kesan yang negatif dalam proses pendidikan.

Penggunaan alatan ICT juga tidak banyak membantu bagi mengatasi masalah ini

bahkan hanya memberi  tekanan kepada guru dan pelajar itu sendiri. Ini kerana input

yang diberi lebih berfokuskan kepada ilmu dan konsep sains semata-mata tetapi tidak

bagi kemahiran proses sains.

6.    RASIONAL KAJIAN

6.1         Untuk mengatasi masalah kemahiran proses sains di kalangan murid.

6.2         Memotivasikan murid untuk belajar dan minat terhadap subjek sains.

6.3         Meningkatkan keyakinan diri murid dalam mengatasi sesuatu masalah.

6.4         Mewujudkan dan merapatkan lagi hubungan semasa murid dan guru.

7.    OBJEKTIF KAJIAN

7.1         OBJEKTIF UMUM

Untuk meningkatkan pengguasaan murid dalam mencari dan membina pemboleh ubah

( KPS ) dalam subjek sains. Fokus bahagian B

7.2         OBJEKTIF KHUSUS

Menggunakan istilah-istilah sains yang mudah dalam bahasa inggeris dan mengumpul

maklumat dan jawapan dalam Jurnal murid.

Menggunakan pengurusan strategik, kemahiran berfikir dan masa dalam

menyelesaikan masalah tugasan sepanjang aktiviti.

8.    KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan murid-murid darjah 4 SK Ngah Ibrahim seramai 25 orang.

Page 5: Contoh Kajian Tindakan Yang Dijalankan Di Sekolah Rendah

9.    PERMASALAHAN DAN FOKUS KAJIAN / ANALISIS TINJAUAN MASALAH

1.    Murid kurang berminat mempelajari Sains di dalam bilk darjah.

2.    KEMAHIRAN Proses Sains ( KPS ) iaitu menentukan pemboleh ubah merupakan

“ MASTERMIND “     dalam menjawab hampir semua soalan Sains bahagian B.

3.    Tidak/kurang pandai/faham dalam mempraktikkan kaedah yang diberi oleh guru di

dalam mencari dan menentukan pemboleh ubah.

4.    Tiada penggunaan kaedah yang berterusan dalam mencari pemboleh ubah, hanya

apabila ada kelas Sains sahaja barulah digunakan.

10.   BATASAN KAJIAN

1.  Kajian ini terhad kepada 1 KPS sahaja iaitu mencari pemboleh ubah. Kebanyakkan

murid melaksanakan kaedah ini tanpa guru. Guru hanya menjadi pemantau sahaja.

3.    Fokus dan tumpuan kepada murid pandai dan sederhana sahaja.

11. INSTRUMEN YANG DIGUNAKAN

1.    Data HeadCount2.    Borang Soal Selidik3.    Set soalan Ujian Pra4.    Set soalan Ujian Pos5.    Jurnal Mentor/Protégé6.    Data PKSR 17.    Set soalan Ujian Akhir

12. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan mengikut jadual pelaksanaan yang telah dirancang berlandaskan langkah-langkah yang disarankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Aktiviti yang dirancang dijalankan sama ada di dalam sesi P & P atau di luar  P & P secara tidak formal.

12.1      MERANCANGMengenal pasti masalah;Untuk mengetahui punca yang berkaitan dengan masalah terbabit secara mendalam.Pendekatan yang digunakan ;

1.    Mesyuarat bersama guru sains yang lain.2.    Soal selidik murid

Page 6: Contoh Kajian Tindakan Yang Dijalankan Di Sekolah Rendah

3.    Data headcount 2008 dan ujian Pra     Data yang diperolehi dikenal pasti, dikumpul dan direkodkan untuk langkah yang 

seterusnya.

12.2      BERTINDAKTindakan 1Penggunaan Kaedah REDLLOW REEN dalam menentukan pemboleh ubah.Ujian Pos – kejayaan kaedah terbabit.Pengumpulan data

Tindakan 2Kaedah Get Closer ScRootemMurid yang sudah mahir menjadi mentor kepada murid yang lemah protégé ( ala program Mentor TV3)Dijalankan dengan 2 caraP & P – Aktiviti Round table dan Rotating ReviewDinilai selepas sesi perbentangan.Di luar P & P – Aktiviti “ Duduk Sekali ”masa terluang, ketiadaan guru subjek dan waktu rehatDinilai selepas 3 kali sesi perbincangan antara mereka dan diberi ganjaran.Set soalan bahagian B mencari pemboleh ubah

Tindakan 3Pertandingan Ala Pop Kuiz di antara kumpulanFokus mencari pemboleh ubah dan soalan KPS bahagian B.Peperiksaan Pertengahan TahunUjian AkhirAnalisa data –  Kadar tahap pencapaian kejayaan kaedah terbabit

REFLEKSI KAJIAN

Keseluruhan pendekatan ini, merupakan satu kaedah pembelajaran secara aktif di

antara responeden. Aktiviti Kajian Tindakan ini telah dapat memenuhi aspek seperti

berikut :-

  Responden telah mahir dalam mencari dan mebina ayat pemboleh ubah dengan baik.

  Meningkatkan perolehan kemahiran Saintifik responden.

  Memotivasikan responden untuk belajar dan minat terhadap mata pelajaran Sains.

  Memperlihatkan sikap positif responden dalam menghadapi sebarang masalah dalam

menentukan pemboleh ubah.

Page 7: Contoh Kajian Tindakan Yang Dijalankan Di Sekolah Rendah

Manakala pencapaian responden dalam Ujian Pra, Ujian Pos dan Ujian Akhir

menunjukkan peningkatan yang ketara dan konsisten. Pendekatan ini merupakan

aktiviti yang dapat memenuhi hampir keseluruhan keperluan responden. Penggunaan

tenaga yang tinggi dalam pergerakan bagi mencapai matlamat setiap aktiviti responden

tidak menumpukan pemikiran mereka kepada perkara-perkara luar dari aktiviti yang

sedang dijalankan. Pemikiran responden tertumpu kepada mencapai objektif setiap

aktiviti, disamping mengejar ganjaran dan motivasi.

Setakat ini, kaedah yang telah digunakan mendatangkan kesan yang positif kepada 20

orang responden yang mengikutinya. 5 orang lagi masih di tahap yang belum

dikategorikan memuaskan. Tetapi saya masih mengharapkan kaedah ini dapat

membantu 5 orang responden itu. Walaupun mengambil masa yang lama. Berdasarkan

data yang telah diperolehi didapati dengan menggunakan kaedah ini lebih ramai

responden dapat menguasai kemahiran mencari dan menentukan pemboleh ubah

daripada yang tidak menguasai. Pendapat ini jelas dapat dilihat melalui data yang telah

dikumpulkan. Rujuk kepada data yang telah dikumpulkan Saya juga telah menjalankan

refleksi bagi setiap langkah pelaksanaan yang dijalankan untuk menilai keberkesanan

pendekatan tersebut. Data yang diperolehi disemak dan dinilai untuk membuat

penambah baikan.

Melalui kajian ini juga, saya dapati pendekatan ini sebenarnya lebih menarik minat

responden. Ini dapat dibuktikan melalui perlaksanaan aktiviti berkumpulan di mana

mereka kelihatan gembira semasa menjalankan aktiviti tersebut. Setiap responden

tidak perlu meyelesaikan sesuatu masalah pemboleh ubah itu secara bersendirian

tetapi bersama-sama untuk menyelesaikan masalah tersebut. Aktiviti ini juga lebih

menggalakkan responden memenuhi masa yang terluang (waktu senggang) dengan

perkara-perkara yang amat berfaedah.

Saya juga merasa terharu dengan sokongan daripada rakan-rakan sejawat yang

banyak membantu di dalam aktiviti yang dilakukan oleh responden terutamanya apabila

waktu rehat. Saya juga mendapati responden sentiasa bersikap ingin tahu untuk

Page 8: Contoh Kajian Tindakan Yang Dijalankan Di Sekolah Rendah

mencari jalan penyelesaian masalah dalam setiap penyataan eksperimen yang

diberikan. Rresponden juga sanggup berkorban sedikit masa rehat mereka dengan

dipenuhi aktiviti ini. Walhal pada waktu ini, responden boleh menghabiskan masa

mereka dengan bermain-main bersama rakan-rakan yang lain.

SIGNIFIKAN KAJIAN

                  Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :

a.    Guru Sains digalakkan mengubahsuai kaedah pengajaran dengan pendekatan ini

dalam P & P terutama bagi kumpulan murid yang lemah dan sederhana.

b.    Menggunakan kaedah perbezaan  warna dalam menguasai Kemahiran Proses Sains.

c.    Pertandingan Ala POP Kuiz diserapkan dalam Bulan Sains di sekolah

d.    Mewujudkan Kelab Rakan Sains di sekolah untuk membantu rakan-rakan yang

bermasalah dalam mencari dan menentukan pemboleh ubah sekaligus secara tidak

langsung dapat meningkatkan lagi penguasaan responden dalam kaedah tersebut.

Hasilan daripada kajian tindakan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang

amat positif dari segi minat responden dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Sains.Semoga minat responden dalam aktiviti ini boleh menjadikan titik tolak kepada

pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran Sains yang menyeronokkan dan

berkesan, seterusnya dapat menunjukkan peningkatan prestasi akademik yang amat

memberangsangkan. Diharap pada masa akan datang, kaedah ini dapat diubah suai

dan digabung jalinkan bersama-sama dengan kecanggihan teknologi maklumat yang

semakin hari pesat membangun. Sebagai seorang guru, kejayaan anak muridnya

Page 9: Contoh Kajian Tindakan Yang Dijalankan Di Sekolah Rendah

merupakan hadiah yang tidak ternilai dan memberikan satu kepuasan yang tidak dapat

diluahkan dengan ungkapan kata-kata yang indah.

Bab 2

1. Teori-teori, Strategi atau Kaedah yang boleh diguna/diadaptasi bagi setiap masalah.

KAEDAH SIMULASI

Definisi SimulasiSimulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu.

Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benzr wujud di dalam keadaan yang terkawal

KAEDAH TUNJUK CARA/DEMONSTRASI

Definisi Demonstrasi

Tunjuk cara atau demontrasi ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah. Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, jimnastik atau menjalankan sesuatu aktiviti. Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi.

2. Kerangka Teoritikal, Konseptual dan Operasional Kajian

Kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah utama iaitu pemboleh ubah bersandar, pemboleh ubah tidak bersandar.

pembolehubah tidak bersandar yang dikenalpasti kaedah simulasi yang dijalankan. pembolehubah bersandar adalah minat, keaktifan pelajar dan pencapaian pelajar.

Kajian ini melihat kaedah simulasi yang dijalankan mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran, pelajar akan bergerak aktif serta meningkatkan tahap pencapaian pelajar.

Definisi Konseptual adakalanya dirujuk sebagai definisi teori yang harus bersandarkan kepada sesuatu teori atau lebih diperkukuhkan oleh kajian-kajian lepas. Ia lebih memberi maksud abstrak atau umum.

Page 10: Contoh Kajian Tindakan Yang Dijalankan Di Sekolah Rendah

Definisi Operasional kajian pula ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan responden, pemboleh ubah yang hendak diuji atau dimanipulasi dalam kajian. Ia memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikaji itu boleh diperhatikan atau dimanipulasikan.

simulasi - simulasi ialah suatu metodologi untuk melaksanakan percubaan dengan menggunakan model dari satu sistem nyata (Siagian, 1987).Menurut Hasan (2002), simulasi merupakan satu model pengambilan keputusan dengan mencontoh atau mempergunakan gambaran sebenarnya dari suatu sistem kehidupan dunia nyata tanpa harus mengalaminya pada keadaan yang sesungguhnya.Simulasi adalh suatu teknik yang dapat digunakan untuk memformulasikan dan memecahkan model-model dari golongan yang luas.Golongan atau kelas ini sangat luasnya sehingga dapat dikatakan 'jika semua cara yang lain gagal,cubalah simulasi' (Schroeder,1997).

pembelajaran - Menurut ahli psikologi, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yangkekal hasil pengalaman-pengalaman yang pernah dilalui. Definisi umum yang diterima pula ialah sebarang perubahan yang kekal secara relatifnya dalam gelagat (tingkah laku) yang berlaku disebabkan oleh pengalaman (Robbins, 2002). Burton (1963) menyatakan bahawa pembelajaran adalah sesuatu perubahan yang berlaku pada individu akibat daripada interaksi antara individu dan persekitaran. Individu yang ingin mendapat perubahan adalah disebabkan oleh keperluan dan kehendak supaya lebih berkeupayaan menangani masalah. Menurut Hilgard dan Atkinson (1967), pembelajaran didefinisikan sebagai sesuatu perubahan yang berlaku pada tingkahlaku seseorang hasil daripada sesuatu perbuatan. Manakala Borger dan Seaborne (1966) pula menyatakan pembelajaran merupakan sesuatu perubahan yang berlaku pada tingkah laku seseorang hasil daripada sesuatu pengalaman. Kedua-dua definisi ini menekankan bahawa perubahan tingkah laku merupakan elemen yang penting dalam pembelajaran.

ENGUMPULAN DATA

• Melalui pemerhatian• Temuramah dengan pelajar• Penilaian tugasan pelajar• Menggunakan ‘conduct card’ yang merekodkan kelakuan buruk setiap pelajar• Ujian pre dan post• Membuat tinjauan • Menggunakan markah sebenar dan markah ramalan pelajar• Refleksi pelajar• TemuramahMENGANALISIS DATA

• PemerhatianMinat pelajar,kehadiran pelajar untuk setiap sesi,kebolehan penggunaan multimedia, perbincangan secara online dan pelajar aktif dalam makmal.• TemuramahDinilai memalui respon poitif pelajar ,pelajar seronok membuat aktiviti,meningkatkan kemahiran

Page 11: Contoh Kajian Tindakan Yang Dijalankan Di Sekolah Rendah

mendapatkan maklumat dan memahami subjek lebih baik• Penilaian tugasan pelajarPelajar dapat menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan dan markah yang diperolehi bagi setiap sampel• Berdasarkan kekerapan pelajar mengingkari arahan guru• Markah ujian pre dan post• Descriptiv statistik – untuk kuantitatif data yang diperolehi melalui markah dan refleksi pelajar• Menggunakan qualitatif data – refleksi pelajar yang telah diringkaskan dalam bentuk jadual

PAPARAN DAPATAN KAJIAN

• Menggunakan graf dan carta• Pengkaji menggunakan graf bar dan jadual

ADANGAN-CADANGAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN

Pendapat individu

Memberikan pendedahan dan pengalaman berdasarkan situasi sebenar kepada pelajar dengan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian tajuk.

Pendapat kumpulan

Guru perlulah lebih kreatif dan sensitif dalam pengajaran dalam mempelbagaikan aktiviti.

Pendapat kumpulan lain

Memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri di dalam kelas dengan mengadakan aktiviti-aktiviti tertentu.

Mengikut literature review

Teacher must be sensitive to the needs of their students and dedicated themselves to the improvement of student learning as their primary professional objective (NCTM,